Tiada alasan yang boleh diberikan melainkan mengiktiraf Bali di Indonesia itu adalah destinasi pelancongan paling menarik di dunia.
Tidak hairanlah Bali sentiasa mendapat kunjungan tidak putus-putus pelancongan dari seluruh dunia.
Bali telah mendapat banyak pengiktirafan terkemuka termasuk TripAdvisor yang mewartakan Pulau Bali sebagai 10 pulau terbaik di dunia.
Rupa buminya yang sungguh unik di setiap sudut pulau memberikan anda pemandangan yang tiada jemunya.
- Pakej Percutian Bali Terkini
- Penginapan Terbaik di Bali
- Aktiviti Paling Menarik di bali
- Peta Lokasi Percutian Bali
Pin
Bali juga menjadi destinasi utama pasangan yang ingin bermadu kasih, sekaligus menjadikanya antara tempat romantik untuk berbulan madu.
Video Percutian Di Bali Indonesia
Bagi anda yang ingin mendapatkan panduan lengkap percutian ke Bali, dalam artikel ini kami senaraikan 60 tempat menarik di Bali Indonesia yang anda harus tahu sebelum merancang melancong ke sini.
Pantai Suluban, Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 4 Pantai Suluban](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pantai-Suluban-1024x576.jpg)
Jika anda berkunjung ke Bali, jangan lupa untuk berkunjung ke Pantai Suluban kerana ia agak berbeza dengan pantai lain. Apa yang beza sangat tu? Bezanya adalah dari segi kedudukan dan lokasinya yang agak susah untuk diakses.
Agak mencabar sebenarnya untuk anda sampai kesini.
Anda perlu melalui kecuraman tangga batu yang memerlukan anda untuk lebih berhati-hati. Nasihat kami kalau anda berkunjung ke sini bersama anak-anak kecil, pastikan anda memerhatikan mereka setiap masa.
Antara tarikan utama disini adalah meluncur ombak dan juga berenang di dalam kolam kecil yang terbentuk di sekitar laut di Pantai Suluban ini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Pecatu, South Kuta, Badung Regency, Bali 80361, Indonesia
- Tiket: Dewasa Percuma. Kanak-kanak Percuma.
Jambatan Cinta Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 5 Yellow Bridge Nusa Lembongan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Yellow-Bridge-Nusa-Lembongan-1024x767.jpg)
Lokasi yang terletak di Nusa Ceningan ini juga turut dikenali sebagai Yellow Bridge Nusa Lembongan. Ia dikenali sebagai Jambatan Cinta kerana ia merupakan pilihan dan destinasi popular bagi pasangan-pasangan untuk melakukan pre-wedding photo-shot.
Sepertimana lokasi photo-shot lain, Jambatan Cinta sepanjang 140 meter ini mempunyai latar belakang yang sangat indah hasil panorama menarik lautan dan langit yang membiru. Boleh bayangkan tak macam mana?
Bayangkan pula pemandangannya sewaktu matahari naik dan juga terbenam. Kami jamin anda akan terpukau dan terpesona!
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jungutbatu, Nusapenida, Klungkung Regency, Bali 80771, Indonesia
- Tiket: Dewasa Percuma. Kanak-kanak Percuma
Candi Gunung Kawi
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 6 Candi Gunung Kawi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Candi-Gunung-Kawi-1024x681.jpg)
Bagi anda yang gemarkan percutian ke kawasan peninggalan zaman purba, Candi Gunung Kawi pasti akan menjadi salah satu destinasi menarik yang tidak patut anda lepaskan. Candi yang dibina pada abad ke-11 ini pastinya membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana ia masih mampu kekal bertahan hingga ke zaman ini.
Cara untuk sampai ke sini juga agak unik kerana anda perlu untuk menaiki 315 anak tangga. Jangan risau kerana anda tidak akan terasa masa yang berlalu dan juga keletihan yang melanda kerana anda akan disajikan dengan pemandangan indah sawah padi yang terbentang luas di sekeliling anda.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Banjar Penaka, Tampaksiring, Gianyar, Bali 80552, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp.50,000. Kanak-kanak Rp. 20,000. Umur Kanak-Kanak 2 – 11 Tahun | Bawah 2 Tahun Percuma
Pura Lempuyang Luhur, Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 8 Pura Lempuyang Luhur, Bali](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/04/Pura-Lempuyang-Luhur-Gunung-Lempuyang-update.jpg)
Sebuah lagi destinasi yang agak menarik untuk anda kunjungi adalah Pura Lempuyang yang merupakan salah satu daripada kuil tertua penganut agama Hindu di Bali. Ramai juga yang mengatakan bahawa kuil ini telah wujud lebih lama berbanding kuil lain yang terdapat disini.
Nak tahu satu fakta menarik? Kuil ini terletak di atas Gunung Lempuyang yang berketinggian 1175 meter dari paras laut! Ada satu lagi fakta yang kami pun rasa tak sampai hati nak beritahu anda tapi apa boleh buat, anda kena tahu juga. Anda perlu mendaki 1700 anak tangga yang agak curam untuk sampai ke sini!
Tapi, semuanya berbaloi bila anda sampai ke puncaknya nanti. Nak tahu apa yang menanti anda di puncak? Lebih baik anda berkunjung sendiri ke sini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Ds. Lempuyang, Adat Tribuana, Seraya Bar., Kec. Karangasem, Kabupaten Karangasem, Bali 80852, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 30,000. Kanak-kanak Rp. 10,000. Sewaan Sarong Rp. 10,000
Pura Luhur Uluwatu, Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 9 Tarian Tradisional Kecak Di Uluwatu](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Tarian-Tradisional-Kecak-Di-Uluwatu-1024x682.jpg)
Destinasi seterusnya pula terletak setinggi 250 kaki dari paras laut dan terletak di atas tebing. Mungkin anda tertanya-tanya apa maksud uluwatu kan? Jom kami kongsi dengan anda maksudnya!
Ulu sama seperti penggunaan ulu dalam Bahasa Melayu yang kita gunakan iaitu atas. Watu pula membawa maksud batu. Jadi, dah boleh agak apa maksud uluwatu? Ia membawa maksud atas batu.
Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disini adalah melihat pemandangan indah lautan membiru dan juga menyaksikan persembahan tarian tradisional Kecak. Ia dipersembahkan pada setiap 6 petang.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Pecatu, South Kuta, Badung Regency, Bali, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 30,000. Kanak-kanak Rp. 15,000. Menonton Tarikan Kecak Rp. 100,000 Dewasa & Kanak-kanak
Air Terjun Kanto Lampo
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 11 Air Terjun Kanto Lampo](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Air-Terjun-Kanto-Lampo-Popular-1024x766.jpg)
Untuk kesini, tiada masalah dan cabaran yang memerlukan anda untuk “fit” terlebih dahulu. Ia menggunakan laluan yang sama sepertimana anda ingin ke DesaBeng. Di sini, ada disediakan kemudahan ruang parkir dan juga kedai-kedai yang menjual makanan dan minuman.
Jadi, dari segi makan dan minum anda tidak akan ada masalah kerana anda boleh terus beli daripada peniaga disini. Dah selesai semuanya, anda boleh terus memulakan perjalanan ke kawasan air terjun yang mana anda boleh rasakan gegaran dan bunyi air terjun yang mengalir laju dari ketinggian 15 meter.
Bila dah sampai sini, anda tak perlu tunggu apa lagi dah. Anda boleh terus menikmati kesegaran Air Terjun Kanto Lampo ini!
