fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Sarawak

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Bintulu Sarawak [POPULAR]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
7 Mac, 2022
Kategori: Pakej Sarawak
Masa Bacaan: 3 mins read
145 9
A A
45
Tempat-Menarik-di-Bintulu

Imej oleh: BintuluTalk

13.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Apa aktiviti dan tempat menarik di Bintulu yang popular? Tahukah anda Bintulu merupakan pengeluar gas terbesar di Malaysia?

Bintulu terletak di kawasan tengah negeri Sarawak. Ibu kota daerah dengan nama yang sama menghadap Laut China Selatan ke arah utara barat.

Sebenarnya Bintulu tidak dikenali sebagai tarikan pelancong tradisional pulau Borneo. Ia lebih kepada sebuah daerah perindustrian.

  • Lihat Penginapan Terbaik di Bintulu
  • Lihat Peta Percutian di Bintulu

Walaupun begitu, ini tetap mempunyai beberapa tarikan yang tidak ada di tempat lain di tanah Borneo. Salah satunya adalah Bintulu terkenal dengan Pesta Layang-Layang Borneo Antarabangsa.

Pin

  • 1 Pantai Tanjung Batu
  • 2 Taman Tumbina Bintulu
  • 3 Taman Negara Similajau
  • 4 Pasar Tamu dan Pasar Utama Bintulu
  • 5 Kuil Tao Tua Pek Kong
  • 6 Bintulu Promenade
  • 7 Restoran Sajian Mas
  • 8 Sinong Thai Kitchen and Cafe
  • 9 Kampung Kuala Tatau
  • 10 Rumah Panjang Bintulu
  Kalau begitu, mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat yang menarik ada di Bintulu:


Pantai Tanjung Batu

Pantai Tanjung Batu
Pantai Tanjung Batu | Imej oleh: Mohd Yazid

Tanjung Batu Beach: Pantai Tanjung Batu merupakan sebuah lokasi riadah dan perkelahan yang sering menerima kunjungan daripada orang ramai terutamanya pada hujung minggu dan cuti umum.

Pantai yang turut menjadi tumpuaan para pelancong ini mempunyai banyak gerai makanan dan minuman yang menjual pelbagai menu menarik seperti jus kelapa segar yang begitu menyegarkan anak tekak anda!

Tanjung-Batu-Beach-Kong-Chak-Teck
Tanjung Batu Beach | Imej oleh: Kong Chak Teck

Pantai yang terletak sekitar 5km dari bandar Bintulu ini begitu sesuai untuk anda menghabiskan waktu terutamanya pada waktu petang, di samping dapat menyaksikan keindahan matahari terbenam.

Bagi yang ingin mengadakan aktiviti barbeku, di sini turut disediakan tempat barbeku yang selesa.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Pantai Tanjung Batu, Taman Tumbina, 97000 Bintulu, Sarawak

Taman Tumbina Bintulu

Taman-Tumbina-Zoo-Fatarizt-Mustapa
Taman Tumbina Zoo | Imej oleh: Fatarizt Mustapa

Tumbina Park: Nama Tumbina diambil hasil daripada gabungan perkataan tumbuhan dan binatang iaitu bagi menghargai setiap spesies flora dan fauna yang wujud di Bintulu.

Taman ini berperanan sebagai taman botani dan zoologi yang menjadi tempat untuk Warisan Hidup Flora dan Fauna Borneo.

Tambahan lagi, ia bukan sahaja menjadi tarikan pelancongan malah menjadi pusat rekreasi dan pendidikan agar orang ramai semakin mengambil berat tentang kepentingan pemuliharaan bagi spesies flora dan fauna.

Burung Kenyalang Hornbill
Burung Kenyalang Hornbill | Imej oleh: Lina S. Low

Taman yang berkeluasan sekitar 57 hektar ini menghadap ke Laut China Selatan.

Bandar Bintulu dan Kawasan Perindustrian Tanjong Kidurong. Antara tarikan di sini adalah rusa, memerang, landak, spesies burung, spesies ikan, buaya, orkid, kaktus dan banyak lagi untuk anda terokai.

Taman yang turut menerima kunjungan daripada pelancong luar negara ini memakan masa sekitar 30 minit perjalanan dari bandar Bintulu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Jalan Tun Razak, Taman Tumbina, 97000 Bintulu, Sarawak

Taman Negara Similajau

Taman-Negara-Similajau-bob-zakaria
Kawasan Pantai Taman Negara Similajau | Imej Oleh: Bob Zakaria

Similajau National Park: Nak tengok tempat berjemur bagi spesies buaya yang terbesar di dunia? Jom melawat ke Taman Negara Similajau yang terletak kira-kira 30 kilometer di timur laut Bintulu.

Di sini anda bakal dibawa menyusuri denai hutan seperti View Point Trail, Pantai penyu dan Pantai Emas.

Similajau-National-Park-Fairuzaimi-Zakaria
Trekking di Similajau National Park | Imej oleh: Fairuzaimi Zakaria

Lokasi ini merupakan habitat bagi 185 spesies burung seperti burung enggang dan burung helang laut. Ia turut mempunyai 24 spesies mamalia iaitu babi hutan dan kera.

Pohon-Besar-Akar-Banir-di-Similajau--pui-cheng-Lum
Pohon Besar Akar Banir di Similajau | Imej Oleh: Pui Cheng Lum

Taman negara yang turut menawarkan penginapan ini menawarkan aktiviti seperti Night cruise, Dolphins watch dan Night walk.

Destinasi yang beroperasi seawal jam 8 pagi ini begitu sesuai dikunjungi pada musim kering iaitu sepanjang bulan Februari hingga Oktober kerana laut tenang dan kadar kelajuan angin yang sederhana.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Similajau, 97000 Bintulu, Sarawak

Pasar Tamu dan Pasar Utama Bintulu

Pasar-Tamu-Bintulu-Kee
Pasar Tamu Bintulu | Imej oleh: Kee

Pasar Tamu & Pasar Utama ialah dua pasar yang terletak berdekatan antara satu sama lain di sepanjang tepi sungai yang menjual pelbagai hasil tempatan.

Bumbung berbentuk kon melambangkan penutup kepala tradisional Melanau iaitu terendak.

Hasil-Kraftangan-Tempatan-di-Tamu-Bintulu-Ayce-Cathen
Hasil Kraftangan Tempatan di Tamu Bintulu | Imej oleh: Ayce Cathen

Tingkat atas Pasar Utama mempunyai gerai yang menjual makanan kegemaran penjaja tempatan.

Antara juadah yang boleh didapati di sini seperti laksa, mee jawa, pulut panggang, mee kolok, ais batu campur, cendol dan pelbagai minuman.

Menu-Popular-di-Tamu-Bintulu-Luke-Ngu
Menu Popular di Tamu Bintulu | Imej oleh: Luke Ngu

Pasar Utama ini lebih dikenali sebagai pasar basah yang menjual pelbagai makanan laut, sayur-sayuran segar, produk tenusu serta buah-buahan tempatan.

Manakala di Pasar Tamu atau Tamu Bintulu pula menawarkan produk tempatan atau hasil hutan yang dihasilkan oleh orang tempatan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:10pm – 10:00pm | Jalan Main Bazaar , 97000 Bintulu , Sarawak, Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

Kuil Tao Tua Pek Kong

Tokong-Bintulu-Tua-Pek-Kong-Amin-Rahim
Tokong Bintulu Tua Pek Kong | Imej oleh: Amin Rahim

Tua Pek Kong Temple yang terletak ditengah-tengah bandar Bintulu ini merupakan antara mercu tanda penting bandara tersebut.

Kuil yang dibina sekitar tahun 1870 ini asalnya sebuah bangunan berstruktur kecil yang dibina untuk meraikan perayaan sosial yang berkaitan dengan budaya masyarakat Cina dan kepercayaan mereka.

Lokasinya begitu strategik yang terletak bertentangan dengan Esplanade dan pasar yang menjadikannya salah satu tumpuan para pelancong.

Tua-Pek-Kong-Temple-Alan-Tan
Tua Pek Kong Temple | Imej oleh: Alan Tan

Kuil yang berstruktur kecil ini telah bertukar rupa menjadi sebuah kuil yang tersergam indah di tengah bandar dengan adanya Taman batu, air terjun serta pagar naga sebagai lambang keunikannya.

Tidak ketinggalan kedai-kedai yang berdekatannya yang turut membuat perubahan rekabentuk supaya kelihatan lebih moden.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 6:00pm | Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

Bintulu Promenade

Bintulu-Promenade-Suddhasatya-Samanta
Bintulu Promenade | Imej oleh: Suddhasatya Samanta

Bintulu Promenade ini ditubuhkan oleh Lembaga Kerajaan Bintulu sebagai salah satu lokasi untuk beriadah bagi warga tempatan sekaligus menjadi tarikan pelancongan.

Lokasi yang terletak di pinggir laut ini menawarkan permandagan yang menenangkan serta menjadi tumpuan orang ramai untuk melihat keindahan matahari terbenam di waktu petang.

The-Spring-Bintulu-Evelyn-Lau
The Spring Bintulu | Imej oleh: Evelyn Lau

Tidak kurangnya orang ramai datang ke sini bagi tujuan fotografi lantaran ia turut mempunyai beberapa kapal nelayan yang lalu-lalang menjadikan permandangan laut di sini bertambah menarik.

Di sini turut menyediakan jambatan, pusat keselamatan tandas awam dan lanskap menarik bagi memberi kepuasan kepada orang ramai yang datang untuk berehat.

Anda juga boleh melakukan aktiviti rekreasi di Esplanade Bintulu atau Taman Millenium yang turut terkenal di Bintulu ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 52JM+4G Parkcity Commerce Square, Bintulu, Sarawak

Restoran Sajian Mas

Restoran-Saji-Mas-Nashrul
Mee Udang Restoran Saji Mas | Imej oleh: Nashrul

Jika anda ingin merasai keenakkan mee udang di Bintulu, anda boleh ke Restoran Sajian Mas yang terletak di pusat bandar. Restoran ini bukan sahaja menyediakan menu mee udang biasa malah mereka turut menawarkan mee udang galah yang begitu menyelerakan!

Tambahan lagi, setiap hidangan mee udang galah tersebut mempunyai harga yang berbeza mengikut saiz udang yang dipilih.

Restoran Saji Mas
Restoran Saji Mas

Bagi peminat menu ini jangan lepaskan peluang untuk menikmati mee udang galah bersama Teh C Special sewaktu anda berkunjung ke sini.

Hidangan ini pasti memuaskan untuk dinikmati kerana ia menggunakan udang yang begitu segar serta bersaiz besar!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 8:00pm | 6336+J5 Medan Jaya Commercial Centre, Bintulu, Sarawak

Sinong Thai Kitchen and Cafe

Sinong-Thai-Kitchen-Khalil
Sinong Thai Kitchen and Cafe | Imej oleh: Khalil

Mencari hidangan ala thai? Anda boleh menikmati makan malam ala Thai di restoran yang terletak di bandar lama Bintulu iaitu berhampiran tebing Sungai Kemena.

Menariknya lagi, restoran ini turut menggunakan dekorasi tropika yang disertakan dengan alunan muzik Thai yang menjanjikan pengalaman makan malam seolah-olah berada di Thailand!

Sinong-Thai-Kitchen-and-Cafe-nur-fakhariah
Menu Popular di Sinong Thai Kitchen and Cafe | Imej oleh: Nur Fakhariah

Jadi tidak hairanlah jika orang ramai sering menjadikan restoran ini sebagai salah satu destinasi untuk meraikan hari istimewa.

Selain daripada hidangan Som Tam, Tomyam, Pat Meak Khai Khem dan Pla Rad Prik anda perlu mencuba Kaw Pat Sappa Road iaitu nasi goreng yang dihidangkan di dalam buah nanas!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 12:00pm-8:00pm | Shahida Commercial Centre, 97000 Bintulu, Sarawak

Kampung Kuala Tatau

Kampung-Kuala-Tatau
Kampung Kuala Tatau

Kampung Kuala Tatau ini kurang mendapat perhatian dalam kalangan pelancong, namun ia begitu menarik untuk dilawati terutamanya bagi mereka yang ingin mencuba aktiviti yang dilakukan di kawasan perkampungan.

Aktiviti yang ditawarkan di sini turut dimajukan oleh penduduk setempat bagi menarik orang ramai berkunjung ke sini. Menariknya tentang perkampungan nelayan ini kerana ia merupakan lubuk warga Bandar Bintulu untuk mencari hasil laut dan hasil sungai yang menyegarkan.

Kuala-Tatau
Kuala Tatau

Sekiranya anda berkunjung ke sini anda boleh menginap di homestay, melihat aktiviti nelayan, memancing di laut dan sungai.

Antara buah tangan yang boleh didapati di sini adalah udang kering, ikan salai, cencaluk, belacan, umai dan banyak lagi yang dihasilkan oleh penduduk kampung tersebut.


Rumah Panjang Bintulu

Rumah Panjang Jangu Ladong Tahir
Rumah Panjang Jangu Ladong Tahir

Rumah panjang merupakan sebuah kediaman yang dihuni oleh beberapa buah keluarga. Kediaman ini mempunyai beberapa ruang seperti bilek (bilik), bilek besai (ruang tamu), sadau (tingkat rumah atau peran), tanju (serambi), ruai (ruang terbuka) dan tempuan (pintu masuk utama).

Ia begitu terkenal di Sarawak terutamanya bagi suku kaum Iban, Melanau, Orang Ulu dan Bidayuh.

Rumah Panjang Henry Nuni
Rumah Panjang Henry Nuni

Tambahan lagi, senibina rumah panjang bagi setiap suku kaum turut berbeza dan berkait rapat dengan adat tradisi serta kepercayaan setiap suku kaum.

Antara rumah panjang yang anda boleh lawati di Bintulu adalah Rumah Panjang Jangu Ladong Tahir yang begitu moden terletak di Ulu Sebauh atau Rumah Panjang Henry Nuni yang lebih tradisional.

Bersambung…

Tags: bintulu hotelbintulu promenadepantai bintulutempat makan menarik di bintulu
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular 1
Pakej Sarawak

10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

  Hotel Kuching Sarawak Top 10: Kuching adalah ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi, kepelbagaian budaya dan...

Oleh: Hasrul Wayne
28 Mei, 2023
15.9k
Tempat-Menarik-di-Sibu
Pakej Sarawak

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Sibu Sarawak [LAKSA SARAWAK]

  Sibu Sarawak sebuah bandar yang sangat menarik dengan kepelbagaian rasa masakan, tempat bersejarah dan kaya dengan warisan budaya, destinasi...

Oleh: Hasrul Wayne
15 Februari, 2023
28.3k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
45 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Kuala Selangor [PALING POPULAR]

Oleh: Hadi Ghazali
2 Januari, 2023
45
27.8k

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Baca Selanjutnya
Avatar-The-Experience

Menarik Di Avatar The Experience: Gardens By The Bay

2 Januari, 2023
478
ESCAPE Theme Park Penang: Panduan Percutian Taman Tema 2 Rekod Dunia 2

ESCAPE Theme Park Penang: Panduan Percutian Taman Tema 2 Rekod Dunia

19 November, 2022
13.6k
tempat-menarik-di-ho-chi-minh

Melancong Ke Ho Chi Minh: 8 Aktiviti Paling Menyeronokkan [TERKINI]

5 Jun, 2022
24k
pakej langkawi

Pakej Langkawi: 4 Cadangan Aturcara Percutian Langkawi Terbaik [POPULAR]

5 Jun, 2022
57.1k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
45
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas