fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Indonesia Pakej Yogyakarta

Percutian Ke Yogyakarta: 5 Perkara Menarik Boleh Dilakukan

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
09/07/2021
Kategori: Pakej Yogyakarta
Masa Bacaan: 2 mins read
311 32
A A
5
Timang beach, jl. pantai sel. jawa, pantai, purwodadi, gunung kidul regency

Timang beach, jl. pantai sel. jawa, pantai, purwodadi, gunung kidul regency

6.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Anda pernah dengar mengenai Yogyakarta? Apa bezanya dengan Jogjakarta? Kedua-duanya merujuk kepada tempat yang sama di Indonesia.

Tidak kisah nama mana yang anda ingin sebut, tapi dalam artikel kali ini kami akan menggunakan nama Yogyakarta dan diharapkan anda tidak terkeliru dengan nama yang kami gunakan ini.

Pakej-Percutian-Yogyakarta

Yogyakarta semakin mendapat tempat di hati pelancong terutamanya daripada Malaysia. Jika sebelum ini, rakyat Malaysia lebih gemar ke Bali sahaja, namun tidak lagi sekarang ini.

Dalam artikel kali ini, jom kita lihat 5 perkara terhebat yang boleh dilakukan di Yogyakarta. Dah sedia? Jom baca keseluruhan artikel ini.


Percutian Ke Yogyakarta Di Umbul Ponggok

Umbul Ponggok
Umbul Ponggok

Anda inginkan gambar yang rare dan luarbiasa untuk anda post di media sosial?

Di Yogyakarta ini terdapat sebuah lokasi yang cukup unik dan menarik dimana anda boleh bergambar di dalam air dengan khemah, tv, basikal, vespa, kereta dan berbagai lagi props di Umbul Ponggok.

Umbul Ponggok Underwater
Umbul Ponggok Underwater

Mungkin pada awalnya apabila anda melihat tempat ini, anda akan menganggapnya seperti lokasi yang biasa-biasa, tapi lepas anda lihat apa yang ada didalam air, pastinya anda akan terkejut.

Barang-barang yang dinyatakan tadi merupakan diantara props yang terdapat didalam air bagi tujuan bergambar. Menarik bukan?


Timang Island – Naiki gondola penuh cabaran

Timang beach, jl. pantai sel. jawa, pantai, purwodadi, gunung kidul regency
Timang beach, jl. pantai sel. jawa, pantai, purwodadi, gunung kidul regency | Imej oleh: RINZ WE

Timang Island merupakan sebuah pulau kecil dan agak mencabar untuk sampai kesini.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Ia merupakan sebuah lokasi dimana pelayan menangkap lobster dan juga lokasi kegemaran kaki pancing.

Namun begitu, anda perlukan keberanian yang tinggi mengharungi lautan untuk sampai kesini.

Lokasi ini agak terasing dan tidak ramai pengunjung yang berkunjung ke sini disebabkan cabaran ada disini.

Pantai Timang
Pantai Timang CC: Jojist

Sejujurnya, lokasi dan aktiviti ini bukanlah untuk anda yang lemah semangat.

Perasaan apabila anda melihat tali kabel yang digunakan untuk menggantung gondola saja sudah cukup untuk buatkan anda berfikir lebih dari dua kali!


Menu Popular Yoyakarta – Syurga Makanan

Yangko dan pelbagai Kuih Muih
Yangko dan pelbagai Kuih Muih

Di Yogyakarta juga anda boleh temukan berbagai jenis menu popular yang buat membuatkan anda kecur air liur.

Antara hidangan menarik disini adalah Gudeg. Ia merupakan sejenis hidangan khas Jawa Tengah yang dibuat daripada nangka muda dan dimasak dengan santan.

Bakmi Jawa
Bakmi Jawa

Ia berwarna coklat hasil daripada daun jati yang dimasak bersama. Gudeg dimakan dengan nasi dan disajikan bersama-sama dengan santan, ayam kampung, tauhu dan juga sambal krecek.

