Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Indonesia Pakej Medan

7 Tips Bercuti Di Medan Aktiviti Paling Menarik

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
7 Oktober, 2024
Kategori: Pakej Medan
Masa Bacaan: 2 mins read
128 43
A A
4
Tips bercuti di Medan Indonesia
23.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Pernah dengar mengenai Medan atau anda sememangnya sedang bercadang bercuti di Medan?

Jika dibandingkan dari segi populariti, Medan bukanlah diantara destinasi percutian yang paling popular dalam dunia.

Namun, bagi anda yang mencari kecantikan dan keindahan alam semulajadi, Medan merupakan destinasi terbaik buat anda. Dimana sebenarnya terletak Medan ini?

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Medan terletak di negara jiran kita iaitu Indonesia. Ia merupakan antara jajaran yang besar berada di Sumatera.

Medan juga merupakan destinasi yang menawarkan keindahan tropikal dan keunikan flora dan fauna yang sukar untuk anda temukan di tempat lain.

Medan Indonesia

  • Lihat Pakej Percutian Medan Indonesia
  • Lihat Penginapan Terbaik di Medan
  • Lihat Peta Percutian Medan Indonesia

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa perkara menarik yang boleh dilakukan di Medan, Indonesia.


Pelajari Terma Baru: Cakap-Cakap Orang Medan

Melancong ke Medan Indonesia

Di mana-mana sahaja tempat didunia ini, pastinya ada bahasa atau dialek mereka yang tersendiri.

Begitu juga di Medan, dimana terdapat beberapa term yang boleh anda gunakan dan anda perlu tahu bagi memudahkan lagi komunikasi anda dengan penduduk setempat.

Biasanya, jika anda makan di restoran atau di warung jalanan, anda perlu mengetahui term yang berkaitan dengan makanan seperti:

  • Iga-iga = Tulang rusuk lembu
  • Wortel = Lobak merah
  • Kopi hitam = Kopi ‘o’
  • Sirsak = Durian Belanda
  • Alpokat = Avocado
  • Gurami = Ikan talapia

 

Banyak lagi term menarik yang anda boleh pelajari. Cara paling mudah adalah apabila anda berkunjung ke pasar atau kedai makan, ringankanlah mulut untuk bersembang dan bertanya term yang anda tidak berapa faham.


Bercuti di Medan: Hiking di Gunung Sibayak

 Hiking Gunung Sibayak

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Bagi anda yang gemarkan aktiviti lasak, anda boleh luangkan masa disini untuk melakukan aktiviti hiking ke Gunung Sibayak.

Ia terletak sekitar 1 jam 30 minit perjalanan dari bandar. Ia tidaklah terlalu mencabar dan boleh dikategorikan sebagai santai-santai sahaja.

Yang menariknya disini adalah pemandangan matahari terbit dan juga jika anda bernasib baik, anda dapat melihat letusan debu dari Gunung Sinabung dan juga lahar dari puncak Gunung Sibayak.


Nikmati Keindahan Air Terjun

air terjun sipiso piso
Air Terjun Sipiso Piso | Imej: Ronald Tagra

 Di Medan, terdapat dua air terjun yang ramai cadangkan untuk anda berkunjung kerana kedua-duanya mempunyai keunikan mereka yang tersendiri.

Yang pertama adalah Air Terjun Sipiso Piso.

Jika anda berkunjung ke air terjun ini, anda akan berpeluang untuk menikmati kesegaran berada dibawah air terjun dan anda juga akan dapat menikmati keindahan pelangi yang terbentuk dibawah air terjun ini.

Yang kedua adalah Air Terjun Sibolangit. Keunikannya adalah menerusi penghasilan dua warna yang sangat cantik dan memukau kerana dua warna ini menjadikannya kelihatan seperti sebuah kolam kristal yang berwarna biru.


Tasik Hijau Danau Linting

Danau Linting

Pernah dengar mengenai tasik berwarna hijau? Atau anda pernah melihat tasik berwarna hijau?

Terdapat sebuah tasik hijau semulajadi di Medan dimana ia merupakan sebuah lokasi tumpuan buat penduduk setempat dan juga pelancong.

