Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Melaka

Tarikan Terkini di Zoo Melaka

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
4 Mac, 2026
Kategori: Pakej Melaka
Masa Bacaan: 3 mins read
3.5k 185
A A
0
Zoo-Melaka
3.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Adakah berbaloi bercuti di Zoo Melaka? Apakah aktiviti menarik boleh dilakukan di Zoo Melaka?

Melaka yang terkenal sebagai bandaraya besejarah ini bukan sahaja kaya dengan tarikan pelancongan berkonsepkan adat, budaya serta sejarah tempatan malah ia mempunyai sebuah zoo yang cukup menarik yang dibuka sejak tahun 1987!

Zoo yang berkeluasan lebih kurang 54 ekar ini mempunyai 1200 haiwan termasuk 215 spesies burung, reptilia, amfibia dan mamalia.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Menariknya tentang zoo yang terletak di Ayer Keroh, Melaka ini kerana ia turut mempunyai Night Safari di mana anda boleh mengunjungi zoo ini pada malam hari juga ya.

Zoo Melaka Taman Burung

  • Lihat Pakej Percutian di Melaka
  • Lihat Penginapan Terbaik di Melaka
  • Lihat Airport Transfer ke Melaka
  • Lihat Aktiviti Menarik di Melaka
  • Lihat Peta Percutian Bandar Melaka

Aktiviti & Tarikan di Zoo Melaka

Elsa
Elsa si Harimau Putih

Zoo Melaka mempunyai pelbagai spesies haiwan seperti zirafah, impala, kudang belang, lemur, seladang, badak, harimau malaya, harimau bintang, harimau putih bernama Elsa dan banyak lagi yang dipelihara di kawasan yang lapang.

Bukan sahaja memelihara haiwan untuk dijadikan pertunjukkan malah turut membiakkan beberapa spesies haiwan dan turut menghantarkannya ke luar negara!

Contohnya ada harimau bernama Mek yang telah dihantar ke Zoo San Diego.

Zoo Melaka Taman Burung
Keeper Talk

Bird Show mempamerkan beberapa spesies burung yang dilatih untuk melakukan pertunjukkan seperti bercakap,

menyanyi atau menyelesaikan permainan silang kata!

Zoo Melaka Taman Burung
Bird Show

Pada hari biasa pertunjukkan diadakan pada jam 11 pagi dan 3.30 petang. Pada hujung minggu atau cuti am ia diadakan pada jam 11 pagi, 2 petang dan 4 petang.

Keeper Talk hanya diadakan pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti am pada jam 12 petang bertempat di Tiger Eye.

Jadi anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat menarik daripada penjaga zoo yang bertugas.


Zoo Melaka Taman Burung
Elephant Feeding

Elephant Feeding juga terdapat pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti am sahaja pada jam 11.30 pagi dan 2.30 petang.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Zoolunteer adalah sebuah program sukarela untuk anda sertai dengan bayaran RM30 seorang.

Elephant Feeding
Zoo Troopers

Anda berpeluang untuk merasai pengalaman bekerja di zoo dengan melakukan aktiviti seperti membersihkan kawasan kandang haiwan di sini.

Anda bakal disediakan set makan tengahari dan sijil penyertaan.

Zoo-Melaka-Taman-Burung-21

Zoo Troopers adalah program yang dikhaskan untuk kumpulan pelajar untuk lawatan sambil belajar yang mempunyai pakej memberi makan gajah, menaiki tram dengan ZooRangers serta Keeper Talk di Big Cats, Primate dan Elephant.

Aktiviti ini turut menyediakan set makan tengahari buat anda.

Zoomanji ataupun lebih dikenali sebagai explorace game ini pasti menarik dengan pakej satu hari di sini!

Anda turut mendapatkan pass Day Zoo, Dinosaur Encounter, Animal Attraction (Bird Show), makanan tengahari dan sijil penyertaan.

Girafah yang jinak
Girafah yang jinak

Menunggang Kuda & Gajah merupakan antara aktiviti yan menyeronokkan apabila anda berkunjung ke Zoo Melaka.

Kedua-dua aktiviti tersebut hanya terbuka pada hujung minggu.

Dinosaur World
Dinosaur World

Dinosaur World adalah tarikan terbaharu yang mula dibuka pada tahun 2020 ini menawarkan dunia fantasi yang mempunyai 100 ekor dinosaur animatronic yang berskala besar dan boleh bergerak!

Jadi tidak hairanlah jika ia merupakan Largest Interactive Dinosaur Park in South East Asia.

Jungle Trail (Rhythm of the Night)
Jungle Trail (Rhythm of the Night)

Di sini anda boleh menyaksikan Ancient Giants, Ankylosauria, Theropods, Ceratopsian, Pterosauria dan banyak lagi permainan menarik yang menantu anda.

Jungle Trail (Rhythm of the Night) merupakan Night Safari yang diilhamkan dari Zoo Singapura ini menawarkan pengalaman yang cukup berbeza buat anda.

Special Experiences
Special Experiences

Anda boleh melihat beberapa spesies haiwan yang mula aktif menjelang malam hari.

Special Experiences adalah aktiviti atau program yang terbuka untuk anda lakukan di sini.

Contohnya anda boleh mengadakan sambutan hari lahir, majlis perkahwinan, sesi fotografi atau acara korporat.


Tips melawat Zoo Melaka

Zoo-Melaka-Taman-Burung-2

  • Menggenakan pakaian sukan atau casual yang selesa bagi memudahkan dan memberi keselesaan sepanjang aktiviti di sini.
  • Sediakan payung ketika musim hujan.
  • Sediakan penghalau serangga bagi mengelakkan gigitan nyamuk atau serangga lain.
  • Jangan memberi makan haiwan tanpa kebenaran penjaga zoo.
  • Jika ingin meneroka isi zoo dengan menaiki trem anda perlu mendapatkan tiket di kaunter. Bayarannya adlah RM6 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak.

Tiket Masuk ke Zoo Melaka & Night Safari

Zoo Melaka Taman Burung

Bagi warganegara Malaysia, dewasa berumur 13-59 tahun RM38.00 dan kanak-kanak berumur 4-12 tahun RM31.00

Bagi bukan warganegara Malaysia, dewasa berumur 13-59 tahun RM81.00 dan kanak-kanak berumur 4-12 tahun RM59.00

Zoo Melaka Taman Burung

Bagi warga emas RM31.00, OKU dewasa RM 31.00 dan OKU kanak-kanak RM26.00.

Anda boleh mendapatkan tiket Zoo Melaka secara online disini.


Waktu Operasi Melaka

Zoo Melaka Taman Burung

Untuk hari isnin hingga khamis ia dibuka pada ja m 10 pagi hingga 4 petang, manakala pada hari jumaat hingga ahad ia dibuka pada jam 9 pagi hingga petang.

Anda boleh membawa payung jika dirasakan hari mendung atau mengikut ramalan cuaca.

Zoo Melaka Taman Burung

Bagi tarikan Night Safari ia beroperasi pada hari jumaat dan sabtu seawal jam 8 malam hingga 11 malam.

Namun begitu jika cuaca tidak baik seperti hujan, Night Safari tidak dibuka untuk pengunjung.


Fasiliti yang disediakan di Zoo Melaka

Zoo Melaka Taman Burung

Untuk kemudahannya, anda boleh menggunakan ruang solat, ruang rehat, ruang penyimpanan barangan, bilik persalinan bayi, tandas, stesen pertolongan cemas, ruang letak kenderaan dan perkhidmatan Lost & Found.


Ringkasan Tentang Zoo Melaka Yang Anda Perlu Tahu

Zoo-Melaka-Taman-Burung-15

Zoo Melaka merupakan tarikan pelancong popular yang terletak di Ayer Keroh, Melaka, Malaysia. Zoo ini meliputi kawasan seluas 54 ekar dan menempatkan lebih daripada 1200 haiwan daripada 215 spesies. Berikut adalah beberapa fakta menarik tentang Zoo Melaka:

Program Interaktif dan Pendidikan: Zoo Melaka menawarkan program interaktif dan pendidikan yang membolehkan pengunjung mengetahui lebih lanjut tentang haiwan dan habitatnya.

Beberapa program ini termasuk memberi makan haiwan, pertunjukan haiwan dan pertemuan haiwan.

Safari Malam: Zoo Melaka adalah salah satu daripada beberapa zoo di Malaysia yang menawarkan pengalaman safari malam.

Pengunjung boleh menerokai zoo pada waktu malam dan memerhati haiwan nokturnal di habitat semula jadi mereka.

Pameran Haiwan: Zoo Melaka mempunyai pelbagai jenis pameran haiwan, termasuk rumah reptilia, kerajaan primata, kandang burung dan pameran harimau.

Pengunjung boleh memerhati haiwan itu dari dekat dan belajar tentang tingkah laku dan habitat mereka.

Usaha Pemuliharaan: Zoo Melaka komited terhadap usaha pemuliharaan dan mempunyai program pembiakan spesies terancam seperti harimau Malaya dan badak sumbu Sumatera.

Zoo ini juga mengambil bahagian dalam program pemuliharaan antarabangsa dan bekerjasama dengan zoo lain untuk mempromosikan usaha pemuliharaan.

Mini Safari: Zoo Melaka menawarkan pengalaman mini safari untuk kanak-kanak, di mana mereka boleh menaiki kereta api mini dan memerhati haiwan dari jarak yang selamat.

Ini adalah cara yang bagus untuk kanak-kanak belajar tentang haiwan dan habitatnya dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif.

Landskap Cantik: Zoo Melaka terkenal dengan landskap yang cantik dan kehijauan yang subur.

Zoo ini direka bentuk untuk menyerupai habitat semula jadi haiwan, dengan pokok, tumbuhan dan ciri air mewujudkan persekitaran semula jadi dan damai.

Tarikan Budaya: Zoo Melaka terletak di Ayer Keroh, yang juga menempatkan beberapa tarikan kebudayaan seperti Taman Botani Melaka, Santuari Rama-rama dan Reptilia Melaka, dan Taman Buaya Melaka.

Pengunjung boleh meneroka tarikan ini dan mempelajari tentang budaya dan sejarah tempatan.

Zoo Melaka Taman Burung

Kesimpulannya, Zoo Melaka merupakan destinasi menarik yang menawarkan pelbagai pengalaman untuk pengunjung semua peringkat umur.

Daripada program interaktif dan pameran haiwan kepada usaha pemuliharaan dan tarikan kebudayaan, terdapat sesuatu untuk dinikmati oleh semua orang.

Bersambung…

Tags: Aktiviti zoo melakaMelawat zoo melakaNight Safari Zoo Melakazoo melaka tiket online
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

A-Famosa-Melaka
Pakej Melaka

A Famosa Melaka: Cadangan Tentatif Percutian Melaka Paling Popular

  A Famosa Melaka adalah sebuah nama yang merujuk kepada dua perkara yang berbeza tetapi berkaitan: sebuah menara yang dibina...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
3.5k
Pantai-di-Melaka
Pakej Melaka

10 Pantai di Melaka Yang Paling Popular

  Adakah Pantai di Melaka berbaloi untuk bercuti? Soalan yang sering ditanyakan orang ramai ini agak pelik. Tahukah anda Melaka...

Oleh: Hasrul Wayne
9 Mac, 2026
30.7k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.7k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.8k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.4k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.3k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.3k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.9k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my