Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Kedah

25 Aktiviti Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
30 Mac, 2026
Kategori: Pakej Kedah
Masa Bacaan: 5 mins read
321 12
A A
0
Tempat Menarik di Sungai Petani
71.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Ada apa dengan Sungai Petani? Apakah aktiviti dan tempat-tempat menarik yang ada di Sungai Petani?

Sejak kebelakangan ini Sungai Petani menjadi semakin popular bagi rakyat Malaysia yang ingin tinggal di tempat dengan suasana yang nyaman.

Dulu Sungai Petani dikatakan agak membosankan, tapi itu tidak benar sama sekali.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Sungai Petani adalah bandar yang terletak dalam daerah Kuala Muda. Sungai Petani ialah bandar terbesar di Kedah dan terletak kira-kira 55 km ke selatan Alor Setar, ibu negeri Kedah dan yang menariknya juga ia terletak 33 km dari timur laut George Town, ibu kota negeri jiran Pulau Pinang.

Maka tidak hairanlah Sungai Petani semakin mendapat perhatian bagi yang ingin menetap disini.

Tempat-Menarik-Sungai-Petani

  • Lihat Pakej Percutian Popular di Kedah
  • Lihat Penginapan Terbaik di Sungai Petani
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Sungai Petani
  • Lihat Aktiviti Percutian Popular di Kedah
  • Lihat Peta Percutian di Sungai Petani

Pin

  • 1 Menara Jam Besar
  • 2 Berangan Aqua Park
  • 3 The Carnivall Waterpark
  • 4 Tapak Arkeologi Sungai Batu
  • 5 Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Semeling
  • 6 Amanjaya Mall
  • 7 Pantai Merdeka
  • 8 Tanjung Dawai
  • 9 Masjid Sultan Muzaffar Shah
  • 10 Air Terjun Tupah
  • 11 Chalet Terapung Segantang Garam
  • 12 Warung Pokok Ceri
  • 13 Chennai Curry House
  • 14 Pak Nik Cendol
  • 15 Muzium Arkeologi Lembah Bujang
  • 16 Taman Jubli Perak
  • 17 Taman Rekreasi Bukit Banyan
  • 18 Damai Park Resort (Merbok)
  • 19 Gunung Jerai
  • 20 Semeling Street Art
  • 21 Dataran Ikan Bakar Pekan Baru
  • 22 Pagaq Puteh SP
  • 23 Village Mall
  • 24 Central Square
  • 25 Cinta Sayang Golf & Country Resort
Mari kita lihat 12 aktiviti dan tempat menarik di Sungai Petani.


Menara Jam Besar

Menara-Jam-Besar-Sungai-Petani-Zulhilmi-Musa
Menara Jam Besar Sungai Petani | Imej oleh: Zulhilmi Musa

Menara Jam Besar ini begitu strategik kerana berada di tengah jalan utama di Sungai Petani, jadi anda bakal menemui menara ini setibanya anda di pusat bandar.

Menara ini merupakan salah satu monumen bersejarah yang mula dibina pada tahun 1910 dengan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya!

Sungai-Petani-Cheang-Hoi-Foong
Mercu tanda Sungai Petani yang cantik | Imej oleh: Cheang Hoi Foong

Menara jam ini lebih menarik dilihat pada waktu malam kerana ia dihiasi dengan cahaya lampu yang menarik.

Jangan lupa menjamu selera di Medan Selera Jam Besar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 916, Jalan Ibrahim, Sungai Petani, 08000 Sungai Petani, Kedah

Berangan Aqua Park

Berangan-Aqua-Park-Wan-Hanif
Berangan Aqua Park | Imej oleh: Wan Hanif

Percutian ke taman tema pasti sentiasa menjadi pilihan dalam kalangan pengunjung yang membawa anak kecil.

Jika di Sungai Petani anda boleh ke Berangan Aqua Park yang mengenengahkan konsep desa yang terletak di Kampung Permatang Berangan.

Berangan Aqua Park
Berangan Aqua Park

Konsep desa yang digunakan begitu menyerlah kerana taman tema ini berada bersebelahan dengan kawasan sawah padi.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Taman tema mini yang mula beroperasi pada tahun 2021 ini dapat dikunjungi seawal jam 10 pagi sehingga 5.30 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 5:30pm | Kampung Kelang Makau, 08000 Sungai Petani, Kedah

The Carnivall Waterpark

The-Carnivall-Waterpark-Swimming-Pool
The Carnivall Waterpark & Swimming Pool

The Carnival Park ini sering menjadi tumpuan para pelancong kerana ia berada di pusat bandar Sungai Petani iaitu berhampiran dengan Cinta Sayang Resort.

Anda boleh menghabiskan masa di sini dengan pelbagai aktiviti air seperti Wave Pool, Lazy River, Tube Slides, Body Slides dan kolam pelbagai saiz untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

The-Carnivall-Waterpark
The Carnivall Waterpark

Bukan itu sahaja, anda juga boleh berseronok dengan aktiviti 7D theater, wall climbing, horse riding dan mini golf.

Bayaran yang dikenakan juga tidaklah mahal dan berpatutan, jadi jom bawa ahli keluarga dan rakan-rakan untuk bersuka ria di The Carnivall Waterpark.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:00am – 7:00pm |  Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Tapak Arkeologi Sungai Batu

Tapak-Arkeologi-Sungai-Batu-Ya-Mohammad
Tapak Arkeologi Sungai Batu | Imej oleh: Ya Mohammad

(Sungai Batu Archaeological Site – Oldest Southeast Asean Civilization) Tapak arkeologi Sungai Batu dikatakan sebagai kompleks ketamadunan Lembah Bujang kerana merangkumi kawasan yang agak luas dan terletak sekitar 10 km dari Sungai Petani.

Pembinaan tapak ini begitu sistematik dengan kewujudan struktur batu bata serta sistem pengaliran anak sungai.

Sungai-Batu-Archaeological-Site-Muiz-Jamal
Sungai Batu Archaeological Site | Imej oleh: Muiz Jamal

Ia dipercayai begitu sesuai untuk melakukan aktiviti perdagangan dan pertahanan pada waktu tersebut.

Anda perlu mengunjungi tapak bersejarah ini kerana ia setanding dengan Angkor Wat dan Candi Borobudur!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:30pm | Kampung Permatang Samak, 08100 Bedong, Kedah

Kompleks Pelancongan Jeti Sungai Semeling

Jetty-Semeling-Kedah-Dean-Harun
Jetty Semeling Kedah | Imej oleh: Dean Harun

Kompleks pelancongan yang terdiri daripada tiga buah bangunan ini menempatkan dewan, kedai cenderamata, galeri pameran sejarah, galeri pameran flora dan fauna serta galeri tentang batuan unik yang terbentuk di negeri Kedah.

Pemandangan-di-Jeti-Semeling-Anizan-Shukori
Pemandangan di Jeti Semeling | Imej oleh: Anizan Shukori

Di sini anda turut dapat mengetahui bagaimana pokok paya bakau di proses menjadi kayu arang yang dilakukan di Gok Arang.

Menariknya lagi kerana anda boleh menyusuri kawasan sungainya dengan menggunakan khidmat bot atau mengambil pakej river cruise.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | K167,Kg.Nakhoda Busu Sungai Layar Ujong, 08000 Sungai Petani, Kedah

Amanjaya Mall

Amanjaya-Mall-Sungai-Petani-Jeremiah-Seelan
Amanjaya Mall Sungai Petani | Imej oleh: Jeremiah Seelan

Amanjaya Mall merupakan pusat membeli belah yang terbesar di Sungai Petani yang mempunyai pelbagai tarikan.

Anda boleh melewati pelbagai kedai dan butik yang menjual pelbagai barangan seperti kedai makanan, kedai barangan elektronik, kedai buku, butik pakaian dan bermacam lagi.

Pelbagai-Restoran-Menarik-di-Amanjaya-Markonah
Pelbagai Restoran Menarik di Amanjaya | Imej oleh: Markonah

Bagi yang suka membeli belah, jangan lupa berkunjung ke sini.

Anda juga boleh ke Riverfront City yang menempatkan lebih kurang 70 lot kedai dan teater pawagam terbesar di Sungai Petani!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:30am – 10:30pm | Amanjaya, 1, Jalan Badlishah, Bandar Amanjaya, 08000 Sungai Petani, Kedah

Pantai Merdeka

Merdeka-Beach-Kota-Kuala-Muda-Rafizi-Zulkiflie
Merdeka Beach Kota Kuala Muda | Imej oleh: Rafizi Zulkiflie

Pantai Merdeka tidak asing lagi dalam kalangan penduduk negeri Kedah malah ia turut terkenal dalam kalangan penduduk Pulau Pinang dan Perak Utara.

Oleh itu, tidak hairanlah jika berlaku kesesakan jalanraya untuk ke pantai ini pada hujung minggu atau musim cuti.

Pantai-Merdeka-Muhammad-Ramlan
Pantai Merdeka | Imej oleh: Muhammad Ramlan

Pantai yang berjarak sekitar 30 km dari pusat Bandar Sungai Petani ini begitu asyik untuk dilawati terutamanya pada waktu petang.

Apabila berada di pantai ini, anda boleh melihat panorama Tanjung Dawai dan Gunung Jerai.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Dibuka 24 jam | 08500 Kota Kuala Muda, Kedah

Tanjung Dawai

Arked-Tanjong-Dawai-Saiful-Wazir
Arked Tanjong Dawai | Imej oleh: Saiful Wazir

Tanjung Dawai yang terletak di seberang Pantai Merdeka begitu terkenal sebagai destinasi untuk mendapatkan hasil makanan laut yang segar serta makanan laut yang telah diproses.

Kebanyakkan pelancong ke sini bagi membeli makanan kering yang dijual dengan harga yang berpatutan di Arked Tanjung Dawai.

Pemandangan-Tanjong-Dawai-Hishammuddin-Abd-Hamid
Pemandangan Tanjong Dawai | Imej oleh: Hishammuddin Abd Hamid

Antara makanan laut yang terkenal adalah Sotong Cumit, Ikan Belangkas, Ikan Gelama dan Ikan Sembilang.

Destinasi ini wajib dikunjungi oleh para ibu!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 135, K161, Tanjung Dawai, 08400 Merbok, Kedah

Masjid Sultan Muzaffar Shah

Masjid-Sultan-Muzaffar-Shah-Aiman-Rashid
Masjid Sultan Muzaffar Shah| Imej oleh: Aiman Rashid

Masjid ini sering menjadi pilihan pelancong untuk singgah menunaikan ibadat.

Rata-rata pengunjung yang berkunjung ke masjid ini memuji tentang kebersihannya yang begitu terjaga serta begitu selesa untuk mereka beribadat dengan lebih khusyuk dan tenang.

Bagi yang bukan beragama islam anda masih boleh melawat ke masjid ini kerana ia terbuka untuk semua orang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Sungai Layar, Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani, Kedah

Air Terjun Tupah

Tupah-Recreational-Forest-Dr-Che-Supian
Tupah Recreational Forest: Imej oleh: Dr Che Supian

Air Terjun Tupah terletak dalam Hutan Lipur Tupah, Merbok, kira‑kira 14 km dari Sungai Petani dan pada ketinggian 100–200 m dpl . Sungai bersih dan jernih mengalir deras melalui jeram dan lebih 30 titik air terjun sepanjang laluan 2 km.

Terdapat dua laluan trekking—mengikut sungai atau denai hutan—sesuai untuk mandi, berkelah, fotografi dan penghayatan alam.

Pengunjung disarankan bawa bekalan asas serta ambil langkah berjaga-jaga jika hujan, kerana risiko kepala air atau laluan licin.


  • Lihat Peta | Pejabat Perhutanan Daerah Kedah Tengah Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah Sungai Petani, 08000, Yan, Kedah, 08000

Chalet Terapung Segantang Garam

Chalet Terapung PPK Merbok
Chalet Terapung PPK Merbok | Imej oleh: Rizqin

Chalet Terapung Segantang Garam terletak di Kampung Segantang Garam, Merbok, kira-kira 12 km dari pekan Merbok.

Ia diuruskan oleh PPK Merbok sejak tahun 2010 dan menawarkan tujuh buah chalet terapung, termasuk chalet VIP lengkap dengan bilik berhawa dingin, ruang tamu, televisyen dan dapur kecil.

Aktiviti utama di sini ialah memancing, di mana pengunjung boleh menangkap ikan seperti siakap, kerapu dan jenahak secara terus dari chalet atau pelantar khas.

Selain itu, pengunjung juga boleh menaiki bot menjelajah kawasan paya bakau atau menikmati keindahan alam sekitar. Lokasi ini amat sesuai untuk keluarga dan kumpulan yang inginkan ketenangan.


  • Lihat Peta | Kuala Segantang Garam, Ban Kota Kuala Muda, Merbok, Kedah

Warung Pokok Ceri

Kedai-Makan-Pokok-Ceri-Shahrul-Zaimi
Kedai Makan Pokok Ceri | Imej oleh: Shahrul Zaimi

Warung Pokok Ceri cukup terkenal dalam kalangan penduduk Sungai Petani untuk menikmati sarapan pagi dan hidangan tengahari.

Warung ini terletak di Taman Desa Indah dan beroperasi seawal jam 7 pagi hingga 3.30 petang.

Menu-Sedap-Warung-Pokok-Ceri
Menu Sedap Warung Pokok Ceri

Anda boleh menikmati roti jala, nasi lemak, mi goreng, masak lemak, kari dan bermacam menu yang begitu menyelerakan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 108, Jalan Desa Indah, Taman Desa Indah, 08000 Sungai Petani, Kedah

Chennai Curry House

Chennai-Curry-House
Chennai Curry House

Bagi pencinta masakan India anda patut menjamu selera di Chennai Curry House yang terletak di Jalan Lagenda.

Antara hidangan yang menanti anda adalah nan, thosai, ayam tandoori, kambing varuval, biryani dan yang paling menarik nasi di atas daun pisang!

Kari-Chennai-Curry-House
Kari Chennai Curry House

Restoran ini sering menjadi pilihan kerana servis yang terbaik iaitu para pekerja begitu mesra serta keadaan restoran yang bersih menambahkan lagi kepuasan anda sepanjang menjamu selera.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 9:00pm | 143, Jalan Lagenda 5, Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah

Pak Nik Cendol

Kesedapan-Cendol-Pak-Nik-Aznul-Fikri
Kesedapan Cendol Pak Nik

Anda kini berada di Jalan Bakar Arang? Terasa kehausan di waktu panas?

Jom singgah ke Pak Nik Cendol bagi menyegarkan tekak.

Kedai-Makan-Cendol-Pak-Nik-Aznul-Fikri
Kedai Makan Cendol Pak Nik | Imej oleh: Aznul Fikri

Cendol yang terdapat di sini begitu terkenal dan enak kerana rasanya yang tidak terlampau manis disertakan pulut yang cukup lemak berkrim.

Ditambah pula dengan hidangan bihun sup, laksa atau rojak bukan sahaja menenangkan tekak malah turut mengenyangkan perut, baru lah syok sambung berjalan!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 12:00pm – 7:00pm | Jalan Bakar Arang, Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah

Muzium Arkeologi Lembah Bujang

Muzium Arkeologi Lembah Bujang ialah tempat yang sangat istimewa untuk sesiapa yang suka akan sejarah zaman dahulu.

Di sini, anda boleh melihat sendiri kesan peninggalan tamadun Kedah Tua yang wujud beribu tahun yang lalu.

Antara tarikan utama ialah runtuhan candi purba yang dibina menggunakan batu bata dan tanah liat.

Selain itu, terdapat banyak barang pameran seperti seramik, manik, dan kaca peninggalan pedagang asing.

Melawat ke muzium ini seperti masuk ke dalam mesin merentas masa. Ia amat sesuai untuk lawatan sambil belajar bersama kanak-kanak bagi mengenali sejarah awal negara dengan lebih dekat dan menyeronokkan.

  • Lokasi: Jalan Merbok, 08400 Merbok, Kedah.


Taman Jubli Perak

Taman Jubli Perak merupakan sebuah taman rekreasi awam yang sangat luas dan cantik di bandar ini.

Taman ini sentiasa meriah pada waktu pagi dan petang dengan penduduk setempat yang datang untuk beriadah.

Terdapat banyak pokok rendang yang memberikan suasana redup dan nyaman.

Anda boleh membawa keluarga untuk berkelah di tepi tasik, bermain di taman permainan kanak-kanak yang besar, atau melihat haiwan yang comel di taman haiwan mini.

Selain itu, kemudahan trek joging yang panjang amat sesuai untuk anda yang ingin bersenam sambil menghirup udara segar yang jauh dari kesibukan lalu lintas jalan raya.