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Beng, Gianyar Sub-District, Gianyar, Bali 80581, Indonesia
- Tiket: Rp. 10,000 Dewasa & Kanak-kanak
Air Terjun Aling-Aling
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 12 Air Terjun Aling-Aling](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Air-Terjun-Aling-Aling-819x1024.jpg)
Uniknya di lokasi Air Terjun Aling-Aling ini adalah, ia sebenarnya menempatkan 7 buah air terjun termasuklah Air Terjun Aling-Aling! Apapun, jika anda tanyakan kepada penduduk setempat atau mana-mana pelancong, jawapan mereka semua pasti sama iaitu Air Terjun Aling-Aling yang paling menarik.
Ia mempunyai ketinggian 35 meter dan air terjun yang mengalir darinya terpecah kepada dua sekaligus menjadikan ia dua buah air terjun yang bersebelahan. Kesegaran air terjunnya memang tidak dapat dinafikan lagi ditambah pula dengan keindahan kawasan hutan menghijau. Perfect!
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Desa Sambangan, Sambangan, Sukasada, Kabupaten Buleleng, Bali 81161, Indonesia
- Tiket: Dewasa & Kanak-kanak Rp. 10,000. Melihat Sahaja. Trekking & Private Guide / Mandi & Terjun. Harga dari Rp. 150,000, 250,000 & 300,000 minimum 2 orang
Uluwatu Surf Villas
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 13 Uluwatu Surf Villas](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Uluwatu-Surf-Villas-1024x682.jpg)
Kalau anda tanya sesiapa saja yang pernah berkunjung ke sini, pasti jawapan yang akan anda terima adalah perfect score! Skor apa tu? Skor dari segi pemandangan, kemudahan, aktiviti, makanan dan lain-lain semuanya boleh diberikan markah penuh!
Mana tidaknya, sebaik saja anda keluar dari vila anda, anda akan terus disajikan dengan keindahan pemandangan lautan biru yang memukau mata. Anda juga boleh melakukan aktiviti luncur ombak yang sukar untuk dilakukan dilautan biasa yang ombaknya tidak cukup kuat.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Pantai Suluban, Uluwatu, Pecatu, Kuta Selatan, Pecatu, Kuta Sel., Kabupaten Badung, Bali 80364, Indonesia
Air Terjun Tukad Cepung
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 14 Tukad-Cepung-Waterfall-Bali-update](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/04/Tukad-Cepung-Waterfall-Bali-update.jpg)
Pelik juga sebenarnya kami dengan destinasi percutian yang ada di Bali ini. Mana tidaknya, semua cantik-cantik dan unik. Tapi yang lagi pelik adalah, tahap kesukaran untuk sampai ke sesebuah destinasi tu. Agak susah!
Tapi, kesukaran inilah yang menjadikan semuanya lebih manis dan berharga. Kesukaran ini jugalah yang menjadikan Air Terjun Cepung bebas dari dimusnahkan oleh kerakusan manusia.
Bukan kami saja yang kata macam tu. Ramai lagi yang kata bila dah lalui semua kesukaran untuk sampai ke sini, pemandangan indah Air Terjun Cepung benar-benar menarik dan membuatkan semua kesukaran yang dilalui tadi berbaloi!
Air terjun yang berketinggian 15 meter ini kelihatan seolah-olah jatuh dari langit kerana silauan cahaya matahari yang memancar kepadanya. Sebab tu jugalah ia turut dikenali sebagai air terjun dari langit.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Tembuku, Dusun Penida Kelod, Tembuku, Kabupaten Bangli, Bali 80671, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp.10,000. Makanan: Warung Mee Sayur RP.25,000
Goa Gajah Ubud
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 15 Goa Gajah Ubud](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Goa-Gajah-Ubud-1024x768.jpg)
Jika anda sedang mencari sebuah destinasi yang rare, anda boleh kunjungi Goa Gajah atau Gua Gajah ini. Kawasan sekelilingnya saja pun dah cukup menarik kerana gua ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang berusia ratusan tahun sekaligus menjadikan suasana sekelilingnya agak sejuk.
Sebaik saja anda sampai ke gua ini, anda akan dapat melihat ukiran 2 buah patung penjaganya. Dikhabarkan juga gua ini telah wujud sejak abad ke-11 lagi. Motif utama ukiran di permukaan gua ini adalah haiwan dan juga tumbuhan.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Goa Gajah, Peliatan, Gianyar, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp.50,000. Kanak-kanak Rp. 25,000. Umur Kanak-Kanak 5 – 11 Tahun | Bawah 5 Tahun Percuma
Pengalaman Bercuti Di Bali Mason Elephant Safari Park & Lodge
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 16 Mason Elephant Safari Park & Lodge](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Elephant-Safari-Park-Lodge.jpg)
Ingat gajah ingat Mason Elephant Safari Park & Lodge. Cara termudah untuk anda dapatkan akses penuh ke destinasi ini adalah dengan menginap bersama keluarga ada di resort mewah yang disediakan disini. Jumlah bilik yang ada disini adalah sekitar 25 buah bilik sahaja.
Memang betul-betul first come first serve la orang kata. Kelebihan yang anda akan dapat bila anda menginap di resort ini adalah, akses percuma ke taman gajah. Antara aktiviti yang anda boleh lakukan disini adalah, beri makan, bermain dan menunggang gajah.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Elephant Safari Park Banjar Desa Taro Tegallalang, Taro, Tegallalang, Kabupaten Gianyar, Bali 80561, Indonesia
Percutian Ke Bali Bird Park
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 17 Bali Bird Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Bali-Bird-Park-1024x683.jpg)
Bali Bird Park mempunyai keluasan seluas 2 hektar dan turut menempatkan sekitar 1000 burung eksotik berbagai spesis dari seluruh dunia. Teringin nak tengok burung merak dan burung kakak tua? Haa.. Boleh la datang ke sini.
Anda juga akan disajikan dengan persembahan Flight Bird Show yang mana konsepnya adalah burung pemangsa akan memburu dan mencapai makanan yang dipegang oleh penjaga burung.
Selain itu, anda juga boleh temukan haiwan-haiwan lain seperti buaya, penyu, kura-kura dan macam-macam lagi di Taman Reptilia yang terdapat disini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Bali Bird Park, Jl. Serma Cok Ngurah Gambir Singapadu, Batubulan, Sukawati, Kabupaten Gianyar, Bali 80582, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp.385,000. Kanak-kanak Rp. 192,500. Umur Kanak-Kanak 2 – 12 Tahun | Bawah 2 Tahun Percuma
Trip Ke Bali Horse Riding
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 18 Bali Horse Riding](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Bali-Horse-Riding.jpg)
Jika anda rajin mencari maklumat, anda akan temukan begitu banyak pakej menunggang kuda yang ditawarkan di Bali. Salah satunya adalah Bali Horse Riding Tour. Menarik sebenarnya menunggang kuda ni. Lagi menarik bila menunggang kuda di pantai Bali.
Pemandangan indah apabila anda melalui Pantai Serangan, air terjun, kuil, gua kelawar dan macam-macam lagi. Sebelum apa-apa, kami nak nasihatkan anda untuk memakai pakaian yang selesa terutamanya kasut.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Gunung Bayur No.8, Pecatu, Kuta Sel., Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp.385,000. Kanak-kanak Rp. 192,500. Umur Kanak-Kanak 2 – 12 Tahun | Bawah 2 Tahun Percuma
Bercuti Di Bali Safari & Marine Park
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 19 Bali Safari & Marine Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Bali-Safari-Marine-Park-1024x683.jpg)
Untuk masuk ke destinasi ini, anda akan dikenakan bayaran. Jadi, datanglah seawal mungkin untuk memastikan bayaran masuk anda setimpal. Ada kelebihannya jika anda datang awal kerana disini terdapat begitu banyak spesis dan spesimen untuk dilihat.
Dianggarkan sekitar 80 spesis dan juga 400 spesimen yang datang daripada beberapa buah negara ada disini. Bayangkanlah masa yang anda perlukan untuk melihat kesemuanya.
Tarikan utama disini adalah harimau putih dan juga perkampungan gajah. Harimau putih ini dibawa khas dari negara India. Jika anda datang bersama keluarga, rasanya lebih seronok jika anda membawa mereka menaiki trem untuk perjalanan safari anda ini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Profesor Ida Bagus Mantra km 19,8, Serongga, Kec. Gianyar, Kabupaten Gianyar, Bali 80551, Indonesia
- Tiket: Harga Mengikut Pakej Dari Rp.513,000. Kanak-kanak Rp. 2,142,200. Datang Awal Untuk Dapatkan Pilihan & Tawaran Lebih Rendah
Ubud Monkey Forest
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 20 Ubud Monkey Forest](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ubud-Monkey-Forest-1024x627.jpg)
Monyet ni antara haiwan yang nampak macam comel tapi sebenarnya agak berbahaya. Bahaya bukan apa, monyet-monyet ni jenis yang mudah tercabar tambah-tambah bila anda pandang tepat ke mata. Jadi, kena hati-hati sikit bila datang sini.
Pastikan anda simpan segala barangan yang mudah nak dicapai oleh monyet-monyet ni. Tak pasal-pasal hilang barang anda nanti. Disini, anda boleh temukan 180 spesis monyet yang berjumlah 700 ekor! Selain itu, anda juga boleh mengunjungi Pura Beji dan juga Pura Prajapati.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Monkey Forest, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 50,000. Kanak-kanak Rp. 40,000. Tempat Letak Kereta Percuma
Ujung Water Palace
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 21 Ujung Water Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ujung-Water-Palace-1024x680.jpg)
Mengikut sejarah, Ujung Water Palace pernah mengalami sebuah kerosakan yang sangat teruk pada tahun 1963 disebabkan oleh letusan gunung berapi Gunung Agung. Istana tersebut juga turut mengalami kerosakan disebabkan oleh gempa bumi pada tahun 1979.
Istana yang memiliki kombinasi senibina Bali dan Eropah ini telah dibaikpulih secara berperingkat untuk membolehkan generasi sekarang turut menghargai keunikan senibina istana ini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Taman Ujung, Tumbu, Kec. Karangasem, Kabupaten Karangasem, Bali 80811, Indonesia
- Tiket: Dewasa & Kanak-Kanak Rp. 50,000. Bot Kayuh Rp. 20,000 Seorang
Tanah Lot Temple
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 22 Tanah Lot temple, Bali Island, Indonesia](http://wpfc.ml/b.gif)
Tanah Lot Temple atau turut dikenali sebagai Kuil Tanah Lot ini sebelumnya dikenali sebagai Tengah Lot yang membawa maksud didalam laut. Berkemungkinan besar namanya bersempena dengan kedudukan geografinya yang dikelilingi oleh lautan.
Itulah yang membuatkan destinasi ini lebih unik berbanding dengan destinasi lain. Ia dibina pada tahun 1489 oleh seorang penganut agama Hindu yang berasal dari Majapahit. Batu besar di tengah laut yang ada pada ketika itu telah memberikan ilham kepada untuk membina kuil dan juga tempat untuknya bermeditasi.
Bunyi deruan ombak dan kicauan burung pastinya menimbulkan ketenangan dalam diri sesiapa saja. Selain itu, anda akan turut disajikan dengan keindahan pemandangan yang memukau.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Tanah Lot, Beraban, Kediri, Kabupaten Tabanan, Bali 82121, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 60,000. Kanak-kanak Rp. 30,000. Tarian Kecak: Dewasa Rp. 80,000. Kanak-kanak Rp. 40,000
Gunung Batur Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 23 Gunung Berapi Batur Memilik Pemandangan Memukau](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Gunung-Batur-Bali-1024x682.jpg)
Gunung Batur merupakan sebuah lagi destinasi yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan cabaran dan juga untuk anda yang gemarkan percutian ekstrim. Untuk pengetahuan anda juga, gunung ini merupakan sebuah gunung berapi yang masih lagi aktif. Letusan terakhirnya adalah pada tahun 2000.
Walaupun risiko yang ada padanya agak besar, namun masih ramai yang sanggup mengambil risiko tersebut untuk melihat sendiri pemandangan menarik yang disajikan di puncak gunung ini. Puncaknya yang berketinggian 1717 meter dari paras laut ini turut menyediakan kemudahan kawasan kem yang dilengkapi dengan kerusi dan juga meja.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | South Batur, Kintamani, Bangli Regency, Bali, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 30,000
Pura Ulun Danu Bratan
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 24 Pura Ulun Danu Bratan Tersergam Indah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pura-Ulun-Danu-Bratan-Terkenal-Dengan-Panorama-1024x682.jpg)
Kuil ini terletak di sebuah tasik yang dikenali sebagai Tasik Bratan dan dibina pada tahun 1633. Ia menawarkan keunikan panorama semulajadi dimana ia dikelilingi oleh tasik dan juga gunung-ganang. Selain itu, anda juga boleh perhatikan disekeliling kawasan ini terdapat tanah yang menghijau dan juga berbagai jenis bunga.
Ramai yang mencadangkan setiap pelancong yang berkunjung ke sini untuk menaiki bot yang disediakan disini dan mengambil gambar dari bot tersebut. Sebenarnya terpulang pada anda. Atas kemahiran fotografi masing-masing sebenarnya.
Destinasi ini juga agak unik bagi anda yang gemar memancing kerana anda boleh menyewa joran dan memancing ikan yang ada didalam tasik ini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Danau Beratan, Candikuning, Baturiti, Tabanan Regency, Bali 82191, Indonesia
- Tiket: Dewasa Hari Biasa Rp. 35,000. Hujung Minggu Rp. 50,000. Bot Laju Satu Pusingan 3 Penumpang: Dewasa Rp. 200,000
Kintamani, Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 25 Pemandangan Gunung Berapi Di Kintamani](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pemandangan-Gunung-Berapi-Di-Kintamani-1024x680.jpg)
Destinasi seterusnya dalam senarai kami adalah, Kintamani. Ia merupakan sebuah perkampungan yang terletak berdekatan dengan Gunung Batur. Antara tarikan disini adalah, ia menempatkan Pura Tuluk Biyu yang terkenal kerana adanya tablet batu yang berusia lebih dari 1000 tahun.
Cuaca disini agak sejuk tapi mengasyikkan. Jadi, kami nak pesan siap-siap supaya anda tak terlupa untuk membawa dan memakai pakaian yang agak tebal. Cuaca yang sejuk dan nyaman ditambah pula dengan keindahan pemandangan yang disajikan menjadikan Kintamani sebagai sebuah destinasi yang tidak patut untuk anda tidak kunjungi.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Penelokan 888 Br Masem, Batur Selatan, Kintamani, Batur Sel., Kintamani, Kabupaten Bangli, Bali 80652, Indonesia
- Tiket: Capai Pemandangan Melalui Minum Kopi Atau Makan Tengah Hari Di Restoran Berhampiran
Istana Puri Saren Ubud
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 26 Istana Puri Saren Ubud](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Gerbang-Istana-Puri-Saren-Ubud-1024x683.jpg)
Ia dibina pada abad ke-19 oleh Tjokorda Ida Putu Kandel yang merupakan pemerintah dari tahun 1800 sehingga ke tahun 1823. Temboknya yang berwarna merah yang berdiri teguh menunjukkan betapa megahnya binaan ini.
Disepanjang dinding istana ini, anda boleh lihat berbagai jenis ukiran motif. Selain itu, anda juga dapat melihat binaan patung yang terletak dikiri dan kanan pintu masuk istana ini.
Selain itu, tarikan lain yang ada disini adalah pementasan tarian tradisional Bali yang berbeza akan dipersembahkan pada setiap hari.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Ubud No.8, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma. Persembahan Tarian Bali: Dewasa Rp. 80,000
Teres Tanaman Padi Tegallalang
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 27 Pemandangan Kontur Kawasan Padi Tegallalang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pemandangan-Kontur-Kawasan-Padi-Tegallalang-1024x682.jpg)
Kalau anda berkunjung ke sini, anda jangan pelik kalau tengok ramai pelukis pemandangan ada disini. Pemandangan Tegallalang Rice Terraces yang indah ini memang menjadi pilihan pelukis pemandangan dari dalam dan juga luar negara.
Ia merupakan sebuah kawasan sawah padi dan disini juga anda boleh temukan bermacam jenis gerai makan yang mampu memenuhi selera makan anda dan keluarga.
Agak seronok sebenarnya bila anda menikmati hidangan sambil menjamu selera.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Tegallalang, Tegallalang, Kabupaten Gianyar, Bali 80561, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 15,000. Parkir: Rp. 5,000
Batur Natural Hot Spring
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 28 Batur Natural Hot Spring](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Batur-Natural-Hot-Spring-1024x648.jpg)
Berapa ramai yang suka berendam dalam air panas? Ada masa kita suka sejuk-sejuk dan ada masa pula kita suka panas-panas. Apapun, berendam dalam air panas mampu untuk berikan kesegaran yang agak luarbiasa!
Di Bali pun ada tempat untuk anda berendam dalam air panas. Lagi menarik bila air panas tersebut dipanaskan oleh gunung berapi. Nama destinasi air panas yang kami sarankan untuk anda kunjungi ini adalah Hot Spring Volcano. Ia sangat melegakan terutamanya selepas anda penat mendaki Gunung Batur. Baru lega otot-otot anda.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Toya Bungkah Kintamani Desa Pekraman Batur, Songan B, Kintamani, Kabupaten Bangli, Bali 80612, Indonesia
- Tiket: Dewasa Hari Biasa Rp. 100,000. Harga Termasuk ‘Welcome Drink’, Syampu Mandian, Tuala & ‘Locker’
Seminyak Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 29 Seminyak Bali Dari W Hotel](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Seminyak-Bali-Di-W-Hotel-1024x683.jpg)
Seminyak ni anda boleh umpamakan seperti Kuala Lumpur kalau di Malaysia. Ia merupakan lokasi paling menarik untuk anda membeli belah. Selain itu, ia juga terkenal kerana disinilah lokasinya untuk anda menikmati hidangan di restoran-restoran mewah.
Bagi anda yang bercadang untuk menginap disini, anda pasti takkan kecewa dengan kemudahan prasarana yang terdapat disini. Anda juga boleh menenangkan fikiran dengan mengunjungi mana-mana pantai yang indah untuk anda rehat-rehat bersama keluarga atau meluangkan masa bersendirian.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Petitenget Kerobokan, Seminyak, North Kuta, Badung Regency, Bali 80361, Indonesia
Pantai Kuta Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 30 Pantai Kuta Bali](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pantai-Kuta-Bali-1024x670.jpg)
Sebelum ini, Kuta lebih kepada sebuah perkampungan nelayan dan tidak padat dengan pengunjung. Tapi, itu semua cerita suatu masa dahulu. Sekarang, Kuta bukan saja terkenal dalam kalangan masyarakat setempat, malah ia turut menjadi tumpuan pengunjung dari luar.
Kawasan sekitar Pantai Kuta ini dipenuhi dengan kedai makan dan juga tempat penginapan. Memang tidak ada masalah untuk anda cari apa yang anda nak disini. Selain itu, ia turut menyediakan tempat hiburan. Cukup lengkap semuanya kan?
Pesanan kami kali ini khas untuk anda yang tidak sukakan suasana yang terlalu meriah dan padat dengan orang ramai kerana Pantai Kuta ini sangat-sangat meriah!
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Pantai Kuta, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
- Tiket: Percuma. Tumpuan: Waktu Matahari Terbenam
Kawasan Bedugul Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 31 Pemandangan Petang di Tasik Bedugul](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pemandangan-Petang-di-Tasik-Bedugul-1024x685.jpg)
Sebuah lagi destinasi yang agak menarik untuk anda lawati adalah Bedugul Bali dimana ia terletak 1500 meter dari paras laut. Kami sangat sarankan anda yang gemarkan suasana segar dan nyaman untuk kesini kerana kawasannya sangat bersih dan menyegarkan.
Disini, anda boleh temukan beberapa destinasi seperti Taman Botani Bali, Air terjun Munduk dan juga Pura Danu Bratan. Menarik kan? Dalam satu destinasi, anda boleh kunjungi bermacam lagi destinasi popular.
Ramai juga yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati kekayaan flora dan fauna yang ada didalam hutan hujan sekitarnya.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Kebun Raya, Batunya, Baturiti, Candikuning, Baturiti, Candikuning, Baturiti, Kabupaten Tabanan, Bali 82191, Indonesia
Pasar Seni Ubud
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 32 Sarong Antara Seni Yang Menarik Perhatian Di Pasar Seni Ubud](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Sarong-Antara-Seni-Yang-Menarik-Perhatian-Di-Pasar-Seni-Ubud-1024x684.jpg)
Lokasi ini pernah masuk dalam penggambaran sebuah filem Hollywood, “Eat Pray Love” lakonan Julia Roberts. Kalau tak masuk dalam filem sekalipun kami tetap rasa ia merupakan sebuah lokasi yang patut anda kunjungi jika anda berada di Bali.
Ia terletak dihadapan Istana Puri Saren Ubud dan merupakan sebuah lokasi membeli belah yang menawarkan berbagai jenis pilhan barangan seperti beg bersulam, bakul, topi, layang-layang dan macam-macam lagi pilihan. Sesuai dengan namanya sebagai pasar seni, apa yang anda boleh temukan disini semuanya adalah hasil seni kraftangan.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Ubud No.35, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
Coffee Plantation Bali Pulina
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 33 Kopi Luwak Bali Pulina Antara Yang Termahal Di Dunia](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Kopi-Luwak-Bali-Pulina-Antara-Yang-Termahal-Di-Dunia-1024x541.jpg)
Rasanya ramai disini yang gemar untuk minum kopi kan? Di Coffee Plantation Bali Pulina atau juga dikenali Bali Pulina Agro Tourism, anda akan dihidangkan dengan kopi yang termahal didunia. Bayangkan nilai harga secawan kopi disini adalah dalam sekitar $30 ke $50.
Kopi termahal dunia ini tidak lain dan tidak bukan adalah kopi luwak. Luwak membawa maksud musang. Sebenarnya ia memang ada kaitan dengan musang secara langsung. Buah kopi yang ada disini akan dimakan oleh musang dan najis yang keluar adalah biji kopi. Biji kopi inilah yang diambil dan diproses untuk menjadi kopi luwak. Menarik ke geli?
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Sebatu, Tegallalang, Gianyar, Bali 80561, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma. Harga Kopi Luwak Bermula Dari Rp. 100,000 Jika Ingin Mencuba
Percutian Bali Nusa Lembongan
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 34 Pemandangan Di Pulau Nusa Lembongan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pemandangan-Di-Pulau-Nusa-Lembongan-1024x576.jpg)
Nusa Lembongan yang berkeluasan 8 kilometer kaki persegi ini merupakan salah satu daripada 3 buah pulau yang berada bersebelahan satu sama lain iaitu Nusa Ceningan dan juga Nusa Penida. Kejernihan air laut dan pemandangannnya benar-benar mempersona.
