Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Indonesia

11 Tempat Menarik di Sukabumi Indonesia

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
23 Ogos, 2024
Kategori: Indonesia, Pakej Jakarta
Masa Bacaan: 3 mins read
3.6k 189
A A
0
tempat-menarik-di-sukabumi
3.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Kenapa ramai orang bercerita tentang destinasi percutian Sukabumi? Apakah tempat menarik di Sukabumi yang popular?

Sukabumi adalah sebuah kota di provinsi Jawa Barat Indonesia. Ia terletak kira-kira 100 kilometer di selatan Jakarta dan merupakan ibu kota Kabupaten Sukabumi.

Bandar ini terkenal dengan keindahan semula jadinya, dengan sejumlah air terjun, mata air panas dan rizab semula jadi di kawasan sekitar. Istana Cipanas, kediaman rasmi Presiden Indonesia, juga terletak di Sukabumi.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Bandar ini merupakan destinasi pelancongan yang popular, dengan beberapa hotel, restoran dan kemudahan lain yang memenuhi keperluan pengunjung. Terdapat banyak aktiviti luar untuk dinikmati di Sukabumi, seperti mendaki, berakit, dan memerhati burung.

Bandar ini juga menempatkan beberapa tapak budaya dan bersejarah, termasuk Masjid Agung Sukabumi, Kubu Belanda di Cipanas, dan Gua Seribu Buddha.

Sodong-falls-in-Sukabumi
Air Terjun Sodong
  • Lihat Penginapan Terbaik di Sukabumi
  • Lihat Aktiviti Menarik di Sukabumi
  • Lihat Peta Percutian di Sukabumi

Pin

  • 1 SantaSea Waterpark Sukabumi
  • 2 Situ Gunung Suspension Bridge
  • 3 Masjid Agung Kota Sukabumi
  • 4 Curug Cimarinjung
  • 5 Hot Water Bathing Cikundul Tirta Daya Budi
  • 6 Kawah Ratu
  • 7 Pelabuhan Ratu
  • 8 Kampung Adat Ciptagelar
  • 9 Bukit Karang Para
  • 10 Muzium Prabu Siliwangi
  • 11 Gua Buniayu
Jom kita lihat 10 aktiviti menarik di Sukabumi.


SantaSea Waterpark Sukabumi

SantaSea-Waterpark-Sukabumi
SantaSea Waterpark Sukabumi

Taman tema air yang pertama beroperasi di Sukabumi ini menawarkan keriangan yang tiada tandingannya buat anda sekeluarga.

Taman tema yang berkonsepkan Pirates Adventure ini mempunyai tarikan seperti Racing Slide setinggi 20 meter, Perang Bantal, Kolam Buih, Niagara Falls, Neverland, American Cowboy, Amazon River dan Caribbean Ocean yang bakal menguji kelajuan adrenalin anda.

Kemeriahan-SantaSea-Waterpark-Sukabumi
Kemeriahan SantaSea Waterpark Sukabumi

Menariknya lagi mereka turut mempunyai tarikan Japanase Hot Spring yang menggunakan konsep tradisional Jepun.


  • Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:00am -4:00pm | Jl. Lio Santa, Gedongpanjang, Kec. Citamiang, Kota Sukabumi, Jawa Barat 43144, Indonesia

Situ Gunung Suspension Bridge

Situ-Gunung-Suspension-Bridge
Situ Gunung Suspension Bridge

Situ Gunung yang berlatar belakang alam semulajadi ini merupakan destinasi pelancongan yang begitu terkenal, rata-rata pengunjung ke Sukabumi pasti menjadikannya sebagai destinasi wajib.

Di sini terdapat jambatan gantung, danau, tapak perkhemahan dan banyak lagi.

Situ-Gunung-Waterfall-Charles-Kie
Situ Gunung Waterfall | Imej oleh: Charles Kie

Dikatakan jambatan gantungnya merupakan yang terpanjang berada di tengah hutan di Asia Tenggara!

Jambatan ini membawa anda ke lokasi Curug Sawer dan Danau Situ Gunung. Anda juga boleh melakukan aktiviti flying fox atau mengayuh perahu sampan di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 4:00pm | Jl. Kadudampit, Gede Pangrango, Kec. Kadudampit, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat 43153, Indonesia

Masjid Agung Kota Sukabumi

Masjid-Agung-Kota-Sukabumi-Dfs-Rrei
Masjid Agung Kota Sukabumi | Imej oleh: Dfs Rrei

Masjid yang beroperasi sejak tahun 1935 ini pernah menjadi tempat berkumpul para pejuang untuk berlatih dan merancang strategi melawan musuh.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Anda boleh melihat kubah berkonsepkan Timur Tengah serta 99 kaligrafi Asmaul Husna yang menghiasi tiang utamanya.

