fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Malaysia Pakej Pulau Pinang

10 Menarik di Bukit Bendera Penang Hill

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
18 Februari, 2023
Kategori: Pakej Pulau Pinang
Masa Bacaan: 2 mins read
177 7
A A
0
Menarik-di-bukit-bendera-penang-hill
15.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Pernah bercuti ke Bukit Bendera Penang? Bila kali terakhir anda melancong ke Penang Hill dan apa aktiviti yang menarik terkini?

Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancongan yang sering menjadi tumpuan warga Malaysia dan pengunjung luar negara tidak kiralah ketika musim cuti sekolah atau hari biasa lokasi ini sentiasa sesak!

Destinasi yang kaya dengan adat, budaya, senibina serta makanan ini begitu menarik untuk diterokai.

Jadi tidak hairanlah jika ia turut dipenuhi dengan pengunjung daripada pelbagai negara.

Bukit Bendera yang terletak di Air Itam ini pula adalah destinasi wajib untuk anda kunjungi bagi menghayati panorama Georgetown dan Jambatan Pulau Pinang daripada kedudukan yang tinggi.

Bukan itu sahaja yang boleh dilakukan di Bukit Bendera, malah lokasi yang pernah diduduki oleh penjajah ini turut mempunyai beberapa tarikan lain.

penang-hill-bukit-bendera

  • Lihat Penginapan Terbaik di Penang
  • Lihat Aktiviti Menarik di Penang
  • Lihat Peta Percutian di Penang

Pin

  • 1 Penang Hill Gallery @ Edgecliff
  • 2 The Habitat Penang Hill
  • 3 Little Village
  • 4 Henna & Spa Penang Hill
  • 5 Earthquake & Typhoon
  • 6 Dinosaur & Aviary Garden
  • 7 Masjid Bukit Bendera
  • 8 Sri Aruloli Thirumurugan
  • 9 Bangunan Bersejarah Bukit Bendera
  • 10 Taman Periuk Kera @ Monkey Cup Garden
  • 11 Lokasi Makan Minum Bukit Bendera
  • 12 Cara ke Bukit Bendera
Mari kita lihat apakah tarikan dan aktiviti di Bukit Bendera:


Penang Hill Gallery @ Edgecliff

Penang-Hill-Gallery-Building
Penang Hill Gallery

Galeri ini merupakan banglo warisan kategori II yang terletak di pinggir tebing dan dikelilingi oleh hutan hujan.

Galeri yang tersergam indah ini mempunyai 5 bahagian yang bakal membawa anda menjejakkan kaki ke Terowong Masa untuk menikmati sejarah masa lampau.

Penang Hill Gallery
Sejarah kereta Bukit Bendera

Anda juga dapat merasai pengalaman menjelajah ke kawasan hutan tertutup serta mengetahui tentang kejayaan kejuruteraan dalam membina furnikular di sini.

Selain bersiar-siar di galeri kebudayaan anda boleh singgah pula ke kedai cenderamata mereka. Galeri ini beroperasi pada jam 9 pagi hingga 4.30 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 4:30pm | C7F9+Q9, Bukit Bendera, Pulau Pinang

The Habitat Penang Hill

The-Habitat-Penang-Hill
The Habitat Penang Hill

Bukit Bendera merupakan kawasan hutan hujan tropika yang kaya dengan tumbuhan konifer, orkid serta mempunyai lebih dari 100 spesies burung.

Untuk menikmati keindahan suasana hutannya anda boleh melanjutkan perjalanan ke The Habitat pula.

The Habitat Penang Hill

Di sini anda boleh melalui jambatan kanopi iaitu Langgur Walk untuk menuju ke tarikan utamanya iaitu Curtis Crest Tree Top Walk yang merupakan lokasi tinjau tertinggi di Pulau Pinang!


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Lihat Tiket | 9:00am – 7:00pm | Jalan Stesen, Bukit Bendera Air Itam, 11500 George Town, Pulau Pinang

Little Village

Pemandangan-dari-Little-Village-Frewyn-Ang
Pemandangan dari Little Village | Imej oleh: Frewyn Ang

Setibanya di puncak Bukit Bendera, pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan daripada sekadar bersiar-siar menikmati udara yang dingin hinggalah mengunjungi beberapa lokasi menarik seperti Little Village.

Little-Village-Nguyen-Steve

Little Village ini dihiasi dengan Love Arch, Kampung Orang Kerdil, Taman Arnab dan lanskap hijau yang cukup menarik untuk anda bergambar!

Lokasi ini dibuka pada jam 8.30 pagi hingga 9 malam, pada waktu malam ia dihiasi dengan cahaya lampu yang lebih menarik.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:30am – 9:30pm | Hill Heritage Trail, Jalan Bukit Bendera, 11500 Air Itam, Penang

Henna & Spa Penang Hill

Henna-Spa-Bukit-Bendera-Shahrizan-Noor
Henna Spa Bukit Bendera | Imej oleh: Shahrizan Noor

Kaki anda merasa letih setelah turun naik tangga dan melalui jalan berbukit di sini?

Jom berehat sebentar menikmati spa kaki herba yang dapat memberi kelegaan buat urat sendi anda.

Henna-Spa-Bukit-Bendera-Meyou
Seni mencanting inai di Bukit Bendera | Imej oleh: Meyou

Di sini turut menyediakan khidmat melukis inai dan dilukis oleh pelukis profesional yang sudah berpengalaman sejak tahun 1994!

Mereka beroperasi seawal jam 8 pagi hingga 10 malam.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 10:00pm | C7F9+VM Bukit Bendera, Penang

Earthquake & Typhoon

Earthquake-Typhoon-Penang-Hill-Denis-Ang

Anda boleh merasai simulasi gempa bumi, simulasi taufan beserta hujan lebat, angin kuat, bunyi ribut dan gegaran dengan memasuki tarikan yang satu ini!

Tarikan yang diusahakan oleh institut penyelidikan saintifik dan pendidikan ini dibuka pada jam 9 pagi hingga 7 petang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | Earthquake & Typhoon, Jalan Tunku Yahaya Petra, Bukit Bendera, 10000 Bukit Bendera, Pulau Pinang

Dinosaur & Aviary Garden

Aviary-Garden-Shaik-Nazirrudin
Aviary Garden | Imej oleh: Shaik Nazirrudin

Ingin merasai pengalaman bertemu dengan haiwan zaman purba?

Jom melihat dan belajar tentang spesies dinosaur yang dikatakan sudah wujud sejak berjuta-juta tahun dahulu! Lokasi ini dibuka pada jam 8 pagi hingga 7 petang untuk anda mengenali pelbagai spesies dinosaur.


Masjid Bukit Bendera

Masjid-Bukit-Bendera-Khairur-Azhan
Masjid Bukit Bendera | Imej oleh: Khairur Azhan

Jangan tak tahu, di puncak Bukit Bendera ini mempunyai sebuah masjid yang didirikan bagi kegunaan orang Islam yang datang berkunjung dan bekerja di sini.

Masjid Bukit Bendera ini begitu unik kerana kubahnya dapat dilihat dari jauh oleh pengunjung dek kerana warnanya yang begitu menyerlah.

Jadi apabila berkunjung ke sini anda jangan bimbang untuk solat di mana.


Sri Aruloli Thirumurugan

Sri-Aruloli-Thirumurugan-Ping-Chong
Sri Aruloli Thirumurugan | Imej oleh: Ping Chong

Tarikan yang turut dikenali sebagai Penang Hill Hindu Temple ini adalah salah satu kuil hindu yang tertua di Pulau Pinang yang dibina sejak tahun 1800an.

Kuil yang bersenibina Dravidian ini mempunyai 4 bahagian iaitu vimana, mandapa, gopurams dan chawadis. Di sini turut menempatkan tangki air untuk upacara suci.


Bangunan Bersejarah Bukit Bendera

Gate-House-Bel-Retiro-CK-Tan
Gate House Bel Retiro | Imej oleh: CK Tan

Bukit Bendera mempunyai beberapa buah bangunan bersejarah dan merupakan hub banglo yang memaparkan senibina dari kolonial Inggeris hingga senibina Asia dan moden.

Antaranya Gate House Bel Retiro, Furnikular Generasi Pertama, Meriam, Balai Polis dan lain-lain.


Taman Periuk Kera @ Monkey Cup Garden

Monkey-Cup-Garden-Dennis-Teo
Monkey Cup Garden | Imej oleh: Dennis Teo

Lokasi ini merupakan yang pertama di Barat Malaysia dengan koleksi lebih 100 jenis tumbuhan dari tanah rendah hingga tanah tinggi.

Anda bukan sahaja dapat melihat pelbagai spesies tumbuhan malah dapat menyaksikan haiwan seperti gelugor, tupai, burung, monyet, rama-rama dan banyak lagi.

Selepas menjelajah taman ini bolehlah berehat sebentar di Kopi Hutan untuk menikmati hidangan di kafe yang tertinggi di Malaysia!


Lokasi Makan Minum Bukit Bendera

David-Browns
David Browns

Selain Kopi Hutan di Monkey Cup Garden, anda boleh menjamu selera di David Brown iaitu sebuah restoran kolonial British dan Tea Terraces dengan suasana yang klasik.

Restoran ini menyajikan hidangan barat dan beroperasi pada jam 9 pagi hingga 10 malam.

Clif-Cafe-Astaka-Bukit-Bendera-CS50
Cliff Cafe Astaka Bukit Bendera | Imej oleh: CS50

Selain itu anda boleh menikmati hidangan di Astaka Bukit Bendera (The Cliff Cafe) yang mempunyai 25 buah gerai, menikmati kacang putih oleh Encik Sakthivel atau mengunjungi Rimba Cafe di Stesen Bawah Bukit Bendera.


Cara ke Bukit Bendera

Penang-Hill-Bukit-Bendera-Biosphere
Penang Hill Bukit Bendera Biosphere

Untuk naik ke puncaknya anda perlu membeli tiket perkhidmatan furnikular iaitu keretapi. Perkhidmatan furnikular ini beroperasi setiap hari bermula jam 6.30 pagi sehingga 10 malam.

Perkhidmatan ini akan bergerak setiap satu jam. Jika anda ingin membeli tiket di kaunter, kaunternya beroperasi pada jam 6.15 pagi hingga 7.45 malam.

Harga bagi tiket perkhidmatan furnikular adalah berbeza mengikut umur, jenis laluan (normal lane @ fast lane) dan lain-lain. Anda juga boleh mendapatkan harga promosi pada waktu tertentu atau melanggan pas bulanan.

Bersambung…

Tags: bukit bendera penangbukit bendera penang hillbukit bendera ticketpenang hilltiket bukit bendera
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Kampung Agong Penang
Pakej Pulau Pinang

18 Tarikan Kampung Agong Penang

  Kampung Agong yang terletak di Penaga, Seberang Perai Utara ini memakan masa sekitar 15 ke 20 minit pemanduan dari...

Oleh: Hadi Ghazali
23 Februari, 2023
15.8k
Yaopey Yong
Pakej Pulau Pinang

26 Aktiviti & Tempat Paling Menarik Di Penang [POPULAR & TERKINI]

  Pulau Pinang adalah destinasi percutian eksotik yang terkenal di dunia. Ianya dikenali, suatu ketika dahulu, sebagai  "Isle of the...

Oleh: Hadi Ghazali
7 Februari, 2023
23.6k
Selanjutnya
4 1 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

Suku Sasak Lombok
Pakej Lombok

Percutian Ke Lombok: 6 Fakta Menarik Tentang Masyarakat & Budaya Sasak Yang Anda Perlu Tahu

Oleh: Hadi Ghazali
24 Mei, 2023
0
19.6k

  Percutian ke Lombok: Lain tempat lain masyarakat dan budayanya. Masyarakat atau bahasa lainnya adalah bangsa atau puak yang mendiami...

Baca Selanjutnya
Tempat Menarik Di Kunming

Tempat Menarik Di Kunming China: 10 Tarikan [POPULAR]

2 April, 2023
20k
beautiful pastoral landscape in yulong river ,yangshuo,China

12 Aktiviti & Tempat Menarik Di Guilin China [POPULAR]

25 September, 2022
26k
tempat-menarik-di-suka-bumi-Curug-Cikanteh-Ciletuh-Geopark-Sukabumi-Indonesia-fadhel-rabbani

11 Tempat Menarik di Sukabumi Indonesia

1 Januari, 2023
438
Tempat Menarik di Amsterdam

15 Tempat Menarik di Amsterdam & Aktiviti Yang Paling Menyeronokkan

4 Februari, 2023
24.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas