Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Terengganu

Panduan Bercuti di Tasik Kenyir Resort, Houseboat & Aktiviti Paling Menarik

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
21 April, 2026
Kategori: Pakej Terengganu
Masa Bacaan: 4 mins read
36.4k 743
A A
0
Panduan Bercuti di Tasik Kenyir
38.7k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Bercadang bercuti di Tasik Kenyir? Mencari Resort di Tasik Kenyir? Kenyir Houseboat? Panduan ini untuk anda.

Percutian Tasik Kenyir sememangnya tidak asing lagi dan rata-rata pelancongan tempatan merasa tidak jemu tiap kali bercuti di tasik yang menyimpan seribu satu perkara menarik dan misteri.

Menjadi pilihan pelancongan Terengganu yang begitu kreatif dengan pelbagai aktiviti yang menarik untuk dicuba boleh ditemukan di Tasik Kenyir.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Maka tidak harian juga ianya menjadi pilihan pelancongan asing untuk menikmati tasik hutan tropika yang lengkap dengan pelabagai biodiversiti ini.

Tasik Kenyir adalah destinasi percutian yang ideal bagi mereka yang mencari pengalaman alam semula jadi yang menarik dan menyeronokkan.

Tasik buatan manusia yang terbesar di Asia Tenggara ini menawarkan pelbagai aktiviti dan tempat menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur dan minat.

Dikelilingi oleh hutan hujan tropika yang tebal, Tasik Kenyir juga merupakan pintu masuk ke Taman Negara yang terkenal dengan kepelbagaian biodiversiti dan tarikan sejarahnya.

Tasik-Kenyir

  • Lihat Pakej Percutian Tasik Kenyir
  • Lihat Penginapan di Tasik Kenyir
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Terengganu
  • Lihat Peta Percutian Tasik Kenyir

Pin

  • 1 Video Intro Tasik Kenyir
  • 2 Sejarah Tasik Kenyir
  • 3 Tasik Kenyir Resort
  • 4 Tasik Kenyir Houseboat
  • 5 Tempat-Tempat Menarik Di Tasik Kenyir
    • 5.1 Air Terjun Saok (Saok waterfall) & Air Terjun Lasir
    • 5.2 Jadi Seorang Tabib di Taman Herba Tasik Kenyir (Herb Garden)
    • 5.3 Bermesra Bersama Ikan Spa Kelah Sanctuary
    • 5.4 Terokai Zaman Prasejarah Di Gua Bewah (Bewah Cave)
    • 5.5 Berkawan Dengan Gajah! Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)
  • 6 Panduan Perjalanan Ke Tasik Kenyir
  • 7 Cadangan Aturcara Tentatif Percutian di Tasik Kenyir
    • 7.1 Hari Pertama: Tiba di Tasik Kenyir dan Menikmati Penginapan di Resort atau Houseboat
    • 7.2 Hari Kedua: Melawat Tempat-Tempat Menarik di Tasik Kenyir dengan Bot Laju
    • 7.3 Hari Ketiga: Meneroka Hutan dan Aktiviti Luar di Tasik Kenyir
    • 7.4 Hari Keempat: Bersedia untuk Pulang
Mari kita lihat senarai aktiviti yang menarik boleh dilakukan di Tasik Kenyir ini termasuk penginapan di resort atau houseboat:


Video Intro Tasik Kenyir

Bawa kawan-kawan, keluarga dan orang yang tersayang melancong ke Tasik Kenyir dah nikmati percutian menyeronokkan!


Sejarah Tasik Kenyir

Pakej Tasik Kenyir
Tasik Kenyir menjadi sumber kehidupan masyarakat tempatan

Tahukah anda tasik buatan manusia yang paling terbesar di Asia Tenggara adalah Tasik Kenyir, dengan berkeluasan 260 ribu hektar.

Ia terbina hasil dari projek empangan hidroeletrik dan diliputi konkrit paling terbesar di Malaysia.

Istimewanya empangan ini pada kedudukan hutan hujan menghasilkan landskap baru yang penuh dengan pemandangan flora dan fauna yang sungguh menakjubkan. Percayalah!

Aktiviti bersama keluarga di Tasik Kenyir pasti menyeronokkan
Aktiviti bersama keluarga di Tasik Kenyir pasti menyeronokkan

Disebabkan kewujudan empangan ini juga, ia telah menjadi rumah kepada pelbagai spesis haiwan seperti Burung Kenyalang, Gajah, dan Harimau Kumbang.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Bukan itu saja anda boleh temukan lebih dari 8 ribu jenis spesis bunga, orkid eksotik, aneka paku-pakis, lebih 8 ratus spesis orkid dan 300 jenis kulat.

Suasana yang tenang di Tasik Kenyir
Suasana yang tenang di Tasik Kenyir | Imej oleh: amrufm

Yang lebih menyeronokkan, ianya menjadi lubuk syurga kaki pancing kerana tasik ini juga telah dihuni oleh ratusan spesis ikan air tawar seperti Toman, Kelah, Baung Lampan, Kelisa dan banyak lagi.

Nah, inilah tempat bagi pencinta alam semulajadi kerana bakal dikelilingi hutan hujan tropika yang sangat tebal.

Tasik Kenyir menyimpan banyak lubuk bagi kaki pemancing
Tasik Kenyir menyimpan banyak lubuk bagi kaki pemancing | Imej oleh: Amru Zainal Abidin

Pelbagai aktiviti menarik boleh dilakukan di Tasik Kenyir, antara yang popular adalah pemanduan pacuan 4 roda (4WD), treking meredah hutan, berkayak, menaiki bot rumah, dan paling menyeronokkan iaitu memancing.

Tidak ketinggalan juga untuk pengemar golf anda boleh menhayunkan stik golf anda disini.


Tasik Kenyir Resort

tasik-kenyir-terkini

Ada pelbagai jenis penginapan yang anda boleh ditemukan di Tasik Kenyir. Ianya tersedia dari resort bertaraf 3 bintang, resort terapung atau chalet di atas pulau buatan. Sebagai contoh, Kenyir Eco membantu anda menyediakan pelbagai pilihan pakej penginapan terapung di Tasik Kenyir.

Dari penginapan ini pelbagai aktiviti diatas air boleh dilakukan.

Lake Kenyir Resort
Pemandangan Tasik Kenyir seluas mata memandang

Pilihan ramai pelancong tempatan adalah melakukan aktiviti berkeluarga, lawatan syarikat dengan aktiviti ‘team building’, ‘telematch’ & ‘conference’.

Tiada had untuk perancangan percutian anda, banyak tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir yang anda boleh lakukan. Boleh lihat senarai kami berikan dibawah.


Tasik Kenyir Houseboat

Kenyir Raft Boat
Pelantar rumah bot untuk aktiviti kemah terapung

Tahukah anda, Houseboat atau rumah bot adalah pilihan utama kaki pancing tegar. Apa yang menarik houseboat ini menyediakan pelabgai kemudahan seperti hotel di dalam bot.

Bukan itu saja anda boleh memasak atau BBQ, menyanyi karaoke, riadah dan banyak lagi bergantung pada saiz rumah bot ini.

Kenyir Houseboat
Sering disebut ‘houseboat’ sesuai untuk memancing dan aktiviti pelayaran

Apa yang menariknya, pengemar memancing tadi boleh membawa isteri dan keluarga bersama untuk menerokai alam semulajadi dengan menyelusuri Tasik Kenyir hingga ke kawasan air terjun serta kawasan memancing yang pastinya memberi pengalaman paling menyeronokkan.

Tahukah anda, Tasik Kenyir juga menjadi laluan keluar masuk ke Taman negara yang melalui Tanjung Mentong.


Tempat-Tempat Menarik Di Tasik Kenyir

Pakej Tasik Kenyir Terkini
Pemandangan mistik dengan kehijauan semulajadi

Pengunjung yang datang ke tasik Kenyir pasti akan merasa kagum dengan pemandangan semulajadi hutan hujan. Selain bersiar-siar, terdapat banyak aktiviti menarik yang menanti dan telah disajikan yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Dipercayai bahawa 340 pulau tersebar di sekitar Tasik Kenyir, pelbagai spesis mamalia &  burung serta tumbuhan eksotik menarik boleh anda temukan.

Air Terjun Saok (Saok waterfall) & Air Terjun Lasir

Air Terjun Saok
Air Terjun Saok

Dengan memiliki kekayaan flora dan fauna, Tasik Kenyir juga menawarkan aktiviti yang akan membuat pengunjung merasa sangat dekat dengan alam semula jadi, kerana mereka dapat merasakan kehangatan dari hutan hujan.

Air Terjun Saok

Pengunjung boleh bersantai bersama keluarga dan rakan-rakan dengan berkelah atau bersantai di air terjun yang mengalir dengan air yang jernih.

Dengan disertai deruan air dari sungai dan kicauan burung di hutan, ia dapat membantu mengurangkan tekanan pengunjung. Sudah tentu, pengunjung akan mengalami saat yang luar biasa dengan menikmati air terjun bersama keluarga dan rakan mereka.

