fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sarawak

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Sibu Sarawak [LAKSA SARAWAK]

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
15 Februari, 2023
Kategori: Pakej Sarawak
Masa Bacaan: 3 mins read
522 12
A A
5
Tempat-Menarik-di-Sibu
33.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO PROMO PROMO
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Sibu Sarawak sebuah bandar yang sangat menarik dengan kepelbagaian rasa masakan, tempat bersejarah dan kaya dengan warisan budaya, destinasi yang harus dilawati.

Sibu adalah sebuah bandar pedalaman di wilayah tengah Sarawak, terletak di Borneo dan meliputi kawasan seluas 129.5 kilometer persegi.

Pakej Sabah Pakej Sabah Pakej Sabah
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Di sepanjang Sungai Rajang, Sibu adalah sebuah bandar dengan majoriti Cina.

Sibu menjadi tuan rumah kepada beribu-ribu pelancong yang datang setiap tahun dan juga sebagai pintu masuk untuk mereka menerokai ‘Sungai Rajang Atas’ di mana pelancong boleh menemui banyak khazanah dan rumah panjang Iban serta Orang Ulu di sepanjang tebingnya.

Pakej-Percutian-Promosi-Kuching-Sarawak

  • Lihat Penginapan Terbaik di Sibu
  • Lihat Aktiviti Menarik di Sibu
  • Lihat Peta Percutian di Sibu

Pin

  • 1 Pasar Besar Sibu
  • 2 Pusat Warisan Sibu
  • 3 Kuil En Ann Tua Pek Kong
  • 4 Muzium Peringatan Hospital Lau King Howe
  • 5 Taman Jubli Bukit Aup
  • 6 Taman Memorial Wong Nai Siong
  • 7 Taman Alam Bukit Lima
  • 8 Taman Angsa Lin
  • 9 Laksa Sarawak di Sibu
  • 10 Menikmati Keenakkan Mi Kampua
Mari lihat perkara popular untuk dilakukan di Sibu yang pastinya menyeronokkan.


Pasar Besar Sibu

Sibu-Central-Market-Ching-S-Loo
Sibu Central Market | Imej oleh: Ching S Loo

Sibu Central Market: Pasar yang terletak di Jln Channel ini mula dibina pada tahun 1996 dan menjadikannya sebagai pasar yang terbesar dan paling meriah di Sarawak.

Pelbagai barangan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, daging, barangan harian serta makanan dan minuman yang boleh didapati di sini.

Tidak rugi untuk anda singgah di sini bagi melihat orang Iban menjalankan operasi jual beli barangan eksotik, hasil hutan dan kraftangan mereka.

Pasar-Besar-Sibu-Justine-Francis
Pasar Besar Sibu | Imej oleh: Justine Francis

Keunikan barangan yang dijual di sini pasti tidak dapat dibayangi dan agak sukar untuk didapati di Semenanjung Malaysia!

Pada waktu malam anda boleh ke Pasar Malam Sibu yang terletak antara Jln Lintang dan Jln Bengkel yang beroperasi pada jam 5 petang sehingga 10 malam.

Ia diibaratkan sebagai syurga ‘street food’ di Sibu yang menawarkan pelbagai kuih-muih, pastri, dim sum, BBQ dan banyak lagi menu menarik untuk dinikmati.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 12:00pm | Jln Channel, Pekan Sibu, 96000 Sibu

Pusat Warisan Sibu

Muzium-Budaya-Warisan-Sibu-Mohd-Azri
Sibu Heritage Centre | Imej oleh: Mohd Azri

Sibu Heritage Centre: Pusat warisan yang terletak di bekas bangunan Majlis Perbandaran Sibu ini sesuai dilawati untuk mengetahui tentang warisan budaya dari pelbagai kumpulan etnik di Wilayah Tengah.

Pakej Surabaya Pakej Surabaya Pakej Surabaya
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Kekayaan budaya mereka boleh dilihat melalui koleksi artifak, barangan antik, koleksi gambar, koleksi porselin Cina serta pameran kebudayaan daripada etnik Rejang.

Muzium-Budaya-Warisan-Sibu-Muhd-fuad
Muzium Budaya Warisan Sibu | Imej oleh: Muhd Fuad

Pusat warisan yang menelan belanja sekitar RM1.3 juta ini turut menempatkan kisah kemunculan pendatang Cina dari pelbagai kumpulan dialek dan suku kaum terawal di sini.

