Adakah Pantai di Melaka berbaloi untuk bercuti? Soalan yang sering ditanyakan orang ramai ini agak pelik.
Tahukah anda Melaka juga memiliki pulau-pulau dan pantai terbaik yang pasti memikat anda dengan ketenangan dan keselesaannya di bawah matahari tropika.
Walaupun bandar Melaka ini terkenal dengan struktur kolonial dan budaya Peranakan, anda masih boleh menikmati percutian pantai kerana hakikatnya ia berdekatan dengan Selat Melaka.
Untuk pengetahuan anda juga, kebanyakan pantai di Melaka menawarkan kemudahan yang diselenggara dengan baik dan terdapat penjaja yang menyajikan hidangan istimewa tempatan.
Walaupun Melaka pesat membangun, namun pasir pantainya masih bersih dan sesuai untuk melakukan aktiviti riadah.
- Lihat Pakej Percutian Terbaik Melaka
- Lihat Penginapan Terbaik di Melaka
- Lihat Aktiviti Menarik di Melaka
- Lihat Peta Percutian di Melaka
Baiklah, dalam artikel ini kami senaraikan 10 pulau dan pantai di Melaka berbaloi untuk anda kunjungi.
Pantai Klebang

Pantai yang tersohor di negeri Melaka ini merupakan destinasi wajib untuk anda kunjungi! Lokasinya yang terletak 11km dari pusat bandar Melaka sering menjadi bualan ekoran keunikan lanskap timbunan pasir pantainya yang kelihatan seperti Gurun Sahara.
Antara tarikan di sekitarnya adalah Muzium Kapal Selam dan beberapa destinasi menjamu selera yang enak dan viral.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Klebang Pantai, Klebang, 75200, Melaka
Pantai Puteri

Pantai ini dulunya berfungsi sebagai penempatan nelayan dan kini telah dimajukan sebagai tarikan pelancongan. Pantai yang sepanjang 2.5km ini terkenal dengan keindahan panoramanya di samping mempunyai beberapa fasiliti seperti medan makan, masjid dan sebagainya.
Jika anda berkunjung ke sini pada musim cuti sekolah, anda berpeluang untuk menyertai pertandingan memancing.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4071, Jalan Imam Haji Zainal, Kampung Pengkalan Perigi, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Pantai Pengkalan Balak

Di Pantai Pengkalan Balak ini anda berpeluang untuk melihat aktiviti para nelayan dan perkampungan mereka di sekitarnya. Lokasinya agak jauh daripada pusat bandar namun cukup berbaloi untuk anda datang menikmati permandangan matahari terbenam di sini.
Di sini turut dibina beberapa buah replika penyu karah dan telurnya sebagai tanda lokasi penyu tersebut naik bertelur. Sekitar 1.4km dari sini anda boleh ke Pusat Penentasan Penyu Padang Kemunting.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Batu 21 1 / 2, Jalan Kampung Hailam, Pengkalan Balak, Melaka, 78300 Masjid Tanah
Pantai Padang Kemunting

Seterusnya Pantai Padang Kemunting yang terletak di antara Pantai Pengkalan Balak dan Pantai Tanjung Bidara ini sering dikunjungi oleh orang ramai untuk menikmati angin pantai.
Di sini turut terdapat beberapa pilihan tempat menginap seperti chalet, resort dan homestay. Gerai makanan juga banyak yang beroperasi di sini untuk anda menikmati hidangan daripada pagi hingga ke malam.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Padang Kemunting, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Pulau Besar

Jika berkunjung ke destinasi pantai yang lain anda boleh akses secara terus menggunakan kenderaan anda, namun berbeza pula dengan destinasi ini.
Untuk ke Pulau Besar anda perlu menaiki feri atau bot di Jeti Anjung Batu atau Jeti Umbai. Destinasi eko-pelancongan ini terletak kira-kira 3 batu nautika dari Bandar Hilir Melaka.
Antara aktiviti menarik di sini adalah merentas hutan, berkayak, berbasikal, island hopping, wall climbing dan memanah. Menariknya lagi di sini turut mempunyai banyak lokasi bersejarah untuk anda lawati!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pulau Besar Melaka, 75400, Melaka
Pulau Upeh

Pulau Upeh yang terletak berhampiran Pantai Klebang kini dimajukan semula sebagai tarikan pelancongan dengan membaikpulih beberapa chalet di sini.
Dikatakan senibina baru chalet mengabungkankan unsur dari pelbagai kaum di Malaysia. Destinasi yang menjadi tempat pendaratan penyu karah ini turut menarik untuk anda terokai.
Untuk ke Pulau Upeh anda boleh menaiki bot di Jeti Nelayan Klebang. Kebanyakkan pelancong ke sini bagi melakukan aktiviti memancing. Untuk pengetahuan anda di sinilah lokasi asal batuan yang digunakan untuk membina Kota A Famosa.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Impression 8, Kota Syahbandar, 75200 Melaka
Pantai Teluk Gong

Pantai ini pula merupakan sebuah kawasan pantai yang mempunyai perkampungan tradisional. Keadaan pantainya yang bersih dan cantik menarik orang ramai untuk ke sini.
Selain menjadi lokasi untuk melihat matahari terbenam, di sini turut menjadi tumpuan untuk aktiviti memancing dan mencari remis.
Untuk keselesaan anda, beberapa fasiliti, lokasi penginapan serta gerai makanan turut beroperasi di sekitar pantai ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 201, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78300, Jalan Telok Gong / Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah, Melaka
Tanjung Kling

Tanjung Kling yang terletak 20 minit dari pusat bandar ini turut menarik bilangan pelancong yang agak ramai untuk ke sini. Lokasi ini terkenal dengan penginapan yang terbaik dan penuh privasi.
Jika anda menginap di sini anda berpeluang untuk melakukan aktiviti seperti menaiki banana boat, selam skuba, berkayak dan lain-lain.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Tanjung Kling, 76400 Tanjung Kling, Melaka
Pantai Sungai Tuang

Pantai Sungai Tuang yang terletak berhampiran Pantai Tanjung Bidara dan Pantai Pengkalan Balak ini sering dikunjungi bagi aktiviti memancing serta bersantai.
Namun begitu ombak pantai di sini agak deras, bagi yang membawa anak kecil anda dinasihatkan untuk lebih berwaspada dengan keselamatan mereka.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 78300 Masjid Tanah, Malacca
Pantai Tanjung Bidara

Pantai Tanjung Bidara ini turut terkenal di negeri Melaka yang terletak sekitar 10km dari bandar Masjid Tanah.
Pantai ini turut dilengkapi dengan kemudahan seperti menara kawalan pantai, padang permainan kanak-kanak, bilik mandi dan lain-lain bagi memberi keselesaan kepada pengunjung yang datang berkelah di sini.
Tarikan yang terdapat berdekatannya adalah Kompleks Falak Al-Khawarizmi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Masjid Tanah, 78300 Malacca
Bersambung…