Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sarawak

56 Tempat Menarik di Kuching Terkini

Kuching adalah ibu negeri Sarawak dan juga lebih terkenal dengan dikenali sebagai pintu masuk kepada alam semula jadi Sarawak dan hidupan hutan yang lain

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
20 Januari, 2026
Kategori: Pakej Sarawak
Masa Bacaan: 12 mins read
18.7k 983
A A
22
tempat-menarik-di-kuching-sarawak
20.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Apakah tempat menarik di Kuching Sarawak yang berbaloi dilawati? Ada tempat makan yang sedap di Kuching atau adakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kuching Sarawak?

Kebanyakan pelancong yang datang akan bertanya apa yang boleh dibuat di Kuching.

Sebenarnya terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh dilawati yang sangat sesuai bagi pasangan yang ingin berbulan madu mahupun keluarga yang ingin bercuti.

Kebanyakan orang yang sudah datang ke Kuching akan mengatakan ianya adalah tempat yang tidak aktif tapi jika anda mempunyai banyak masa yang terluang untuk melawat seluruh Kuching, terdapat banyak tempat-tempat yang menarik untuk diteroka dan dilawati.

Kuching juga adalah tempat yang sangat menarik dan popular untuk mencuba makanan tempatan Sarawak bagi penggemar makanan.

Perkara lain yang sangat popular bagi penduduk tempatan di sini adalah pergi membeli belah barang buatan tangan serta barang antik.

Promo Percutian ke Kuching

  • Lihat Pakej Paling Menarik di Kuching
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kuching
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Kuching
  • Lihat Aktiviti Paling Menarik di Kuching
  • Lihat Peta Percutian di Kuching

Pin

  • 1 Borneo Cultures Museum
  • 2 Rumah Panjang Annah Rais
  • 3 Gua Pari-Pari (Fairy Cave)
  • 4 Pusat Hidupan Liar Matang (Matang Wildlife Centre)
  • 5 Empangan Bengoh & “Jurassic Park” Sarawak
  • 6 Santubong Wildlife Cruise
  • 7 Taman Orkid Kuching (DBKU Orchid Garden)
  • 8 Pasar Sempadan Serikin
  • 9 Ladang Buaya Jong (Jong’s Crocodile Farm)
  • 10 Muzium Kucing (Cat Museum)
  • 11 Esplanade Telaga Air
  • 12 Semadang Kayaking & Bamboo Rafting
  • 13 Malam Katak & Palma
  • 14 The Brooke Gallery
  • 15 Jambatan Darul Hana & Pertunjukan Air Pancut Muzikal
  • 16 Paku Rock Maze Garden
  • 17 Kolam Air Panas Kampung Panchor (Panchor Hot Spring)
  • 18 Taman Sahabat (Malaysia-China Friendship Park)
  • 19 Permai Rainforest Resort (Jungle Pool)
  • 20 Kampung Buntal
  • 21 The Old Court House (Kompleks Mahkamah Lama)
  • 22 Telok Melano & “KM0” Pan Borneo
  • 23 Lebuh Carpenter (Carpenter Street)
  • 24 Kampung Gersik & Kampung Boyan (Syurga Kek Lapis)
  • 25 Pendakian Gunung Santubong
  • 26 Muzium Sarawak: 101 Rahsia Menarik & Misteri
  • 27 Menaiki Sarawak River Cruise
  • 28 Bazaar Utama dan Jalan Tukang Kayu
  • 29 Pasar Satok
  • 30 Taman Negara Gunung Gading
  • 31 Taman Negara Kubah
  • 32 Gua Angin di Bau
  • 33 Bangunan Steamship Sarawak
  • 34 Square Tower
  • 35 Pejabat Pos Besar
  • 36 Menara Bulat
  • 37 Pavilion
  • 38 Kuil Tua Pek Kong
  • 39 Fort Margherita
  • 40 Dermaga Kuching
  • 41 Rumah Mahkamah
  • 42 Mee Kolok Pak Amit Café
  • 43 Top Spot Foodcourt
  • 44 Fian Catering
  • 45 My Village Barok
  • 46 RJ Ayam Penyet
  • 47 Hotel Imperial Kuching
  • 48 Hotel Butik Batik
  • 49 Pullman Kuching
  • 50 Hotel Lime Tree
  • 51 Hilton Kuching
  • 52 Citadines Uplands Kuching
  • 53 Resort Permai Rainforest
  • 54 Hotel Riverside Majestic
  • 55 Resort Damai Puri dan Spa
  • 56 Ranee Boutique Suites
Di sini disenaraikan tempat menarik di Kuching yang popular dan terkini.


Borneo Cultures Museum

Borneo Cultures Museum
Borneo Cultures Museum

Ini adalah ikon terbaharu dan wajib singgah jika anda ke Kuching sekarang. Merupakan muzium kedua terbesar di Asia Tenggara, bangunan emas dengan seni bina moden ini sangat memukau.

Berbeza dengan muzium lama, ia menggunakan teknologi interaktif canggih untuk mempamerkan sejarah Borneo, khazanah arkeologi, dan budaya pelbagai etnik Sarawak.

Suasananya sangat selesa, dingin, dan “Instagrammable” di setiap sudut. Ia tempat terbaik untuk memahami jiwa Sarawak dalam masa yang singkat sebelum anda menjelajah ke kawasan pedalaman.

Terdapat juga restoran dan kedai cenderamata eksklusif di dalamnya.

  • Lokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg, Pusat Bandar Kuching (Bertentangan dengan Padang Merdeka dan Plaza Merdeka).

Rumah Panjang Annah Rais

Rumah Panjang Annah Rais
Rumah Panjang Annah Rais | Imej oleh: Alberto Facchini

Jika anda mahukan pengalaman budaya yang lebih “hidup” berbanding Sarawak Cultural Village, datanglah ke sini.

Ini adalah penempatan sebenar kaum Bidayuh yang masih dihuni oleh ratusan keluarga, bukan sekadar set lakonan.

Anda boleh berjalan di atas lantai buluh di sepanjang ruai (veranda), melihat tengkorak lama hasil tradisi “headhunting” zaman dahulu, dan melihat cara penduduk memproses lada atau membuat tuak.

Penduduk di sini sangat mesra dan mengalu-alukan tetamu. Jangan lupa untuk singgah di kolam air panas semula jadi yang terletak berhampiran untuk merendam kaki selepas berjalan.

  • Lokasi: Jalan Puncak Borneo, Padawan (Kira-kira 60km atau 1 jam 15 minit pemanduan dari pusat bandar Kuching).

Gua Pari-Pari (Fairy Cave)

Fairy Cave
Fairy Cave | Imej oleh: Muhammad Hairi

Terletak berhampiran Bau, gua batu kapur ini menawarkan pemandangan yang sangat mistikal, persis filem fantasi.

Anda perlu mendaki tangga konkrit setinggi bangunan empat tingkat untuk sampai ke pintu gua.

Apabila masuk, anda akan disambut dengan formasi batuan stalagmit dan stalaktit yang diterangi cahaya matahari yang menembusi celah-celah bumbung gua, menampakkan tumbuhan hijau yang hidup subur di dalamnya.

Nama “Pari-Pari” diambil daripada satu formasi batuan di pintu masuk yang dikatakan menyerupai Dewi Guanyin. Ia destinasi kegemaran jurugambar dan peminat rock climbing.

  • Lokasi: Kawasan Kapur Bau (Kira-kira 40km atau 50 minit pemanduan dari Kuching, berdekatan Tasik Biru).

Pusat Hidupan Liar Matang (Matang Wildlife Centre)

Matang Wildlife Centre
Matang Wildlife Centre | Imej oleh: Hua Jian Ngui

Tempat ini adalah alternatif terbaik jika anda terlepas waktu makan Orang Utan di Semenggoh.

Terletak di dalam Taman Negara Kubah, pusat ini berfungsi memulihkan Orang Utan yang diselamatkan (yatim piatu atau bekas peliharaan) sebelum dilepaskan ke hutan.

Suasananya lebih “raw” dan hutan tebal. Selain Orang Utan, anda juga boleh melihat Beruang Matahari, Burung Kenyalang, dan pelbagai haiwan Borneo lain dalam kandang luas.

Selepas melihat haiwan, anda boleh berkelah dan mandi-manda di air terjun dan kolam batu yang jernih di kawasan rekreasi berhampiran.

  • Lokasi: Jalan Matang (Kira-kira 35km atau 40 minit pemanduan dari Kuching).

Empangan Bengoh & “Jurassic Park” Sarawak

Empangan Bengoh
Empangan Bengoh | Imej oleh: Kethz Jeremy

Bagi pencinta alam yang mahukan cabaran, kawasan ini adalah satu kemestian. Digelar “Jurassic Park” Sarawak kerana landskapnya yang purba dan berkabus, pengembaraan bermula dengan menaiki bot merentasi tasik empangan yang tenang dikelilingi bukit-bukau hijau.

Seterusnya, anda perlu mendaki denai hutan (hike) kira-kira 20-30 minit untuk sampai ke air terjun yang menakjubkan seperti Air Terjun Curtain dan Air Terjun Susung.

Pemandangan akar pokok gergasi dan suasana hutan hujan yang ‘raw’ di sini sangat sesuai untuk fotografi yang epik.

Pastikan anda menggunakan khidmat pemandu arah tempatan untuk keselamatan dan pengalaman terbaik.

  • Lokasi: Jeti Empangan Bengoh, Padawan (Kira-kira 45km atau 1 jam pemanduan dari Kuching).

Santubong Wildlife Cruise

Santubong Wildlife Cruise
Santubong Wildlife Cruise | Imej oleh: Anna Merkulova

Ini adalah aktiviti terbaik untuk melihat sisi lain sungai Sarawak, jauh dari kesibukan Waterfront bandar.

Bot persiaran ini biasanya berlepas pada waktu petang menuju ke kawasan paya bakau di muara Sungai Santubong.

Tarikan utamanya adalah peluang melihat Lumba-lumba Irrawaddy yang jarang ditemui, Monyet Belanda (Proboscis Monkey) di pepohon bakau, dan buaya liar di tebing sungai.

Apabila senja berlabuh, anda akan disajikan dengan pemandangan matahari terbenam yang dramatik berlatarbelakangkan Gunung Santubong, diikuti dengan kelipan ribuan kunang-kunang di sepanjang sungai apabila malam menjelma.

  • Lokasi: Jeti Kelab Bot Sarawak (Sarawak Boat Club), Santubong (Kira-kira 35km atau 40 minit pemanduan dari pusat bandar).

Taman Orkid Kuching (DBKU Orchid Garden)

Taman Orkid Kuching
Taman Orkid Kuching

Terletak berhampiran dengan Astana (istana Gabernor) dan Dewan Undangan Negeri yang ikonik, taman ini adalah syurga bagi peminat bunga.

Ia menempatkan koleksi ribuan spesies orkid Borneo yang eksotik dan hibrid dalam landskap yang sangat cantik.

Apa yang menarik, anda boleh menaiki perahu tambang (penambang) dari Kuching Waterfront untuk menyeberangi sungai ke sini, satu pengalaman tradisi yang klasik.

Taman ini agak sunyi dan tenang, sesuai untuk berjalan santai sambil menikmati keindahan bunga tanpa gangguan.

Masuk adalah percuma, menjadikannya lokasi bajet yang sangat berbaloi untuk dikunjungi.

  • Lokasi: Jalan Astana, Petra Jaya (Bersebelahan dengan bangunan DUN Sarawak, seberang sungai dari Waterfront).

Pasar Sempadan Serikin

Serikin-Weekend-Street-Market-Chai-Bing-Cheng
Serikin Weekend Street Market | Imej oleh: Chai Bing Cheng

Jika anda seorang kaki shopping dan pandai menawar harga, ini adalah lokasi wajib pergi pada hujung minggu.

Terletak betul-betul di sempadan Malaysia-Indonesia, pasar ini sangat meriah dengan peniaga dari Kalimantan yang menjual barangan unik pada harga borong.

Antara barangan yang popular di sini ialah tikar rotan Sarawak, kain batik, telekung, kraf tangan kayu, dan periuk belanga.

Suasananya agak panas dan padat, tetapi kepuasan mendapat barangan kraf asli pada harga murah menjadikan perjalanan jauh ke sini sangat berbaloi.

Pastikan anda datang awal pagi Sabtu atau Ahad sahaja kerana ia tidak beroperasi pada hari biasa.

  • Lokasi: Pekan Serikin, Bau (Kira-kira 1 jam 30 minit pemanduan dari pusat bandar Kuching, berhampiran sempadan Kalimantan).

Ladang Buaya Jong (Jong’s Crocodile Farm)

Ladang Buaya Jong
Ladang Buaya Jong

Ini bukan sekadar zoo biasa; ia adalah ladang ternakan buaya terbesar di Malaysia.

Tarikan paling utama di sini adalah aksi “The Jumping Crocodile” di mana anda boleh melihat buaya melompat tinggi keluar dari air untuk menyambar daging ayam yang digantung, satu pemandangan yang mendebarkan dan menakutkan!

Selain ratusan ekor buaya pelbagai saiz, terdapat juga mini zoo yang menempatkan haiwan lain seperti arapaima gergasi, burung merak, dan beruang matahari.

Tempat ini juga mempunyai muzium tengkorak buaya buas lagenda Sarawak, “Bujang Senang”, yang sangat terkenal dengan sejarah serangannya suatu ketika dahulu.

  • Lokasi: Jalan Kuching-Serian, Siburan (Kira-kira 30km atau 30-40 minit pemanduan dari pusat bandar).

Muzium Kucing (Cat Museum)

Muzium Kucing (Cat Museum)
Muzium Kucing (Cat Museum) | Imej oleh: Lulu

Tidak sah datang ke “Bandar Kucing” jika tidak melawat muzium unik ini. Terletak di atas Bukit Siol, ia adalah muzium kucing pertama di dunia.

Anda perlu melalui pintu gerbang berbentuk kepala kucing gergasi untuk masuk. Di dalamnya terdapat ribuan koleksi berkaitan kucing, dari patung, lukisan, setem, hinggalah mumia kucing purba dari Mesir.

Walaupun kedengaran agak pelik (quirky), ia sangat menghiburkan terutamanya untuk pencinta haiwan dan keluarga.

Lokasinya di tempat tinggi juga menawarkan pemandangan panorama bandar raya Kuching yang sangat cantik dari perkarangan luar bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

  • Lokasi: Bangunan DBKU, Bukit Siol, Petra Jaya (Kira-kira 15-20 minit pemanduan dari pusat bandar, seberang sungai).

Esplanade Telaga Air

Esplanade Telaga Air
Esplanade Telaga Air | Imej oleh: J2

Jika anda mencari port makan tengah hari atau makan malam seafood yang lebih santai dan murah berbanding di bandar, Telaga Air adalah jawapannya.

Kawasan ini merupakan perkampungan nelayan yang telah dinaik taraf dengan laluan promenade tepi sungai yang cantik menghadap Gunung Matang.

Pengunjung biasanya datang ke sini untuk menikmati hidangan tempatan di medan selera (seperti mee udang dan lokan bakar) sambil menikmati angin laut.

Terdapat juga jeti bot di sini jika anda ingin menyewa bot untuk memancing atau bersiar-siar melihat paya bakau di sekitar muara sungai Sibu Laut.

  • Lokasi: Kampung Telaga Air (Kira-kira 30 minit pemanduan dari pusat bandar Kuching, melalui jalan Matang).

Semadang Kayaking & Bamboo Rafting

Semadang Kayaking
Semadang Kayaking | Imej oleh: Christ Goh

Untuk penggemar aktiviti air dan alam semula jadi, ini adalah pengalaman yang sangat menyeronokkan.

Terletak di hulu sungai, anda boleh memilih untuk berkayak atau menaiki rakit buluh tradisional menyusuri sungai yang jernih dan sejuk.

Paling menarik, laluan ini melalui kawasan “Sistem Tagang” di mana anda boleh berhenti untuk memberi makan kepada ribuan ikan kelah liar yang berenang di sekeliling kaki anda.

Pemandangan tebing batu kapur dan hutan hujan sepanjang sungai sangat mendamaikan. Ia aktiviti seharian yang sesuai untuk keluarga atau kumpulan kawan yang inginkan sedikit cabaran fizikal tetapi santai.

  • Lokasi: Kampung Semadang, Jalan Puncak Borneo (Kira-kira 40km atau 1 jam pemanduan dari Kuching, berdekatan Annah Rais).

Malam Katak & Palma

Malam Katak & Palma
Malam Katak & Palma | Imej oleh: Bob Zakaria

Walaupun kurang dikenali berbanding Bako, taman negara ini adalah “Syurga Palma Dunia”. Namun, tarikan paling unik di sini ialah aktiviti Night Walk ke “Frog Pond” (Kolam Katak).

Pada waktu malam, hutan ini menjadi riuh dengan bunyi orkestra semula jadi daripada pelbagai spesies katak, termasuk antara katak terkecil di dunia yang hanya sebesar kuku jari kelingking.

Pengalaman berjalan dalam hutan malam yang gelap sambil mendengar bunyi alam adalah sangat menginsafkan dan unik.

Pastikan anda membawa lampu suluh dan memakai kasut yang sesuai untuk trekking ringan ini.

  • Lokasi: Jalan Matang (Kira-kira 20km atau 30 minit pemanduan dari pusat bandar, berhampiran Pusat Hidupan Liar Matang).

The Brooke Gallery

The Brooke Gallery
The Brooke Gallery | Imej oleh: Vi Vian Tan

Jangan hanya melihat istana putih ini dari seberang sungai; anda wajib menyeberanginya! Cara terbaik ke sini adalah dengan menaiki bot penambang tradisional dari Waterfront.

Fort Margherita dibina pada tahun 1879 menyerupai istana Inggeris lama untuk mengawal keselamatan sungai.

Kini, ia menempatkan galeri yang menceritakan sejarah dinasti “Rajah Putih” (Keluarga Brooke) yang memerintah Sarawak.

Pamerannya sangat interaktif dan moden, memberikan konteks sejarah yang jelas tentang pembentukan Sarawak.

Pemandangan Waterfront Kuching dari menara tinjau kubu ini juga sangat cantik untuk bergambar.

  • Lokasi: Tebingan Utara Sungai Sarawak, Petra Jaya (Boleh diakses melalui bot penambang dari Waterfront atau memandu melalui jalan Petra Jaya).

Jambatan Darul Hana & Pertunjukan Air Pancut Muzikal

Jambatan Darul Hana
Jambatan Darul Hana | Imej oleh: Kenneth Tugang

Pada waktu malam, Kuching Waterfront berubah wajah menjadi sangat meriah.

Tarikan utamanya ialah Jambatan Darul Hana, sebuah jambatan pejalan kaki berbentuk futuristik yang melengkung merentasi sungai, menghubungkan bahagian utara dan selatan bandar.

Dari atas jambatan, anda boleh menikmati angin malam dan pemandangan lampu-lampu bandar.

Tepat pada jam 8:30 malam dan 9:30 malam (hujung minggu), akan ada pertunjukan Air Pancut Muzikal di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri.

Pancutan air berwarna-warni yang menari mengikut irama lagu rakyat Sarawak ini adalah penutup hari yang sempurna dan percuma!

  • Lokasi: Kuching Waterfront (Jalan Main Bazaar), Pusat Bandar Kuching.

Paku Rock Maze Garden

Paku Rock Maze Garden
Paku Rock Maze Garden | Imej oleh: Justin

Ini adalah permata tersembunyi terbaharu di daerah Bau yang menjadi viral kerana landskapnya yang luar biasa.

Ia adalah hutan batu semula jadi yang terbentuk ratusan tahun dahulu, di mana anda boleh berjalan di celah-celah bongkah batu besar yang berlumut dan akar pokok yang menjalar.

Suasananya seolah-olah anda berada di dalam set filem fantasi atau taman purba China.

Laluan “maze” ini terletak di belakang sebuah tokong lama, menjadikan ia lokasi yang sangat tenang dan mistikal.

Ia sesuai untuk mereka yang gemar bergambar dengan latar belakang alam semula jadi yang dramatik tanpa perlu mendaki bukit tinggi.

  • Lokasi: Jalan Bau-Lundu, Bau (Kira-kira 35km atau 40 minit pemanduan dari Kuching, terletak di belakang Tokong Shing Yueh).

Kolam Air Panas Kampung Panchor (Panchor Hot Spring)

Panchor Hot Spring
Panchor Hot Spring | imej oleh: Faris Mazlan

Bagi yang mencari rehat dan rawatan terapeutik selepas seharian berjalan, kolam air panas semula jadi ini adalah pilihan terbaik.

Dikelilingi oleh hutan hujan yang menghijau, air panas di sini dipercayai mempunyai khasiat mineral yang tinggi untuk kesihatan kulit dan lenguh badan.

Fasiliti di sini asas tetapi bersih, dengan laluan pelantar kayu yang menghubungkan beberapa kolam dengan suhu berbeza (dari suam hingga agak panas). Ia sangat popular dalam kalangan penduduk tempatan pada hujung minggu untuk berkelah santai.

Datanglah pada waktu pagi yang sejuk atau lewat petang untuk pengalaman rendaman yang paling menyegarkan.

  • Lokasi: Kampung Panchor Dayak, Jalan Kuching-Serian (Kira-kira 40km atau 45 minit pemanduan dari pusat bandar, berhampiran Serian).

Taman Sahabat (Malaysia-China Friendship Park)

Malaysia-China Friendship Park
Malaysia-China Friendship Park | Imej oleh: Sim Ying Shyang

Taman rekreasi ini dibina sebagai simbol hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Keunikannya terletak pada gabungan elemen seni bina Sarawak dan gaya Dinasti Ming. Anda boleh melihat patung Laksamana Cheng Ho yang megah, pavilion Cina yang indah, serta kolam ikan Koi yang sangat besar dan tenang.

Pada waktu petang, taman ini menjadi lokasi kegemaran warga tempatan untuk berjoging dan bersenam.

Ia adalah tempat yang sangat “zen” untuk berjalan santai sambil menikmati matahari terbenam, dan terdapat banyak kedai makan moden serta kafe “hipster” di kawasan komersial sekeliling taman ini untuk lepak malam.

  • Lokasi: Jalan Song, Tabuan Heights (Kira-kira 15 minit pemanduan dari pusat bandar Kuching, kawasan perumahan elit).

Permai Rainforest Resort (Jungle Pool)

Permai Rainforest Resort
Permai Rainforest Resort

Walaupun anda tidak menginap di resort ini, anda boleh masuk sebagai pelawat harian (dengan bayaran kecil) untuk menikmati tarikan utamanya: “Jungle Pool”.

Ini adalah kolam batu semula jadi yang dialirkan terus dengan air gunung yang sangat sejuk dan jernih, terletak betul-betul di tepi hutan hujan tebal namun menghadap ke laut luas.

Pengalaman berenang di sini sangat unik kerana anda dikelilingi pokok besar dan kadangkala boleh melihat monyet liar melompat di dahan pokok di atas kepala.

Resort ini juga merupakan titik permulaan untuk trek mendaki ke Air Terjun Blue Pool yang tersembunyi.

Kampung Buntal

Kampung Buntal
Kampung Buntal | Imej oleh: Andy Ho

Selain Telaga Air, Kampung Buntal adalah satu lagi destinasi seafood yang sangat popular dalam kalangan warga tempatan Kuching.

Terletak di kawasan muara sungai yang luas, kampung nelayan ini mempunyai laluan pejalan kaki (esplanade) kayu yang panjang menjorok ke arah laut/sungai.

Ia lokasi yang sempurna untuk menikmati angin petang sambil melihat matahari terbenam dengan pemandangan Gunung Santubong dari sudut yang berbeza.

Restoran-restoran di sini terkenal dengan masakan laut yang segar, terutamanya ketam dan midin belacan. Suasananya lebih tenang dan privasi berbanding tempat pelancongan lain.

  • Lokasi: Jalan Sultan Tengah, Santubong (Kira-kira 30km atau 35 minit pemanduan dari pusat bandar).

The Old Court House (Kompleks Mahkamah Lama)

The Old Court House
The Old Court House | Imej oleh: Justine Francis

Terletak betul-betul di tengah bandar, kompleks bangunan kolonial putih ini sering terlepas pandang kerana pelancong lebih fokus ke Waterfront.

Dibina pada tahun 1871, ia dahulunya pusat pentadbiran kerajaan Brooke. Kini, ia telah diubah suai menjadi hab gaya hidup yang sangat aesthetic dan instagrammable.

Di dalamnya terdapat kafe-kafe high-end, bar santai, galeri seni, dan ruang acara yang mengekalkan struktur kayu belian asal.

Ia adalah tempat terbaik untuk berehat minum kopi dalam suasana “colonial chic” selepas penat berjalan di sekitar bandar lama Kuching.

  • Lokasi: Jalan Tun Abang Haji Openg (Bersebelahan dengan Kuching Waterfront dan bertentangan dengan Plaza Merdeka).

Telok Melano & “KM0” Pan Borneo

Telok Melano
Telok Melano | Imej oleh: Dilah Tuah

Ini adalah destinasi road trip paling popular masa kini. Telok Melano menandakan permulaan lebuh raya Pan Borneo (Kilometer 0.00), yang ditandakan dengan monumen ikonik untuk bergambar.

Perjalanan memandu ke sini melalui jalan yang berliku namun cantik dengan pemandangan hutan dan laut.

Di sini, pantainya jauh lebih bersih, landai, dan airnya lebih biru berbanding pantai di bandar Kuching. Suasananya sangat damai seperti sebuah kampung nelayan terpencil yang baru menerima arus pemodenan.

Terdapat banyak homestay dan tapak perkhemahan tepi pantai untuk mereka yang ingin bermalam sambil menikmati BBQ.

  • Lokasi: Penghujung Daerah Sematan (Kira-kira 140km atau 2 jam pemanduan dari pusat bandar Kuching).

Lebuh Carpenter (Carpenter Street)

Lebuh Carpenter
Lebuh Carpenter | Imej oleh: Lay Tan

Terletak selari dengan Main Bazaar, jalan ini adalah nadi sejarah kaum Cina di Kuching. Pada waktu siang, ia sibuk dengan kedai perabot kayu tradisional, kedai buku lama, dan kopitiam klasik.

Jangan lupa singgah di Tokong Hiang Tiang Siang Ti yang sangat cantik ukirannya.

Namun, transformasi berlaku pada waktu malam apabila jalan ini menjadi hip dengan pembukaan bistro kecil, bar tersembunyi (speakeasy), dan kafe moden yang beroperasi di dalam bangunan rumah kedai lama.

Ia tempat terbaik untuk melihat pertembungan budaya lama dan gaya hidup moden anak muda Kuching.

  • Lokasi: Lebuh Carpenter, Pusat Bandar Kuching (Bersebelahan dengan Plaza Merdeka dan Main Bazaar Waterfront).

Kampung Gersik & Kampung Boyan (Syurga Kek Lapis)

Kek-Lapis-Dayang-Salhah-Pik-Wan
Kek Lapis Dayang Salhah | Imej oleh: Pik Wan

Anda tidak boleh meninggalkan Sarawak tanpa Kek Lapis, dan inilah “kilang” utamanya.

Terletak di seberang sungai, deretan kedai di kampung ini menjual ratusan jenis Kek Lapis Sarawak yang fresh dari ketuhar.

Anda boleh merasa sampel (tester) secara percuma sebelum membeli. Jenama popular seperti Dayang Salhah dan Mira Cake House berpusat di sini.

Selain membeli kek, pengalaman menaiki bot penambang dari Waterfront untuk ke jeti kampung ini adalah satu kemestian.

Suasana kampung Melayu di sini sangat harmoni dan meriah terutamanya pada hujung minggu.

  • Lokasi: Kampung Gersik, Petra Jaya (Boleh diakses menaiki bot penambang RM1 dari Waterfront atau memandu melalui Jambatan Darul Hana).

Pendakian Gunung Santubong

Pendakian Gunung Santubong
Pendakian Gunung Santubong | Imej oleh: Norafesa Shaharuddin

Bagi penggemar aktiviti kecergasan yang lasak, menawan puncak Gunung Santubong adalah satu pencapaian yang membanggakan.

Gunung setinggi 810 meter ini bukan calang-calang kerana treknya yang curam dan memerlukan anda memanjat tangga menegak serta akar kayu.

Namun, segala penat lelah akan terbayar apabila anda sampai ke puncak. Pemandangannya sungguh epik, anda boleh melihat garis pantai Sarawak yang melengkung, muara sungai, dan laut luas dari pandangan mata burung.

Ia memakan masa kira-kira 3-4 jam untuk naik dan memerlukan stamina yang tinggi. Pastikan anda mendaftar masuk di pintu masuk taman negara sebelum mendaki.

  • Lokasi: Pintu masuk Taman Negara Santubong (Kira-kira 35km atau 40 minit pemanduan dari Kuching).


Muzium Sarawak: 101 Rahsia Menarik & Misteri

Muzium Sarawak

Anda mungkin fikir muzium sangat membosankan tetapi tidak bagi sesiapa yang datang ke muzium Sarawak yang terletak dekat dengan Hotel Merdeka di Dataran Kuching.

Muzium ini telah diiktiraf sebagai salah satu muzium terbaik di dunia. Ianya telah dibuka pada tahun 1891 dan ianya merupakan muzium tertua di Borneo.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Inside Muzium Sarawak

Jika anda seorang pakar sejarah atau seorang yang sangat meminati sejarah, anda boleh datang ke sini untuk mempelajari budaya orang Sarawak, tatu mereka dan banyak lagi.

Tempat ini adalah tempat permulaan yang paling terbaik dan masuk ke sini juga adalah percuma.

Muzium Sarawak, terletak di kedua-dua belah Jalan Tun Abang Haji Openg, salah satu koleksi yang terbaik di Asia Tenggara. Bangunan lama itu, dibuka pada tahun 1891, direka dalam gaya rumah bandar Normandy.

Muzium-Sarawak-Ethnology-Museum

Ia mempunyai koleksi ethnographic yang luar biasa, memaparkan sejarah semula jadi dan juga mengenai industri minyak di Sarawak.

Pameran tradisional kayu ukiran adalah mengagumkan. Bangunan baru yang merentasi jambatan digunakan untuk acara aktiviti dan pameran.

Manakala, di dalam kawasan Muzium terdapat Aquarium, Taman Botani dan Memorial Pahlawan, yang dibina untuk memperingati kematian Perang Dunia Ke-dua, ​​Pemberontakan Komunis dan konfrontasi dengan Indonesia.

Seni Orang Ulu Mural
Seni Orang Ulu Mural

Ia dibuka setiap hari bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Kemasukan adalah percuma.

Muzium Sarawak – disenaraikan sebagai yang terbaik di Asia Tenggara. Asalnya dibina pada tahun 1891 dalam gaya bandar Normandy atau rumah.

Koleksi Borneo Etnografi artifak prasejarah, seni tempatan, dokumen sejarah, barangan antik, spesimen Sarawak fauna, reptilia, mamalia, burung dan pameran Shell petroleum di Sarawak.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Koleksi entomologi tertua di Borneo adalah Muzium Sarawak. Pada asalnya dibina untuk menempatkan dan memaparkan seni dan kraf orang asli Borneo.

Instrumen Muzik-Muzium Sarawak
Instrumen Muzik Muzium Sarawak

Setelah itu Muzium Sarawak telah mendapat perhatian kerana mempunyai satu koleksi yang komprehensif artifak Borneo yang boleh didapati di mana-mana.

Selepas beberapa tambahan sambungan di bangunan, Muzium Sarawak sekarang berada di kedua-dua belah Jalan Tun Abang Haji Openg, dengan kedua-dua bangunan dihubungkan dengan jejantas.

Sebagai salah satu muzium yang tertua di Asia Timur, Muzium Sarawak yang menempatkan beberapa peninggalan yang paling berharga dari tamadun purba yang ditemui dari penggalian tapak di beberapa tempat di Sarawak.

Seni Ukiran-Muzium Sarawak
Seni Ukiran-Muzium Sarawak

Jenazah Niah Man (yang baru sahaja diklasifikasikan semula sebagai seorang wanita) yang terdapat di Gua Niah dan dipamerkan di sini, sejelasnya tarikan untuk kepentingannya dalam sejarah sejarah manusia.

Tentu saja ada banyak perkara lain yang menarik minat orang ramai ke muzium, termasuk haiwan yang mengagumkan dan koleksi serangga.

Malah, terdapat lapan muzium di negeri ini, iaitu Muzium Islam, Muzium Cina, Muzium Arkeologi Niah, Muzium Wilayah Limbang, Muzium Wilayah Baram, Muzium Tekstil dan Muzium Petroleum.

Isamic Heritage-Muzium Sarawak
Islamic Heritage-Muzium Sarawak

Pada masa ini di Dewan Tun Abdul Razak, Kuching, galeri Muzium Sarawak di seberang jalan dari bangunan utama, memaparkan peninggalan seramik yang digali dari pelbagai tempat di delta sungai Sarawak.

Tidak dinafikan, kawasan delta Sarawak merupakan pusat perdagangan utama pada zaman awal sejarah di negeri ini seperti yang dibuktikan daripada penemuan ini.

Pada mulanya, peniaga dari bahagian lain di Asia berminat dalam perdagangan rempah, sarang burung, lilin lebah, burung enggang gading dan produk eksotik yang terdapat banyak sumbernya di Sarawak.

Sebagai balasan, orang asli di sini menerima tekstil, manik, seramik dan barangan tembaga.

Galeri Rumah Panjang
Galeri Rumah Panjang

Terletak di galeri tingkat 1, paparan terdiri daripada barangan yang ditemui dan diperolehi semula sejak dari tahun 1948. Berdasarkan hasil temuan, beberapa barang-barang seramik dan kepingan adalah dari 11 hingga ke abad ke-13 AD.

Majoritinya berasal daripada China dan beberapanya dari Thailand, Vietnam, Jepun dan Eropah juga. Barang-barangnya terdiri daripada balang hingga pinggan, pasu kecil serta mangkuk dan botol. Dalam usaha untuk mengkategorikan bahan-bahan ini, sembilan klasifikasi telah dibuat berdasarkan warna dan badan tanah liat atau tekstur.

Ini termasuk barangan putih, jenis Yueh, Celadons dari Dinasti Song, Temmoku dari Fukien di China, barangan kaca Green, barangan T’zu Chou, batu Coarse.

Tenunan Sarawak
Tenunan Sarawak

Barang Siam dan barang Biru dan Putih. Sesetengahnya, seperti warna hijau sebenarnya mendapat warna mereka dengan kehadiran plumbum dalam bahan tanah liat yang digunakan dalam pembuatannya.

Pendedahan kepada produk seramik yang dibawa oleh pedagang-pedagang asing kemudian telah membawa kepada pembangunan produk seramik oleh penduduk asli di sini.

Lama kelamaan, ia telah membawa peningkatan industri tembikar di Sarawak dan baru-baru ini, produk seramik telah dieksport dari sini.

Yang menghairankan, seramik asli terawal ditemui di tapak West Mouth of Gua Niah yang sebenarnya biasa, tempayan besar yang tidak dihias, tempayan dan pengebumian khas yang dikaitkan dengan adat pengebumian penduduk tempatan.

Bakul Serbaguna-Muzium Sarawak
Bakul Serbaguna-Muzium Sarawak

Di tingkat bawah galeri adalah Muzium Shoppe, sebuah kedai runcit yang menjual cenderamata dan memorabilia lain.

Ia adalah tempat yang selesa untuk berjalan setelah melawat pameran, anda boleh membeli barang seperti T-shirt, buku, karya seni kecil dan barang yang akan mengingatkan anda pada muzium ini.

Galeri ini dibuka setiap hari bermula dari pukul 9:30 pagi hingga 4:30 petang dan masuk adalah percuma!


Menaiki Sarawak River Cruise

Sarawak River Cruise
Sarawak River Cruise

Jika terdapat pelancong yang ingin menikmati persekitaran ketika berada di atas feri, anda boleh mencuba Sarawak River Cruise ini.

Feri ini hanya boleh dijumpai di kawasan air utama Sarawak dimana anda dapat melihat feri yang besar sedang menunggu untuk membawa penumpang melalui sungai ini.

Apa yang anda boleh lihat di sini? Di permulaan perjalanan di atas feri ini, anda dapat melihat monumen popular, bangunan warisan, tempat pelabuhan kapal lama dan penduduk tempatan yang membawa sampan atau bot sebagai teksi untuk sesiapa yang ingin bergerak melalui air.

Sarawak River Cruise Tickets

Semakin jauh anda ke dalam, anda dapat melihat gaya hidup penduduk tempatan yang membuat rumah di tepi sungai dan cara hidup mereka setiap hari.

Feri yang biasa digunakan adalah sebuah feri yang besar dan anda akan di cas RM60-RM70 setiap orang untuk perjalanan selama sejam setengah. Terdapat juga feri yang lebih kecil dengan harga RM20-RM25 setiap orang.


Bazaar Utama dan Jalan Tukang Kayu

Bazaar Utama

Bazaar ini adalah salah satu tempat yang paling tua di Kuching di mana anda boleh dapatkan pelbagai jenis cenderamata dan barang lain buatan penduduk tempatan.

Bazaar Utama ini sangat dikenali oleh orang ramai dengan barangan kraftangan yang dibuat, barang antik serta kek yang sangat popular iaitu Kek Lapis Sarawak.

Masa yang sangat terbaik untuk datang ke sini adalah pada waktu pagi sehingga tengah hari. Kebanyakan kedai akan dibuka sehingga pukul 5 petang.

Kek Lapis Sarawak
Kek Lapis Sarawak

Disini juga terdapat tikar Sarawak yang popular dan anda boleh dapat harga yang sangat berpatutan. Terdapat juga hotel budget yang baru bagi sesiapa yang ingin dapatkan tempat untuk berehat dengan harga yang murah.

Di belakang Bazaar Utama adalah Jalan Tukang Kayu yang menawarkan hotel budget murah, kedai kopi popular, restoran dan kafe serta kedai yang menjual barang kraftangan dan cenderamata.

Ramai penduduk tempatan yang datang ke sini untuk merasa makanan yang sangat enak dan terdapat beberapa restoran popular seperti Nasi Ayam Aladdin dan Pusat Kuil Penjaja yang terdapat makanan tempatan orang Sarawak.


Pasar Satok

Medan Niaga Satok Terkini
Medan Niaga Satok

Jika anda yang datang ke Kuching pada hujung minggu, anda boleh datang ke Pasar Satok yang sangat popular dengan pelbagai gerai khemah yang dibuka di hujung minggu.

Barang yang dijual di sini seperti buah dan sayur-sayuran adalah yang terbaik dan sangat segar yang baru keluar dari ladang.

Anda juga boleh menjumpai paku pakis liar yang unik dan sayur eksotik untuk di makan. Ianya telah dibawa oleh penduduk yang tinggal di kawasan pendalaman.

Selain makanan mentah dan sayur-sayuran segar, terdapat juga barang buatan tangan sendiri yang dijual. Anda juga boleh mencuba ulat sago yang sangat popular dan menjadi makanan unik bagi orang Sarawak.

Terdapat juga haiwan peliharaan seperti arnab, anjing dan ikan boleh dijumpai di sini.


Taman Negara Gunung Gading

Taman Negara Gunung Gading
Taman Negara Gunung Gading

Gunung Gading inilah tempat yang sangat popular untuk melihat bunga terbesar di dunia iaitu Bunga Reflesia yang boleh membesar sehingga diameter 1 meter.

Tetapi hanya orang yang tertentu sahaja dapat melihat bunga ini kerana ia mengembang pada masa yang tidak menentu dan tidak mempunyai musim yang tetap bila ia boleh dijumpai.

Namun, waktu yang disarankan untuk datang adalah ketika waktu hujan kerana kemungkinan besar untuk bunga ini mengembang adalah sangat tinggi.

Bunga Raflesia ini mengambil masa 8-9 bulan untuk mencapai tahap matang dan hanya mengambil masa yang singkat untuk berbunga penuh iaitu selama 4-5 hari sebelum ianya mati.

Apabila ia mengembang, ia akan mengeluarkan satu bau yang sangat pelik untuk memerangkap serangga yang datang. Laluan hutan sudah tersedia untuk pelancong mendaki ke Gunung Gading untuk melihat bunga atau menikmati alam sekitar hutan ini.


Taman Negara Kubah

Taman Negara Kubah
Taman Negara Kubah

Taman Negara ini juga adalah salah satu tempat yang menyimpan pelbagai rahsia dan penuh dengan hidupan liar dan tumbuhan hutan yang menarik.

Taman Negara ini juga sangat popular bagi penggemar bunga orkid kerana di sini terdapat pelbagai jenis orkid yang sukar dijumpai di tempat lain.

Pelbagai variasi orkid liar boleh di lihat dan menarik perhatian orang ramai yang datang. Binatang liar yang boleh dilihat di sini adalah seperti rusa, babi hutan, burung dan monyet.

Terdapat juga amfibia dan reptilia yang sangat pelik dan tidak boleh dijumpai di tempat lain. Taman Negara ini mempunyai 6 laluan hutan dan ianya membawa ke Gunung Serapi.

Anda boleh sampai ke sana dalam masa 5-6 jam. Pondok-pondok kayu akan disediakan di setiap checkpoint untuk pendaki yang mahu berehat sebentar.


Gua Angin di Bau

Gua Fairy & Gua Angin di Bau
Gua Angin di Bau

Persamaan antara kedua-dua gua ini adalah ianya sebuah gua batu kapur yang sangat popular bagi sesiapa yang sukakan aktiviti ekstrem seperti rock climbing.

Gua Angin mendapat nama bersempena struktur stalagmite di bahagian pintu masuk gua yang kelihatan seperti dewa bagi masyarakat orang cina.

Di dalam gua ini anda dapat melihat perbezaan yang ketara kecerahan cahaya matahari di pintu masuk gua dan semakin anda ke dalam, tiada cahaya yang dapat masuk. Anda akan melihat batuan-batuan gua seolah-olah bertukar warna dan seperti berada di dunia lain.


Bangunan Steamship Sarawak

Bangunan Steamship Sarawak

Buktinya banyak peninggalan bangunan-bangunan lama yang boleh dijumpai di sini.

Dibina pada tahun 1930, sebelum ini adalah pejabat dan gudang daripada Syarikat Steamship Sarawak. Ia dibina semula dan sekarang mempunyai sebuah restoran, kedai makanan segera dan kedai runcit.


Square Tower

Square Tower

Dibina pada tahun 1879 sebagai kem tahanan untuk banduan, kemudiannya ditukar kepada kubu dan kemudian dewan tarian.

Tempat ini pada hari ini telah menjadi tempat pusat maklumat multimredia maklumat dan video teater yang mnyediakan info-info mengenai tempat pelancongan di Sarawak.

Pejabat Pos Besar

Pejabat Pos Besar Kuching

Bangunan 1931 ini menonjol megah dengan gaya neo-klasik dan tiang Corinthian. Berbeza dengan bangunan lain dimana muka bangunannya penuh dengan hiasan dengan gerbang separuh bulat, tiang hiasan dan arca, belakang bangunan yang kosong dan tak didekorasi.

Dinding parapet yang dalam direka bentuk untuk menyembunyikan akar. Serambi colonnaded iaitu tiang-tiang besar berfungsi sebagai koridor di hadapan bangunan. Tidak lama lagi bangunan ini akan dijadikan Muzium Seni Sarawak.

Menara Bulat

Dermaga Kuching

Dibina pada tahun 1886, bangunan ini dibina atas tujuan untuk berkhidmat sebagai kubu semasa dalam kecemasan. Sebaliknya, ia telah menjadi Dispensary dan telah digunakan oleh Jabatan Tenaga Kerja sehingga tahun 1980.

Ia kini menempatkan bahagian Jabatan Kehakiman. Menara Bulat adalah tempat strategik yang menyediakan pandangan bandar yang sangat baik.

Pavilion

Pavillion Sarawak Muzium Tekstil

Pada asalnya digunakan sebagai ibu pejabat perubatan, yang merupakan salah satu bangunan awam pertama dibina lebih daripada 2 tingkat tingginya.

Dibina dengan bingkai konkrit dan disokong oleh bakau (kayu bakau) cerucuk, ia juga mempunyai bumbung rata konkrit di mana penghuni di situ menggunakannya sebahgai kwasan lobi dan melihat matahari terbenam.

Bangunan ini telah dipulihara dan kini digunakan oleh Jabatan Muzium sebagai Muzium Tekstil mereka.

Kuil Tua Pek Kong

Pek Kong

Kuil ini dipercayai telah dibina oleh pendatang Cina dari Kalimantan, Indonesia. Kuil ini berada di hujung muara sungai Kuching yang berada di antara tempat kuil dan Mahkamah Lama Cina (kini Muzium Sejarah Cina), dengan Sungai Sarawak.

Banyak penambahan dan kerja-kerja pengubahsuaian telah dilakukan ke atas struktur asal. Dekorasi dinding arca naga dominan telah ditambah ke dinding pada awal tahun 1980-an.

Fort Margherita

Fort Margherita

Lokasi di Bazaar Utama yang terletak di seberang Sungai Sarawak, kota ini telah dinamakan sempena isteri Charles Brooke, Ranee Margaret.

Terletak secara strategik di atas bukit, dengan pandangnya menghadap Kuching dan sungai.

Dermaga Kuching

Kuching Waterfront

Telah melalui beberapa transformasi sejak abad ke-9, daripada sebuah penempatan kecil bangunan sederhana kepada pelabuhan yang sibuk dengan gudang dan dermaga, dan hingga ke landskap pinggir sungai hari ini.

Semasa zaman Rajahs dan penjajah British, bot akan berlabuh di sepanjang kawasan dermaga Sungai Sarawak, yang dipenuhi dengan gudang, pejabat dan pasar. Pengembara dan kargo akan memulakan dan turun di dermaga ubtuk membuat pusat kegiatan dermaga semasa zaman kegemilangannya.

Rumah Mahkamah

Court House Sarawak

Rumah Mahkamah telah dibina pada tahun 1874 untuk menjadi tempat semua pejabat kerajaan berkumpul dan menjadi pusat untuk semua majlis-majlis negeri.

Mesyuarat majlis Negeri telah diadakan di sini dari mesyuarat majlis kelima pada tahun 1878 sehingga tahun 1973. Sesuai dengan statusnya, ia adalah sebuah bangunan yang mengagumkan dengan bumbung (kayu besi) dan dihiasi dengan ukiran yang indah mencerminkan bentuk seni tempatan.

Ia kini menempatkan Mahkamah Tinggi, Mahkamah Majistret dan beberapa jabatan kerajaan. Kembali pada tahun 1847, ia adalah asalnya tapak sebuah ‘dakwah’ yang telah bertukar menjadi pejabat pentadbiran kehakiman.

Ia dibina semula pada tahun 1858 dan dua lagi bangunan telah diletakkan di tempatnya sebelum Rumah Mahkamah wujud.


Mee Kolok Pak Amit Café

Mee Kolok Pak Amit Cafe
Mee Kolok Pak Amit Cafe

Mee Kolok adalah satu hidangan yang sangat popular dan wajib di Sarawak. Jika anda datang ke Sarawak, sangat rugi jika anda tidak merasa mee kolok ini. Mee Kolok Pak Amit adalah salah satu mee kolok yang terbaik dan sangat popular di Kuching.

Mee kolok ini disedikan dengan kuah yang amat pekat dan sedap. Harganya juga sangat murah dan berpatutan.

Mee Kolok Pak Amit yang paling popular adalah mee kolok udang dengan udang bersaiz sederhana dan dengan tambahan sayur sayuran dan sebagainya menjadikan hidangan ini menu yang perlu dicuba bagi pelancong yang datang.


Top Spot Foodcourt

Top Spot Foodcourt
Top Spot Foodcourt

Kuching juga mempunyai menu makanan laut yang sangat terkenal dan paling sesuai untuk penggemar makanan laut. Foodcourt ini adalah medan selera yang terdiri daripada pelbagai jenis gerai yang menjual makanan laut.

Bagi anda yang ingin mencuba makanan yang enak dan sedap, anda perlu mencari gerai yang betul dan dapat memuaskan kelaparan anda.

Di tempat lain, makanan laut mempunyai harga yang mahal namun jika anda berada di medan selera ini, anda dapat lihat bahawa harga bagi makanan laut di sini sangat berpatutan.

Pelbagai jenis ikan yang anda boleh pilih di sini selain masakan sotong, ketam, udang, kerrang. Menu ayam dan daging juga boleh dijumpai di sini.


Fian Catering

Pian Catering
Pian Catering

Pian Catering tidaklah begitu popular tetapi kedai ini menawarkan makanan yang berkualiti pada harga yang amat murah. Amat berbaloi bagi anda yang datang ke sini.

Menu untuk tengah hari juga sangat berbaloi dengan masakan tempatan dan kedai ini juga menyediakan makanan dari barat. Menu yang paling mendapat perhatian di sini adalah kepak ayam panggang yang dikatakan sangat sedap dan berperisa.

Ayam panggang ini diperap dengan menggunakan ramuan rahsia dan teknik untuk memanggang ayam ini sangat terbaik kerana rasanya masih kekal.


My Village Barok

My Village Barok
My Village Barok

My Village Barok adalah salah satu tempat makan yang menjadi tumpuan masyarakat sekitar Kuching mahupun orang luar.

Ianya sangat popular bukan sahaja dari segi makanan malah ia juga berkonsepkan kampung. Pada waktu dahulu, anda perlu menaiki penambang jika ingin ke restoran ini dan ia menjadi keunikan kepada sesiapa yang datang.

Pada hari ini, jambatan telah dibina dengan keaslian restoran ini tetap terjaga dengan bangunannya yang dibina daripada kayu sepenuhnya.


RJ Ayam Penyet

Raja Ayam Penyet
RJ Ayam Penyet

Antara menu yang sangat popular di Sarawak adalah ayam penyet. Hidangan ini berasal dari Kalimantan yang amat sinonim dengan ayam penyet terbaik mereka.

Di Sarawak, RJ Ayam Penyet menyajikan ayam penyet terbaik bagi penggemar makanan ini. Kedainya mempunyai landskap yang ringkas seolah-olah warung di tepi jalan, namun cara pembuatan ayam penyet ini menenggelamkan rupa kedai ini.

Ayam penyet kedai ini mempunyai gandingan bahan yang amat serasi dan sambalnya yang sedap. Jika anda mengidam ayam penyet di Sarawak, anda boleh mencuba Raja Ayam Penyet ini.

Hotel Imperial Kuching

Hotel Imperial Kuching

Lokasi: [Lihat Hotel] | Jalan Datuk Tawi Sli, Taman Seng Goon, 93250 Kuching, Sarawak


 

Hotel ini adalah sebuah hotel yang bertaraf 4 bintang dan sangat sempurna untuk semua pelancong yang datang walaupun anda bergerak secara berseorangan atau dalam kumpulan serta jika anda sedang bekerja atau ingin tempat untuk berehat.

Ianya terletak di lokasi paling strategic sepanjang Jalan Datuk Tawi Sli di tengah bandar Kuching.

Hotel ini juga berhampiran dengan pusat membeli belah Boulevard membuatkan ia menjadi pilihan utama kerana terdapat kedai yang dekat serta mempunyai hiburan yang ditawarkan.

Ingin membuatkan tetamu mereka selesa, mereka mempunyai bilik yang sangat selesa dengan 339 bilik dibahagikan dengan 6 kategori dalam gaya hotel klasik dengan warna yang neutral.


Hotel Butik Batik

Hotel Butik Batik

Lokasi: [Lihat Hotel] | 38, Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak


Hotel ini terletak di tengah-tengah bandar Kuching dan dikelilingi oleh kawasan pelancongan, hiburan dan komersial. Ia juga mempunyai 15 bilik yang besar direka untuk keselesaan tetamu.

Bilik ini mempunyai ruang yang cantik dan dilengkapi oleh LCD TV dengan siaran satelit. Terdapat juga tempat untuk meletakkan ipod dan speaker serta teh istimewa dan wifi percuma.

Pihak hotel telah menjadikan hotel ni sebagai tema batik dan anda dapat lihat corak batik di dinding bilik termasuk lantai, lampu, dinding kaca dan pintu utama hotel. Di hotel ini menyediakan menu Salmon Tarot, Bar Butik di bahagian pendaftaran dan jakuzi tertutup di bahagian luar.


Pullman Kuching

Pullman Kuching

Lokasi: [Lihat Hotel] | 1A Jalan Mathies, 93100 Kuching, Sarawak


Hotel Pullman Kuching sangat terkenal kerana lokasinya yang terletak di puncak tertinggi di Bandaraya Kuching. Hotel ini popular kerana pemandangan yang sangat cantik dari puncak tertinggi.

Hotel ini juga berada di tengah-tengah Bandaraya Kuching dan ini memudahkan pelancong yang datang. Mereka dapat bergerak ke destinasi-destinasi popular di sekitar bandaraya.


Hotel Lime Tree

Hotel Lime Tree

Lokasi: [Lihat Hotel] | 317, Jalan Abell, 93100 Kuching, Sarawak


Hotel Lime Tree ini tidak kelihatan begitu cantik jika anda lihat dari luar namun pengunjung hotel yang datang memberikan komen yang baik mengenai perkhidmatan dan keluasan bilik yang ada di hotel ini.

Pengunjung yang menginap di hotel ini telah memberikan komen yang positif terhada bar di bahagian bumbung yang dimiliki oleh hotel ini.

Hotel ini juga tidak jauh dari pelbagai tempat makanan yang mempunyai harga yang berpatutan. Bagi penggemar makanan, hotel ini boleh dijadikan tempat untuk menginap sebelum memulakan aktiviti jalan-jalan cari makan.

Hotel ini berdekatan dengan Jalan Padungan yang popular dengan kedai-kedai membuat roti di Kuching.


Hilton Kuching

Hilton Kuching

Lokasi: [Lihat Hotel] | Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak


Hilton adalah antara hotel tertua di Kuching dan ianya terletak bersebelahan Kuching Waterfront. Servis yang terdapat di hotel ini sangat berkualiti tambahan lokasi yang berdekatan dengan kawasan tengah bandaraya membuatkan ianya menjadi pilihan bagi pelancong yang datang.

Pemandangan dari hotel ini juga sangat baik kerana ia menjadi tempat yang terbaik untuk melihat pemandangan Sungai Sarawak dari jauh berbanding dengan hotel-hotel yang lain berdekatan dengannya.

Untuk aktiviti rekreasi yang boleh dilakukan, ia terdapat kolam renang dengan landskap yang sangat cantik serta mempunyai bar dan pusat senaman, kawasan tennis dan bilik sauna. Tambahan pula, hotel ini juga menawarkan servis urutan bagi pelancong yang inginkan sesuatu yang menyenangkan.


Citadines Uplands Kuching

Citadines Uplands Kuching

Lokasi: [Lihat Hotel] | 55, Jalan Simpang Tiga, Kenyalang Park, 93300 Kuching, Sarawak


Hotel ini menawarkan penginapan yang terbaik untuk pelancong yang datang dalam kumpulan yang besar kerana ianya sangat istimewa kerana menawarkan penginapan jenis apartmen.

Hotel ini terletak berdekatan dengan pusat membeli belah The Spring dan bilik-bilik yang terdapat bagi setiap unit apartmen yang disewa adalah besar dan bersih.

Selain itu, pusat hiburan juga terletak berhampiran dengan hotel ini dan mempunyai beberapa lokasi makanan tempatan yang anda boleh pergi apabila menginap di sini.


Resort Permai Rainforest

Resort Permai Rainforest

Lokasi: [Lihat Hotel] | 55, Jalan Simpang Tiga, Kenyalang Park, 93300 Kuching, Sarawak


Resort ini mempunyai jarak dalam 45 minit dari Bandaraya Kuching. Walaupun jauh dari bandaraya Kuching, resort ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri serta kelainan yang menjadikan ia sebagai tempat yang menarik untuk pelancong menginap.

Pelancong boleh menikmati suasana tepi laut dan kehidupan di tengah hutan hujan tropika pada masa yang sama.

Pelancong yang datang juga dapat memilih sama ada mereka ingin menginap di atas pokok kerana resort ini adalah satu-satunya penginapan di Sarawak yang menyediakan pilihan penginapan ini.


Hotel Riverside Majestic

Hotel Riverside Majestic

Lokasi: [Lihat Hotel] | 93756, Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak


Hotel ini memberikan layanan yang terbaik bagi pelancong yang datang. Ianya juga secara strategik terletak di tengah-tengah Kuching.

Ianya direka dengan mempunyai 18 tingkat yang penuh dengan bilik untuk perjumpaan sekali gus membuatkan ia sesuai bagi orang yang ingin mengadakan pertemuan.

Jika anda berada di dalam hotel ini, anda dapat melihat pemandangan Sungai Sarawak dari luar serta pemandangan bandar Kuching yang cantik. Anda juga boleh melakukan senaman seperti berjogging di sepanjang jalan kira-kira 1.7KM.

Anda yang ingin meneroka Kuching juga boleh melalui jalan ini kerana ia berhampiran dengan Muzium Cina, Kuil CIna Tua Pek Kong, Kubu Margherita dan tempat yang popular dengan kedai cenderahati.


Resort Damai Puri dan Spa

Resort Damai Puri dan Spa

Lokasi: [Lihat Hotel] | Teluk Penyuk Santubong, 93762 Kuching, Sarawak


Resort ini terletak berdekatan dengan Resort Rainforest Permai dan ia menawarkan kualiti penginapan sangat tinggi berbanding Resort Rainforest Permai.

Jika anda inginkan tempat yang tenteram tanpa gangguan orang ramai, tempat ini perlu menjadi pilihan anda kerana ia mengutamakan privasi untuk pengunjungnya.

Tambahan pula, Damai Puri ini juga mempunyai kemudahan yang menarik seperti kolam renang, gym, khidmat spa, gelanggang tennis dan banyak lagi membuatkan percutian anda menjadi lebih lengkap.


Ranee Boutique Suites

Ranee Boutique Suites

Lokasi: [Lihat Hotel] | Teluk Penyuk Santubong, 93762 Kuching, Sarawak


Hotel ini merupakan salah satu hotel yang baru terdapat di Bandaraya Kuching. Selepas ianya dibangunkan, ia telah menjadi semakin popular di kalangan pelancong yang datang kerana lokasinya yang terletak betul-betul di hadapan Kuching Waterfront dan berdekatan dengan pusat membeli belah Plaza Merdeka dan sangat sesuai bagi mereka yang suka membeli belah.

Hotel ini juga popular kerana pelancong dapat pergi ke tempat-tempat yang menarik berdekatan dengannya seperti Muzium Sarawak, Padang Merdeka, China Town dan kedai-kedai kek lapis Sarawak.

Tags: hotel kuchingpercutian di kuching
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Tempat makan di Kuching Sarawak
Pakej Sarawak

45 Tempat Makan di Kuching Sarawak Popular

  Kuching adalah ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Salah satu tarikan utama di Kuching adalah...

Oleh: Hasrul Wayne
13 Mei, 2026
40.1k
tempat menarik di sibu
Pakej Sarawak

10 Aktiviti Tempat Menarik di Sibu Sarawak

  Sibu Sarawak sebuah bandar yang sangat menarik dengan kepelbagaian rasa masakan, tempat bersejarah dan kaya dengan warisan budaya, destinasi...

Oleh: Hasrul Wayne
19 Januari, 2026
34.1k
Selanjutnya

Komen 22

  1. blank lin says:
    + -

    macam mana nak pergi ke MALAM KATAK & PALMA ? ada guide ke disana? berapa harga masuk

    Reply
  2. blank gems says:
    + -

    Nak berjalan di bandaraya Kuching sekarang dah ada perkhidmatan grab dan maxim. Jadi tak perlu risau nak pakai teksi saja. Banyak lagi pilihan hotel yang berpatutan boleh dipilih untuk penginapan.

    Reply
Selepas

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my