Apakah tempat menarik di Jakarta yang paling popular? Masih berbaloikah bercuti di Jakarta?
Jakarta ialah ibu kota dan bandar terbesar di Indonesia, dan ia merupakan destinasi popular untuk pelancong kerana kekayaan budaya, sejarah dan kemudahan modennya.
Bandar ini adalah rumah kepada banyak muzium dan tapak bersejarah, seperti Muzium Negara, yang memaparkan artifak dari masa lalu Indonesia, dan Taman Mini Indonesia Indah, yang mempamerkan kepelbagaian budaya dan tradisi negara.
Jakarta juga merupakan destinasi membeli-belah utama, dengan banyak pusat membeli-belah dan pasar yang menjual segala-galanya daripada kraf tradisional hingga fesyen moden.
Selain itu, Jakarta terkenal dengan makanan jalanan yang sedap-sedap, dan pengunjung boleh menemui banyak restoran halal dan penjual makanan yang menawarkan pelbagai hidangan tradisional Indonesia.
Bandar ini juga menawarkan banyak pilihan hiburan dan temasya pada waktu malam, daripada bar dan kelab yang bergaya kepada persembahan tradisional Indonesia.
Secara keseluruhan, Jakarta menawarkan gabungan unik sejarah, budaya, membeli-belah dan hiburan yang menjadikannya destinasi menarik untuk pelancong.
- Lihat Pakej Percutian Popular Jakarta
- Lihat Penginapan Terbaik di Jakarta
- Lihat Aktiviti Menarik di Jakarta
- Lihat Peta Percutian di Jakarta
Pin Disini disenaraikan tempat menarik di Jakarta yang sesuai dikunjungi pelancong:
Taman Mini Indonesia Indah (TMII)

Menjejakkan kaki ke Taman Mini Indonesia Indah ini seolah-olah anda telah meneroka isi Jakarta. Taman ini seumpama sebuah pusat budaya yang mengumpulkan serta memaparkan budaya daripada 300 etnik di Indonesia.

TMII yang kini berwajah baru menampilkan 70% kawasan hijau terbuka dan 30% bangunan.
Selain menyaksikan persembahan budaya dan replika rumah tradisional, anda boleh mengunjungi muzium, taman rekreasi, taman budaya, teater IMAX Keong Mas, anjungan dan Istana Anak.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kota Jakarta Timur, Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Ragunan Zoo (Taman Margasatwa Ragunan)

Zoo Ragunan yang berkeluasan sekitar 147 hektar ini menempatkan lebih 2000 haiwan daripada 200 spesies dan dikatakan sudah wujud sebelum Indonesia mengecapi kemerdekaan.
Zoo yang terbesar di Jakarta ini turut mempunyai lebih 2000 spesimen dan 50,000 pokok bagi memberi mewujudkan persekitaran yang nyaman.

Anda boleh menyaksikan orang utan, gorila, chimpanzi, zirafah, gajah, komodo, unta dan banyak lagi. Selain melihat ragam haiwan anda boleh berekreasi dengan menyewa basikal atau menaiki bot.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 4:00pm | Jl. Harsono RM No.1, Ragunan, Ps. Minggu, Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta, Indonesia
Dunia Fantasi

Dunia Fantasi yang lebih dikenali sebagai Dufan ini bakal membawa anda berseronok ke alam taman tema terbesar di Indonesia!
Dufan yang sudah beroperasi sejak tahun 1985 ini menawarkan permainan berteknologi tinggi yang dibahagi kepada 9 bahagian iaitu Indonesia, Jakarta, Asia, Eropah, Amerika, Yunani, Hikayat, Kalila dan Fantasy Lights.

Antara tarikan yang popular di sini adalah Rumah Riana, Baling-Baling, Kereta Misteri, The Conjuring House, Hysteria, Niagara Gara dan banyak lagi!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5:00pm | Jl. Lodan Timur No.7, RW.10, Ancol, Kec. Pademangan, Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14430, Indonesia
Museum Nasional Indonesia

Muzium pertama yang didirikan di Asia Tenggara ini turut digelar sebagai Muzium Gajah yang menempatkan barangan arkeologi, sejarah, etnografi dan georafi.
Muzium yang dibina pada tahu 1778 ini digelar Muzium Gajah kerana pernah menerima patung gajah daripada Raja Chulalongkorn, Thailand pada tahun 1871.

Selain patung gajah, muzium ini mempunyai sebuah patung tertinggi iaitu patung Bhairawa sebagai lambang kewujudan Buddha serta arca Hindu tertua sekitar abad ke 4M.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 4:00pm | Jl. Medan Merdeka Barat No.12, Gambir, Kecamatan Gambir, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10110, Indonesia
Masjid Istiqlal

Masjid yang dibina pada tahun 1961 ini diberi nama ‘Istiqlal’ yang membawa maksud merdeka dan siap dibina pada tahun 1978 iaitu 33 tahun kemerdekaan Indonesia.
Masjid terbesar di Asia Tenggara ini mampu menampung jemaah sekitar 200,000 orang.

Masjid ini terdiri daripada 5 tingkat di mana Sukarno yang menjadi ketua juri bagi memilih seni reka masjid tersebut dan dirasmikan oleh Presiden Suharto.
Kemegahan masjid ini telah menarik minat beberapa pemimpin dunia untuk mengunjunginya seperti Barack Obama.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:00am – 12:00pm | Jl. Taman Wijaya Kusuma, Ps. Baru, Kecamatan Sawah Besar, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10710, Indonesia
Monumen Nasional (Tugu Monas)

Selain Masjid Istiqlal yang menjadi simbol kemerdekaan bagi Indonesia, Monumen Nasional turut dibina untuk memperingati jasa rakyat Indonesia yang turut berjuang.
Tugu Monas yang berketinggian 132 meter ini dibina ketika pemerintahan Presiden Sukarno.

Monumen ini terletak di tengah-tengah pusat bandar Jakarta iaitu di Lapangan Medan Merdeka dan dibuka pada jam 8 pagi hingga 10 malam untuk orang awam. Monumen yang turut terkenal adalah Monumen Pancasila Sakti.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 10:00pm | Gambir, Kecamatan Gambir, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta
Sea World Ancol

Tarikan yang memfokuskan kepada pendidikan, konservasi dan hiburan ini begitu sesuai untuk membawa anak-anak anda meneroka hidupan di bawah laut.
Sea World Ancol mempunyai kira-kira 7000 ekor hidupan air tawar dan 11,000 hidupan laut yang dipamerkan di akuarium dan kolam terbuka.

Anda boleh berjalan di bawah Antasena Tunnel sambil menyaksikan Feeding Show daripada dua penyelam atau menyaksikan Live Feeding Shark di Shark Aquarium.
Tarikan lain adalah Truck Aquarium dan Digital Gallery.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 4:00pm | Jl. Lodan Timur No.7, RW.10, Ancol, Kec. Pademangan, Jkt Utara, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 14430, Indonesia
Suropati Park

Taman Suropati yang terletak di Menteng, Jakarta ini merupakan lokasi terbaik untuk anda menghabiskan waktu petang kerana lanskapnya yang begitu menarik dan terjaga.
Di sini turut menampilkan persembahan muzik daripada warga tempatan.

Taman ini dipenuhi pengunjung pada waktu pagi dan petang untuk beriadah dan bersantai.
Anda juga boleh ke Taman Wisata Alam Mangrove (Angke Kapuk), Taman Menteng, Taman Situ Lembang, Tebet Eco Park, Barito Park dan lain-lain.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Taman Suropati No.5, RT.5/RW.5, Menteng, Kec. Menteng, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10310, Indonesia
Kota Tua Jakarta

Ingin menyelusuri tinggalan sejarah yang masih terdapat di Jakarta? Kota Tua Jakarta atau Batavia Lama merupakan desitinasi yang tepat untuk diterokai.
Wilayah kecil ini pernah menjadi pusat perdagangan yang masyhur pada abad ke-16 dan sering dikunjungi oleh pelayar Eropah.

Antara bangunan bersejarah dan tarikan yang terdapat di kota ini adalah Muzium Wayang, Jambatan Kota Intan, Stadium Jakarta Kota, Pejabat Pos, Gedung Dasaad Musin, Muzium Sejarah Jakarta, Meriam Si Jagur dan banyak lagi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | VR68+WRX, RT.3/RW.4, Mangga Besar, Kec. Taman Sari, Kota Jakarta Barat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 11110, Indonesia
Gedung Kesenian Jakarta

Bangunan tinggalan sejarah zaman Belanda ini telah berfungsi sebagai Gedung Kesenian Jakarta di mana para seniman mempamerkan karya seni mereka.
Anda boleh menyaksikan persembahan drama, teater, orkestra, filem, sastera dan banyak lagi karya seni.

Gedung seni ini boleh memuatkan sekitar 475 orang dan dilengkapi dengan peralatan teknologi yang lengkap untuk mempamerkan hasil seni yang berkualiti.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 4:00pm | Jl. Gedung Kesenian No.1, Ps. Baru, Kecamatan Sawah Besar, Kota Jakarta Pusat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 10710, Indonesia
Glodok Chinatown Market

Lokasi pelancongan ini turut memaparkan warisan seni budaya seperti Betawi, Wushu dan sebagainya.
Walaupun senibina bangunan di sini menggunakan konsep Cina tetapi ia mempunyai kepelbagaian budaya seperti Cina, Sunda, Betawi dan Jawa.

Jadi tidak hairanlah jika ia disenaraikan sebagai Top 50 for 2022 Indonesian Tourism Village Awards (ADWI).
Antara tarikan di kampung ini adalah Gloria Alley dan Petak Enam. Anda boleh menyaksikan tanjidor, ondel-ondel, silat beksi, barongsai, Candra Naya dan Kuil Toasebio di kawasan ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 7:00pm | Jl. Pancoran, RT.2/RW.1, Glodok, Kec. Taman Sari, Kota Jakarta Barat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 11120, Indonesia
Jakarta Aquarium Safari

Ia merupakan destinasi menarik di Indonesia yang menggabungkan keindahan dunia laut dan pengalaman safari.
Ia menampilkan pelbagai spesies hidupan laut, dari ikan berwarna-warni hingga hidupan marin yang eksotik. Pengunjung boleh meneroka akuarium besar, menyaksikan pertunjukan haiwan, dan menikmati teater interaktif.
Terdapat juga terowong bawah air yang memberikan pengalaman unik, seolah-olah berada di dasar lautan.

Selain itu, aktiviti seperti menyentuh hidupan laut dan menyelam bersama ikan menambah keseronokan.
Jakarta Aquarium Safari adalah destinasi yang sesuai untuk keluarga, terutamanya kanak-kanak yang gemar meneroka alam semula jadi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 7:30pm | Letjen S. Parman St No.106, RT.3/RW.3, South Tanjung Duren, Grogol petamburan, West Jakarta City, Jakarta 11470, Indonesia
Museum Taman Prasasti

Museum Taman Prasasti di Jakarta adalah muzium unik yang mempamerkan seni batu nisan kolonial Belanda dari abad ke-18 dan ke-19.
Terletak di bekas tanah perkuburan, muzium ini menawarkan pelbagai monumen bersejarah, patung marmar, dan prasasti yang penuh nilai seni dan sejarah.

Pengunjung boleh belajar tentang tokoh-tokoh penting dalam sejarah Indonesia serta melihat gaya seni batu nisan klasik yang elegan.
Suasananya yang tenang menjadikan tempat ini sesuai untuk mereka yang ingin menyelami sejarah kolonial Indonesia sambil menikmati keindahan seni ukiran yang jarang ditemui.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am -3:00pm | Taman Fatahillah No.1, Pinangsia, Kec. Taman Sari, Kota Jakarta Barat, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 11110, Indonesia
Museum di Tengah Kebun

Museum di Tengah Kebun di Jakarta adalah muzium peribadi yang unik, terletak di dalam taman hijau yang luas.
Muzium ini menampilkan koleksi seni dan artefak dari pelbagai negara, termasuk Indonesia, China, dan Mesir, yang dikumpulkan oleh pemiliknya.

Antara yang menarik ialah patung, lukisan, dan perabot antik yang dipamerkan dengan teliti di setiap sudut rumah yang dikelilingi kehijauan.
Suasana yang tenang dan harmonis menjadikan lawatan ke sini lebih istimewa, di mana pengunjung dapat menikmati gabungan seni, budaya, dan alam semula jadi dalam satu pengalaman yang menyegarkan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:30am – 2:00pm | Jl. Kemang Timur No.66 7, RT.7/RW.3, Bangka, Kec. Mampang Prpt., Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 12730, Indonesia
Kidzania Jakarta

Kidzania Jakarta adalah taman tema pendidikan yang menawarkan pengalaman unik untuk kanak-kanak belajar melalui permainan peranan.
Di sini, kanak-kanak boleh mencuba pelbagai kerjaya seperti doktor, juruterbang, polis, dan chef dalam suasana bandar mini yang realistik.
Setiap aktiviti direka untuk memberikan mereka pengetahuan tentang tanggungjawab pekerjaan sebenar, sambil mengembangkan kemahiran sosial dan kreativiti.

Dengan suasana yang selamat dan menyeronokkan, Kidzania membolehkan kanak-kanak belajar tentang kehidupan dewasa sambil berseronok.
Tempat ini sesuai untuk keluarga yang ingin memberikan pengalaman pembelajaran interaktif yang menyeronokkan kepada anak-anak mereka.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Pacific Place Mall, Jl. Jenderal Sudirman No.Kav. 52-53, RT.5/RW.3, Senayan, Kec. Kby. Baru, Kota Jakarta Selatan, Daerah Khusus Ibukota Jakarta 12190, Indonesia
Bersambung…



