Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Terengganu

Panduan Aktiviti Menarik di Pulau Kapas

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
24 Februari, 2026
Kategori: Pakej Terengganu
Masa Bacaan: 2 mins read
1.1k 21
A A
3
40.1k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Pulau Kapas yang sangat menarik, namanya seindah maksudnya membawakan anda desiran pantai memutih dek kapas. Adakah berbaloi bercuti di Pulau Kapas?

Pulau Kapas adalah tempat persembunyian suasana tropika yang santai hanya beberapa kilometer dari tanah besar Terengganu. Melalui jeti Marang dengan menaiki bot laju anda bakal dikejutkan dengan keindahannya.

Pulau ini bukan sahaja menjadi destinasi pelancong Malaysia, bahkan pelancong asing turut sama datang untuk menikmati percutian pulau yang pencil ini.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Semua pantai dan penginapan terletak di sebelah barat pulau yang menghadap ke tanah besar. Anda boleh melakukan perjalanan singkat ke hutan dengan merentasi bukit rendah di pulau Kapas ke pantai sebelah timur untuk melihat matahari terbit.

Laut biru berwarna pirus ‘turquoise’ di sini mengandungi banyak batu, beberapa tompok karang dan beberapa bangkai kapal.

Pakej-Pulau-Kapas-Terkini

  • Lihat Pakej Percutian Pulau Kapas
  • Lihat Penginapan Terbaik di Pulau Kapas
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Pulau Kapas
  • Lihat Aktiviti Menarik di Pulau Kapas
  • Lihat Peta Percutian di Pulau Kapas

Pin

  • 1 Snorkeling dan Menyelam di Pulau Kapas
  • 2 Berkayak di Pulau Kapas
  • 3 Mendaki Bukit di Pulau Kapas
  • 4 Mandi di dalam Gua Batu Kapas
  • 5 Bersiar-siar di sekitar Pantai Batu Kapas
  • 6 Island Hopping Pulau Kapas
  • 7 Melawat Rumah Api Pulau Kapas
  • 8 Tempat Penginapan di Pulau Kapas
  • 9 Cara ke Pulau Kapas
Apakah aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Pulau Kapas? Mari lihat apa yang ditawarkan:


Snorkeling dan Menyelam di Pulau Kapas

snorkeling-di-pulau-kapas-iqbal-keba
Snorkeling di Pulau Kapas | Imej oleh: Iqbal Keba

Aktiviti snorkelling dan menyelam skuba merupakan aktiviti yang tidak asing lagi apabila anda bercuti di kawasan pulau.

Pulau Kapas ini juga tidak ketinggalan dalam menyediakan kelengkapan untuk anda melakukan aktiviti tersebut.

Aktiviti-Snorkeling-di-Pulau-Kapas
Aktiviti Snorkeling di Pulau Kapas

Setiap pengunjung yang pernah menyelam di sini begitu berpuas hati dengan ribuan ikan dan terumbu karang yang menyapa mereka di dasar laut.

Antara spesies hidupan laut yang anda bakal bertemu adalah belut laut, kerang gergasi, sotong, landak laut, gamat dan banyak lagi.

Tambahan pula, jika bernasib baik anda boleh beramah-mesra dengan penyu!


Berkayak di Pulau Kapas

Aktiviti-Kayak-di-Pulau-Kapas-Thean-Choon-Teik
Aktiviti Kayak di Pulau Kapas | Imej oleh: Thean Choon Teik

Percutian di Pulau Kapas bersama rakan-rakan pasti lebih menyeronokkan apabila anda turut melakukan aktiviti kayak.

Di waktu petang, anda boleh menyewa peralatan untuk berkayak dan mula berkayak di sekitar pulau sambil menikmati pemandangan pantai dan keindahan matahari terbenam.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Untuk lebih mencabar, anda boleh mengadakan pertandingan berkayak dengan rakan-rakan dan pengunjung yang ada.


Mendaki Bukit di Pulau Kapas

Puncak-bukit-Pulau-Kapas-Gideon
Puncak Bukit Singa Pulau Kapas | Imej oleh: Gideon

Jika ke Pulau Kapas anda wajib untuk ke Bukit Singa kerana ia merupakan landmark kepada pulau ini. Ia dikenali Bukit Singa kerana dari sisi bukit ini ia kelihatan seperti kepala singa.

Untuk ke sini anda perlu memakai pakaian yang sesuai kerana perjalanannya yang memerlukan anda untuk mendaki bukit dan kawasan yang berbatu licin.

Laluan-Hiking-Pulau-Kapas-Fed-Wang
Laluan Hiking Pulau Kapas | Imej oleh: Fed Wang

Kebanyakkan pengunjung ke sini untuk menikmati pemandangan Pulau Kapas dan merakamkan gambar yang begitu menakjubkan!

Anda juga boleh mencuba aktiviti jungle tracking di kawasan hutan Pulau Kapas.


Mandi di dalam Gua Batu Kapas

Kawasan-batuan-ke-gua-batu-kapas-Hafiz-Nordin
Kawasan batuan ke gua Pulau Kapas | Imej oleh: Hafiz Nordin

Dah berada di sekitar Bukit Singa, apa kata anda mengajak rakan-rakan untuk mandi-manda di dalam gua yang terletak di belakang Bukit Singa.

Jika anda inginkan kenangan bercuti yang berbeza, lokasi ini wajib dikunjungi!

Kawasannya tidaklah begitu luas, namun kejernihan air laut yang ditambah tengah tempias cahaya matahari bakal menarik perhatian anda untuk meluangkan waktu untuk berendam di sini.


Bersiar-siar di sekitar Pantai Batu Kapas

Pantai-Pulau-Kapas-Kelvin-Goh
Pantai Pulau Kapas | Imej oleh: Kelvin Goh

Di waktu petang semestinya anda inginkan aktiviti yang lebih santai, jadi luangkan masa anda di kawasan tepi pantai.

Anda boleh menyelusuri gigi air atau bersiar-siar di jambatan batu.

Aktiviti santai ini bukan sahaja dapat menjamu mata dengan keindahan laut malah dapat memberi kelegaan buat anda yang sudah penat menyelam atau mendaki bukit.

Jika membawa anak-anak, ini merupakan waktu terbaik untuk melepaskan mereka meneroka pasir pantai yang dipenuhi dengan pelbagai cangkerang.


Island Hopping Pulau Kapas

Pulau-sebelah-Pulau-Kapas-Tebu-Zak
Pulau lain boleh dilihat dari Pulau Kapas | Imej oleh: Tebu Zak

Selain itu anda boleh mendapatkan perkhidmatan bot untuk melakukan aktiviti island hoping.

Bagi aktiviti ini anda bakal dibawa ke destinasi shark point iaitu lokasi yang mempunyai ikan jerung yang banyak, melihat kawasan tebing yang berbentuk hati dan melawat gua kelawar.

Walaupun destinasi untuk island hoping ini tidak begitu banyak, tetapi ia cukup untuk membuat anda terpesona dengan keajaiban alam ini.

Anda juga berpeluang untuk menyaksikan panorama Pulau Gemia yang dikenali sebagai pulau mewah di Kuala Terengganu.


Melawat Rumah Api Pulau Kapas

Kawasan-Pemandangan-Rumah-Pulau-Kapas-Fed-Wang
Kawasan Pemandangan Rumah Pulau Kapas | Imej oleh: Fed Wang

Majoriti pengunjung yang bertandang ke pulau begitu teruja dan tidak akan melepaskan peluang untuk menyaksikan fenomena matahari terbit dan matahari terbenam.

Jika di Pulau Kapas, spot yang terbaik untuk aktiviti ini adalah di Rumah Api.

Anda boleh bertanya arah tentang lokasi ini melalui jurupandu pelancong di sana.

Lokasi ini kurang menjadi bualan para pelancong namun ia cukup berbaloi untuk anda ke sana!


Tempat Penginapan di Pulau Kapas

Kapas-Coral-Beach-Resort-Ming-Yen-Cheah
Kapas Coral Beach Resort | Imej oleh: Ming Yen Cheah

Pulau yang berkeluasan kira-kira 2.72 km persegi ini turut menawarkan beberapa chalet penginapan yang begitu selesa untuk anda melepaskan lelah.

Antaranya adalah:

  • Kapas Coral Beach Resort
  • Ombak Kapas Island Beach Resort
  • Kapas Beach Chalets
  • Captain’s Longhouse
  • Kapas Island Resort

dan lain-lain dengan pelbagai pilihan pakej yang menarik. Jika anda ingin merasai pengalaman berkhemah di pulau anda boleh menggunakan pekhidmatan Longsha Campsite.


Cara ke Pulau Kapas

Bot-laju-Pulau-Kapas-Md-Kamal
Bot laju Pulau Kapas | Imej oleh: Md Kamal

Untuk ke Pulau Kapas ini memerlukan anda semua menggunakan perkhidmatan bot di Jeti Marang.

Diingatkan sekali lagi nama jeti tersebut adalah Marang, bimbang jika anda tersalah ke Jeti Merang pula.

tempat-menarik-di-pulau-kapas-Rocio-Hidalgo
Imej oleh: Rocio Hidalgo

Perjalanan daripada jeti ini memakan masa sekitar 20 ke 30 minit untuk anda tiba ke Pulau Kapas.

Jadi bagi mereka yang mabuk laut bolehlah melawat ke pulau ini kerana perjalanannya tidak begitu panjang. Bot disini beroperasi seawal jam 9 pagi sehingga 5 petang.

Bersambung…

Tempat-menarik-di-pulau-kapas-rong-tiam

Tags: pakej pulau kapasresort pulau kapas
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Panduan Bercuti di Tasik Kenyir
Pakej Terengganu

Panduan Bercuti di Tasik Kenyir Resort, Houseboat & Aktiviti Paling Menarik

  Bercadang bercuti di Tasik Kenyir? Mencari Resort di Tasik Kenyir? Kenyir Houseboat? Panduan ini untuk anda. Percutian Tasik Kenyir...

Oleh: Hadi Ghazali
21 April, 2026
39k
Tempat menarik di Kuala Bera
Pakej Terengganu

10 Tempat Menarik di Kuala Berang Berserta Aktiviti Popular

  Ada tempat menarik di Kuala Berang yang boleh dikunjungi? Juga dikenali sebagai "Batu Burok," merupakanibu daerah dan bandar terbesar...

Oleh: Hasrul Wayne
21 April, 2026
8.2k
Selanjutnya

Komen 3

  1. blank Rafizi says:
    + -

    situ ade wifi tak ? atau coverage Celcom/Maxis di sana ok tak ?

    Reply
  2. blank Rozi says:
    + -

    sambil2 tu.. booleh ke memancing di area pulau kapas tu?

    Reply
    • blank Hasrul Wayne says:
      + -

      Ya boleh kena sewa bot pancing En Rozi

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34.4k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.2k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.6k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.5k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.5k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my