Terdapat tiga jenis gudeg utama yang disajikan. Anda boleh temukan Gudeg Basah, Gudeg Manggar dan juga Gudeg Kering. Makanan lain yang boleh anda nikmati di Yogyakarta adalah:

  • Yangko
  • Geplak
  • Sambal krecek
  • Bakmi Jawa Yogyakarta

Gunung Berapi Merapi – Gunung yang masih aktif

Puncak Gunung Merapi
Pemandangan Puncak Gunung Merapi

Gunung berapi Merapi merupakan diantara gunung berapi yang masih aktif di Indonesia.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Keaktifan ini menjadi satu cabaran baru buat hikers kerana sukar untuk mendapatkan pengalaman mendaki gunung berapi yang masih aktif. Pendakian mengambil masa sekitar 4-5 jam.

IKLAN / ADVERTISEMENT
Gunung Merapi
Senja di Gunung Berapi Merapi

Terdapat larangan dimana anda tidak boleh mendaki sehingga ke puncak gunung.

Larangan ini telah lama dikeluarkan namun orang ramai mulai menyedari akan kewujudan larangan ini apabila terdapat sebuah kes dimana seorang pendaki terkorban kerana terjatuh kedalam kawah gunung berapi tersebut.


Gunung Pasir Parangkusumo – Destinasi sandboarding

Gunung Pasir Parangkusumo Sandboarding
Parangkusumo Sandboarding

Anda pernah dengar mengenai aktiviti sandboarding atau luncur pasir? Ingin mencubanya?

Gunung Pasir Parangkusumo merupakan diantara destinasi terbaik yang boleh anda kunjungi untuk aktiviti ini.

Gunung Pasir Parangkusumo
Gunung Pasir Parangkusumo

Aktiviti ini merupakan diantara aktiviti yang popular di negara-negara seperti Australia dan Afrika Selatan.

Namun, yang istimewanya adalah anda tidak perlu berbelanja lebih hingga kesana untuk merasai sendiri keseronokan aktiviti ini! Dekat pun dekat. Murah pun murah.

Sekian sahaja artikel kali ini mengenai 5 perkara hebat yang boleh dilakukan di Yogyakarta.

Sebenarnya, banyak lagi aktiviti menarik yang anda boleh lakukan disana.

Apa yang kami kongsikan ini adalah diantara aktiviti dan perkara yang agak unik yang menjadikan Yogyakarta sebagai destinasi pelancongan yang popular.

Bersambung…

Pakej-Percutian-Yogyakarta

Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Taman Sari
Pakej Yogyakarta

Tempat Menarik Di Yogyakarta Indonesia: 20 Destinasi Popular [TERKINI]

  Yogyakarta (sering kali juga dipanggil Jogja atau Yogya), yang terletak di tengah-tengah Pulau Jawa, Indonesia. Merupakan sebuah bandar yang...

Oleh: Hadi Ghazali
05/05/2022
21.5k
Bercuti di Yogyakarta
Pakej Yogyakarta

Bercuti di Yogyakarta: 5 Makanan Paling Popular di Yogyakarta

  Bercuti di Yogyakarta merupakan diantara destinasi pelancongan yang agak popular di Indonesia. Jika anda terkeliru diantara Yogyakarta dan Jogjakarta,...

Oleh: Hadi Ghazali
06/12/2021
8.3k
Selanjutnya
Seterusnya
Kecantikan Big Goose Pagoda Pada Waktu Malam

Percutian di Xian: Sejarah Menarik Kewujudan Islam di China

Roda Hanoi

Melancong Ke Hanoi: 6 Aktiviti Terbaik Yang Boleh Dilakukan [POPULAR]

4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
5 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
tempat-menarik-di-johor-bahru-imran-azman
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

11/06/2022
150.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
34.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
48.1k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
5
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas