fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sabah

11 Tempat Camping Di Sabah Yang Popular: Sabah Camping Site

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
3 Januari, 2023
Kategori: Pakej Sabah
Masa Bacaan: 3 mins read
177 5
A A
0
Uncle-Tan-Wildlife-Adventures

Uncle Tan Wildlife Adventures

15.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

 

Apakah ada tempat camping di Sabah yang berbaloi untuk anda overland? Di manakah tempat camping paling indah dengan pemandangan?

Sabah terletak di pulau Borneo sememangnya terkenal dengan pantai, hutan dan gunung yang cantik, yang menjadikannya destinasi popular untuk berkhemah dan aktiviti luar yang lain.

Terdapat banyak tempat di Sabah di mana anda boleh pergi berkhemah, termasuk taman negara, kawasan pemuliharaan dan tapak perkhemahan.

11 Tempat Camping Di Sabah Yang Popular: Sabah Camping Site 1

IKLAN / ADVERTISEMENT

Beberapa destinasi perkhemahan popular di Sabah termasuk Taman Negara Kinabalu, Taman Negara Banjaran Crocker dan Taman Negara Gunung Kinabalu.

Apabila berkhemah di Sabah, adalah penting untuk mengikuti prinsip Leave No Trace, yang termasuk menghormati alam sekitar, meninggalkan tapak perkhemahan dengan bersih dan meminimumkan kesan anda terhadap persekitaran semula jadi.

Ada beberapa tapak perkhemahan popular di Kundasang termasuk Taman Kundasang dan Taman Rekreasi Kundasang.

Terdapat juga beberapa pengendali pelancongan dan syarikat pengembaraan yang menawarkan perkhemahan berpandu dan lawatan mendaki di kawasan itu.

Apabila berkhemah di Kundasang, adalah penting untuk bersiap sedia dengan cuaca, yang boleh menjadi sejuk dan basah di kawasan yang lebih tinggi.

Promo-Pakej-Percutian-Ke-Sabah

  • Lihat Pakej Percutian Popular di Sabah
  • Lihat Penginapan Terbaik di Sabah
  • Lihat Aktiviti Menarik di Sabah

Pin

  • 1 Polumpung Melangkap View
  • 2 Eco Camp Bayayat Kadamaian
  • 3 Nohutu Eco-Tourism
  • 4 Puncak Dimie
  • 5 Umea Glam
  • 6 Tampat Do Aman Jungle Camp
  • 7 Uncle Tan Wildlife Adventures
  • 8 Sondot View Camp
  • 9 Tegudon Tourism Village – TTV
  • 10 Hounon Ridge Farmstay & Camping
  • 11 Secret Place Cafe and Campsite
Mari kita lihat 11 tempat camping yang paling popular di Sabah.


Polumpung Melangkap View

Tempat Camping Di Sabah
Polumpung Melangkap View Camp Site Kota Belud Sabah

Polumpung Melangkap View yang terletak di tepi Sungai Pantaran Kampung Melangkap Baru, Kota Belud ini antara lokasi perkhemahan yang popular dengan pemandangan indah dan aliran air sungai daripada Gunung Kinabalu.

Polumpung-Melangkap-View-Camp-Site-Kota-Belud-Sabah
Polumpung Melangkap View Camp Site Kota Belud Sabah

Di samping berkhemah anda boleh melakukan aktiviti barbeku dan berendam di dalam air sungainya yang cukup sejuk.

Lokasi ini begitu popular kerana persekitarannya yang nyaman serta pemandangan Gunung Kinabalu yang indah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Polumpung melangkap baru, 89158 Kota Belud, Sabah

Eco Camp Bayayat Kadamaian

Eco-Camp-Bayayat-Kadamaian-Mohammad-Zabidi
Eco Camp Bayayat Kadamaian | Imej oleh: Mohammad-Zabidi

Masih terletak di Kota Belud, tapak perkhemahan yang satu ini menawarkan konsep percutian eko-pelancongan dengan kawasan perkhemahan yang privasi.

Hal ini kerana lokasinya yang agak jauh dari kawasan perkampungan.

11 Tempat Camping Di Sabah Yang Popular: Sabah Camping Site 2

IKLAN / ADVERTISEMENT
Eco-Camp-Bayayat-Kadamaian-Zambry
Eco Camp Bayayat Kadamaian | Imej oleh: Zambry

Di sini turut dilengkapi dengan fasiliti seperti pondok, tandas, lampu dan set barbeku.

Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah water tubing, berkayak, berakit sejauh 8 kilometer, aktiviti unggun api, mendaki Bukit Singkung dan jungle trekking ke Air Terjun Guabon.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 89150 Kota Belud, Sabah

Nohutu Eco-Tourism

Nohutu-Ecotourism
Nohutu Ecotourism

Satu lagi lokasi yang bertemakan eko-pelancongan di Kota Belud adalah Nohutu Eco-Tourism yang menawarkan tapak untuk aktiviti perkhemahan.

Nak cuba sesuatu yang unik, anda boleh tidur di pondok buluh mereka.

Homestay-di-Nohutu-Ecotourism
Homestay di Nohutu Ecotourism

Menariknya tentang lokasi perkhemahan ini kerana mereka mempunyai kebun sayur-sayuran yang membolehkan para pengunjung untuk memetik jika mereka ingin memasak!

11 Tempat Camping Di Sabah Yang Popular: Sabah Camping Site 3

IKLAN / ADVERTISEMENT

Selain itu, anda boleh mandi-manda di Sungai Panataran atau Sungai Paramat sambil menyaksikan keindahan Gunung Kinabalu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Melangkap Tiong, 89150 Kota Belud, Sabah

Puncak Dimie

Camping-Puncak-Dimie
Camping Puncak Dimie

Aktiviti perkhemahan di Puncak Dimie yang terletak di Banjaran Crocker ini pasti menawarkan pengalaman yang berbeza buat anda.

Perkhemahan di sini bakal membuat anda seolah-olah berada di atas awan!

Crocker-Range-National-Park-Yick-Hiung-Lai
Crocker Range National Park | Imej oleh: Yick Hiung Lai

Untuk tiba ke tapak perkhemahan anda perlu mendaki sekitar 300m. Jadi untuk berkhemah di sini anda perlu bersedia dengan kekuatan stamina, tambahan lagi lokasinya yang agak sejuk dan berangin pasti menguji anda.

Lokasi ini turut menjanjikan pemandangan matahari terbit dan terbenam yang cukup menakjubkan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Keningau Kimanis, 89000 Keningau, Sabah

Umea Glam

Umea-Glam
Umea Glam

Umea Glam merupakn ‘First Glamping Dome in Kundasang’ yang menawarkan 4 buah kubah untuk anda menginap.

Anda boleh memilih untuk menginap di kubah Abisko, Kiruna, Gallivare dan Narvik dengan tawaran harga yang berbeza.

Umea-Glam
Umea Glam

Kelengkapan di dalam setiap khemah turut disediakan seperti tilam, kerusi, wayar mengecas, cerek serta lampu.

Pihak pengurusan turut menawarkan aktiviti mendaki ke Bukit Maragang yang berketinggian 2232m bagi menyaksikan fenomena matahari terbit.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Golf Course Mesilou, 89308 Kundasang, Sabah

Tampat Do Aman Jungle Camp

Tampat-Do-Aman-Pa-Mettere
Tampat Do Aman | Imej oleh: Pa Mettere

Tampat Do Aman merupakan sebuah lokasi penginapan yang cukup menarik dengan suasana pantai beserta hutan.

Tampat Do Aman mempunyai beberapa pilihan penginapan seperti chalet, rumah panjang serta pondok buluh.

Tampat-Do-Aman-Beth-Heddle
Tampat Do Aman | Imej oleh: Beth Heddle

Namun kita akan bercerita tentang tapak perkhemahannya yang terletak di kawasan hutan yang memerlukan 2 jam perjalanan masuk.

Bagi memberi keselesaan, mereka turut membekalkan hammock dan peralatan memasak untuk anda. Sebelum pulang bolehlah singgah ke Muzium Runggus dan pusat pendidikan hidupan liar mereka.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kg. Tiga Papan, Peti Surat 115, 89570 Kudat, Sabah Malaysia, 89057 Kudat, Sabah

Uncle Tan Wildlife Adventures

Uncle-Tan-Wildlife-Adventures-Jemmalouise
Uncle Tan Wildlife Adventures | Imej oleh: Jemmalouise

Sungai Kinabatangan begitu terkenal di Borneo ini, jadi jangan lepaskan peluang untuk menikmati pengalaman berkhemah di kawasannya.

Uncle-Tan-Wildlife-Adventures-Pygmy-Elephants
Gajah Pygmy di Uncle Tan Wildlife Adventures

Uncle Tan Wildlife Adventures yang sudah beroperasi sejak tahun 1990 ini sering menerima kunjungan pelancong untuk melakukan aktiviti river safari, wildlife sighting, jungle trekking, night trekking dan semestinya merasai pengalaman berkhemah di sepanjang Sungai Kinabatangan!

Uncle-Tan-Wildlife-Adventures-Juha-Hirvonen

Dikatakan semakin lama anda tinggal di sini, semakin banyak spesies hidupan liar yang anda boleh temui.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lot 1,1st Floor, Labuk Square, mile 9,90000, 90000 Sandakan, Sabah

Sondot View Camp

Sondot-View-Camp-Reborn-Banochez
Sondot View Camp | Imej oleh: Reborn Banochez

Sondot View Camp pula merupakan lokasi perkhemahan santai yang terletak di Kota Belud atau kira-kira 80 km dari Kota Kinabalu.

Lokasinya terletak di tepi sungai yang mempunyai batuan unik serta ditemani dengan penduduk kampung yang begitu ramah.

Sondot-View-Camp-Reborn-Banochez-2
Sondot View Camp

Di sini anda boleh melawat ke kolam ikan dan sawah padi yang diusahakan oleh penduduk setempat.

Selain bermain bola tampar bersama-sama penduduk di waktu petang, anda boleh menikmati stargazing di waktu malam!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | KG kebayau, Kg kebayau wdt 09, 89158 Kota Belud, Sabah

Tegudon Tourism Village – TTV

Tegudon-Tourism-Village-TTV
Tegudon Tourism Village TTV

Lokasi perkhemahan yang turut dikenali sebagai TTV ini terletak di Kota Belud. Anda boleh memilih mendirikan khemah atau menyewa pondok yang disediakan untuk menginap di sini.

Tambahan lagi mereka turut menyediakan perkhidmatan menyediakan makanan buat anda jika anda tidak ingin membawa bekalan makanan sendiri.

Tegudon-Tourism-Village---TTV
Tegudon Tourism Village TTV

Di sini turut menjadi spot untuk memerhati bintang pada waktu malam.

Bukan itu sahaja, pihak mereka turut menyediakan aktiviti mendaki ke Bukit Bendera dan Air Terjun Wasai atau menikmati kedinginan air Sungai Wariou.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | P/S 291 Tegudon, 89158 Kota Belud, Sabah

Hounon Ridge Farmstay & Camping

Hounon-Ridge-Farmstay-Camping-Andy-Bunkerz
Hounon Ridge Farmstay Camping | Imej oleh: Andy Bunkerz

Jika berkunjung ke Kundasang, anda boleh ke Kg Himbaan yang menawarkan pengalaman menginap di kawasan tanah tinggi yang berkabus.

Sesuai dengan namanya ‘Hounon’ yang membawa maksud kabus dalam perkataan Dusun.

Hounon-Ridge-Farmstay-Camping-Syam
Hounon Ridge Farmstay Camping | Imej oleh: Syam

Lokasi ini menawarkan 12 bilik pelbagai saiz, 2 dorm, kafe, tapak perkhemahan, pondok BBQ, dapur serta tandas.

Percutian di sini bakal menyajikan pemandangan gunung-ganang, tasik dan padang rumput seakan-akan anda berada di luar negara!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kg. Himbaan, Bundu Tuhan, 89308 Ranau, Sabah

Secret Place Cafe and Campsite

Secret-Place-Cafe-and-Campsite-Peter-Leong
Secret Place Cafe and Campsite | Imej oleh: Peter Leong

Secret Place Cafe and Campsite ini pula terletak di Kg Bavang Jamal, Kudat yang menawarkan pengalaman berkhemah di pesisiran pantai.

Destinasi yang diusahakan oleh En Roby sekeluarga ini mempunyai sebuah kafe yang menawarkan hidangan pizza bakar, aneka minuman di Roby’s Secret Bar dan menikmati BBQ.

Secret-Place-Cafe-and-Campsite-Yin-Yin
Secret Place Cafe and Campsite | Imej oleh: Yin-Yin

Jadi jika berkhemah di sini anda tidak perlu kalut untuk menyiapkan hidangan! waktu siang anda boleh menikmati aktiviti air di pantai dan menyalakan unggun api pada waktu malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bavang Jamal Beach, 89058 Kudat, Sabah

Anda ada cadangan tempat camping atau tempat berkelah yang menarik di Sabah?

Bersambung…

Tags: sabah camping siteTempat berkelah di sabahtempat camping menarik di sabah
blank

blank
IKLAN / ADVERTISEMENT
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Faizul Hisham
Pakej Sabah

Honeymoon Kota Kinabalu: Cadangan Berbulan Madu 3 Hari 2 Malam

  Adakah anda bercadang untuk berbulan madu atau menyambut ulang tahun bersama pasangan tersayang? Anda Inginkan suasana yang indah dah...

Oleh: Hadi Ghazali
25 September, 2023
15.3k
tempat menarik di kudat
Pakej Sabah

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Kudat Sabah

  Apakah tempat menarik di Kudat Sabah yang berbaloi untuk dikunjungi? Adakah Kudat harus menjadi salah satu destinasi percutian dalam...

Oleh: Hadi Ghazali
31 Julai, 2023
19.1k
Selanjutnya
5 2 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia

REKOMEN

tempat-menarik-di-yan-kedah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Yan Kedah Paling Popular

5 September, 2023
23.1k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
52.4k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
19.1k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
48.3k
halal hatyai trip

Halal Hatyai Trip: Pengalaman Percutian Hat Yai 4 Hari 3 Malam

8 Jun, 2023
25.8k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
16.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas