Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Pahang

20 Tempat Menarik di Bukit Fraser Terkini

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
Kategori: Pakej Pahang
Masa Bacaan: 4 mins read
35.2k 2.2k
A A
0
39k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Berbaloi mengunjungi Bukit Fraser? Apakah tempat menarik di Bukit Fraser patut pelancong lawati?

Bukit Fraser ialah sebuah perkampungan tanah tinggi di Pahang, terkenal dengan hutan hujan tanah tinggi dan hidupan burung yang merangkumi pelbagai spesis.

Bukit Fraser memiliki beberapa laluan alam semula jadi yang selalu dikunjungi, termasuk Pine Tree Trail dan Bishop Trail, merentas rupa bumi hutan yang melindungi burung berhijrah seperti seriawan Siberia.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Kawasan ini juga menjadi tempat penampung harimau Malaya dan pokok oak trig yang jarang ditemui. Berhampiran kampung terdapat Air Terjun Jeriau. Bot kayuh merentasi Tasik Air Allan yang tenang.

Kesimpulan ringkas yang boleh dijelaskan bagi pelancong Malaysia ialah, Bukit Fraser rata-ratanya dikenali sebagai destinasi dengan cuaca yang sejuk dan ada banyak aktiviti menarik yang akan menghiburkan boleh dilakukan seisi keluarga.

Tempat Menarik di Bukit Fraser

  • Lihat Penginapan Terbaik di Bukit Fraser
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Raub Pahang
  • Lihat Aktiviti Menarik di Bukit Fraser
  • Lihat Peta Percutian di Bukit Fraser

Pin

  • 1 The Paddock Fraser Hill
  • 2 Bird Interpretive Centre
  • 3 Allan’s Water
  • 4 Pine Tree Hill & Twin Peak
  • 5 Air Terjun Jeriau
  • 6 Hemmant Trail Fraser Hill
  • 7 Menara Jam Bukit Fraser
  • 8 Kompleks Sukan Bukit Fraser
  • 9 Kelab Golf Diraja Bukit Fraser
  • 10 Edible Garden Fraser Hill
  • 11 Restoran Mimi Strawberi
  • 12 GlassHouse Fraser’s Hill
  • 13 Selangor Pahang Border
  • 14 Aida Daniya Restaurant & English Teahouse
  • 15 Ye Olde Smokehouse
  • 16 Memory Cafe & Laundry
  • 17 Bishop Trail
  • 18 Kelab Golf Diraja Bukit Fraser
 Sebelum itu mari kita lihat 10 aktiviti yang paling popular dilakukan di Bukit Fraser.


The Paddock Fraser Hill

The-Paddock-Daryl-Lau
The Paddock | Imej oleh: Daryl Lau

The Paddock Fraser Hill menyediakan aktiviti seperti menunggang kuda, menyumpit dan memanah.

Anda boleh menunggang kuda bersama-sama ahli keluarga dengan pengawasan jurulatih yang bertauliah serta kawasan yang terkawal.

Bayaran yang dikenakan untuk setiap aktiviti cukup berpatutan dengan keindahan panorama dan keseronokkan yang ditawarkan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 6:30pm | Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Bird Interpretive Centre

Bird-Interpretive-Center-CY-Lee
Bird Interpretive Center | Imej oleh: CY Lee

Mendengar kicauan burung sentiasa memberikan rasa yang tenang buat sesiapa sahaja.

Bukit Fraser turut menyediakan lokasi pelancongan untuk anda mengetahui tentang pelbagai spesies burung.

Bird-Interpretive-Bukit-Fraser-Kelvin-Kuok
Bird Interpretive Bukit Fraser | Imej oleh: Kelvin Kuok

Bird Interpretive Centre ini mempunyai 250 spesies burung seperti burung enggang, helang, merpati, gagak serta spesies endemik yang lain.

Pada musim sejuk, terdapat burung-burung migrasi dari negara Jepun, Rusia dan China yang singgah ke sini.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 5:00pm | Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Allan’s Water

Allans-Water-Frasers-Hill
Allan’s Water @ Fraser’s Hill | Imej oleh: Ko Bean

Allan’s Water yang pernah beroperasi sebagai empangan pada zaman kolonial ini tidak kurang menariknya untuk anda lawati.

Di sini anda boleh mengayuh bot, bermain bola air dan memberi ikan makan. Anda juga boleh ke Taman Awam Bukit Fraser yang terletak di Pine Tree Road untuk bersiar-siar atau bermain mini golf.

Kedua-dua taman rekreasi ini cukup sesuai untuk anda relaks dan bawa kanak-kanak untuk bebas bermain.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 6:30pm | Jln High Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Pine Tree Hill & Twin Peak

Twin-Peak-Fraser-Hill-LC-Lee
Twin Peak Fraser Hill | Imej oleh: LC Lee

Pine Tree Hill & Twin Peak sering menjadi pilihan bagi penggemar aktiviti mendaki bukit.

Dengan ketinggian 1500 meter dan bentuk muka bumi yang berbukit  lokasi ini boleh dikatakan agak mencabar buat pendaki.

Pine Tree Trail adalah sekitar 5.5 km sehala (11 km pergi dan balik).

Ia memerlukan stamina yang tinggi dan boleh memakan masa 5-8 jam untuk diselesaikan. Perlu diingat juga ia bukan “nature walk” biasa sebaliknya pendakian yang memerlukan kebenaran/permit dari Jabatan Perhutanan.

Namun begitu pemandangan di dua puncaknya begitu berbaloi dengan pendakian anda yang mencabar!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln High Pines, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Air Terjun Jeriau

Air Terjun Jeriau
Air Terjun Jeriau

Teringin berkelah apabila bercuti di Bukit Fraser? Ayuh bawa ahli keluarga anda berkelah di Air Terjun Jeriau.

Kawasan air terjun ini turut sesuai untuk kanak-kanak kerana ia tidak terlalu dalam. Dikatakan air terjun di sini agak sejuk kerana faktor kedudukannya di kawasan tanah tinggi.

Untuk kepastian, anda perlulah cuba berendam di sini.

Nota penting: Kadang-kala, jalan masuk sejauh 4km ke air terjun tersebut ditutup untuk penyelenggaraan atau kereta kerana masalah tanah runtuh / jalan mendap.

Pengunjung amat disarankan untuk menyemak status terkini laluan dengan pihak pengurusan Bukit Fraser (Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser) sebelum memandu ke sana.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 7:30pm | Jeriau Waterfall, Fraser’s Hill, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Hemmant Trail Fraser Hill

Hemmant-Trail-Fraser-Hill-Luke-Teong
Hemmant Trail Fraser Hill | Imej oleh: Luke Teong

Anda ingin merasai pengalaman mendaki tetapi dengan trek yang lebih santai? Anda boleh cuba mendaki di Hemmant Trail Fraser Hill yang berjarak sejauh 1 kilometer sahaja.

Anda bakal melalui kawasan hutan yang mengelilingi kelab golf.

Satu lagi trek mendaki untuk beginner adalah Bishop Trail yang mempunyai jarak 2 kilometer.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Menara Jam Bukit Fraser

Menara-Jam-Bukit-Fraser-Gideon
Menara Jam Bukit Fraser | Imej oleh: Gideon

Tidak lengkaplah percutian anda pada kali ini jika tidak singgah bergambar di Menara Jam Bukit Fraser ini.

Menara ini terletak di tengah-tengah pekan yang menjadi penyambut tetamu dan mercu tanda bagi Bukit Fraser.

Menara yang dibina pada tahun 1981 ini menggunakan reka bentuk Mock Tudor dan menjadikan Bukit Fraser turut dikenali sebagai Little England di Malaysia.

Ia direka bentuk oleh seorang arkitek dari Jabatan Kerja Raya (JKR) bernama Kuok Lip Kee sebagai mercu tanda peringatan, memandangkan jam asalnya disumbangkan oleh keluarga-keluarga tempatan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Kompleks Sukan Bukit Fraser

Kompleks Sukan Bukit Fraser
Kompleks Sukan Bukit Fraser

Kompleks Sukan Bukit Fraser ini turut menjadi tumpuan dalam kalangan pelancong yang ingin melakukan aktiviti kecergasan.

Nak berjalan jauh kenalah sentiasa kekal cergas! Terutama bagi yang ingin mengunjungi lokasi pendakian di Bukit Fraser ini, begitu sesuai untuk ke sini terlebih dahulu.

Di sini anda boleh bermain skuasy, ping-pong, snooker atau menggunakan perkhidmatan gym dan sauna.

Kemaskini: Sejak kebelakangan ini fasiliti di Kompleks Sukan ini agak tua dan ada kalanya kurang diselenggara dengan baik.

Jika pengunjung benar-benar mahu ke sana untuk aktiviti spesifik, lebih baik ia tidak diletakkan harapan terlalu tinggi berbanding kompleks sukan di bandar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Kelab Golf Diraja Bukit Fraser

Frasers-Hill-Golf-Club-Gideon
Frasers Hill Golf Club | Imej oleh: Gideon

Dah puas di kompleks sukan? Jom asah bakat bermain golf di Kelab Golf Diraja Bukit Fraser yang merupakan antara padang golf terawal yang beroperasi di Malaysia.

Destinasi ini tidaklah terlalu luas jadi anda jangan hairan kerana mereka tidak menyediakan perkhidmatan buddy.

Padang golf yang berada pada ketinggian 1524 meter dari aras laut ini hanya mempunyai 9 lubang sahaja.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

Edible Garden Fraser Hill

Strawberry-Farm-Edible-Garden-Farkhod
Strawberry Farm Edible Garden | Imej oleh: Farkhod

Destinasi pelancongan tanah tinggi ini semestinya mempunyai ladang pertanian sebagai salah satu tarikan buat pengunjung.

Edible Garden yang terletak bersebelahan dengan Allan’s Water ini menawarkan pelbagai jenis bunga hiasan, benih semaian dan sayur-sayuran.

Di sini turut menawarkan strawberi namun dengan kuantiti yang terhad. Destinasi ini beroperasi setiap hari seawal jam 9 pagi hingga 5 petang.

Nota: Bukit Fraser tidak sejuk seperti Cameron Highlands, jadi ladang strawberinya sangat kecil dan pengunjung mungkin kecewa jika mereka membayangkan ladang yang luas untuk aktiviti “memetik strawberi”.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | 2, Jln High Pines, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Restoran Mimi Strawberi

Susana-di-Restoran-Mini-Strawberi-Mizie-Shashinshi
Susana di Restoran Mini Strawberi | Imej oleh: Mizie Shashinshi

Sudah tentu banyak pilihan restoran dan kedai makan di sini, dan anda tidak tahun ingin memilih yang mana. Jom ke Restoran Strawberi Mimi yang menyajikan pelbaga hidangan menarik.

Seperti namanya, anda perlu mencuba susu kocak strawberinya yang istimewa!

Antara hidangan yang terdapat di sini adalah aneka nasi goreng, sup tulang, mee bandung, burger dan tom yam.

Anda boleh menikmati hidangan seawal jam 10 pagi hingga 10 malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang

GlassHouse Fraser’s Hill

GlassHouse-Fraser-Jiggee-Jon
GlassHouse Fraser | Imej oleh: Jiggee Jon

Mencari kafe yang lebih hipster? GlassHouse Fraser’s Hill pasti memenuhi citarasa anda.

Kafe yang berkonsepkan rumah kaca ini bukan sahaja kafe yang menyajikan makanan buat anda namun ia turut dipenuhi dengan koleksi kaktus sebagai hiasannya.

GlassHouse-Fraser-Kek-Kopi-Kano-Ky
GlassHouse Fraser Kek Kopi | Imej oleh: Kano Ky

Kafe ini menyajikan hidangan kek, kopi dan teh buat pelanggannya.

Jadi anda boleh menikmati minum petang sambil menghayati keindahan flora di sini.

Nota: Pelancong digalakkan untuk menyemak di laman sosial rasmi kafe kerana waktu buka boleh berubah (seperti Instagram/Facebook) sehari sebelum lawatan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | Lot 1494, Jalan Lady Guillemard, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang

Selangor Pahang Border

Selangor-Pahang-Border-Snyz-Yao
Selangor Pahang Border | Imej oleh: Snyz Yao

Nak tengok sesuatu yang unik di Bukit Fraser? Untuk pengetahuan anda, Bukit Fraser ini bukan sepenuhnya berada di dalam negeri Pahang tetapi sebahagian lagi merupakan milik negeri Selangor!

Tanda sempadan sebenar antara Selangor dan Pahang terletak berhampiran pintu masuk / kawasan pemeriksaan The Gap (Gap Resthouse) atau berdekatan pintu masuk ke Pine Tree Trail di atas Bukit Fraser.

Antara keunikan lain yang terdapat di Bukit Fraser adalah mempunyai balai polis yang sudah berusia lebih 100 tahun dan pejabat pos yang bercirikan England. Tunggu apa lagi, jom bercuti ke Little England ini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Gap-Bukit Fraser, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor

Aida Daniya Restaurant & English Teahouse

Jika anda mencari lokasi tular untuk menikmati sesi ‘High Tea’, restoran ini merupakan pilihan yang wajib!

Ia berkonsepkan gaya taman Inggeris klasik dan menjanjikan pemandangan bukit-bukau menghijau yang sungguh memukau.

Selain menawarkan makanan yang lazat, dekorasi kedainya juga sangat kemas dan estetik. Suasananya yang sejuk dan berkabus membuatkan anda berasa seolah-olah bercuti di luar negara.

Pengunjung wajib mencuba hidangan teh premium bersama scone segar buatan sendiri yang sentiasa menjadi bualan di media sosial. Tempat santai ini amat sesuai untuk keluarga berkumpul sambil merakam gambar kenangan indah.

  • Alamat: Jalan Genting, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang.

  • Harga Tiket: Masuk percuma (Harga makanan/minuman bermula dari RM15 – RM40).

Ye Olde Smokehouse

Bangunan warisan berkonsepkan seni bina kolonial British ini memang sangat ikonik dan sentiasa tular di kalangan peminat fotografi.

Walaupun ia pada asalnya merupakan sebuah hotel butik penginapan, pihak pengurusan membenarkan pengunjung luar untuk singgah menikmati sesi minum petang di kawasan tamannya.

Landskap taman ala Inggeris yang mekar dengan bunga-bungaan pelbagai warna, dipadankan bersama cuaca sejuk, menjadikan pengalaman di sini sungguh romantis.

Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang keemasan bergambar di hadapan pondok telefon merah dan dinding batu bersejarah ini. Ia sememangnya lokasi percutian santai yang paling mempesonakan!

  • Alamat: Jalan Semantan, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang.

  • Harga Tiket: Masuk percuma (Minimum pesanan makanan RM20+ seorang dikenakan untuk pengunjung luar yang mahu bergambar/makan).

Memory Cafe & Laundry

Pernahkah anda merasai pengalaman minum kopi sambil membasuh baju di atas gunung? Ini merupakan satu konsep kafe hipster terbaharu yang sangat unik dan pantas tular di Bukit Fraser.

Sambil menunggu pakaian anda siap dicuci di ruangan dobi layan diri, anda boleh berehat di ruang makan yang cukup selesa dan estetik.

Mereka menghidangkan pilihan menu sarapan pagi ringkas namun sangat menyelerakan seperti roti bakar telur goyang dan kopi premium.

Suasana damai di sini menjadikannya lokasi tersembunyi terbaik bagi memulakan hari yang santai sebelum anda keluar meneroka bukit.

  • Alamat: No 7, Food Garden Fraser’s Hill, 49000 Raub, Pahang.

  • Harga Tiket: Masuk percuma (Harga makanan bermula dari RM3 – RM20).

Bishop Trail

Bagi pencinta alam semula jadi yang mahukan cabaran mendaki lebih santai berbanding Pine Tree Hill, Bishop Trail merupakan pilihan paling ideal.

Laluan merentas hutan sejauh kira-kira 1.5 kilometer ini sangat tular dalam kalangan komuniti pemerhati burung tempatan mahupun antarabangsa.

Anda berpeluang besar melihat pelbagai spesies burung eksotik berwarna-warni sambil menikmati kehijauan flora montane yang cukup memukau.

Udara di dalam hutan ini amat segar dan nyaman. Keadaan denainya yang diselenggara rapi menjadikan ia aktiviti rekreasi keluarga yang selamat untuk menyegarkan tubuh badan tanpa berasa terlalu letih mendaki.

  • Alamat: Berhampiran Jalan Lady Guillemard, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang.

  • Harga Tiket: Masuk adalah percuma.

Kelab Golf Diraja Bukit Fraser

Tarikan popular ini bukan sekadar dikhaskan untuk pemain sukan golf sahaja, malah padang golf sembilan lubang tertua di Malaysia ini kerap dikunjungi pelancong kerana keindahan alamnya.

Kawasan padang beralun hijau yang terbentang luas berlatarbelakangkan pokok-pokok pain tinggi persis suasana di negara Switzerland.

Ramai pasangan pengantin baharu memilih lokasi ini sebagai tempat penggambaran praperkahwinan kerana landskapnya amat menakjubkan.

Walaupun anda tidak bermain golf, berjalan kaki atau mengambil angin santai di sekitar pinggiran kelab pada waktu pagi yang berkabus mampu memberikan tahap ketenangan jiwa yang luar biasa buat pelancong.

  • Alamat: Jalan Semantan, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang.

  • Harga Tiket: Masuk mengambil angin/bergambar di sekeliling kawasan adalah percuma (Yuran berasingan dikenakan jika ingin bermain golf).

Tags: bukit fraser homestaybukit fraser resorthotel di bukit fraserjalan ke bukit frasertaman flora bukit fraser
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Pakej Pahang

20 Aktiviti Tempat Menarik di Temerloh

  Dekat mana Temerloh tu? Apa tempat menarik di Temerloh yang ramai orang kunjungi? Apa aktiviti yang boleh dilakukan di...

Oleh: Hadi Ghazali
29 Mei, 2026
30.9k
Pakej Pahang

50 Tempat Menarik Di Cameron Highlands

  Apakah tempat menarik di Cameron Highlands yang wajib dikunjungi? Adakah Cameron Highlands masih berbaloi untuk percutian? Terletak di tengah-tengah...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
32.2k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.7k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.2k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.5k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.5k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my