Maldives, secara rasminya dipanggil Republik Maldives, adalah sebuah negara kepulauan di benua India di Asia, yang terletak di Lautan Hindi.
Ia terletak di barat daya Sri Lanka dan India, kira-kira 700 kilometer dari daratan benua Asia.
Geografi negara ini adalah terdiri daripada 1192 pulau (archipelagic) yang sangat cantik dan terbentang sejauh 871 kilometer.
Maldives mempunyai salah satu persekitaran semulajadi yang paling terbaik yang ada di planet ini. Terumbu karang adalah asas pulau Maldives.
Maldives mempunyai hubungan baik dengan seluruh dunia. Beberapa penerbangan dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Tenggara beroperasi ke Lapangan Terbang Antarabangsa Velana, pintu masuk utama ke Maldives.
Maldives didiami dari setengah juta orang, Maldives mempunyai budaya dan tradisi yang tersendiri. Walaupun banyak dipengaruhi oleh pelbagai budaya di sekitar pinggir Lautan Hindi.
- Lihat Pakej Percutian Terbaik Maldives
- Lihat Penginapan Terbaik Maldives
- Lihat Aktiviti Menarik Maldives
- Lihat Peta Percutian Maldives
Jika anda bercadang untuk berbulan madu atau bercuti di Maldives, cuba lihat 10 aktiviti dan tempat menarik di Maldives ini:
National Museum Maldives
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 6 Matawang Ruifyaah Maldive](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Maldives-National-Museum.jpg)
Rugi jikanya jika anda tidak menjejakkan kaki ke Muzium Negara Maldives ini. Ia dibina pada Hari Kebangsaan Maldives dan dibuka oleh Perdana Menteri nya, Mohamed Amin Didi pada 11 November 1952.
Pelbagai info sejarah berkenaan dengan Maldives dipamerkan di sini, antaranya koleksi artifak sejarah yang besar, objek batu dari zaman Buddha hingga ke pemerintahan raja-raja Islam.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 7 Sejenis senjata yang unik dan menakutkan dipamerkan di Muzium Kebangsaan Maldives](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Male-National-Museum-Maldives.jpg)
Bukan itu sahaja, ia turut mempamerkan beberapa koleksi milik diraja seperti barangan perhiasan, pakaian kerabat, barang-barang batu zaman pra –Islam di Maldives, manuskrip kertas dan kain, senjata dan perisai, gambar-gambar keperibadian penting, objek antropologi serta adat istiadat masyarakat Maldives yang dulu.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 8 Koleksi Tembikar Antik di Muzium Maldives](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Koleksi-Tembikar-Antik-Di-Muzium-Maldives-Dilbar-Karami.jpg)
Muzium yang bertapak di Sultan Park ini dirancang, dibina dan dibiayai oleh pemerintah China, dan masih mengekalkan elemen zaman Kesultanan serta ukiran tulisan tangan Al-Quran di dinding muzium.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Chaandhanee Magu, Malé, Maldives
- Tiket Pakej Tour | Bayaran muzium adalah $ 6 setiap orang dan $ 1 untuk satu peranti untuk fotografi
- Waktu Operasi: Dibuka dari 9 pagi hingga 5 Petang
Male Market Maldives
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 9 Pelbagai pasar anda boleh temukan di kawasan ini](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/pasar-male-market-maldives.jpg)
Male merupakan ibu kota kepada Maldives dan mempunyai jumlah penduduk yang paling ramai.
Ekoran daripada itu, ia sering menjadi tumpuan para pelancong apabila tiba ke Maldives.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 10 Pelbagai cenderahati unik dan menarik anda boleh temukan di Male Market](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/cenderahati-maldives.jpg)
Male Market pula dianggap sebagai syurga untuk membeli-belah bagi rakyat tempatan dan pelancong luar kerana menjual pelbagai barangan dengan harga yang berpatutan.
Jika anda mencari destinasi bagi membeli ole-ole, bolehlah berkunjung ke sini untuk melihat pelbagai barangan yang ditawarkan.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 14 Pasar ikan, pasar buah dan pelbagai jualan makanan mudah ditemukan serta semestinya halal](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/pasar-ikan-maldives.jpg)
Pelbagai cenderahati yang terdiri daripada replika bot, tikar, penyapu, selipar yang diperbuat dari daun kelapa, pasu bunga hiasan daripada kerang dan berang pernis dan bermacam pilihan lagi yang boleh buat anda rambang mata untuk memilih!
Jangan lupa memesan menu wajib di sini iaitu susu kelapa segar.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Male, Medhuziyaarai Magu, Malé, Maldives
- Tiket Pakej Tour | Sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pasar awam dan pusat membeli belah
- Waktu Operasi: Dibuka dari 5 pagi hingga 10 malam
Esjehi Art Gallery
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 15 Esjehi Art Gallery](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Esjehi-Art-Gallery-Maldives-Suhail-Hassan.jpg)
Satu lagi destinasi menarik yang terletak di Sultan Park iaitu Galeri Esjehi yang mempamerkan karya seni tradisional dan moden rakyat Maldives.
Galeri seni ini bukan sahaja mempamerkan karya seni tetapi senibina bangunan itu sendiri sudah cukup unik untuk dihayati.
Ia merupakan salah satu bangunan tertua yang tertua di Male dengan menggunakan panel ukiran kayu yang begitu menakjubkan!
Oleh itu galeri seni ini dibina bukan sahaja untuk menarik pelancong tetapi untuk memelihara mercu tanda bersejarah tersebut.
Sekitar tahun 1995 hingga 2005, galeri ini merupakan galeri milik swasta yang pertama di Maldives. Tanpa disedari penubuhannya telah membuka sinar kepada semua seniman untuk menonjolkan bakat mereka. S
Selain menghayati karya seni lukis anda juga boleh menyaksikan persembahan muzik di Esjehi Gallery Cafe.
- Lihat Hotel | Lihat Peta | Medhuziyaarai Magu, Malé, Maldives
- Bayaran muzium adalah 500 INR untuk dewasa
- Waktu Operasi: Dibuka dari 9 pagi hingga 5 Petang
Pulau Vaadho
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 19 Sea of Star:](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Sea-of-star-Vaadhoo-Rohidas-Sanap.jpg)
Vaadho Island cukup terkenal dengan fenomena alam yang sering berlaku pada waktu malam.
Pulau yang terletak di Raa Atoll ini bakal mengeluarkan Lautan Bintang atau ‘Sea of Stars’’ yang dihasilkan oleh spesies phytoplankton iaitu dinoflgellates.
Fenomena yang luar biasa ini dapat dilihat pada waktu malam, di mana air lautnya akan bertukar warna seolah-olah warna neon biru elektrik serta berkelip-kelipan hasil pantulan daripada cahaya bulan!
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 20 Pemandangan pantai pulau Vaadhoo](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Sea-of-star-Vaadhoo-Alnilam-Lewis.jpg)
Anda seolah-olah berjalan di atas ribuan bintang yang bewarna biru di sepanjang pesisiran laut Pulau Vaadho ini. Pada waktu siang pula anda bakal terpesona dengan warna air lautnya yang begitu jernih.
Destinasi ini begitu menenangkan ekoran daripada jumlah penduduknya yang tidak ramai iaitu sekitar 500 orang sahaja.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | VX6Q+H9 Vaadhoo, Maldives
Utheemu Ganduvaru
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 21 Utheemu Ganduvaru Abdul Muhaimin](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Utheemu-Ganduvaru-Abdul-muhaimin.jpg)
Utheemu Ganduvaru merupakan tarikan kategori sejarah yang cukup menarik dan menjadi kebanggaan bagi rakyat Maldives.
Destinasi ini adalah istana kayu milik Sultan Mohamed Thakurufaanu yang telah berperang selama lapan tahun bagi mengusir Portugis yang datang menjajah pada tahun 1558 hingga 1573.
