Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Eropah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di London

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
17 Julai, 2024
Kategori: Pakej Eropah
Masa Bacaan: 3 mins read
7.8k 413
A A
0
tempat-menarik-di-london
8.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Jika hendak melancong biar sampai ke London! Tapi apakah aktiviti dan tempat menarik di London yang paling popular dikunjungi?

London, ibu kota England dan United Kingdom, ialah sebuah bandar abad ke-21 dengan sejarahnya yang sangat besar merentas hingga semenjak zaman Rom lagi.

Di tengah kota ini berdiri Dewan Parlimen yang mengagumkan, menara jam ikonik ‘Big Ben’ dan Biara Westminster, tapak pertabalan raja British yang selalu menjadi saksi seluruh dunia akan kegemilangan empayar itu.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Di seberang Sungai Thames, roda pemerhatian London Eye menyediakan pemandangan panoramik, dengan kompleks kebudayaan South Bank dan seluruh bandar kota London.

Pake-Percutian-Eropah

  • Lihat Pakej ke Eropah Termasuk London
  • Lihat Penginapan Terbaik di London
  • Lihat Aktiviti Popular di London
  • Lihat Peta Percutian di London

Pin

  • 1 Big Ben
  • 2 Tower Bridge
  • 3 Istana Buckingham
  • 4 London Eye
  • 5 Trafalgar Square
  • 6 Hyde Parks
  • 7 Harrods
  • 8 Natural History Museum
  • 9 The British Museum
  • 10 London Zoo @ ZSL London Zoo
  • 11 Portobello Road Market Notting Hill Gate
  • 12 Leicester Square
Ada banyak yang menarik untuk dikongsikan tapi kami cuba berikan 10 tempat yang patut anda kunjungi di London.


Big Ben

beautiul-outdoor-view-of-big-ben-and-westmisnter
Big Ben Westminster

Big Ben merupakan salah satu mercu tanda tersohor di kota London yang menjadi tumpuan pelancong dari seantero dunia.

Ia turut memegang rekod sebagai menara jam yang terbesar dunia! Untuk pengetahuan anda, Big Ben adalah nama tidak rasmi untuk loceng besar yang digantungkan di dalam rumah loceng Jam Besar Westminster.

big-ben-clock-tower
Menara Jam Big Ben

Di England, menara ini akan menjadi tumpuan apabila menjelang perayaan penting seperti sambutan tahun baru di mana locengnya akan dibunyikan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | London SW1A 0AA, United Kingdom

Tower Bridge

the-illuminated-tower-bridge-at-night
London Tower Bridge pada waktu malam

Tower Bridge merupakan jambatan imbang dan gantung yang merentasi Sungai Thames dan berada berdekatan dengan London Bridge.

Jambatan ini mempunyai menara berkembar berketingian 65 meter ini turut dilengkapi dengan laluan pejalan kaki dibahagian atasnya.

london-tower-bridge
Menara Jambatan London

Jambatan ini begitu unik kerana boleh diangkat bagi memberi laluan kepada kapal. Tidak lengkaplah percutian anda jika tidak melawat mercu tanda London ini.

Anda boleh menaiki bot di Sungai Thames bagi mendapatkan panorama menara yang lebih jelas.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Tower Bridge Rd, London SE1 2UP, United Kingdom

Istana Buckingham

royal-coat-of-arms-and-the-gates-at-buckingham-palace
Istana Buckingham

Buckingham Palace ini bukan sahaja menjadi kediaman kerajaan Inggeris sejak 1837 tetapi ia turut dibuka kepada pelancong pada musim panas.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Dikatakan lebih kuran 50,000 orang yang mengunjungi istana ini setiap tahun pada jamuan makan malam kenegaraan, pesta kebun, musim perayaan dan hari peringatan kebangsaan.

british-royal-guards-and-the-military-band-perform
Persembahan British Royal Guards

Anda boleh menyaksikan acara Changing the Guard di halaman istananya sebelum mengikuti Tour Buckingham Palace untuk melihat Bilik Negeri, Galeri Queen dan Royal Mews.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | London SW1A 1AA, United Kingdom

London Eye

london-eye-river-thames-england
London Eye & Sungai Thames

Roda feris yang berketinggian 135 meter ini merupakan roda feris yang terbesar di Eropah dan menarik pelancong sekitar 3 juta orang dalam setahun!

Di awal kemunculannya pada tahun 1999 ia merupakan roda feris yang tertinggi di dunia sebelum kemunculan yang lain.

the-london-eye-seen-through-christmas-lights
The London Eye

Ia mempunyai 32 kapsul yang mana setiap kapsulnya mampu memuatkan sekitar 25 orang.

Tarikan ini merupakan destinasi yang terbaik untuk anda menyaksikan panorama kota London terutamanya pada waktu malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 11:00am – 6:00pm | Riverside Building, County Hall, London SE1 7PB, United Kingdom

Trafalgar Square

trafalgar-square-diane-picchiottino
Dataran Trafalgar | Imej oleh: Diane Picchiottino

Lokasi ini merupakan dataran awam bersejarah yang terletak di Westminster dan menjadi titik tumpu warga setempat dan pelancong.

Di sini terdapat tugu orang-orang King George IV, James Napier, King Charles 1 dan Admiral Nelson yang merupakan watak penting dalam sejarah London.

trafalgar-square-josh-mills
Trafalgar Square | Imej oleh: Josh Mills

Selain menyaksikan monumen bersejarah anda juga boleh melihat beberapa pertunjukkan seni jalanan oleh warga tempatan.

Jangan lupa singgah ke The National Gallery yang menempatkan 2,300 lukisan dari pertengahan abad ke-13 hingga 1900.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Penginapan | Trafalgar Sq, London WC2N 5DN, United Kingdom

Hyde Parks

evening-at-hyde-park-overlooking-the-pond
Sepetang di Hyde Park dengan pemandangan tasik bersama hidupan

Hyde Park merupakan sebuah taman diraja England yang diiktiraf sebagai taman dalam bandar yang terbesar di dunia dengan keluasan 142 hektar!

Taman ini dibuka kepada pengunjung seawal jam 5 pagi hingga 12 tengah malam dengan pelbagai tarikan yang menanti.

grey-squirrel-eating-a-nut-on-a-grass-in-the-park
Anda boleh menemukan si comel ini di Hyde Park

Di sini terdapat kebun mawar, Peringatan Holocaust, sudut pidato, Memorial Puteri Wales Diana, pokok terbalik, patung Achilles serta menjadi lokasi konsert rock.

Taman yang dipenuhi sekitar 4,000 batang pokok ini begitu indah untuk anda merakamkan memori.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 5:00am – 12:00am | Hyde Park, London W2 2UH, United Kingdom

Harrods

harrods-james-healy
Bangunan Harrods tersergam indah | Imej oleh: James Healy

Kota London semestinya syurga untuk membeli-belah! Rata-rata pelancong yang ke sini pasti tidak melepaskan peluang untuk membeli-belah pelbagai barangan berjenama dengan harga yang lebih murah.

harrods-dmitry-vechorko
Harrods sentiasa diterangi lampu yang terang | Imej oleh: Dmitry Vechorko

Di sini anda boleh mendapatkan pakaian, barangan elektronik, aksesori wanita, barangan kecantikan, perkakas rumah dan banyak lagi yang ditawarkan oleh 330 kedainya!

Anda juga boleh membeli-belah di Primark, The Bicester Village, Carnaby Street, Selfridges, Westfield dan Wembley.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour |  Lihat Peta | 10:00am – 9:00pm | 87-135 Brompton Rd, London SW1X 7XL, United Kingdom

Natural History Museum

Natural-History-Museum-bruno-souza
Natural History Museum | Imeh oleh: Bruno Souza

Berada di dalam muzium ini bakal mengingatkan anda kepada filem Night at Museum.

Ia merupakan rumah kepada spesimen yang terdiri daripada 80 juta koleksi dengan 5 bahagian utama iaitu botani, entomologi, mineralogi, paleontogi dan zoologi.

Natural-History-Museum-bruno-souza-2
Susana yang epik di Muzium Natural History

Pameran yang paling terkenal di sini adalah ‘’Dippy’’ merupakan replika rangka Diplodocus carnegii sepanjang 32 meter!

Muzium ini merupakan salah satu daripada 3 buah muzium yang terpenting di London selepas British Museum dan The Victoria & Albert Museum.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 5:50pm | Cromwell Rd, South Kensington, London SW7 5BD, United Kingdom

The British Museum

The-British-Museum-viktor-forgacs
The British Museum Viktor Forgacs

Muzium yang ditubuhkan sejak tahun 1753 ini pula menceritakan tentang sejarah perkembangan manusia dan budaya yang mempunyai lebih 8 juta bahan sejarah.

Muzium ini menempatkan koleksi barangan antik Mesir yang terbesar di luar Muzium Mesir di Kaherah.

The-British-Museum-matteo-vistocco
The British Museum | Imej oleh: Matteo Vistocco

Tambahan lagi, ia turut mempunyai koleksi antik terbesar dari dunia klasik yang bertarikh dari permulaan Zaman Gangsa Yunani hingga penubuhan agama Kristian sebagai agama rasmi Empayar Rom.

Menariknya lagi kerana tiada bayaran masuk yang dikenakan buat pengunjung!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 10:00am -5 :00pm | Great Russell St, London WC1B 3DG, United Kingdom

London Zoo @ ZSL London Zoo

London-Zoo-kevin-olson
Seekor Harimau yang sihat boleh ditemukan di London Zoo | Imej oleh: Kevin Olson

Zoo ini merupakan zoo saintifik tertua di dunia yang beroperasi sejak 27 April 1828 yang mana aslanya bertujuan digunakan sebagai koleksi kajian saintifik.

Zoo ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 1847 dengan mempamerkan koleksi 673 spesies haiwan.

London-Zoo-richard-cook
2 Ekor Girafa terkenal di London Zoo | imej oleh: Richard Cook

Anda boleh meneroka zon Monkey Valley, Land os the Lions, Tiger Territory, Gorilla Kingdom, Into Africa, Rainforest Life and Night Life, The Outback, The Aquarium, Animal Adventure, The Reptiles House, Penguin Beach dan banyak lagi!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 4:00pm | Outer Cir, London NW1 4RY, United Kingdom

Portobello Road Market Notting Hill Gate

Portobello-Road-Market-bruno-martins
Pasar Jalan Portobello | Imej oleh: Bruno Martins

Portobello Road Market: Untuk merasai suasana membeli-belah di kawasan pasar jalanan, anda harus mengunjungi destinasi ini pula.

Ia merupakan pasar jalanan yang paling terkenal di dunia yang berjaya menarik berjuta-juta pengunjung ke sini setiap tahun!

Portobello-Road-Market-bruno-martins-2
Portobello Road Market

Pasar yan sepanjang satu batu ini menawarkan pelbagai barangan vintaj, pakaian, pastri, bunga segar dan bermacam-macam barangan unik yang boleh dijadikan sebagai cenderamata.

Anda juga boleh ke Camden Town yan turut menawarkan tarikan sebegini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 8:00am – 7:00pm | Portobello Rd, London W10 5TY, United Kingdom

Leicester Square

Leicester-Square-luca-vavassori
Leicester Square | Imej oleh: Luca Vavassori

Leceister Square yang mampu menarik lebih 2.5 juta pengunjung setiap minggu ini merupakan dataran yang mempunyai bermacam-macam aktiviti menarik.

Leicester-Square-hulki-okan-tabak
Dataran Leicester | Imej oleh: Hulki Okan Tabak

Dataran yang menjadi titik tumpuan hiburan menawarkan tarikan seperti Apollo Theatre, Beer and Staff, Chalk W1, Cineworld, Empire Cinemas Haymarket, Garrick Theatre, London Coliseum dan banyak lagi.

Tambahan lagi di sini turut menempatkan kedai LEGO terbesar di dunia serta kedai M&M terbesar di Eropah!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Leicester Square, London WC2H 7LU, United Kingdom

Anda pernah melancong ke London? Boleh kongsikan tempat-tempat yang anda kunjungi atau destinasi terbaru?

Bersambung…

Tags: cadangan tempat tinggal di londontempat menarik di englandtempat menarik di united kingdomtempat shopping di london
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik Di Norway
Pakej Eropah

25 Aktiviti Tempat Menarik Di Norway

  Tempat menarik di Norway: Melancong ke Norway merupakan pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan seumur hidup. Norway adalah sebuah...

Oleh: Hasrul Wayne
3 Mac, 2026
6.5k
Tempat menarik di Sweden
Pakej Eropah

Tempat Menarik di Sweden: Eksplorasi Indah Skandinavia

Tempat menarik di Sweden: Assalamualaikum dan salam sejahtera geng Melancong.my! Bila sebut pasal percutian Eropah, selalunya orang kita akan terus...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
544
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.2k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.5k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.5k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my