Masjid-Agung-Kota-Sukabumi-Bezghy-Nur
Masjid Agung Kota Sukabumi | Imej oleh: Bezghy Nur

Masjid tertua dan terbesar di Sukabumi ini pernah mengalami perubahan senibina sebanyak 6 kali bermula tahun 1900 hingga 2012.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Alun-Alun Utara No.4b, Gunungparang, Kec. Cikole, Kota Sukabumi, Jawa Barat 43111, Indonesia

Curug Cimarinjung

Curug-Cimarinjung-Ziad
Curug Cimarinjung | Imej oleh: Ziad

Curug Cimarinjung adalah kawasan air terjun dengan ketinggian kira-kira 50 meter yang terletak di Kabupaten Sukabumi.

Lokasi ini terkenal kerana panoramanya yang menggagumkan iaitu aliran air terjun di tebing batuan tinggi yang dikelilingi kawasan hutan hijau serta hamparan sawah padi.

Curug-Cimarinjung-Avid-Candra
Curug Cimarinjung | Imej oleh: Avid Candra

Untuk tiba ke kaki air terjun anda perlu berjalan melewati kawasan sawah padi seterusnya memasuki kawasan hutan.

Panorama air terjun ini seakan-akan filem Jurassic Park! Lokasi air terjun lain adalah Curug Puncak Manik, Curug Awang, Curug Sodong, Curug Cikaso dan Curug Caweni.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Cimarinjung No.2, Ciwaru, Kec. Ciemas, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat 43177, Indonesia

Hot Water Bathing Cikundul Tirta Daya Budi

Hot-Water-Bathing-Cikundul-Tirta-Daya-Budi-Irwan-Muchtar
Hot Water Bathing Cikundul Tirta Daya Budi | Imej oleh: Irwan Muchtar

Jika anda ingin menikmati kehangatan air panas semulajadi, Kolam Air Panas Cikundul merupakan pilihan yang terbaik. Lokasi yang berkonsepkan open-space ini begitu sesuai untuk anda kunjungi bersama-sama ahli keluarga.

Terdapat dua buah kolam air panas yang menawarkan tahap kepanasan yang berbeza buat anda.

Hot-Water-Bathing-Cikundul-Tirta-Daya-Budi-Muhamad-Muhtar
Hot Water Bathing Cikundul Tirta Daya Budi | Imej oleh: Muhamad Muhtar

Kolam air panas yang dibuka sejak tahun 1990 ini terletak di tepi Sungai Cimandiri dan turut mempunyai tapak perkhemahan.

Anda juga boleh ke Kolam Air Panas Cisolok yang terletak di Perlabuhan Batu atau Kolam Air Panas Santa yang berkonsepkan ala Thailand.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 11:55pm | 2WF6+MXP, Cikundul, Lembursitu, Sukabumi City, West Java 43168, Indonesia

Kawah Ratu

Kawah-Ratu-Pelari-Gunung
Kawah Ratu | Imej oleh: Pelari Gunung

Kawah Ratu yang berada di kawasan Taman Nasional Halimun ini merupakan bekas letusan Gunung Salak yang berlaku pada tahun 1938 dan membentuk kawah seluas 2 hektar.

Sehingga kini kawah tersebut mengeluarkan air dan wap panas serta gas belerang.

Pemandangan-ke-Kawah-Ratu-Hasan-Sadiq-Syahab
Pemandangan ke Kawah Ratu | Imej oleh: Hasan Sadiq Syahab

Bagi penggemar aktiviti lasak anda boleh mendaki mengikut beberapa pilihan laluan untuk ke lokasi ini.

Majoriti pengunjung yang tiba di Kawah Ratu tidak melepaskan peluang untuk mengenakan masker belerang di Sungai Cikuluwung kerana dikatakan dapat merawat kulit!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Sukamaju, Kadudampit, Sukabumi Regency, West Java, Indonesia

Pelabuhan Ratu

Pantai-Pelabuhan-Batu-Gunawan-Satyakusuma
Pantai Pelabuhan Batu | Imej oleh: Gunawan Satyakusuma

Pelabuhan Ratu adalah sebuah wilayah yang kaya dengan tarikan pelancongan di tepi pantai. Bagi menikmati suasana pantai anda boleh berkunjung ke beberapa buah pantai yang popular.

Antaranya Pantai Citepus yang berombak besar di pinggir Jalan Raya Cisolok.

Kawasan-Pantai-Pelabuhan-Ratu-Adam-Praja
Kawasan Pantai Pelabuhan Ratu | Imej oleh: Adam Praja

Seterusnya, Pantai Karang Hawu yang mempunyai sebuah karang berlubang seperti bentuk tungku (alat memasak tradisional).

Manakala Pantai Cimaja pula terkenal sebagai lokasi surfing yang memiliki ombak setinggi 3 hingga 4 meter. Pantai Pangumbahan, Pantai Batu Naga dan Pantai Cicaladi turut menjadi pilihan para pelancong.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kecamatan, Pelabuhanratu, Kec. Pelabuhanratu, Kota Palabuhanratu, Jawa Barat, Indonesia

Kampung Adat Ciptagelar

Kasepuhan-Ciptagelar
Kasepuhan Ciptagelar

Kampung Adat Ciptagelar menawarkan adat tradisi orang Sunda mereka sebagai tarikan buat pelancong.

Kampung yang terletak di kaki Gunung Halimun ini mempunyai beberapa peraturan untuk anda patuhi seperti perlu meminta izin sesepuh Kampung Adat Ciptagelar untuk masuk, kaum lelaki perlu memakai ikat khusus di kepala, kaum wanita harus memakai samping, bersalam dengan salaman khas serta memberitahu tujuan anda berkunjung ke sini.

Penginapan-di-Kasepuhan-Ciptagelar-Dian-Novia-Pangestika
Penginapan di Kasepuhan Ciptagelar | Imej oleh: Dian Novia Pangestika

Di sini anda boleh mengetahui tentang ketahanan pangan, sistem teknologi tersendiri dan senibina bangunan mereka.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Sirnaresmi, Cisolok, Sukabumi Regency, West Java 43366, Indonesia

Bukit Karang Para

Karang-Para-Aza-Thea
Karang Para | Imej oleh: Aza Thea

Bukit Karang Para yang boleh diakses menggunakan kenderaan ini merupakan lokasi yang bersuhu dingin dan menawarkan lokasi yang cantik untuk anda bergambar.

Bukit-Karang-Para-Vidi-Jensen
Bukit Karang Para | Imej oleh: Vidi Jensen

Antara spot bergambar yang disediakan adalah basikal gantung, sejadah terbang, bentuk bulan, karang hiu, jambatan cinta serta belon udara.

Destinasi yang dibuka 24 jam ini turut menyediakan kemudahan seperti surau, tandas serta warung makanan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2VV9+M93, Kebonmanggu, Kecamatan Gunungguruh, Kebonmanggu, Kec. Gn. Guruh, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat 43156, Indonesia

Muzium Prabu Siliwangi

Museum-Islam-Prabu-Siliwangi
Museum Islam Prabu Siliwangi

Muzium Prabu Siliwangi yang dibina oleh keturunan ke-15 daripada Prabu Siliwangi ini mempunyai koleksi besar dari KH Fajar Laksana.

Antaranya naskhah dan kitab kuno sebanyak 79 buah, senjata dan pusaka sebanyak 97 buah.

Galeri-Museum-Islam-Prabu-Siliwangi
Galeri Muzium Islam Prabu Siliwangi

Ruang kebudayaannya pula menyajikan ngagotong lisung, pencak silat, cambuk, boles atau permainan bola api yang unik.

Keistimewaan muzium ini kerana turut menyimpan rambut milik Nabi Muhammad SAW yang dipamerkan di dalam botol kaca.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 8:00pm | Ponpes Dzikir Al Fath, Jl. Merbabu Perum Gading Kencana Asri, Komplek, Kelurahan Karangtengah, Kec. Gunungpuyuh, Kota Sukabumi, Jawa Barat 43121, Indonesia

Gua Buniayu

Gua-Buniayu-Raynardthan-Pontoh
Gua Buniayu | Imej oleh: Raynardthan Pontoh

Gua Buniayu yang membawa maksud kecantikan tersembunyi ini terletak di Desa Cipicung dengan keluasan 10 hektar.

Pambentukan batuan di sini cukup unik seperti stalaktit, stalagmit, flow stone, fosil haiwan laut dan lain-lain.

Gua-Buniayu-hasan-sadiq-syahab
Gua Buniayu | Imej oleh: Hasan Sadiq Syahab

Terdapat tiga kategori zon mengikut tahap kecerahan cahaya iaitu Zon Terang, Zon Senja dan Zon Kegelapan Abadi.

Anda bakal menemui speseis kelawar, kalajengking, cengkerik dan udang purba. Untuk kesini anda perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental dan semestinya tidak panik apabila di ruang gelap yang sempit!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | XW74+9HP, Cipicung, Kerta Angsana, Nyalindung, Cimerang, Kec. Purabaya, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat 43187, Indonesia

Bersambung…

Tags: air terjun sukabumihotel sukabumipantai sukabumiresort sukabumi
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-bali
Pakej Bali

60 Aktiviti Tempat Menarik Di Bali Indonesia Popular

Merancang percutian ke "Pulau Dewata" tetapi keliru mahu mula dari mana? Pasti tertanya-tanya apakah aktiviti dan tempat menarik di Bali...

Oleh: Hadi Ghazali
15 Julai, 2026
35.4k
Percutian-ke-Yogyakarta
Pakej Yogyakarta

Percutian Ke Yogyakarta: 10 Perkara Menarik Boleh Dilakukan

  Percutian ke Yogyakarta: anda pernah dengar mengenai Yogyakarta? Apa bezanya dengan Jogjakarta? Kedua-duanya merujuk kepada tempat yang sama di...

Oleh: Hadi Ghazali
6 Julai, 2026
2.6k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my