Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Perak

15 Aktiviti & Tempat Menarik di Kuala Kangsar

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
15 Julai, 2025
Kategori: Pakej Perak
Masa Bacaan: 3 mins read
20.4k 1.3k
A A
11
Tempat Menarik di Kuala Kangsar
22.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Ada apa yang menarik di Kuala Kangar? Apakah berbaloi bertandang ke Kuala Kangsar?

Dengan keindahan istana raja, tapak bersejarah dan kemegahan seni bina, tidak hairanlah Kuala Kangsar dinobatkan sebagai bandar diraja Perak.

Ia adalah rumah kepada generasi pertukangan tradisional, daripada tukang keris dan penyulam yang berkhidmat untuk diraja, kepada pembuat labu sayong yang membuat kraf untuk rakyat biasa.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD
tempat-menarik-di-kuala-kangsar-terkini-Kevyn-Bruyere
Imej oleh: Kevyn Bruyere
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kuala Kangsar
  • Lihat Peta Percutian di Kuala Kangsar

Bandar yang bersahaja tenang ini cukup terkenal di seluruh dunia sejak dahulu lagi dengan hasil tempatannya yang kebanyakan di eksport hingga ke hari ini.

Terletak 30km di utara Ipoh, pelawat ke bandar lagenda dan legasi ini akan mendapati banyak yang patut diterokai.

Pin

  • 1 Istana Kenangan Bukit Chandan
  • 2 Masjid Ubudiah Bukit Chandan
  • 3 Menara Pavilion Kuala Kangsar
  • 4 Galeri Sultan Azlan Shah
  • 5 Jambatan Victoria
  • 6 Win Kraf Labu Sayong
  • 7 Xtreme Craft Deco & Pottery
  • 8 Oldest Rubber Tree Kuala Kangsar
  • 9 Malay College Kuala Kangsar
  • 10 Masjid Ihsaniah Iskandariah
  • 11 Pusat Kraftangan Mariwasa
  • 12 Istana Iskandariah, Bukit Chandan
  • 13 Hutan Lipur Ulu Kenas
  • 14 Laksa Lubuk
  • 15 Laksa Pokok Limau
Berikut ialah senarai 10 perkara yang perlu dilakukan apabila anda pergi ke Kuala Kangsar!


Istana Kenangan Bukit Chandan

Istana-Kenangan-Bukit-Chandan-hairul-suhaimi
Istana Kenangan Bukit Chandan | Imej oleh: Hairul Suhaimi

Muzium Diraja Kuala Kangsar: Bandar diraja ini begitu terkenal dengan warisan bangunan yang mempunyai senibina yang begitu indah dan unik.

Istana Kenangan yang turut dikenali dengan nama Istana Lembah atau Istana Tepah merupakan salah satu binaan yang siap dibina pada tahun 1931 yang merupakan tempat bersemayam Almarhum Sultan Iskandar Shah.

Muzium-Diraja-Kuala-Kangsar
Istana Kenangan Bukit Chandan

Keunikannya dapat dilihat melalui dinding kelarai dan bumbung perabung pisang sesikat.

Kini ia merupakan sebuah muzium diraja yang menceritakan kehidupan diraja Perak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta |  10:00am – 4:30pm | Istana Lama Bukit Chandan, Perak, 33000 Kuala Kangsar

Masjid Ubudiah Bukit Chandan

Masjid Ubudiah
Masjid Ubudiah

Ubudiah Royal Mosque: Masjid Ubudiah turut dikatakan sebagai antara masjid yang terindah di Malaysia dan menjadi kebanggaan kaum muslim di Perak.

Senireka masjid ini direka oleh Mr. Hubbeck dan dibina oleh Jurutera Negeri Perak yang bernama Mr Caulfield.

Pembinaan masjid ini mengambil masa yang agak lama ekoran daripada insiden batu-batu marmar yang dibeli dari Itali telah pecah dipijak oleh dua ekor gajah Sultan Idris Murshidul’adam Shah.

Ubudiah Royal Mosque
Ubudiah Royal Mosque

Setelah batuan tersebut dipesan semula, berlakunya Perang Dunia Pertama di Eropah yang menyebabkan proses penghantaran batuan tersebut tergendala.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Bagi menyaksikan keindahan masjid serta mengetahui tentang sejarah pembinaannya, anda perlu mengunjungi masjid ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Istana, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Menara Pavilion Kuala Kangsar

Pavillion-Tower-Kuala-Kangsar
Pavillion Tower Kuala Kangsar

Kuala Kangsar cukup kaya dengan pelbagai bentuk bangunan yang unik serta sejarah yang menarik.

Menara Pavilion Kuala Kangsar merupakan sebuah bangunan yang dibina oleh arkitek NE Don BCD pada tahun 1920.

The-Pagoda-of-Malaysia-Sofi-Ahmad
The Pagoda of Malaysia | Imej oleh: Sofi Ahmad

Pada ketika itu ia dibina sebagai tempat istirahat bagi Sultan Iskandar Shah selepas perlawanan polo.

Menara yang terletak berhadapan dengan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) ini turut dikenali sebagai The Pagoda of Malaysia kerana senibinanya yang klasik.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Tun Razak, Taman Mawar, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Galeri Sultan Azlan Shah

Galeri-Sultan-Azlan-Shah-Faizal-Muhd
Galeri Sultan Azlan Shah | Imej oleh: Faizal Muhd

Galeri Sultan Azlan Shah ini pada awalnya telah digunakan sebagai istana dan sekolah sebelum dijadikan sebagai muzium sebagai tarikan pelancongan.

Di sini anda boleh mengetahui tentang sejarah kehidupan DYMM Sultan Perak Darul Ridzuan.

Galeri-Sultan-Azlan-Senibina-Perancis-Christof-Verboven
Galeri Sultan Azlan Senibina Perancis | Imej oleh: Christof Verboven

Antaranya anda boleh melihat barangan peribadi milik keluarga diraja serta kereta peronda yang pernah digunakan.

Tambahan lagi, rekabentuk bangunan yang berbumbung limas ini turut memperoleh bahan binaan dari negara luar seperti Perancis dan Itali.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Istana, Bukit Chandan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Jambatan Victoria

Victoria-Bridge-A-Hisyam
Victoria Bridge | Imej oleh: A Hisyam

Victoria Bridge atau nama lainnya adalah Jambatan Enggor merupakan jambatan keretapi yang tertua di Malaysia.

Ia mula dibina pada tahun 1897 dan mula beroperasi pada tahun 1910. Jambatan keretapi yang merentangi Sungai Perak ini berfungsi sebagai laluan dari Perai ke Johor Bahru.

Jambatan-Victoria-Kamarul-Azraai
Jambatan Victoria | Imej oleh: Kamarul Azraai

Walaupun sudah tidak berfungsi, jambatan ini cukup terkenal sebagai tarikan pelancongan dan spot untuk bergambar. Kebanyakkan pasangan pengantin mengadakan sesi fotografi di sini ekoran daripada binaannya yang tersergam indah dan memberi efek yang klasik untuk gambar mereka.

Jika anda inginkan gambar yang menarik jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Jambatan Victoria ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Kapor, 31050 Enggor, Perak

Win Kraf Labu Sayong

Win-Kraf-Labu-Sayong
Win Kraf Labu Sayong

Kuala Kangsar turut terkenal dengan hasil kraftangan labu sayongnya. Win Kraf Labu Sayong merupakan sebuah perusahaan yang cukup terkenal dan telah beroperasi sehingga tiga generasi.

Menariknya tentang perusahaan ini kerana pengusahanya turut terbang ke negara matahari terbit bagi mendapatkan ilmu tentang teknik pembuatan labu sayong!

Belajar-membuat-labu-sayong-Mohammad-Fadzil-Hasan
Belajar membuat labu sayong | Imej oleh: Mohammad Fadzil Hasan

Jadi tidak hairanlah jika ada labu sayongnya yang dijual dengan harga mencecah ratusan ringgit.

Di sini anda boleh mendapatkan labu gelugor, labu licin, lampu tidur, tepak sirih, bekas telur, pasu bunga dan pelbagai alatan lagi yang dihasilkan dengan menggunakan tanah liat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | 11, Jalan Kampung, Kampung Sayong Lembah, 33040 Kuala Kangsar, Perak

Xtreme Craft Deco & Pottery

Pelbagai-Rekaan-Labu-Sayong-menarik-di-Xtream-Craft-Deco-N-Pottery-Radm-Hum
Pelbagai Rekaan Labu Sayong menarik di Xtream Craft Deco N Pottery | Imej oleh: Radm Hum

Xtreme Craft Deco & Pottery merupakan perusahaan yang cukup terkenal dalam penghasilan labu sayong.

Tambahan lagi layanan yang mesra pelanggan ini bukan sahaja menarik pengunjung tempatan malah menarik ramai pengunjung daripada luar negara untuk singgah membeli labu sayong sebagai cenderamata.

Tambahan lagi, anda boleh membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak dengan harga yang istimewa!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:30pm | 12, Jalan Kampung, Kampung Batang Kulim, 33040 Kuala Kangsar, Perak

Oldest Rubber Tree Kuala Kangsar

Pokok-Getah-Tertua-di-Malaysia-Kuala-Kangsar-Zulkhairi-Abdul-Rahman
Pokok Getah Tertua di Malaysia | Imej oleh: Zulkhairi Abdul Rahman

Salah satu tarikan utama di Kuala Kangsar adalah pokok getah tertua di Malaysia, yang ditanam pada tahun 1877.

Pokok getah ini merupakan saksi sejarah perkembangan industri getah di negara ini, yang memberi sumbangan besar kepada ekonomi dan pembangunan.

Pokok getah ini juga mempunyai nilai tinggi, dianggarkan bernilai hampir RM200,000. Anda boleh melawat pokok getah ini yang terletak di Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, Kuala Kangsar.

Anda juga boleh menikmati pemandangan kota yang menarik dan mengambil gambar kenangan di sini. Jangan lepaskan peluang untuk melihat sendiri pokok getah tertua di Malaysia ini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Raja Chulan, Kampung Penaga, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Malay College Kuala Kangsar

Malay-College-Kuala-Kangsar
Malay College Kuala Kangsar

Jika anda mencari sebuah sekolah berasrama penuh yang menawarkan pendidikan berkualiti tinggi, anda mungkin berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Malay College Kuala Kangsar (MCKK).

MCKK adalah sebuah sekolah lelaki dan Melayu yang terletak di bandar diraja Kuala Kangsar, Perak. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1905 dengan sokongan daripada raja-raja Melayu.

MCKK adalah salah satu daripada dua sekolah berasrama penuh di Malaysia yang berada di bawah naungan diraja.

Sekolah ini juga merupakan sekolah kluster kecemerlangan, sekolah berprestasi tinggi, dan sekolah dunia International Baccalaureate (IB). MCKK mempunyai tradisi yang kaya dan semangat kolej yang tinggi.

Pelajar-pelajar MCKK dikenali sebagai Budak Kolej dan terkenal dengan kecemerlangan akademik, sukan, kokurikulum, dan kepimpinan.

MCKK juga mempunyai persatuan bekas pelajar yang aktif dan berpengaruh, iaitu The Malay College Old Boys Association (MCOBA). MCKK bukan sahaja sebuah sekolah, tetapi juga sebuah institusi yang melahirkan pemimpin-pemimpin negara.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Jalan Tun Razak, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Masjid Ihsaniah Iskandariah

Masjid-Ihsaniah-Iskandariah-Johnson-Lee
Masjid Ihsaniah Iskandariah | Imej oleh: Johnson Lee

Masjid Ihsaniah Iskandariah adalah sebuah masjid unik yang terletak di Kampung Kuala Dal, Perak. Masjid ini dibina pada tahun 1936 dengan sumbangan daripada Sultan Perak ketika itu, Sultan Iskandar Shah.

Masjid ini merupakan satu janji Sultan kepada Allah selepas anaknya sembuh daripada penyakit. Masjid ini mempunyai rekabentuk yang menarik, dengan panel-panel dinding yang ditenun daripada buluh oleh penduduk kampung.

Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak
Masjid Ihsaniah Iskandariah, Kampung Kuala Dal, Padang Rengas, Perak | Imej oleh: Aman Abdullah

Warna-warna panel ini adalah kuning, hitam, dan putih, yang sama dengan warna bendera negeri Perak. Masjid ini juga mempunyai motif-motif halus yang melambangkan tanaman kacang dan bulan sabit dengan bintang di atas setiap tingkap.

Masjid ini telah dipulihara oleh Jabatan Warisan Negara pada tahun 2008 dan dijadikan sebuah galeri yang terbuka kepada orang ramai. Masjid Ihsaniah Iskandariah adalah sebuah masjid yang menggambarkan sejarah, budaya, dan seni bina Perak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Kuala Dal, 33700 Padang Rengas, Perak

Pusat Kraftangan Mariwasa

Seni Kraftangan Mariwasa

Pusat Kraftangan Mariwasa adalah sebuah syarikat yang menghasilkan barangan kraftangan yang berkualiti dan bermutu tinggi. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1975 dan merupakan satu-satunya syarikat yang mengeluarkan pingat-pingat darjah kebesaran Raja-Raja Melayu di Malaysia.

Di sini, anda boleh melihat pelbagai jenis barangan kraftangan, seperti barangan hiasan rumah, barangan perak, dan karpet mewah.

Seni Kraftangan Mariwasa

Anda juga boleh menyaksikan proses pembuatan barangan kraftangan tersebut oleh pekerja-pekerja mahir. Pusat Kraftangan Mariwasa terletak di Kawasan Perusahaan Kuala Kangsar, Perak dan buka setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad.

Pusat Kraftangan Mariwasa adalah sebuah destinasi pelancongan yang menarik dan unik yang menampilkan seni bina, budaya, dan sejarah Malaysia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 5:00pm | Lorong Industri 1, Kawasan Perusahaan, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Istana Iskandariah, Bukit Chandan

Istana Iskandariah

Istana Iskandariah, Bukit Chandan adalah sebuah istana yang menjadi simbol kemegahan dan keagungan Kerajaan Perak. Istana ini dibina pada tahun 1933 oleh Sultan Iskandar Shah, yang memberi nama istana ini sempena namanya sendiri.

Istana ini menggabungkan senibina Islam-India dan Asia Barat, dengan kubah-kubah berbentuk bawang, minaret-minaret, dan gerbang-gerbang tajam. Istana ini juga merupakan tempat bersemayam Sultan-Sultan Perak yang ditabalkan sejak tahun 1933, dan tempat berlangsungnya acara-acara rasmi dan protokol Kerajaan Perak.

Istana ini terletak di atas Bukit Chandan, di tepi Sungai Perak, bersebelahan dengan Kampung Padang Kawad, bandar diraja Kuala Kangsar.

Istana ini menawarkan pemandangan yang indah dan menarik kepada pengunjung. Istana Iskandariah, Bukit Chandan adalah sebuah destinasi pelancongan yang wajib dikunjungi bagi sesiapa yang ingin mengenali sejarah, budaya, dan seni bina Perak.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Taman Lerista, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Hutan Lipur Ulu Kenas

Sungai-di-Hutan-Lipur-Ulu-Kenas-Haji-Aizad-Hj-Saad
Sungai air terjun di Hutan Lipur Ulu Kenas | Imej oleh: Haji Aizad Hj Saad

Bagi menikmati suasana hutan yang dikelilingi dengan pelbagai spesies flora dan fauna, anda boleh berkelah dan mandi-manda di Hutan Lipur Ulu Kenas.

Kawasan rekreasi ini terletak sekitar 15 kilometer dari Bandar Kuala Kangsar dan mengenakan bayaran masuk sebanyak RM2 bagi dewasa.

Di sini turut mempunyai beberapa buah chalet penginapan dan juga tapak perkhemahan untuk anda berehat. Lokasi ini merupakan pintu masuk bagi pendakian ke Gunung Bubu yang berketinggian 1657 meter.


  • Lihat Peta | MVQV+QP, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Laksa Lubuk

Laksa-Lubuk-yang-menyelerakan-Izni-Zulkifli
Laksa Lubuk yang menyelerakan | Imej oleh: Izni Zulkifli

Bagi penduduk lama Kuala Kangsar mereka mungkin tidak asing lagi dengan keenakkan laksa Pak Ma’el yang dijual sekitar tahun 70an ke 80an dahulu.

Kini, jika anda ingin menikmati hidangan tersebut, anda boleh berkunjung ke warung yang diusahakan oleh anak beliau.

Warung-Laksa-Lubuk-Zainol-Zainuddin
Warung Laksa Lubuk | Imej oleh: Zainol-Zainuddin

Lokasi kedai laksa ini terletak di Kampung Lubuk Merbau.

Keunikan laksa ini kerana laksa tersebut dihasilkan oleh mereka sendiri serta kuahnya yang kelihatan jernih sahaja.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 7:00pm | KPW Kubang Panjang, Kampung Paya, Kuala Kangsar, Perak

Laksa Pokok Limau

Laksa-Pokok-Limau-Iqaimani
Laksa Pokok Limau | Imej oleh: Iqaimani

Satu lagi destinasi yang turut menyajikan laksa yang dikenali dengan nama Laksa Pokok Limau yang terletak di Kota Lama Kiri.

Menu ini cukup terkenal di Kuala Kangsar dan pernah menerima kunjungan program realiti televisyen iaitu Jom Terokai Perak.

Ais-Kisar-Pokok-Limau-hahsiblaz-ilsur
Ais Kisar Pokok Limau | Imej oelh: Hahsiblaz Ilsur

Keunikkan laksa ini kerana ia dihidangkan dengan telur sarang yang dihasilkan menggunakan telur ayam sebagai bahan utamanya.

Turut dikatakan, restoran ini merupakan pengasas kepada kewujudan cara membuat telur sarang!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 12:00pm – 6:00pm | 33000, 195A, Jalan Besar Utara Selatan, Kampung Bendang Susur, 33000 Kuala Kangsar, Perak

Bersambung…

Tags: kuala kangsar hotelkuala kangsar perak
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-ipoh-perak
Pakej Perak

70 Aktiviti Tempat Menarik di Ipoh Perak Popular

  Apakah tempat paling menarik di Ipoh, Perak yang paling ramai dikunjungi pelancong? Bila bercerita tentang kopi, sudah pasti orang...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
40.5k
tempat menarik di gopeng
Pakej Perak

10 Aktiviti Tempat Menarik di Gopeng

  Siapa kata Gopeng tiada tempat percutian? Tahukah anda ada pelbagai tempat menarik di Gopeng Perak yang anda harus kunjungi?...

Oleh: Hadi Ghazali
13 Mei, 2026
20.3k
Selanjutnya

Komen 11

  1. blank rezim says:
    + -

    saya ingin sertai pakeg percutian untuk 3 org pada 25/12

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Kami cuma sediakan pakej persendirian buat masa ini. Cik boleh dapatkan sebutharga dengan mengisikan borang

  2. blank Zainal says:
    + -

    Boleh Tanya Harga nya brpa

    Reply
  3. blank Puan Kay says:
    + -

    Salam. Kami 3 orang dan bercadang pergi 11 feb – 16 fe. Berapa harganya?TQ

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Salam Puan Kay. Kami perlukan maklumat lanjut percutian puan. Sila hantarkan maklumat anda

Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my