Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Cruise

Kapal Cruise Mewah: 6 Kapal Persiaran Terbesar Di Dunia

Hasrul Wayne Oleh: Hasrul Wayne
28 Februari, 2024
Kategori: Cruise
Masa Bacaan: 2 mins read
12.9k 131
A A
20
Icon-of-the-Seas-terbesar-di-dunia-2
13.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Percutian di atas Kapal Cruise mewah adalah impian dan menjadi idaman bagi semua orang.

Kapal-kapal yang mempunyai keluasan yang luar biasa dan lebih luas daripada padang bola sepak.

Kapal-kapal persiaran ini juga mempunyai pelbagai jenis kemudahan serta tempat-tempat yang mewah.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Anda akan merasa seperti berada di sebuah pekan apabila berada di atas salah satu kapal cruise mewah ini.

Disini kami ingin menyertakan lima tangga teratas kapal terbesar bagi percutian mewah anda.

Pakej Percutian Cruise

  • Lihat Pakej Dream Cruise Paling Popular
  • Lihat Tour Cruise Royal Caribbean
  • Lihat Tour Cruise Malaysia & Singapore

Icon of the Seas

Icon-of-the-Seas-terbesar-di-dunia-2

Icon of the Seas adalah kapal pelayaran yang dibina untuk Royal Caribbean International dan merupakan kapal utama kelas Icon.

Ia memulakan perkhidmatan pada 27 Januari 2024 dari Pelabuhan Miami di AS. Dengan 248,663 tan berat kasar (GT), Icon of the Seas adalah kapal pelayaran terbesar di dunia.

Kapal ini mempunyai taman air terbesar di laut, enam gelongsor air yang memecahkan rekod, sebuah kawasan baru yang hanya untuk keluarga, tujuh kolam renang untuk setiap suasana, dan banyak lagi.

Kapal ini juga menggunakan bahan api cecair gas asli (LNG) dan bateri sebagai sumber tenaga, menjadikannya lebih mesra alam dan efisien.

Kapal ini menawarkan pelbagai aktiviti, hiburan, dan pilihan makanan untuk semua peringkat umur dan minat.

Antaranya ialah FlowRider, Rock Climbing Wall, Thrill Island, Perfect Day, dan banyak lagi. Kapal ini juga mempunyai bilik-bilik yang luas dan selesa, termasuk bilik-bilik keluarga yang besar dan balkoni yang luas. ¹

Icon of the Seas adalah kapal pelayaran yang sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman bercuti yang luar biasa, menyeronokkan, dan mengagumkan.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Harmony of the Seas

Harmony of the Seas
Harmony of the Seas

Harmony of the Seas merupakan kapal cruise terbesar didunia dan penuh dengan aktiviti yang perlu anda lakukan.

Kapal yang mempunyai kepanjangan 1,187 kaki ini melebihi ketinggian Menara Eiffel dan juga mempunyai keluasan yang tidak terdapat pada mana-mana kapal cruise yang lain.

Harmony of the Seas

Ia boleh membawa 6,360 penumpang. Bayangkan keluasan dan berat yang dapat ditampung, ianya seperti sebuah kompleks di atas air.

Merupakan kakak kepada kapal Oasis dan Allure, ia mempunyai berat melebih 226,963 tan.

Harmony of the Seas

Harmony mempunyai kawasan slide air multi-deck yang merupakan pertama dari pihak Royal Carribean.

Kapal yang dilengkapi dengan 40 buah restoran ini juga mempunyai lebih 2,000 kru kapal yang bekerja pada satu-satu masa.

Saiz kapal yang sangat besar ini membuatkan anda terlupa bahawa anda sedang berada di atas kapal.

Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang dapat anda lakukan di atas kapal ini seperti rock climbing, dua pusat luncur air, meluncur ais serta pelbagai lagi.


The Allure of The Seas

Allure of the Seas Side
Allure of the Seas

Allure merupakan salah satu kapal terbesar di dunia yang telah dibina di Turku, Finland.

Perjalanan pertamanya adalah pada Oktober 2010, ketika kapal berangkat ke port asalnya, di Florida.

Allure of the Seas Interior

Di dalam kapal ini, anda dapat merasa meluncur ais di kawasan tertutup. Royal Promenade yang terdapat di atas kapal ini menjadi kawasan popular bagi sesiapa sahaja yang suka membeli belah.

Dengan kawasan seluas padang bola sepak membuatkan ia tempat yang sangat menarik serta pencahayaan sinaran cahaya matahari pada waktu siang.

Allure of the Seas

Jika anda sukakan aktiviti yang mencabar, anda boleh cuba zipline yang merentasi kapal tersebut serta aktiviti rock climbing.

Aktiviti ini adalah percuma dan anda boleh mencuba sebanyak mana yang anda mahukan. Jika anda ingin meluncur air, kapal ini juga menyediakan simulator meluncur air yang sangat menarik.


Kapal Cruise Anthem of the Seas

Anthem of the Seas
Kapal Cruise Anthem of the Seas

Anthem of the Seas telah dihantar ke pihak Royal Caribbean pada 10 April 2015.

Antara salah satu kapal yang terbesar dan mewah ini, ia dapat menampung sehingga 4,180 penumpang.

Anthem of the Seas

Mempunyai kapsul kaca berbentuk berlian setinggi 300 kaki dari permukaan air, ia menawarkan pemandangan 360 darjah sekitar lautan.

Di dalam kapal ini terdapat tempat bernama SeaPlex yang mempunyai kawasan sukan dalaman dan hiburan terbesar seperti kereta bumper, roller skating dan permainan video.

Anthem of the Seas

Di dalam setiap kabin kapal ini mempunyai televisyen, telefon dan juga tempat mandi.

Di dalam kabin ini juga terdapat balkoni alam maya yang memberikan anda pemandangan lautan yang sangat indah.


Quantum of the Seas

Quantum of the Seas
Quantum of the Seas

Quantum mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dengan pelbagai teknologi masa hadapan yang buatkan anda teruja apabila menaiki kapal ini.

Ia mempunyai gondola yang melekat pada tangan mekanikal dan memberikan pemandangan sekitar lautan pada ketinggian 300 kaki dari permukaan air.

Quantum of the Seas

Pelayan bar yang terdapat di dalam kapal cruise ini juga adalah secara automatik menggunakan robot.

Anda hanya perlu memesan minuman melalui tablet dan menunggu pelayan bar automatik buat minuman untuk anda.

Quantum of the Seas

Sistem mengesan bagasi jika anda hilang juga boleh didapati di sini. Anda hanya perlu melihat tablet anda untuk mengesan di mana bagasi anda berada.

Band pergelangan tangan yang menggunakan teknologi RFID memberikan kemudahan kepada anda kerana anda hanya perlu imbas band tersebut untuk memasuki bilik atau ingin membayar makanan anda.


Oasis of the Seas

Oasis_of_the_Seas_Ship
Oasis of the Seas

Oasis merupakan saudara kembar kepada kapal yang bernama Allure of the Seas.

Oasis of the Seas membuat rekod baru dengan membawa penumpang dengan lebih 6,000 orang.

Oasis of the Seas Interior

Kos pembuatan kapal ini mencecah 1.4 bilion dollar dengan berat 100,000 tan.

Terdapat pelbagai jenis kemudahan untuk penumpang yang berada di atas kapal ini seperti mini-golf, beberapa buah bar, kelab, kolam renang serta gelanggang bola tampar dan bola keranjang.

Oasis of the Seas

Jika anda inginkan pengalaman yang sangat menarik, anda boleh pergi ke taman di tengah kapal tersebut yang menawarkan pemandangan lebih 12,000 pokok yang hidup.

Sukar untuk dibayangkan keluasan yang ada di dalam kapal ini untuk menampung muatan yang cukup besar!


Kapal Cruise Terbesar di Malaysia?

kapal-cruise

Tentu anda tertanya-tanya apa pula kapal curise yang terbesar di Malaysia? Ya kapal pelayaran mewah yang terkini dan gah belayar di Selat Melaka adalah Dream Cruise Line!

Jika anda mengimpikan untuk mencuba belayar dengan kapal peranginan mewah anda boleh memilih samada untuk mendapatkan pakej dari Port Klang (bermusim) atau juga yang popular dari pelabuhan Singapore.

Dream Cruise Line menampilkan dua kapal mewah iaitu World Dream dan Genting Dream yang belayar di Selat Melaka hingga ke Thailand atau Indonesia.

Selain itu terdapat juga sebuah Explorer Dream yang belayar ke timur Laut china Selatan.

Bersambung…

Pakej Percutian Cruise

Tags: genting dream cruiseicon of the seapakej cruisestar cruise malaysia
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hasrul Wayne

Hasrul Wayne

Editor di Melancong.my, meminati dunia pelancongan. Jika anda ada sebarang idea untuk diketengahkan, hubungi kami untuk selanjutnya: tentang kami.

Artikel+ Bersambung

Genting Dream Cruise Resort Terapung
Cruise

Pelayaran Genting Dream Cruise dari Malaysia

  Apa yang menarik tentang pelayaran Genting Dream Cruise Malaysia? Genting Dream, sebuah kapal pesiar mewah yang dioperasikan oleh StarDream...

Oleh: Hadi Ghazali
13 Ogos, 2025
14.5k
Genting-Dream-Cruise
Cruise

Resort World Cruise Membawakan anda Genting Dream Ke Malaysia

  Menarik tentang Resort World Cruise, Genting Dream Malaysia yang perlu tahu: Bagi anda yang gemar melancong, anda pastinya sentiasa...

Oleh: Hadi Ghazali
4 Mac, 2025
37.9k
Selanjutnya

Komen 20

  1. blank Liza says:
    + -

    Plizz give me feedback about the pakej for end of year till next year

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Kindly please fill the form here Miss Liza or contact us 🙂

  2. blank siti nur ana says:
    + -

    Superstar Libra Honeymoon Promotion still available for month of November 2014?

    Reply
  3. blank Farra Dilla says:
    + -

    Superstar Libra Honeymoon Promotion still available for month of April 2014?

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Kindly please check your email sir.

Sebeleum

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34.9k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.1k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.5k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.8k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.8k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.8k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my