Tambahan lagi ia turut menempatkan tengkorak tulen sebagai simbolik kepada pahlawan suku dahulu. Pusat warisan ini beroperasi setiap hari seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang kecuali pada hari isnin dan cuti perayaan di Malaysia.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | 18 2, Jalan Central, Pekan Sibu, 96000 Sibu

Kuil En Ann Tua Pek Kong

Tua Pek Kong Temple
Tua Pek Kong Temple | Imej oleh: Wojtek-Błaszczyk

Tua Pek Kong Temple: Kuil En Ann Tua Pek Kong yang sudah dibangunkan sekitar 100 tahun yang lalu merupakan kuil Cina yang tertua dan paling terpelihara di Sibu!

Tambahan lagi bahan binaan dan dewa tuan rumah turut diimport dari China. Kuil yang berkonsepkan seni bina Tao ini bertambah menarik dengan adanya pagoda 7 tingkat (7-storey Goddess of Mercy Pagoda), ruang pameran objek sejarah seperti gambar, majalah, dan piring percetakan kayu.

Kuil En Ann Tua Pek Kong
Kuil En Ann Tua Pek Kong | Imej oleh: Fatt Chong Jong

Pendakian ke puncaknya untuk melihat matahari terbenam begitu berbaloi kerana anda bukan sahaja dapat menghayati panorama matahari terbenam malah boleh menikmati keindahan Sungai Rajang.

Antara kuil yang boleh dilawati di sekitar Sibu adalah Kuil Yu Lung San Tien En Si (Jade Dragon Temple) yang merupakan kompleks kuil terbesar di Malaysia yang menjadi rumah keagamaan bagi Buddhisme, Taoisme dan Konfusianisme.

Pakej Osaka Pakej Osaka Pakej Osaka
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Dibuka 24 Jam | Jln Temple, 96000 Sibu

Muzium Peringatan Hospital Lau King Howe

Muzium Peringatan Hospital Lau King Howe
Muzium Peringatan Hospital Lau King Howe

Lau King Howe Hospital Memorial Museum: Muzium ini merupakan muzium yang berkisarkan sejarah perubatan yang pertama di Malaysia.

Sejarah awalnya bermula pada tahun 1931, ketika itu Mr.Lau King Howe membina Hospital Lau King Howe yang menjadi satu-satunya hospital yang wujud di Sibu.

Lau King Howe Hospital Memorial Museum
Lau King Howe Hospital Memorial Museum

Sehinggalah pada awal tahun 80-an Hospital Sibu mula beroperasi dan menyebabkan Hospital Lau King Howe menerima kurang pesakit dan kian dilupakan masyarakat.

Seterusnya hospital tersebut berhenti beroperasi dan dibaikpulih sebagai muzium bagi memperingati jasa Mr. Lau King Howe yang telah memberi sumbangan yang besar kepada masyarakat tempatan pada masa lampau.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Jalan Lau King Howe, 96000 Sibu

Taman Jubli Bukit Aup

Bukit Aup Jubilee Park
Bukit Aup Jubilee Park | Imej oleh: Elijah Ting

Bukit Aup Jubilee Park: Taman rekreasi yang pernah menyadang anugerah Pemenang Pertandingan Landskap Kebangsaan Taman Awam 1998 ini begitu menarik untuk dikunjungi.

Taman yang berkeluasan 24 ekar ini menyediakan sebuah menara tinjau untuk membolehkan pengunjung melihat pemandangan ladang, rumah panjang dan Sungai Igan.

Taman Jubli Bukit Aup
Taman Jubli Bukit Aup | Imej oleh: Hung Siong Yii

Menariknya tentang menara yang terletak di puncak 59m itu kerana ia sering dikunjungi oleh orang Iban tempatan untuk mengadakan persembahan yang dipanggil ‘miring’ untuk memohon bantuan daripada roh Naga Bari.

Menurut kepercayaan  masyarakat Iban, Naga Bari merupakan seorang puteri Iban yang cantik dan sering menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Tambahan lagi, di sini turut terdapat Kolam Naga Bari yang mana air nya tidak pernah kering dan dipercayai dapat membantu pasangan yang menginginkan zuriat. Jom singgah ke sini untuk mengetahui lebih banyak sejarahnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 7:00pm | 9R4G+QV Pekan Sibu, Sibu, Sarawak

Taman Memorial Wong Nai Siong

Wong-Nai-Siong-Memorial-Garden
Wong Nai Siong Memorial Garden | Imej oleh: Mark Lee

Wong Nai Siong Memorial Garden: Jejak Warisan Sibu mula dilancarkan pada tahun 2012 dan turut meliputi Taman Memorial Wong Nai Siong yang terletak di Jalan Sungai Merah.

Taman peringatan ini dibina bagi memperingati seorang pemimpin revolusi China dan pendidik dari daerah Minqing di Fuzhou iaitu Wong Nai Siong.

Beliau merupakan orang yang bertangungjawab membawa penduduk dari wilayah Fujian China untuk berhijrah ke Sibu serta menyediakan penempatan baru untuk mereka.

Taman-Memorial-Wong-Nai-Siong-susana
Kemeriahan lampu malam di Taman Memorial Wong Nai Siong | Imej oleh: Susana

Sungai Merah yang menjadi penempatan awal mereka ini turut dipulihkan dengan menambah landskap bagi menarik orang ramai untuk berkunjung ke sini untuk melihat patung yang diperbuat daripada gangsa.

Anda juga boleh melawat ke Taman Peringatan Hoover (Hoover Memorial Garden) bagi mengetahui sejarah pendeta asing pertama di Sibu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 9:00pm | 3, Jln Wong Ting Hock, Sungai Merah, 96000 Sibu

Taman Alam Bukit Lima

Bukit Lima Nature Reserve
Bukit Lima Nature Reserve

Bukit Lima Nature Reserve: Taman rimba yang terletak di tengah-tengah bandar Sibu ini sering menjadi tumpuan warga tempatan dan pengunjung luar untuk melakukan aktiviti riadah dan bersantai bersama ahli keluarga serta rakan-rakan.

Kebanyakkan orang ramai datang ke sini bagi merasai suasana hutan kerana di sini terdapat denai kayu yang disediakan untuk berjalan atau berjoging di kawasan hutan paya gambut yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna.

Titian denai sebahagian daripada perjalanan 3.2km merentasi Taman Alam Bukit Lima
Titian denai sebahagian daripada perjalanan 3.2km merentasi Taman Alam Bukit Lima

Taman ini turut menjadi habitat kepada 39 spesies burung seperti barbets, babblers, flowerpeckers, broadbill, sunbirds dan bulbuls.

Ia turut menjadi rumah kepada 8 spesies mamalia yang terdiri daripada musang Malaya, rusa Sambar, tupai Gergasi, tupai Plaintain, Cerut Pokok, Tenggiling, Kukang lambat dan kera ekor panjang. Jom rasai pengalaman berinteraksi dengan hidupan liar di kawasan hutan paya gambut ini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Dibuka 24 Jam | Jln Sentosa, Fasa 2, 96000 Sibu

Taman Angsa Lin

Lins-Swan-Garden-Lance-Lee
Lins Swan Garden | Imej oleh: Lance Lee

Lin’s Swan Garden: Taman yang dibina hasil usaha sama antara Majlis Perbandaran dan Persatuan Puak Lin mula dibuka kepada orang ramai pada 24 Julai 2005.

Taman yang menempatkan Patung Angsa ini adalah lokasi wajib apabila berkunjung ke Sibu kerana angsa merupakan simbolik kepada Sibu yang membawa maksud kepesatan pembangunannya.

Taman-Angsa-Lin-ong-weyjuo
Taman Angsa Lin | Imej oleh: Ng Weyjuo

Tambahan lagi, kedudukan patung angsa yang menghadap ke selatan turut memberi makna kepada keamanan dan kemakmuran Sibu.

Di sekelilingnya turut dihiasi dengan 12 haiwan zodiak dan 8 angsa dengan gaya yang berbeza. Anda juga boleh bergambar di mercu tanda Sibu iaitu Pintu Gerbang Sibu yang terletak berhampiran dengan taman ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Dibuka 24 Jam | Lebuh Tanah Mas, Pekan Sibu, 96000 Sibu

Laksa Sarawak di Sibu

Laksa-Sarawak-Aloha-Corner-Andrian-Wong
Laksa Sarawak Aloha Corner | Imej oleh: Andrian Wong

Jika anda ke utara Semenanjung Malaysia pasti menikmati Laksa Penang, singgah ke Pantai Timur menjamu selera dengan Laksam Kelantan, memandu ke Selatan dihidangkan dengan menu Laksa Johor.

Boleh dikatakan laksa ini sebagai hidangan yang wajib dinikmati apabila anda berkunjung ke Malaysia! Di bahagian Malaysia Barat ini anda bakal dihidangkan dengan menu Laksa Sarawak pula.

Laksa-Sarawak-Mas-Corner-Cafe-2000-Ridhwan-Shokri
Laksa Sarawak Mas Corner Cafe 2000 | Imej oleh: Ridhwan Shokri

Keistimewaan laksa ini adalah kerana ia dihidangkan bersama sup kari, sambal belacan, perahan limau nipis, taburan cebisan telur goreng, hirisan ayam dan udang.

Laksa Sarawak ini boleh didapati di Aloha Corner yang terletak di Jalan Keranji dan beroperasi seawal jam 6.00 pagi sehingga 9 malam.

Anda juga boleh menikmati laksa ini di Mas Corner Cafe (2000) yang terletak di Kampung Datu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:00am – 9:00pm | Jalan Keranji, Pekan Sibu, 96000 Sibu

Menikmati Keenakkan Mi Kampua

Mi-Kampua-YS-Cafe-Alcasey-Reacher
Mi Kampua YS Cafe | Imej oleh: Alcasey Reacher

Mencari menu istimewa di Sibu? Kunjungan ke Sibu pasti tidak bermakna jika anda tidak mencuba  menu tradisional masyarakat Foo Chow iaitu Mi Kampua.

Mi Kampua ini seakan-akan mi goreng yang direbus dan dicampur dengan kicap cair, kicap pekat, sos dan minyak bawang merah.

Hidangan ini kebiasaan turut disertakan dengan menu daging, sayur dan kuah sup bagi membangkitkan selera pengunjung.

YS-Cafe-Menu-nor-farahiah-ibrahim
Pelbagai menu menarik boleh ditemukan di YS Cafe Sibu ini | Imej oleh: Nor Farahiah

YS Cafe merupakan antara restoran yang terkenal dalam menyajikan menu ini dan mendapat tempat dihati warga Sibu itu sendiri.

YS Cafe yang terletak di Bangunan Hamimas ini beroperasi seawal jam 8.00 pagi sehingga 4.30 petang. Antara restoran yang turut terkenal dalam penyediaan menu ini adalah Suraya Cafe yang terletak di Pasar Sentral Sibu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am- 4:30pm | Kampung Nangka, 96000 Sibu

Anda ada sebarang cadangan tempat menarik di Sibu Sarawak yang belum kami senaraikan? Sila kongsikan diruang komen.

Bersambung…

Pakej-Percutian-Promosi-Kuching-Sarawak

Tags: 800hotel sibulaksa sibupakej sibupercutian sibu
Pakej Eropah 6 Negara Pakej Eropah 6 Negara Pakej Eropah 6 Negara
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat makan menarik di kuching sarawak
Pakej Sarawak

15 Tempat Makan di Kuching Sarawak Popular

  Kuching adalah ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Salah satu tarikan utama di Kuching adalah...

Oleh: Hasrul Wayne
29 Ogos, 2023
23.2k
Longhouse Sarawak
Pakej Sarawak

50+ Aktiviti, Tempat Makan & Tempat Menarik di Kuching Sarawak Popular [PANDUAN LENGKAP]

  Apakah tempat menarik di Kuching Sarawak yang berbaloi dilawati? Ada tempat makan yang sedap di Kuching atau adakah aktiviti...

Oleh: Hasrul Wayne
23 Julai, 2023
38.8k
Selanjutnya
4.7 3 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
5 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej-Osaka

REKOMEN

Bohey-dulang-semporna

Bohey Dulang: Gunung Berapi Misteri di Semporna Sabah

30 November, 2023
10.9k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
64.1k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
30k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
55.8k
tempat-menarik-di-sungai-petani

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah [TERKINI]

22 Ogos, 2023
42.6k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
21.8k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
5
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas