Apa tempat menarik di Kluang Johor yang patut dikunjungi? Apa aktiviti dan tempat makan terbaik yang ada di Kluang?
Kluang adalah bekas ibu negeri Johor di bawah pemerintahan awal British tetapi sejak itu telah mencipta nama untuk dirinya dalam industri jubin dan pertanian organik.
Nama Kluang berasal daripada perkataan ‘keluang’ yang membayangkan sejenis kelawar buah atau lebih tepat sejenis kelawar, yang dahulunya banyak terdapat di daerah ini beberapa dekad yang lalu.
Ia diasaskan pada tahun 1915 untuk dijadikan sebagai ibu kota pentadbiran Johor semasa zaman keemasan, di mana hampir semua landasan kereta api utama melaluinya kerana pembangunan pantas.
Laluan kereta api itu memisahkan bandar dengan bahagian lain Kluang, dan ia digunakan untuk pengangkutan dan menjadikanya satu-satunya cara untuk sampai ke serata bandar.
Pada masa kini, Pekan ini dikelilingi oleh daerah pertanian, beberapa daripadanya telah menubuhkan pusat peranginan eko dan lawatan juga.
Mari kita lihat apa aktiviti dan tempat menarik di Kluang yang boleh dilawati.
UK Farm Agro Resort

Lokasi ini merupakan antara ladang kambing dan biri-biri yang terbesar di Malaysia iaitu sekitar 100 ekar keluasan.
Ladang yang mengamalkan teknik penternakan moden ini turut mempunyai keluasan 20 ekar yang menempatkan pelbagai jenis buah-buahan seperti markisa, sirsak, rambutan, durian dan banyak lagi.

Percutian anda ke lokasi agropelancongan ini turut menyediakan fasiliti seperti restoran, pasar, bilik persidangan, chalet, asrama, barbeku, tapak perkhemahan dan bilik karaoke.
Bukan itu sahaja, ia turut menjual baka kambing dan biri-biri, makanan, perubatan, peralatan dan aksesori pertanian serta kursus latihan dan perundingan bagi yang berminat untuk menceburi bidang ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Projek Pertanian Moden Kluang, KM13 Jalan Batu Pahat, Kluang, 8, 86000 Kluang, Johor
Mastor’s Clogs Gallery (Galeri Terompah Mastor)

Bagi peminat koleksi barangan yang bercirikan jawa klasik, anda boleh mengunjungi Galeri Terompah Mastor yang terletak di Kampung Parit Hassan.

Galeri yang memuatkan pelbagai bentuk dan warna terompah ini turut menghasilkan jualan sekitar seribu terompah setiap bulan untuk dijual di dalam dan luar negara.
Kebanyakkan terompah ini dihasilkan menggunakan kayu tempatan seperti kayu getah, kayu durian, kayu jati, kayu pulai dan kayu pine yang diimport.

Anda juga boleh dapatkan barangan kraftangan seperti lastik, replika dan cenderahati daripada bahan upih pinang yang turut dijual di sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kg. Parit Hassan, Simpang Renggam, Kluang Johor
Kilang Makanan Hairee

Hairee Food Industries: Untuk pengetahuan anda Kluang cukup terkenal sebagai sebuah lokasi yang mengeluarkan pelbagai kudapan yang menarik dan sering menjadi tumpuan setiap pengunjung untuk membelinya sebagai buah tangan.
Hairee Food Industries merupakan sebuah lokasi yang terkenal dalam pemprosesan makanan ringan.

Antara kudapan yang dihasilkan adalah kerepek ubi berperisa, maruku, kerepek keladi, tempe, opak-opak dan banyak lagi. Bukan sahaja menjual kudapan, mereka turut menawarkan pelbagai kuih raya!
Lokasi yang terletak di Kampung Dato Ibrahim Majid ini turut berdekatan dengan Galeri Terompah Mastor.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Jln Parit Ismail, 82200 Benut, Johor
Hutan Lipur Gunung Belumut

Belumut Mountain Recreational Forest: Kawasan rekreasi yang mempunyai jarak sekitar 32km dari Bandar Kluang ini mempunyai gunung yang dikenali dengan nama Gunung Belumut kerana keadaan batuannya yang licin dan berlumut.

Apabila berkunjung ke sini anda boleh mendaki ke puncak gunung bagi yang meminati aktiviti lasak, namun begitu jika anda inginkan aktiviti yang lebih santai anda boleh memilih untuk berehat di kawasan air terjunnya.
Pihak pengurusan hutan ini turut menyediakan parking yang luas, taman permainan kanak-kanak, surau, pondok berehat, tempat perkhemahan dan tempat barbeku bagi memberi lebih kepuasan kepada pengunjung.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Gunung Belumut Recreational Forest, 86000, Johor
Ladang Organik ZENXIN

ZENXIN Organic Farm: Satu lagi lokasi agropelancongan yang turut menjadi tumpuan orang ramai apabila berkunjung ke Kluang ini adalah ZENXIN Organic Farm.
Ladang organik ini mempunyai pelbagai tanaman seperti mulberi, aloe vera, betik, daun keledek dan sayur-sayuran.

Ingin merasai pengalaman bercucuk tanam? Menariknya, tentang ladang ini kerana ia turut memberi peluang kepada pengunjung untuk menanam dan menuai beberapa tanaman dengan tunjuk ajar pekerja mereka serta anda boleh menggunakan puri sayuran organik untuk membuat mee!
Lokasi yang berjaya menarik kurang lebih 500,000 pengunjung Singapura ini begitu sesuai untuk anda meluangkan masa bersama ahli keluarga.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | 47A & 47B, Batu 9, Jalan Batu Pahat, Kluang, 86000 Kluang, Johor
Taman Tasik MPK

MPK Lake Garden: Taman rekreasi yang satu ini sering menjadi lokasi lepak bagi warga setempat dan juga pelancong luar kerana persekitaran yang menenangkan.
Di samping itu, ia turut dipenuhi dengan kawanan burung merpati yang sentiasa hinggap di kawasan dataran taman ini.

Manakala, di Dataran Tasik Putih MPK pula menempatkan sebuah menara jam besar yang begitu cantik.
Dataran ini turut mempunyai Bazar Uptown yang diadakan pada waktu malam setiap hari khamis, jumaat, sabtu dan ahad. Jadi anda bolehlah merancang percutian anda ke sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kompleks Pejabat-pejabat Kerajaan, 86000 Kluang, Johor
Taman Tema Air Gunung Lambak

Gunung Lambak Waterpark: Anak-anak anda merengek ingin mandi kolam? Jangan bimbang kerana di sini turut terdapat tarikan taman tema air untuk dinikmati bersama seisi keluarga.
Taman tema air ini dilengkapi dengan bilik persalinan, wakaf, gerai jualan makanan, dua kolam besar serta tiga gelongsor air.

Bagi penggemar aktiviti lasak pula, anda boleh cuba mendaki ke Gunung Lambak yang begitu terkenal dalam kalangan pendaki dari Singapura.
Tambahan lagi, gunung yang mempunyai ketinggian setinggi 510 meter ini turut menjadi latar belakang kepada Bandar Kluang!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Kampung Dato Abdul Rahman Yassin, 86000 Kluang, Johor
Restoran Lagenda Ujang

Restoran Lagenda Ujang merupakan lokasi menjamu selera yang wajib anda kunjungi untuk menikmati menu Nasi Ujang.
Nasi Ujang merupakan menu yang istimewa dan dikatakan berasal dari Kluang.

Restoran yang terletak di Pusat Perniagaan Komersil Haji Manan ini menyajikan pelbagai pilihan nasi ujang yang terdiri daripada Nasi Ujang Ayam, Nasi Ujang Daging, Nasi Ujang Udang dan Nasi Ujang Puyuh.
Tunggu apa lagi, jom rasai keaslian nasi ujang di Kluang!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 12:00am | No 4 , Haji Manan, Jalan Omar, 86000 Kluang, Johor
Kilang Kopi Kluang

Kluang Coffee Powder Factory yang terkenal dalam penghasilan Kopi Cap Televisyen mula ditubuhkan pada tahun 1966 oleh Encik Goh Tong Tor (Goh Ah Kow).
Apabila berkunjung ke sini anda boleh melihat kawasan pemprosesan kopi sambil mendengar taklimat ringkas daripada pekerja kilang itu serta melihat cara pembungkusan kopi.

Selepas melihat setiap proses anda boleh menikmati keaslian rasa white coffee dan black coffee bersama-sama dengan nasi lemak atau roti bakar pula.
Jangan lupa untuk membeli serbuk Kopi Cap Televisyen sebagai buah tangan kepada sanak-saudara dan rakan-rakan anda.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 5:30pm | 76, Jalan Besar, Kampung Yap Tau Sah, 86000 Kluang, Johor
Kluang Rail Coffee

Kluang begitu sinonim dengan keenakkan kopinya. Oleh itu anda wajib singgah ke Kluang Rail Coffee yang merupakan sebuah kopitiam yang terletak dalam Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM).
Mengikut sejarah, kopitiam ini pada awalnya beroperasi sebagai kantin untuk tentera British yang telah beroperas sejak tahun 1938 lagi!

Apabila singgah ke sini anda seolah-olah menikmati hidangan anda di zaman silam ekoran persekitarannya yang masih mengekalkan suasana yang klasik seperti zaman dahulu.
Kopitiam yang terkenal dengan menu Kopi Kluang dan roti bakar kaya ini pernah mendapat kunjungan Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | KTM, Jalan Station, 86000 Kluang, Johor
P/S: Sila cadangkan diruang komen sekiranya anda tahu tempat-tempat menarik yang ada di Kluang untuk kita kongsikan.
Bersambung…