fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Terengganu

10 Aktiviti & Tempat Menarik Di Dungun [TERKINI]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
09/05/2022
Kategori: Pakej Terengganu
Masa Bacaan: 3 mins read
221 5
A A
0
tempat-menarik-di-dungun

Imej oleh: Nuar Yusli

8.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Diskaun Hotel Diskaun Hotel Diskaun Hotel

 

Apakah tempat menarik di Dungun yang menyeronokkan? Adakah Dungun ada tempat makan yang sedap?

Dungun ialah sebuah daerah pantai di negeri Terengganu. Kuala Dungun merupakan ibu kota daerah ini.

Dungun terdiri daripada sebelas ‘mukim’, atau daerah subdist: Abang, Besol, Jengai, Jerangau, Kuala Dungun, Kuala Paka, Kumpal, Pasir Raja, Rasau, Sura, dan Hulu Paka.

Kuala Dungun pernah menjadi bandar perlombongan besi pada tahun 1940-an.

tempat-menarik-di-dungun-Gaddafi-Rusli
Imej oleh: Gaddafi Rusli
  • Lihat Pakej Percutian Berhampiran Dungun
  • Lihat Penginapan Terbaik di Dungun
  • Lihat Peta Percutian di Dungun

Bijih besi telah dilombong di sebuah bandar kecil di pedalaman bernama Bukit Besi yang terletak di sebelah barat, manakala Kuala Dungun berfungsi sebagai pelabuhan di mana bijih itu dipindahkan ke kapal.

Dungun dan Bukit Besi dihubungkan dengan landasan kereta api yang bukan sahaja memberi perkhidmatan kepada industri perlombongan tetapi juga berfungsi sebagai pengangkutan awam untuk penduduk pedalaman, perbandaran Dungun dan perniagaannya.

Pin

  • 1 Bukit Besi
  • 2 Taman Rekreasi Tasik Puteri
  • 3 Rantau Abang
  • 4 Pantai Batu Pelandok
  • 5 Rimba Bandar Bukit Bauk
  • 6 Makam Sultan Yahya Siak
  • 7 Hutan Lipur Chemerong
  • 8 Pulau Tenggol
  • 9 Ikan Bakar Darul Falah
  • 10 Singgang Ulam Budu
Mari kita jalan-jalan ke tempat terbaik di Dungun Terengganu.


Bukit Besi

Muzium-Bukit-Besi-Lama-Master-AS
Kawasan Perlombongan Lama Bukit Besi | Imej oleh: Master AS

Bukit Besi cukup terkenal sebagai pusat pengeluaran bijih besi yang terbesar di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.

Kini ia telah menjadi tinggalan sejarah kerana sudah tidak beroperasi lagi.

Muzium Bukit Besi
Muzium Bukit Besi

Apabila berkunjung ke sini anda boleh melihat peralatan yang digunakan serta landasan keretapi untuk mengangkut bijih besi.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Antara artifak yang boleh dilihat adalah chimmey, stock pile, washing plant, crushing plant, tempat menyimpan bahan letupan dan kuarters pekerja.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Lubuk Panjang, 23200 Bukit Besi, Terengganu

Taman Rekreasi Tasik Puteri

Taman-Rekreasi-Tasik-Puteri
Taman Rekreasi Tasik Puteri | Golf Club

Tasik buatan ini merupakan kesinambungan dari Bukit Besi, ia dibuat sebagai tempat untuk melombong bijih besi.

Namun begitu ia telah bertukar wajah menjadi salah satu tarikan pelancongan yang telah dimajukan oleh KETENGAH, di samping mewujudkan tempat rekreasi bagi penduduk setempat.

Kawasan-mandi-Taman-Rekreasi-Tasik-Puteri-Syed-Hussein
Kawasan mandi Taman Rekreasi Tasik Puteri | Imej oleh: Syed Hussein

Di sini terdapat 2 kawasan untuk aktiviti mandi-manda mengikut paras kedalaman air.

Selain itu, anda boleh berkhemah dan menyewa ATV bagi meluangkan waktu di taman rekreasi ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Dibuka 24 Jam | 23200 Bukit Besi, Terengganu

Rantau Abang

Pantai-Rantau-Abang-Fathul-Hasyim
Pantai Rantau Abang | Imej oleh: Fathul Hasyim

Seterusnya Rantau Abang yang cukup terkenal sebagai lokasi untuk melihat spesies penyu belimbing.

Anda boleh ke sini pada waktu tengah malam hingga ke subuh untuk menyaksikan penyu belimbing naik ke darat bagi bertelur.

Galeri-Spesis-Spesis-Terancam-Marin-Zatie-Wanderer
Galeri Spesis-Spesis Terancam Marin | Imej oleh: Zatie Wanderer

Dikatakan, Rantau Abang merupakan salah satu dari enam lokasi di dunia yang dikunjungi oleh penyu-penyu daripada spesies ini pada bulan Mei hingga September untuk bertelur.

Untuk mendapatkan lebih info, anda disarankan untuk mengunjungi Pusat Maklumat Penyu yang terdapat di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Rantau Abang, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

Pantai Batu Pelandok

Pantai-Batu-Pelanduk-Afandi-Najib
Pantai Batu Pelanduk | Imej oleh: Afandi Najib

Daerah Dungun ini turut mempunyai beberapa pilihan destinasi pantai untuk anda meluangkan masa pada waktu petang bersama-sama ahli keluarga mahupun rakan-rakan.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Pantai Batu Pelanduk yang terletak sekitar 10 kilometer dari Kuala Dungun ini begitu menarik dengan kewujudan pembentukan sebuah batu besar setinggi 20 kaki yang meyerupai pelanduk!

Pantai-Batuan-Pelanduk-Elanor-Tay
Pantai Batuan Pelanduk | Imej oleh: Elanor Tay

Anda juga boleh berkunjung ke Pantai Paka, Pantai Teluk Gadung dan Pantai Teluk Lipat yang turut terdapat di daerah Dungun ini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 36, AH18, 23050 Kuala Dungun, Terengganu

Rimba Bandar Bukit Bauk

Taman-Bukit-Bauk-Dungun-Wasiq-Ismail
Taman Bukit Bauk Dungun | Imej oleh: Wasiq Ismail

Rimba Bandar Bukit Bauk ini telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal oleh kerajaan Negeri Terengganu.

Ia merupakan hutan asli dalam bandar yang terbesar di Malaysia!

Rimba-Bandar-Bukit-Bauk-Neu-Hikers
Rimba Bandar Bukit Bauk | Imej oleh: Neu-Hikers

Di sini turut berfungsi sebagai Pusat Pemancar Telefon Selular, bekalan air petrokimia Kerteh dan padang Ragut Jabatan Haiwan.

Lokasi ini turut dibangunkan sebagai kawasan rekreasi dengan kemudahan trek jogging, tapak perkhemahan, dataran hijau, pusat penerangan, surau, wakaf, tandas dan pondok rehat.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Bukit Bauk, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Makam Sultan Yahya Siak

Makam-Sultan-Yahya-Siak-Tengku-Ismawi
Makam Sultan-Yahya Siak | Imej oleh: Tengku Ismawi

Bagi pencinta sejarah, lokasi yang terletak di antara pekan Dungun dan Tanjung Jara ini menyimpan 1001 kisah sejarah yang menarik untuk anda ketahui.

Sultan Yahya merupakan pemerintah bagi Kerajaan Siak pada tahun 1782 dan telah berundur ke Dungun ekoran daripada insiden perebutan takhta.

Makam-Sultan-Yahya-Siak
Makam Sultan Yahya Siak

Di sini anda boleh menziarah makam Almarhum Sultan Yahya Siak dan beberapa buah makam yang lain.

Kompleks ini turut dihiasi dengan seni ukiran melayu seperti teknik tebuk tembus, penggunaan kayu buton dan motif kelopak bunga seroja.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Che Lijah, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Hutan Lipur Chemerong

Panorama-Hutan-Lipur-Chemerong
Panorama Hutan Lipur Chemerong

Hutan Lipur Chemerong sering menjadi pilihan para pelancong dan warga setempat terutamanya pada hujung minggu atau musim cuti am.

Keindahan tumbuh-tumbuhan semulajadi serta sungai dan air terjun berketinggian 370 meter merupakan tarikan utama pengunjung untuk meluangkan masa di sini.

Air-Terjun-Hutan-Lipur-Chemerong-Rao-Rallapilli
Air Terjun Hutan Lipur Chemerong | Imej oleh: Rao Rallapilli

Selain berendam di kawasan air terjun, anda juga boleh mendapatkan permit bagi mendaki Gunung Berembun untuk ke Jeram Lesung, Air Terjun Langsir dan Sungai Bangang yang cukup terkenal dalam kalangan pendaki.


