Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Perak

10 Aktiviti Tempat Menarik di Gopeng

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
13 Mei, 2026
Kategori: Pakej Perak
Masa Bacaan: 3 mins read
18.2k 958
A A
0
tempat menarik di gopeng
20k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Siapa kata Gopeng tiada tempat percutian? Tahukah anda ada pelbagai tempat menarik di Gopeng Perak yang anda harus kunjungi?

Gopeng ialah sebuah bandar yang tenang di daerah Kampar, terletak kira-kira 30 minit ke selatan Ipoh dan 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dengan menaiki kereta.

Dibingkaikan oleh tebing batu kapur yang berdiri megah, sungai dan gua yang cantik.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Ya, Gopeng adalah destinasi yang mudah dituju untuk sesiapa sahaja yang berminat melakukan aktiviti mencabar, berenang, mendaki dan berakit-rakit kerana Gopeng sedia menawarkan semua ini.

Tahukah anda, Gopeng memiliki hutan hujan purba yang juga merupakan rumah kepada suku asli Semai, serta pelbagai flora dan fauna termasuk Rafflesia, bunga terbesar di dunia, dan Rama-rama Rajah Brooke yang jarang ditemui.

tempat-menarik-di-gopeng

  • Lihat Pakej Percutian di Perak
  • Lihat Penginapan Terbaik di Gopeng
  • Lihat Tiket Penerbangan Perak
  • Lihat Peta Percutian di Gopeng

Pin

  • 1 Ladang Gaharu Hoga
  • 2 Muzium Gopeng
  • 3 Gopeng Heritage House
  • 4 Gopeng Glamping Park
  • 5 Gua Kandu
  • 6 Bukit Batu Putih
  • 7 Gopeng White Water Rafting
  • 8 Ulu Geruntum Waterfall Abseiling
  • 9 Natasya Riverside Resort Gopeng
  • 10 Hup Teck Soy Sauce Factory
  • 11 Cadangan Tentatif Percutian di Gopeng Perak
    • 11.1 Hari Pertama di Gopeng
    • 11.2 Hari Kedua di Gopeng
Ah, jangan ditunggu lagi. Mari kita lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Gopeng anda boleh dimasukkan dalam senarai anda.


Ladang Gaharu Hoga

tempat menarik di gopeng
Ladang Gaharu Hoga

Ladang gaharu yang terbesar di Malaysia ini telah menjadi tarikan pelancongan yang begitu terkenal di Gopeng buat masa ini. Dikatakan terdapat sekitar 200 ribu pokok gaharu yang berjaya ditanam di sini.

Untuk menjelajah ke kawasan sekitarnya anda boleh mengambil Hoga Ride yang bakal membawa anda ke Viewing Stage, Hugging Park dan Lovers Park.

Pokok-Gaharu
Pokok Gaharu

Melalui sesi tersebut anda boleh menyaksikan pemandangan keseluruhan ladang gaharu, mengenal peralatan untuk memproses gaharu dan bergambar bersama lukisan haiwan di batang pokok.

Jangan lupa dapatkan  produk teh Hoga sebelum anda pulang!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:15am – 6:00pm |  Jalan Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak

Muzium Gopeng

Pameran-Bersejarah-Muzium-Gopeng-Pokuan-Teoh
Pameran Bersejarah Muzium Gopeng | Imej oleh: Pokuan Teoh

Tarikan pelancongan berkonsepkan sejarah ini mempunyai lebih kurang 300 barangan antik yang pernah digunakan oleh penduduk Gopeng sejak 150 tahun yang lalu.

Apa peralatan menarik yang boleh dipamerkan  di muzium ini? Anda bakal melihat peralatan tinggalan seperti mesin-mesin yang digunakan untuk kerja memproses bijih timah dan getah.

