Bercadang melancong ke United Kingdom? Apakah tempat menarik di London? Adakah sesuai untuk melancong ke Britain ketika ini?
Dari zaman purba hinggalah ke zaman muzium moden, tiada tempat lain yang mempamerkan tarikan pelancong seperti yang ada di United Kingdom.
Dari bulatan daripada batunya, istananya, hinggalah kilang-kilang yang telah dibina semula. Terlalu banyak tarikan pelancong di UK. Di bawah adalah 10 tempat paling popular yang menjadi tarikan pelancong  di UK.
Terkenal dengan tempat kelahiran Shakespeare dan The Beatles – ia adalah rumah bagi ibu kota, London, pusat kewangan dan budaya yang berpengaruh secara global.
- Lihat Pakej Percutian Menarik di London
- Lihat Penginapan Terbaik di London
- Lihat Aktviti Paling Menarik di London
- Lihat Peta Sebenar United Kingdom
England juga merupakan tempat Neolitik Stonehenge, dan universiti-universiti lama di Oxford dan Cambridge.
Muzium British, London
Muzium British adalah salah sebuah muzium terbaik di dunia. Bangunan Neoclassical bersaiz raksasa di antara Holborn dan Tottenham Court Road Tube sendiri adalah sebuah mahakarya.
Koleksi pertama muzium ini bermula dari tahun 1753 dan meliputi sejarah hinggalah seni dan budaya.
Lebih daripada 8 juta bahan dipamerkan di sini termasuk mumia Mesir dan Elgin Marbles yang pernah mencetus kontroversi (arca yang diambil dari Acropolis, Athens).
Tidak lupa juga sepasang chronometer abad ke-18 yang digunakan semasa pelayaran Charles Darwin di atas HMS Beagle.
Muzium British dibuka pada pukul 10am. Datang awal untuk menerokainya. Yang paling penting, masuk adalah PERCUMA.
London Eye
London Eye adalah antara tarikan pelancong paling popular di UK. Walaupun berbayar, ia sangat berbaloi.
Ferris Wheel yang sangat besar di tebing River Thames (dari stesen Waterloo Tube) adalah simbol ikonik kepada bandar moden yang menawarkan panorama 360 darjah melepasi jambatan, bangunan berkilauan dan kubah yang menghiasi langit malam di London.
Ia dibuka pada tahun 2000. London Eye merupakan bangunan setinggi 135m dengan dinding kaca yang berubah perlahan-lahan dengan kapsul berbumbung yang mengambil masa selama 30 minit untuk berputar.
Pemandangan ini lebih dramatik pada waktu malam. Datanglah sebelum matahari terbenam untuk pengalaman terbaik iaitu warna langit mengubah warna sekeliling.
Menakjubkan! Barisan untuk masuk sangat panjang. Mungkin kena beratur lama kalau lambat. Jadi, rancang dengan baik.
Tower of London
Tower of London adalah bangunan larangan di tebing River Thames yang dibina dari tahun 1066, hinggalah penjajahan Norman di England.
Bangunan ini pernah dijadikan penjara (antara penghuni yang popular adalah Anne Boleyn, isteri kedua Henry VIII dan Guy Fawkes) dan juga kubu.
Kita memang memerlukan sehari suntuk untuk meneroka kompleks tersebut.
Kita kena sampai awal untuk mengelakkan daripada orang ramai. Setiap tiket akan membolehkan kita melawat White Tower dan memberi peluang kepada kita untuk melihat Crown Jewel dan Yeoman Warder yang sangat popular (setiap 30 minit hingga 3.30pm semasa musim panas, 2.30pm semasa musim sejuk).
Pengawal rasmi Tower yang berkhidmat dengan ratu juga ada dan berwarna-warni.
Terdapat juga persembahan sejarah secara langsung, aktiviti kanak-kanak serta pemandangan menakjubkan dari menara.
Windsor Castle
Windsor Castle atau Istana Windsor dibina untuk mengukuhkan kekuasaan Norman di pinggir London.
Ia merupakan tempat percutian mewah yang memaparkan Thames dan menjadi kediaman Berkshire bagi British Royal Family (Keluarga Diraja British).
Ia dikatakan menjadi kegemaran Ratu Elizabeth II kerana baginda selalu meluangkan hujung minggu di sini.
Antara yang menjadi tumpuan adalah State Apartment yang menempatkan lukisan Royal Collection oleh Rembrandt, Rubens dan Canaletto, Gothic St. George’s Chapel yang menakjubkan.
Di sini juga menempatkan tanah pengkebumian Henry VIII dan Charles I, dan rumah anak patung Queen Mary yang merupakan rumah anak patung paling besar, cantik dan popular di dunia.
Kalau kita hendak makan tengah hari sebentar, kita boleh keluar dan dibenarkan untuk masuk semula.
Stesen kereta api Windsor & Elton pula dihias menjadi arked membeli belah lama yang dipenuhi dengan pilihan bar dan restoran moden dari Pizza Express hinggalah La Tasca.
Stonehenge, Wiltshire
Stonehenge adalah salah sebuah tapak prasejarah paling popular dan terhebat di dunia.
Stonehenge menawarkan peluang untuk merasai sendiri pengalaman berjalan kaki seperti orang zaman Neolitik, nenek moyang manusia yang sukar dibayangkan, yang hidup 5500 tahun yang lalu.
Tarikan utama adalah berdiri di atas bulatan batu atau henge. Ia adalah pengalaman yang sangat epik.
Sejak jalan A303 yang sangat sibuk dialihkan, ia menjadi tempat yang tenang untuk melihat sejarah Britain dan menerokai misteri bagaimana batu-batu ini boleh berada di situ.
Lapangan terbang terdekat adalah London’s Heathrow dan kita boleh memandu ke Stonehenge dalam masa satu jam sahaja dari sana.
Eden Project, Cornwall
Eden Project adalah projek mentransformasi tapak perlombongan lama yang secara kreatif untuk dijadikan sebagai tarikan fenomena semula jadi, dengan adanya kubah kaca berkilauan yang dipenuhi dengna flora dan fauna dari seluruh dunia.
2 ruang paling besar adalah bertemakan Hutan Hujan dan Mediterranean.
Kalau kita merancang untuk ke sini, kita bolehlah melihat kalendar peristiwanya. Selalunya, akan ada family-friendly, majlis pendidikan, dan festival yang diadakan di sini.
Eden Project terletak berdekatan dengan St. Austell dengan bas terus dari stesen kereta api.
Kalau kita masuk dengan tema mesra alam sekitar dan datang dengan kenderaan awam, kita akan diberikan diskaun!
Big Pit: Muzium Arang Kebangsaan, dekat Newport, Wales.
Perlombongan arang telah menjadi industri tradisi British terbesar suatu ketika dahulu dan muzium ini membuka peluang kepada pembuatan arang.
Bit Pit pernah menjadi tempat perlombongan arang yang berperanan penting dalam komuniti awam, ekonomi dan budaya di South Wales.
Lombong ini dibuka pada tahun 1860 dan digali sehingga 1980. Ia dibuka semula pada 1983 sebagai tarikan pelancong.
Kisahnya dipamerkan di Mining Galleries, pameran Pithead Baths, dan bangunan colliery lama.
Pengalaman melihat sendiri keadaan bawah tanah menjadi tarikan utama muzium ini. Ia membolehkan pengunjung melalui jalan yang dilalui oleh pelombong satu ketika dahulu.
Rasailah pengalaman gelap gelita yang sebenar! Paling best, masuk adalah percuma!
Edinburgh Castle, Edinburgh
Istana yang menjadi mercu tanda ibu negeri Scottish ini bukan sahaja menempatkan Scottish Crown Jewels dan Stone of Destiny yang pernah diduduki oleh raja dan permaisuri, malah menjadi tempat yang paling menjadi tumpuan di dalam bandar tersebut.
Dari kedudukan yang tinggi di puncak Castle Rock, kita boleh melihat Old Town di bawahnya.
Masuk sahaja ke dalam ruang dindingnya yang kukuh, kita boleh melihat tempat yang pernah menjadi rumah Mary Queen of Scots dan King Robert the Bruce, dan  juga regimen Scottish askar British yang pernah ada di sini.
Kita kena ada kat sana pada masa yang tepat kalau nak dengar bunyi pistol dilepaskan iaitu pada pukul 1.
Tempahlah lawatan dengan pemandu pelancong dari Portcullis Gate. Jangan lupa bawa kamera untuk menangkap gambar pemandangan dari setiap sudut.
Roman Baths, Bath
Roman Baths, Bath menempatkan banyak kolam renang awam tertua di bandar spa lama Bath.
Roman Baths merupakan salah sebuah kawasan Roman yang paling terpelihara dan sesuai untuk melihat sendiri cara kehidupan lampau di abad pertama AD.
Kita boleh mendapat bonus panduan suara oleh penulis komik travel, Bill Bryson apabila kita berjalan di sepanjang deretan tiang dan melihat Sacred Spring di Aqua Sulis (nama tempat mandi Roman).
Selepas itu, jangan ketinggalan untuk menikmati teh krim yang elegan dengan servis perak dan mendengar muzik klasik secara langsung di tingkat atas Pump Room.
Menghabiskan masa beberapa hari di Bath adalah sangat berbaloi kalau dengannya kita boleh melihat sendiri Royal Crescent yang rapi and Georgian townhouses semasa Jane Austen’s day.
Titanic Belfast, Northern Ireland
Titanic Belfast adalah salah sebuah muzium yang menjadi popular dan menjadi ikon sebuah bandar dengan begitu cepat sekali.
Ia didedikasikan kepada kapal paling popular yang pernah berlayar di dunia.
Struktur model yang menarik ini terletak di kawasan yang pernah dihuni oleh limbungan Harlan dan Wolff, firma yang dengan bangganya membina kapal Translanti yang malang itu.
Tarikan utama muzium itu adalah penceritaan dari perspektif berbeza. Carilah ilmu tentang kapal adik-beradik White Star Line, RMS Olympic dan HMHS Brittanic.
Jangan lupa tentang sejarah maritim Belfast di muzium ini yang merangkumi keluasan seluas 12 000 kaki persegi.
Dari dulu lagi terasa nak melawat United Kingdom. Selalu sangat mendengar tentang keajaiban kota London. Insya Allah suatu hari nanti kalau ada rezeki, 10 tempat ini akan kita lawati.
Bersambung…