Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Sarawak

Kampung Budaya Sarawak: Destinasi No 1 di Kuching Sarawak

Satu tarikan yang memenangi anugerah, Kampung Budaya Sarawak merupakan mikrokosma budaya seluruh negeri Sarawak. Digelar sebagai 'muzium hidup'!

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
20 Januari, 2026
Kategori: Pakej Sarawak
Masa Bacaan: 2 mins read
20.4k 207
A A
5
Kampung-Budaya-Sarawak
21.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Kampung Budaya Sarawak: Budaya adalah salah satu perkara yang menunjukkan keunikan identiti negara Malaysia.

Adat resam sesuatu masyarakat sangat sinonim yang tidak dapat dipisahkan.

Malaysia yang terkenal dengan pelbagai bangsa dan kemewahan budaya membuatkan ia menjadi negara yang sangat unik dan ianya menjadi satu aset yang bernilai.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Ianya harus dipelihara sepanjang masa supaya ianya dapat dikenali oleh generasi di masa akan datang.

Sarawak adalah salah satu negeri yang kaya dengan kebudayaan.

Promo Percutian ke Kuching

  • Lihat Pakej Paling Menarik di Kuching
  • Lihat Penginapan Terbaik di Kuching
  • Lihat Tiket Penerbangan ke Kuching
  • Tiket Masuk Kampung Budaya Sarawak
  • Lihat Peta Percutian di Kuching

Di Sarawak, terdapat kampung yang mempunyai pelbagai penerangan tentang sesuatu budaya iaitu Kampung Budaya Sarawak, Santubong, Kuching.

Bagi sesiapa yang meminati dan ingin mengenali lebih rapat tentang budaya yang terdapat di Malaysia, anda boleh datang ke sini.

Tarian Tradisional Sarawak
Tarian Tradisional Sarawak

Kampung Budaya Sarawak terletak di kawasan kaki Gunung Santubong yang mempunyai pelbagai mitos yang tersendiri. Muzium yang terdapat di sini mempamerkan tradisi Sarawak yang kaya dengan pelbagai warisan budaya.

Terdapat pelbagai jenis paparan yang anda boleh lihat di sini seperti pakaian, kraftangan, gaya hidup dan kediaman tradisional masyarakat etnik utama negeri ini.

Terdapat juga persembahan kebudayaan yang akan dipersembahkan dua kali sehari. Antara kraftangan yang popular dan unik yang terdapat di sini adalah manik Sarawak dan Pua Kumbur iaitu sejenis tekstil tradisional masyarakat iban.

Kampung Budaya Sarawak
Keunikan Rumah d Kampung Budaya Sarawak

Kampung ini juga mempunyai pelbagai tempat yang menarik yang digunakan untuk acara-acara antarabangsa seperti Pesta Muzik Hutan Hujan Dunia / Rainforest World Music Festival dan Pesta Menuai Dunia.

Kampung Budaya ini menjadi tempat yang ideal untuk orang dari luar negara yang ingin mengetahui budaya yang terdapat di Malaysia khususnya di Sarawak.

Anda yang berada di Bandar Kuching boleh sampai ke kawasan ini dalam masa 45 minit. Anda yang ingin merancang untuk percutian ke Sarawak wajib datang ke tempat ini.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tiket untuk memasuki tempat ini adalah berharga RM60.00 bagi orang dewasa dan RM30.00 bagi kanak-kanak dan dengan harga ini ianya pasti tidak merugikan anda yang datang ke sini.

Rumah Penan
Rumah Penan

Muzium ini memperkenalkan rumah-rumah budaya yang mempunyai pelbagai bangsa seperti Rumah Panjang, Rumah Bidayuh, Rumah Iban, Rumah Orang Ulu, Rumah Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina.

Perkampungan yang seluas 17 ekar ini mempunyai penduduk sekurang-kurangnya 150 orang. Mereka melakukan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sagu dan menghasilkan kraftangan.

Mereka akan berpakaian tradisional dan mengadakan persembahan tarian tradisional untuk para pengunjung yang datang ke kampong ini. Pengunjung yang datang juga dapat melihat pelbagai jenis replica bangunan yang mewakili setiap suku kaum pribumi yang ada di Sarawak.

Kampung Budaya Sarawak-Rumah Panjang
Rumah Panjang

Kampung Budaya Sarawak telah dibuka secara rasmi pada tahun 1990, ini telah memberikan pengalaman yang terindah bagi pengunjung yang mahu merasai sendiri gaya hidup serta kediaman sebenar masyarakat unik tersebut.

Pentas yang terdapat di dalam kampung ini juga telah digunakan untuk mempersembahkan tarian tradisional berbagai kaum.

Terdapat juga restoran dengan makanan yang lazat serta kedai kraftangan bagi sesiapa sahaja yang ingin menyimpan kenangan mereka berada di Kampung ini.

Anda yang ingin merancang perkahwinan juga boleh mengadakan perkahwinan anda di Kampung ini mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.

Kampung Budaya Sarawak-Rumah Melanau
Rumah Melanau

Rumah panjang juga terkenal dan didalamnya mempunyai deretan bilik-bilik bersebelahan yang disambungkan dengan sebuah ruang serambi yang panjang dan ianya digunakan untuk aktiviti-aktiviti seperti mengukir kayu dan menganyam bakul.

Waktu yang dibuka kepada orang awam untuk melawat tempat ini adalah dari pukul 9 pagi sehingga pukul 9 malam dan persembahan akan diadakan pada pukul 12.30 tengah hari dan 4.30 petang.

Bagi pelancong yang datang dari luar Sarawak seperti semenanjung dan luar negara, mereka akan diberikan sebuah buku pasport kampung budaya yang digunakan untuk mengambil cop bagi setiap rumah yang berada di dalam Kampung Budaya ini.

Kampung Budaya Sarawak-Rumah Iban
Rumah Iban

Ianya adalah sesuatu yang menarik untuk kanak-kanak dan menjadi salah satu cenderahati paling bermakna untuk anda dan keluarga.

Anda akan bermula dengan bergerak ke Taman Arca dengan pemandangan yang menarik dan jalan tersebut akan membawa anda kea rah jambatan kayu.

Keseluruhan kampung dibina mengelilingi tasik buatan manusia.

Gunung Santubong
Gunung Santubong

Jadi anda tidak perlu berpatah balik untuk pergi ke sesuatu tempat yang lain kerana anda akan mengelilingi seluruh kampung dalam perjalanan.

Keseluruhan kampung sangat dijaga rapi dengan pelbagai jenis tumbuhan yang ada sepanjang perjalanan. Anda akan diberi penjelasan tentang setiap rumah etnik.

Masuk dan keluar dari sesebuah rumah akan membawa anda ke jalan yang utama. Jadi anda tidak perlu risau jika tersesat di sesuatu tempat. Setiap rumah juga mempunyai penerangan dalam Bahasa Inggris jika terdapat pelancong yang bukan asal dari Malaysia.

Terdapat beberapa ukiran batu yang pelik di beberapa tempat ketika anda berjalan melalui setiap rumah dan ianya memiliki ketinggian dari 2 ke 3 kaki panjang.

Kampung-Budaya-Sarawak

Ukiran batu ini telah diukir oleh beberapa pengukir dari seluruh dunia dan menjadi paparan untuk tontonan umum. Ukiran ini juga telah menjadikan Kampung Budaya ini sebagai tempat yang bukan dari zaman moden sekarang.

Ianya membuatkan anda sedang berada di sesuatu tempat yang lain atau anda akan merasakan seperti berada di masa silam. Terdapat juga fakta menarik yang lain di mana anda boleh sertai beberapa bengkel yang ada di sini yang akan diadakan setiap hari.

Selain dapat melihat pelbagai jenis rumah yang ada, pelancong juga dapat menonton persembahan tarian, alatan tradisional dan juga makanan tradisional etnik mereka yang di masak di situ.

Kampung Budaya Sarawak-Rumah Orang Ulu
Kampung Budaya Sarawak-Rumah Orang Ulu

Pengunjung yang hadir juga boleh mencuba alatan tradisional yang terdapat di situ seperti sumpit. Bagi sebatang sumpit yang ingin dicuba, anda boleh buat bayaran dengan hanya rm2.00.

Cenderamata yang dihasilkan oleh setiap etnik juga boleh didapati dengan harga yang berpatutan dan bagi pengumpul barang-barang kraftangan, ini adalah peluang anda untuk mendapatkan pelbagai kraftangan yang berbeza dari setiap etnik.

sarawak-budaya
Sarawak Cultural Show

Apabila anda sudah penat dari berjalan mengelilingi rumah berdaya yang terdapat di Kampung Budaya ini, anda boleh berehat di dalam dewan dan melihat persembahan teater kebudayaan.

Teater kebudayaan ini dilakukan dalam masa 45 mini dan cukup untuk menghilangkan rasa penat anda. Teater ini diadakan untuk dua sesi antara jam 11.30 pagi sehingga jam 12.15 petang dan jam 4 petang sehingga 4.45 petang.

Tarian dari setiap etnik seperti tarian Zapin, Iban, Melanau, Silat dan banyak lagi akan dipersembahkan oleh etnik mereka sendiri.

Kampung Budaya Sarawak ini menjadi bukti bahawa Malaysia mempunyai pelbagai masyarakat berbilang kaum dan mereka mampu untuk hidup dalam tempat yang sama dengan aman dan harmoni.

Walaupun Malaysia sudah mula membangun dengan pelbagai teknologi yang kian berkembang, mereka tidak lupa akan budaya dan adat yang dimiliki dalam diri mereka sejak dari dulu lagi.

 

Tags: pakej sarawaktiket kampung budaya sarawak
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Tempat makan di Kuching Sarawak
Pakej Sarawak

45 Tempat Makan di Kuching Sarawak Popular

  Kuching adalah ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian budaya dan warisan. Salah satu tarikan utama di Kuching adalah...

Oleh: Hasrul Wayne
13 Mei, 2026
40.1k
tempat-menarik-di-kuching-sarawak
Pakej Sarawak

56 Tempat Menarik di Kuching Terkini

Apakah tempat menarik di Kuching Sarawak yang berbaloi dilawati? Ada tempat makan yang sedap di Kuching atau adakah aktiviti menarik...

Oleh: Hasrul Wayne
20 Januari, 2026
20.4k
Selanjutnya

Komen 5

  1. blank Puji Lestari says:
    + -

    unik banget ini kampungnya, jadi pengen kesana. Apa sampai sekarang masih sama kondisinya?

    Reply
  2. blank Dwi Wahyudi says:
    + -

    Lokasi ini menjadi tempat diselenggarakannya event musik hujan tropis Rainforest World Music Festival ya?

    Reply
  3. blank Siti says:
    + -

    Kenapa harga naik utk 2020? Tahun melawat serawak tapi harga naik?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Kami kurang faham maksud cik Siti. Cik maksudkan Kampung Budaya Sarawak?

Sebeleum

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

8 Oktober, 2025
32k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
85.5k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my