Apakah tempat menarik di Pontian Johor yang berbaloi dikunjungi?
Pontian adalah sebuah daerah di barat daya Johor, Malaysia. Nama Pontian” berasal dari kata Melayu Perhentian, yang berarti tempat berhenti.
Dalam sejarah Johor, para pelaut yang bepergian ke dan dari Singapura atau Melaka akan berhenti di Sungai Pontian Besar untuk berlindung dari gelombang dan gelora kasar Selat Melaka selama musim monsun.
Jika ingin lihat suasana tersebut, Kawasan Kukup adalah tempatnya. Desa nelayan ini memiliki rumah-rumah yang berdiri di atas tiang di atas rawa-rawa bakau.
Anda dapat berjalan-jalan di sekitar desa menggunakan jembatan kayu atau beton yang dibangun di atas tiang di atas lumpur.
- Lihat Pakej Percutian di Johor Baharu
- Lihat Penginapan Terbaik di Pontian Johor
- Lihat Aktiviti Terbaik di Johor Bahru
- Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor
- Lihat Peta Percutian di Pontian Johor
Berikut adalah beberapa tempat menarik di Pontian:
Nictar Pineapple Farm

Pontian pernah menjadi lokasi pengeluaran buah nanas yang utama sekitar tahun 1960. Oleh itu Nictar Pineapple Farm seluas 2.83 hektar telah dibuka pada tahun 2020 agar orang ramai dapat melihat ladang nanas.
Pengunjung dapat menyaksikan 12 jenis nanas yang ditanam serta mendapatkan produk nanas seperti jus, jem, kuih tart dan nanas kering.
Menariknya bangunan di sekitar ladang ini dibina menggunakan barangan kitar semula! Lokasi ini dibuka setiap hari pada jam 9 pagi hingga 5 petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | PTD 10822, Batu 24, 81500 Pekan Nanas, Johor
Taman Agroteknologi Nanas Alor Bukit

Taman agroteknologi yang diuruskan oleh lembaga Pembangunan Nanas Malaysia (LPNM) ini dibuka kepada orang ramai secara percuma untuk menunjukkan aktiviti berkaitan tanaman nanas.
Contohnya pengunjung boleh melihat produk berasaskannya seperti benang serat nanas dan kopi nanas.
Apabila berkunjung ke sini anda boleh melakukan hands-on tanaman nanas, hands-on pembiakan benih nanas melalui teknik penyukuan, merasai buah nanas, melihat demonstrasi penghasilan kertas dan benang nanas serta melawat galeri nanas.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Kampung Melayu Raya, Pekan Nanas, Johor
Selera Tradisi Catering

Restoran yang dibuka seawal jam 11.30 pagi hingga 10 malam ini menjadi pilihan utama setiap pengunjung yang datang ke Pontian.
Selera Tradisi Catering begitu unik kerana menyajikan makanan tradisional Bugis yang pasti sukar untuk ditemui di restoran lain.
Di sini anda boleh menikmati hidangan burasak, lepat loi, lontong, serunding, kari daging, asam pedas dan banyak lagi.

Burasak dan lepat loi merupakan menu yang wajib anda cuba apabila menjamu selera di sini.
Untuk burasak, lepat loi dan ketupat akan dihidangkan terus di atas meja anda dan anda hanya perlu membayar jumlah yang dimakan sahaja.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:30am – 10:00pm | No 290-A, Tkt Bawah, Jln. Alsagoff, Kampung Atap, 82000 Pontian, Johor
Laman Diraja Pontian

Laman Diraja Pontian dijadikan sebagai tempat rekreasi awam dengan pemandangan pinggir laut Pontian.
Warga tempatan sering berkunjung ke sini untuk senaman aerobik dan jogging. Selain menjadi selesa untuk beriadah, taman rekreasi ini turut mempunyai gerai makanan yang beroperasi pada waktu petang hingga malam.
Taman rekreasi yang dirasmikan pada tahun 2015 ini turut dihiasi dengan ikon mahkota yang seakan di Istana Bukit Serene.
Antara taman rekreasi yang terdapat di Pontian adalah Taman Rekreasi Tampok Laut dan Taman Rekreasi Sungai Rambah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Osman, Kampung Dalam, 82000 Pontian, Johor
Kopi Tenggek

Bagi pencinta kopi, anda pasti teruja untuk menikmati hidangan kopi tenggek yang sering menjadi buah mulut warga Pontian.
Kopi Tenggek Tanjung Piai begitu popular sehingga kafe ini turut dikunjungi oleh Sultan Ibrahim pada 18 Mac 2024.
Pengusaha kopi tenggek mendapat inspirasi untuk memperkenal kopi tenggek apabila beliau berkunjung ke Vietnam sepuluh tahun yang lepas.
Anda boleh menikmati kopi tenggek bersama keropok lekor, char kuey teow kebontang, nasi goreng kebontang, popia otak-otak dan banyak lagi. Kafe ini dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 4:30pm | Kampung Serkat Laut, 82300 Kukup, Johor
Taman Negara Tanjung Piai

Taman Negara Tanjung Piai yang telah diiktiraf sebagai Tapak Ramsar atau Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa pada tahun 2003.
Taman negara yang dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang ini berkeluasan 325 hektar dan merupakan taman negara yang terkecil di Johor.
Namun begitu ia sering menjadi destinasi pencinta alam untuk melihat keindahan spesies bakau yang menghiasi kawasan ini.
Taman negara ini dilengkapi dengan kemudahan laluan penjalan kaki berkembar sepanjang 1.2 km, galeri maklumat, dewan seminar dan tapak perkhemahan.
Anda juga boleh ke Taman Negara Pulau Kukup untuk bergambar di Pelantar Berongan yang ikonik.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:30pm | Taman Negara Johor Tanjung Piai Mukim, 82030 Kukup, Johor
Uncle Tan Orchard Stingless Bee Farm

Di ladang Uncle Tan ini anda boleh mengenali spesies lebah serta 26 jenis tanaman buah-buahan tempatan yang ditanam secara organik.
Di ladang ini anda berpeluang untuk melakukan beberapa aktiviti seperti mengumpul madu daripada sarang lebah, membuat seni dan kraf menggunakan sumber alam.
Selain itu terdapat produk yang dihasilkan di ladang ini iaitu madu, balm, pokok hiasan, bee pollen dan propolis.
Pada musim buah pula, terdapat buah durian, buah naga, pisang, manggis, pulasan, langsat dan banyak lagi yang dijual kepada pengunjung ladang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Lot 569, Lorong Parit Bilal Laut, Jalan Kukup, 82000 Rambah, Johor
Memorial Daeng Haddadek Seri Saleiwangeng

Lokasi memorial yang berada di Sungai kuali ini merupakan khazanah warisan masyarakat Bugis yang begitu berharga.
Pada tahun 2010 rumah baru telah dibina dengan rekabentuk yang sama bagi menggantikan rumah asal yang terpaksa dirobohkan kerana dimakan anai-anai.
Rumah yang menelan belanja RM2.5 Juta ini dibina menggunakan kayu belian dan tanpa sebarang paku.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Serkat, Kampung Serkat Barat, 82300 Kukup, Johor
Pekan Kukup ‘’Kukup Fishing Village’’

Pekan Kukup dikenali dengan keunikan perkampungan nelayan di atas air yang meriah dengan aktiviti penduduk.
Penduduknya aktif dalam menghasilkan produk kraftangan dan makanan kering seperti keropok, ikan masin serta belacan yang turut menjadi sumber pendapatan mereka selain aktiviti menangkap hasil laut.
Di sini anda boleh melihat kelong-kelong ikan di tengah laut, melihat pemandangan Pulau Kukup dan menikmati hidangan makanan laut yang segar.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 74 Kukup Laut, 82300 Kukup, Johor
Muzium Bugis

Muzium Bugis telah dibina pada tahun 1982 sebagai Warisan bugis dan telah diisytiharkan sebagai muzium bugis pertama di Malaysia pada 26 Julai 1994.
Muzium ini telah menarik pelancong daripada luar negara iaitu Gabenor Sulawesi Selatan Indonesia pada tahun 2016.
Anda boleh melihat pameran barang dapur, pakaian tradisional, alat perhiasan, keris dan senjata tahun 1617 hingga 1836 yang digunakan oleh pahlawan Bugis.
Muzium yang dibuka secara percuma buat pengunjung ini turut mempamerkan alat muzik, mata wang dan pengangkutan laut etnik Bugis.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 6:00pm | Muzium Bugis, Kampung Rambah, 82000 Rambah, Johor
Bersambung…



