Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Popular

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Dubai UAE [TERKINI]

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
16 Mac, 2024
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 3 mins read
11.7k 881
A A
0
tempat-menarik-di-dubai-terkini
13.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah aktiviti dan tempat menarik di Dubai yang anda ingin lihat? Dah pernah ke Dubai?

Dubai ialah sebuah bandar dan emiriah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang terkenal dengan pusat membeli-belah mewah, seni bina ultramoden dan pemandangan kehidupan malam yang sangat meriah.

Terdapat banyak tarikan menarik yang mesti dilihat di Dubai.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Apa sahaja yang anda cari, anda pasti akan temui sesuatu di sini yang mesti dilihat di seluruh Dubai yang tiada pelancong patut terlepas. Sudah tiba masanya untuk menandakan ini daripada senarai destinasi pelancongan Dubai yang mesti anda lihat.

Di sini terdapat banyak perkara yang hebat untuk dilakukan tempat-tempat menyeronokkan di Dubai – daripada pantai yang menakjubkan ke taman tema menakjubkan, aktiviti malam bertaraf dunia yang besar hingga ke aktiviti meneroka padang pasir.

tempat-menarik-di-dubai

Jika anda benar-benar ingin “melihat bandar” dan mengalami pelbagai sisi berbeza ke Dubai, kami fikir anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga hari.

Beberapa sorotan tempat percutian Dubai tidak dinafikan mahal tetapi berbaloi. Yang lain adalah murahan tetapi tidak dapat dinafikan juga untuk hak anda bermegah-megah melalui detik Insta, haha. Dan banyak tarikan paling luar biasa di Dubai adalah percuma tau!

Pakej-Dubai-Promo

  • Lihat Pakej Percutian Dubai Popular
  • Lihat Penginapan Terbaik Dubai
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di Dubai
  • Lihat Peta Percutian di Dubai

Pin

  • 1 Burj Khalifa
  • 2 Burj Al-Arab
  • 3 Dubai Mall
  • 4 Dubai Aquarium & Underwater Zoo
  • 5 Muzium Dubai
  • 6 Masjid Jumeirah
  • 7 Quarter Bastakiya
  • 8 Dubai Creek
  • 9 Deira
  • 10 Desert Safari
  • 11 Palm Jumeirah
Oklah, mari kita lihat 10 tempat paling menarik di Dubai yang wajib anda kunjungi.


Burj Khalifa

Menara pencakar langit Burj Khalifa
Menara pencakar langit Burj Khalifa

Burj Khalifa yang menjadi lambang kemegahan Dubai ini sering menjadi bualan seantero dunia.

Menara yang tertinggi di dunia ini merupakan tempat yang wajib anda terokai di Dubai ini.

Burj Khalifa
Burj Khalifa

Dengan ketinggian 829.8 meter ia merupakan lokasi yang terbaik untuk anda melihat lanskap keseluruhan kota Dubai.

Ia begitu sesuai untuk anda menghayati keindahan matahari terbenam pada waktu senja serta melihat pemandangan malam kota Dubai yang dilimpahi dengan pelbagai cahaya!

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 1 Sheikh Mohammed bin Rashid Blvd – Downtown Dubai – Dubai – United Arab Emirates

Burj Al-Arab

Burj-Al-Arab-2
Burj Al Arab dilihat dari madinat jumeirah di Dubai UAE. Bandar mini tradisional Arab

Jangan lupa untuk mengunjungi hotel yang tertinggi di dunia iaitu Burj Al-Arab.

Hotel yang bertaraf 7 bintang ini mempunyai ketinggian 321 meter dan ia dibina diatas pulau buatan yang berbentuk seperti layar kapal.

Burj-Al-Arab-dubai-2
Burj Al Arab di pantai Teluk Parsi dari kejauhan

Untuk pengetahuan anda bilik yang paling murah di sini berharga sekitar 15,000 dollar untuk satu malam!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | شارع جميرا، – Umm Suqeim 3 – Dubai – United Arab Emirates

Dubai Mall

Dubai Mall Attraction Tickets
Dubai Mall

Jom mencuci mata sambil mencuci poket di Dubai Mall yang merupakan pusat membeli-belah yang terbesar di sini dan turut menjadi pintu masuk ke Burj Khalifa dan Dubai Aquarium.

Kemegahan pusat membeli-belah ini turut terserlah kerana ia turut menempatkan gelanggang luncur ais tertinggi di dunia, pusat permainan dan kompleks pawagam yang sangat besar.

Lampu-oriental--tradisional-di-kedai-cenderamata-di-Dubai
Lampu oriental tradisional di kedai cenderamata di Dubai Mall

Dikatakan pusat membeli-belah ini mempunyai keluasan yang setara dengan 50 buah padang bola sepak iaitu 1.124.000 meter persegi.

Di sini anda turut dapat menyaksikan keindahan air terjun buatan atau dikenali sebagai air terjun ilusi.

Dior The-Dubai-Mall
Dior The Dubai Mall

Dubai Mall menerima lebih ramai pengunjung apabila Festival Pembelian Dubai pada bulan Januari dan Februari serta Festival Kejutan Musim Panas Dubai pada bulan Julai dan Ogos.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Financial Center Street, Along Sheikh Zayed Road, Next to Burj Khalifa – Dubai – United Arab Emirates

Dubai Aquarium & Underwater Zoo

Dubai-Underwater-Zoo
Dubai Underwater Zoo

Tarikan yang terletak bersebelahan pusat membeli-belah ini pula mempunyai sekitar 140 spesies hidupan laut yang membolehkan anda untuk berenang bersama-sama hidupan tersebut di dalam sebuah tangki bergantung yang cukup besar!

Dubai Aquarium
Dubai Aquarium

Tarikan ini bakal membuat anda melopong melihat pelbagai spesies hidupan laut seperti jerung Pasir Tiger.

Seterusnya anda bakal dibawa ke terowong akuarium di mana anda bakal berjalan sekitar 48 meter dengan pemandangan 270 darjah dan ia merupakan spot menarik untuk bergambar.

Dubai-Aquarium-Underwater-Zoo
Dubai-Aquarium-Underwater-Zoo

Manakala di kawasan zoo bawah air anda bakal melihat 40 tangki yang mempunyai hidupan akuatik daripada tiga ekosistem yang berbeza.

Menariknya tentang lokasi ini kerana ia telah memegang Guinness Book of Record sebagai akuarium dalaman yang terbesar di dunia!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Unit SF – 115 – شارع المركز المالي، – Downtown Dubai – Dubai – United Arab Emirates

Muzium Dubai

Musium-Dubai
Musium Dubai

Walaupun kota Dubai begitu terkenal dengan kemodenannya, namu begitu mereka turut memelihara sejarah ketamadunannya dengan memajukan Muzium Dubai bermula tahun 1971 dan 1995.

Muzium ini mula dibina pada tahun 1787 di Kubu Al-Fahidi dan pernah digunakan sebagai kediaman keluarga diraja, tapak pemerintahan kerajaan dan penjara.

dubai-lama
Jalan Arab tradisional di daerah Al Fahidi yang bersejarah, Al Bastakiya. Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Bangunan warisan muzium sejarah

Keunikan senibina muzium ini kerana ia menggunakan blok batu karang tradisional sebagai dinding yang dipenuhi dengan batu kapur. lantainya disokong oleh tiang kayu dan silingnya daripada pelepah, batu kapur dan plaster.

Di sini anda boleh menyaksikan kehidupan lampau masyarakat Arab, kehidupan padang pasir kaum Badui, artifak kubur yang berusia sekitar 3000 hingga 4000 tahun dari tapak arkeologi Al Qusais.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Al Fahidi Fort – Al Fahidi – Dubai – United Arab Emirates

Masjid Jumeirah

Masjid-Jumeirah-Abdul-Hamid-Bin-Hossain
Masjid Jumeirah | Imej oleh: Abdul Hamid Bin Hossain

Anda pasti mengetahui tentang Masjd Al-Azhar yang terdapat di Kaherah? Masjid Jumeirah yang diiktiraf sebagai masjid yang tercantik di Dubai ini mempunyai rekaan seakan-akan dengan Masjid Al-Azhar!

Jadi tidak hairanlah jika orang ramai sering berkunjung ke masjid ini untuk menghayati keindahan senibinanya.

Masjid-Jumeirah-Isabel-Compton
Masjid Jumeirah | Imej oleh: Isabel Compton

Masjid yang mampu menampung lebih kurang 1200 jemaah ini mula dibina pada tahun 1970an dengan berpandukan senibina tradisi klasik pada zaman Dinasti Fatimiyyah dari Mesir.

Tambahan lagi masjid yang mempunyai dua menara kembar ini mengenakan warna putih gading yang menjadikannya tampak lebih mewah. Bagi pengunjung non-muslim anda turut dialu-alukan untuk melawat masjid ini dengan mengenakan pakaian yang sopan sebagai tanda hormat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Jumeirah – Jumeirah 1 – Dubai – United Arab Emirates

Quarter Bastakiya

kejiranan Al-Fahidi
kejiranan Al-Fahidi

Al Fahidi Historical: Satu lagi lokasi bersejarah yang perlu anda kunjungi di Dubai adalah Quarter Bastakia yang turut dikenali sebagai kawasan kejiranan Al-Fahidi.

Asalnya lokasi ini dibangunkan sekitar abad ke-19 sebagai penempatan bagi golongan peniaga kaya di Dubai.

Pada ketika itu mereka begitu hebat dalam aktiviti berdagang mutiara dan tekstil. Jadi di sini, anda boleh melihat rumah-rumah mereka yang masih dipelihara dengan senibina pada masa dahulu.

Quarter-Bastakiya
Quarter Bastakiya

Kediaman yang terdapat di sepanjang sungai ini diperbuat daripada batu kapur, mempunyai menara keselamatan serta menara angin sebagai penghawa dingin pada ketika itu.

Anda juga boleh ke Galeri XVA untuk mempelajari tentang seni tempatan mereka dan mengunjungi Muzium Kopi untuk menikmati kopi dari serantau dunia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Bur Dubai – Al Hamriya – Dubai – United Arab Emirates

Dubai Creek

dubai-creek-districts-of-bur-dubai-and-deira
Pemandangan udara Dubai Creek, daerah Bur Dubai dan Deira

Dubai Creek yang turut dikenali dengan nama Khor Dubai ini merupakan sebuah sungai air garam yang memisahkan bandar Dubai kepada dua bandar iaitu Deira di utara dan Bur Dubai di selatan.

Pada masa dahulu Dubai begitu terkenal dengan industri permata telah menjadikan lokasi ini sebagai salah satu pelabuhan yang terpenting.

Suasana-malam-di-dubai-creek
Suasana malam di Dubai Creek

Pada abad ke-20 pelabuhan ini sering dikunjungi oleh pedagang dari India dan Afrika Timur Bukan sahaja dijadikan sebagai pusat perdagangan, malah di bahagian tepi sungai pula merupakan penempatan bagi suku Bani Yas yang pertama dan turut dimajukan dengan aktiviti perikanan.

Di sini anda boleh menyewa bot kayu kecil untuk menyusuri sepanjang sungai bagi melihat suasana kedua-dua buah bandar tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 68QH+8HH – Dubai – United Arab Emirates

Deira

Bangunan-moden-di-sisi-Deira
Bangunan moden di sisi Deira

Deira merupakan antara wilayah yang tertua di kota Dubai yang telah berkembang mengikut peredaran masa, namun ia masih mengekalkan ciri tradisinya.

Berada di Deira bakal memberikan anda pengalaman membeli-belah yang cukup menarik dengan kegamatan para pembeli dan penjual tawar-menawar harga.

kawasan-terkenal-pusat-bandar-diantara-Deira-dan-Dubai-Creek
kawasan terkenal pusat bandar diantara Deira dan Dubai Creek

Di sini merupakan lokasi yang sesuai untuk anda membeli barangan cenderamata seperti rempah ratus, barangan kulit, barangan tekstil dan banyak lagi. Jangan terkejut jika Seterusnya anda boleh ke Muzium Perempuan Bait al Banat yang menceritakan tentang gaya hidup perempuan Arab.

Bagi peminat barangan antik anda boleh ke Heritage House yang telah beroperasi sejak 1890 dan menyimpan pelbagai patung antik, barang kemas dan perabot yang cukup klasik!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Al Rasheed Road, Hor Al Anz, Deira – Dubai – United Arab Emirates

Desert Safari

Menghayati-desert-safari-dengan-menaiki-kuda
Menghayati Desert Safari dengan menaiki kuda

Ingin merasai perjalanan di kawasan padang pasir? Jom menempah pakej untuk ke Desert Safari dengan pelbagai pilihan harga.

Menerusi pakej yang disediakan anda berpeluang untuk meneroka padang pasir dengan pelbagai aktiviti menarik seperti menunggang unta, bermain sand boarding, melihat kawasan ternak unta, menyaksikan kehebatan burung helang, memandu ATV, menaiki kenderaan 4WD atau turut dikenali sebagai sand bashing dan dune bashing di mana anda bakal merasai seperti menaiki roller coaster!

menaiki-unta-dan-mendaki-melalu-padang-pasir-Duba-pada-waktu-matahari-terbenam
menaiki unta dan mendaki melalui padang pasir Dubai pada waktu matahari terbenam

Terakhir sekali anda bakal dibawa ke kawasan khemah yang dihias seperti zaman dahulu untuk menikmati hidangan atau mengenakan henna.

Di kawasan khemah ini anda turut berpeluang untuk menyaksikan beberapa pertunjukkan seperti pertunjukkan tarian gelek iaitu tarian tradisional masyarakat Arab dan juga pertunjukkan api.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Downtown Dubai – Dubai – United Arab Emirates

Palm Jumeirah

the-palm-jumeirah
The Palm Jumeirah

Palm Jumeirah yang berdiri teguh di atas pulau buatan ini merupakan tarikan yang lengkap untuk anda menghabiskan masa seharian atau lebih di sini.

Di atas pulau ini terdapat penginapan hotel mewah, taman tema air, snorkeling, menyelam, berenang bersama-sama ikan lumba-lumba, variasi bar dan pelbagai sukan air seperti menaiki speedboat.

dubai-jumeirah-pantai
Pantai Jumeirah

Jika anda ingin bersantai, anda boleh menghabiskan masa di Talise Ottoman Spa yang merupakan spa paling mewah di Dubai atau berehat di pantai.

Untuk yang sukakan cabaran, anda boleh mencuba aktiviti terjun bebas oleh Skydive Dubai bagi menyaksikan keindahan lanskap Palm Jumeirah dari ruang udara!

-atlantis-resort-dubai-jumeirah
Atlantis Eesort Dubai Jumeirah

Jadi tidak hairanlah jika tarikan yang satu ini bukan sahaja mendapat sambutan dalam kalangan pelancong malah ia merupakan tumpuan para artis dan warga Dubai untuk bersuka ria.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | The Palm Jumeirah – Dubai – United Arab Emirates

Bersambung…

Tags: hotel mewah di dubaijalan-jalan di dubaipantai di dubaitempat menarik di uae
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.7k
Percutian Scandinavia
Pakej Popular

Percutian Scandinavia: Destinasi Impian Pelancong Malaysia

Negara-negara Scandinavia, yang terdiri daripada Norway, Sweden dan Denmark, merupakan destinasi yang semakin popular dalam kalangan pelancong Malaysia yang ingin...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
607
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my