Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Pulau Pinang

ESCAPE Theme Park Penang: Panduan Percutian Taman Tema 2 Rekod Dunia

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
2 Julai, 2024
Kategori: Pakej Pulau Pinang
Masa Bacaan: 2 mins read
3.6k 74
A A
0
ESCAPE-Theme-Park-Penang
3.9k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Ada apa di Escape Theme Park Penang? Pening mencari destinasi percutian untuk melarikan diri daripada kesibukkan harian?

Inginkan sesuatu yang dapat menawarkan keriangan buat anda seisi keluarga dan rakan-rakan? Jom tempah pakej percutian anda ke Taman Tema ESCAPE yang terletak di Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Taman tema yang berkonsepkan alam semulajadi ini mempunyai pelbagai permainan dan aktiviti yang menarik sehingga terdapat tarikan yang berjaya memegang Guinness World Record!

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

ESCAPE ialah tempat yang sesuai untuk anda berseronok bersama rakan dan keluarga anda.

Dengan lebih 38 tarikan yang terdiri daripada aktiviti santai sehingga ke aktiviti mendebarkan, pasti ada keterujuaan yang sesuai untuk semua pengunjung.

Anda boleh menemui laluan bertali dan berhalangan, gelongsor air terpanjang di dunia dan Banana Flip di mana anda akan dilancarkan ke udara, memberi anda peluang untuk mempamerkan aksi air anda sebelum memercik ke dalam kolam di bawah.

Taman tema seluas 29 ekar ini terdiri daripada Adventureplay, Waterplay dan Gravityplay.

Disini, anda boleh menemukan laluan bertali dan berhalangan, gelongsor air terpanjang di dunia dan Banana Flip di mana anda akan dilancarkan atau dihumban ke udara, memberi anda peluang untuk mempamerkan aksi air sebelum memercik ke dalam kolam di bawah. Pasti Seronok!

Pakej-Percutian-Pulau-Pinang

  • Lihat Penginapan di Sekitar Escape
  • Lihat Tiket Masuk di Escape Theme Park
  • Lihat Peta Percutian di Escape Theme Park

Pin

  • 1 Escape Penang: Zon Air
  • 2 Escape Penang: Zon Kering
  • 3 Aktiviti BASE CAMP di Escape Penang
  • 4 Aktiviti TEAM BUILDING Di Escape Penang
  • 5 Aktiviti Lawatan Sekolah Ke Escape Penang
  • 6 Waktu Operasi Escape Penang
Anda tidak perlu ragu-ragu lagi dengan kehebatan taman tema yang satu ini.


Escape Penang: Zon Air

AK Academy
AK Academy

Berada di ESCAPE ini pasti membuat anda rasa tidak cukup tenaga dan masa untuk mencuba kesemua permainan dan aktiviti yang disediakan, daripada bermain di kawasan kering sehinggalah ke kawasan yang basah.

Jangan lupa sediakan fizikal anda untuk menikmati lebih kurang 35 tarikan di taman tema air ini!

Escape-Theme-Park-Penang-AK-Academy
AK Academy Escape Theme Park Penang

Keseronokkan anda bakal bermula di AK Academy yang sesuai untuk semua peringkat umur bagi mengenal dengan dunia air ataupun mula berjinak-jinak dengan air bagi kanak-kanak!

Dah mula ngam dengan air tu anda boleh ke AK Discovery di mana ia memberi ruang untuk anda meneroka alam bawah air pula bersama anak-anak.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD
AK Academy
AK Discovery

Kanak-kanak semestinya tidak puas bermandi-manda, jadi bolehlah ke zon AK Splash dan Tots Pool yang disediakan khas untuk mereka berseronok.

Apa ertinya bercuti ke taman tema air kalau tak menaiki gelongsor air.

Escape Theme Park Penang
Gelongsor terpanjang di dunia Escape Theme Park Penang

ESCAPE menawarkan gelongsor air yang terpanjang iaitu 1,111m yang dikenali sebagai The Longest!

Gelongsor ini boleh dinikmati seawal usia 4 tahun sehinggalah usia warga emas. Anda juga boleh mencuba gelongsor di Family Twister, Mega Drop, Speed Racer dan Super Looper yang menjanjikan pengalaman yang cukup berbeza.

aktiviti-bermain-air-dengan-gelongsor-terpanjang-di-dunia
Aktiviti bermain air dengan gelongsor terpanjang di dunia

Keseronokkan mandi-manda di kawasan gelongsor air pasti cukup memuaskan dengan menikmati pemandangan hutan yang menghijau.

Sekarang tiba masanya untuk anda bawa ahli keluarga menikmati aktiviti air dengan permainan tiub yang lebih santai bagi meredakan debaran di kawasan gelongsor air yang cukup menggerunkan sebentar tadi!

ESCAPE-Club
ESCAPE Club

Jom bersantai di dalam tiub masing-masing di kolam ESCAPE Club dan Lazy River yang lebih menenangkan.

Oh satu lagi lokasi kolam santai yang cukup mengujakan untuk anda terokai iaitu Wave Ball yang menggunakan konsep seakan-akan di kawasan pantai yang sesuai untuk semua peringkat usia.

Wave-Ball
Wave Ball

Anda masih mencari aktiviti yang bakal buat jantung anda tidak berhenti bekerja?

Jom beraksi di Banana Flip yang menyediakan pad pelancaran untuk anda terbang ke udara sebelum jatuh ke dalam kolam!

Banana-Flip
Banana Flip

Seterusnya anda boleh mengajak rakan anda untuk mencuba nasib sama ada anda kekal kering atau basah di Dunk Tank.

Dunk-Tank
Dunk Tank

Akhir sekali untuk aktiviti air ini, anda boleh menikmati Tubby Rapids, Tubby Tunnel dan Play House yang penuh dengan keriangan.

Aktiviti air anda di sini pasti berbaloi dengan pelbagai permainan yang santai sehinggalah mencabar untuk anda terokai sepanjang hari.


Escape Penang: Zon Kering

Escape-Theme-Park-Penang-Zon-Kering
Escape Theme Park Penang Zon Kering

Ayuh kita meneroka tarikan yang sedang menanti di zon kering yang turut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti mencabar ini.

Di zon ini anda bebas untuk menguji bakat sama ada melayang di udara, memanjat pokok atau terjun daripada tempat tinggi!

Flying Lemur

Aerobat, Chairlift, Flying Lemur, Jungle Swinger, Kite Flyer dan Zip Coaster membolehkan anda untuk terbang melayang di udara sambil menikmati pemandangan taman tema ini.

Setiap tarikan tersebut menawarkan pemandangan dan jarak yang berbeza.

Kite Flyer
Kite Flyer

Jangan tak tahu, taman tema ini turut mempunyai tarikan bungee jumping yang pasti membuat jantung anda seolah-olah berhenti buat seketika!

Anda boleh mencabar diri dengan tarikan tersebut di Atan’s Jump dan Atan’s Leap.

Atan-s-Leap
Atan’s Leap

Nak melompat sehingga ke udara? Airbag, Jumping Jack dan Slingshot pasti dapat memenuhi impian anda.

Bukan itu sahaja aktiviti yang disediakan di zon ini.

Slingshot
Slingshot

Malah anda boleh mencuba aktiviti merempuh halangan di Family Trail, Go Bananas, Monkey Business dan Monkey School.

Monkey-Business
Monkey Business

Antara aktiviti yang turut menarik di sini adalah Bull Lee, Coco Climb, Discovery Dig, Gecko Tower, Tubby Racer dan Zoom Bug.

Kebanyakkan aktiviti di sini anda boleh nikmati secara berkumpulan untuk menambahkan keriangan dan lebih cabaran.


Aktiviti BASE CAMP di Escape Penang

Escape-Theme-Park-Penang-Base-Camp
Escape Theme Park Penang Base Camp

Keasyikkan bersuka-ria di sini membuatkan anda tidak cukup masa untuk mencuba ke semua aktvitinya yang begitu menyeronokkan!

Anda boleh mengajak ahli keluarga untuk bermalam di sini dengan menggunakan pakej perkhemahan 2 hari 1 malam.

Aktiviti-Base-Camp
Berkhemah di Base Camp adalah aktiviti yang paling popular

Pihak pengurusan menyediakan khemah, kawasan tandas dan bilik air, penjagaan keselamatan 24 jam, kemudahan wifi, tempat letak kereta di tepi khemah dan peralatan BBQ.

Anda hanya perlu membawa kelengkapan diri dan makanan sahaja untuk melengkapkan aktviti perkhemahan ini!


Aktiviti TEAM BUILDING Di Escape Penang

Escape-Theme-Park-Penang-Team-Building
Escape Theme Park Penang Team Building

Tidak dapat dinafikan lagi, dengan pelbagai aktiviti menarik yang disediakan serta kemudahan yang lengkap membolehkan anda untuk melakukan aktiviti berpasukan di sini.

ESCAPE turut menawarkan pakej team building bermula dengan bilangan ahli 10 orang sehingga beribu orang!

Mereka menawarkan aktiviti khusus, fasilitator untuk setiap kumpulan serta sijil penyertaan.

Bagi anda yang tercari-cari lokasi untuk team building bolehlah mencuba pakej mereka.


Aktiviti Lawatan Sekolah Ke Escape Penang

Escape-Theme-Park-Penang-Lawatan-Sekolah
Lawatan Sekolah ke Escape Theme Park

Lawatan sekolah tidak asing lagi sebagai aktiviti tahunan bagi setiap sekolah di Malaysia. Dengan bilangan minimun 20 orang murid anda sudah boleh mendapatkan pakej lawatan sekolah di sini.

Setiap lima orang murid akan diberikan pas seorang guru secara percuma dan turut dibekalkan fasilitator bagi melancarkan aktiviti lawatan.

Lihat juga: 26 Aktiviti & Tempat Paling Menarik Di Penang


Waktu Operasi Escape Penang

Escape-Theme-Park-Penang-3

Taman tema ini beroperasi pada jam 10 pagi hingga petang. Pada hari isnin ia ditutup bagi membolehkan aktiviti penyelenggaraan dilakukan. Anda dinasihatkan untuk menempah tiket masuk lebih awal.

Bersambung…

Tags: escape penang hotelescape penang ticket online
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-bukit-mertajam
Pakej Pulau Pinang

15 Tempat Menarik di Bukit Mertajam

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Bukit Mertajam yang anda boleh lakukan? Jika ke utara pastikan anda singgah disini....

Oleh: Hadi Ghazali
10 Jun, 2026
44.3k
Pakej Pulau Pinang

18 Tarikan Kampung Agong Penang

  Kampung Agong yang terletak di Bakar Kapur, Penaga ini memakan masa sekitar 15 ke 20 minit pemanduan dari Butterworth dan...

Oleh: Hadi Ghazali
6 Jun, 2026
30.6k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.1k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.3k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.7k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my