Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Indonesia Pakej Bali

Percutian Ke Bali Indonesia: 5 Tempat Paling Popular & 20 Tips Melancong

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
19 Mei, 2024
Kategori: Pakej Bali
Masa Bacaan: 3 mins read
3.9k 39
A A
84
Percutian-ke-Bali
4.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Pilihan percutian ke Bali merupakan diantara destinasi percutian yang sentiasa menjadi tumpuan daripada pelancong seluruh dunia.

Hal ini kerana ia menawarkan berbagai aktiviti dan tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Ia juga terkenal sebagai destinasi romantik bagi pasangan yang ingin berbulan madu.

Jika anda inginkan sebuah percutian yang sempurna, Bali pastinya menjadi diantara destinasi utama yang berada didalam senarai anda.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Ramai juga yang menggelarkannya sebagai syurga dunia kerana ia menawarkan begitu banyak pemandangan yang indah.

Ia turut menjadi destinasi tumpuan buat pelancong dari Malaysia kerana lokasinya yang tidak terlalu jauh dari Malaysia.

Pakej-Percutian-Bali

  • Pakej Percutian Bali Terkini
  • Penginapan Terbaik di Bali
  • Aktiviti Paling Menarik di bali
  • Peta Lokasi Percutian Bali

Pin

  • 1 Seminyak: Resort Pantai Termoden di Bali
  • 2 Coffee Plantation Bali Pulina: Kopi Luwak Istimewa
  • 3 Air Terjun Sekumpul: 7 Aliran Air Terjun
  • 4 Percutian Ke Bali Di Tasik Beratan: 1 Daripada 20 Tasik Terindah Dunia
  • 5 Dream Beach: Realiti atau Mimpi?
  • 6 20 Tips Penting Ketika Bercuti di Bali Indonesia
Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda 5 tempat paling popular di Bali. Jom baca!


Seminyak: Resort Pantai Termoden di Bali

Seminyak Bali

Jika di Malaysia, lokasi yang dikatakan pada tahap paling moden pastinya Kuala Lumpur. Jika di Bali, Seminyak merupakan tempat yang paling moden dan menjadi tarikan utama.

Hal ini kerana ia menawarkan begitu banyak lokasi membeli-belah dan restorean-restoran mewah untuk anda menikmati hidangan.

Tempat penginapan yang ditawarkan juga agak lengkap dengan berbagai fasiliti termasuklah spa.

Percutian Ke Bali

Kebanyakan tempat penginapan disini bertaraf antarabangsa dan amat sesuai jika anda dan keluarga inginkan sebuah percutian yang agak istimewa dan mewah apabila berkunjung ke Bali.

Antara lokasi tumpuan yang ada di Seminyak:

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Petitenget Temple
  • Biasa Art Space
  • Pantai Echo
  • Galeri Kendra
  • Pantai Seminyak

Coffee Plantation Bali Pulina: Kopi Luwak Istimewa

 Coffee Plantation Bali Pulina

Bagi penggemar kopi yang tidak ada masalah jika perlu mengeluarkan wang lebih untuk menikmatinya, apa kata anda berkunjung ke Coffee Plantation Bali Pulina kerana disini anda boleh menikmati hidangan kopi diantara yang termahal didunia.

Kopi yang dihidangkan disini jika anda menikmatinya di negara Eropah, anda akan dikenakan caj sekitar RM 120 sehingga RM 200 secawan.

Hidangan kopi ini merupakan Kopi Luwak atau dalam erti lainnya adalah Kopi Musang.

Ia dinamakan sedemikian kerana ia memang mempunyai perkaitan dengan musang. Musang sangat menggemari untuk memakan buah kopi dan apabila najisnya dikeluarkan, ia merupakan didalam bentuk biji kopi.

Biji kopi ini kemudiannya dikutip dan dipecahkan untuk mendapatkan isinya yang dijadikan biji kopi luwak.

Setelah itu, biji kopi luwak ini akan melalui proses untuk dijadikan kopi sama seperti proses penghasilan kopi yang lain.

Jika anda ingin melawat Coffee Plantation Bali Pulina, anda boleh pergi ke alamat Sebatu, Tegallalang, Ginayar, Bali 80561. Ia beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga pukul 7 petang setiap hari.


Air Terjun Sekumpul: 7 Aliran Air Terjun

Keindahan Air Terjun Sekumpul

Air Terjun Sekumpul merupakan diantara tarikan alam semulajadi yang paling menakjubkan yang boleh anda temui di Bali.

Hal ini kerana ia merupakan sebuah tempat dimana anda boleh melihat 7 air terjun yang berkumpul pada satu lokasi. Ia juga merupakan antara sebab utama ia dinamakan sebagai sekumpul.

Terdapat dua buah trek yang boleh anda gunakan untuk sampai ke sini.

Anda boleh pilih samada anda inginkan trek yang mempunyai gazebo berserta dengan pemandangan indah air terjun atau trek hutan.

Trek hutan ini juga mempunyai tarikannya yang tersendiri kerana anda akan turut melalui kawasan perkampungan, sawah padi, ladang kopi dan kebun buah-buahan.

Cumanya, masa perjalanan yang diambil oleh trek hutan ini agak lama iaitu sekitar dua jam ke tiga jam.


Percutian Ke Bali Di Tasik Beratan: 1 Daripada 20 Tasik Terindah Dunia

Keindahan Bali

Tasik Beratan terletak di Bedugul iaitu sebuah kawasan yang berada setinggi 1240 meter dari aras laut.

Dalam erti kata lain, Tasik Beratan merupakan sebuah tasik yang berada di kawasan beraltitud tinggi dan mempunyai suhu yang agak sejuk.

Suhunya boleh mencecah 18 darjah selsius pada waktu malam dan 24 darjah selsius pada waktu siang.

Bagi anda yang tidak berapa tahan sejuk, adalah dinasihatkan supaya anda membawa pakaian yang sesuai bagi mengelakkan anda mengalami kesejukan yang terlampau yang akan merosakkan “mood” anda nanti.

Terdapat berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Tasik Beratan seperti parasailing, berkayak dan juga ski air.


Dream Beach: Realiti atau Mimpi?

Dream Beach Bali

Seperti mana namanya iaitu Dream Beach, kecantikannya disini pastinya membuatkan anda merasakan seolah-olah anda berada didalam mimpi.

Kecantikannya akan membuatkan anda terpukau dan terpesona. Pantainya yang bersih dan pasirnya yang putih menjadikannya sebagai sebuah destinasi terbaik untuk anda keluar dari kesibukan kota dan mendapatkan ketenangan.

Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan dengan 5 tempat paling popular di Bali. Bali mempunyai begitu banyak tempat menarik dan apa yang kami kongsikan hanyalah sebahagian daripada apa yang kami rasakan sangat popular dan sesuai untuk anda kunjungi.

20 Tips Penting Ketika Bercuti di Bali Indonesia

monyet-di-bali
Berhati-hati dengan monyet atau anjing yang ada di Bali

Apabila melancong ke Bali, terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda ketahui untuk memastikan pengalaman percutian anda berjalan lancar.

Berikut adalah beberapa tips yang mungkin berguna:

1. Pilih Tempat Yang Betul Di Bali: Memilih lokasi penginapan yang sesuai adalah penting. Jangan terperangkap dalam kesesakan lalu lintas atau cuaca yang panas.

Pastikan tempat yang anda pilih memenuhi keperluan anda, sama ada untuk rehat atau membeli-belah.

2. Pakaian Semasa Berada di Bali: Pastikan anda menjaga pemakaian di tempat awam seperti pantai.

Selain pakaian mandi, bawa juga baju yang sesuai untuk mengunjungi bar, restoran, dan kelab yang mengenakan dress code.

3. Hormat Adat Resam di Bali: Adat resam sangat penting di Bali. Berpakaian sopan dan hormati tempat-tempat suci.

Jika tarikh percutian anda jatuh pada hari Nyepi, pastikan anda mematuhi peraturan yang berlaku.

4. Berhati-Hati Dengan Haiwan Liar Di Bali: Monyet dan anjing di Bali mungkin nampak comel, tetapi berhati-hatilah.

Anjing liar di Bali banyak dan berisiko, manakala monyet suka mencuri makanan daripada orang.

5. Elak Botol Plastik Ketika Melancong Di Bali: Bali sedang berusaha mengurangkan penggunaan plastik.

Bawa botol minuman sendiri dan elakkan penggunaan botol plastik sekali pakai.

6. Sentiasa Ingat Akan Musim Hujan Di Bali: Musim hujan di Bali boleh membawa hujan lebat dan banjir.

Pastikan anda mempersiapkan diri dengan membawa payung atau pakaian hujan.

7. Tawar-Menawar Secara Hormat: Tawar-menawar adalah budaya di Bali. Berunding dengan sopan dan hormati peniaga tempatan.

8. Aktiviti dan Tempat Menarik Terkini Di Bali: Selain daripada pantai dan kuil, terdapat banyak aktiviti menarik seperti snorkeling, hiking, dan melawat sawah padi yang indah.

9. Menggunakan Mata Wang Tempatan: Pastikan anda menukar wang ke mata wang tempatan, Rupiah Indonesia (IDR), untuk transaksi yang lebih mudah.

Gunakan aplikasi penukaran mata wang untuk mendapatkan kadar terkini.

10. Pengangkutan di Bali: Sewa skuter atau kereta untuk menjelajahi pulau dengan lebih bebas.

Percutian-Ke-Bali-Indonesia
Imej oleh: Niklas Weiss

Namun, pastikan anda memiliki lesen memandu antarabangsa dan berhati-hati di jalan raya.

11. Makanan Tempatan: Cuba makanan tempatan seperti Nasi Campur, Sate Lilit, dan Babi Guling.

Restoran di Bali menawarkan pelbagai pilihan makanan yang lazat dan unik.

12. Pengalaman Spa: Manjakan diri dengan pengalaman spa Bali yang terkenal.

Pilih dari pelbagai rawatan seperti urutan tradisional, terapi batu panas, atau rawatan wajah dengan bahan-bahan semula jadi.

13. Kelas Memasak: Ikuti kelas memasak untuk belajar cara membuat hidangan Bali yang enak.

Ini adalah cara yang baik untuk membawa pulang sebahagian dari budaya Bali.

14. Aktiviti Air: Bali adalah syurga bagi aktiviti air seperti menyelam, snorkeling, dan surfing. Pergi ke tempat-tempat seperti Uluwatu, Nusa Dua, atau Canggu untuk ombak terbaik.

15. Kunjungi Pasar Seni: Pasar seni di Ubud dan sekitarnya adalah tempat yang sempurna untuk mencari cenderamata seperti ukiran kayu, lukisan, dan kain batik.

16. Pengalaman Budaya: Saksikan pertunjukan tarian tradisional Bali seperti Kecak atau Barong. Pertunjukan ini biasanya diadakan di pura-pura dan tempat-tempat budaya.

17. Jelajahi Alam: Kunjungi Taman Nasional Bali Barat atau pergi trekking di Gunung Batur untuk melihat pemandangan alam yang menakjubkan.

18. Kursus Selam: Ambil kursus selam PADI dan terokai kehidupan laut yang kaya di sekitar Bali. Pulau Menjangan dan Tulamben adalah beberapa lokasi selam terbaik.

19. Festival dan Acara: Cuba untuk merancang percutian anda sekitar festival lokal seperti Galungan, Kuningan, atau Nyepi untuk pengalaman yang lebih mendalam.

20. Perhatikan Keselamatan Anda: Sentiasa berhati-hati dengan barang berharga anda dan elakkan membawa terlalu banyak wang tunai. Gunakan peti deposit keselamatan di hotel anda.

Dengan tips ini, anda pasti akan menikmati percutian yang tidak terlupakan di Bali. Ingat, yang terpenting adalah untuk bersantai dan menikmati keindahan dan keunikan yang ditawarkan oleh pulau ini. Selamat bercuti!

Bersambung…

Pakej-Percutian-Bali

Tags: melancong ke balipengalaman melancong ke balitempat menarik di kuta bali
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-bali
Pakej Bali

60 Aktiviti Tempat Menarik Di Bali Indonesia Popular

Merancang percutian ke "Pulau Dewata" tetapi keliru mahu mula dari mana? Pasti tertanya-tanya apakah aktiviti dan tempat menarik di Bali...

Oleh: Hadi Ghazali
15 Julai, 2026
35.4k
tips bercuti di Bali
Pakej Bali

20 Tips Penting Ketika Bercuti di Bali Indonesia

  Adakah anda telah lama bercadang untuk bercuti ke Bali Indonesia? Anda pastinya inginkan pengalaman yang tidak akan anda lupakan...

Oleh: Hadi Ghazali
8 Mei, 2026
34.4k
Selanjutnya

Komen 84

  1. blank nurateika says:
    + -

    kalau blh send d no ini 0109590834 itu harga 2 pax ke bali

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Kami perlukan maklumat lanjut cik. Sila isikan borang untuk sebutharga

  2. blank nurateika says:
    + -

    boleh bagi saya harga untuk 2pax bulan ogos,tapi untuk suami isteri punya kalau boleh without group..dan sekali tiket pernerbangan

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh. Mohon cik isikan borang. Kami akan hantarkan sebutharga. Terima kasih

  3. blank Hilda Liew says:
    + -

    saya nak ke Bali. bantu saya.

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Mohon cik isikan maklumat. Kami akan bantu cik untuk percutian ke Bali.

Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my