Apa yang menjadikan ia lebih menarik adalah hidupan yang ada disekelilingnya iaitu hidupan marin dan juga terumbu karang yang meningkatkan lagi keindahan dan kecantikan destinasi ini. Tapi, untuk menikmati keindahan yang dinyatakan tadi hanya boleh dilakukan dengan satu cara sahaja iaitu snorkeling!
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jungutbatu, Nusapenida, Klungkung Regency, Bali, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma. Anggaran sewa bot dari Rp. 60,000. Bot Laju dari Rp. 250,000
Kebun Raya Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 35 The Bali Botanic Garden](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/The-Bali-Botanic-Garden-1024x682.jpg)
Nama lain Kebun Raya Bali adalah The Bali Botanic Garden. Ia merupakan taman botani terbesar yang ada di Indonesia dan ia terletak di kawasan pergunungan Bedugul. Ia terletak di sebuah kawasan yang berketinggian 1300 meter dari paras laut dan bagi anda yang berkesempatan untuk berkunjung ke sini, anda akan dapat melihat Kuil Ulun Danu dan juga Tasik Beratan dari sini.
Destinasi pelancongan yang tinggi memang tak dapat nak lari daripada suhu yang sejuk. Jadi, kami nasihatkan anda untuk sediakan apa yang patut kalau anda jenis yang tak tahan sejuk. Apapun, dalam sejuk-sejuk sebeginipun, anda masih boleh melihat banyak tumbuhan seperti orkid, kaktus dan ros. Anda juga dapat melihat berbagai spesis burung yang berterbangan diudara.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Kebun Raya, Candikuning, Baturiti, Kabupaten Tabanan, Bali 82191, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 20,000. Kanak-kanak Rp. 10,000
Pantai Sanur
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 36 Pantai Sanur](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pantai-Sanur-1024x768.jpg)
Ramai yang membandingkan Pantai Sanur dengan Kuta dan juga Seminyak. Ia lebih mahal berbanding Kuta tetapi lebih murah berbanding dengan Seminyak. Apapun, ia tidak menjadi masalah kerana ia masih menawarkan pemandangan yang memukau.
Ia merupakan destinasi tumpuan bagi penggemar aktiviti-aktiviti air. Kalau anda juga termasuk dalam kategori tersebut, apa kata anda luangkan masa untuk berkunjung ke sini? Ia juga tidak sesibuk kawasan pantai lain dan ia juga sangat bersih. Anda juga boleh menemukan banyak kedai makan dan juga tempat penginapan.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Kusuma Sari, Sanur, Denpasar Sel., Kota Denpasar, Bali 80228, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma. Anda Juga Berpeluang Menyertai Kelas Yoga Percuma
Penglipuran Village
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 37 Kampung Yang Sangat Unik Iaitu Penglipuran Village](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Kampung-Yang-Sangat-Unik-Iaitu-Penglipuran-Village-1024x682.jpg)
Ia merupakan sebuah perkampungan yang terletak 700 meter dari paras laut. Ia merupakan sebuah kawasan kampung tradisional yang mempunyai ciri-ciri uniknya yang tersendiri. Ia juga bebas tanpa sebarang sentuhan pembangunan yang melampau sekaligus menjadikannya sebagai salah sebuah destinasi yang sangat sesuai untuk anda kunjungi.
Disebabkan oleh ketinggian lokasi ini, cuaca disini agak sejuk dan anda boleh melihat pemandangan kawasan gunung, ladang dan juga hutan pokok buluh. Apa yang lebih menarik adalah, kesemuanya terpelihara dalam keadaan yang baik.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Penglipuran, Kubu, Kec. Bangli, Kabupaten Bangli, Bali 80661, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp.30,000. Kanak-kanak Rp. 25,000. Umur Kanak-Kanak 2 – 12 Tahun | Bawah 2 Tahun Percuma
Tirta Gangga
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 38 Taman Tirtagangga di Tirta Gangga](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Taman-Tirtagangga-di-Tirta-Gangga-1024x680.jpg)
Tirta Gangga sebenarnya membawa maksud air yang mengalir dari Sungai Gangga. Disini jugalah terletaknya Istana Air Tirta Gangga. Pemandangan yang disajikan disini pasti akan membuatkan anda terpukau dan terpesona.
Bayangkan sebuah tempat yang dikelilingi oleh kolam, pancuran air, taman dan juga ukiran. Tak dapat nak bayangkan macam mana? Anda kena datang sendiri ke sini. Ia juga sangat popular sebagai sebuah destinasi untuk bergambar.
Pesanan kami, kalau anda bercadang untuk berendam didalam kolam yang ada disini, pastikan anda membawa wang lebih kerana masuk bukanlah percuma.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Raya Abang Desa Adat, Ababi, Abang, Kabupaten Karangasem, Bali 80852, Indonesia
- Tiket: Dewasa & Kanak-Kanak Rp.30,000. Mandi Di Kolam Renang Rp. 10,000
Lovina Beach
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 39 Pemandangan Sore Di Lovina Beach](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pemandangan-Sore-Di-Lovina-Beach-1024x678.jpg)
Lovina Beach atau Pantai Lovina merupakan sebuah destinasi yang terletak sekitar 10 kilometer dari Pekan Singaraja. Ia sangat terkenal sebagai sebuah pantai yang sangat indah dengan kehitaman pasir, air yang tenang dan pemandangan yang memukau.
Namun, tarikan utama disini adalah ikan lumba-lumba! Anda akan dapat melihat banyak ikan lumba-lumba yang melompat di permukaan air. Ia juga lengkap dengan berbagai jenis kemudahan untuk pengunjung seperti kedai makan, pusat penginapan, kedai kraftangan, bank dan juga kemudahan pengangkutan.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Seririt- Singaraja, Kaliasem, Banjar, Kabupaten Buleleng, Bali 81152, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma. Lawatan Ikan Lumba-Lumba: Dari Rp. 100,000
Agung Rai Museum of Art
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 40 Agung-Rai-Museum-of-Art-update](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/04/Agung-Rai-Museum-of-Art-update.jpg)
Muzium Seni Agung Rai merupakan salah satu destinasi yang tidak patut dilepaskan oleh pencinta seni yang berkunjung ke Bali. Bayangkan sebaik saja anda sampai disana, anda akan disambut oleh keunikan senibina tradisional Bali dan juga dikelilingi oleh taman tropika.
Itu belum masuk kedalam muzium lagi. Didalamnya pula, anda akan disambut dengan pelbagai koleksi seni abad ke-19. Kebanyakan karya seni yang ada disini adalah seni lukisan. Namun, anda juga boleh melihat kanak-kanak tempatan berlatih tradisional Bali. Selain itu, anda juga berpeluang untuk melihat latihan gamelan.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp.80,000 & Kanak-Kanak Rp.60,000. Anda Juga Disajikan Kopi & Tea
Puri Lukisan Museum
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 41 Seni Tradisional Bali Banyak Dihimpunkan Di Puri Lukisan Museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Puri-Lukisan-Museum-1024x680.jpg)
Peralihan seni tradisional Bali kepada seni moden bermula di Ubud. Seni moden merupakan seni yang terhasil dan diinspirasikan daripada subjek keagamaan. Di Puri Lukisan Museum ini, ia dibahagikan kepada 4 bahagian dimana anda boleh temukan koleksi hasil seni daripada Ubud seperti wayang kulit di bahagian timur.
Dibahagian barat, anda akan disajikan dengan hasil seni moden yang rata-ratanya dihasilkan oleh pelukis-pelukis Bali selepas perang. Di bahagian utara pula, koleksi lukisan daripada Gusti Nyoman Lempad dan lain-lain. Dibahagian selatan pula dikhususkan untuk pameran khas.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta |Jl. Raya Ubud, Ubud, Bali, 80571, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 85,000 Kanak-Kanak 15 Tahun Ke Bawah Adalah Percuma. Anda Boleh Menyertai Kelas Bengekl Seni & Budaya Bermula Rp. 145,000 – 365,000
Neka Art Museum
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 42 Karya Suteja Neka Di Muzium Seni Neka](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Neka-Art-Museum-1024x682.jpg)
Neka Art Museum dibuka pada tahun 1982 dimana ia mengetengahkan ciri senibina tradisional. Namanya pula diambil bersempena dengan nama seorang guru yang hobinya adalah mengumpul karya lukisan iaitu Suteja Neka.
Dianggarkan terdapat sekitar 300 lukisan ada disini yang dihasilkan oleh pelukis dari dalam dan juga luar negara. Menerusi muzium ini juga, anda akan belajar lebih banyak lagi berkenaan perkembangan seni di Bali.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Raya Sanggingan Campuhan, Kedewatan, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali 80571, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 50,000 Kanak-Kanak 12 Tahun Ke Bawah Adalah Percuma
Bercuti Ke Bali Waterbom Park
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 43 Bali Waterbom Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Bali-Waterbom-Park-1024x768.jpg)
Di Bali, anda boleh temukan bermacam jenis aktiviti bergantung kepada kehendak anda. Kalau anda jenis yang gemarkan aktiviti mencabar, ada destinasinya. Kalau anda perlukan suasana yang tenang, ada tempatnya. Begitu juga kalau anda ingin meluangkan masa bersama keluarga dengan aktiviti yang menyeronokkan. Anda boleh dapatkannya di Waterbom Bali.
Disinilah terletaknya sebuah gelongsor air paling curam di Asia, gelongsor Climax. Selain itu, anda juga boleh temukan bermacam lagi jenis permainan air yang mampu mencabar keberanian anda. Jangan risau. Aktiviti yang lebih santai pun ada.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Kartika Plaza Tuban, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
- Tiket: Harga Bermula Dari ‘Single Day Pass’ Rp. 346,500 Hingga ‘Total Package’ Rp. 750,000
Pantai Pasir Putih
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 44 Pantai Pasir Putih Sememangnya Putih Dan Air Membiru](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pantai-Pasir-Putih-Sememangnya-Putih-Dan-Air-Membiru-1024x576.jpg)
Sebuah lagi destinasi menarik di Bali yang sering menjadi tumpuan pelancong adalah Pantai Pasir Putih yang terletak berdekatan dengan Candidasa Bali. Pantai Pasir Putih ini mempunyai beberapa nama lain lagi sebenarnya. Lokasinya agak sukar untuk ditemui dan menyebabkan ia kurang dilawati. Kiranya siapa yang berjaya temukannya adalah sangat-sangat bertuah.
Walaupun begitu, apa yang ditawarkan disini setanding dengan kawasan pantai lain yang lebih popular. Anda boleh temukan gerai-gerai yang pastinya akan memikat selera anda. Seronok sebenanrya menjamu selera sambil-sambil menenangkan diri disini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Tj. Ental, Jungutbatu, Nusapenida, Klungkung Regency, Bali 80771, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 20,000 Dan Kanak-Kanak Rp. 10,000
Pantai Green Bowl
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 45 Ombak Di Green Bowl Beach](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ombak-Di-Green-Bowl-Beach-1024x684.jpg)
Nama pantai yang agak unik menjadikan Green Bowl Beach lebih mudah untuk diingati dan mengundang rasa curiga terhadap pengunjung untuk sampai kesini. Sebenarnya, ia merupakan refleksi kepada keadaan sekitar pantai ini yang dipenuhi dengan rumpai-rumpai laut yang menghijau.
Sama seperti Pantai Pasir Putih, ia juga agak jarang dilawati bukan kerana lokasinya yang sukar untuk ditemukan tetapi untuk sampai ke sini, anda perlu menuruni anak tangga yang agak curam. Ramai yang give up bila tahu mengenai anak tangga ini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Ungasan, South Kuta, Badung Regency, Bali, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma Dan Parking Rp. 5,000
Pantai Yeh Leh
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 46 Pantai Yeh Leh Matahari Terbenam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pantai-Yeh-Leh-Matahari-Terbenam-1024x534.jpg)
Yeh Leh Beach pula unik sikit berbanding dengan pantai-pantai lain yang ada di Bali kerana ia menyediakan kemudahan gazebo untuk anda bersantai dan menikmati pemandangan matahari naik dan terbenam bersama keluarga atau bersendirian.
Disini juga anda boleh temukan banyak batu-batu besar yang terletak di sekitarnya. Hal ini sebenarnya agak unik kerana anda biasanya akan menemukan keadaan sebegini hanya di kawasan sungai. Macam manapun, ia tetap menambahkan lagi seri terhadap pemandangan disini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Gang Tasik, Desa Pengeragoan, Kecamatan Pekutatan, Gumbrih, Pekutatan, Kabupaten Jembrana, Bali, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma
Dream Beach Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 47 Dari Kejauhan Dream Beach Bali Sudah Kelihatan Mempersona](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Dream-Beach-Bali-1024x768.jpg)
Nama Dream Beach memang sangat sesuai dengan pantai ini kerana anda akan merasakan seolah-olah anda sedang berada di alam mimpi. Bayangkan bila anda melihat pemandangan disini, anda akan rasa seolah-olah anda sedang bermimpi kerana pemandangannya cukup indah dan mempersona.
Pantainya yang bersih, pasir yang memutih dan bayu laut yang mendamaikan melengkapkan lagi keindahan pantai ini. Anda boleh menikmati pemandangan disini sambil menikmati hidangan minuman dan makanan yang menyelerakan bersama dengan keluarga anda.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Lembongan island, Jungutbatu, Nusapenida, Klungkung Regency, Bali 80771, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma Dan Parking Juga Percuma
Danau Beratan
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 48 Danau Beratan Memang Sangat Popular Sebagai Destinasi Pelancong](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Danau-Beratan-819x1024.jpg)
Ia merupakan sebuah tasik yang terletak di Bedugul. Bayangkan ketinggian tasik ini saja sudah mencecah 1240 meter dari paras laut yang menyebabkan cuaca disini agak sejuk. Ia juga merupakan salah satu daripada 20 tasik tercantik yang ada didunia.
Suhu pada waktu malam boleh mencecah sehingga 18 darjah celcius dan suhu pada sebelah siangnya pula adalah sekitar 24 darjah celcius. Nasihat kami untuk anda, bawa pakaian yang sesuai sekiranya anda berkunjung ke sini. Tarikan lain yang ada disini adalah, ski air, kayak dan juga parasailing.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Baturiti, Tabanan Regency, Bali, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 50,000 & Kanak-Kanak Rp. 25,000
Jatiluwih Green Land
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 49 Pemandangan Tanaman Padi Bertingkat Jatiluwih](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pemandangan-Tanaman-Padi-Bertingkat-Jatiluwih-1024x682.jpg)
Jatiluwih merupakan gabungan dua perkataan iaitu “jati” yang membawa maksud asli dan juga “luwih” yang bermaksud cantik. Anda boleh menganggap namanya membawa maksud kecantikan yang asli dan maksud ini benar-benar direfleksikan oleh pemandangan yang bakal anda lihat disini.
Selain pemandangan yang memukau, anda juga boleh menikmati makanan di restoran yang ada disini. Disini, anda boleh bersiar-siar di kawasan sawah padi untuk melihat dengan lebih dekat lagi bagaimana caranya masyarakat Bali bekerja dalam membanting dan menuai padi.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Jatiluwih No No.Desa, Jatiluwih, Penebel, Kabupaten Tabanan, Bali 82152, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 40,000 & Kanak-Kanak Rp. 20,000
DMZ Bali 3D Art Museum
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 50 Dream Museum Zone](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Dream-Museum-Zone-1024x768.jpg)
Fenomena muzium 3D bukan saja sangat popular di Malaysia, bahkan di Bali juga anda boleh temukan sebuah muzium yang dikenali sebagai Dream Museum Zone. Disini dipamerkan koleksi-koleksi lukisan 3D yang sangat memukau kerana efek lukisan yang dihasilkan disini sangat realistik.
Anda dibenarkan untuk bergambar disini bersama-sama dengan lukisan-lukisan disini yang berinspirasikan lukisan Zaman Renaissance, Mona Lisa dan juga Van Gogh. Hasil karya 3D disini bukan saja akan membuatkan anda teruja. Jika anda membawa anak-anak anda kesini, mereka akan lebih teruja!
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Nakula No.33X, Legian, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
- Tiket: Dewasa & Kanak-Kanak Rp. 110,000. Kanak-Kanak Bawah 3 Tahun Percuma
Air Terjun Sekumpul
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 51 Air Terjun Sekumpul adalah salah satu tarikan semula jadi yang paling indah di Bali](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/04/Sekumpul-Waterfall-atau-Air-Terjun-Sekumpul-update.jpg)
Sekumpul Waterfall atau Air Terjun Sekumpul merupakan salah satu daripada tarikan utama alam semulajadi yang boleh anda temukan di Bali. Bayangkan keindahan yang terhasil daripada sebuah air terjun saja pun dah cukup memukau, inikan pula 7 buah air terjun sekali! Dari sinilah datangnya nama sekumpul. Maksudnya kesemua air terjun berkumpul sekali.
Ada dua trek yang boleh anda lalui untuk sampai ke sini iaitu trek yang mempunyai gazebo atau trek hutan. Cumanya trek hutan ni mengambil masa yang lebih lama untuk sampai ke air terjun.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Sekumpul, Lemukih, Sawan, Kabupaten Buleleng, Bali 81171, Indonesia
- Tiket: Dewasa & Kanak-Kanak Rp. 20,000. Parkir Adalah Percuma
Pantai Batu Bolong
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 52 Pantai Batu Bolong](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pantai-Batu-Bolong-1024x683.jpg)
Batu Bolong Beach atau Pantai Batu Bolong merupakan sebuah destinasi yang sangat sesuai bagi anda yang gemarkan aktiviti meluncur ombak. Ia bukan saja mempunyai berbagai jenis aktiviti yang menarik untuk dilakukan dan mempunyai pemandangan yang cantik, anda juga boleh temukan berbagai jenis pilihan makanan menerusi gerai-gerai yang disediakan disana.
Pantai ini agak kurang menjadi tumpuan berbanding dengan pantai-pantai lain yang ada di Bali sekaligus menjadikannya tidak terlalu sesak dan sesuai untuk anda merehatkan diri bersama-sama dengan keluarga.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Pantai Batu Bolong, Canggu, Kuta Utara, Kabupaten Badung, Bali, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma. Parkir Rp. 2,000 – Rp. 2,500
Kuil Besakih
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 53 Besakih Temple Terdiri Daripada 86 Kuil](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Besakih-Temple-Terdiri-Daripada-86-Kuil-1024x681.jpg)
Kebanyakan kuil yang ada di Bali ini telah wujud sejak zaman purba lagi. Kalau anda dah sampai ke Bali, jangan terlepas peluang untuk mengunjungi kuil-kuil yang ada disini terutamanya Besakih Temple ini.
Ia boleh dikatakan sebagai kuil utama untuk kesemua kuil yang ada disini. Usianya saja sudah melebihi 1000 tahun dan ia terletak pada ketinggian melebihi 1000 meter dari paras laut.
Besakih Temple ini terdiri daripada 86 buah kuil dan dikelilingi oleh sawah padi yang menghijau, gunung-ganang dan, bermacam lagi keindahan alam semulajadi.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Besakih, Rendang, Karangasem Regency, Bali 80863, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 60,000 & Kanak-Kanak Rp. 30,000
Pantai Legian
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 54 Legian Beach Pantai Yang Luas Memanjang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Legian-Beach-Pantai-Yang-Luas-Memanjang-1024x576.jpg)
Sebuah lagi destinasi pantai yang anda patut kunjungi sekiranya anda berada di Bali iaitu Legian Beach.
Ia juga sangat sesuai bagi anda yang gemarkan suasana dan aktiviti malam yang agak meriah. Ia juga sangat sesuai bagi anda yang gemarkan aktiviti yang mencabar.
Disini jugalah terletaknya berbagai jenis tarikan utama lain di Bali seperti Waterbom Bali, Rip Curl School of Surf, Dream Museum Zone Bali dan bermacam-macam lagi. Anda boleh temukan banyak lagi tarikan lain disini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Melasti, Legian, Kuta, Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 55 Kemenuh Butterfly Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Kemenuh-Butterfly-Park-683x1024.jpg)
Destinasi kali ini pula sesuai untuk anda yang gemarkan rama-rama kerana disini anda akan disajikan dengan berbagai spesis rama-rama didalam sebuah landskap yang sangat eksotik.
Kemenuh Butterfly Park ternyata berjaya menaikkan lagi kesedaran dalam kalangan pengunjung bahawa kita perlukan lebih banyak lagi rama-rama kerana warnanya menambah keindahan kepada alam ini.
Ia terletak sekitar 10 minit dari Ubud, 25 minit dari Sanur dan 45 minit dari Kuta sekaligus menjadikannya mudah untuk dikunjungi.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Gn., Kab., Kemenuh, Blahbatuh, Kabupaten Gianyar, Bali 80581, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 100,000 & Kanak-Kanak Rp. 50,000
Pantai Padang-Padang
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 56 Pantai Padang Padang Tersembunyi Disebalik sebuah Tebing](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pantai-Padang-Padang-Tersembunyi-Disebalik-sebuah-Tebing-1024x682.jpg)
Kalau anda bandingkan dari segi populariti, Padang-Padang Beach ternyata tidak terkenal sama seperti pantai-pantai lain yang ada di Bali. Namun, ia tetap mempunyai kecantikan, keindahan dan tarikannya yang tersendiri sekaligus menjadikan pantai ini mempunyai kumpulan peminatnya.
Ia terletak disebuah lokasi yang agak terlindung sedikit kerana ia tersembunyi disebalik sebuah tebing di kawasan Pecatu dan ia merupakan sebuah pantai yang agak kecil.
Untuk sampai keisni juga anda perlu lalui kawasan tangga di kawasan tebing. Agak menggerunkan bukan?
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Labuansait, Pecatu, Kuta Sel., Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma
Percutian Di Bali Garuda Wisnu Kencana
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 57 GWK Cultural Park Mempersembahkan Pakaian Tradisi](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/GWK-Cultural-Park-Mempersembahkan-Pakaian-Tradisi-1024x612.jpg)
Garuda Wisnu Kencana atau dalam bahasa yang sering disebut pengunjung, GWK Cultural Park merupakan sebuah destinasi taman pelancongan kebudayaan yang secara kasarnya terletak di kawasan selatan Bali.
Garuda Wisnu Kencana merupakan sebuah patung besar hasil karya luarbiasa Nyoman Nuarta. Namun sayangnya ia tidak berjaya siap dibina sepenuhnya. Namun begitu, disebabkan oleh hal inilah yang menjadikannya lebih menarik untuk diketahui dan dikunjungi oleh pelancong terutamanya sejarah disebalik pembinaan patung ini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Uluwatu, Ungasan, Kuta Sel., Kabupaten Badung, Bali 80364, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 120,000 & Kanak-Kanak Rp. 100,000. Kanak-Kanak Bawah 4 Tahun Percuma
Pasar Sukawati
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 58 Pelbagai Hasil Kraftangan Boleh Ditemukan Di Pasar Sukawati](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Sukawati-Art-Market-1024x683.jpg)
Di Sukawati Art Market ini, anda boleh temukan berbagai hasil seni dan hasil kraftangan yang agak menarik seperti gelang tangan dan rantai. Anda juga boleh temukan barangan lain yang mungkin menarik minat dan perhatian anda seperti lukisan dan ukiran kayu.
Kalau anda merupakan seorang yang suka membeli belah secara borong terutamanya barangan seni, Pasar Sukawati sangat sesuai untuk anda. Harga untuk belian secara borong disini juga jauh lebih murah dari kawasan lain.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Raya Sukawati, Sukawati, Kabupaten Gianyar, Bali 80582, Indonesia
Zoo Bali
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 59 Di Zoo Bali, Haiwan Jinak Dibiarkan Berkeliaran](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Bali-Zoo-1024x683.jpg)
Bali Zoo merupakan antara pilihan destinasi yang sangat sesuai jika anda berkunjung kesini bersama-sama dengan anak-anak. Di Bali ini, ia bukan sahaja terkenal dengan berbagai jenis pura dan juga pantai, Zoo Bali juga tidak kalah dari segi populariti dan tawaran keseronokannya.
Menariknya disini adalah, haiwan-haiwan kecil dan jinak akan dibiarkan berkeliaran. Anda bukan sahaja boleh memberi makan kepada haiwan yang jinak seperti kambing, arnab dan gajah malah anda juga boleh memberi makan kepada haiwan liar seperti singa, harimau dan buaya.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Singapadu, Sukawati, Gianyar, Bali 80582, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 321,300 & Kanak-Kanak Rp. 208,250 Dibawah 12 Tahun
Kuil Pura Petitenget
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 60 Kuil Pura Petitenget Berdekatan Dengan Pantai Petitenget](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pura-Petitenget-1024x678.jpg)
Sebuah lagi kuil yang menjadi antara destinasi tumpuan pengunjung yang berkunjung ke Bali. Petitenget Temple atau lebih dikenali dengan nama Pura Petitenget merupakan destinasi yang agak popular di Seminyak.
Pantai Petitenget pula terletak bersebelahan dengan Petitenget Temple ini. Jadi, anda dapat mengunjungi dua tempat menarik dalam satu lokasi yang sama. Pantai Petitenget sangat terkenal sebagai destinasi untuk anda melihat matahari terbenam. Rugi kalau anda tidak mengunjungi destinasi ini.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Petitenget, Kerobokan Kelod, Kuta Utara, Kabupaten Badung, Bali, Indonesia
- Tiket: Dewasa Rp. 50,000 & Sarong Rp. 15,000
Setia Darma House Of Mask And Puppets
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 61 Sangat Banyak Topeng Yang Anda Boleh Temukan Di Setia Darma](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Setia-Darma-House-Of-Mask.jpg)
Rumah Topeng Setia Darma yang terletak dikawasan sawah padi dan disebuah perkampungan kecil di Sukawati ternyata memberikan anda satu pengalaman yang cukup menyeronokkan untuk sampai ke destinasi ini. Disini terdaapt sekitar 8000 koleksi topeng dan boneka yang menggambarkan kekayaan budaya di Bali.
Terdapat begitu banyak koleksi disini sehingga anda merasakan seolah-olah anda tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk melihat kesemua koleksi yang ada. Ia ditempatkan didalam sebuah rumah klasik sentuhan Jawa sekaligus memberikan anda peluang untuk mengkagumi bukan sahaja keunikan koleksi yang ada disini malah keunikan senibinanya juga akan memukau anda.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Tegal Bingin, Mas, Ubud, Kemenuh, Gianyar Sub-District, Gianyar, Bali 80582, Indonesia
- Tiket: Masuk Adalah Percuma
Infinity Pool Di OneEighty
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 62 Pasti Terpersona Dengan Infinity Pool Di OneEighty](http://wpfc.ml/b.gif)
Mungkin konsep infinity pool yang berada diatas tebing bukanlah perkara yang baru sangat bagi anda, namun disini, tiada lagi tempat yang menawarkan konsep sedemikian di Bali selain disini.
Permukaannya diperbuat daripada kaca yang jernih dan berada pada ketinggian 150 meter dan pemadangannya yang menghadap lautan Samudera India pastinya akan memberikan anda satu pengalaman yang sukar untuk anda temukan di tempat lain. Bila lagi kan anda nak merasa “berenang” di udara?
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Goa Lempeh Banjar Dinas Kangin, Pecatu, Kuta Sel., Kabupaten Badung, Bali 80361, Indonesia
Munduk Moding Plantation
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 63 Pemandangan Memukau Munduk Moding Plantation](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Pemandangan-Memukau-Munduk-Moding-Plantation-1024x683.jpg)
Bagi anda yang pernah berimpian untuk menyentuh awan, mungkin destinasi kali ini mampu untuk merealisasikan impian anda tersebut. Ramai juga yang mengatakan gumpalan awan mampu disentuh dengan tangan jika anda berada disini.
Anda akan melihat hamparan awan putih yang terhampar luas dihadapan mata anda. Ia diserikan lagi dengan pemandangan kebun kopi di bawahnya. Disini juga anda mampu untuk melihat dan merasai sendiri keunikan senibina villa yang direka oleh artikel terkenal Bali, Popo Danes yang pastinya akan membuat anda terpukau.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Asah Gobleg, Gobleg, Banjar, Kabupaten Buleleng, Bali 81152, Indonesia
Villa Sidemen
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 64 Gunung Agung Dari Villa Sidemen](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Gunung-Agung-Dari-Villa-Sidemen-1024x768.jpg)
Biasanya bila anda berbicara mengenai Bali, pasti destinasi yang terlintas dalam fikiran anda adalah pantai-pantai, kuil-kuil dan juga gunung ganang yang masih aktif atau yang tidak aktif.
Tapi, ramai yang memilih untuk tidak mengunjungi gunung kerana bukan apa, ramai yang tak larat nak mendaki. Ada pilihan lain untuk anda sebenarnya. Anda boleh memilih untuk menginap di Villa Sidemen di mana anda boleh melihat dari villa ini pemandangan gunung berapi yang tertinggi di Bali iaitu Gunung Agung.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Indonesien, Sindu Wati, Sidemen, Kabupaten Karangasem, Bali 80864, Indonesia
Ayunan dan Anjungan di Danau Buyan
![60 Tempat Menarik Di Bali Indonesia: Panduan Lengkap No 1 [TERKINI] 65 Ayunan Danau Buyan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/02/Ayunan-Danau-Buyan-1024x927.jpg)
Ianya terletak berhampiran Kawasan Perkemahan Buyan Bedugul. Jika anda inginkan aktiviti yang mencabar keberanian anda, apa kata anda mencuba ayunan yang sangat mendebarkan di atas Danau Buyan ini. Danau Buyan merupakan salah satu daripada danau yang terindah di Bedugul.
Jangan risau. Ayunan ini digantung pada sebuah pohon besar yang sangat kukuh. Anda boleh menikmati ayunan ini dengan selamat. Untuk menaiki ayunan ini, anda perlu menaiki tangga yang menghubungkan bawah ke atas ayunan.
- Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Munduk – Wanagiri, Wanagiri, Sukasada, Kabupaten Buleleng, Bali 81161, Indonesia
Bersambung…