Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Indonesia Pakej Medan

Percutian Ke Medan: Melihat Keunikan Sumatra Utara Dari Dekat

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
13 Mei, 2025
Kategori: Pakej Medan
Masa Bacaan: 2 mins read
433 9
A A
0
17.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Percutian ke Medan pasti sangat menyeronokkan. Sebuah bandar yang sedang berkembang, merupakan ibukota Sumatera Utara.

Ianya merupakan hab ekonomi dan pusat perdagangan di rantau ini, menarik penduduk di seluruh Indonesia untuk datang membina perniagaan.

Bagi para pengunjung, Medan adalah pintu masuk ke Sumatera Utara dengan ramai pelancong terbang menuju ke dalam bandar ini dan dari sini meneruskan pengembaraan mereka di Tanah Tinggi Danau Toba atau hutan liar Sumatera.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Medan adalah sebuah metropolis yang sibuk dan luas sehingga anda perlu bersabar dengan bunyi bas mini dan beca yang bersaing dengan teksi dan motorsikal untuk melalui laluan yang sibuk dan panas.

Populasi medan adalah pelbagai dimana penduduk di sini mewakili hampir setiap etnik di Indonesia seperti Batak, Melayu, Jawa, Minang, Aceh, India dan Cina.

Pakej-Percutian-Medan

  • Lihat Pakej Percutian Popular Medan
  • Lihat Penginapan Terbaik di Medan
  • Lihat Peta Percutian Medan Indonesia

Medan Pintu Masuk Ke Sumatera Utara

Tempat memancing di Danau Toba

Pada masa dahulu, medan merupakan satu komuniti perdagangan bagi para pedagang dan peraih, di bawah pimpinan pemimpin-pemimpin Melayu Islam.

Kemudiannya ia berubah apabila Aceh menjajah kawasan ini setelah beberapa tahun berperang di awal kurun ke 17. Pada masa itu, kawasan ini dijadikan medan perang antara dua kerajaan di mana Medan merujuk kepada medan peperangan tadi.

Powerful Sipisu Pisu waterfall in northern Sumatra Indonesia

Sejarah kemodenan kawasan ini bermula sekitar 1860 apabila pelabur luar mengesan potensi tanah gunung berapi yang berada di sini lalu memulakan aktiviti pertanian di sini.

Pada tahun 1985, seorang pengembara Belanda memperkenalkan tembakau di sini, membawa kepada satu perubahan kekayaan baru. Ini membawa kepada kemasukan pelaburan asing dan aliran kapitalis Eropah. Tanaman tembakau, getah, kelapa sawit, sisal dan teh, semuanya ditanam di sini.

Daripada sebuah desa kecil, Medan berkembang menjadi sebuah bandar kolonial yang makmur.

Pada tahun 1886, pihak Belanda menjadikan Medan sebagai ibu negeri Sumatera Utara dan di akhir pemerintahan Belanda, bilangan penduduk telah mencecah kira-kira 80,000 orang.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Selepas kemerdekaan pada tahun 1948, populasi medan meningkat dengan mendadak dan kini ainya adalah bandar ketiga terbesar di Indonesia.

Pada hari ini, kesan daripada aktiviti peladangan pihak kolonial di Medan dapat dilihat daripada seni bina Eropah di bangunan-bangunan besar bandar ini. Medan telah menjadi sebuah bandar campuran sejarah silam dan moden.


Makanan Medan Untuk Dinikmati

masakan-makanan-medan-update

Percutian ke Medan tidak lengkap jika anda tidak mencuba masakan yang enak-enak di Medan.

Seperti sebahagian besar makanan yang terdapat di seluruh Sumatera, makanan di Medan pedas dan berempah. Namun, di kota besar ini, jika anda tidak sukakan makanan pedas, anda masih boleh mencari sesuatu untuk menjamu selera anda.

Dari warung murah di tepi jalan yang menghidangkan makanan tempatan Indonesia, kepada restoran Cina, Jepun dan Korea, Medan penuh dengan kepelbagaian masakan pilihan.

Di jalan utama Jalan Jenderal Ahmad yani, anda boleh menikmati biskut gaya Durth di Café Tip Top sambil melihat aktiviti penduduk di Medan di sekitar.