  • Lokasi: Jalan Pengkalan, Taman Jubli Perak, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Taman Rekreasi Bukit Banyan

Taman Rekreasi Bukit Banyan ialah sebuah taman cantik yang terletak di kawasan perumahan moden di atas bukit.

Oleh sebab tempatnya tinggi, anda boleh menikmati pemandangan bandar Sungai Petani yang sangat memukau, terutamanya ketika matahari terbenam.

Taman ini sangat unik kerana ia mempunyai lapan zon taman yang berbeza. Anda boleh membawa anak-anak bermain di kawasan permainan berselirat, mencuba set catur gergasi, atau sekadar berjalan-jalan mengambil angin petang.

Tempat ini sangat bersih, selamat dan sesuai untuk seisi keluarga meluangkan masa berkualiti bersama-sama sambil merakamkan gambar kenangan yang berlatarbelakangkan landskap yang menghijau dan tersusun rapi.

  • Lokasi: Persiaran Bukit Banyan 1, Bukit Banyan, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Damai Park Resort (Merbok)

Damai Park Resort yang terletak di Merbok ialah tempat percutian alam semula jadi yang sangat tenang dan damai.

Resort ini dikelilingi oleh kehijauan alam dan pokok buah-buahan yang rendang. Tarikan utama di sini ialah aliran sungainya yang jernih dan sejuk, sangat selamat untuk kanak-kanak bermandi-manda.

Anda boleh menyewa chalet untuk bermalam atau sekadar datang untuk berkelah dan melakukan aktiviti memanggang bersama rakan-rakan.

Ia adalah lokasi yang amat sesuai untuk merehatkan minda, lari daripada tekanan kerja, dan menikmati keindahan alam semula jadi sambil mendengar bunyi air sungai mengalir dan kicauan burung yang merdu.

  • Lokasi: Kampung Bukit, 08400 Merbok, Kedah.


Gunung Jerai

Gunung Jerai merupakan puncak tertinggi di negeri Kedah dan menjadi mercu tanda kebanggaan penduduk tempatan.

Walaupun puncaknya terletak di sempadan daerah Yan, ramai pelancong memulakan perjalanan mendaki atau memandu dari sekitar Sungai Petani.

Apabila berada di puncak, anda akan merasai udara yang sangat sejuk dan segar. Anda boleh menikmati pemandangan sawah padi yang luas terbentang serta lautan biru dari atas gunung.

Terdapat kemudahan resort penginapan dan taman botani yang menanam pelbagai jenis bunga eksotik. T

empat ini sangat sempurna untuk sesiapa yang mencari ketenangan dan ingin menghargai keindahan alam bersama keluarga.

  • Lokasi: Jalan Gunung Jerai, 08300 Gurun, Kedah.


Semeling Street Art

Semeling Street Art ialah sebuah lokasi pelancongan yang wajib dikunjungi oleh penggemar seni dan mereka yang suka bergambar.

Pekan kecil Semeling telah dihidupkan semula dengan pelbagai lukisan mural tiga dimensi yang sangat cantik dan kreatif pada dinding-dinding bangunan kedai lama.

Lukisan-lukisan ini memaparkan pelbagai kisah menarik tentang budaya tempatan, sejarah, dan juga alam semula jadi.

Anda boleh meluangkan masa berjalan kaki di sepanjang lorong ini sambil bergambar dengan pelbagai aksi bebas dan lucu. Ia adalah satu pengalaman yang sangat menyeronokkan dan pasti membuatkan media sosial anda kelihatan lebih menarik dan berwarna-warni.

  • Lokasi: Jalan Raya Semeling, Pekan Semeling, 08100 Bedong, Kedah.


Dataran Ikan Bakar Pekan Baru

Bagi peminat makanan laut, Dataran Ikan Bakar Pekan Baru merupakan tempat makan malam yang tidak boleh dilepaskan jika anda singgah di Sungai Petani.

Dataran ini menempatkan banyak gerai yang menjual pelbagai hasil laut yang segar seperti ikan, sotong, ketam, dan udang.

Anda boleh memilih sendiri hasil laut tersebut dan meminta ia dimasak mengikut selera, terutamanya dibakar dan dicecah dengan air asam yang padu.

Selain ikan bakar, terdapat juga pilihan makanan ala Thai. Suasana malam di sini sentiasa meriah, mesra keluarga, dan menawarkan harga makanan yang amat berpatutan untuk dinikmati bersama.

