Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Turki

40 Aktiviti Tempat Menarik di Istanbul Terkini

Istanbul yang dahulunya dikenali sebagai Byzantium dan Constantinople, adalah bandar paling ramai penduduk di Turki dan pusat ekonomi, budaya dan bersejarah di negara ini

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
13 Mei, 2026
Kategori: Turki
Masa Bacaan: 8 mins read
18.2k 1.2k
A A
12
tempat menarik di istanbul
20.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah tempat-tempat menarik di Istanbul yang paling popular dikalangan pelancong profesional?

Istanbul merupakan sebuah bandar yang indah dan bijak dalam mengaplikasikan seni budaya dan sejarahnya dengan baik.

Andai Bumi ini adalah sebuah negara, Istanbul pasti menjadi ibu negaranya ~ Napoleon Bonaparte

Melalui dua gabungan ciri-ciri ini, Istanbul muncul sebagai bandar yang mempersona dan menawarkan banyak keunikan kepada para pengunjung dari seluruh dunia.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Ditubuhkan pada zaman Neolitik, Istanbul yang kita temui pada hari ini masih setia kepada sejarah dan warisan mereka melalui binaan masjid-masjid yang ada, basilika dan katedral, serta bazar purba.

Terletak di tengah-tengah antara Timur dan Barat Turki, bandar terbesar di Turki ini menawarkan daya tarikan dan godaan yang seakan-akan merayu pengunjung untuk datang ke sini.

Promosi-Pakej-Percutian-ke-Turki

  • Lihat Pakej Percutian Popular Istanbul
  • Lihat Penginapan Terbaik di Istanbul
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Istanbul
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Istanbul
  • Lihat Peta Percutian Ke Istanbul

Pin

  • 1 Menara Galata
  • 2 Muzium Arkeologi Istanbul
  • 3 Masjid Çamlıca (Tarikan Terkini)
  • 4 Masjid Suleymaniye
  • 5 Masjid Biru
  • 6 Hagia Sophia
  • 7 Gereja Chora
  • 8 Basilica Cistern
  • 9 Istana Dolmabahce
  • 10 Grand Bazaar
  • 11 Topkapi Palace
  • 12 Hippodrome
  • 13 Spice Bazaar (Misir Çarsisi)
  • 14 Museum of Turkish and Islamic Arts
  • 15 Little Aya Sofya (Küçük Aya Sofya)
  • 16 Rüstem Pasa Mosque
  • 17 Yedikule Fortress (Yedikule Hisari)
  • 18 Carpet Museum
  • 19 Istanbul Modern
  • 20 Fatih Mosque
  • 21 Pera Museum
  • 22 Üsküdar
  • 23 Istiklal Caddesi and Taksim
  • 24 Bukit Pierre Loti (Pierre Loti Tepesi)
  • 25 Masjid Ortaköy (Büyük Mecidiye Camii)
  • 26 Kepulauan Putera (Princes’ Islands / Adalar)
  • 27 Taman Tema Isfanbul (Vialand)
  • 28 Miniatürk
  • 29 Kawasan Bersejarah Balat dan Fener
  • 30 Taman Emirgan (Emirgan Korusu)
  • 31 Istana Beylerbeyi (Beylerbeyi Sarayı)
  • 32 Kubu Rumeli (Rumeli Hisarı)
  • 33 Taman Gülhane (Gülhane Parkı)
  • 34 Masjid Eyüp Sultan (Eyüp Sultan Camii)
  • 35 Muzium Rahmi M. Koç
  • 36 Galataport Istanbul
  • 37 Muzium Mainan Istanbul (İstanbul Oyuncak Müzesi)
  • 38 Istana Küçüksu (Küçüksu Kasrı)
  • 39 Kawasan Pesisir Arnavutköy
  • 40 Video Tempat Menarik di Istanbul
Berikut adalah gambaran kepada lokasi-lokasi tarikan pelancong di Istanbul:


Menara Galata

Cityscape of Istanbul with the view on Galata Tower and boats in Golden Horn bay, Turkey
Pemandangan kota Istanbul dengan pemandangan Menara Galata dan kapal di teluk Golden Horn, Turki

Jika anda melancong ke Turki, Galata Tower atau Galata Kulesi merupakan sebuah menara batu abad pertengahan yang setinggi 67 meter (219 kaki).

Menguasai ruang udara Istanbul, menara ini menawarkan pemandangan-pemandangan indah lagi menarik bagi bandar tua ini dan kawasan-kawasan di sekitarnya.

Satu ketika dulu, menara ini membawa nama Menara Kristus dan merupakan bekas bangunan tertinggi di Istanbul ketika ia dibina pada tahun 1348.

Senibina Menara Galata
Senibina Menara Galata

Meskipun sudah berabad lama, menara ini masih berdiri kukuh hingga ke hari ini. Ia telah mengalami pelbagai perubahan demi perubahan mengikut zaman, di mana pada permulaannya ia dijadikan sebagai bangunan pengawas kota.

Namun pada tahun 1717, ia dijadikan menara pemerhati untuk mengesan kebakaran.

Pada hari ini, puncak menara ini kini dilengkapi dengan sebuah kafe, restoran dan kelab malam, yang mana kedua-duanya boleh dicapai dengan menaiki lif di dalam bangunan sembilan tingkat ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 10:00pm | Bereketzade, Galata Kulesi, 34421 Beyoğlu/İstanbul, Turkey

Muzium Arkeologi Istanbul

istanbul archaeology museum
Muzium Arkeologi Istanbul

Muzium Arkeologi Istanbul merupakan salah satu daripada muzium terpenting di bagi anda yang ini melancong ke Turki.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Ia sebenarnya adalah sebuah kompleks yang terdiri daripada tiga buah muzium serentak iaitu Muzium Arkeologi, Muzium Timur Purba dan Muzium Kiosk Berjubin.

Ketiga-tiga muzium ini apabila digabungkan menempatkan lebih daripada 1 juta objek daripada pelbagai tamadun dan peradaban di seluruh dunia.

Istanbul Archaeology Museum
Terdapat Pelbagai Sarcophagus di Muzium ini dan yang terkenal adalah The Alexander Sarcophagus | CC: Schezar

Muzium ini telah ditubuhkan pada tahun 1891 dan merupakan muzium Turki yang pertama sekali dibina. Ianya terletak berdekatan Taman Gyulhane, di bahagian lapangan Istana Topkapi.

Tapak Kiosk Berjubin tersebut pula dicatatkan sudah wujud sejak tahun 1472 lagi, seperti yang tercatat pada gerbang masuk utamanya.

Salah satu artifak berharga daripada beribu-ribu artifak yang ada di sini adalah keranda Alexander the Great.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Cankurtaran, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Masjid Çamlıca (Tarikan Terkini)

Masjid-camlica

Masjid Agung Camlica, yang dianggap sebagai simbol terbaharu bandar ini sejak penubuhannya, direka bentuk dengan inspirasi daripada kedua-dua garis dan sejarah hari ini, serta seni bina Uthmaniyyah dan Seljuk.

Setiap gabungan Masjid Besar Camlica telah direka bentuk dengan perincian terbaik, dan ia benar-benar menarik perhatian kedua-dua elemen visual dan fungsi.

the-camlica-mosque-in-uskudar-district-of-istanbul

Masjid Büyük Çamlıca, masjid terbesar dalam sejarah republik Turki, yang asasnya diletakkan pada 6 Ogos 2013, dibuka untuk sebagai rumah ibadah pada 7 Mac 2019.

Sebilangan besar negarawan dari seluruh dunia dan pemimpin agama menghadiri upacara pembukaan, yang dilengkapi dengan bendera Turki.

main-entrance-view-of-grand-camlica-mosque

Masjid Besar Camlica menarik perhatian kepada 72 negara yang tinggal di Istanbul dengan kubah utama setinggi 72 meter dan nombor plat Istanbul dengan kubah berdiameter 34 meter.

Ia juga mempunyai alam terbesar di dunia, sepanjang 7 meter 77 sentimeter, terdiri daripada 3 bahagian.

grand-camlica-mosque

6 menara dalam masjid melambangkan syarat iman. 4 daripadanya didedikasikan untuk Kemenangan Malazgirt, 3 daripadanya dihormati dan sepanjang 107.1 meter.

Pada permukaan dalaman kubah, 16 nama Allah yang didedikasikan untuk 16 negara Turki ditulis dengan merujuk kepada dua ayat terakhir Surat al-Hashr.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Ferah, Büyük Çamlıca Camii، 34692 Üsküdar/İstanbul, Turkey

Masjid Suleymaniye

Suleymaniye mosque (Süleymaniye Camii), Istanbul, Turkey
Masjid Suleymaniye

Kebanyakan pengunjung yang datang ke Masjid Suleymaniye berkata bahawa keindahan dan kedamaian yang mereka lihat di sini memberikan mereka inspirasi kerohanian.

Ini adalah salah satu keunikan utama bagi seorang yang melancong ke Turki.

Rekabentuk dalaman Suleymaniye
Rekabentuk dalaman Suleymaniye

Terletak di Third Hill, Istanbul, masjid ini telah diarahkan pembinaannya dalam tahun 1550 oleh Sultan Suleyman the Magnificient (Sultan Sulaiman Yang Hebat).

Masjid ini sesungguhnya indah, menggabungkan seni bina Islam dan Byzantine.

Pemandangan Indah Masjid Suleymaniye
Pemandangan Indah Masjid Suleymaniye

Beberapa tahun kemudiannya, masjid ini mengalami kerosakan teruk, termasuklah semasa Perang Dunia Pertama di mana kebakaran berlaku dan taman-taman pula digunakan sebagai depot senjata.

süleymaniye-cami-minaret-istanbul
Minaret Masjid Suleyman

Ia kemudiannya dibaikpulih pada pertengahan abad ke-20. Masjid ini ditandakan dengan empat menara, menunjukkan ia dibina oleh seorang sultan.

Ketika ia dibina, kubahnya merupakan yang tertinggi sekali dalam Empayar Uthmaniyah.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 9:30pm | Süleymaniye, Prof. Sıddık Sami Onar Cd. No:1, 34116 Fatih/İstanbul, Turkey

Masjid Biru

Famous Blue Mosque at sunny summer day in Istanbul, Turkey
Masjid Biru yang terkenal pada hari musim panas yang cerah di Istanbul, Turki

Masjid Biru / Blue Mosque juga dikenali sebagai Sultan Ahmed Mosque merupakan masjid yang dibina pada abad ke-17 di mana, ianya masih lagi aktif digunakan sebagai tempat beribadat hingga ke hari ini.

Pengunjung yang bukan Islam perlu untuk melihat jadual lawatan sebelum datang ke sini, kerana masjid akan ditutup ketika tempoh lima waktu solat sedang berlangsung untuk setiap hari bagi umat Islam.

blue-mosque-sultan
Masjid Biru Sultan

Seperti mana masjid yang berada di Malaysia, semua pengunjung diharuskan menanggalkan kasut dan wanita pula menutup rambut mereka.

Sejujurnya, ini adalah harga yang amat kecil untuk dibayar jika dibandingkan dengan peluang melihat khazanah bernilai yang ada di sini.

the-famous-blue-mosque-in-istanbul-PGZJQT7
Masjid Biru Istanbul

Masjid ini dihiasi dengan 20,000 jubin seramik dalam pelbagai reka bentuk tulip dan 200 tingkap kaca berwarna; semuanya dengan reka bentuk yang rumit lagi unik.

Masjid ini yang dibina oleh Sultan Ahmet yang mendapat inspirasi untuk menamakannya sempena jubin biru yang ada pada kubah dan bahagian atas rekaan dalamannya, maka dinamakan Masjid Biru.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Sultan Ahmet, Atmeydanı Cd. No:7, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Hagia Sophia

Hagia Sophia in summer Istanbul at sunny day, Turkey
Hagia Sophia

Hagia Sophia pernah menjadi rumah ibadah kepada beberapa agama lain selain Islam sepanjang zaman terdahulu.

Ia bermula sebagai gereja Yunani Timur Orthodox, yang mana menjadi rumah kepada Patriark Constantinople apabila ia dibina pada tahun 537.

Hagia Sophia
Hagia Sophia

Bangunan ini adalah tumpuan utama anda jika anda melancong ke Turki. Selama hampir enam dekad dalam abad ke-12, ia menjadi gereja Roman Katolik.

Ia kemudiannya menjadi masjid pada tahun 1453 dan kekal sehinggalah ianya ditutup pada tahun 1931.

the-hagia-sophia-in-istanbul-PM9CJJZ
Hagia Sophia

Kemudian, ia dibuka semula sebagai muzium pada tahun 1935. Pada satu masa dahulu, ia adalah katedral terbesar di dunia, dan menjadi inspirasi kepada masjid-masjid lain, termasuklah Masjid Biru kerana seni bina Byzantinenya yang hebat.

Sejak Julai 2020, Hagia Sophia telah kembali berstatus masjid (Masjid Besar Ayasofya).

Mulai Januari 2024, warga asing yang melawat untuk tujuan pelancongan akan dikenakan bayaran tiket khas (kira-kira €25) dan mereka menggunakan pintu masuk berasingan supaya tidak mengganggu jemaah yang bersolat.

Kini, Hagia Sophia amat terkenal dengan mozek yang menggambarkan pelbagai adegan keagamaan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | Sultan Ahmet, Ayasofya Meydanı No:1, 34122 Fatih/İstanbul, Turkey

Gereja Chora

Chora Church Constantinople
Chora Church Constantinople

Gereja Chora mungkin sekali tidak tercatat dalam destinasi pelancongan utama bagi para pelancong yang datang ke Istanbul, namun bagi kebanyakan pengunjung yang tiba di sini, mereka pasti akan mengagumi keindahan seni Byzantine yang ada di sini.

Malahan ramai pengunjung yang datang ke sini mengatakan bahawa lawatan mereka sebagai satu lawatan yang berbaloi.

Chora Church Constantinople
Chora Church Constantinople

Mosaik indah yang ada mengambarkan akan kehidupan Yesus (Nabi Isa) dan ibunya, Mary (Mariam). Dikenali sebagai Church of Holy Savior (Gereja Juruselamat Kudus) mengikut kepercayaan kristian di Chora, gereja ini terkenal kerana seni Byzantine indah yang masih terpelihara baik untuk tatapan ramai.

Berbalik ke zaman Constantine, Chora merupakan sebuah biara pada tahun-tahun awal pembinaannya; namun beberapa dekad kemudian, ia menjadi masjid sebelum ditukarkan kepada muzium pada tahun 1948.

Sama seperti Hagia Sophia, bangunan ini telah ditukar kembali statusnya menjadi masjid (Kariye Camii) pada tahun 2020 dan mula dibuka rasmi untuk ibadah solat bermula pertengahan tahun 2024.

Walaupun pelancong masih boleh melihat seni mozek Byzantine di dalamnya, ia tidak lagi berstatus muzium.


Basilica Cistern

Basilica Cistern in Istanbul
Basilica Cistern in Istanbul

Basicila Cistern merujuk kepada tangki air yang mana telah menjadi sumber bekalan air kepada penduduk Istanbul sejak abad keenam lagi, apabila ia diarahkan pembinaan oleh Maharaja Rom Justinian I.

Pengunjung yang datang ke sini kebiasaannya akan merasa kagum dengan teknologi yang digunakan oleh Rom purba untuk membina keajaiban seni bina yang melangkau zaman seperti tangki air ini.

Underground water storage Yerebatan Sarayi (Basilica Cistern), Istanbul, Turkey
Penyimpanan air bawah tanah Yerebatan Sarayi (Basilica Cistern), Istanbul, Turki

Tangki air bawah tanah, yang terletak beberapa langkah dari Masjid Biru, telah dibina di tapak gereja yang telah dibina pada abad ketiga.

Dikenali sebagai Istana Tenggelam, tangki ini boleh menampung sehingga 2.8 juta kaki padu air. Tangki air ini merupakan salah satu lokasi yang digunakan dalam filem James Bond, “From Russia with Love” yang difilemkan pada tahun 1963.


Istana Dolmabahce

Gate of the Treasury (Hazine-i Hassa Kapısı)
Gate of the Treasury (Hazine-i Hassa Kapısı) | CC: Klmircea

Mewah, mahal dan cantik hanyalah sebahagian daripada kata sifat yang boleh menggambarkan Istana Dolmabahce ini, yang mana telah dibandingkan dengan Istana Versailes di Paris, Perancis.

Istana ini telah dibina pada abad ke-19 menggunakan 14 tan daun emas, dan istana Turki yang paling bergaya ini menggabungkan seni bina tradisional Uthmaniyah dan gaya Eropah seperti Neoklasik, Baroque dan Rococo.

dolmabahce-istanbul-palazzo-turkey
Dolmabahce Palazzo

Menjadi rumah kepada enam sultan sejak 1856-1924, istana ini juga turut menjadi rumah kepada kandil kristal terbesar di dunia, sebuah hadiah daripada Ratu Victoria.

Tetapan Istana Dolmabahce ini adalah sangat menakjubkan: ianya dibina sepanjang pantai Bosphorus.


Grand Bazaar

Grand Bazaar
Grand Bazaar

Grand Bazaar merupakan bazar besar yang menjadi lokasi berjual beli yang telah lama wujud di Istanbul. Bagi pelancong yang suka membeli belah, ia merupakan sesuatu yang tidak boleh dilepaskan.

Menempatkan 5,000 buah kedai di dalamnya, Grand Bazaar merupakan pasar tertutup terbesar seumpamanya di dunia.

oriental cushions.Textiles in the bazaar in Istanbul
Tekstil di bazar di Istanbul

Dengan kunjungan seramai suku juta orang setiap hari, bazar ini menawarkan pelbagai jenis barangan seperti perhiasan, permaidani, rempah-ratus, barangan antik dan seramik lukisan tangan.

Bazar ini direkodkan bermula sejak tahun 1461 lagi dan pada hari ini.

Grand Bazaar omar-tursic-679435
Grand Bazaar Omar

Ia menempatkan dua buah masjid, empat air pancut, dua buah hammam atau mandian wap, dan juga Cevahir Bedesten, di mana barangan tradisional yang paling ganjil dan paling jarang ditemui boleh ditemui di sini.

Di sinilah di mana para pembeli menemui syiling-syiling lama, barangan kemas bertatahkan berlian, senjata bertatah dan juga perabot antik.


Topkapi Palace

Topkapi Palace
Istana Topkapi

Topkapi Palace atau dalam bahasa Melayunya Istana Topkapi merupakan salah satu daripada destinasi-mesti-pergi di Istanbul.

Ia merupakan tempat tinggal utama oleh sultan-sultan Uthmaniyyah untuk hampir 400 tahun lamanya (1465-1856).

dewan kekaisaran di Istana Topkapi
Dewan Kekaisaran di Istana Topkapi | CC: Miwok

Kaya dengan sejarah Empayar Uthmaniyyah, Istana Topkapi ini dikelilingi oleh dinding batu sepanjang lima kilometer (3.1 batu) dengan 27 buah menara.

Istana ini juga merupakan mercu tanda dan tarikan utama jika melancong ke Turki.

Imperial Gate
Imperial Gate

Direkodkan sejak abad ke-15 lagi, istana ini terletak di atas bukit yang menghadap ke Laut Marmara, Bosphorus dan Golden Horn.

Walaupun dulunya ia juga pernah menjadi kediaman rasmi diraja oleh sultan-sultan Empayar Uthmaniyyah dan kerusi-kerusi parlimen kerajaan Turki.

Namun kini, ia hanya merupakan sebuah muzium yang mana dianggap sebagai istana terbesar dan tertua di dunia.

topkapi-Garden
Taman Bunga Topkapi

Di sini, pengunjung boleh melawat kuarters kepada gundik-gundik raja, melihat di mana kerajaan Turki bekerja, koleksi senjata-senjata lama yang digunakan oleh sultan-sultan, dapur-dapur istana dengan koleksi porselin yang besar, dan gudang khazanah penuh dengan koleksi permata dan jam.

Paling istimewa, ia turut mengandungi relik penting dunia Islam, termasuklah jubah dan pedang Nabi Muhammad s.a.w.


Hippodrome

Hippodrome Istanbul
Ia dibawa dari Mesir pada tahun 390 SM oleh Theodosius yang Agung, dan diukir dalam granit merah jambu. Istanbul, Turki | CC: Ben

Hippodrome merupakan salah satu daripada bahagian yang terpenting dalam Sultanahmet. Disini anda boleh temukan berbagai jenis tempat tarikan yang menarik.

Dari sini anda boleh ke Hagia Sofia, Masjid Biru, Topkapi Sarayi atau Muzium Kesenian Turki dan Islam.

Sultanahmet_Square_Hippodrome_Istanbul
Dataran Sultan Ahmet

Antara waktu yang paling menarik untuk anda berkujnung ke sini adalah ketika adanya musim cuti atau perayaan dimana dataran ini akan dihias dengan bendera Turki.

Ia juga menyediakan kerusi untuk anda berehat dan bersantai disamping melihat orang awam berjalan-jalan disini. Ia juga mempunyai banyak kafe dan gerai dimana anda boleh menikmati hidangan-hindagn unik Turki.


Spice Bazaar (Misir Çarsisi)

Central coridor with many stands in Spice Bazaar, near of (Yeni Camii) in Istanbul , Turkey
Koridor tengah dengan banyak gerai di Spice Bazaar, berhampiran dengan (Yeni Camii) di Istanbul, Turki

Dari jauh lagi anda boleh hidu bau rempah, kurma, jeruk dan bermacam-macam lagi. Kebiasaannya, anda memerlukan sekitar 3 jam untuk membeli-belah disini. Bukan apa. Disini, anda boleh temukan ramai peniaga yang menjual barang yang sama.

Jadi, anda pastinya akan mengambil masa anda untuk mencari peniaga yang menjual pada harga termurah dan tawar-menawar harga.

Bazar rempah terbesar di Istanbul
Bazar rempah terbesar di Istanbul

Didalam Spice Bazaar ini, anda akan dapat melihat susun aturnya yang menarik, seni binanya yang unik dan kawasannya yang bersih serta dijaga dengan baik.

Anda boleh temukan apa saja termasuklah barang kemas pada harga yang agak berpatutan.


Museum of Turkish and Islamic Arts

Turki, Istanbul, Muzium Seni Turki dan Islam (Ibrahim Pasha Palace) Saya terkesan oleh pemegang lilin perak gergasi ini sehingga saya pergi ke Topkapi
Turki, Istanbul, Muzium Seni Turki dan Islam (Ibrahim Pasha Palace) Pemegang lilin perak gergasi

Walaupun saiz muzium ini tidaklah terlalu besar, anda boleh melihat kesemua bahan pameran ini dikelaskan dengan penuh teliti dan mengikut kronologi.

Setiap bahan pameran akan dipamerkan dalam bilik yang berasingan menurut era sejarah Islam. Ia juga disusun dan dipamerkan mengikut jenisnya.

Türk ve İslam Eserleri Müzesi halılar
Türk ve Islam Eserleri Müzesi

Barangan daripada Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat juga dipamerkan disini. Ia dijaga dengan rapi dan dipamerkan dengan cantik.

Apa yang lebih menarik adalah, setiap penjelasan ditulis dengan teliti dan sangat sesuai untuk anda yang sangat berminat dengan sejarah.


Little Aya Sofya (Küçük Aya Sofya)

Little Aya Sofya
Little Aya Sofya

Pada asalnya ia merupakan sebuah gereja yang dibina sebagai memperingati salah seorang arkitek kegemaran Maharaja Theodosius. Ada juga yang mengatakan ia sebenarnya untuk memperingati dua askar Byzantine iaitu Sergius dan juga Bacchus.

Kini, ia telah diubah kepada masjid dan sering menjadi tumpuan pelancong luar untuk melawat dan menikmati keindahan senibinanya.

Interior of Kucuk Ayasofya Mosque Istanbul Turkey
Kucuk Ayasofya

Tiada bayaran masuk dikenakan. Sebaik saja anda melangkah masuk kedalamnya, anda pasti akan terpukau dengan keindahan simetri ruang didalam masjid ini.

Ia merupakan diantara evolusi awal kepada gaya senibina Byzantine yang kemudiannya digunakan dalam rekaan Hagia Sophia dan bangunan-bangunan lain.


Rüstem Pasa Mosque

Rüstem Pasa Mosque
Masjid Rüstem Pasa

Ia terletak tidak jauh daripada Spice Bazaar. Anda perlu merentasi sebuah dataran besar terlebih dahulu untuk sampai kesini. Dari jauh lagi anda dah boleh nampak masjid ini sebenarnya.

