Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Filipina

Palawan Island: 10 Tempat Menarik di Pulau Palawan

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
25 September, 2024
Kategori: Pakej Filipina, Pakej Popular
Masa Bacaan: 2 mins read
1.8k 135
A A
0
tempat menarik di pulau palawan
2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Jika ditanya apakah tempat menarik di Filipina yang sangat berbaloi untuk percutian, kami akan mengatakan Pulau Palawan harus menjadi destinasi no 1 anda!

Palawan Island adalah destinasi pelancongan yang popular di Filipina. Ia terkenal dengan pantai yang indah, air biru yang jernih dan hidupan marin yang pelbagai, menjadikannya tempat yang popular untuk aktiviti seperti snorkeling, menyelam dan islands hopping.

Pulau ini juga menempatkan beberapa tapak Warisan Dunia UNESCO, termasuk Taman Laut Negara Terumbu Tubbataha dan Taman Negara Sungai Bawah Tanah St. Paul.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pulau ini juga terkenal dengan budaya unik dan penduduk tempatan yang sangat mesra.

Ibu kota Palawan, Puerto Princesa, adalah destinasi popular untuk pelancong yang ingin merasai budaya dan sejarah tempatan Filipina.

tempat-menarik-di-pulau-palawan

Destinasi popular lain di pulau Palawan termasuk El Nido dan Coron.

Secara keseluruhannya, pulau Palawan mempunyai reputasi sebagai syurga tropika dan percutian bagi penggemar alam semula jadi dan juga pengembaraan yang datang bercuti ke Filipina.

Pulau Palawan

  • Lihat Penginapan Terbaik di Palawan
  • Lihat Aktiviti Menarik di Palawan
  • Lihat Peta Percutian di Palawan

Baik, mari kita lihat 10 tempat meanrik di Pulau Palawan Filipina yang popular.


Puerto Princesa Subterranean River National Park

cave-entrance-of-puerto-princesa-subterranean-unde-2022-12-09-04-44-32-utc
Menuju ke pintu masuk gua

Ia merupakan salah satu dari New 7 Wonders of Nature yang begitu menakjubkan!

Lokasi ini mempunyai sungai bawah tanah yang turut dikenali sebagai Taman Nasional Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa di Pergunungan St. Paul.

Puerto Princesa Subterranean River National Park
Puerto Princesa Subterranean River National Park

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan jelajah perahu daripada penduduk tempatan untuk menyaksikan keindahan alam semulajadi serta formasi gua batu kapur yang turut terdapat di sepanjang sungai 8.2km ini.

Menariknya tentang sungai ini kerana ia mengalir terus ke laut.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 5WXG+J9H, Puerto Princesa, Palawan, Philippines

Plaza Cuartel

Plaza Cuartel

Plaza Cuartel adalah sebuah taman yang menjadi tapak penting bagi Palawan kerana menyimpan sejarah sebagai tanah jajahan penjara ketika Perang Dunia Kedua.

Pada mulanya didirikan oleh Orang Sepanyol sebelum diambil alih leh Tentera Jepun.

Memorial-Plaza-Cuartel-Patrick-Villacorta
Memorial Plaza Cuartel | Imej oleh: Patrick Villacorta

Di sini menyaksikan berlakunya pembunuhan beramai-ramai oleh Tentera Jepun ketika akhir perang tersebut.

Kini ia dijadikan taman rekreasi yang mempunyai sisa tinggalan sejarah seperti terowong gelap serta maklumat sejarah tentang penubuhannya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | PPRH+2V8, Taft St, Puerto Princesa, Palawan, Philippines

Taraw Cliff

Taraw-Cliff-Bryan-Carlo-Tabada
Taraw Cliff | Imej oleh: Bryan Carlo Tabada

Taraw Cliff dikatakan sebagai puncak tertinggi di El Nido dengan pendakian sekitar 45 minit untuk tiba ke puncaknya.

Jangka masa yang begitu pendek tetapi perjalanan untuk tiba ke puncaknya sangat mencabar.

Taraw-Cliff
Taraw Cliff

Hal ini kerana lokasi ini begitu lembap dan mempunyai batuan tajam yang memerlukan anda untuk membongkok di sesetengah laluan bagi menstabilkan diri.

Oleh itu anda dinasihatkan untuk menggunakan perkhidmatan jurupandu yang begitu mahir dengan selok-beloknya. Namun begitu, pemandangan di puncak cukup berbaloi untuk anda!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 59HQ+JGQ, Barangay Buena Suerte, El Nido, Palawan, Philippines

Palawan Wildlife Rescue and Conservation Center (Crocodile Farm)

Palawan-Wildlife-Rescue-and-Conservation-Center-Sabina-Welge
Palawan Wildlife Rescue and Conservation Center | Imej oleh: Sabina Welge

Destinasi pelancongan yang beroperasi seawal jam 8 pagi hingga 5 petang ini menempatkan dua spesies buaya di Filipina serta rumah kepada spesies endemik, flora liar dan spesies burung.

Anda boleh berkenalan dengan spesies Buaya Filipina (Crocodylus mindorensis) dan Buaya Air Masin (Crocodylus porosus) dengan menyaksikan telur mereka menetas atau bergambar dengan anaknya.

Palawan-Wildlife-Rescue-and-Conservation-Center-Jun-Dimla
Palawan Wildlife Rescue and Conservation Center | Imej oleh: Jun Dimla

Kira-kira 245 spesies hidupan liar yang anda boleh saksikan seperti Palawan Bearcat, Philippine cockatoos, Palawan talking mynah, Palawan hornbill dan lain-lain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | QMXV+QCP, South Road, Puerto Princesa, Palawan, Philippines

Ugong Rock Adventures

Ugong-Rock-Adventures-MM-Argente
Ugong Rock Adventures | Imej oleh: MM Argente

Ugong Rock adalah kawasan batu kapur yang sangat besar terletak di bandar Tagabinet, Puerto Princesa.

Batu-batuan di lokasi ini dipercayai sudah terbentuk sejak 23 juta tahun dahulu dengan ketinggian yang mencapai 50 meter dari tanah. Di Ugong Rock anda boleh menikmati aktiviti di kawasan semulajadi yang damai serta indah.

Ugong-Rock-Adventures-Angie-V
Aktiviti meneroka Ugong Rock Adventures | Imej oleh: Angie V

Antara aktiviti popular yang ditawarkan adalah caving, spelunking dan zip-lining.

Sebelum anda meneroka isi guanya, anda bakal disajikan dengan video tentang sejarah Ugong Rock.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 4:00pm | 3VP3+PVV, Purok Pagkakaisa, Brgy, Tagabinet, Puerto Princesa, 5300 Palawan, Philippines

Kompleks Gua Tabon

Tabon-Caves-Rosanna-Salazar
Tabon Caves | Imej oleh: Rosanna Salazar

Kompleks Tabon Caves ini terletak di Lipuun Point ini dilindungi daripada kegiatan pembalakan hutan bagi mengekalkan nilai warisannya di mata dunia.

Sekitar tahun 1962 dan 1996 kumpulan arkeologi telah menemui rangka manusia yang dikatakan fosil manusia purba yang tertua ditemukan di Filipina.

Tabon-Caves-Angelica-Gerner
Tabon Caves | Imej oleh: Angelica Gerner

Di sini turut ditemukan beberapa lagi artifak seperti peralatan memasak dan barang hiasan yang berusia sekitar 47,000 tahun.

Terdapat tujuh buah gua yang dibuka untuk pengunjung seperti Tabon, Diwata, Igang, Manunggul dan Liyang. Untuk meneroka lokasi ini anda perlu menaiki bot terlebih dahulu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7XHJ+XHV, Quezon, Palawan, Philippines

Iwahig Firefly Watching Mangrove and Wildlife Park

Iwahig-a-trail-of-fireflies-at-dusk-above-a-river
Iwahig a trail of fireflies

Lokasi memerhati Kelip-kelip yang dibuka sejak tahun 2007 ini begitu terkenal di Puerto Princesa.

Anda bakal dibawa oleh penduduk tempatan Barangay Iwahig untuk menyelusuri Sungai Sicsika selama 30 hingga 45 minit bagi menyaksikan habitat kelip-kelip.

banca-boat-at-corong-corong-beach-on-low-tide-shal
Aktiviti melihat kunang-kunang menaiki bot pada nan senja

Setiap bot mereka akan memuatkan tiga orang sahaja, jadi anda bolehlah merancang jumlah ahli yang ingin sertai aktiviti ini.

Manakala ketika menunggu giliran bot anda, bolehlah singgah ke kedai cenderamata atau menikmati hidangan bufet di restoran mereka.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Puerto Princesa South Road, Puerto Princesa, Palawan, Philippines

Palawan Butterfly Ecological Garden and Tribal Village

Palawan-Butterfly-Ecological-Luckylu-Cabañas
Palawan Butterfly Ecological | Imej oleh: Luckylu Cabañas

Selain terkenal dengan tarikan alam semulajadi, di Palawan begitu giat menyediakan tempat perlindungan bagi spesies endemik.

Ia bukan sahaja dapat menyelamatkan beberapa spesies endemik tetapi dapat dijadikan sebagai tarikan pelancongan.

Palawan-Tribal-Village-Pia-Angela-Gabunia
Palawan Tribal Village | Imej oleh: Pia Angela Gabunia

Taman rama-rama ini mempamerkan pelbagai spesies rama-rama, serangga, haiwan serta budaya kaum suku asli Palawan.

Anda boleh menyaksikan pertunjukkan kebudayaan seperti cara berburu, kehidupan seharian, permainan muzik, mengendalikan senjata dan mengendalikan haiwan peliharaan mereka iaitu ular!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 5:00pm | QPWJ+3W9, Puerto Princesa, 5300 Palawan, Philippines

Pantai & Lagun di Pulau Palawan

pantai-palawan
Pantai memutih laut membiru di Palawan

Palawan cukup terkenal dengan tarikan alam semulajadi seperti lokasi pantainya yang tidak kurang hebat untuk anda melakukan aktiviti snorkeling atau sekadar bersiar-siar.

pantai-palawan-the-philippines
Keindahan pantai Palawan

Antara pantai yang menarik untuk dilawati adalah Nacpan Beach, Las Cabanas Beach, Marimegmeg Beach, Lio Beach, Sabang Beach, Duli Beach, Corong Corong Beach, Honda Bay, Seven Commandos Beach dan banyak lagi pilihan yang menarik.

Jangan lepaskan peluang untuk mandi-manda di kawasan lagun seperti Small Lagoon dan Secret Lagoon.


Air Terjun di Pulau Palawan

Pamuayan-Waterfalls-Robert-Hintz
Pamuayan Waterfalls | Imej oleh: Robert Hintz

Masih tidak puas berendam di kawasan air laut? Jom sambung perjalanan anda ke kawasan air terjun di kawasan hutan semulajadi pula.

Pulau Palawan menawarkan beberapa lokasi air terjun yang turut memerlukan anda melakukan aktiviti trekking.

Nagkalit-kalit-Waterfalls-Emad-Alhadi
Nagkalit kalit Waterfalls | Imej oleh: Emad Alhadi

Antara lokasi air terjun yang popular dalam kalangan pelancong adalah Nagkalit-kalit Waterfalls, Pamuayan Waterfalls, Estrella Falls, Salakot Falls dan Binduyan Falls.

Bagi lokasi yang memerlukan anda untuk mendaki atau trekking, penduduk tempatan turut menawarkan khidmat sebagai jurupandu.

Bersambung…

Tags: palawan hotelpalawan resorttempat menarik di palawan
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Pakej Popular

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

  Bukit Tinggi Pahang adalah salah satu destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Apakah tempat menarik di Bukit Tinggi berbaloi...

Oleh: Hadi Ghazali
15 Jun, 2026
33k
tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.7k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my