fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Pakej Pulau Pakej Pulau Redang

Pakej Pulau Redang: Ini Cadangan Terbaik Untuk Percutian Redang Anda

Tak pasti pilihan tepat bagi perancangan percutian di Pulau Redang? Dalam artikel ini kami bantu anda buat keputusan

Mohd Abd Hadi Oleh: Mohd Abd Hadi
02/04/2021
Kategori: Pakej Pulau Redang
Masa Bacaan: 3 mins read
6.8k 140
A A
16
Pakej Pulau Redang
6.2k
SHARES
7.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Musim panas sudah tiba! Semestinya percutian untuk ke pulau-pulau di seluruh Malaysia mendapat sambutan yang hangat.

Tidak ketinggalan bagi Pulau Redang yang terletak di Negeri Terengganu.

Pulau Redang merupakan antara pulau yang tercantik di Malaysia di mana ia mempunyai pantai yang berpasir putih dan halus yang dikenali sebagai Pantai Pasir Panjang.

Promo-Banner-Pulau-Redang

  • Lihat Pakej Terbaik di Pulau Redang
  • Lihat Resort Terbaik Redang
  • Peta Lokasi Pulau Redang

Pin

  • 1 Pulau Redang Terengganu
  • 2 The Taaras Beach & Spa Resort
  • 3 Redang Mutiara Beach Resort
  • 4 Laguna Redang Island Resort
  • 5 Redang Beach Resort
  • 6 Coral Redang Island Resort
  • 7 Bercadang bercuti ke Pulau Redang?
Ia merupakan antara pulau yang besar dan tidak terlalu sesak di pantai timur.

Untuk ke Pulau Redang anda boleh memilih sama ada ingin mengunakan pengangkutan udara atau pengangkutan air.

Pulau Redang Terengganu

percutian pulau redang-oleh-nazarizal-mohammad-tLvBvOm4XLs-unsplash
Pantai panjang berwarna putih dan air jernih | cc: Nazarizal Mohammad
Setelah tiba ke Pulau Redang, anda semestinya menginginkan tempat beristirahat yang selesa bagi merenggangkan otot dan berehat untuk seketika sebelum mula meneroka isi Pulau Redang.
Jangan risau, selain mempunyai pasir putih dan air laut yang jernih, Pulau Redang turut menawarkan beberapa buah penginapan yang bertaraf tiga bintang sehingga lima bintang!

Jom kenali beberapa buah tempat penginapan yang popular di Pulau Redang.

The Taaras Beach & Spa Resort

The Taaras Beach & Spa Resort
The Taaras Beach & Spa Resort pilihan eksklusif dan strategik

The Taaras Beach & Spa Resort merupakan penginapan bertaraf lima bintang yang menghadap ke arah Laut China Selatan serta berlatarbelakangkan bukit bukau dan hutan tropika.

Penginapan ini turut berdekatan dengan Perlindungan Penyu Chagar Hutuang dan Lapangan Terbang Pulau Redang.

The Taaras Beach & Spa Resort
Pelbagai pilihan masakan antarbangsa, asia, barat dan ala bufet sambil menikmati pemandangan pantai

Sebagai penginapan kelas mewah semestinya ia menawarkan privasi kepada anda, di mana ia menyediakan pantai privasi untuk anda bermandi-manda serta melakukan aktiviti snorkeling.

Malah layanan pekerja yang begitu mesra akan memudahkan urusan anda sepanjang berada di sana.

IKLAN / ADVERTISEMENT
The Taaras Beach & Spa Resort
Ideal untuk aktiviti snorkeling dan penyelam bebas melihat hidupan laut

Kemudahan lain yang disediakan adalah spa, sauna, pusat kecergasan, kolam renang, dobi dan banyak lagi.

Selain snorkeling and juga boleh melakukan aktiviti skuba.

The Taaras Beach & Spa Resort
Penginapan mewah: 158 bilik tidur suite menghadap laut dari puncak hingga ke pantai

Keindahan hidupan laut dan air yang jernih semestinya akan memukau pandangan!Malah daripada dua hari percutian akan bertambah kepada tiga hari kerana tidak puas untuk meneroka isi laut di Pulau Redang.

Lihat Pakej Terbaik: The Taaras Beach & Spa Resort


Redang Mutiara Beach Resort

Redang Mutiara Beach Resort
Kedudukan yang agak strategik untuk aktiviti pantai dan berdekatan dengan jeti

Redang Mutiara Beach Resort merupakan antara penginapan bertaraf empat bintang dan terletak di antara hutan rimbun dan pantai berpasir putih.

Penginapan ini turut menawarkan privasi kepada para tetamu bagi melakukan aktiviti air di pantai peribadi.

Redang Mutiara Beach Resort
Pelbagai pilihan bilik dan penginapan disediakan

Di samping pekerja yang mesra menyambut kedatangana anda, mereka turut menawarkan pelbagai kemudahan seperti pemindahan bot daripada jeti ketibaan dan perjalanan snorkeling secara percuma.

Seterusnya, aktiviti karaoke, bola tampar dan kedai serbaneka turut disediakan di sini.