Ia sangat sesuai bagi anda yang inginkan kelainan dalam istirehat petang anda. Tempat ini adalah Danau Linting.


Aktiviti Air di Danau Toba

Aktiviti Air di Danau Toba

Bila bercakap mengenai Danau Toba, ada beberapa perkara yang akan terlintas di fikiran ramai.

Hal ini kerana ia merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sangat popular di Medan. Danau ini merupakan hasil daripada letusan gunung berapi. Sebaik sahaja kawah terbentuk, ia mulai terisi dengan air sehinggalah seperti apa yang dapat kita lihat pada hari ini.

Airnya agak kebiruan dan jernih. Selain itu, yang menambahkan lagi keunikan Danau Toba ini adalah kerana di tengah-tengah danaunya terdapat sebuah pulau iaitu Pulau Samosir.

Disini, anda boleh melakukan aktiviti seperti berenang atau menyewa bot untuk mengelilingi danau ini.


Bercuti di Medan: Pelajari Sejarah Suku Batak

 Pulau Samosir

Ia merujuk kepada aktiviti yang boleh anda lakukan di Pulau Samosir. Seperti yang telah dinyatakan di atas, Pulau Samosir merupakan sebuah pulau yang terletak di tengah-tengah Danau Toba.

Disini, anda boleh temukan berbagai produk asli daripada Suku Batak. Antara barangan yang boleh anda temukan adalah baju adat, aksesori dan juga kain adat tradisional Suku Batak yang dijual di sini.


Segarkan Diri di Lau Sidebuk

 lau sidebuk debuk

Lau Sidebuk merupakan sebuah tempat istirehat air panas yang sangat terkenal di Medan.

Hal ini adalah kerana ia dipercayai dapat menyembuhkan berbagai penyakit sekaligus menarik ramai pengunjung untuk ke sini. Ia turut menjadi tumpuan kerana fasiliti yang ditawarkan disini sangat lengkap dan turut menyediakan hidangan asli Medan.

Sinabung Gundaling
Sinabung Gundaling

Sekian sahaja artikel kali ini berkenaan dengan 7 perkara menarik yang boleh dilakukan di Medan, Indonesia.

Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara menarik yang boleh anda lakukan disini. Namun, apa yang kami kongsikan ini adalah merupakan diantara perkara yang paling anda tidak patut lepaskan apabila berkunjung ke sini.

Bersambung...

Tags: melancong ke medanpercutian medan
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik Di Medan Indonesia
Pakej Medan

20 Tempat Menarik Di Medan Indonesia Yang Paling Popular

  Apakah tempat menarik di Medan yang berbaloi dikunjungi? Seperti yang diketahui umum, Medan merupakan pintu masuk ke seluruh Sumatera...

Oleh: Hadi Ghazali
21 April, 2026
37.4k
Pakej Medan

Melancong Ke Medan:Tarikan Percutian Paling Popular

  Bercadang melancong ke Medan Indonesia? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tempat yang mempunyai tarikan yang...

Oleh: Hadi Ghazali
20 Jun, 2025
28.1k
Selanjutnya

Komen 4

  1. blank Dr. Sam says:
    + -

    Gurame tu ikan kaloi, ikan nila bari tilapia.

    Reply
  2. blank Faridahanna Alias says:
    + -

    salam, melihat kepada itinenary yang ada, ada juga lawatan ke kuil, gereja …mohon utk lawatan tersebut tidak disertakan so that byk masa boleh diperuntukkan utk melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Illahi….

    Reply
    • blank solotraveller says:
      + -

      nama pn cadangan aturcara popular kak. bkn official. haih

    • blank Karuna says:
      + -

      Melancong ke Medan, dokumen apa yang diperlukan sekarang selain dari Passport. Contoh: Wang berapa banyak yang boelh dibawah masuk, sebarang bukti yang menunjukkan sudah ambil ubat/cucuk Covid-19, serta kad putih yang mempunyai segala maklumat kita sebelum sampai di Medan

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.5k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.3k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.8k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.2k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my