Barangan-antik-muzium-Gopeng-Joy-Hon
Barangan antik muzium Gopeng | Imej oleh: Joy Hon

Bukan itu sahaja, di sini turut mempunyai koleksi radio, mesin jahit, basikal tua, mata wang, jam tangan, peralatan menimbang dan sejarah perkembangan Gopeng itu sendiri.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Muzium ini boleh dilawati seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | 47-49, Jln Eu Kong, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak

Gopeng Heritage House

Gopeng-Heritage-House-Asikin-Aziz
Gopeng Heritage House | Imej oleh: Asikin Aziz

Berhampiran dengan Muzium Gopeng turut terdapat sebuah tarikan pelancongan yang dikenali sebagai Gopeng Heritage House yang turut mempamerkan koleksi barangan klasik.

Lokasi ini pula dibuka seawal jam 9 pagi hingga 4 petang kepada orang ramai.

Gopeng-Heritage-House-Joy-Hon
Gopeng Heritage House | Imej oleh: Joy Hon

Bangunan warna merah yang beroperasi sejak tahun 2011 ini mempamerkan sejarah penduduk Cina di Gopeng seperti barangan perabot, perhiasan dan seramik yang digunakan oleh mereka.

Tiada bayaran masuk yang dikenakan buat pengunjung, namun anda boleh memberi sumbangan secara ikhlas atau membeli poskad sebagai tanda kenangan!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | Jalan Sungai Itik, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak

Gopeng Glamping Park

Gopeng-Glamping-Park
Gopeng Glamping Park

Taman yang dikelilingi khazanah alam seperti bukit, sungai, gua dan hutan ini pasti memberikan pengalaman bercuti yang memuaskan buat pencinta alam.

Ia merupakan lokasi perkhemahan yang sering menjadi pilihan ahli keluarga, kumpulan rakan-rakan serta pasukan korporat untuk mengadakan aktiviti yang menarik.

Gopeng-Glamping-Park-Shamira-Aziz
Gopeng Glamping Park | Imej oleh: Shamira Aziz

Menariknya lagi kerana ia turut menyediakan beberapa pilihan penginapan mengikut kuantiti ahli. Sebagai contoh double tent, quad tent dan deluxe 8 tent.

Jangan risau tentang keselesaannya, kerana ia dilengkapi dengan set tilam, kipas, plug point dan pakej hidangan makanan!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | LOT 10846, Jln Besar, kampung chulek, 31600 Gopeng, Perak

Gua Kandu

Bukit-Gua-Kandu-Tengku-Noon
Bukit Gua Kandu | imej oleh: Tengku Noon

Gua Kandu yang pernah diduduki oleh tentera Jepun pada perang dunia kedua dan sebagai tempat persembunyian komunis ini sesuai dikunjungi bagi penggemar aktiviti lasak.

Anda memerlukan lebih kurang dua jam untuk meneroka isi gua ini di mana anda bakal merangkak, menyelit dan menggelongsor di kawasan tertentu.

Meneroka-Gua-Kandu-Ronald-Pang
Meneroka Gua Kandu | Imej oleh: Ronald Pang

Anda boleh mendapatkan khidmat jurupandu yang berpengalaman untuk meneroka isi gua ini. Menariknya tentang gua ini kerana ia dikatakan mempunyai lebih daripada 300 bilik.

Dan jangan lepaskan peluang untuk merasai aktiviti flying fox di dalam gua ini!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln Dato’ Marzuki, Kampung Gunung Panjang, 31600 Gopeng, Perak

Bukit Batu Putih

Bukit-Batu-Putih-Alvin
Puncak Bukit Batu Putih | Imej oleh: Alvin

Masih tidak puas untuk menikmati keindahan alam semulajadi? Jom bawa ahli keluarga anda mendaki ke Bukit Batu Putih yang sesuai untuk pemula atau kanak-kanak seawal umur 8 tahun.

Trek pendakian ke puncak bukit tidaklah begitu mencabar, tetapi pemandangan yang menanti di puncak cukup berbaloi untuk anda!

Bukit-Batu-Putih-Wan-Muhammad
Pemadangan dari Batu Putih | Imej oleh: Wan Muhammad

Rata-rata pendaki tidak akan melepaskan peluang untuk merakam memori di kawasan puncak batunya apabila tiba ke sini.

Lokasi pendakian sekitar 30 minit ini menjadi tumpuan orang ramai pada musim cuti dan hujung minggu.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Pintu Padang, 31600 Gopeng, Perak

Gopeng White Water Rafting

Gopeng-White-Water-Rafting-Fong-KL
Gopeng White Water Rafting | Imej oleh: Fong KL

Dah sampai di Gopeng ni rugilah kalau anda tidak mengambil pakej water rafting. Keadaan jeramnya yang besar, kecil, mencabar dan berliku-liku ini menjadikan lokasi Sungai Kampar ini begitu sesuai untuk anda melakukan aktiviti sukan air tersebut.

Gopeng-White-Water-Rafting-CY-Lee
Aktviti berakit yang mencabar di Gopeng White Water Rafting | Imej oleh: CY Lee

Mengikut river guide, aktiviti ini sesuai untuk kanak-kanak seawal usia 10 tahun dan mengambil masa sekitar 2 jam untuk peserta menghabiskan cabaran di sini!

Untuk menikmati aktiviti ini anda dinasihatkan mengenakan pakaian yang cepat kering dan elakkan hari hujan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Razak House, Jln Sungai Itek, 31600 Gopeng, Perak

Ulu Geruntum Waterfall Abseiling

Geruntum-Falls-Eu-Jin-Ang
Air terjun Geruntum | Imej oleh: Eu Jin Ang

Lata Merkor atau Geruntum Falls: Dah berjaya mengharungi arus Sungai Kampar? Jom ke air terjun Ulu Geruntum pula untuk mencabar diri dengan aktiviti waterfall abseiling.

Bagi melakukan aktiviti ini, anda perlu mengambil pakej terlebih dahulu bagi mendapat tunjuk ajar dan menjamin keselamatan semasa beraktiviti.

Aktiviti-Abselling-di-Lata-Merkor-Stanley-Tan
Aktiviti Abselling di Lata Merkor | Imej oleh: Stanley Tan

Tambahan lagi untuk ke lokasi aktiviti anda akan dibawa menaiki pengangkutan yang disediakan oleh mereka.

Jangan bimbang bagi pemula kerana demonstrasi akan ditunjukkan sebelum anda dilepaskan untuk menuruni cerun air terjun setinggi 15 meter. Dah berjaya sampai ke bawah bolehlah mandi-manda atau menjamu selera!


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | F68F+P6 Gopeng, Perak

Natasya Riverside Resort Gopeng

Natasya-Riverside-Resort-Gopeng-AzWan
Natasya Riverside Resort Gopeng | Imej oleh: AzWan

Apa yang menarik tentang penginapan yang satu ini? Jika anda menginap di sini pada musim buah, anda pasti bertuah kerana dapat menikmati buah-buahan tempatan yang segar dari dusun.

Di sini anda boleh memilih untuk menginap di kabin, chalet atau caravan ala-ala mat salleh.

Natasya-Riverside-Resort-Gopeng-Bahaizil-Nazim-Mohd-Bakar
Natasya Riverside Resort Gopeng | Imej oleh: Bahaizil Nazim Mohd Bakar

Bercerita tentang kemudahannya pula, anda pasti dijamin selesa sepanjang menginap di sini dengan adanya ruang untuk berkelah, mandi-manda di sungai, kelengkapan bersenam dan bermacam aktiviti lasak yang menyeronokkan.

Ia juga menyediakan aktiviti berkumpulan seperti archery, telematch dan treasure hunt.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak

Hup Teck Soy Sauce Factory

Hup-Teck-Soy-Sauce-Factory-Ivy
Hup Teck Soy Sauce Factory | Imej oleh: Ivy

Gopeng bukan sahaja terkenal dengan produk berasaskan gaharu, malah ia mempunyai kicap yang menjadi penambah rasa bagi hidangan Cina di Perak!

Kilang penghasilan kicap yang sudah beroperasi sejak lapan dekad ini menggunakan kaedah tradisional bagi mengekalkan kelazatannya.

Hup-Teck-Soy-Sauce-Factory-Badely-Bakhtiar
Proses penampaian untuk menghasilkan sos kicap Hup Teck | Imej oleh: Badely Bakhtiar

Apabila melawat ke kilang ini anda boleh menyaksikan bagaimana proses penapaian dilakukan oleh mereka.

Menariknya lagi kerana mereka menggunakan botol dan bekas kitar semula yang diikat menggunakan tali rafia sebelum dijual kepada pelanggannya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:00pm | 6, Jln Kampung Rawa, Pekan Gopeng, 31600 Gopeng, Perak

Cadangan Tentatif Percutian di Gopeng Perak

tempat menarik di gopeng

Berikut adalah cadangan tentatif percutian 2 hari 1 malam di Gopeng, Perak:

Hari Pertama di Gopeng

1. Pagi:

  • Bertolak dari tempat asal ke Gopeng.
  • Tiba di Gopeng dan mendaftar masuk di hotel atau homestay yang telah ditempah.
  • Sarapan pagi di kedai makan tempatan seperti Nasi Lemak atau Roti Canai di sekitar bandar Gopeng.

2. Tengah Hari:

  • Mengunjungi Muzium Gopeng untuk mengetahui sejarah dan budaya tempatan.
  • Makan tengah hari di restoran tempatan, mencuba hidangan seperti Laksa Gopeng atau Nasi Kandar.

3. Petang:

  • Menjelajahi Gua Tempurung, salah satu gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia. Sertai lawatan berpandu untuk pengalaman yang lebih mendalam.
  • Aktiviti lasak seperti water rafting di Sungai Kampar atau meneroka hutan di sekitar Gopeng.

4. Malam:

  • Makan malam di restoran yang menyajikan makanan tempatan atau barbeku di tepi sungai.
  • Bersantai di hotel atau homestay, menikmati pemandangan malam di Gopeng.

Hari Kedua di Gopeng

1. Pagi:

  • Sarapan pagi di hotel atau kedai makan tempatan.
  • Mengunjungi Hutan Lipur Ulu Geroh, menikmati keindahan alam semula jadi dan melihat Rafflesia, bunga terbesar di dunia jika bernasib baik.
  • Aktiviti flying fox atau abseiling di My Gopeng Resort.

2. Tengah Hari:

  • Makan tengah hari di restoran tempatan.
  • Meneruskan lawatan ke Kampung Orang Asli di sekitar Gopeng untuk melihat cara hidup tradisional masyarakat tempatan.

3. Petang:

  • Membeli-belah cenderamata di sekitar bandar Gopeng.
  • Bersiap untuk pulang ke tempat asal.

Dengan jadual ini, anda akan dapat menikmati pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di Gopeng dalam tempoh 2 hari 1 malam.

Tags: chalet di gopengresort menarik di gopengresort tepi sungai di gopeng
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-ipoh-perak
Pakej Perak

70 Aktiviti Tempat Menarik di Ipoh Perak Popular

  Apakah tempat paling menarik di Ipoh, Perak yang paling ramai dikunjungi pelancong? Bila bercerita tentang kopi, sudah pasti orang...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
39.8k
Pakej Perak

22 Aktiviti Tempat Menarik di Lumut Perak Terkini

  Apakah sebenarnya yang menarik di Lumut Perak ini? Selain menjadi pengkalan tentera laut Malaysia ada apa aktiviti yang boleh...

Oleh: Hadi Ghazali
11 Mei, 2026
50k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my