Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Korea

10 Aktiviti Tempat Menarik di Pulau Jeju Korea Selatan

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
1 Julai, 2024
Kategori: Pakej Korea
Masa Bacaan: 3 mins read
3.6k 36
A A
0
tempat-menarik-di-pulau-jeju
3.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Ada apa yang menarik di Pulau Jeju Korea Selatan itu? Kenapa ia menjadi impian percutian bagi pelancong Malaysia? Adakah disebabkan mereka terpengaruh dengan K-Drama?

Pulau Jeju ialah destinasi percutian popular untuk warga Korea. Sebenarnya, salah satu laluan penerbangan paling sibuk di dunia adalah perjalanan antara Jeju dan Seoul selepas Singapore dan Kuala Lumpur.

Kekerapan dengan lebih daripada 85,000 penerbangan setahun.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tahukah anda Pulau Jeju mempunyai gunung tertinggi di Korea, pantai yang indah, denai Jeju Olleh untuk pengembara, dan begitu banyak makanan sedap yang lazat untuk dilawati.

Pulau Jeju sangat jelas popular pada bulan-bulan musim panas apabila air laut sangat sesuai untuk menyejukkan diri dalam cuaca panas.

Walapun begitu, pulau itu sebenarnya cantik sepanjang tahun dan juga mempunyai bunga musim sejuk yang mekar.

Promo-Korea-Selatan

  • Lihat Pakej Percutian Korea Selatan
  • Lihat Penginapan Terbaik di Korea Selatan
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Korea Selatan
  • Lihat Peta Popular Korea Selatan

Pin

  • 1 Seongsan Ilchulbong
  • 2 Seopjikoji
  • 3 Gunung Sanbang
  • 4 Gunung Halla
  • 5 Jusangjeolli Cliffs
  • 6 Cheonjeyeon Waterfall
  • 7 Jeongbang Waterfall
  • 8 Udo Island
  • 9 Manjanggul Cave
  • 10 Songeup Folk Village
  • 11 Kimnyeong Maze Park
  • 12 Tangerine Farms
  • 13 Camellia Hill Botanical Garden
  • 14 Sangumburi Crater
Oklah, mari kita lihat 10 tempat menarik di Pulau Jeju yang popular dikunjungi.


Seongsan Ilchulbong

Seongsan-Ilculbong-Lightscape
Seongsan | Imej oleh: Lightscape

Lokasi yang terkenal sebagai Puncak Matahari Terbit ini merupakan sebuah kawah gunung berapi yang sudah tidak aktif lagi.

Gunung berapi yang berusia sekitar 100,000 tahun ini begitu indah kerana berada di tepi laut dan telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai destinasi pelancongan utama untuk menyaksikan keindahan matahari terbit di Pulau Jeju.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | 78 Seongsan-ri, Seongsan-eup, 특별자치도, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Seopjikoji

jeju-island-Seopjikoji-Gen-Hyung-Lee
Pemandagan tebing Seopjikoji | Imej oleh: Gen Hyung Lee

Lokasi yang satu ini terbentuk hasil daripada debu gunung berapi yang berwarna merah atau dikenali ‘songyi’.

Seopjikoji merupakan kawasan teluk yang menghidangkan pemandangan pesisir pantai yang menenangkan.

jeju-island-Seopjikoji-Jongwoo-Lee
Seperti dalam cerita dongeng, bangunan menarik ini tereltak di Seopjikoji | Imej oleh: Jongwoo Lee

Anda boleh mendaki di sepanjang bukitnya sehingga ke rumah api bagi mengabadikan kenangan.

Menjelang musim bunga, lokasi ini semakin meriah dengan pengunjung.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Seopjikoji-ro, Seongsan-eup, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Gunung Sanbang

Sanbang-san-Mountaion-Chlotus-LY
Sanbang san Mountain | Imej oleh: Chlotus LY

Sanbang Mountain yang terbentuk daripada letusan gunung berapi ini mempunyai sebuah gua besar yang menjadi tempat beribadat bagi penganut agama buddha.

Menariknya lagi, di sekitar kawasan gunung berbatu ini turut mempunyai ladang bunga kanola yang besar.

Sanbang-san-Buddha-Temple-Chlotus-LY
Sanbang-san Buddha Temple | Imej oleh: Chlotus LY

Jika ke sini pada musim bunga anda boleh bergambar sakan di sini!

Turun dari gunung, anda boleh menyelusuri kawasan Yongmeri Coast yang merupakan sebuah tebing tinggi di sepanjang laut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 181-1 Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Gunung Halla

Halla-mountain-kazuhisa-toba
Halla Mountain Kazuhisa Toba

Gunung Halla merupakan gunung tertinggi di Korea Selatan dengan ketinggian 1947 meter di atas permukaan laut.

Bagi warga Korea Selatan, gunung ini merupakan gunung keramat dan mereka percaya bahawa roh dan dewa berada di puncak gunung ini.

halla-mountain-and-snow-nambyeok-tony-kim
Pemandangan Halla Mountain dan Nambyeok pada musim salji | Imej oleh: Tony Kim

Pendakian yang mengambil masa sehari untuk naik dan turun ini menyajikan pemandangan tasik dan sekitar Pulau Jeju yang cukup menakjuban.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | 2070-61 1100(Cheonbaek)-ro, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Jusangjeolli Cliffs

jusangjeolli-cliff-Herve
Jusangjeolli Cliff | Imej oleh: Herve

Tebing laut di Pulau Jeju ini terkenal dengan pembentukan batuan yang cukup unik dan cantik.

Anda boleh menyaksikannya di Jusangjeolli Cliffs yang telah terbentuk sekitar 250,000 ke 140,000 tahun lalu.

Jurang batuan heksagon Jusangjeolli | Imej oleh: Jaesung An
Jurang batuan heksagon Jusangjeolli | Imej oleh: Jaesung An

Batuan yang terhasil daripada larva gunung berapi Hallasan ini dikatakan cukup sempurna dengan bentuk heksagon seolah-olah ditempa dengan tangan.

Bunyi deruan angin dan ombak yang menghempas tebing ini pasti membuai perasaan anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jungmun-dong, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Cheonjeyeon Waterfall

Cheonjeyeon-Waterfall-Luisiena-Rex
Cheonjeyeon Waterfall
| Imej oleh: Luisiena Rex

Dah puas menyaksikan panorama laut? Air terjun tiga tingkat yang turut digelar ‘The Pond of God’ ini berpunca daripada bumbung gua dan jatuh membentuk seperti kolam.

Di sini pelancong boleh menyaksikan tumbuhan eksotik seperti buluh solimnan, jambatan gerbang dengan 7 nimfa diukir di sisi dan Pavilion Cheonjeru segi lapan.

Air-Terjun-Cheonjeyeon-Waterfall-Luisiena-Rex
Air Terjun Cheonjeyeon
| Imej oleh: Luisiena Rex

Permukaan pavilion tersebut mempunyai lukisan cerita legenda tujuh bidadari dan dewa gunung.

Pada bula Mei setiap tahun, Festival Chilseonyeo diadakan di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:30pm | South Korea, Jeju-do, Seogwipo-si, Jungmun-dong, 2232

Jeongbang Waterfall

Jeongbang-Waterfall-kaylyn-mok
Jeongbang Waterfall | Imej oleh: Kaylyn Mok

Air terjun ini pula merupakan satu-satunya air terjun di Korea yang mengalir terus ke laut.

Lokasi ini begitu menarik dikunjungi pada musim luruh kerana pemandangannya dipilih sebagai salah satu daripada Sepuluh Pemandangan Indah Yeongju dan dikatakan perkataan ‘Seobulgwacha’ terukir di tebing air terjun ini.

Jeongbang-Waterfall-dapiki-moto
Air Terjun Jeongbang | Imej oleh: dapiki moto

Di sini turut mempunyai kisah legenda tentang seorang lelaki yang bernama Seobul yang datang untuk mencari tumbuhan elixir suatu masa dahulu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | 37 Chilsimni-ro214beon-gil, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Udo Island

Udo-Island-David-Foo
Udo Island | Imej oleh: David Foo

Perjalanan dengan menaiki feri selama 15 minit dari Seongsan Port bakal membawa anda ke sebuah pulau kecil yang cukup menarik.

Pulau ini kaya dengan keindahan pantainya seperti Seobin Baksa (Popcorn Beach), Hagosudong Beach dan Geommeolle Beach.

Udo-Island-김영삼
Pulau Udo | Imej oleh: 김영삼

Antara aktiviti lain yang ditawarkan adalah menunggang basikal, ATV dan menjelajah menggunakan bas. Seharian di sini pasti menenangkan!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1448-1 Yeonpyeong-ri, Udo-myeon, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Manjanggul Cave

Manjanggul-Cave-deon-hua
Manjanggul Cave | Imej oleh: Deon Hua

Manjanggul Cave merupakan destinasi yang menempatkan terowong lava paling menarik dan terbesar di dunia yang terbentuk sejak 2.5 juta tahun dulu.

Tiub lava ini sepanjang 7.4 kilometer dan hanya dibuka sepanjang 1 kilometer buat pelancong.

Gua-Majanggul-Wasim-Akram
Gua Majanggul | Imej oleh: Wasim Akram

Manakala tiang lava yang terletak di hujung kawasan pelancongan adalah sekitar 7.6 meter tinggi dan menjadi tiang lava tertinggi di dunia.

Di sini terdapat formasi stalaktit, stalagmit, batu alir, tiub lava, rak lava dan rakit lava. Anda dinasihatkan untuk membawa baju sejuk dan memakai kasut yang sesuai.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 182 Manjanggul-gil, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Songeup Folk Village

Songeup-Folk-Village-김무겸
Songeup Folk Village | Imej oleh: 김무겸

Ingin merasai kehidupan Pulau Jeju di era tahun 50an? Jom berkunjung ke Songeup Folk Village yang kaya dengan budaya unik ini.

Di sini anda dapat melihat pagar rumah yang dibina menggunakan batu larva dan juga batu hitam daripada gunung berapi yang dijadikan sebagai hiasan di setiap rumah.

Songeup-Folk-Village-Alexandra-Pinon
Songeup Folk Village | Imej oleh: Alexandra Pinon

Selain mempunyai binaan lama seperti pejabat kerajaan purba dan monumen batu anda boleh melihat permainan rakyat, makanan tradisi, kaedah pertukangan dan pokok warisan yang berusia ratusan tahun.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 30번지 Seongeupjeonguihyeon-ro, Pyoseon-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Kimnyeong Maze Park

Kimnyeong-Maze-Park
Kimnyeong Maze Park

Taman ini merupakan taman maze yang pertama di Korea dibuka pada tahun 1987 oleh profesor Amerika F.H.Dustin dan menjadi taman maze simbolik pertama di Asia.

Bukan itu sahaja, ia merupakan taman kucing pertama di Korea yang mempunyai lebih kurang 50 ekor kucing berkeliaran.

Kimnyeong-Maze-Park-김녕미로공원
Kimnyeong Maze Park | Imej oleh: 김녕미로공원

Taman maze ini bakal menguji tahap kepantasan dan memerah otak anda dalam mencari jalan keluarnya!

Ia begitu sesuai untuk membawa anak-anak berekreasi di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:50pm | 122 Manjanggul-gil, Gujwa-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Tangerine Farms

Bong-Bong-Tangerine-Farm--드레꾸
Ladang buah oren Bong Bong Tangerine Farm | Imej oleh: 드레꾸

Berada di Pulau Jeju ini anda bakal dapati pokok tangerine ditanam di kebanyakkan halaman rumah penduduknya.

Untuk merasai pengalaman memetik buah tangerine, anda boleh ke ladangnya di Bandar Jeju untuk melihat pelbagai buah sitrus yang ditanam di sini.

Bong-Bong-Tangerine-Farm-Jaewon-Yun
Bong Bong Tangerine Farm | Imej oleh: Jaewon Yun

Di sini anda juga boleh mencuba permainan tradisional iaitu tuho yang dimainkan dalam kalangan kerabat diraja atau kelas atasan.

Selain itu jangan lupa untuk menikmati teh tangerine, jem tangerine dan keropok di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5:00pm | 16 Jungsangandong-ro 7141beon-gil, Namwon-eup, 특별자치도, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Camellia Hill Botanical Garden

Camellia-Hill-Botanical-Garden-김인겸
Camellia Hill Botanical Garden | Imej oleh: 김인겸

Taman yang seluas 20 hektar ini menempatkan kira-kira 6000 pokok camelia dan lebih 500 spesies bunga liar.

Di sini turut mempunyai kafe, wild flower road, camellia forest, rumah hijau, rumah jerami. padang rumput, yongso falls dan banyak lagi.

Camellia-Hill-Botanical-Garden-byungho-ahn
Camellia Hill Botanical Garden | Imej oleh: Byungho Ahn

Bagi pencinta bunga anda pasti jatuh cinta dengan taman ini yang begitu harum dan cantik!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tiket | 8:30am – 6:00pm | 166 Byeongang-ro, Andeok-myeon, Seogwipo-si, Jeju-do, South Korea

Sangumburi Crater

Sangumburi-Crater-도토리I2
Sangumburi Crater | Imej oleh: 도토리I2

Sangumburi Crater merupakan satu lagi lokasi yang terbentuk dari letusan gunung berapi dan kini dijadikan sebagai lokasi pelancongan yang terkenal.

Sangumburi-Gwang-bo-Yang
Sangumburi | Imej oleh: Gwang bo Yang

Di sini anda boleh menikmati pemandangan rumput pampas yang luas, melihat 400 tumbuhan liar, burung dan pelbagai haiwan.

Oleh itu ia diisytiharkan sebagai Monumen Semula Jadi Warisan Negeri 263.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | 768 Bijarim-ro, Jochon-eup, Jeju-si, Jeju-do, South Korea

Bersambung…

Tags: pakej jejupakej pulau jejeutempat menarik di jejutempat menarik di pulau jeju
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my