Air Terjun Lasir

Pengunjung dapat memilih air terjun yang disukai, seperti Air Terjun Lasir atau Air Terjun Saok yang terkenal di kalangan pelancong.

Terdapat kemudahan asas yang disediakan di kedua air terjun untuk pengunjung seperti tandas dan gazebo.

Jadi Seorang Tabib di Taman Herba Tasik Kenyir (Herb Garden)

Taman Herba Tasik Kenyir
Aktiviti menyediakan minuman herba

Melancong sambil belajar juga merupakan idea yang sangat bagus, aktiviti ini dapat disertakan oleh pengunjung dalam percutian mereka.

Taman herba adalah tempat yang sesuai untuk pelancong mengetahui tentang fungsi tanaman herba bagi tujuan perubatan tradisional.

Taman Herba Herbs Garden
Pokok Mahkota Dewa & Tongkat Ali Hitam

Penjelasan mengenai setiap tumbuhan & ramuan diberikan oleh pusat penerangan yang akan membantu pelancong memahami dengan jelas.

Taman Herba Tasik Kenyir
Demonstrasi penyediaan minuman herba

Biasanya dalam lawatan, beberapa orang pengunjung atau pelancong mungkin tidak biasa melihat dengan spesis tanaman-tanaman herba, jadi dengan mengunjungi kebun herba ini ianya dapat membantu mereka mendapatkan lebih banyak pengetahuan mengenai tanaman herba.

Taman Herba Tasik Kenyir
Taman Herba Tasik Kenyir

Di antara tanaman herba yang telah ditanam ada, Eurycoma longifolia (Tongkat ali), Labisia pumila Benth (Kacip Fatimah), Ficus deltoidea (Mas Cotek), dan banyak lagi.

Bermesra Bersama Ikan Spa Kelah Sanctuary

Kenyir Kelah Sanctuary
Kenyir Kelah Sanctuary

Sekiranya anda datang ke Tasik Kenyir, jangan lupa meluangkan masa mengunjungi Kelah Sanctuary untuk mendapatkan pengalaman bermain dengan ikan-ikan kelah yang cukup jika dan mesra sambil memberi makan.

Pengunjung akan menikmati perjalanan sejauh 1.85 kilometer melalui jalan berbatu dan jambatan gantung sebelum tiba di sungai yang menjadi habitat Kelah, pun begitu boleh menaiki bot untuk sampai ke sini.

Kenyir Kelah Sanctuary
Anda berpeluang bermain dengan ikan kelah

Sebagai spesies yang dilindungi, pihak pengurusan membuat peraturan had pelancong yang dapat memasuki tempat perlindungan ini, iaitu sekitar 50 hingga 200 pengunjung setiap hari.

Kenyir Kelah Sanctuary
dihurungi ikan kelah yang jinak

Sementara itu peluang untuk bermain dan memberi makan kepada ikan Kelah hanya diberikan selama 30 minit kerana ianya untuk memastikan habitatnya tetap selamat, sekaligus memastikan Kelah hidup di dalam lingkungan yang bersih.

Untuk memberi makan kepada ikan-ikan Kelah ini, pengunjung harus membeli palet yang telah disediakan bagi memastikan kualiti makanannya terjaga. Satu perkara lagi, jika ingin merasakan peluang ‘fish spa’ ini, pastikan ada datang pada bulan Mac hingga Oktober.

Terokai Zaman Prasejarah Di Gua Bewah (Bewah Cave)

Gua Bewah (Bewah Cave)
Gua Bewah Batu Kapur

Kembali ke masa lalu semestinya menjadi sesuatu yang menarik semasa percutian! Tasik Kenyir bukan sahaja menyediakan pemandangan yang indah tetapi juga menjadi tempat bersejarah kepada pengunjung & pelancong.

Gua Bewah Bewah Cave
Jelajah di dalam Gua Bewah

Oleh kerana aktiviti penggalian pada akhir tahun 2009 oleh sekumpulan ahli arkeologi dari Universiti Nasional Malaysia (UKM), Muzium Negara Malaysia dan Muzium Negeri Terengganu mendapati bahawa rangka manusia (manusia Bewah) dan artifak dari zaman prasejarah.

Gua Bewah Bewah Cave

Jadi untuk merasai pengembaraan yang mengasyikkan, mari berkunjung ke Gua Bewah atau juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar, sambil berjalan-jalan melalui laluan trek. Dengan menjelajahi gua ini, pengunjung dapat melihat dengan mata mereka sendiri pembentukan batu kristal, stalaktit dan stalagmit.

Gua Bewah Bewah Cave

Namun, jangan lupa untuk membawa lampu suluh bersama untuk menikmati keindahan pemandangan di dalam gua, kerana kita tahu bahawa di dalamnya cahaya matahari akan berkurang.

Berkawan Dengan Gajah! Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) Kenyir Eco
Gajah-gajah yang jinak dan comel

Tasik Kenyir tidak hanya berfungsi sebagai percutian di kawasan tasik dan pulau kecil, tetapi pengunjung boleh mengunjungi Kenyir Elephant Conservation Village (KECV) yang terletak 4 kilometer dari jeti Pengkalan Gawi.

Tempat menarik ini dibina pada tahun 2012, untuk melindungi gajah dan dijaga oleh doktor haiwan profesional dan penjaga gajah. Gajah-gajah ini adalah berasal dari gajah tempatan yang telah kehilangan keluarga. Pelancong akan mempunyai pengalaman untuk belajar dan meneroka lebih lanjut mengenai gajah.

Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)
Kenyir Elephant Conservation Village (KECV)

Ini adalah dengan merebut peluang untuk menunggang gajah sejauh 2 kilometer, kemudian memberi makan dan memandikan gajah juga. Pusat ini juga telah menyediakan jambatan gantung supaya pengunjung dapat menikmati panorama habitat gajah yang indah ini.

Tiket masuk untuk KECV adalah RM40 untuk dewasa Malaysia, RM 20 untuk kanak-kanak berumur 7 hingga 12 tahun, kemudian RM5 untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun dan percuma untuk kanak-kanak di bawah umur 1 tahun.


Panduan Perjalanan Ke Tasik Kenyir

Pakej Tasik Kenyir
Menaiki bot ke Tasik Kenyir

Pelancong dan pengunjung yang berminat untuk pergi ke Tasik Kenyir, boleh menaiki bas, kapal terbang atau pergi sendiri dengan menaiki kenderaan kereta. Pengunjung yang memandu dari Kuala Lumpur boleh melalui lebuh raya Karak dan lebuh raya Jerangau Jabor yang akan sampai di Ajil kemudian bandar Kuala Berang.

Sementara itu, mereka yang ingin menikmati pemandangan pantai boleh memilih jalan lain iaitu dari Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan ke Kuala Berang.

Pengunjung yang memilih Tasik Kenyir Express (Bas) akan tiba di jeti Pengkalan Gawi, yang merupakan jeti utama di Tasik Kenyir. Terdapat perkhidmatan bas lain ke Terminal Bas Kuala Terengganu.

Kemudian, sekiranya pengunjung inginkan kepantasan masa, mereka boleh terbang dengan syarikat penerbangan Malaysia atau Air Asia dari Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu (Lapangan Terbang Sultan Mahmud). Dari lapangan terbang anda boleh menaiki teksi atau van terus ke Tasik Kenyir.


Cadangan Aturcara Tentatif Percutian di Tasik Kenyir

Pakej Tasik Kenyir

Jika anda berminat untuk merancang percutian di Tasik Kenyir, berikut adalah cadangan aturcara tentatif yang boleh anda ikuti:

Hari Pertama: Tiba di Tasik Kenyir dan Menikmati Penginapan di Resort atau Houseboat

Kenyir Kelah Sanctuary

Seperti yang dinyatakan diatas, anda boleh tiba di Tasik Kenyir melalui pelbagai cara, sama ada dengan menaiki bas, kereta, teksi, atau kapal terbang.

Anda boleh memilih untuk menginap di resort yang terletak di sekitar tasik, seperti Lake Kenyir Resort & Spa Kenyir Eco Resort atau anda boleh mencuba pengalaman unik dengan menyewa houseboat yang boleh bergerak di permukaan tasik.

Houseboat adalah sebuah bot yang dilengkapi dengan kemudahan penginapan seperti bilik tidur, bilik air, ruang tamu, dapur, dan balkoni.

Anda boleh menikmati pemandangan tasik yang indah dan mendengar bunyi alam semula jadi dari houseboat anda. Anda juga boleh memancing, berkayak, atau berenang di sekitar houseboat anda.

Hari Kedua: Melawat Tempat-Tempat Menarik di Tasik Kenyir dengan Bot Laju

Gua Bewah Bewah Cave

Pada hari kedua, anda boleh menyertai pakej lawatan yang disediakan oleh pengendali pelancongan atau resort anda untuk melawat tempat-tempat menarik di Tasik Kenyir dengan menaiki bot laju.

Antara tempat-tempat yang boleh anda lawati adalah:

Air Terjun Lasir: Ini adalah air terjun yang paling popular di Tasik Kenyir, yang mengalir dari ketinggian 500 meter dan membentuk kolam yang sesuai untuk berendam dan bermain air.