  • Lihat Peta | M253+2C Bukit Besi, Terengganu

Pulau Tenggol

Pantai-di-Pulau-Tenggol-Andy-Saiden
Pantai di Pulau Tenggol | Imej oleh: Andy Saiden

Mencari lokasi untuk aktiviti menyelam skuba? Anda hanya memerlukan perjalanan sekitar 45 minit menggunakan bot laju untuk ke Pulau Tenggol.

Pulau Tenggol merupakan sebuah taman marin yang diwartakan dan keindahannya begitu terpelihara berbanding pulau-pulau yang lain.

Air-membiru-di-Pulau-Tenggol
Air membiru di Pulau Tenggol

Walaupun pulau ini kecil tetapi ia bakal memberi kepuasan yang tiada tolak bandingnya bagi aktiviti menyelam skuba dan snorkelling!

Anda bakal menyaksikan pelbagai hidupan laut seperti karang lembut, nudibranch, batfish, penyu, jerung paus dan banyak lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Pulau Tenggol, Pulau Tenggul, 23000, Terengganu

Ikan Bakar Darul Falah

Ikan-Bakar-Darul-Falah-Wan-Mohamad
Ikan Bakar Darul Falah | Imej oleh: Wan Mohamad

Ikan Bakar Darul Falah ini bukan sahaja terkenal dengan menu ikannya malah ia turut mempunyai hidangan istimewa yang berasaskan belut!

Bagi anda yang tidak pernah mencuba hidangan ini, jom menikmati ia dengan variasi pilihan menu.

Darul-Falah-Corner-Redz-Studioz
Darul Falah Corner | Imej oleh: Redz Studioz

Antara menu berasaskan belut yang disediakan adalah tomyam belut, maggi belut, paprik belut, sup belut, belut goreng, belut masak pedas dan banyak lagi.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Jika anda tidak menggemari hidangan ini anda boleh memilih untuk menikmati hidangan ala thai ataupun seafood di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 12:00pm – 10:00pm | Simpang Trafficlight ke UiTM Dungun, Jalan Lapangan Terbang, Kampung Sura Hujung, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Singgang Ulam Budu

Suasana-di-Singgang-Ulam-Budu
Suasana di Singgang Ulam Budu

Apabila berkunjung ke negeri di Pantai timur anda bakal dihidangkan dengan pelbagai masakan ala kampung yang lazat.

Restoran Singgang Ulam Budu yang terletak berhampiran Pantai Sura ini begitu terkenal dengan menu ikan singgang, singgang ketam dan singgang telur ikan pada waktu makan tengahari.

Tetamu-di-Singgang-Ulam-Budu
Tetamu di Singgang Ulam Budu

Menjelang jam 5 petang anda boleh menikmati hidagan masakan panas seperti tomyam udang galah, sotong bakar, maggi ketam dan banyak lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:30am – 11:30pm | PT14909B, Jalan Pantai Kampung Sura Tengah, Dungun, 23000 Kuala Dungun, Terengganu

Ada lagi tempat menarik di Dungun yang anda boleh cadangkan?

Bersambung…

 

Tags: dungun hotelpakej dungunpercutian di dungun
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Panduan & Aktiviti Menarik di Pulau Kapas [TERKINI]
Pakej Terengganu

Panduan & Aktiviti Menarik di Pulau Kapas [TERKINI]

  Pulau Kapas yang sangat menarik, namanya seindah maksudnya membawakan anda desiran pantai memutih dek kapas. Adakah berbaloi bercuti di...

Oleh: Hadi Ghazali
24/05/2022
411
pulau-lang-tengah-island
Pakej Terengganu

Pulau Lang Tengah: Panduan Percutian & Aktiviti Menarik [POPULAR]

  Negeri Terengganu begitu kaya dengan pelbagai lokasi pulau yang menarik seperti Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas Bagi...

Oleh: Hadi Ghazali
04/02/2022
23.1k
Selanjutnya
Seterusnya
tempat-menarik-di-batu-gajah

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Batu Gajah [BANDAR BERSEJARAH]

Bercuti di Jepun

Trip Ke Jepun: 7 Tips Percutian Bajet Terbaik [PANDUAN]

4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Tempat Menarik di Johor
Pakej Johor

15 Tempat Menarik di Johor: Aktiviti & Tempat Makan [POPULAR]

15/06/2021
59.1k
tempat menarik di johor
Pakej Johor

10 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Johor Bahru [TERKINI]

11/10/2021
31.9k
tempat menarik di cameron highlands
Pakej Pahang

50 Aktiviti & Tempat Menarik Di Cameron Highlands Yang Paling Popular [TERKINI]

27/11/2021
47k
Selanjutnya
IKLAN / ADVERTISEMENT
  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply