Apakah tempat menarik di Nilai, Negeri Sembilan yang boleh dikunjungi?
Nilai adalah destinasi percutian yang menarik dengan pelbagai tarikan yang unik.
Terkenal sebagai pusat membeli-belah utama, Nilai 3 Wholesale Centre menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, fabrik, aksesori, dan perabot pada harga yang berpatutan, menjadikannya syurga membeli-belah bagi pelancong.
Selain itu, Nilai turut mempunyai tempat-tempat menarik seperti Masjid Dato’ Klana Petra Putra dengan seni bina Islam yang indah dan suasana tenang untuk pengunjung beribadah serta berehat.
Bagi peminat alam semula jadi, Taman Rekreasi Ulu Bendul yang terletak tidak jauh dari Nilai adalah pilihan ideal untuk aktiviti riadah seperti berkelah, mandi-manda, dan mendaki.
Nilai juga terkenal dengan pelbagai pilihan tempat makan yang menyajikan hidangan tradisional Negeri Sembilan seperti masak lemak cili api.
Keunikan budaya dan kehijauan semula jadi menjadikan Nilai destinasi percutian yang sesuai untuk mereka yang ingin bersantai dan menikmati pengalaman yang pelbagai, dari membeli-belah hingga menikmati keindahan alam.

Jom lihat 10 tempat menarik di Nilai yang wajib anda lawati.
Dataran Nilai

Dataran Nilai adalah tarikan yang ikonik di Nilai ini dengan menyediakan beberapa tarikan buat pelancong.
Dataran Nilai yang turut menjadi tumpuan warga tempatan ini mempunyai menara jam, taman permainan kanak-kanak, padang bola, bangunan kraftangan, mini amphiteater dan sebagainya.
Dataran ini begitu meriah ketika terdapat perlawanan bola sepak di mana terdapat tayangan skrin besar dan menarik ramai pengunjung untuk datang memeriahkan suasana.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Persiaran Negeri Bbn, Putra Point, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Bukit Melati

Bukit Melati terkenal dengan aktiviti mendaki dalam kalangan penduduk setempat, jika anda ingin menikmati suasana hutan bolehlah merancang aktiviti pendakian di bukit ini.
Dengan jarak sekitar 5 kilometer daripada Bandar Nilai anda boleh tiba ke destinasi mendaki ini.
Bukit Melati yang berketinggian 350 meter ini begitu sesuai untuk pemula yang ingin berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki, tambahan lagi trek laluannya yang santai pasti memudahkan pendakian anda.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jln BBN 11/4, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Masjid Sri Sendayan
Masjid Sri Sendayan begitu terkenal dengan keindahan senibinanya, maka tidak hairanlah jika masjid ini digelar sebagai Taj Mahal, Masjid Nabawi dan Masjid Kerajaan Uthmaniyah.
Ia merupakan masjid yang terbesar di Negeri Sembilan yang boleh memuatkan 5,000 jemaah dalam satu masa.
Masjid yang terdiri daripada tiga dewan solat ini tidak pernah sunyi dengan kunjungan warga setempat dan pelancong luar yang datang untuk beribadah terutamanya pada bulan Ramadhan di mana orang ramai akan memenuhi ruang luar masjid untuk berbuka puasa.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 5:30am- 10:00am | Persiaran Idaman Villa, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan
Nilai 3

Nilai 3 sememangnya terkenal sebagai syurga membeli-belah buat kaum wanita, rata-rata yang datang ke Nilai pasti akan singgah cuci mata di sini.
Nilai 3 menempatkan deretan bangunan yang menawarkan barangan seperti karpet, langsir, perabot kayu jati, pakaian, barangan pengantin, cermin hiasan, aksesori kereta dan banyak lagi.
Jadi tidak hairanlah jika destinasi ini sesak dengan orang ramai menjelang hujung minggu, cuti am dan musim perayaan.
Selain itu, anda boleh singgah membeli-belah di Nilai Square.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | 231, Jalan Nilai 3/8, Nilai 3, Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, 71800
Taman Awam Nilai

Dah penat berjalan di Nilai 3, bolehlah bawa anak-anak anda bersantai di Taman Awam Nilai yang seluas 4 hektar.
Taman rekreasi ini dilengkapi dengan trek jogging sepanjang 1 kilometer, taman permainan kanak-kanak, peralatan sukan dan padang bola.
Di sini turut dihiasi dengan mural batu granit yang menunjukkan info enam orang Perdana Menteri Malaysia. Anda juga boleh ke Taman Tasik Ujana Nilai Impian untuk beriadah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Hutan Lipur Lenggeng

Di Nilai anda juga boleh menikmati tarikan berunsurkan alam semulajadi, di mana Hutan Lipur Lenggeng menawarkan jeram dan kolam kecil semulajadi yang cukup menyegarkan untuk anda mandi-manda.
Selain itu anda boleh meluangkan masa untuk berkelah, berkhemah dan menikmati keindahan hutan di sini.
Hutan lipur ini dilengkapi dengan tempat letak kenderaan, surau, tandas dan ruang rehat.
- Lihat Peta | 71750 Lenggeng, Negeri Sembilan
Aunty Aini’s Garden Cafe

Keenakkan makanan yang dihidangkan di Aunty Aini’s Garden Cafe ini tidak dapat disangkalkan lagi apabila kafe ini pernah menerima kunjungan chef ternama dunia seperti Anthony Bourdain dan Gordon Ramsay.
Dikatakan Gordon Ramsay turut mendapatkan resepi masakan daripada Aunty Aini!
Di kafe ini anda boleh mencuba menu paling popular iaitu ikan jenahak tempoyak dan rendang.
Selain itu anda boleh menikmati hidangan sayur atau kerabu yang di tanam di kebun sayur Aunty Aini.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:30am – 9:00pm | Batu 16, Kampung Chelet, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Gulai Omak Den

Negeri Sembilan yang turut digelar sebagai negeri masak lemak ini pasti mempunyai pelbagai pilihan restoran yang menyajikan hidangan masak lemak cili api.
Warung Gulai Omak Den merupakan antara kedai makan yang anda boleh kunjungi untuk menikmati hidangan masak lemak seperti gulai daging salai, gulai ayam kampung, gulai nenas ikan masin dan banyak lagi.
Kedai ini terletak di Kampung Felda Lbj dan beroperasi pada jam 11.30 pagi hingga 4 petang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 11:30am – 4:00pm | Kampung Felda Lbj, 71350 Labu, Negeri Sembilan
Gastro Hub Nilai

Anda mencari destinasi makan yang mewah untuk menikmati hidangan bersama yang tersayang?
Jom ke Restoran Gastro Hub Nilai yang mempunyai hiasan dalaman yang cukup menarik dengan 3 ruang makan berbeza.

Kafe kaca ini menyajikan variasi hidangan asia, makanan barat, pasta, pencuci mulut dan sebagainya.
Rata-rata pengunjung yang menikmati hidangan di sini berpuas hati dengan rasa dan servis mereka, malah ada yang datang berkali-kali untuk menikmati hidangan yang cukup menyelerakan!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 10:00pm | Persiaran Korporat, Bandar Baru Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Nilai Springs Golf & Country Club

Bagi yang berminat untuk mencuba permainan golf, anda boleh ke Nilai Springs Golf & Country Club yang beroperasi 24 jam!
Anda boleh menginap di sini untuk menikmati pelbagai fasiliti dan tarikan yang disediakan.
Antaranya anda boleh mandi-manda di kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.
Selain itu anda boleh menikmati hidangan mewah di Springs Cafe, Golfer’s Terrace dan Azuma Speciality Restaurant yang mempunyai ruang makan privasi.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | PT4770, Nilai Springs Putra Nilai, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Bersambung…