Anda juga boleh melihat pelbagai jenis flora dan fauna di sekitar air terjun ini, seperti orkid, paku-pakis, burung, dan monyet.

Gua Bewah: Ini adalah gua batu kapur yang terbesar di Tasik Kenyir, yang mempunyai lubang besar di bahagian atasnya.

Di dalam gua ini, anda boleh melihat formasi stalaktit dan stalagmit yang mengagumkan, serta barang-barang purba yang ditemui oleh ahli arkeologi, seperti kapak, alat, dan perkakas dari zaman Neolitik.

Herbal Park: Ini adalah taman yang menempatkan lebih daripada 200 jenis tumbuhan herba yang mempunyai khasiat perubatan dan kesihatan.

Anda boleh belajar mengenai nama, ciri, dan kegunaan tumbuhan-tumbuhan ini, serta mencuba produk-produk yang dibuat daripada tumbuhan herba, seperti teh, sabun, dan minyak.

Taman Rama-Rama: Ini adalah taman yang menampilkan lebih daripada 100 spesies rama-rama yang berwarna-warni dan cantik.

Anda boleh melihat rama-rama yang sedang terbang, makan, dan bertelur di taman ini, serta belajar mengenai kitaran hidup dan jenis-jenis rama-rama yang ada.

Hari Ketiga: Meneroka Hutan dan Aktiviti Luar di Tasik Kenyir

Air Terjun Lasir

Pada hari ketiga, anda boleh meneroka hutan dan aktiviti luar yang menantang dan menyegarkan di Tasik Kenyir. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan adalah:

Jungle Trekking: Ini adalah aktiviti yang sesuai bagi mereka yang suka berjalan kaki dan meredah hutan.

Anda boleh memilih untuk mengikuti laluan yang mudah, sederhana, atau sukar, bergantung pada tahap kecergasan dan pengalaman anda. Anda boleh melihat pelbagai jenis pokok, bunga, haiwan, dan serangga yang hidup di hutan ini, serta menikmati udara yang segar dan nyaman.

Pemanduan Pacuan Empat Roda (4WD): Ini adalah aktiviti yang sesuai bagi mereka yang suka mencabar diri dan merasai keseronokan.

Anda boleh menaiki kenderaan 4WD yang dilengkapi dengan tayar besar dan kuat, dan memandu di jalan tanah, bukit, dan lumpur.

Anda boleh merasai kepuasan apabila berjaya mengatasi halangan dan rintangan yang ada di sepanjang jalan.

Memancing: Ini adalah aktiviti yang sesuai bagi mereka yang suka berehat dan menikmati suasana tasik.

Anda boleh memancing di sekitar tasik atau di sungai-sungai yang mengalir ke tasik. Anda boleh menangkap pelbagai jenis ikan air tawar yang hidup di tasik ini, seperti toman, kelah, baung, sebarau, dan kelisa.

Anda juga boleh memasak dan memakan ikan yang anda tangkap, atau melepaskannya semula ke tasik.

Hari Keempat: Bersedia untuk Pulang

Air Terjun Lasir

Pada hari keempat, anda boleh bersedia untuk pulang dengan membungkus barang-barang anda dan mengecek keluar dari penginapan anda.

Anda boleh mengambil gambar kenangan di sekitar tasik, atau membeli cenderahati dan buah tangan di kedai-kedai yang terdapat di jeti Pengkalan Gawi.

Anda boleh menaiki kenderaan yang anda pilih untuk kembali ke destinasi anda seterusnya, dengan membawa kenangan dan pengalaman yang indah dan bermakna dari Tasik Kenyir.

Bersambung…

Tasik-Kenyir

Rujukkan dan gambar: Beautiful Terengganu Malaysia

Tags: melancong ke kenyirpakej kenyirpercutian kenyirtasik kenyir hoteltasik kenyir houseboattasik kenyir packagetasik kenyir resort
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat menarik di Kuala Bera
Pakej Terengganu

10 Tempat Menarik di Kuala Berang Berserta Aktiviti Popular

  Ada tempat menarik di Kuala Berang yang boleh dikunjungi? Juga dikenali sebagai "Batu Burok," merupakanibu daerah dan bandar terbesar...

Oleh: Hasrul Wayne
21 April, 2026
7.9k
Tempat menarik di Dungun Terengganu
Pakej Terengganu

10 Aktiviti Tempat Menarik Di Dungun Terkini

  Apakah tempat menarik di Dungun yang menyeronokkan? Adakah Dungun ada tempat makan yang sedap? Dungun ialah sebuah daerah pantai...

Oleh: Hadi Ghazali
13 April, 2026
65.7k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my