Pantai Redang Mutiara
Kedudukanya pada air yang tenang sesuai untuk aktiviti pantai

Dikatakan pantai di kawasan Redang Mutiara Beach Resort merupakan pantai yang terbaik di antara keseluruhan pantai di Pulau Redang.

Tambahan lagi, ia berdekatan dengan Redang Maldives Malaysia iaitu kawasan pasir putih yang merentasi tengah laut.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda boleh menaiki bot untuk bergambar di Redang Maldives Malaysia ini.

Redang Mutiara Beach Resort
Pada waktu malam pula, pasti anda terpegun dengan pemandangan indah ini

Selain itu, ia merupakan lokasi yang strategik untuk melihat matahari terbit.

Bagi anda yang inginkan suasana yang menenangkan dan tidak terlalu sesak dengan orang ramai bolehlah menginap di sini.

Lihat tawaran pakej: Redang Mutiara Beach Resort


Laguna Redang Island Resort

Laguna Redang Island Resort
Susana nyaman dengan desiran angin dan bunyi ombak

Laguna Redang Island Resort merupakan penginapan yang terletak di Pasir Panjang iaitu berdekatan dengan Pantai Long Beach.

Penginapan ini berkonsepkan seni bina Melayu tradisional lalu menjadikannya begitu sebati dengan unsur alam semulajadi seperti air laut dan bukit bukau yang menghijau.

Laguna Redang Island Resort
Terfikir nak membuat sambutan ulang tahun bersama pasangan anda?

Makanan yang disediakan semestinya lazat kerana ia mempunyai restoran dan bar yang terbaik di Pulau Redang!

Menariknya lagi, kedai cenderahati yang dikenali sebagai More More Tea Inn merupakan set sementara bagi filem Hong Kong yang bertajuk ‘’Summer Holiday’’ pada suatu ketika dahulu.

Laguna Redang Island Resort
Kedai cenderhati More More Tea

Walaupun ia dikelaskan sebagai penginapan bertaraf tiga bintang, namun layanan pekerja mereka begitu memuaskan, mereka begitu prihatin terhadap keselesaan dan keselamatan para tetamu.

Laguna Redang Island Resort
Kawasan luar menyediakan kolam renang, jakuzi dan pool kanak-kanak

Aktiviti snorkeling boleh dilakukan berhadapan dengan tempat penginapan kerana kejernihan air laut dan kepelbagaian hidupan laut di situ sudah cukup memukau pandangan anda!

Seterusnya, mereka turut menawarkan aktiviti menyelam, aktiviti untuk kanak-kanak, memanah, meredah hutan dan banyak lagi aktiviti darat yang menarik.

Lihat pakej istimewa: Laguna Redang Island Resort


Redang Beach Resort

Redang Beach Resort
Susana petang matahari terbenam di Redang Beach Resort

Penginapan yang bertaraf tiga bintang ini turut terletak di Pasir Panjang dimana lokasinya begitu menarik kerana dihidangkan dengan pemandangan gunung yang begitu berharga.

Jika anda menginap di sini anda boleh terus akses ke Taman Karang yang berada berdekatannya.

Redang Beach Resort
Kolam infiniti yang telah siap dan baru dibuka

Di sini turut terdapat kolam renang dan bilik-biliknya turut dilengkapi dengan alat pendingin hawa bagi memberi keselesaan kepada para tetamu.

Bagi ahli korporat, di sini turut disediakan ruang mesyuarat jika anda memerlukannya.

Redang Beach Resort
Pelbagai hidangan menarik di sediakan sambil menikmati pemandangan pantai

Jangan segan silu untuk bertanya atau mendapatkan pertolongan daripada pekerja mereka kerana mereka begitu mesra dengan para tetamu.

Menariknya, Redang Beach Resort turut mempunyai pusat menyelam yang begitu profesional dan berpengalaman dalam memberi tunjuk ajar kepada anda yang ingin menyelam.

Redang Beach Resort
Resort ini sesuai bagi pelancongan yang inginkan melakukan aktiviti santai

Malah anda tidak akan kebosanan kerana banyak aktiviti air seperti snorkeling, berkanu dan berenang di dalam air laut yang jernih telah menanti anda.

Tidak ketinggalan aktiviti santai seperti berjemur di bawah matahari, bermain bola tampar pantai dan merentas hutan turut boleh dilakukan di sini.

Sebagai tanda kenangan bolehlah membeli belah cenderahati atau batik di butik mereka.

Pakej ini telah dibuka semula: Redang Beach Resort


Coral Redang Island Resort

Coral Redang Island Resort
Kedudukan resort di tepi pantai dan kolam renang

Coral Redang Island Resort terletak di persisiran pantai dan merupakan penginapan bertaraf tiga bintang.

Bilik-biliknya turut dilengkapi dengan penghawa dingin dan kemudahan untuk membancuh minuman panas seperti kopi atau teh.

Coral Redang Island Resort
Pelbagai pilihan bilik dan fasiliti disediakan

Malah terdapat bilik yang ditingkatkan nilainya yang mempunyai peti sejuk bersaiz mini. Restoran di sini menggunakan konsep santapan secara terbuka dan menghadap pemandangan alam semulajadi.

Jangan bimbang tentang makanan kerana mereka menyediakan pelbagai hidangan yang enak untuk anda! Kemudahan lain yang disediakan adalah bar makanan ringan, ruang santai terbuka, kolam renang luar, pusat menyelam dan kedai serbaneka.

Coral Redang Island Resort
Resort dalam suasana hutan semulajadi yang mengekalkan hutan dan bukit

Bagi anda yang ingin melakukan sukan air, anda boleh menyewa peralatan sukan air daripada pihak penginapan serta mendapat tunjuik ajar daripada pekerja mereka yang mahir.

Coral Redang Island Resort
Kolam renang pelbagai pilihan dan luas berhadapan dengan penginapan

Anda semestinya akan berpuas hati dengan persekitaran dan perkhidmatan daripada pihak mereka.

Jangan lepaskan peluang untuk melihat matahari terbit di ruang lobi atau di hadapan tempat peranginan ini.

Lihat pakej: Coral Redang Island Resort


Bercadang bercuti ke Pulau Redang?

bercuti ke pulau redang
Bawa yang tersayang bercuti di Pulau Redang

Sudah kenali setiap tempat penginapan yang popular di Pulau Redang?

IKLAN / ADVERTISEMENT

Ayuh merancang percutian anda ke Pulau Redang kerana anda dijamin akan membawa pulang pengalaman yang begitu berharga yang tidak ada di pulau-pulau yang lain.

bercuti ke pulau redang
Snorkeling dan aktiviti skuba bersama rakan | cc: Nazarizal Mohammad

Pulau Redang begitu sesuai untuk anda melancong secara solo, berkumpulan dan juga membawa ahli keluarga bersama-sama menikmati keindahan laut yang jernih.

bercuti ke pulau redang
Penyu di Pulau Redang jinak namun jangan disentuh | cc: Nazarizal Mohammad

Tambahan lagi pengalaman mandi-manda dan berenang bersama ikan dan penyu serta melihat terumbu karang yang bervariasi saiz dan warna semestinya akan manjadikan percutian anda lebih bermakna.

bercuti ke pulau redang
Akhir sekali pastikan anda menikmati terbenamnya matahari di Pulau Redang cc: Jason Lee

Selain mendapat pengalaman yang luar biasa, semestinya penginapan yang disediakan akan memuaskan anda.

Jangan bimbang tentang bajet, kerana pakej penginapan, makanan dan minuman serta aktiviti yang disediakan semestinya berbaloi dan mengikut poket anda!

Bersambung…

Promo-Banner-Pulau-Redang

Tags: pantai redangpercutian pulau redangpulau redang pakejpulau redang resortredang beach
Kongsi2497Tweet1561Pin563
Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my
Sebelumnya

20 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Terengganu [PALING POPULAR]

Seterusnya

25 Tempat Menarik di Kashmir, New Delhi, Agra & Jaipur [Golden Triangle]

Mohd Abd Hadi

Mohd Abd Hadi

Suka meneroka perkara yang baru. Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

https://twitter.com/ayih93
Pakej Pulau Redang

8 Aktiviti Menarik di Pulau Redang Yang Menjadi Pilihan Pelancong

  Apakah aktiviti menarik di Pulau Redang yang boleh dilakukan pelancong? Kami selalu mendapatkan persoalan ini dari ramai pelancong yang...

Oleh: Mohd Abd Hadi
30/03/2021
9k
Pemandangan di Pulau Redang
Pakej Pulau Redang

32 Aktiviti dan Tempat Menarik di Pulau Redang [PANDUAN LENGKAP]

  Berapa ramai yang gemar untuk menjadikan pulau Redang sebagai destinasi percutian pilihan anda? Kenapa pulau ini yang menjadi pilihan...

Oleh: Mohd Abd Hadi
22/03/2021
118.8k
Selanjutnya
Seterusnya
Indira Gandhi Memorial Tulip Garden

25 Tempat Menarik di Kashmir, New Delhi, Agra & Jaipur [Golden Triangle]

Pulau Timba Timba

15 Tempat Menarik di Semporna & Tawau [PILIHAN EKSOTIK POPULAR]

4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
16 Komen
Popular
Terbaru Lama
Inline Feedbacks
View all comments
IKLAN / ADVERTISEMENT

Cadangan

Suasana Malam di Kuching

Cadangan Itinerary Terbaik Percutian Pakej Kuching Sarawak 4 Hari 3 Malam

24/02/2021
2.5k
Museum-Tsunami-at-night-in-Banda-Aceh

5 Tempat Paling Menarik Banda Aceh Indonesia

26/03/2021
416
Perkampungan Klasik Korea Selatan

Pakej Korea Musim Salji: Cadangan Percutian 5 Hari 4 Malam [POPULAR]

29/03/2021
2.9k
amalfi-coast-italy

20 Aktiviti & Tempat Menarik di Itali Serta Tips Percutian Terbaik [Panduan Lengkap]

10/06/2020
1.5k
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Follow

Langgan Artikel

Network

  • Kenyir Eco
  • Malaysia Cruise
  • Sabah Trans

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
16
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply