Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Johor

10 Aktiviti Tempat Menarik di Pulau Rawa Johor

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
1 Mac, 2026
Kategori: Pakej Johor, Pakej Pulau Rawa
Masa Bacaan: 2 mins read
9.7k 728
A A
43
tempat menarik di pulau rawa
10.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Pulau Rawa adalah antara pulau yang paling cantik di Malaysia. Pulau ini memilik keunikan dan rahsianya yang tersendiri.

Pulau Rawa juga dikenali sebagai ‘merpati putih’ oleh penduduk asal kerana terdapat banyak burung itu di pulau ini.

Apa yang unik tentang Pulau Rawa? Rawa adalah sebuah pulau yang agak kecil. Tiada jalan yang lengkap, hanya beberapa laluan pejalan kaki.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Bahagian sebelah pulau adalah pantai yang diliputi pasir memutih, manakala sebelah bahagian lagi mempunyai tebing yang tegak berbatu. Airnya jernih.

Selain itu, terdapat banyak hidupan yang mendiami pulau ini, termasuklah daripada pelbagai spesis ikan, kurita, reptilia, helang dan pelbagai spesis burung lagi.

Pulau Rawa Johor

Jerung terumbu blacktip boleh ditemukan di luar pantai Pulau Rawa yang menjadi pilihan penyelam.

Disamping itu juga, kawasan perairan Pulau Rawa yang terbentang luas menjadi habitat terumbu karang yang sangat cantik.

Pantai Pulau Rawa

  • Lihat Percutian Pulau Terbaik di Malaysia
  • Lihat Penginapan di Mersing Johor
  • Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor 
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Johor
  • Lihat Peta Percutian di Pulau Rawa

Pin

  • 1 Pulau Harimau
  • 2 Pilihan Penginapan: Rawa Island Resort
  • 3 Alang’s Rawa
  • 4 Menyelam & Snorkeling di Pulau Rawa
  • 5 Aktiviti Barbeku (BBQ) di Pulau Rawa
  • 6 Jungle Trekking Meredah Hutan Pulau Rawa
  • 7 Gelongsor air Pulau Rawa (Water Slide)
  • 8 Pelayaran Kapal Layar Kecil Pulau Rawa
  • 9 Cara Ke Pulau Rawa
  • 10 Tips Bercuti di Pulau Rawa
Selain itu juga, anda boleh melakukan aktiviti ísland hopping di sini seperti menaiki bot ke Pulau Harimau.


Pulau Harimau

Pulau Harimau Mersing Johor
Pulau Harimau Mersing Johor

Pulau Harimau merupakan sebuah pulau kecil yang terletak berdekatan dengan Pulau Rawa, jadi anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk melawat ke pulau ini.

Pantai Pulau Harimau
Pantai Pulau Harimau

Menariknya tentang pulau ini kerana air lautnya yang berjalur seakan-akan badan harimau, oleh itu ia mendapat nama sebagai Pulau Harimau.

Pintu Gua Pulau Harimau
Pintu Gua Pulau Harimau | Imej oleh: Trip Jalan-Jalan

Tambahan lagi, keindahannya turut dikatakan seperti di Pulau Hawaii dan Pulau Caribbean!

Jom ke sini untuk meneroka formasi gua dan menyaksikan keindahan pulau yang bebas daripada pencemaran ini!

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Pilihan Penginapan: Rawa Island Resort

Pemandangan penginapan di Rawa Island Resort yang sangat cantik
Pemandangan penginapan di Rawa Island Resort yang sangat cantik

Rawa Island Resort merupakan lokasi penginapan yang ideal jika anda ingin berkunjung ke sini bersama-sama ahli keluarga atau berbulan madu bersama-sama pasangan.

Hampir kesemua bilik penginapan menghadap air laut
Hampir kesemua bilik penginapan menghadap air laut

Setiap pakej penginapan di sini bakal disediakan dengan 3 kali hidangan setiap hari.

Antara pakej penginapan di sini adalah Hillside Deluxe, Beachfront Chalet, Waterfront Bungalow dan Frangipani Villa.

Bilik penginapan Rawa Island Resort
Bilik penginapan Rawa Island Resort

Tambahan lagi ia turut menawarkan perkhidmatan bot terus ke jeti Mersing. Boleh dikatakan perkhidmatan yang disediakan oleh resort ini menjadi pilihan hampir semua pelancongan yang datang ke Pulau Rawa.

Rawa Island Resort Spa dengan pemandangan infiniti
Rawa Island Resort Spa dengan pemandangan infiniti

Anda juga boleh mendapatkan perkhidmatan pelbagai aktiviti menarik seperti pusat menyelam, spa dan acara korporat, telematch dan banyak lagi.