  • Lokasi: Lorong 5, Taman Pekan Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Pagaq Puteh SP

Pagaq Puteh SP merupakan sebuah kafe berkonsepkan tempat lepak santai yang semakin popular dalam kalangan anak muda dan keluarga di Sungai Petani.

Tempat ini mempunyai rekaan hiasan dalaman yang ringkas tetapi sangat cantik, gaya ‘hipster’, dan sesuai untuk bergambar.

Ia menawarkan pelbagai jenis makanan dan minuman, daripada hidangan tempatan yang lazat sehinggalah makanan barat yang mengenyangkan.

Anda boleh datang ke sini pada waktu malam untuk meluangkan masa berborak bersama kawan-kawan sambil dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung.

Suasananya yang terbuka dan dihiasi lampu malap membuatkan pengunjung berasa sangat selesa dan tenang.

  • Lokasi: Lot 88, Perdana Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Village Mall

Village Mall ialah salah satu pusat beli-belah yang sangat selesa dan mesra pengunjung di bandar Sungai Petani.

Berbeza dengan pusat beli-belah yang lain, ia menawarkan suasana yang lebih moden, tenang dan tidak terlalu padat.

Di sini, anda boleh menemui pelbagai butik fesyen pakaian berjenama, kedai buku, dan juga panggung wayang untuk menonton filem aksi terbaru.

Selain itu, terdapat banyak pilihan kafe dan restoran terkenal untuk anda menikmati hidangan enak selepas penat berjalan.

Ia adalah destinasi yang sangat sesuai untuk anda membeli-belah barangan keperluan harian atau mencari hiburan santai bersama keluarga kesayangan.

  • Lokasi: Lagenda Heights, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Central Square

Central Square merupakan pusat beli-belah yang ikonik di tengah-tengah bandar Sungai Petani.

Walaupun sudah lama beroperasi, ia masih menjadi tumpuan utama penduduk tempatan kerana lokasinya yang amat strategik.

Kompleks ini menawarkan pelbagai jenis barangan di bawah satu bumbung, termasuk pakaian, barangan elektrik, serta banyak kedai yang menjual telefon bimbit dan gajet.

Untuk hiburan, ia mempunyai pusat boling yang besar dan panggung wayang yang selesa.

Jika anda ingin merasai suasana kehidupan seharian masyarakat tempatan di bandar ini, Central Square adalah tempat yang paling tepat untuk anda lawati bersama keluarga dan kawan-kawan.

  • Lokasi: Jalan Kampung Baru, 08000 Sungai Petani, Kedah.


Cinta Sayang Golf & Country Resort

Cinta Sayang Golf & Country Resort ialah sebuah destinasi percutian mewah yang menjanjikan pengalaman berehat yang sangat eksklusif di Sungai Petani.

Ia sangat terkenal dengan padang golf lapan belas lubang yang dihiasi landskap hijau bertaraf antarabangsa.

Selain bermain golf, pengunjung boleh menikmati pelbagai kemudahan bertaraf lima bintang seperti kolam renang besar, gimnasium, dan gelanggang skuasy.

Bilik penginapannya juga sangat luas, bersih, dan memaparkan hiasan moden.

Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk peminat sukan, malah sangat sesuai untuk pasangan atau keluarga yang inginkan ketenangan eksklusif tanpa perlu pergi jauh dari bandar.

  • Lokasi: Persiaran Cinta Sayang, 08000 Sungai Petani, Kedah.

Jika anda ada cadangan tempat atau aktiviti menarik di Sungai Petani selain yang kami senaraikan, bolehlah kongsikan diruang komen. ?

Tags: hotel sungai petaniresort sungai petani
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat menarik di Alor Setar
Pakej Kedah

20 Tempat Menarik di Alor Setar Kedah

  Apa perkara yang menarik ada di Alor Setar? Apakah tempat-tempat menarik di Alor Setar yang terkenal? Dengan slogan negeri...

Oleh: Hadi Ghazali
23 April, 2026
50.6k
Pakej Kedah

70 Tempat Menarik di Kedah Terkini

  Apakah tempat menarik di Kedah yang terkini untuk dikunjungi? Alor Setar yang terletak di barat laut Malaysia adalah ibu...

Oleh: Hasrul Wayne
20 Januari, 2026
24.9k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my