Anda perlu mencari dan menaiki tangga yang agak tersembunyi untuk sampai ke kawasan laman masjid ini.

Gazi_Ahmet_Pasha_Mosque
Masjid Gazi Ahmet Pasha

Bila anda dah sampai ke laman ini, anda pastinya akan rasa seperti anda dah jauh daripada binaan moden Istanbul! Anda akan temukan dindingnya yang dihias dengan jubin yang cantik yang memang memukau setiap mata yang memandang.

Rekaan dalamannya juga jauh lebih menarik berbanding dengan tempat lain dan ramai yang mengakui bahawa mereka dapat merasakan suatu bentuk ketenangan apabila berada disini.


Yedikule Fortress (Yedikule Hisari)

Yedikule Hisari
Yedikule Hisari

Istana Yedikule atau turut dikenali sebagai The Fortress of Seven Towers dibina pada abad kelima sewaktu pembesaran dan perluasan bandar pada era Empayar Roman Timur.

Sehingga ke hari ini, tembok Yedikule Fortress ini telah diruntuhkan oleh musuh dan dibina semula beberapa kali. Panjang tembok Yedikule Fortress ini adalah sekitar 22 kilometer.

Yedikule Fortress
Yedikule Fortress

Nama kubu ini diambil bersempena dengan tujuh menara diatasnya. Empat dibina oleh Byzantine dan tiga lagi dibina oleh Sultan Muhammad al-Fateh.

Selain digunakan untuk tujuan pertahanan, ia juga merupakan tempat untuk menyimpan harta diraja, penjara dan juga tempat penggantungan.


Carpet Museum

Carpet And Kilim Museum
Karpet antik dari masjid-masjid Turki sejak abd ke 14 Masihi | CC: Mika Kato

Sebaik saja anda masuk ke muzium ini, anda akan diberikan penyampaian yang mendalam mengenai sejarah pembuatan karpet Anatolian. Karpet-karpet yang ada disini diambil daripada banyak masjid yang terdapat di negara ini bermula daripada abad ke-14 sehingga abad ke-20.

Terdapat 3 buah galeri disini dimana galeri pertama memaparkan rekaan karpet yang mengetengahkan corak geometri dan abstrak yang turut dikenali sebagai karpet Holbein.

Dalam isi rumah tradisional, wanita dan perempuan mengambil karpet dan kilim tenunan sebagai hobi
Wanita Turki menenun karpet dan kilim tenunan sebagai hobi sejak dari kecil lagi

Galeri kedua pula memaparkan karpet Anatolian berkonsepkan timur dan juga barat dan galeri ketiga pula merupakan galeri yang paling mencuri tumpuan dimana karpet-karpet besar Usak yang dibawa dari Masjid Suleymaniye dari abad ke-17 dan 18 serta karpet abad ke-19 daripada Masjid Biru dipamerkan disini.


Istanbul Modern

Istanbul Modern Art
Istanbul Modern Art

Istanbul Modern atau turut dikenali sebagai Istanbul Museum of Modern Art merupakan sebuah muzium seni kontemporari di daerah Beyoglu.

Ia dibuka pada 11 Disember 2004 dan kebanyakan hasil seni disini adalah daripada rakyat Turki sendiri.

Istanbul Modern
Istanbul Modern

Muzium ini merupakan tinggalan gudang maritim yang menawarkan ruang pameran pada kedua-dua tingkat bangunannya.

Tingkat atas mempamerkan koleksi kekal yang ada disini, memuatkan bilik-bilik untuk tujuan pembelajaran, kedai dan juga restoran.

Tingkat bawah pula digunakan untuk pameran-pameran pada musim tertentu, Istanbul Modern Cimena dan juga perpustakaan.


Fatih Mosque

Fatih Mosque
Masjid Fatih

Kompleks Masjid Fatih merupakan sebuah masjid yang dibina sekitar tahun 1463 ke 1470 atas arahan Sultan Muhammad Al-Fateh.

Ia dibina diatas tapak Gereja Byzantine yang sedang berada didalam kondisi yang agak teruk sekaligus diperintahkan untuk dirobohkan.

Gereja tersebut merupakan tempat dimana Maharaja Roman Constantine bersemadi. Masjid ini dibina oleh arkitek Greek yang bernama Atik Sinan.

Fatih Mosque-burka-104041
Masjid Fatih Burka

Masjid Fatih ini merupakan projek monumental pertama dalam sejarah empayar Uthman. Masjid ini telah rosak teruk dalam sebuah gempa bumi yang berlaku pada 1509. Kejadian sama berlaku lagi pada 1557 dan juga 1754.

Pada tahun 1766 pula berlaku sebuah lagi gempa bumi yang terus memusnahkan masjid ini sekaligus memaksa Sultan Musatafa III membina sebuah masjid baru dengan menggunakan khidmat arkitek Mimar Mehmet Tahir.


Pera Museum

Peramuzesi_nighttime
Peramuzesi

 Pera Museum merupakan  sebuah muzium yang dibina pada tahun 2005 oleh Suna & Inan Kirac Foundation sebaik saja kerja pemulihan bangunan hotel lama Pera selesai dilakukan.

Sejak dari hari tersebut, ia telah menjadi diantara pameran paling mengagumkan di Turki dengan tiga koleksi utamanya iaitu “Orientalist Painting”, “Anatolian Weight and Measures”, dan “Kutahya Tiles and Ceramics”.

Koleksi Kütahya Tiles dan Seramik di Muzium Pera Istanbul
Koleksi Jubin Kütahya dan Seramik di Muzium Pera Istanbul

Selain tiga tarikan utama ini, Pera Museum turut memberikan program pendidikan percuma kepada kanak-kanak pada setiap minggu.

Memang tidak dinafikan bahawa Pera Museum merupakan diantara destinasi yang wajib anda kunjungi jika anda berada di Turki.


Üsküdar

istanbul-the-maiden-s-tower-date
Maiden Tower Istanbul

Uskudar pada asalnya dikenali sebagai Scutari, merupakan sebuah daerah yang terletak di Turki.

Ia bersempadan di utara dengan Beykoz, di timur dengan Umraniye, di barat dengan Bosphorus dan di selatan dengan Kadikoy.

istanbul-üsküdar-cami-turkey-islam
üsküdar Cami

Ramai yang memilih untuk ke Uskudar kerana ia merupakan sebuah kawasan yang agak sesak dengan pengunjung dan juga penduduk setempat, ia masih mempunyai banyak kawasan-kawasan hijau seperti Bukit Camlica.

Selain itu, ia juga mempunyai tarikan lain seperti persisiran pantai Bosphorus dan taman-taman. Ia juga mempunyai banyak bangunan bersejarah dan juga tapak keagamaan.


Istiklal Caddesi and Taksim

Istiklal Caddesi and Taksim
Istiklal Caddesi Taksim

Nama lainnya adalah Istiklal Street yang merupakan sebuah jalan yang sangat panjang. Ia menjadi tumpuan pengunjung untuk berjalan-jalan disamping mencuci mata dengan pelbagai barangan tempatan Turki.

Anda pasti akan terkejut kerana anda boleh temukan apa saja disini seperti baju, kasut, makanan Turki dan bermacam-macam jenis makanan lagi.

Istiklal Caddesi and Taksim Tram
Taksim Tram

Taksim pula merupakan sebuah dataran yang berada berdekatan Istiklal Street ini.

Ramai juga yang memilih untuk menginap di Taksim dan kemudian mencari masa terluang untuk berjalan-jalan di Istiklal Street.


Bukit Pierre Loti (Pierre Loti Tepesi)

Bukit Pierre Loti adalah destinasi yang wajib dikunjungi bagi pelancong Malaysia yang mahukan ketenangan sambil menikmati pemandangan indah Tanduk Emas (Golden Horn).

Dinamakan bersempena nama seorang penulis Perancis yang sangat menggemari kawasan ini, bukit ini menawarkan pengalaman bersantai yang sangat mendamaikan.

Anda boleh menaiki kereta kabel untuk sampai ke puncak, yang pastinya menjadi pengalaman menarik untuk seisi keluarga.

Setibanya di atas, anda boleh berehat di kafe tradisional sambil menghirup secawan teh epal panas atau kopi asli Turki.

Pemandangan panoramik bandar Istanbul dari kawasan tinggi ini pastinya akan meninggalkan kenangan manis dan mempesonakan yang sukar dilupakan.

  • Lokasi: Eyüp Merkez, Karyağdı Sk. No:20, 34050 Eyüpsultan/İstanbul, Turki.

Masjid Ortaköy (Büyük Mecidiye Camii)

Bagi pencinta seni bina dan fotografi, Masjid Ortaköy adalah salah satu lokasi yang sangat istimewa di pesisir Selat Bosphorus.

Dibina dalam gaya seni bina Neo-Baroque yang cukup memukau, masjid ini kelihatan seolah-olah terapung di atas air apabila dilihat dari sudut tertentu.

Pengunjung dari Malaysia pasti terpesona dengan hiasan dalamannya yang cantik berlatarbelakangkan kemegahan Jambatan Bosphorus.

Selain singgah menunaikan solat di sini, anda boleh bersiar-siar di dataran Ortaköy yang sentiasa meriah.

Jangan lupa mencuba hidangan jalanan Kumpir, iaitu ubi kentang bakar bersaiz besar berinti pelbagai bahan enak yang sangat popular di sini.

  • Lokasi: Mecidiye, Mecidiye Köprüsü Sk. No:1, 34347 Beşiktaş/İstanbul, Turki.

Kepulauan Putera (Princes’ Islands / Adalar)

Jika anda ingin melarikan diri sebentar daripada hiruk-pikuk kota Istanbul, Kepulauan Putera adalah destinasi percutian yang amat sempurna.

Terdiri daripada gugusan pulau tanpa kenderaan bermotor, pulau yang paling popular ialah Büyükada.

Suasananya cukup mendamaikan kerana anda hanya akan mendengar bunyi loceng basikal dan merasai hembusan bayu laut.

Pelancong Malaysia boleh menyewa basikal atau menaiki kereta kuda elektrik bagi menerokai jalan-jalan yang dikelilingi rumah agam kayu bersejarah era Uthmaniyyah.

Perjalanan menaiki feri ke pulau ini juga pasti menjanjikan pengalaman melihat pemandangan Laut Marmara yang sangat indah dan menenangkan jiwa.

  • Lokasi: Büyükada, Adalar (Gugusan pulau di Laut Marmara, boleh diakses menerusi feri dari pelabuhan Kabataş atau Eminönü).

Taman Tema Isfanbul (Vialand)

Bagi pelancong Malaysia yang membawa anak-anak kecil dan keluarga, Taman Tema Isfanbul adalah syurga hiburan yang tidak boleh dilepaskan.

Ia merupakan taman tema pertama dan terbesar di Turki yang bertaraf antarabangsa.

Terdapat pelbagai jenis permainan mendebarkan seperti roller coaster yang sangat pantas, serta tunggangan mesra kanak-kanak dan kawasan permainan air yang menyegarkan.

Selain taman tema, kawasan ini turut dilengkapi dengan sebuah pusat beli-belah terbuka yang luas dan pelbagai pilihan restoran mesra Muslim yang enak.

Ia pastinya menjanjikan satu pengalaman percutian yang sungguh meriah, ceria dan penuh dengan gelak tawa kegembiraan.

  • Lokasi: Yeşilpınar, Şht. Metin Kaya Sk. No: 11/1, 34065 Eyüpsultan/İstanbul, Turki.

Miniatürk

Miniatürk adalah sebuah taman miniatur kawasan luar yang sangat menarik dan cukup sesuai untuk sesi lawatan santai sambil belajar.

Di sini, anda berpeluang untuk melihat lebih daripada seratus model mercu tanda terkenal dari seluruh Turki dan tinggalan Empayar Uthmaniyyah dalam skala kecil yang dihasilkan dengan sangat terperinci.

Ia seolah-olah membawa anda menjelajah ke seluruh negara Turki dalam masa beberapa jam sahaja.

Pelancong Malaysia pastinya akan teruja melihat replika Jambatan Bosphorus yang boleh dilalui secara berjalan kaki.

Kawasannya yang agak luas menjadikannya tempat yang sangat sesuai untuk merakam gambar kenangan indah bersama keluarga.

  • Lokasi: Örnektepe, İmrahor Cd. No:7, 34445 Beyoğlu/İstanbul, Turki.

Kawasan Bersejarah Balat dan Fener

Balat dan Fener merupakan dua kawasan kejiranan bersejarah yang semakin mendapat tempat di hati para pelancong kerana nilai estetikanya yang sangat tinggi.

Lorong-lorong kecil di sekitar kawasan ini dipenuhi dengan rumah-rumah kayu tradisional yang dicat dengan pelbagai warna ceria, lalu menjadikannya syurga bagi peminat seni fotografi.

Selain suasananya yang unik serta penuh nostalgia, anda juga akan menemui deretan kafe berkonsep vintaj yang menarik dan kedai barangan antik.

Berjalan-jalan secara santai di sini memberikan peluang terbaik kepada pelancong Malaysia untuk menyelami cara kehidupan harian masyarakat tempatan Istanbul yang terkenal ramah dan berbudi bahasa.

  • Lokasi: Balat Mahallesi & Fener, Fatih, 34087 İstanbul, Turki.

Taman Emirgan (Emirgan Korusu)

Bagi pencinta keindahan alam semula jadi, Taman Emirgan adalah salah sebuah taman awam yang terbesar dan paling cantik di sekitar bandar Istanbul.

Jika anda merancang berkunjung pada musim bunga, taman ini akan bertukar menjadi hamparan syurga dunia dengan jutaan bunga tulip pelbagai warna yang mekar bersempena penganjuran Festival Tulip Istanbul.

Pelancong Malaysia boleh membawa keluarga berkelah secara santai di kawasan rumput sambil menghirup udara segar yang nyaman.

Taman ini juga menempatkan beberapa buah astaka peninggalan bersejarah yang kini telah diubah suai menjadi restoran yang menyajikan hidangan lazat, memberikan satu pengalaman rehat yang romantik.

  • Lokasi: Reşitpaşa, Emirgan Sk., 34467 Sarıyer/İstanbul, Turki.

Istana Beylerbeyi (Beylerbeyi Sarayı)

Istana Beylerbeyi yang sungguh memukau ini terletak berhampiran bahagian benua Asia Istanbul dan pernah berfungsi sebagai kediaman musim panas bagi barisan Sultan Uthmaniyyah.

Walaupun bersaiz lebih kecil daripada Istana Dolmabahce, istana ini menjanjikan kemewahan seni bina yang luar biasa dengan hiasan dalaman yang dipenuhi candelier kristal berkilauan dan perabot antik yang terpelihara baik. Kedudukannya yang terletak betul-betul di pinggir perairan menjadikannya menawarkan pemandangan laut yang sangat menakjubkan. Taman-taman istana yang dihiasi dengan pepohon hijau yang rendang serta kolam hiasan menjadikannya lokasi persinggahan yang amat mendamaikan buat pelancong dari Malaysia untuk berehat seketika.

  • Lokasi: Beylerbeyi, Abdullahağa Cd., 34676 Üsküdar/İstanbul, Turki.

Kubu Rumeli (Rumeli Hisarı)

Kubu Rumeli merupakan sebuah monumen bersejarah unggul yang tersergam indah di bahagian paling sempit di pesisiran Selat Bosphorus.

Kubu batu yang sangat kukuh ini berjaya dibina dalam tempoh empat bulan sahaja oleh Sultan Mehmed II sebelum misi penaklukan kota Konstantinopel bermula.

Bagi pelancong Malaysia yang meminati susur galur sejarah Islam, melawat kubu ini pasti akan membangkitkan rasa kagum terhadap kehebatan strategi ketenteraan Empayar Uthmaniyyah.

Anda boleh mendaki perlahan-lahan anak tangga batu untuk meneroka bahagian menara pemerhati.

Pemandangan kapal-kapal yang sedang lalu-lalang di perairan Bosphorus dari puncak tembok kubu ini sungguh luar biasa indahnya.

  • Lokasi: Rumeli Hisarı, Yahya Kemal Cd., 34470 Sarıyer/İstanbul, Turki.

Taman Gülhane (Gülhane Parkı)

Taman Gülhane yang terletak bersebelahan dengan Istana Topkapi ini merupakan salah sebuah taman diraja yang tertua dan paling kaya dengan sejarah di Istanbul.

Pada suatu ketika dahulu, ia dikhaskan secara eksklusif untuk kerabat diraja sahaja, namun kini ia dibuka sepenuhnya kepada orang awam.

Taman ini sangat redup kerana dipenuhi oleh pokok-pokok bersaiz besar yang berusia ratusan tahun serta taman bunga yang direka rapi.

Ia adalah tempat berehat yang cukup ideal untuk pelancong Malaysia bersantai selepas penat meneroka kawasan Sultanahmet.

Pada musim bunga, taman yang tenang ini meriah dihiasi oleh ribuan pokok bunga tulip.

  • Lokasi: Cankurtaran, Kennedy Cd., 34122 Fatih/İstanbul, Turki.

Masjid Eyüp Sultan (Eyüp Sultan Camii)

Masjid Eyüp Sultan memegang suatu nilai spiritual serta sejarah peradaban Islam yang amat tinggi, lalu menjadikannya sebagai sebuah destinasi ziarah yang sangat disyorkan buat pelancong Malaysia.

Di dalam kawasan kompleks masjid bersejarah inilah terletaknya makam seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang mulia, iaitu Abu Ayyub al-Ansari.

Suasana di persekitaran kawasan ini sentiasa dipenuhi oleh jemaah yang hadir untuk menunaikan solat dan menziarahi makam tersebut.

Reka bentuk seni bina masjid yang dikelilingi rimbunan pokok rendang ini sangat menenangkan setiap jiwa yang hadir.

Dataran luas di luar masjid turut menambah rasa kedamaian di sini.

  • Lokasi: Merkez Mh, Cami Kebir Sk. No:1, 34050 Eyüpsultan/İstanbul, Turki.

Muzium Rahmi M. Koç

Muzium Rahmi M. Koç adalah sebuah muzium peribadi yang sangat unik dan pasti akan berjaya menarik minat pelancong daripada pelbagai peringkat umur kerana ia memfokuskan kepada warisan sejarah pengangkutan serta industri di Turki.

Para pelancong Malaysia berpeluang melihat sendiri pelbagai koleksi sebenar merangkumi kapal selam tentera, gerabak kereta api vintaj, dan deretan model kereta klasik yang dijaga dengan begitu rapi.

Bagi kanak-kanak, pengalaman luar biasa memasuki sebuah kapal selam yang sebenar pastinya akan menjadi satu kenangan percutian yang manis.

Muzium interaktif ini juga menjanjikan persekitaran persisiran laut yang amat santai.

  • Lokasi: Piri Paşa, Hasköy Cd. No:5, 34445 Beyoğlu/İstanbul, Turki.

Galataport Istanbul

Galataport Istanbul adalah sebuah pusat terminal kapal persiaran antarabangsa dan kompleks gaya hidup berkelas tinggi yang serba baharu di pinggir perairan Selat Bosphorus.

Ruang laluan pejalan kaki yang sangat luas dan bersih di sini memberikan pelancong Malaysia kemudahan untuk bersiar-siar sambil menikmati hembusan udara laut yang menyegarkan.

Kawasan ini padat dipenuhi dengan pelbagai butik berjenama mewah, kafe moden yang elegan, serta galeri seni kontemporari yang menepati cita rasa pelancong moden.

Suasananya yang sungguh teratur dan bertaraf dunia menjadikannya sebagai sebuah lokasi impian buat mereka yang menggemari aktiviti membeli-belah dan berehat santai.

  • Lokasi: Kılıçali Paşa, Meclis-i Mebusan Cd. No: 8, 34433 Beyoğlu/İstanbul, Turki.

Muzium Mainan Istanbul (İstanbul Oyuncak Müzesi)

Diasaskan oleh seorang penulis Turki yang terkemuka, Muzium Mainan Istanbul bakal membawa para pengunjung kembali mengimbau nostalgia ke zaman kanak-kanak yang riang.

Pameran di sini merangkumi pelbagai koleksi ribuan barang mainan dari awal tahun 1700-an hinggalah ke era zaman serba moden.

Semua koleksi barangan antik bernilai tinggi yang dikumpulkan dari serata dunia ini dipamerkan di dalam sebuah rumah agam kayu putih yang cantik.

Pengunjung dari Malaysia pasti akan terhibur dan kagum melihat pameran patung-patung comel, kereta mainan lama, serta bilik-bilik yang telah direka khas dengan tema menyerupai pentas teater kecil.

  • Lokasi: Göztepe, Dr. Zeki Zeren Sk No:17, 34730 Kadıköy/İstanbul, Turki.

Istana Küçüksu (Küçüksu Kasrı)

Sebagai sebuah permata sejarah tersembunyi yang terletak di sebelah perairan Bosphorus bahagian Asia, Istana Küçüksu pada asalnya pernah menjadi kawasan persinggahan berehat dan memburu bagi sultan-sultan Uthmaniyyah.

Walaupun saiz bangunannya agak kecil, ia tetap gah mempamerkan seni bina bergaya Eropah yang begitu elegan, lengkap dengan ukiran batu yang sangat terperinci.

Di dalamnya, pelancong Malaysia berpeluang mengagumi pelbagai kemewahan perabot antik peninggalan zaman diraja dan rekaan siling yang cantik.

Memandangkan kawasan istana ini tidak terlalu sesak, ia sangat ideal untuk anda merasai suatu suasana lawatan yang damai, lebih peribadi dan cukup menenangkan.

  • Lokasi: Göksu, Küçüksu Cd., 34810 Beykoz/İstanbul, Turki.

Kawasan Pesisir Arnavutköy

Bagi melengkapkan lagi pakej pelancongan antarabangsa yang sedang dirangka, kawasan pesisir Arnavutköy adalah destinasi ‘paling viral’ yang wajib.

Ia menjanjikan deretan rumah agam kayu tradisional Uthmaniyyah (Yalı) yang sangat menawan di tepi perairan

Pelancong dari Malaysia pasti tidak akan melepaskan peluang merakam gambar estetik di sini kerana pemandangannya sangat memukau dan luar biasa cantiknya.

Selain bersiar-siar menyusuri laluan pejalan kaki yang bersih, anda boleh singgah di kafe-kafe hipster dan restoran makanan laut tempatan.

Suasananya yang elegan namun santai menjadikannya lokasi sempurna untuk mencipta kenangan percutian yang sukar dilupakan.

  • Lokasi: Arnavutköy Mh., Bebek Arnavutköy Cd., 34345 Beşiktaş/İstanbul, Turki.

Video Tempat Menarik di Istanbul

Semoga senarai ini dapat memberikan idea dan perancangan percutian yang lebih menyeronokkan untuk anda sekeluarga di Istanbul nanti. Selamat merancang percutian dan semoga selamat dalam perjalanan!

Bersambung…

Promosi-Pakej-Percutian-ke-Turki

Tags: melancong ke istanbulmelancong ke turki musim bungapakej istanbulpakej ke turki
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Percutian ke Turki
Turki

Percutian ke Turki: Destinasi Idaman Pelancong Malaysia

Turki, sebuah negara yang kaya dengan sejarah, budaya, dan landskap yang memukau, telah menjadi salah satu destinasi percutian popular bagi...

Oleh: Hadi Ghazali
1 Julai, 2026
721
tempat-menarik-di-turki
Turki

25 Tempat Menarik Di Turki Yang Sangat Popular [TERKINI]

  Apakah tempat-tempat menarik di Turki? Turki adalah sebuah negara yang begitu menarik sekali terutamanya dari sudut pelancongan. Negara ini...

Oleh: Hadi Ghazali
6 Mei, 2026
63.9k
Selanjutnya

Komen 12

  1. blank sabariah says:
    + -

    boleh bagi iltenary ke turki . Saya mencari package yg pergi pada musim luruh

    Reply
  2. blank Nur says:
    + -

    Sy nur boleh x saya dapat sebut harga ground pakages ke Istanbul bulan 2 2019

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh Cik Nur. Nak pergi berapa orang untuk percutian ini?

  3. blank siti says:
    + -

    boleh sy dapatkan harga untuk ke turki

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Ya boleh. Mohon cik isikan borang untuk sebutharga

Sebeleum
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my