Apakah tempat-tempat menarik di Turki? Turki adalah sebuah negara yang begitu menarik sekali terutamanya dari sudut pelancongan.
Negara ini padat dengan sisa-sisa monumen-monumen purba, yang mana adalah kesan tinggalan pelbagai sisi penaklukan dan penjajahan.
Manakala pemandangan semulajadi di sini amat memukau perhatian bagi tiap mata yang memandang.Tidak salah untuk mengatakan bahawa Turki adalah sebuah destinasi pelancongan yang mesti dikunjungi, ianya amat mempesonakan malah keindahannya mampu merentasi benua Asia dan Eropah.
Budayanya yang penuh bertenaga, masakan-masakannya yang terkenal dan keagungan sejarahnya pasti mengkagumkan kepada sesiapa yang meneroka ke sini.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 3 Pemandangan suasana aktiviti harian di Istanbul Turki](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/03/Pemandangan-suasana-aktiviti-harian-di-Istanbul-Turki-684x1024.jpg)
Manakala landskapnya yang gemilang – dari kawasan Mediterranean yang disinari matahari kepada gunung-gunung yang tinggi serta padang rumput yang gersang – adalah kemuncak keindahannya yang tersendiri.
Tidak kiralah anda sekadar ingin berkunjung ke Byzantine dan juga melihat kegemilangan empayar Uthmaniyyah di Istanbul, atau untuk beristirehat di pantai.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 4 Lantern di Bazar](http://wpfc.ml/b.gif)
Merentasi kegemilangan sejarah kota melalui runtuhan seperti Ephesus atau melihat sebahagian panorama dunia indah di Pamukkale atau Cappadocia, negara ini boleh dikatakan sebagai sebuah pusat tarikan yang sungguh luar biasa.
Pin
Oleh itu, mari kita lihat apakah tempat menarik di Turki yang paling popular anda boleh kunjungi:
Hagia Sophia: Pengubah Sejarah Senibina
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 6 Muzium Hagia Sophia](http://wpfc.ml/b.gif)
Terkenal sebagai salah satu bangunan yang paling indah di dunia, kegemilangan Byzantine yang mempesonakan, iaitu Muzium Aya Sofya (Hagia Sophia) bukan sekadar pusat tarikan untuk bersiar-siar terutama di Istanbul, malahan ia adalah antara yang terkemuka di seluruh Turki.
Dari tarikh siap dibina pada tahun 537 hingga 1453, ia berkhidmat sebagai katedral Ortodoks Timur dan tempat duduk Patriarch Ekumenikal Constantinople. Di antara 1204 dan 1261, ia ditukarkan oleh Tentara Salib Keempat ke katedral Romawi Katolik di bawah Kekaisaran Latin.
Bangunan itu kemudiannya diubah menjadi masjid Uthmaniyyah dari 29 Mei 1453 hingga 1931. Kemudian dipelopori dan dibuka sebagai muzium pada 1 Februari 1935.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 7 Bekas katedral patriarki Kristian Ortodoks Yunani](http://wpfc.ml/b.gif)
Bahagian luarannya bangunan ini yang disokong oleh menara-menara besar dan indah, yang ditambahkan selepas penaklukan Uthmaniyyah manakala frekso dalamannya yang begitu mewah mengingatkan kepada kekuatan dan kekuasaan Constantinople pada masa dulu.
Pada tahun 2014 Hagia Sophia adalah muzium kedua yang paling banyak dikunjungi di Turki, menarik hampir 3.3 juta pengunjung setiap tahun.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Sultan Ahmet, Ayasofya Meydanı No:1, 34122 Fatih/İstanbul
Ephesus: Tujuh Keajaiban Dunia Purba
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 8 Runtuhan Perpustakaan Ephesus](http://wpfc.ml/b.gif)
Sebuah lokasi yang tidak boleh dilepaskan, cebisan-cebisan kehancuran yang besar di Ephesus ini terkandung sebuah bandar yang dipenuhi monumen-monumen besar dan juga jaluran jalan-jalan marmar yang istimewa.
Lokasi pelancongan ini terkenal dengan Temple of Artemis dan merupakan salah satu daripada 7 keajaiban dunia purba.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 10 Ephesus](http://wpfc.ml/b.gif)
Merupakan salah satu bandar paling lengkap, akan kota-kota Rom yang masih berdiri kukuh, ini merupakan lokasi yang perlu dikunjungi untuk merasai suasana kehidupan semasa zaman kegemilangan Empayar Rom di zaman dahulu.
Bandar ini dimusnahkan oleh Goths pada 263, dan walaupun dibina semula ia sebahagiannya dimusnahkan oleh gempa bumi pada AD 614.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Atatürk Mah, Uğur Mumcu Sevgi Yolu No: 26, 35920 Selçuk/İzmir
Cappadocia: Kerajaan Alexander the Great
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 11 Chimneys pembentukan batu berhampiran Göreme, di Cappadocia](http://wpfc.ml/b.gif)
Lembah-lembah batuan Cappadocia ini adalah pemandangan impian bagi para jurugambar dan kaki swafoto.
Rabung-rabung bukit dan juga puncak-puncaknya adalah rumah kepada alunan panorama batuan seperti sebuah gelombang nyata yang aneh, yang terbentuk oleh ribuan mahupun jutaan hakisan air dan angin.
Dan, jika anda merasa lelah untuk mendaki bagi melihat pemandangan indah ini, percaya atau tidak, anda sangat beruntung kerana di sini adalah antara destinasi terkenal di dunia untuk aktiviti menaiki belon udara panas.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 13 Ancient town and castle of Uchisar dug mountains, Cappadocia at night, Turkey](http://wpfc.ml/b.gif)
Jika pemandangan lunar yang terpampang di hadapan anda gagal menggoda anda, terletak di lembah-lembah mereka adalah fresko gereja-gereja batu – potongan daripada era Byzantine yang menjadi tapak penting Kristian yang terawal.
Pastinya unik untuk mengenali Turki sebagai negara Islamik namun kaya dengan sejarah agama Kristian juga.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Resul Bey Sk., 50650 Ortahisar/Ürgüp/Nevşehir
Topkapi Palace: Gerbang Meriam Sultan Uthmaniyyah
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 14 Istana Baru Mehmed the Conqueror](http://wpfc.ml/b.gif)
Saya rasakan ini adalah tempat menarik di Turki yang paling tinggi di kunjungi. Lawatan ke Istana Topkapi ini seakan-akan membawa anda ke dunia fantasi, dunia mewah akan kehidupan sultan atau raja-raja.
Di sinilah terukirnya kerajaan pimpinan era Uthmaniyyah yang begitu kuat, yang mana kemudiannya berkembang ke Eropah terus ke Timur Tengah dan Afrika.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 15 Dewan Imperial dengan takhta sultan](http://wpfc.ml/b.gif)
Bahagian dalamnya dipenuhi dengan jubin-jubin indah dan hiasan-hiasan mewah yang merupakan satu gambaran yang mempesonakan akan tapak kekuasaan kerajaan Uthmaniyyah ini.
Kompleks istana terdiri daripada empat halaman utama dan banyak bangunan yang lebih kecil boleh dijumpai.
Ahli keluarga wanita Sultan tinggal di Harem, dan pegawai negeri terkemuka, termasuk Wazir Besar, mengadakan pertemuan di bangunan Majlis Imperial.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Cankurtaran, Sultanahmet Square, Gülhane Parkı, 34122 Fatih/İstanbul
Pamukkale: Istana Kapas Yang Mengalir
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 16 Pamukkale](http://wpfc.ml/b.gif)
Pamukkale, yang bermaksud “istana kapas” dalam bahasa Turki, adalah tapak semula jadi di Denizli di Turki barat daya. Kawasan itu diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO World Heritage Site.
Terkenal sebagai salah satu keajaiban alam semulajadi yang paling popular di Turki, teres-teres Travertine Putih yang asli di Pamukkale ini kelihatan seperti satu landaian padang salji yang terletak di tengah-tengah landskap hijau.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 17 Pamukkale-Runtuhan Rom dan muzium yang dipelihara dengan baik](http://wpfc.ml/b.gif)
Meskipun travertine itu sendiri adalah tarikan utama lawatan ke sini, runtuhan Hierapolis Rom yang terletak di bahagian atas bukti kalsit ini merupakan satu lagi sebab untuk berkunjung ke sini.
Artefak di ruang pameran terbuka kebanyakannya marmar dan batu. Bandar Tamadun iaitu Hierapolis kebanyakkanya telah pecah menjadi runtuhan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Pamukkale Mh, Menderes Cd. No:52, 20190, 20190 Pamukkale/Denizli
Sumela Monastery: Tinggalan Maharaja Theodosius
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 18 Sumela Monastery tinggalan Tamadun Greek di Melá Mountain](http://wpfc.ml/b.gif)
Dengan suasana sepinya yang begitu menakjubkan, yang mana dibina jauh ke dalam tebing, Sumela Monastery (Biara Sumela) ini merupakan tarikan utama bagi pengunjung di sepanjang pantai Laut Hitam.
Terletak di tebing yang curam di ketinggian kira-kira 1,200 meter (3,900 kaki) yang menghadap lembah Altındere, ia adalah tempat yang mempunyai sejarah dan budaya yang penting, serta tarikan pelancong utama di Taman Negara Altındere.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 19 Menaiki tangga di Sumela Monastery](http://wpfc.ml/b.gif)
Berjalan-jalan di sekitar tinggalan lama kompleks agama ini adalah satu kemestian yang tidak boleh dilepaskan apabila anda membuat lawatan jauh ke kawasan timur laut Turki.
Ini kerana, pemandangan dalaman gereja ini terkandung lukisan-lukisan dinding yang sangat indah dan tampak bertenaga yang mesti dipahat dalam memori sesiapa sahaja yang datang berkunjung.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Altındere, 61750 Maçka/Trabzon, Turkey
Mount Nemrut: Tinggalan Empayar Raja Antiochus
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 20 Kepala-kepala Patung Kepercayaan Kuno Nemrut](http://wpfc.ml/b.gif)
Gunung Nemrut atau Nemrud adalah gunung berukuran 2,134 meter (7,001 kaki) di tenggara Turki, yang terkenal di puncak dimana beberapa patung besar didirikan di sekitar makam diraja dari abad ke-1 SM.
Kawasan bukit pengebumian ini dipenuhi dengan sisa-sisa pecahan yang bertaburan di sekitarnya akan patung-patung gergasi yang kononnya menjadi penjaga tempat ini, yang mana mungkin sekali adalah tapak arkeologi yang paling pelik di Turki.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 21 Pemandangan Indah Pergunungan Nemrud](http://wpfc.ml/b.gif)
Patung gergasi besar tanpa kepala akan dewa-dewa purba memandang ke arah puncak Gunung Nemrut, mewujudkan suasana seram apabila berada di puncaknya.
Terus terang ini adalah tempat menarik di Turki yang paling misteri dan menyeramkan. Pada tahun 1987, Gunung Nemrut telah dijadikan Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Nemrut Dağı Yolu, 02000 Kayadibi/Kâhta/Adıyaman
Ani Harabeleri Si Bandar Armenia Zaman Pertengahan Yang Hancur
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 22 Ani Yang Sepi & Tenang](http://wpfc.ml/b.gif)
Tempat menarik di Turki yang seterusnya adalah berlatarbelakangkan bangunan-bangunan terbiar bandar lama dilaluan Silk Road yang begitu berkuasa di Ani ini terletaknya di dataran berhampiran dengan sempadan moden Turki dengan Armenia.
Pernah sekali menjadi ibu negara Armenia, zaman keemasan Ani berakhir pada abad ke-14 selepas serbuan Mongolia, kemusnahan akibat gempa bumi dan juga laluan perdagangan yang mana kesemuanya memainkan peranan dalam kejatuhan dan kemunduran bandar ini.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 23 Ani Harabeleri, Kars, Turki](http://wpfc.ml/b.gif)
Runtuhan bangunan batu bata merah yang indah dan terletak jauh di tengah-tengah padang rumput pastinya memberikan kesan yang memukau kepada semua yang datang melawat.
Jangan lepaskan peluang untuk melihat akan Church of the Redeemer atau Church of St Gregory iaitu gereja yang mana dibina dengan tinggalan batu-batuan dan fresko yang rumit yang mana masih kelihatan di sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Şehitler, Şehitlik Caddesi No:87, 36000 Ocaklı/Kars Merkez/Kars
Aspendos: Bandar Kuno di Pamphylia, Asia Kecil
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 24 Aspendos terkenal dengan teater terbaik yang dipelihara di zaman dahulu](http://wpfc.ml/b.gif)
Terletak di selatan Antalya, Teater Rom iaitu Aspendos ini meraikan kebesaran dan majlis kepimpinan Marcus Aurelius.
Ianya dianggap sebagai contoh terbaik akan teater klasik dunia yang masih elok, yang mana mengekalkan tarikan bertaraf bintang akan sesuatu yang begitu antik sekali.
Ia secara berkala dibaiki oleh Seljuqs, yang menggunakannya sebagai caravanserai (kawasan rehat pengembara karvan), dan pada abad ke-13 bangunan panggung diubah menjadi istana oleh Seljuqs Rum.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Sarıabalı, 07500 Serik/Antalya
Bodrum dan Fethiye: Pusat Yacht Mediterranean
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 25 Wilayah Aegean barat daya Turki](http://wpfc.ml/b.gif)
Di kawasan Pantai Mediterranean Turki ini ada banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Namun bagi kebanyakan orang, ianya adalah untuk berjemur di bawah sinaran matahari sambil menikmati pemandangan pantai yang indah.
Namun, apa yang pasti adalah pelayaran di atas kapal layar merupakan aktiviti nombor satu bagi pelancong yang datang ke Bodrum dan Fethiye.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 26 bandar pelabuhan di Wilayah Muğla](http://wpfc.ml/b.gif)
Cerun curam akan rimbunan hutan, teluk tersembunyi yang dipenuhi pasir putih, dan juga ratusan pulau-pulau yang berselerakan adalah lokasi terbaik untuk penerokaan melalui jalan laut.
Untuk pengetahuan anda juga, Bandar ini dipanggil Halicarnassus Caria pada zaman purba dan terkenal dengan perumahan Mausoleum Mausolus, salah satu Tujuh Keajaiban Dunia Kuno.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Eskiçeşme, 48400 Bodrum/Muğla
Bergama Pergamom: Runtuhan bandar Yunani kuno di Aeolis
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 27 Pergamum bandar Yunani purba yang kaya dan berkuasa di Aeolis](http://wpfc.ml/b.gif)
Bandar Kuno Pergamun atau Pergamon terletak di pinggir utara dataran Caicus di rantau bersejarah Mysia di barat laut Turki. Turki memiliki banyak runtuhan Greco-Roman namun tiada yang boleh menjadi sebegitu romantis seperti Pergamum purba ini.
Pernah menjadi rumah kepada perpustakaan terpenting di zaman dahulu, saki baki kuil Pergamum boleh ditemui di puncak bukit.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 28 Pusat Arkeologi Pergamum](http://wpfc.ml/b.gif)
Banyak tinggalan monumen yang mengagumkan masih dapat dilihat dan terutama karya sulung Pergamon Altar. Pada zaman Helenistik, bandar Elaia di mulut Caicus berfungsi sebagai pelabuhan Pergamon, lembah Caicus kebanyakannya terdiri daripada batu gunung berapi, oleh sebab itu kebanyakan bahan binaan Pergamon adalah daripada batuan ini.
Bagi yang sukakan sejarah peradaban ilmu pengetahuan, lokasi ini pastinya tidak harus dilepaskan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Hamzalısüleymaniye, Akropol Cd. No:6, 35700 Bergama/İzmir
Ölüdeniz: Lagoon Biru Laut Mati
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 29 Pemandangan Menakjubkan Oludeniz](http://wpfc.ml/b.gif)
Tempat menarik di Turki ini sangat mempersona, air berwarna turquoise-biru yang mengkagumkan. Hutan hijau yang subur melunjur ke tebing pantai berpasir putih.
Kawasan terlindung Oludeniz, hanya satu perjalanan pendek dari Fethiye, merupakan pantai yang paling terkenal di Turki dan dengan pemandangan seolah-olah terbit dari poskad, mudah untuk melihat mengapa popularitinya tidak pernah pudar.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 30 Lagoon Biru di Oludeniz, Turki](http://wpfc.ml/b.gif)
Jika kawasan pantai menjadi terlalu sesak dengan orang ramai, tiba masanya untuk anda mengambil laluan udara pula dan mengalami pemandangan udara yang menakjubkan.
Dengan mendapatkan terjunan ‘tandem paragliding’ dari puncak perkasa Gunung Babadas, yang mana memuncak naik dengan megahnya disebalik pantai.
Malah, tidak lupa juga – Oludeniz merupakan salah satu lokasi terbaik bertaraf dunia untuk aktiviti Paragliding ini. Jika anda melancong ke Oludeniz pastikan anda tidak lepaskan peluang ini.
Kabak Bay
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 31 Kabak Bay](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/03/Kabak-Bay-750x375.jpg)
Kabay Bay ternyata merupakan salah satu daripada destinasi yang paling menarik yang ada di Turki. Jika anda inginkan sebuah lokasi yang mampu memberikan anda ketenangan minda dan sebuah destinasi yang dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi, anda patut berkunjung kesini.
Disini, anda akan berasa tenang dengan pantainya yang bersih dan juga penduduk setempat yang ramah. Anda juga boleh menikmati hidangan BBQ makanan laut di restoran-restoran yang ada disini. Kemudahan asas yang terdapat disini seperti bilik mandi dan tandas juga sangat bersih. Selain itu, anda boleh temukan banyak port menarik untuk anda bersantai dan tenangkan diri.
Butterfly Valley
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 32 Butterfly Valley Turkey](http://wpfc.ml/b.gif)
Butterfly Valley merupakan sebuah destinasi yang agak sukar untuk diakses. Akses utamanya adalah dengan menaiki bot. Walaupun Butterfly Valley ini boleh dikategorikan sebagai “hidden gem” di Turki, namun ia sentiasa dipenuhi dengan bot.
Air disini sangat bersih dan jernih. Ditambah pula ia dikepung dikiri dan dikanan oleh gunung yang tinggi, ia memberikan anda satu bentuk pemadangan yang sangat luarbiasa.
Nama Butterfly Valley ini sebenarnya bersempena dengan tempat ini yang menjadi rumah kepada lebih kurang 80 spesis rama-rama.
Patara
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 33 Runtuhan Patara](http://wpfc.ml/b.gif)
Patara merupakan sebuah lokasi yang terletak beberapa batu dari Kalkan, yang pastinya akan memberikan anda satu pengalaman yang agak unik berbanding dengan tempat lain.
Disini, anda akan berpeluang untuk menunggang kuda dan meluncur pasir. Sebelum ini, Patara dikenali sebagai pekan pelabuhan terpenting di Lycian. Ada yang mengatakan Patara ini merupakan tempat kelahiran Apollo dan St. Nicholas.
Aktiviti menunggang kuda yang sepanjang 22 kilometer disepanjang pantai ini sesuai untuk semua peringkat umur. Begitu juga dengan meluncur pasir.
Princes’ Island
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 34 Burgazada Island](http://wpfc.ml/b.gif)
Prince’s Island merupakan sebuah gugusan pulau yang menghimpunkan beberapa pulau seperti Burgazada, Buyukada, Heybeliada dan Kinaliada. Namun, kami akan kongsikan berkenaan Burgazada dulu kepada anda.
Di pulau ini, anda akan dapat temukan beberapa kumpulan minoriti yang menjadi penduduk tetap disini. Hal ini sekaligus memberikan satu bentuk campuran kebudayaan, makanan, tradisi dan macam-macam lagi.
Ia juga terkenal sebagai tempat tinggal kepada penyair dan penulis terkenal Turki, Sait Faik Abasiyanik. Anda juga boleh temukan sebuah penginapan dan pusat latihan untuk guru yang dibina oleh pengasas Turki, Ataturk disini.
Grand Bazaar
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 35 Grand Bazaar](http://wpfc.ml/b.gif)
Grand Bazaar terletak sekitar 5 minit berjalan kaki dari Hotel Beyaz Saray. Kalau anda nak tahu, terdapat sekitar 5000 gerai disini dan sekitar 9 buah pintu masuk! Maksudnya, anda boleh masuk ke Grand Bazaar ini dari mana-mana arah.
Kebanyakan kedai menjual barang-barang yang hampir sama. Cuma, terdapat sedikit perbezaan dari segi harga.
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 36 dengan 61 jalan tertutup dan lebih 4,000 kedai di kawasan seluas 30,700 m², menarik antara 250,000 dan 400,000 pengunjung setiap hari](http://wpfc.ml/b.gif)
Suka untuk kami ingatkan anda bahawa kebanyakan penjual akan memancing anda untuk masuk ke kedai mereka dan mengatakan bahawa anda merupakan pelanggan pertama mereka jadi mereka akan berikan anda diskaun.
Sebenarnya, itu merupakan sebahagian daripada teknik peniaga disini untuk membuatkan anda membeli daripada mereka. Anda boleh survey dulu harga barang-barang yang anda rasa tertarik. Jangan risau. Sekalipun anda tidak membeli daripada mereka, mereka akan tetap melayan anda dengan baik.
The Egyptian Bazaar
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 37 The Egyptian Bazaar](http://wpfc.ml/b.gif)
The Egyptian Bazaar merupakan sebuah bazar yang beroperasi didalam bangunan lama yang menempatkan beberapa buah kedai yang menjual rempah ratus dan juga makanan tempatan Turki.
Berbeza dengan Grand Bazaar, saiznya yang lebih kecil memudahkan anda untuk membeli barang dan harganya juga sangat berpatutan. Kalau anda dah sampai ke sini, jangan lupa untuk mendapatkan Lokum. Ia merupakan sejenis juadah Turki yang dikatakan diperbuat daripada madu.
Anda boleh merasakan dulu sampel sebelum anda membelinya. Kebanyakan peniaga Lokum disini tiada masalah untuk memberikan anda sampel.
Ottomania Carpet
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 38 Ottomania Carpet](http://wpfc.ml/b.gif)
Jika anda merancang untuk membeli karpet di Istanbul, tiada tempat lain yang lebih baik selain daripada Ottomania Carpet. Kami sangat-sangat rekomen tempat ini kerana anda pastinya akan terpegun dengan koleksi karpet yang ada disini.
Ia merupakan sebuah bisnes keluarga dan bisnes ini telah melebarkan empayar bisnes mereka ke US. Kebanyakan harga karpet disini adalah berpatutan dan berkualiti tinggi.
Anda juga pastinya akan merasa terkesan dengan kejujuran peniaga disini. Disebabkan oleh hal itu, ramai yang memilih untuk memesan karpet daripada mereka meskipun telah kembali ke tanah air.
Sahaflar Carsisi
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 39 Sahaflar Carsisi](http://wpfc.ml/b.gif)
Terletak di belakang Masjid Beyazit, Sahaflar Carsisi pastinya akan membuatkan pencinta buku tidak dapat duduk diam. Bayangkan disini anda boleh temukan deretan kedai buku dan anda juga boleh temukan bermacam-macam jenis buku.
Suatu masa dahulu, Sahaflar Carsisi sebenarnya menghimpunkan koleksi buku yang “rare” dan agak susah ditemui. Jadi, ramai yang memilih untuk datang ke sini dan mendapatkan sebarang buku yang sukar ditemukan di tempat lain. Namun, disebabkan adanya teknologi sekarang ini yang membolehkan “online archiving”, ia telah kehilangan sedikit daya penariknya.
Apapun, Sahaflar Carsisi masih mampu bertahan dengan strategi terbaru mereka dimana mereka menjual buku pada harga yang lebih murah. Kalau anda mencari buku-buku yang tiada dalam versi e-book, destinasi ini pastinya boleh anda kunjungi.
Istanbul – for Voyages of Discovery
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 40 Istanbul – for Voyages of Discovery](http://wpfc.ml/b.gif)
Voyages of Discovery merupakan sebuah nama dan jenama pelayaran yang sangat terkenal dan telah mampu memenuhi permintaan daripada ramai. Antara pelayaran yang paling mencuri tumpuan adalah pelayaran ke Istanbul.
Pengalaman pelayaran pun dah cukup mengasyikkan. Ditambah pula dengan pengalaman anda merasai sendiri keunikan dan keindahan Istanbul, ia akan mejadikan pelayaran anda ini lebih bermakna.
Antara tarikan utama di Istanbul adalah Hagia Sophia, Masjid Biru, Grand Bazaar, Topkapi Palace Museum dan banyak lagi! Pilih pelayaran anda sebaiknya untuk mendapatkan lebih kepuasan.
Marmaris – for Thomson Cruises to Istanbul
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 41 Aerial view of boats, yahts, floating ship and beautiful architecture at sunset in Marmaris, Turkey. Landscape with boats in marina bay, blue sea, city. Top view of harbor with yacht and sailboat.](http://wpfc.ml/b.gif)
Beach resort terbesar di Turki, Marmaris merupakan sebuah destinasi yang elegan, mempunyai kawasan bersiar-siar yang diteduhi oleh pokok palma di sepanjang persisir pantainya dan memberikan pemandangan perahu layar putih di lautan.
Disini, anda boleh temukan sejarah semulajadi dan purba di Dalyan. Berlayar di sepanjang sungai dan anda akan melalui sebuah tinggalan yang dikenali sebagai Tombs of Kings.
Anda juga akan temukan sebuah tradisi Turki iaitu Turkish bath dimana anda akan ke gobetaksi yang merupakan sebuah batu yang dipanaskan. Disini, badan anda akan diskrub dan kesannya pasti akan memberikan anda kesegaran.
Port of Istanbul – MSC Cruises to Istanbul and Ephesus
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 42 Port of Istanbul – MSC Cruises to Istanbul and Ephesus](http://wpfc.ml/b.gif)
Pelayaran bersama dengan MSC Mediterranean Cruise akan menjadi satu peluang terbaik untuk anda meneroka Istanbul yang terletak di antara Eropah dan Asia. Kalau anda rasakan yang kedudukan geografinya tidak cukup untuk membuatkan anda teruja, macam mana pula dengan sejarahnya yang pernah menjulang empayar Islam dan Kristian selama lebih daripada 2500 tahun?
Hal ini telah melahirkan kekayaan kebudayaan dalam sejarahnya sekaligus membawa kepada kemunculan banyak tempat menarik untuk anda lawati. Kebanyakan pelancong cruise ini akan meluangkan amsa mereka di Sultanahmet, Aya Sofya, Topkapi Palace, Blue Mosque dan beberapa tempat tarikan lain lagi.
Eminonu: Bosphorus Cruise
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 43 Pelayaran di Bosphorus mungkin merupakan tarikan pelancong Istanbul yang paling](http://wpfc.ml/b.gif)
Ia akan menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat anda apabila anda berlayar selama dua jam yang bermula daripada Eminonu, kemudian ke Jambatan Bosphorus dan berakhir di Eminonu semula.
Anda boleh dapatkan tiket dari kaunter feri yang ada disini. Eminonu merupakan sebuah tempat yang menjadi tumpuan kerana anda boleh ke mana-mana destinasi tumpuan dari sini.
Anda juga boleh melihat pemandangan menakjubkan dari Jambatan Galata atau ke arah Masjid Sulemanyie. Disini juga disediakan laluan pejalan kaki untuk anda yang turun dari stesen tram dan sedang menuju ke arah Hagia Sophia.
The City of Izmir
![25 Tempat Paling Menarik Di Turki Yang Harus Anda Kunjungi [HOT PICK] 44 Izmir Clock Tower adalah menara jam bersejarah yang terletak di Dataran Konak di daerah Konak İzmir, Turki. Menara jam direka oleh arkitek Perancis Levantine Raymond Charles Père dan dibina pada tahun 1901 untuk memperingati ulang tahun ke-25 penyertaan Abdülhamid II ke takhta](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2019/03/The-City-of-Izmir-e1625824455154.jpg)
The City of Izmir merupakan sebuah bandar yang terletak di kawasan Selat Aegean, Turki. Suatu masa dahulu, Izmir dikenali dengan nama Smyrna dan ditemukan oleh Greek. Kemudiannya ia diambil alih oleh Rom sebelum dibina semula oleh Alexander the Great.
Ia kemudiannya menjadi sebahagian daripada Empayar Uthmaniyah pada abad ke-15. Bayangkan kekayaan sejarah yang ditawarkan oleh bandar ini selepas melalui beberapa pemerintahan yang berbeza.
Antara yang menjadi tarikan disini adalah Menara Jam, Kadifekale, Konak Square, Asansor, Izmir Wildlife Park, Gunung Sipylus dan beberapa lagi tempat menarik lain yang sering dikunjungi oleh pengunjung.
Menarik Melancong Ke Turki
Turki adalah merupakan salah satu destinasi pelancongan yang paling kami gemari. Jika anda ada cadangan tempat-tempat menarik di Turki sila kongsikan diruang komen. Saksikan sendiri video ini untuk rasakan auranya.
Pada masa akan datang kami akan kemaskini lagi tempat-tempat menarik di Turki yang popular di kalangan pelancong dan buddies.
Bersambung…
Jom Ikut Kami Melancong Ke Turki!