Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Popular

12 Tempat Menarik di United Kingdom

United Kingdom adalah terdiri dari England, Scotland, Wales dan Ireland Utara, ia adalah negara kepulauan di Eropah

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
17 Jun, 2025
Kategori: Pakej Popular
Masa Bacaan: 3 mins read
355 49
A A
9
Tempat menarik di United Kingdom
15.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Bercadang melancong ke United Kingdom? Apakah tempat menarik di London? Adakah sesuai untuk melancong ke Britain ketika ini?

Dari zaman purba hinggalah ke zaman muzium moden, tiada tempat lain yang mempamerkan tarikan pelancong seperti yang ada di United Kingdom.

Dari bulatan daripada batunya, istananya, hinggalah kilang-kilang yang telah dibina semula. Terlalu banyak tarikan pelancong di UK. Di bawah adalah 10 tempat paling popular yang menjadi tarikan pelancong  di UK.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Terkenal dengan tempat kelahiran Shakespeare dan The Beatles – ia adalah rumah bagi ibu kota, London, pusat kewangan dan budaya yang berpengaruh secara global.

Keretapi jejambat Glenfinnan di Inverness-shire, Scotland
Keretapi jejambat Glenfinnan di Inverness-shire, Scotland
  • Lihat Pakej Percutian Menarik di London
  • Lihat Penginapan Terbaik di London
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di London
  • Lihat Peta Percutian United Kingdom

Pin

  • 1 Muzium British, London
  • 2 London Eye
  • 3 Tower of London
  • 4 Windsor Castle
  • 5 Stonehenge, Wiltshire
  • 6 Eden Project, Cornwall
  • 7 Big Pit: Muzium Arang Kebangsaan, dekat Newport, Wales.
  • 8 Edinburgh Castle, Edinburgh
  • 9 Roman Baths, Bath
  • 10 Titanic Belfast, Northern Ireland
  • 11 Cheddar Gorge & Caves
  • 12 Wenlock Edge
England juga merupakan tempat Neolitik Stonehenge, dan universiti-universiti lama di Oxford dan Cambridge.


Muzium British, London

Muzium British, di kawasan Bloomsbury London, England
Muzium British, di kawasan Bloomsbury London, England | Imej oleh: Hert Niks

Muzium British adalah salah sebuah muzium terbaik di dunia. Bangunan Neoclassical bersaiz raksasa di antara Holborn dan Tottenham Court Road Tube sendiri adalah sebuah mahakarya.

Muzium British The Great Court
Muzium British The Great Court | Imej oleh: Nicolas Lysandrou

Koleksi pertama muzium ini bermula dari tahun 1753 dan meliputi sejarah hinggalah seni dan budaya.

Lebih daripada 8 juta bahan dipamerkan di sini termasuk mumia Mesir dan Elgin Marbles yang pernah mencetus kontroversi (arca yang diambil dari Acropolis, Athens).

Greek - Roman room at The British museum, London.
Bilik Greek – Roman The British museum, London | Imej oleh: Matteo Vistocco

Tidak lupa juga sepasang chronometer abad ke-18 yang digunakan semasa pelayaran Charles Darwin di atas HMS Beagle.

Muzium British dibuka pada pukul 10am. Datang awal untuk menerokainya. Yang paling penting, masuk adalah PERCUMA.


London Eye

The London Eye atau juga lebih dikenali sebagai Millennium Wheel
The London Eye atau juga lebih dikenali sebagai Millennium Wheel

London Eye adalah antara tarikan pelancong paling popular di UK. Walaupun berbayar, ia sangat berbaloi.

Ferris Wheel yang sangat besar di tebing River Thames (dari stesen Waterloo Tube) adalah simbol ikonik kepada bandar moden yang menawarkan panorama 360 darjah melepasi jambatan, bangunan berkilauan dan kubah yang menghiasi langit malam di London.

Menjadi tarikan pelancong tarikan pelancong di United Kingdom dengan lebih daripada 3 juta pelawat setiap tahun
Menjadi tarikan pelancong tarikan pelancong di United Kingdom dengan lebih daripada 3 juta pelawat setiap tahun

Ia dibuka pada tahun 2000. London Eye merupakan bangunan setinggi 135m dengan dinding kaca yang berubah perlahan-lahan dengan kapsul berbumbung yang mengambil masa selama 30 minit untuk berputar.

Setiap pusingan berlangsung lebih kurang 30 minit ketika anda mencapai ketinggian 443 kaki di atas Sungai Thames
Setiap pusingan berlangsung lebih kurang 30 minit ketika anda mencapai ketinggian 443 kaki di atas Sungai Thames

Pemandangan ini lebih dramatik pada waktu malam. Datanglah sebelum matahari terbenam untuk pengalaman terbaik iaitu warna langit mengubah warna sekeliling.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Menakjubkan! Barisan untuk masuk sangat panjang. Mungkin kena beratur lama kalau lambat. Jadi, rancang dengan baik.

 


Tower of London

Salji turun di Tower of London
Salji turun di Tower of London

Tower of London adalah bangunan larangan di tebing River Thames yang dibina dari tahun 1066, hinggalah penjajahan Norman di England.

Bangunan ini pernah dijadikan penjara (antara penghuni yang popular adalah Anne Boleyn, isteri kedua Henry VIII dan Guy Fawkes) dan juga kubu.

William the Conqueror membina menara batu yang hebat ini
William the Conqueror membina menara batu yang hebat ini | Imej oleh: Paul Rigby

Kita memang memerlukan sehari suntuk untuk meneroka kompleks tersebut.

Kita kena sampai awal untuk mengelakkan daripada orang ramai. Setiap tiket akan membolehkan kita melawat White Tower dan memberi peluang kepada kita untuk melihat Crown Jewel dan Yeoman Warder yang sangat popular (setiap 30 minit hingga 3.30pm semasa musim panas, 2.30pm semasa musim sejuk).

Hotel di Bandar London. Bayangkan bangun dari pemandangan Menara London. Begitu banyak sejarah dalam satu bingkai tetingkap.
Hotel di Bandar London. Bayangkan bangun dari pemandangan Menara London. Begitu banyak sejarah dalam satu bingkai tetingkap I Imej oleh: Patrick Robert Doyle

Pengawal rasmi Tower yang berkhidmat dengan ratu juga ada dan berwarna-warni.

Terdapat juga persembahan sejarah secara langsung, aktiviti kanak-kanak serta pemandangan menakjubkan dari menara.


Windsor Castle

Ketika ini, Orang ramai berkumpul di Windsor untuk meraikan Perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle
Ketika ini, Orang ramai berkumpul di Windsor untuk meraikan Perkahwinan Diraja Putera Harry dan Meghan Markle | Imej oleh: King’s Church International

Windsor Castle atau Istana Windsor dibina untuk mengukuhkan kekuasaan Norman di pinggir London.

Ia merupakan tempat percutian mewah yang memaparkan Thames dan menjadi kediaman Berkshire bagi British Royal Family (Keluarga Diraja British).

St. George's Chapel, Windsor
St. George’s Chapel, Windsor | Imej oleh: Malgorzata Bujalska

Ia dikatakan menjadi kegemaran Ratu Elizabeth II kerana baginda selalu meluangkan hujung minggu di sini.

Antara yang menjadi tumpuan adalah State Apartment yang menempatkan lukisan Royal Collection oleh Rembrandt, Rubens dan Canaletto, Gothic St. George’s Chapel yang menakjubkan.

Ruangan dalam Capel Istana Windsor
Ruangan dalam Capel Istana Windsor | Imej oleh: David Tato

Di sini juga menempatkan tanah pengkebumian Henry VIII dan Charles I, dan rumah anak patung Queen Mary yang merupakan rumah anak patung paling besar, cantik dan popular di dunia.

Taman teres di sebelah timur Istana Windsor
Taman teres di sebelah timur Istana Windsor | Imej oleh: Andrew Cross

Kalau kita hendak makan tengah hari sebentar, kita boleh keluar dan dibenarkan untuk masuk semula.

Stesen kereta api Windsor & Elton pula dihias menjadi arked membeli belah lama yang dipenuhi dengan pilihan bar dan restoran moden dari Pizza Express hinggalah La Tasca.


Stonehenge, Wiltshire

Tugu Stonehenge
Tugu Stonehenge

Stonehenge adalah salah sebuah tapak prasejarah paling popular dan terhebat di dunia.

Stonehenge menawarkan peluang untuk merasai sendiri pengalaman berjalan kaki seperti orang zaman Neolitik, nenek moyang manusia yang sukar dibayangkan, yang hidup 5500 tahun yang lalu.

Tapak ritual Prasejarah Stonehenge dengan monlith - papak batu besar di luar bandar Inggeris
Tapak ritual Prasejarah Stonehenge dengan monlith – papak batu besar di luar bandar Inggeris | Imej oleh: Hulki Okan Tabak

Tarikan utama adalah berdiri di atas bulatan batu atau henge. Ia adalah pengalaman yang sangat epik.

Sejak jalan A303 yang sangat sibuk dialihkan, ia menjadi tempat yang tenang untuk melihat sejarah Britain dan menerokai misteri bagaimana batu-batu ini boleh berada di situ.

Cahaya Matahari menyelinap di salah satu batu Sarsen dari Stonehenge
Cahaya Matahari menyelinap di salah satu batu Sarsen dari Stonehenge | Imej oleh: Ankit Sood

Lapangan terbang terdekat adalah London’s Heathrow dan kita boleh memandu ke Stonehenge dalam masa satu jam sahaja dari sana.

 


Eden Project, Cornwall

Eden Project Biosphere Cornwall
Eden Project Biosphere Cornwall | Imej oleh: Penstones

Eden Project adalah projek mentransformasi tapak perlombongan lama yang secara kreatif untuk dijadikan sebagai tarikan fenomena semula jadi, dengan adanya kubah kaca berkilauan yang dipenuhi dengna flora dan fauna dari seluruh dunia.

The Rainforest Biome - Eden Project
The Rainforest Biome – Eden Project | Imej oleh: Jack Young

2 ruang paling besar adalah bertemakan Hutan Hujan dan Mediterranean.

Kalau kita merancang untuk ke sini, kita bolehlah melihat kalendar peristiwanya. Selalunya, akan ada family-friendly, majlis pendidikan, dan festival yang diadakan di sini.

Seni skluptur kuda dicipta daripada kayu pokok akar
Seni skluptur kuda dicipta daripada kayu pokok akar | Imej oleh: Elli Häuser

Eden Project terletak berdekatan dengan St. Austell dengan bas terus dari stesen kereta api.

Kalau kita masuk dengan tema mesra alam sekitar dan datang dengan kenderaan awam, kita akan diberikan diskaun!


Big Pit: Muzium Arang Kebangsaan, dekat Newport, Wales.

Bangunan pintu masuk dan kedai hadiah di Big Pit
Bangunan pintu masuk dan kedai hadiah di Big Pit | Imej oleh: Dom Atreides

Perlombongan arang telah menjadi industri tradisi British terbesar suatu ketika dahulu dan muzium ini membuka peluang kepada pembuatan arang.

Bit Pit pernah menjadi tempat perlombongan arang yang berperanan penting dalam komuniti awam, ekonomi dan budaya di South Wales.

Mesin Big Pit Blaenavon
Mesin memproses arang Big Pit Blaenavon | Imej oleh: Jonathan Marvin

Lombong ini dibuka pada tahun 1860 dan digali sehingga 1980. Ia dibuka semula pada 1983 sebagai tarikan pelancong.

Kisahnya dipamerkan di Mining Galleries, pameran Pithead Baths, dan bangunan colliery lama.

Kereta api arang Blaenavon
Kereta api arang Blaenavon | Imej oleh: Dom Atreides

Pengalaman melihat sendiri keadaan bawah tanah menjadi tarikan utama muzium ini. Ia membolehkan pengunjung melalui jalan yang dilalui oleh pelombong satu ketika dahulu.

Rasailah pengalaman gelap gelita yang sebenar! Paling best, masuk adalah percuma!


Edinburgh Castle, Edinburgh

IIstana Edinburgh di Castle Rock di Edinburgh, Scotland, UK semasa Spring Sunny Day yang indah dengan Langit Biru yang jernih
IIstana Edinburgh di Castle Rock di Edinburgh, Scotland, UK semasa Spring Sunny Day yang indah dengan Langit Biru yang jernih

Istana yang menjadi mercu tanda ibu negeri Scottish ini bukan sahaja menempatkan Scottish Crown Jewels dan Stone of Destiny yang pernah diduduki oleh raja dan permaisuri, malah menjadi tempat yang paling menjadi tumpuan di dalam bandar tersebut.

Tugu peringatan di Edinburgh Castle
Tugu peringatan di Edinburgh Castle

Dari kedudukan yang tinggi di puncak Castle Rock, kita boleh melihat Old Town di bawahnya.

Masuk sahaja ke dalam ruang dindingnya yang kukuh, kita boleh melihat tempat yang pernah menjadi rumah Mary Queen of Scots dan King Robert the Bruce, dan  juga regimen Scottish askar British yang pernah ada di sini.

Lothian, Edinburgh, Old Town dan Edinburgh Castle dilihat dari Calton Hill.
Lothian, Edinburgh, Old Town dan Edinburgh Castle dilihat dari Calton Hill.

Kita kena ada kat sana pada masa yang tepat kalau nak dengar bunyi pistol dilepaskan iaitu pada pukul 1.

Tempahlah lawatan dengan pemandu pelancong dari Portcullis Gate. Jangan lupa bawa kamera untuk menangkap gambar pemandangan dari setiap sudut.


Roman Baths, Bath

Abbey Roman Baths
Abbey Roman Baths I Imej oleh: Eduardo Vieira

Roman Baths, Bath menempatkan banyak kolam renang awam tertua di bandar spa lama Bath.

Roman Baths merupakan salah sebuah kawasan Roman yang paling terpelihara dan sesuai untuk melihat sendiri cara kehidupan lampau di abad pertama AD.

Abbey Roman Baths
Abbey Roman Baths I Imej oleh: Eduardo Vieira

Kita boleh mendapat bonus panduan suara oleh penulis komik travel, Bill Bryson apabila kita berjalan di sepanjang deretan tiang dan melihat Sacred Spring di Aqua Sulis (nama tempat mandi Roman).

Selepas itu, jangan ketinggalan untuk menikmati teh krim yang elegan dengan servis perak dan mendengar muzik klasik secara langsung di tingkat atas Pump Room.

Mandian Bath Roman dipercayai dapat mengubat penyakit mengikut kepercayaan mereka
Mandian Bath Roman dipercayai dapat mengubat penyakit mengikut kepercayaan mereka | Imej oleh: Hulki Okan Tabak

Menghabiskan masa beberapa hari di Bath adalah sangat berbaloi kalau dengannya kita boleh melihat sendiri Royal Crescent yang rapi and Georgian townhouses semasa Jane Austen’s day.

Titanic Belfast, Northern Ireland

Bangunan Titanic Belfast dengan bangunan Harland dan Wolff lama (di mana Titanic dirancang) ketika matahari terbenam pada hari pertama musim panas
Bangunan Titanic Belfast dengan bangunan Harland dan Wolff lama (di mana Titanic dirancang) ketika matahari terbenam pada hari pertama musim panas | Imej oleh: K. Mitch Hodge

Titanic Belfast adalah salah sebuah muzium yang menjadi popular dan menjadi ikon sebuah bandar dengan begitu cepat sekali.

Ia didedikasikan kepada kapal paling popular yang pernah berlayar di dunia.

SS Nomadic & Titanic Belfast | Imej oleh:
SS Nomadic and Titanic Belfast | Imej oleh: Nico Kaiser

Struktur model yang menarik ini terletak di kawasan yang pernah dihuni oleh limbungan Harlan dan Wolff, firma yang dengan bangganya membina kapal Translanti yang malang itu.

Tarikan utama muzium itu adalah penceritaan dari perspektif berbeza. Carilah ilmu tentang kapal adik-beradik White Star Line, RMS Olympic dan HMHS Brittanic.

Living in Industrial Belfast
Sejarah cara hidup di zaman perindustrian Belfast | Imej oleh: Regan Vercruysse

Jangan lupa tentang sejarah maritim Belfast di muzium ini yang merangkumi keluasan seluas 12 000 kaki persegi.

Dari dulu lagi terasa nak melawat United Kingdom. Selalu sangat mendengar tentang keajaiban kota London. Insya Allah suatu hari nanti kalau ada rezeki, 10 tempat ini akan kita lawati.


Cheddar Gorge & Caves

Wenlock Edge

Cheddar Gorge & Caves merupakan salah satu keajaiban semula jadi paling menakjubkan di England, terletak di Somerset.

Ia adalah ngarai batu kapur yang dalam dan curam, terbentuk sejak zaman glasier, dengan pemandangan dramatik dan suasana yang menenangkan.

Wenlock Edge

Tarikan utama di sini termasuk Gough’s Cave dan Cox’s Cave, yang menyimpan formasi stalaktit serta fosil manusia purba dikenali sebagai “Cheddar Man”.

Pengunjung juga boleh mendaki Jacob’s Ladder untuk melihat panorama memukau dari puncak tebing. Selain menjadi destinasi geologi, kawasan ini juga popular untuk aktiviti mendaki, berbasikal dan fotografi.

Cheddar Gorge sesuai untuk pencinta alam dan sejarah.


Wenlock Edge

Wenlock Edge

Wenlock Edge ialah sebuah tebing batu kapur sepanjang lebih 30 kilometer yang terletak di Shropshire, England. Kawasan ini terkenal dengan keindahan semula jadi dan nilai geologi yang tinggi, menjadikannya Tapak Kepentingan Saintifik (SSSI).

Dikelilingi oleh hutan yang subur, Wenlock Edge sesuai untuk aktiviti seperti mendaki, berbasikal, dan pemerhatian alam.

Wenlock Edge

Laluan popular termasuk Shropshire Way dan Jack Mytton Way. Di sepanjang kawasan ini, pelawat boleh menemui tapak bersejarah seperti Wilderhope Manor dan Flounders’ Folly.

Suasana tenang serta pemandangan yang memukau menjadikan Wenlock Edge destinasi ideal bagi mereka yang menggemari aktiviti luar serta warisan semula jadi.

Tags: negara united kingdompeta united kingdomtempat menarik di london
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik di Bukit Tinggi
Pakej Popular

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

  Bukit Tinggi Pahang adalah salah satu destinasi percutian yang menarik di Malaysia. Apakah tempat menarik di Bukit Tinggi berbaloi...

Oleh: Hadi Ghazali
15 Jun, 2026
34.1k
tempat-menarik-di-uzbekistan
Uzbekistan

23 Tempat Menarik Di Uzbekistan Popular

  Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Uzbekistan? Uzbekistan dikenali sebagai Bandar Matahari kerana anda akan dapat melihat...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Mac, 2026
32.8k
Selanjutnya

Komen 9

  1. blank Anonymous says:
    + -

    pakej utk 2 dewasa & 2 kanak..brp harga utk 3h2m

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Minta isikan borang sebutharga

  2. blank alia says:
    + -

    hi nk tya.. pakej mentioned utk 4 hari 3 malam.. tp description kt bwah ‘pakej termasuk penginapan 2 malam di bilik berhawa dingin’.. 1 malam lagi tido mana?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Maaf pemebetulan telah dibuat. Terima kasih atas notis. 😀

  3. blank ainur says:
    + -

    pakej ni untuk berapa org?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Cik nak berapa orang? 🙂

Sebeleum

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my