Alang’s Rawa

Pantai berdekatan Alang Rawa Resort
Pantai berdekatan Alangs Rawa Resort

Penginapan yang menawarkan 14 bilik ini sering menjadi pilihan pengunjung yang datang bersama rakan-rakan dan turut popular dalam kalangan backpackers.

Penginapan Coconut Tree
Penginapan Coconut Tree

Tambahan lagi ia turut menjadi pilihan pelancong asing terutamanya pada hujung minggu kerana di sini merupakan lokasi hiburan malam pada hujung minggu.

Bilik A Frames
Bilik A Frames

Para pengunjung bakal berpesta sehingga lewat malam dengan pelbagai acara menarik seperti barbeku.

Pemandangan dari Penginapan Penginapan Coconut Tree
Pemandangan dari Penginapan Penginapan Coconut Tree

Oleh itu pada hujung minggu Alang’s Rawa tidak menerima tetamu berumur kurang daripada 16 tahun untuk menginap di sini.

Pemandangan mengasyikan dari Alangs Rawa Resort
Pemandangan mengasyikan dari Alangs Rawa Resort

Anda boleh memilih untuk menginap di Beach House, Jungle Side, Coconut Tree, Little A-Frames, Beachfront atau Coconut Tree Group mengikut kesesuaian bilangan penginap.


Menyelam & Snorkeling di Pulau Rawa

Snorkeling adalah aktiviti yang paling popular di Pulau Rawa
Snorkeling adalah aktiviti yang paling popular di Pulau Rawa

Pulau Rawa begitu terkenal dengan terumbu karang kerana hampir keseluruhan permukaan pulau mempunyai terumbu karang yang begitu cetek.

Jika anda ingin berjinak-jinak dengan aktiviti air seperti snorkelling, destinasi ini harus dikunjungi sekarang!

Terumbu karang seluas mata memandang
Terumbu karang seluas mata memandang

Tambahan lagi, keadaan air lautnya yang cukup jernih pasti memberi kepuasan yang maksima untuk anda menghayati permandangan kehidupan laut di dasarnya.

Bagi yang mempunyai lesen menyelam,daripada PADI anda juga boleh menyelam di sini bagi menghayati keindahan dasar laut dengan lebih dekat.


Aktiviti Barbeku (BBQ) di Pulau Rawa

BBQ makanan laut di Pulau Rawa
BBQ makanan laut di Pulau Rawa

Bagi menghidupkan suasana malam di pulau, anda boleh menambahkan acara barbeku untuk merancakkan lagi percutian anda di pulau ini.

Tambahan lagi jika datang ke sini bersama ahli keuarga dan rakan-rakan, anda boleh menikmati hidangan sambil duduk berkongsi cerita dan bersantai.

Susana pantai yang bersih dan air laut membiru
Susana pantai yang bersih dan air laut membiru

Acara ini bukan sahaja menghidupkan aktiviti malam anda malah boleh merapatkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan.

Segala kelengkapan barbeku boleh didapati di sini dengan mudah. Anda juga boleh mendirikan khemah di tepi pantai jika ingin tidur bertemankan bunyi hempasan ombak.


Jungle Trekking Meredah Hutan Pulau Rawa

Puncak Bukit Pulau Rawa
Bukit Pulau Rawa

Jelajah hutan atau lebih dikenali sebagai ‘jungle trekking’ merupakan satu aktiviti yang tidak asing lagi di kawasan hijau, boleh dikatakan hampir keseluruhan destinasi pulau di Malaysia menawarkan aktiviti tersebut.

Puncak Bukit Pulau Rawa
Puncak Bukit Pulau Rawa

Jika di Pulau Rawa anda bakal meredah hutan sekitar setengah jam untuk tiba ke Puncak Bukit yang merupakan titik tertinggi di pulau ini.

Puncak Bukit sering menjadi pilihan para pendaki untuk menghayati keindahan Laut China Selatan dan menyaksikan fenomena matahari terbenam dan matahari terbit.


Gelongsor air Pulau Rawa (Water Slide)

Keunikan Pulau Rawa, mempunyai gelongsor air dengan pantai yang jernih
Keunikan Pulau Rawa, mempunyai gelongsor air dengan pantai yang jernih

Pulau Rawa ini seringkali digelar sebagai ‘Maldives’ ekoran daripada keadaan airnya yang jernih serta suasananya yang begitu menenangkan hati setiap pengunjung.

Pulau ini turut menawarkan dua papan gelongsor air di kawasan jetinya.

Gelongsor Air Pulau Rawa
Gelongsor Air Pulau Rawa

Gelongsor air ini bakal memberikan pengalaman mandi air laut yang begitu menyeronokkan.

Anda boleh mencuba gelongsor lurus yang rendah dan gelongsor berliku-liku yang tinggi mengikut citarasa anda. Jom rasai pengalaman mengelongsor ke dalam air laut di Pulau Rawa!


Pelayaran Kapal Layar Kecil Pulau Rawa

Hobie Cat
Hobie Cat

Hobie-Cat Sailing: Bercuti bersama pasangan anda? Apakata mencuba aktiviti berlayar di tengah lautan.

Aktiviti yang agak mencabar untuk anda mengemudi ke tengah laut serta menunggang kapal layar hobie cat bagi merentasi ombak ini pasti menyeronokkan anda dan pasangan.

Hobie Cat Rawa Island Resort
Hobie Cat Rawa Island Resort

Perkhidmatan sewa kapal layar hobie cat ini boleh didapati di Rawa Island Resort.

Rata-rata pelancong yang mencuba aktiviti ini berasa sangat puas hati dan seronok.

Pemandangan sambil bermain Hobie Cat
Pemandangan sambil bermain Hobie Cat

Jadi jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman mengemudi kapal layar sambil menghayati panorama daripada tengah laut.

Selain kapal layar, anda juga boleh mencuba aktiviti berkayak bersama-sama pasangan anda!


Cara Ke Pulau Rawa

Kehijauan di Pulau Rawa
Menaiki bot laju ke Pulau Rawa

Untuk ke Pulau Rawa anda perlu menggunakan Jeti Mersing yang memakan masa pemanduan sekitar 5 jam dari Kuala Lumpur.

Seterusnya anda perlu menggunakan perkhidmatan bot untuk tiba ke Pulau Rawa yang terletak sekitar 19 km dari jeti iaitu 30 minit perjalanan.


Tips Bercuti di Pulau Rawa

Pulau Rawa pada waktu petang
Pulau Rawa pada waktu petang

1. Untuk bercuti di sini, anda dinasihatkan untuk tidak datang pada bulan Disember sehingga bulan Januari kerana berlakunya peralihan angin monsun yang menyebabkan kitaran air laut berubah dan tidak sesuai untuk melakukan aktiviti air.

Susana redup dan tenang di Rawa Island Resort
Susana redup dan tenang di Rawa Island Resort

2. Untuk mendapat lebih keselesaan di bilik tidur, anda disarankan memilih Rawa Island Resort kerana mempunyai bilik berpenghawa dingin, manakala Alang’s Rawa menggunakan konsep lebih santai dengan hanya menyediakan kipas siling.

Pelbagai pilihan makanan bufet
Pelbagai pilihan makanan bufet

3. Pastikan anda bersedia dengan duit tambahan untuk menikmati hidangan tambahan jika perut mula berkeroncong minta diisi, maklumlah selepas duduk berjemur di bawah matahari tekak pasti meminta segelas jus!

Bersambung…

Tags: pakej pulau rawapulau rawa mersingpulau rawa resort
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat menarik di Desaru
Pakej Johor

20 Aktiviti Tempat Menarik di Desaru

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Desaru yang popular dikunjungi pelancong? Adakah berbaloi merancang percutian di Desaru? Desaru ialah...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
20.9k
Tempat Menarik di Batu Pahat
Pakej Johor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Batu Pahat Johor

  Tahukah anda di Batu Pahat, terdapat taman tema, tempat yang indah, seni bina yang menarik, banyak alam semula jadi...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
32.9k
Selanjutnya

Komen 43

  1. blank Adibah Bashir says:
    + -

    mcm mana harga utk 3h 2m ya? utk 2 orang? perkiraan dia mcm mana sebenarnya

    Reply
  2. blank Muhdhaizal says:
    + -

    berapa harga pakej utk 5 orang dewasa & 1 kanak2 . nak p masa cuti skolah bulan 11 or 12 nti

    Reply
    • blank Muhdhaizal says:
      + -

      huhu . hntr lg sekali email & no telefon .

  3. blank MOHD SAHID B ABDUL SAMAT says:
    + -

    berapa harga pakej pulau tioman untuk family 2 dewasa + 3 budak ( 14, 13 dan 8 thn) untuk 3 Hari 2 malam.

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Hi Mohd Sahid. Kami emelkan maklumat lanjut. Sila semak peti mel ya.

Sebeleum
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
31.9k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.4k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
85.9k
tempat-menarik-di-johor-bahru

10 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

4 Mac, 2026
92.2k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.2k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.1k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my