Salah satu keistimewaan Medan adalah penjaja kaki lima yang menawarkan pelbagai jenis masakan tradisional.

Percutian-Ke-Medan-motomoto
Imej oleh: motomoto

Meskipun tidak kelihatan mewah, mereka menghidangkan makanan yang murah dan lazat yng sukar dicari di tempat lain di Indonesia.

Jangan lupa singgah di laluan makanan popular di Jalan Selat Panjang yang dibuka pada malam hari bagi peniaga menghidangkan pelbagai menu untuk mereka yang lapar.

Lawati Merdeka Walk. Ianya adalah Struktur Tensile pertama (Alfresco Outdoor Concept) di Indonesia dan menjadi tempat paling popular untuk berjumpa di bandar Medan dengan pelbagai pilihan kafe dan restoran.

Durian amat popular di Indonesia dan Medan tidak terkecuali. Dengan haruman dan rasa yang unik, ianya beh didapati dengan murahnya di seluruh bandar.

Duduk bersama penduduk tempatan dan nikmati durian bersama-sama. Jika rasa durian tersebut terlalu kuat untuk anda, anda boleh mencuba penkek durian sebagai ganti.

Makanan ringan daripada buah-buahan kering ditambah gula boleh didapati di Pasar Rame, sebuah pasar yang terkenal yang dibuka dari pagi hingga petang, terletak bersebelahan Thamrin Plaza.


Aktiviti Menarik di Medan Yang Boleh Dilakukan

Crocodile Farm di Asam Kumbang

Kunjungi Crocodile Farm di Asam Kumbang untuk melihat pelbagai binatang yang menakutkan, yang terletak kira-kira 10 km dari pusat bandar.

Ladang ini memiliki hampir 2,000 ekor buaya bersaiz besar dan kecil. Datang ke sini pada waktu memberi makanan untuk melihat reptilia ini menggunakan gigi yang tajam untuk mengoyakkan makanan mereka hingga hancur.

Ketahui lebih lanjut lagi mengenai haiwan ini dan ikuti tahap perkembangan mereka. Cenderamata yang diperbuat daripada kulit buaya turut dijual di sini. Ladang ini dibuka dari 9:00-05:00.

Fahami dan selami budaya tradisi Indonesia dengan melawat ke Muzium Negara. Di sini anda akan menemui pelbagai koleksi menarik dan peninggalan arkeologi dari abad ke-12 patung-patung India Selatan kepada tinggalan sisa-sisa nisan Islam dan batu nisan.

Masjid Besar Medan

Masjid Besar Medan merupakan satu pemandangan yang mengkagumkan dengan kubah-kubah ala-ala Arab dan lampu-lampu kristal indah.

Di Istana Sultan anda boleh melihat gambar-gambar dan memorabilia dari zaman raja-raja dahulu. Rekaan bangunan ini mencerminkan pengaruh Melayu, dicat dengan warna trim kuning (warna kerajaan Melayu)

Medan adalah tempat yang sesuai untuk mengaturkan lawatan ke hutan-hutan liar di Sumatera Utara.

Untuk percutian ke Medan juga, anda boleh dapatkan operator pelancongan untuk aktiviti berakit atau mendaki yang pastinya akan membuat anda terpesona akan keindahan alam semulajadi yang ditawarkan oleh kawasan-kawasan ini.

Bersambung…

Tags: pakej medanpercutian ke medan indonesia
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Tempat Menarik Di Medan Indonesia
Pakej Medan

20 Tempat Menarik Di Medan Indonesia Yang Paling Popular

  Apakah tempat menarik di Medan yang berbaloi dikunjungi? Seperti yang diketahui umum, Medan merupakan pintu masuk ke seluruh Sumatera...

Oleh: Hadi Ghazali
21 April, 2026
37.4k
Pakej Medan

Melancong Ke Medan:Tarikan Percutian Paling Popular

  Bercadang melancong ke Medan Indonesia? Dalam artikel ini, kami akan kongsikan dengan anda beberapa tempat yang mempunyai tarikan yang...

Oleh: Hadi Ghazali
20 Jun, 2025
28.1k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.5k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.3k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.8k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.2k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my