Jika anda ingin bercuti di Korea pada musim salji, ada beberapa perkara dalam tentatif percutian yang perlu diperhatikan.
Sebenarnya ada pelbagai aktiviti menarik sepanjang aturcara perjalanan anda boleh nikmati pada musim salji.
Tumpuan utama adalah percutian di Ski Resort serta tempat-tempat semulajadi seperti perkampungan yang memiliki pemandangan indah pada musim ini.
Bagaikan dalam drama siri Korea yang anda selalu tonton seperti ‘Winter Sonata‘, di lokasi popular Korea Selatan.
- Lihat Pakej Percutian Korea Selatan
- Lihat Penginapan Terbaik di Korea Selatan
- Lihat Tiket Penerbangan ke Korea Selatan
- Lihat Aktiviti Terbaik di Korea Selatan
- Lihat Peta Popular Korea Selatan
Anda boleh menikmatinya dengan kesejukan yang menyeronokkan dan anda juga berpeluang bermain permainan seperti papan salji & ski terutamanya di pegunungan salji.

Antara tempat utama yang kami syorkan adalah di Ski Resort, Lotte World Theme Park, Nami Island dan juga lawatan di sekitar kawasan tumpuan Seoul.
Anggaran kos adalah dari RM4300 hingga RM6300 seorang bergantung pada keperluan dan kehendak percutian anda.

Biasanya pakej percutian Korea selatan dengan kos ini adalah standard, berbaloi dan berpatutan. Kurang daripada itu anda perlu berjaga-jaga dan lebih daripada itu adalah dikategorikan pakej mewah.
Pakej Korea ini adalah termasuk kos perjalanan (pengangkutan kategori coach), tempat penginapan, tiket penerbangan ulang alik, makan minum, pemandu pelancong, tiket masuk lawatan, kemudahan WIFI internet & snack atau minuman semasa perjalanan.

Tidak juga dilupakan muatan bagasi sebanyak 20kg percuma.
Selain daripada itu, anda hanya perlu menyediakan tip untuk pemandu pelancong dan insuran perjalanan sendiri. Untuk kepastian sila rujuk kepada perunding perkhidmatan pelancongan anda. Pastikan anda jelas dengan tawaran yang disediakan.

Kebiasanya untuk percutian musim salji di Korea Selatan, anda akan menginap di Seoul dengan hotel-hotel yang diiktiraf selama 3 malam.
Untuk 1 malam lagi pula anda akan menginap di pegunungan Seorak dan ada pelbagai resort ski disediakan.

Penerbangan yang lazimnya ke Seoul adalah dengan Air Asia X, selain daripada itu adalah seperti Korea Airlines.
Dibawah ini adalah cadangan aturcara perjalanan percutian Korea Musim Salji:
Cadangan Aturcara Musim Salji 5 Hari 4 Malam

Hari Pertama: Kuala Lumpur – Incheon
- Berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa
- Menaiki penerbangan ke Incheon
- Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
- Bertolak ke Ski Resort
- Daftar masuk hotel

Hari Kedua: Lotte World – Seoul
- Sarapan pagi di hotel
- Menikmati permainan ski – peralatan ski biasanya tidak termasuk dan kos tambahan adalah $35 seorang
- Melawat ke taman tema terbesar korea iaitu Lotte World – termasuk ‘unlimited free pass ticket’
- Bertolak ke Seoul
- Daftar masuk hotel

Hari Ketiga: Seoul – Nami Island
- Sarapan pagi di hotel
- Melawat ke Kimchi Making School + Hanbok Wearing Studio
- Bertolak ke Nami Island
- Menaiki bot ke Nami Island dan menikmati keindahan di sini (Drama Winter Sonata)
- Kembali ke Seoul
- Singgah membeli belah di Pasar Dongdaemun
- Kembali ke hotel

Hari Keempat: Seoul
- Sarapan pagi di hotel
- Melawat ke Seoul Central Mosque di Itaewon
- Melawat ke Red Pine Tree Shop, Amethyst Showcase, Seoul Tower – Tiket naik ke menara biasanya tidak termasuk
- Singgah di Donghwa Duty Free Shop dan Pasar Namdaemun
- Kembali ke hotel

Hari Kelima: Seoul – Incheon – Kuala Lumpur
- Sarapan pagi di hotel
- Daftar keluar hotel
- Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon
- Didalam perjalanan singgah di Chungha Grocery Shop
- Menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur

Antara kos yang terlibat dalam Pakej Korea Musim Salji

- Tiket penerbangan pergi dan balik
- Pengangkutan (coach) – WIFI
- Penginapan di hotel 3 bintang termasuk sarapan pagi
- Di SEOUL 3 malam: Contohnya Bernoui Hotel atau seperti dengannya
- BONUS 01 malam di Ski Resort ‘Winter Season’
- Hidangan seperti di dalam aturcara
- Tiket lawatan seperti didalam aturcara
- Air Mineral
- Pemandu pelancong bertauliah
- Ketua Kumpulan Professional
- Bagasi 20kg pergi dan balik seorang
- Tips untuk pemandu pelancong dan pemandu (Biasanya RM120)
- Insuran Perjalanan (Biasanya RM50)
- Hidangan di dalam kapal terbang
- Lain-lain yang tidak dinyatakan
Kenapa Pakej Muslim Korea Kami Berbeza?

1. Diet Halal & Mesra Muslim
Kami tidak hanya fokus pada “Seafood,” tetapi kami akan bawa anda ke restoran yang mempunyai sijil Halal daripada KMF (Korea Muslim Federation) atau restoran Muslim-Friendly yang menyediakan menu tanpa alkohol dan daging babi.
-
Menu Wajib Cuba: Authentic Korean Bibimbap, Grilled Fish di Dongdaemun, dan Halal Korean Fried Chicken!
2. Susunan Waktu Solat yang Selesa
Musim sejuk di Korea bermaksud waktu siang yang sangat pendek. Kami akan pastikan itinerari kami singgah di masjid (seperti Masjid Itaewon) atau menyediakan ruang solat yang selesa di tempat tarikan pelancong.
Tips “Survival” Musim Sejuk di Korea
Jangan biarkan suhu negatif (-10°C!) mematahkan semangat anda untuk bergambar ala K-Drama. Ikuti tips wajib ini:
-
Teknik “Layering”: Jangan pakai satu baju tebal sahaja. Gunakan 3 lapisan: Thermal wear (lapisan dalam), baju harian (tengah), dan Winter Coat/Puffer Jacket (luar).
-
Heat Pack adalah Nyawa: Beli heat pack di kedai serbaneka seperti CU atau GS25 di sana. Letak dalam poket atau tampal pada baju untuk kekalkan suhu badan.
-
Pelembap Bibir & Kulit: Udara di Korea sangat kering semasa musim sejuk. Pastikan lipbalm dan lotion sentiasa ada dalam beg tangan supaya kulit tidak merekah dan berdarah.
-
Kasut yang Betul: Pastikan kasut anda mempunyai cengkam (grip) yang baik. Jalan yang berais sangat licin—anda tak mahu buat “catwalk” secara tidak sengaja di tengah Myeongdong!
Apa Kata Pelanggan Kami? (Testimoni)
“Tahun lepas pergi dengan team Melancong.my, memang puas hati! Tour guide sangat membantu terutamanya bab cari makanan halal. Anak-anak seronok sangat dapat main salji di Yongpyong Ski Resort.” — Pn. Fatimah, Shah Alam.
Soalan Lazim (FAQ) Pakej Korea

-
Adakah K-ETA diperlukan? Ya, kami akan bantu uruskan pendaftaran K-ETA anda supaya proses di imigresen lebih lancar.
-
Berapa duit belanja (pocket money) yang patut dibawa? Untuk makan dan shopping ringkas, RM1,500 – RM2,000 sudah mencukupi untuk seorang.
-
Boleh ke kalau saya nak bawa warga emas? Boleh, itinerari kami adalah pacing santai dan tidak memerlukan aktiviti lasak yang keterlaluan.
Tempah Slot Anda Sekarang!
Jangan tunggu sehingga saat akhir. Slot untuk musim sejuk selalunya habis ditempah 4 bulan lebih awal!
Bersambung…





assalam..boleh bagi sebut harga full pakej untuk 6 dewasa dan 2 kanak2 umur bawah 4 tahun…untuk percutian ke korea….terima kasih ..
Salam Encik Zalie, untuk memudahkan encik, sila isikan maklumat percutian di borang
hi.. macam mana cara book ye? saya tekan masuk pilih tarikh tapi x jumpa button booking
Salam Cik Azra, untuk memudahkan cik, sila isikan maklumat percutian di borang
boleh bagi sebutharga utk 2 dewasa, 1 kanak2 Dan 1 bayi untuk musim salji.tq
Boleh Cik Ain, untuk memudahkan cik, sila isikan maklumat percutian pada borang disediakan diatas.