Kenapa ramai orang bercerita tentang destinasi percutian Sukabumi? Apakah tempat menarik di Sukabumi yang popular?
Sukabumi adalah sebuah kota di provinsi Jawa Barat Indonesia. Ia terletak kira-kira 100 kilometer di selatan Jakarta dan merupakan ibu kota Kabupaten Sukabumi.
Bandar ini terkenal dengan keindahan semula jadinya, dengan sejumlah air terjun, mata air panas dan rizab semula jadi di kawasan sekitar. Istana Cipanas, kediaman rasmi Presiden Indonesia, juga terletak di Sukabumi.
Bandar ini merupakan destinasi pelancongan yang popular, dengan beberapa hotel, restoran dan kemudahan lain yang memenuhi keperluan pengunjung. Terdapat banyak aktiviti luar untuk dinikmati di Sukabumi, seperti mendaki, berakit, dan memerhati burung.
Bandar ini juga menempatkan beberapa tapak budaya dan bersejarah, termasuk Masjid Agung Sukabumi, Kubu Belanda di Cipanas, dan Gua Seribu Buddha.

- Lihat Penginapan Terbaik di Sukabumi
- Lihat Aktiviti Menarik di Sukabumi
- Lihat Peta Percutian di Sukabumi
Jom kita lihat 10 aktiviti menarik di Sukabumi.
SantaSea Waterpark Sukabumi

Taman tema air yang pertama beroperasi di Sukabumi ini menawarkan keriangan yang tiada tandingannya buat anda sekeluarga.
Taman tema yang berkonsepkan Pirates Adventure ini mempunyai tarikan seperti Racing Slide setinggi 20 meter, Perang Bantal, Kolam Buih, Niagara Falls, Neverland, American Cowboy, Amazon River dan Caribbean Ocean yang bakal menguji kelajuan adrenalin anda.

Menariknya lagi mereka turut mempunyai tarikan Japanase Hot Spring yang menggunakan konsep tradisional Jepun.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:00am -4:00pm | Jl. Lio Santa, Gedongpanjang, Kec. Citamiang, Kota Sukabumi, Jawa Barat 43144, Indonesia
Situ Gunung Suspension Bridge

Situ Gunung yang berlatar belakang alam semulajadi ini merupakan destinasi pelancongan yang begitu terkenal, rata-rata pengunjung ke Sukabumi pasti menjadikannya sebagai destinasi wajib.
Di sini terdapat jambatan gantung, danau, tapak perkhemahan dan banyak lagi.

Dikatakan jambatan gantungnya merupakan yang terpanjang berada di tengah hutan di Asia Tenggara!
Jambatan ini membawa anda ke lokasi Curug Sawer dan Danau Situ Gunung. Anda juga boleh melakukan aktiviti flying fox atau mengayuh perahu sampan di sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7:00am – 4:00pm | Jl. Kadudampit, Gede Pangrango, Kec. Kadudampit, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat 43153, Indonesia
Masjid Agung Kota Sukabumi

Masjid yang beroperasi sejak tahun 1935 ini pernah menjadi tempat berkumpul para pejuang untuk berlatih dan merancang strategi melawan musuh.
Anda boleh melihat kubah berkonsepkan Timur Tengah serta 99 kaligrafi Asmaul Husna yang menghiasi tiang utamanya.

Masjid tertua dan terbesar di Sukabumi ini pernah mengalami perubahan senibina sebanyak 6 kali bermula tahun 1900 hingga 2012.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Alun-Alun Utara No.4b, Gunungparang, Kec. Cikole, Kota Sukabumi, Jawa Barat 43111, Indonesia
Curug Cimarinjung

Curug Cimarinjung adalah kawasan air terjun dengan ketinggian kira-kira 50 meter yang terletak di Kabupaten Sukabumi.
Lokasi ini terkenal kerana panoramanya yang menggagumkan iaitu aliran air terjun di tebing batuan tinggi yang dikelilingi kawasan hutan hijau serta hamparan sawah padi.

Untuk tiba ke kaki air terjun anda perlu berjalan melewati kawasan sawah padi seterusnya memasuki kawasan hutan.
Panorama air terjun ini seakan-akan filem Jurassic Park! Lokasi air terjun lain adalah Curug Puncak Manik, Curug Awang, Curug Sodong, Curug Cikaso dan Curug Caweni.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Cimarinjung No.2, Ciwaru, Kec. Ciemas, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat 43177, Indonesia
Hot Water Bathing Cikundul Tirta Daya Budi

Jika anda ingin menikmati kehangatan air panas semulajadi, Kolam Air Panas Cikundul merupakan pilihan yang terbaik. Lokasi yang berkonsepkan open-space ini begitu sesuai untuk anda kunjungi bersama-sama ahli keluarga.
Terdapat dua buah kolam air panas yang menawarkan tahap kepanasan yang berbeza buat anda.

Kolam air panas yang dibuka sejak tahun 1990 ini terletak di tepi Sungai Cimandiri dan turut mempunyai tapak perkhemahan.
Anda juga boleh ke Kolam Air Panas Cisolok yang terletak di Perlabuhan Batu atau Kolam Air Panas Santa yang berkonsepkan ala Thailand.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 11:55pm | 2WF6+MXP, Cikundul, Lembursitu, Sukabumi City, West Java 43168, Indonesia
Kawah Ratu

Kawah Ratu yang berada di kawasan Taman Nasional Halimun ini merupakan bekas letusan Gunung Salak yang berlaku pada tahun 1938 dan membentuk kawah seluas 2 hektar.
Sehingga kini kawah tersebut mengeluarkan air dan wap panas serta gas belerang.

Bagi penggemar aktiviti lasak anda boleh mendaki mengikut beberapa pilihan laluan untuk ke lokasi ini.
Majoriti pengunjung yang tiba di Kawah Ratu tidak melepaskan peluang untuk mengenakan masker belerang di Sungai Cikuluwung kerana dikatakan dapat merawat kulit!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Sukamaju, Kadudampit, Sukabumi Regency, West Java, Indonesia
Pelabuhan Ratu

Pelabuhan Ratu adalah sebuah wilayah yang kaya dengan tarikan pelancongan di tepi pantai. Bagi menikmati suasana pantai anda boleh berkunjung ke beberapa buah pantai yang popular.
Antaranya Pantai Citepus yang berombak besar di pinggir Jalan Raya Cisolok.

Seterusnya, Pantai Karang Hawu yang mempunyai sebuah karang berlubang seperti bentuk tungku (alat memasak tradisional).
Manakala Pantai Cimaja pula terkenal sebagai lokasi surfing yang memiliki ombak setinggi 3 hingga 4 meter. Pantai Pangumbahan, Pantai Batu Naga dan Pantai Cicaladi turut menjadi pilihan para pelancong.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kecamatan, Pelabuhanratu, Kec. Pelabuhanratu, Kota Palabuhanratu, Jawa Barat, Indonesia
Kampung Adat Ciptagelar

Kampung Adat Ciptagelar menawarkan adat tradisi orang Sunda mereka sebagai tarikan buat pelancong.
Kampung yang terletak di kaki Gunung Halimun ini mempunyai beberapa peraturan untuk anda patuhi seperti perlu meminta izin sesepuh Kampung Adat Ciptagelar untuk masuk, kaum lelaki perlu memakai ikat khusus di kepala, kaum wanita harus memakai samping, bersalam dengan salaman khas serta memberitahu tujuan anda berkunjung ke sini.

Di sini anda boleh mengetahui tentang ketahanan pangan, sistem teknologi tersendiri dan senibina bangunan mereka.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Sirnaresmi, Cisolok, Sukabumi Regency, West Java 43366, Indonesia
Bukit Karang Para

Bukit Karang Para yang boleh diakses menggunakan kenderaan ini merupakan lokasi yang bersuhu dingin dan menawarkan lokasi yang cantik untuk anda bergambar.

Antara spot bergambar yang disediakan adalah basikal gantung, sejadah terbang, bentuk bulan, karang hiu, jambatan cinta serta belon udara.
Destinasi yang dibuka 24 jam ini turut menyediakan kemudahan seperti surau, tandas serta warung makanan.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2VV9+M93, Kebonmanggu, Kecamatan Gunungguruh, Kebonmanggu, Kec. Gn. Guruh, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat 43156, Indonesia
Muzium Prabu Siliwangi

Muzium Prabu Siliwangi yang dibina oleh keturunan ke-15 daripada Prabu Siliwangi ini mempunyai koleksi besar dari KH Fajar Laksana.
Antaranya naskhah dan kitab kuno sebanyak 79 buah, senjata dan pusaka sebanyak 97 buah.

Ruang kebudayaannya pula menyajikan ngagotong lisung, pencak silat, cambuk, boles atau permainan bola api yang unik.
Keistimewaan muzium ini kerana turut menyimpan rambut milik Nabi Muhammad SAW yang dipamerkan di dalam botol kaca.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 8:00pm | Ponpes Dzikir Al Fath, Jl. Merbabu Perum Gading Kencana Asri, Komplek, Kelurahan Karangtengah, Kec. Gunungpuyuh, Kota Sukabumi, Jawa Barat 43121, Indonesia
Gua Buniayu

Gua Buniayu yang membawa maksud kecantikan tersembunyi ini terletak di Desa Cipicung dengan keluasan 10 hektar.
Pambentukan batuan di sini cukup unik seperti stalaktit, stalagmit, flow stone, fosil haiwan laut dan lain-lain.

Terdapat tiga kategori zon mengikut tahap kecerahan cahaya iaitu Zon Terang, Zon Senja dan Zon Kegelapan Abadi.
Anda bakal menemui speseis kelawar, kalajengking, cengkerik dan udang purba. Untuk kesini anda perlu mempunyai kekuatan fizikal dan mental dan semestinya tidak panik apabila di ruang gelap yang sempit!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | XW74+9HP, Cipicung, Kerta Angsana, Nyalindung, Cimerang, Kec. Purabaya, Kabupaten Sukabumi, Jawa Barat 43187, Indonesia
Bersambung…