fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sabah

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Kudat Sabah

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
31 Julai, 2023
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 4 mins read
211 3
A A
402
tempat menarik di kudat

tempat menarik di kudat

19.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Apakah tempat menarik di Kudat Sabah yang berbaloi untuk dikunjungi? Adakah Kudat harus menjadi salah satu destinasi percutian dalam senarai anda?

Kudat Sabah adalah sebuah daerah yang terletak di bahagian utara Sabah dan merupakan penghujung pulau Borneo.

Daerah ini mempunyai sejarah yang kaya sebagai ibu negeri pertama British North Borneo dan juga sebagai pusat budaya masyarakat Rungus.

Selain itu, Kudat Sabah juga menawarkan pelbagai tarikan pelancongan yang menarik iaitu pantai-pantainya yang indah, memiliki ladang-ladang madu lebah dan juga keunikan Industri gong tradisional serta menawarkan penginapan-penginapan sangat menarik.

Pakej-Percutian-Sabah

  • Lihat Pakej Percutian Popular di Kudat
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kudat
  • Lihat Peta Percutian di Kudat 

Pin

  • 1 The Tip of Borneo Simpang Mengayau
  • 2 Sunset Music Festival Simpang Mengayau
  • 3 Pantai Kelambu & Kalampunian
  • 4 DMA Gombizau Honey Bee Farm
  • 5 Sumangkap Gong-Making Village
  • 6 Kampung Bavanggazo Longhouse
  • 7 Maranjak Longhouse
  • 8 Secret Place Beach Cafe & Camping
  • 9 G Wonder Khayalan Home Art Gallery
  • 10 Misompuru Homestay Kudat
  • 11 Tajau Laut Guesthouse
  • 12 Tambakan Fish Farm
Jadi, jangan lepaskan peluang untuk melawat Kudat Sabah dan nikmati keindahan dan keunikan daerah ini.


The Tip of Borneo Simpang Mengayau

Tip Of Borneo Simpang Mengayau

The Tip of Borneo-Simpang Mengayau merupakan tempat yang sangat terkenal di Sabah dan juga turut dikenali sebagai Tanduk Negeri Sabah.

The Tip of Borneo ini adalah bentuk yang anda boleh lihat di dalam peta dimana ia kelihatan seperti kepala anjing.

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Kudat Sabah 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Tanjung Simpang Mengayau The Tip Of Borneo

Ia juga terkenal sebagai tempat pertemuan Laut China Selatan dan juga Laut Sulu. Pemandangan yang anda boleh lihat disini pastinya akan membuatkan anda terpukau.

Disini juga anda boleh saksikan pertembungan kedua-dua lautan ini pada bulan-bulan tertentu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Simpang Menggayau, Tip of Borneo, 89050 Kudat, Sabah, Malaysia

Sunset Music Festival Simpang Mengayau

Tanjung Simpang Mengayau Orchestra
Tanjung Simpang Mengayau Orchestra | CC: Sabah Tourism

Jesselton Philharmonic Orchestra membuka program mereka dengan persembahan muzik klasik manakala penyanyi-penyanyi tempatan Malaysia seperti Atilia, Guba, Jadesisters, Marlleynney Fane Paul dan Mohd Rifanzi Ruji, menawarkan lagu-lagu kontemporari, asli dan tradisional bagi menyambut kehadiran penonton-penonton tempatan dan antarabangsa yang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.sunsetmusicfest.my.

Dengan suasana pantai yang begitu menyenangkan dan pemandangan matahari senja yang begitu memikat pandangan yang ada di Tanjung Simpang Mengayau, adalah tidak sepatutnya anda dibiarkan menghayati keindahan ini tanpa iringan muzik.

Kewujudan persembah orkestra secara langsung yang mengiringi deruman ombak dan terbukanya tirai malam ini pasti menghiburkan hati anda. Hal ini juga adalah menjadikan Tanjung Simpang Mengayau menjadi antara tempat menarik di Kota Kinabalu.

Konsert Orkestra Filharmonik Jesselton
Konsert Orkestra Filharmonik Jesselton | CC: I Love Sabah

Untuk beberapa tahun sudah, Sunset Music Festival telah menghadiahkan kepada para pengunjung yang datang ke sini dengan persembahan penuh bertenaga.

Iaitu daripada ramai artis-artis tempatan dan luar negara bagi meraikan kehidupan, muzik dan juga alam semulajadi, dengan seri yang terpancar dari pemandangan indah matahari terbenam Sabah sebagai latar belakang.

Jika anda merancang percutian anda antara bulan Jun dan Julai, anda boleh bermain di pantai pada waktu siang, makan makanan laut lazat yang dihidang, dan menikmati hiburan malam penuh kemeriahan sebelum kembali ke salah satu pusat pelancongan berdekatan untuk merehatkan diri.


Pantai Kelambu & Kalampunian

Matahari terbenam di Pantai Kelambu
Matahari terbenam di Pantai Kelambu

Ia merupakan satu destinasi yang menarik untuk dikunjungi dan terletak di Kudat. Walaupun kurang dikenali, ia sebenarnya merupakan diantara pantai terbaik yang anda boleh temukan di negeri Sabah.

Keindahannya diserikan lagi dengan lautan membiru dan jernih serta pasir putih selain dikelilingi oleh pulau-pulau.

Kelambu Beach
Kelambu Beach

Berbagai aktiviti yang boleh anda lakukan disini seperti speed boating, berenang, snorkeling dan juga ski air.

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Kudat Sabah 2

IKLAN / ADVERTISEMENT

Selain itu, ia juga sesuai untuk aktiviti bersama keluarga seperti berkelah, bersiar-siar, mengutip kerang dan juga menikmati pemandangan matahari terbenam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | XPPG+W3 Kudat, Sabah

DMA Gombizau Honey Bee Farm

DMA-Gombizau-Honey-Bee-Farm-2
DMA Gombizau Honey Bee Farm

Destinasi seterusnya adalah Gombizau Honey Bee Farm yang terletak di Matunggong. Ia terletak sekitar 43 kilometer dari pekan Kudat.

Aktiviti ekonomi utama kawasan ini adalah penternakan lebah dan anda boleh temukan beratus sangkar lebah di Gombizau Honey Bee Farm ini.

Disini, pengunjung berpeluang untuk melihat bagaimana ladang lebah diurus dan juga merasai rasa madu asli. Selain itu, disini juga terdapat ladang getah dan pengunjung juga berpeluang untuk mempelajari cara tradisional penorehan getah.

Madu disini memiliki rasa yang berbeza-beza, bergantung kepada tempat ianya dikultivasikan.

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Kudat Sabah 3

IKLAN / ADVERTISEMENT
Gombizau Honey Bee Farm
Madu lebah Gombizau

Di sini di Kampung Gombizau, jiran kepada Kampung Bavanggazo, sumber nektar dari pelbagai bunga-bungaan tempatan yang ada di dalam hutan tropika di sekitar menciptakan rasa unik madu di sini.

Jangan ketinggalan untuk membawa sedikit manisan semulajadi ini untuk dibawa pulang bagi menambahkan kenikmatan memakan roti bakar atau bijirin anda.

Sebagai pengunjung, anda akan dibawa melawat ke kawasan penternakan lebah yang terletak kurang daripada 2 meter dari laluan utama kampung, terletak di atas cerun.

DMA-Gombizau-Honey-Bee-Farm
Pengunjung boleh mencuba untuk mendapatkan madu

Boleh diandaikan bahawa masyarakat di sini suka hidup secara merbahaya. Pemandu pelancong Rungus yang berani dan juga penduduk Gombizau yang menemani anda akan menunjukkan kepada anda bagaimana mereka menyalai sarang lebah yang ada tanpa memakai apa-apa pakaian pelindung.

Asap akan meneutralkan sementara lebah-lebah yang berada di dalam sarang bagi membolehkan pengunjung dipertontonkan bagaimana mereka menuai madu daripada sarang yang ada.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am -5:00pm | Kampung Gombizau Jalan Gombizau 1 km Pekan Baru, Matunggong, 89050 Kudat, Sabah

Sumangkap Gong-Making Village

Sumangkap Gong-Making Village
Perkampungan pembuatan Gong Sumangkap

Gong merupakan salah satu daripada instrumen muzik yang kerap dimainkan sewaktu majlis keraian dan juga majlis-majlis besar seperti perkahwinan.

Gong yang dijual di Kampung Sumangkap terdapat dalam berbagai jenis saiz yang berbeza.

Disebabkan oleh hal ini, ia sedikit sebanyak memudahkan urusan pengunjung untuk membeli gong pada saiz yang lebih kecil untuk dijadikan cenderamata.

Harga untuk setiap jenis gong pula berbeza bergantung pada saiznya. Boleh dikatakan harga gong yang ada disini adalah sekitar RM25 sehingga RM37.

Sumangkap-Gong-Making-3
Kedai Pembuatan Gong Sumangkap

Gong Gergasi Di Kampung Sumangkap: Setiap kali anda melihat gong, tidakkah anda terasa ingin memukulnya? Mungkin sekali ia adalah keinginan semulajadi yang ada dalam diri kita, yang ingin menggoncang sedikit keamanan dan kenyamanan yang ada.

Anda akan dibawa singgah di pusat penghasilan gong yang terkenal di Kampung Sumangkap, juga di persekitaran dua kampung yang disebut di atas, bagi mempelajari tentang industri desa yang bising ini.

Hal ini juga menjadikan ianya tempat menarik di Kudat untuk anda kunjungi. Penduduk-penduduk di sini boleh mendengar bunyi bising sepanjang hari, mengetuk logam aloi dan mewarnakannya bagi menghasilkan gong pelbagai saiz dan nada untuk pelanggan tempatan dan antarabangsa.

Sumangkap-Gong-Making
Pertukangan Gong Sumangkap

Kerja-kerja yang terlibat memerlukan usaha ramai. Setiap gong dan pemegangnya merupakan buatan tangan.

Di sini anda boleh melihat sendiri bagaimana bahan mentah berubah menjadi instrumen penting yang mana merupakan antara idiophone paling biasa digunakan dan dimainkan di Sabah. Gong dinilai sebagai alat muzik, artifak istiadat dan aset kekayaan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | No. 574, Sabah, 89058 Kudat

Kampung Bavanggazo Longhouse

Kampung Bavanggazo
Kampung Bavanggazo

Kudat boleh dikatakan sebagai rumah kepada masyarakat Rungus asli, masyarakat yang paling tradisional di negeri ini, dan merupakan sub-etnik Kadazandusun.

Suatu masa dahulu, ramai penduduk yang memilih untuk menetap di dalam rumah tradisional mereka iaitu rumah panjang. Namun kini, situasinya mulai berubah apabila ramai yang mula berminat untuk menghuni rumah yang lebih moden sekaligus menjadikan rumah panjang ini semakin sukar untuk ditemukan.

Tapi tidak jika di Kampung Bavanggazo dimana anda akan dapat temukan deretan rumah panjang yang dibina seratus peratus daripada bahan tradisional namun diberikan sedikit sentuhan moden seperti penambahan tandas dan tempat mandi ‘shower’.

Kampung Bavanggazo Rungus Kudat
Pakaian tradisi masyarakat Rungus di Kampung Bavanggazo Rungus Kudat

Anda berpeluang untuk menikmati hidangan tradisional masyarakat disini, melihat ritual yang dijalankan dan juga akan dipersembahkan dengan persembahan muzik.

Suku ini yang biasanya dikenali sebagai suku pertanian juga terkenal dengan penghasilan gong mereka, manik-manik yang berwarna-warni, kain-kain dan bakul-bakul anyaman tangan yang mana anda akan temui ketika berkunjung untuk melihat barangan kraftangan yang dipamerkan di sini.

Bavanggazo-Longhouse-Xi-Zhen
Bavanggazo Longhouse | Imej oleh: Xi Zhen

Bavanggazo merupakan salah satu daripada 3 kampung yang terletak berdekatan antara satu sama lain, bagi merasai kebudayaan Rungus yang unik.

Anda pasti akan dapat menikmati keindahan dan keunikan budaya masyarakat Rungus ketika masuk ke dalam rumah panjang tradisional orang Rungus yang dikenali sebagai ‘vinatang’.

Rumah Panjang Rungus di Kampung Bavanggazo. Binaan rumah ini agak kukuh dengan bumbungnya terletak rendah bertenggek antara tiga hingga lima kaki di atas tanah. Ia memiliki dewan masyarakat yang besar yang berada di luar bilik-bilik peribadi yang ada dan menjadi tempat untuk berkumpul, bersosial dan bergotong-royong.

Kraftangan-Rumah-Panjang-Bavanggazo-NF-Nick
Kraftangan Rumah Panjang Bavanggazo | Imej oleh: NF Nick

Keseluruhan struktur ini memiliki pengudaraan yang baik dengan platform lantai diperbuat daripada buluh berpecah dan keluar mencondong ke dinding – satu ciri yang unik bagi seni bina Rungus.

Walaupun di luar panas, di dalam rumah ini terasa nyaman dan sejuk. Terkenal dengan manik-manik berwarna-warni yang rumit dan tenunan kain tersendiri, wanita Rungus membuat pelbagai trinklets dan pakaian tradisional yang mana anda boleh beli dengan mudah untuk diri sendiri atau dijadikan hadiah buat rakan-rakan setelah pulang dari percutian anda.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Tinangol, 89050 Kudat, Sabah

Maranjak Longhouse

Maranjak-Longhouse-update
Rumah Panjang Maranjak

Maranjak Longhouse pula berkonsepkan homestay dimana ia dibina sepenuhnya daripada bahan tradisional seperti buluh sebagai dinding dan pelepah nipah sebagai atap.

Rumah panjang ini juga dihiasi sepenuhnya dengan perhiasan tradisional seperti meja makan, bilik, pencahayaan dan juga jenis makanan yang dihidangkan.

Maranjak Longhouse ini pula mampu untuk menempatkan sehingga 30 ke 40 orang pada satu-satu masa. Berbagai aktiviti menarik yang dapat dilakukan disini seperti memancing, jungle trekking, bersiar-siar di taman botanikal, menangkap ketam dan melihat monyet.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Bavanggazo,, PS 17, Pos Mini Matunggong, 89058 Kudat, Sabah

Secret Place Beach Cafe & Camping

Secret-Place-Cafe
Perkemahan di Secret Place Cafe

Jika anda sukakan aktiviti berkelah dan berkemah, Secret Place Beach Cafe & Camping pasti sesuai untuk percutian anda.

Sebuah tempat yang terpencil yang terletak di Kg. Bavang Jamal, Kudat, tempat ini dikendalikan oleh seorang pemilik tempatan dari kaum Rungus bernama Encik Roby dan keluarganya.

Secret Place Beach Cafe & Camping
Secret Place Beach Cafe & Camping

Pelawat boleh memilih untuk menikmati pengalaman berkhemah yang santai di tepi pantai, merasai pizza bakar batu panas istimewa mereka, minum di Roby’s Secret Bar atau menikmati BBQ semasa matahari terbenam.

Jika anda mencari tempat percutian yang nyaman, Secret Place Beach Cafe & Camping adalah tempat yang sesuai untuk anda.


  • Lihat Peta | Jln Marang Parang, 89050 Kudat, Sabah

G Wonder Khayalan Home Art Gallery

G-Wonder-Khayalan-Home-Art-Gallery
Galeri G-Wonder Khayalan Home Art

Galeri ini mempamerkan karya seni yang unik berdasarkan budaya Rungus. Dalaman dan luaran galeri seni rumah G Wonder Khayalan dipenuhi dengan lukisan, arca dan lain-lain yang luar biasa.

Anda juga boleh membeli lukisan dan arca yang ada di galeri ini.

Aktiviti kanak-kanak di G-Wonder Khayalan Home Art Gallery
Aktiviti kanak-kanak di G-Wonder Khayalan Home Art Gallery

Terletak 25 minit dari Lapangan Terbang Kudat, lawatan ke galeri ini bukan sahaja berbaloi tetapi juga mendidik.


  • Lihat Peta | RPR3+66 Kudat, Sabah

Misompuru Homestay Kudat

Homestay-MisomPuru-Kudat
Homestay Misompuru Kudat

Homestay Misompuru terdiri daripada kira-kira 15 buah kampung di kawasan Kudat dengan lebih 42 keluarga hos yang bersedia memperkenalkan keindahan budaya, pengembaraan dan gaya hidup Kudat. Lagipun, rahsia terbaik di Kudat adalah dari penduduk tempatan betul tak?

Menginap bersama keluarga hos adalah peluang pengenalan yang sempurna untuk anda meneroka kawasan kejiranan ini yang terkenal dengan budayanya yang eksotik, gong, kelapa, kerja manik yang rumit, pengeluaran lebah madu dan tentu saja pantai yang memukau.

Misompuru-Homestay-Kudat
Aktiviti di Misompuru Homestay Kudat

Terdapat senarai aktiviti menarik yang tidak berkesudahan yang tersenarai di laman web mereka yang pelancong boleh pilih dan diatur terlebih dahulu dengan penyelaras.

Penyelaras homestay dikenali sebagai tuan rumah sangat berpengalaman yang menyediakan servis pengalaman percutian ala kampung kepada pelancong sejauh Jerman, United Kingdom, Belanda, dan Indonesia.

Mereka boleh menyediakan itinerari yang dibuat khas untuk pelancong yang berminat dan mengikut keperluan percutian.

Misompuru Homestay Kudat
Misompuru Homestay Kudat

Antara aktiviti yang ditawarkan kepada pelancong adalah lawatan ke Kampung Minyak ‘sumur minyak’, Pantai Terongkongan, menyelusuri sungai bakau, berbasikal, pantai Tanjung Simpang Mengayau, menyelam, pembuatan parang, pembuatan manik, tarian budaya, memasak tradisional dan banyak lagi.

Seperti pepatah mengatakan, begitu banyak yang perlu dilakukan, tetapi begitu sedikit masa. Kami mengesyorkan anda merancang perjalanan anda untuk memanfaatkan masa lapang anda di Homestay Misompuru.

Menginap semalam atau mungkin lebih di salah satu rumah tradisional atau moden mereka.


  • Lihat Peta | W.D.T No. 260, Kg. Minyak (Centre), 89059, Kudat, Sabah

Tajau Laut Guesthouse

Tajau-Laut-Guesthouse
Tajau Laut Guesthouse

Terletak kira-kira 17 minit dari lapangan terbang Kudat, rumah kayu tradisional tempatan ini menawarkan penginapan dengan tempat letak kereta peribadi percuma, pemandangan panoramik laut dan persekitaran yang damai. Anda boleh menikmati aktiviti kayaking di pantai, menyelam dan juga memancing.

Aktiviti-di-Tajau-Laut-Junaidi-Awang
Aktiviti di Tajau Laut | Imej oleh: Junaidi Awang

Selain itu, Tajau Laut Guesthouse juga berdekatan dengan tarikan seperti Kilang Gong, Kg. Sumangkap, Hujung Borneo, Rumah Panjang Rungus Bavanggazo dan Pantai Kelambu.

Apa yang menarik tentang ruma tamu ini, ianya berhadap betul-betul di depan pantai, mempersonakan dengan deruan ombak laut dan angin bertiup dari arah Laut China Selatan.

Tajau Laut Guesthouse
Pemandangan di Tajau Laut Guesthouse

Yang pasti anda tidak akan lupakan adalah pemandangan matahari terbenamnya sangat cantik, maka tidak harianlah ianya sentiasa mendapat tempat dihati pengunjung walaupun kemudahannya tidak seberapa.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | XRC8+F4 Kudat, Sabah

Tambakan Fish Farm

Tambakan-Fish-Farm-3
Tambakan Fish Farm

Tiada makanan laut yang lebih segar untuk dinikmati daripada di Restoran Ladang Ikan Kudat, terletak di kampung Tampakan, hanya 10 minit perjalanan bot dari jeti Marina Kudat.

Masakan laut di Tambakan Fish Farm
Masakan laut di Tambakan Fish Farm

Nikmati hidangan makanan laut yang sihat dan lazat, sama ada dikukus atau direbus.

Tambakan-Fish-Farm
Ikan di Tambakan Fish Farm

Ladang ikan boleh menampung sehingga 60 orang pada satu masa. Pelawat juga boleh menyelam dan berenang di ladang ikan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | VR4Q+PV Kudat, Sabah

Bersambung…

 
Tags: 400hotel kudatpantai kudatpekan kudat
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Faizul Hisham
Pakej Sabah

Honeymoon Kota Kinabalu: Cadangan Berbulan Madu 3 Hari 2 Malam

  Adakah anda bercadang untuk berbulan madu atau menyambut ulang tahun bersama pasangan tersayang? Anda Inginkan suasana yang indah dah...

Oleh: Hadi Ghazali
25 September, 2023
15.3k
Trip-Kundasang
Pakej Sabah

Trip Kundasang: Pengalaman Bercuti Di Kundasang Sabah

  Sedang merancang trip Kundasang yang terbaik? Kundasang adalah salah satu destinasi percutian yang sangat menarik di Sabah. Terletak di...

Oleh: Hasrul Wayne
11 Julai, 2023
12.5k
Selanjutnya
5 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
402 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
52.4k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
19.1k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
48.3k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.8k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
16.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
402
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas