Apakah tempat-tempat menarik di Istanbul yang paling popular dikalangan pelancong profesional?
Istanbul merupakan sebuah bandar yang indah dan bijak dalam mengaplikasikan seni budaya dan sejarahnya dengan baik.
Andai Bumi ini adalah sebuah negara, Istanbul pasti menjadi ibu negaranya ~ Napoleon Bonaparte
Melalui dua gabungan ciri-ciri ini, Istanbul muncul sebagai bandar yang mempersona dan menawarkan banyak keunikan kepada para pengunjung dari seluruh dunia.
- Lihat Pakej Percutian Istanbul
- Lihat Penginapan Terbaik di Istanbul
- Lihat Aktiviti Terbaik di Istanbul
- Lihat Peta Percutian Istanbul
Ditubuhkan pada zaman Neolitik, Istanbul yang kita temui pada hari ini masih setia kepada sejarah dan warisan mereka melalui binaan masjid-masjid yang ada, basilika dan katedral, serta bazar purba.
Melancong Ke Turki: 10 Tempat Utama Istanbul. Terletak di tengah-tengah antara Timur dan Barat Turki, bandar terbesar di Turki ini menawarkan daya tarikan dan godaan yang seakan-akan merayu pengunjung untuk datang ke sini.
Pin
Berikut adalah gambaran kepada lokasi-lokasi tarikan pelancong di Istanbul:
Menara Galata
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 7 Cityscape of Istanbul with the view on Galata Tower and boats in Golden Horn bay, Turkey](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/1-Menara-Galata-istanbul-PHBZVMK-1024x683.jpg)
Jika anda melancong ke Turki, Galata Tower atau Galata Kulesi merupakan sebuah menara batu abad pertengahan yang setinggi 67 meter (219 kaki).
Menguasai ruang udara Istanbul, menara ini menawarkan pemandangan-pemandangan indah lagi menarik bagi bandar tua ini dan kawasan-kawasan di sekitarnya.
Satu ketika dulu, menara ini membawa nama Menara Kristus dan merupakan bekas bangunan tertinggi di Istanbul ketika ia dibina pada tahun 1348.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 8 Senibina Menara Galata](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Senibina-Menara-Galata-830x1024.jpg)
Meskipun sudah berabad lama, menara ini masih berdiri kukuh hingga ke hari ini. Ia telah mengalami pelbagai perubahan demi perubahan mengikut zaman, di mana pada permulaannya ia dijadikan sebagai bangunan pengawas kota.
Namun pada tahun 1717, ia dijadikan menara pemerhati untuk mengesan kebakaran.
Pada hari ini, puncak menara ini kini dilengkapi dengan sebuah kafe, restoran dan kelab malam, yang mana kedua-duanya boleh dicapai dengan menaiki lif di dalam bangunan sembilan tingkat ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 10:00pm | Bereketzade, Galata Kulesi, 34421 Beyoğlu/İstanbul, Turkey
Muzium Arkeologi Istanbul
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 9 istanbul archaeology museum](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/istanbul-archaeology-museum-1024x768.jpg)
Muzium Arkeologi Istanbul merupakan salah satu daripada muzium terpenting di bagi anda yang ini melancong ke Turki.
Ia sebenarnya adalah sebuah kompleks yang terdiri daripada tiga buah muzium serentak iaitu Muzium Arkeologi, Muzium Timur Purba dan Muzium Kiosk Berjubin.
Ketiga-tiga muzium ini apabila digabungkan menempatkan lebih daripada 1 juta objek daripada pelbagai tamadun dan peradaban di seluruh dunia.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 13 Istanbul Archaeology Museum](http://wpfc.ml/b.gif)
Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1891 dan merupakan muzium Turki yang pertama sekali dibina. Ianya terletak berdekatan Taman Gyulhane, di bahagian lapangan Istana Topkapi.
Tapak Kiosk Berjubin tersebut pula dicatatkan sudah wujud sejak tahun 1472 lagi, seperti yang tercatat pada gerbang masuk utamanya.
Salah satu artifak berharga daripada beribu-ribu artifak yang ada di sini adalah keranda Alexander the Great.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Cankurtaran, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey
Masjid Çamlıca (Tarikan Terkini)
Masjid Agung Camlica, yang dianggap sebagai simbol terbaharu bandar ini sejak penubuhannya, direka bentuk dengan inspirasi daripada kedua-dua garis dan sejarah hari ini, serta seni bina Uthmaniyyah dan Seljuk.
Setiap gabungan Masjid Besar Camlica telah direka bentuk dengan perincian terbaik, dan ia benar-benar menarik perhatian kedua-dua elemen visual dan fungsi.
Masjid Büyük Çamlıca, masjid terbesar dalam sejarah republik Turki, yang asasnya diletakkan pada 6 Ogos 2013, dibuka untuk sebagai rumah ibadah pada 7 Mac 2019.
Sebilangan besar negarawan dari seluruh dunia dan pemimpin agama menghadiri upacara pembukaan, yang dilengkapi dengan bendera Turki.
Masjid Besar Camlica menarik perhatian kepada 72 negara yang tinggal di Istanbul dengan kubah utama setinggi 72 meter dan nombor plat Istanbul dengan kubah berdiameter 34 meter.
Ia juga mempunyai alam terbesar di dunia, sepanjang 7 meter 77 sentimeter, terdiri daripada 3 bahagian.
6 menara dalam masjid melambangkan syarat iman. 4 daripadanya didedikasikan untuk Kemenangan Malazgirt, 3 daripadanya dihormati dan sepanjang 107.1 meter.
Pada permukaan dalaman kubah, 16 nama Allah yang didedikasikan untuk 16 negara Turki ditulis dengan merujuk kepada dua ayat terakhir Surat al-Hashr.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Ferah, Büyük Çamlıca Camii، 34692 Üsküdar/İstanbul, Turkey
Masjid Suleymaniye
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 21 Suleymaniye mosque (Süleymaniye Camii), Istanbul, Turkey](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/suleymaniye-mosque-PZMSTDW-1024x682.jpg)
Kebanyakan pengunjung yang datang ke Masjid Suleymaniye berkata bahawa keindahan dan kedamaian yang mereka lihat di sini memberikan mereka inspirasi kerohanian.
Ini adalah salah satu keunikan utama bagi sesorang yang melancong ke Turki.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 22 Rekabentuk dalaman Suleymaniye](http://wpfc.ml/b.gif)
Terletak di Third Hill, Instanbul, masjid ini telah diarahkan pembinaannya dalam tahun 1550 oleh Sultan Suleyman the Magnificient (Sultan Sulaiman Yang Hebat).
Masjid ini sesungguhnya indah, menggabungkan seni bina Islam dan Byzantine.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 23 Pemandangan Indah Masjid Suleymaniye](http://wpfc.ml/b.gif)
Beberapa tahun kemudiannya, masjid ini mengalami kerosakan teruk, termasuklah semasa Perang Dunia Pertama di mana kebakaran berlaku dan taman-taman pula digunakan sebagai depot senjata.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 24 süleymaniye-cami-minaret-istanbul](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/suleymaniye-2872691_1920-675x1024.jpg)
Ia kemudiannya dibaikpulih pada pertengahan abad ke-20. Masjid ini ditandakan dengan empat menara, menunjukkan ia dibina oleh seorang sultan.
Ketika ia dibina, kubahnya merupakan yang tertinggi sekali dalam Empayar Uthmaniyah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 9:30pm | Süleymaniye, Prof. Sıddık Sami Onar Cd. No:1, 34116 Fatih/İstanbul, Turkey
Masjid Biru
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 25 Famous Blue Mosque at sunny summer day in Istanbul, Turkey](http://wpfc.ml/b.gif)
Masjid Biru / Blue Mosque juga dikenali sebagai Sultan Ahmed Mosque merupakan masjid yang dibina pada abad ke-17 di mana, ianya masih lagi aktif digunakan sebagai tempat beribadat hingga ke hari ini.
Pengunjung yang bukan Islam perlu untuk melihat jadual lawatan sebelum datang ke sini, kerana masjid akan ditutup ketika tempoh lima waktu solat sedang berlangsung untuk setiap hari bagi umat Islam.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 26 blue-mosque-sultan](http://wpfc.ml/b.gif)
Seperti mana masjid yang berada di Malaysia, semua pengunjung diharuskan menanggalkan kasut dan wanita pula menutup rambut mereka.
Sejujurnya, ini adalah harga yang amat kecil untuk dibayar jika dibandingkan dengan peluang melihat khazanah bernilai yang ada di sini.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 27 the-famous-blue-mosque-in-istanbul-PGZJQT7](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/the-famous-blue-mosque-in-istanbul-PGZJQT7-684x1024.jpg)
Masjid ini dihiasi dengan 20,000 jubin seramik dalam pelbagai reka bentuk tulip dan 200 tingkap kaca berwarna; semuanya dengan reka bentuk yang rumit lagi unik.
Masjid ini yang dibina oleh Sultan Ahmet yang mendapat inspirasi untuk menamakannya sempena jubin biru yang ada pada kubah dan bahagian atas rekaan dalamannya, maka dinamakan Masjid Biru.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Sultan Ahmet, Atmeydanı Cd. No:7, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey
Hagia Sophia
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 28 Hagia Sophia in summer Istanbul at sunny day, Turkey](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/hagia-sophia-in-turkey-PVEPYUS-1024x525.jpg)
Hagia Sophia pernah menjadi rumah ibadah kepada beberapa agama lain selain Islam sepanjang zaman terdahulu.
Ia bermula sebagai gereja Yunani Timur Orthodox, yang mana menjadi rumah kepada Patriark Constanipole apabila ia dibina pada tahun 537.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 29 Hagia Sophia](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Hagia-Sophia-683x1024.jpg)
Bangunan ini adalah tumpuan utama anda jika anda melancong ke Turki. Selama hampir enam dekad dalam abad ke-12, ia menjadi gereja Roman Katolik.
Ia kemudiannya menjadi masjid pada tahun 1453 dan kekal sehinggalah ianya ditutup pada tahun 1931.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 30 the-hagia-sophia-in-istanbul-PM9CJJZ](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/the-hagia-sophia-in-istanbul-PM9CJJZ-1024x672.jpg)
Kemudian, ia dibuka semula sebagai muzium pada tahun 1935. Pada satu masa dahulu, ia adalah katedral terbesar di dunia, dan menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain, termasuklah Masjid Biru kerana senia bina Byzantinenya yang hebat.
Kini, Hagia Sophia amat terkenal dengan mozek yang menggambarkan pelbagai adegan keagamaan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Sultan Ahmet, Ayasofya Meydanı No:1, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey
Gereja Chora
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 31 Chora Church Constantinople](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Chora-Church-Constantinople-1024x544.jpg)
Gereja Chora mungkin sekali tidak tercatat dalam destinasi pelancongan utama bagi para pelancong yang datang ke Istanbul, namun bagi kebanyakan pengunjung yang tiba di sini, mereka pasti akan mengagumi keindahan seni Byzantine yang ada di sini.
Malahan ramai pengunjung yang datang ke sini mengatakan bahawa lawatan mereka sebagai satu lawatan yang berbaloi.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 32 Chora Church Constantinople](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Saint-Savior-in-Chora-Istanbul-768x1024.jpg)
Mosaik indah yang ada mengambarkan akan kehidupan Yesus (Nabi Isa) dan ibunya, Mary (Mariam). Dikenali sebagai Church of Holy Savior (Gereja Juruselamat Kudus) mengikut kepercayaan kristian di Chora, gereja ini terkenal kerana seni Byzantine indah yang masih terpelihara baik untuk tatapan ramai.
Berbalik ke zaman Constantine, Chora merupakan sebuah biara pada tahun-tahun awal pembinaannya; namun beberapa dekad kemudian, ia menjadi masjid sebelum ditukarkan kepada muzium pada tahun 1948.
Basilica Cistern
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 33 Basilica Cistern in Istanbul](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/basilica-cistern-in-istanbul-PZAJ4AE-1024x682.jpg)
Basicila Cistern merujuk kepada tangki air yang mana telah menjadi sumber bekalan air kepada penduduk Istanbul sejak abad keenam lagi, apabila ia diarahkan pembinaan oleh Maharaja Rom Justinian I.
Pengunjung yang datang ke sini kebiasaannya akan merasa kagum dengan teknologi yang digunakan oleh Rom purba untuk membina keajaiban seni bina yang melangkau zaman seperti tangki air ini.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 34 Underground water storage Yerebatan Sarayi (Basilica Cistern), Istanbul, Turkey](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/basilica-cistern-PJCAF4S-683x1024.jpg)
Tangki air bawah tanah, yang terletak beberapa langkah dari Masjid Biru, telah dibina di tapak gereja yang telah dibina pada abad ketiga.
Dikenali sebagai Istana Tenggelam, tangki ini boleh menampung sehingga 2.8 juta kaki padu air. Tangki air ini merupakan salah satu lokasi yang digunakan dalam filem James Bond, “From Russia with Love” yang difilemkan pada tahun 1963.
Istana Dolmabahce
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 35 Gate of the Treasury (Hazine-i Hassa Kapısı)](http://wpfc.ml/b.gif)
Mewah, mahal dan cantik hanyalah sebahagian daripada kata sifat yang boleh menggambarkan Istana Dolmabahce ini, yang mana telah dibandingkan dengan Istana Versailes di Paris, Perancis.
Istana ini telah dibina pada abad ke-19 menggunakan 14 tan daun emas, dan istana Turki yang paling bergaya ini menggabungkan seni bina tradisional Uthmaniyah dan gaya Eropah seperti Neoklasik, Baroque dan Rococo.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 36 dolmabahce-istanbul-palazzo-turkey](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/dolmabahce-istanbul-palazzo-turkey-1024x682.jpg)
Menjadi rumah kepada enam sultan sejak 1856-1924, istana ini juga turut menjadi rumah kepada kandil kristal terbesar di dunia, sebuah hadiah daripada Ratu Victoria.
Tetapan Istana Dolmabahce ini adalah sangat menakjubkan: ianya dibina sepanjang pantai Bosphorus.
Grand Bazaar
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 37 Grand Bazaar](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Grand-Bazaar-1024x682.jpg)
Grand Bazaar merupakan bazar besar yang menjadi lokasi berjual beli yang telah lama wujud di Istanbul. Bagi pelancong yang suka membeli belah, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.
Menempatkan 5,000 buah kedai di dalamnya, Grand Bazaar merupakan pasar tertutup terbesar seumpamanya di dunia.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 38 oriental cushions.Textiles in the bazaar in Istanbul](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/textiles-in-the-bazaar-on-istanbul-PRS2Q5G-830x1024.jpg)
Dengan kunjungan seramai suku juta orang setiap hari, bazar ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti perhiasan, permaidani, rempah-ratus, barangan antik dan seramik lukisan tangan.
Bazar ini direkodkan bermula sejak tahun 1461 lagi dan pada hari ini.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 39 Grand Bazaar omar-tursic-679435](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Grand-Bazaar-omar-tursic-679435-1024x682.jpg)
Ia menempatkan dua buah masjid, empat air pancut, dua buah hammam atau mandian wap, dan juga Cevahir Bedesten, di mana barangan tradisional yang paling ganjil dan paling jarang ditemui boleh ditemui di sini.
Di sinilah di mana para pembeli menemui syiling-syiling lama, barangan kemas bertatahkan berlian, senjata bertatah dan juga perabot antik.
Topkapi Palace
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 40 Topkapi Palace](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Topkapi-Palace-1024x768.jpg)
Topkapi Palace atau dalam bahasa Melayunya Istana Topkapi merupakan salah satu daripada destinasi-mesti-pergi di Istanbul.
Ia merupakan tempat tinggal utama oleh sultan-sultan Uthmaniyyah untuk hampir 400 tahun lamanya (1465-1856).
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 41 dewan kekaisaran di Istana Topkapi](http://wpfc.ml/b.gif)
Kaya dengan sejarah Empayar Uthmaniyyah, Istana Topkapi ini dikelilingi oleh dinding batu sepanjang lima kilometer (3.1 batu) dengan 27 buah menara.
Istana ini juga merupakan mercu tanda dan tarikan utama jika melancong ke Turki.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 42 Imperial Gate](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Imperial-Gate-1024x852.jpg)
Direkodkan sejak abad ke-15 lagi, istana ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Laut Marmara, Bosphorus dan Golden Horn.
Walaupun dulunya ia juga pernah menjadi kediaman rasmi diraja oleh sultan-sultan Empayar Uthmaniyyah dan kerusi-kerusi parlimen kerajaan Turki.
Namun kini, ia hanya merupakan sebuah muzium yang mana dianggap sebagai istana terbesar dan tertua di dunia.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 43 topkapi-Garden](http://wpfc.ml/b.gif)
Di sini, pengunjung boleh melawat kuarters kepada gundik-gundik raja, melihat di mana kerajaan Turki bekerja, koleksi senjata-senjata lama yang digunakan oleh sultan-sultan, dapur-dapur istana dengan koleksi porselin yang besar, dan gudang khazanah penuh dengan koleksi permata dan jam.
Paling istimewa, ia turut mengandungi relik penting dunia Islam, termasuklah jubah dan pedang Nabi Muhammad s.a.w.
Hippodrome
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 44 Hippodrome Istanbul](http://wpfc.ml/b.gif)
Hippodrome merupakan salah satu daripada bahagian yang terpenting dalam Sultanahmet. Disini anda boleh temukan berbagai jenis tempat tarikan yang menarik.
Dari sini anda boleh ke Hagia Sofia, Masjid Biru, Topkapi Sarayi atau Muzium Kesenian Turki dan Islam.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 45 Sultanahmet_Square_Hippodrome_Istanbul](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Sultanahmet_Square_Hippodrome_Istanbul-1024x576.jpg)
Antara waktu yang paling menarik untuk anda berkujnung ke sini adalah ketika adanya musim cuti atau perayaan dimana dataran ini akan dihias dengan bendera Turki.
Ia juga menyediakan kerusi untuk anda berehat dan bersantai disamping melihat orang awam berjalan-jalan disini. Ia juga mempunyai banyak kafe dan gerai dimana anda boleh menikmati hidangan-hindagn unik Turki.
Spice Bazaar (Misir Çarsisi)
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 46 Central coridor with many stands in Spice Bazaar, near of (Yeni Camii) in Istanbul , Turkey](http://wpfc.ml/b.gif)
Dari jauh lagi anda boleh hidu bau rempah, kurma, jeruk dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya, anda memerlukan sekitar 3 jam untuk membeli-belah disini. Bukan apa. Disini, anda boleh temukan ramai peniaga yang menjual barang yang sama.
Jadi, anda pastinya akan mengambil masa anda untuk mencari peniaga yang menjual pada harga termurah dan tawar-menawar harga.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 47 Bazar rempah terbesar di Istanbul](http://wpfc.ml/b.gif)
Didalam Spice Bazaar ini, anda akan dapat melihat susun aturnya yang menarik, seni binanya yang unik dan kawasannya yang bersih serta dijaga dengan baik.
Anda boleh temukan apa saja termasuklah barang kemas pada harga yang agak berpatutan.
Museum of Turkish and Islamic Arts
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 48 Turki, Istanbul, Muzium Seni Turki dan Islam (Ibrahim Pasha Palace) Saya terkesan oleh pemegang lilin perak gergasi ini sehingga saya pergi ke Topkapi](http://wpfc.ml/b.gif)
Walaupun saiz muzium ini tidaklah terlalu besar, anda boleh melihat kesemua bahan pameran ini dikelaskan dengan penuh teliti dan mengikut kronologi.
Setiap bahan pameran akan dipamerkan dalam bilik yang berasingan menurut era sejarah Islam. Ia juga disusun dan dipamerkan mengikut jenisnya.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 49 Türk ve İslam Eserleri Müzesi halılar](http://wpfc.ml/b.gif)
Barangan daripada Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat juga dipamerkan disini. Ia dijaga dengan rapi dan dipamerkan dengan cantik.
Apa yang lebih menarik adalah, setiap penjelasan ditulis dengan teliti dan sangat sesuai untuk anda yang sangat berminat dengan sejarah.
Little Aya Sofya (Küçük Aya Sofya)
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 50 Little Aya Sofya](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Little-Aya-Sofya-1024x683.jpg)
Pada asalnya ia merupakan sebuah gereja yang dibina sebagai memperingati salah seorang arkitek kegemaran Maharaja Theodosius. Ada juga yang mengatakan ia sebenarnya untuk memperingati dua askar Byzantine iaitu Sergius dan juga Bacchus.
Kini, ia telah diubah kepada masjid dan sering menjadi tumpuan pelancong luar untuk melawat dan menikmati keindahan senibinanya.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 51 Interior of Kucuk Ayasofya Mosque Istanbul Turkey](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Kucuk_Ayasofya_Mosque_Istanbul_Turkey-715x1024.jpg)
Tiada bayaran masuk dikenakan. Sebaik saja anda melangkah masuk kedalamnya, anda pasti akan terpukau dengan keindahan simetri ruang didalam masjid ini.
Ia merupakan diantara evolusi awal kepada gaya senibina Byzantine yang kemudiannya digunakan dalam rekaan Hagia Sophia dan bangunan-bangunan lain.
Rüstem Pasa Mosque
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 52 Rüstem Pasa Mosque](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Rüstem-Pasa-Mosque-1024x768.jpg)
Ia terletak tidak jauh daripada Spice Bazaar. Anda perlu merentasi sebuah dataran besar terlebih dahulu untuk sampai kesini. Dari jauh lagi anda dah boleh nampak masjid ini sebenarnya.
Anda perlu mencari dan menaiki tangga yang agak tersembunyi untuk sampai ke kawasan laman masjid ini.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 53 Gazi_Ahmet_Pasha_Mosque](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Gazi_Ahmet_Pasha_Mosque-682x1024.jpg)
Bila anda dah sampai ke laman ini, anda pastinya akan rasa seperti anda dah jauh daripada binaan moden Istanbul! Anda akan temukan dindingnya yang dihias dengan jubin yang cantik yang memang memukau setiap mata yang memandang.
Rekaan dalamannya juga jauh lebih menarik berbanding dengan tempat lain dan ramai yang mengakui bahawa mereka dapat merasakan suatu bentuk ketenangan apabila berada disini.
Yedikule Fortress (Yedikule Hisari)
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 54 Yedikule Hisari](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Yedikule_hisari_Istanbul-1024x768.jpg)
Istana Yedikule atau turut dikenali sebagai The Fortress of Seven Towers dibina pada abad kelima sewaktu pembesaran dan perluasan bandar pada era Empayar Roman Timur.
Sehingga ke hari ini, tembok Yedikule Fortress ini telah diruntuhkan oleh musuh dan dibina semula beberapa kali. Panjang tembok Yedikule Fortress ini adalah sekitar 22 kilometer.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 55 Yedikule Fortress](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Yedikule-Fortress-1024x682.jpg)
Nama kubu ini diambil bersempena dengan tujuh menara diatasnya. Empat dibina oleh Byzantine dan tiga lagi dibina oleh Sultan Muhammad al-Fateh.
Selain digunakan untuk tujuan pertahanan, ia juga merupakan tempat untuk menyimpan harta diraja, penjara dan juga tempat penggantungan.
Carpet Museum
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 56 Carpet And Kilim Museum](http://wpfc.ml/b.gif)
Sebaik saja anda masuk ke muzium ini, anda akan diberikan penyampaian yang mendalam mengenai sejarah pembuatan karpet Anatolian. Karpet-karpet yang ada disini diambil daripada banyak masjid yang terdapat di negara ini bermula daripada abad ke-14 sehingga abad ke-20.
Terdapat 3 buah galeri disini dimana galeri pertama memaparkan rekaan karpet yang mengetengahkan corak geometri dan abstrak yang turut dikenali sebagai karpet Holbein.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 57 Dalam isi rumah tradisional, wanita dan perempuan mengambil karpet dan kilim tenunan sebagai hobi](http://wpfc.ml/b.gif)
Galeri kedua pula memaparkan karpet Anatolian berkonsepkan timur dan juga barat dan galeri ketiga pula merupakan galeri yang paling mencuri tumpuan dimana karpet-karpet besar Usak yang dibawa dari Masjid Suleymaniye dari abad ke-17 dan 18 serta karpet abad ke-19 daripada Masjid Biru dipamerkan disini.
Istanbul Modern
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 58 Istanbul Modern Art](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Istanbul-Modern-Art-1024x645.jpg)
Istanbul Modern atau turut dikenali sebagai Istanbul Museum of Modern Art merupakan sebuah muzium seni kontemporari di daerah Beyoglu.
Ia dibuka pada 11 Disember 2004 dan kebanyakan hasil seni disini adalah daripada rakyat Turki sendiri.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 59 Istanbul Modern](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Istanbul-Modern-1024x683.jpg)
Muzium ini merupakan tinggalan gudang maritim yang menawarkan ruang pameran pada kedua-dua tingkat bangunannya.
Tingkat atas mempamerkan koleksi kekal yang ada disini, memuatkan bilik-bilik untuk tujuan pembelajaran, kedai dan juga restoran.
Tingkat bawah pula digunakan untuk pameran-pameran pada musim tertentu, Istanbul Modern Cimena dan juga perpustakaan.
Fatih Mosque
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 60 Fatih Mosque](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Fatih-Mosque-1024x682.jpg)
Kompleks Masjid Fatih merupakan sebuah masjid yang dibina sekitar tahun 1463 ke 1470 atas arahan Sultan Muhammad Al-Fateh.
Ia dibina diatas tapak Gereja Byzantine yang sedang berada didalam kondisi yang agak teruk sekaligus diperintahkan untuk dirobohkan.
Gereja tersebut merupakan tempat dimana Maharaja Roman Constantine bersemadi. Masjid ini dibina oleh arkitek Greek yang bernama Atik Sinan.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 61 Fatih Mosque-burka-104041](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Fatih-Mosque-burka-104041-683x1024.jpg)
Masjid Fatih ini merupakan projek monumental pertama dalam sejarah empayar Uthman. Masjid ini telah rosak teruk dalam sebuah gempa bumi yang berlaku pada 1509. Kejadian sama berlaku lagi pada 1557 dan juga 1754.
Pada tahun 1766 pula berlaku sebuah lagi gempa bumi yang terus memusnahkan masjid ini sekaligus memaksa Sultan Musatafa III membina sebuah masjid baru dengan menggunakan khidmat arkitek Mimar Mehmet Tahir.
Pera Museum
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 62 Peramuzesi_nighttime](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Peramuzesi_nighttime-973x1024.jpg)
Pera Museum merupakan sebuah muzium yang dibina pada tahun 2005 oleh Suna & Inan Kirac Foundation sebaik saja kerja pemulihan bangunan hotel lama Pera selesai dilakukan.
Sejak dari hari tersebut, ia telah menjadi diantara pameran paling mengagumkan di Turki dengan tiga koleksi utamanya iaitu “Orientalist Painting”, “Anatolian Weight and Measures”, dan “Kutahya Tiles and Ceramics”.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 63 Koleksi Kütahya Tiles dan Seramik di Muzium Pera Istanbul](http://wpfc.ml/b.gif)
Selain tiga tarikan utama ini, Pera Museum turut memberikan program pendidikan percuma kepada kanak-kanak pada setiap minggu.
Memang tidak dinafikan bahawa Pera Museum merupakan diantara destinasi yang wajib anda kunjungi jika anda berada di Turki.
Üsküdar
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 64 istanbul-the-maiden-s-tower-date](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/istanbul-the-maiden-s-tower-date-1024x682.jpg)
Uskudar pada asalnya dikenali sebagai Scutari, merupakan sebuah daerah yang terletak di Turki.
Ia bersempadan di utara dengan Beykoz, di timur dengan Umraniye, di barat dengan Bosphorus dan di selatan dengan Kadikoy.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 65 istanbul-üsküdar-cami-turkey-islam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/istanbul-üsküdar-cami-turkey-islam-683x1024.jpg)
Ramai yang memilih untuk ke Uskudar kerana ia merupakan sebuah kawasan yang agak sesak dengan pengunjung dan juga penduduk setempat, ia masih mempunyai banyak kawasan-kawasan hijau seperti Bukit Camlica.
Selain itu, ia juga mempunyai tarikan lain seperti persisiran pantai Bosphorus dan taman-taman. Ia juga mempunyai banyak bangunan bersejarah dan juga tapak keagamaan.
Istiklal Caddesi and Taksim
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 66 Istiklal Caddesi and Taksim](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Istiklal-Caddesi-and-Taksim-1024x682.jpg)
Nama lainnya adalah Istiklal Street yang merupakan sebuah jalan yang sangat panjang. Ia menjadi tumpuan pengunjung untuk berjalan-jalan disamping mencuci mata dengan pelbagai barangan tempatan Turki.
Anda pasti akan terkejut kerana anda boleh temukan apa saja disini seperti baju, kasut, makanan Turki dan bermacam-macam jenis makanan lagi.
![23 Tempat Menarik di Istanbul & Aktiviti Paling Menyeronokkan: Pilihan #1 Melancong ke Turki [POPULAR] 67 Istiklal Caddesi and Taksim Tram](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2018/08/Istiklal-Caddesi-and-Taksim-Tram-1024x645.jpg)
Taksim pula merupakan sebuah dataran yang berada berdekatan Istiklal Street ini.
Ramai juga yang memilih untuk menginap di Taksim dan kemudian mencari masa terluang untuk berjalan-jalan di Istiklal Street.
Video Tempat Menarik di Istanbul
Bersambung…