Selepas mengecapi kemenangan beliau telah dijadikan sebagai sultan dan memerintah Maldives selama 12 tahun hingga kemangkatannya.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 22 Utheemu sebenarnya adalah sebuah atol](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Utheemu-Ganduvaru-Foizul-Kabir.jpg)
Baginda begitu dihormati dan disayangi oleh rakyat kerana bersifat bertimbang rasa, adil dan prihatin terhadap kesejahteraan rakyat.
Istana kayu yang berusia 500 tahun ini merupakan tempat baginda dilahirkan dan dibesarkan. Untuk ke destinasi ini, anda boleh memilih untuk menaiki pesawat, feri atau bot laju.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Koshimagu Ha. Atoll, 01140, Maldives
Banana Reef
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 23 Banana Reef](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Banana-Reef.jpg)
Apa ertinya bercuti ke Maldives jika tidak menyelam skuba ke dasar lautannya yang dipenuhi dengan pelbagai spesies hidupan laut yang bewarna-warni.
Banana Reef merupakan sebuah lokasi yang paling popular dalam kalangan penyelam dan pencinta laut.
Banana Reef yang terletak di Atol Male Utara ini mendapat nama ekoran daripada kedudukan geografinya yang melengkung seperti buah pisang!
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 24 Banana Reef Coral](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Banana-Reef-Coral.jpg)
Bukan sahaja sesuai untuk menyelam, di sini turut dipenuhi dengan pelancong yang bersnorkeling untuk melihat kawanan ikan seperti ikan Giant Squirrelfish, Ikan Sweetlips Oriental dan Ikan Napoleon Wrasse.
Antara destinasi menyelam yang popular di Atol Male Utara adalah Sunlight Thila untuk berenang bersama-sama pari manta dan Rasfari yang menjadi habitat kepada Ikan Pari Elang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6GMM+GGW, Malé, Maldives | Kos Menyelam dari $67 seorang
Whale Submarine
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 25 Pastinya menjadi satu pengalaman yang sangat menyeronokkan](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Whale-Submarine.jpg)
Whale Submarine merupakan sebuah kapal selam yang digunakan untuk tarikan pelancongan yang membawa para pelancong meneroka ke dasar laut!
Perjalanan selama 45 minit ke bawah laut begitu menakjubkan untuk anda cuba.
Whale Submarine yang boleh bergerak ke dasar sejauh 150 meter ini bakal membawa anda bersiar-siar ke Taman Laut Maathila, Tear Drop Reef dan melihat kapal karam Maldives Victory serta kapal karam Fuku Maru.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 26 Peluang terbaik dapat menyelam dengan Whale Submarine](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Whale-Submarine-2.jpg)
Berbicara tentang aspek keselamatan dan kemudahan, anda bakal selesa selama perjalanan tersebut kerana kemudahan yang disediakan begitu ekslusif dan setaraf dengan sebuah pesawat.
Tambahan lagi, tarikan ini semestinya memberikan pengalaman bercuti yang begitu berbeza dan istimewa buat anda.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Boduthakurufaanu Magu, Malé, Maldives | Tiket: dari $45 ke $85 untuk seorang dewasa
Masjid Agung Jumaat
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 27 Masjid Al-Sultan Muhammad Thakurufaanu Al-Arzam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Male-Maldives-Mosque.jpg)
Dikenali juga sebagai Masjid Al-Sultan Muhammad Thakurufaanu Al-Arzam: Majoriti rakyat Maldives merupakan Muslim Sunni dan menerima pengaruh budaya dari India Selatan, Sinhala dan Arab. Jadi tidak hairanlah jika masjid merupakan salah satu tarikan yang perlu dilawati apabila anda menjejakkan kaki ke ibu kotanya.
Masjid Agung Jumaat ini dirasmikan pada tahun 1984 dengan bantuan daripada negara-negara Teluk, Pakistan, Brunei dan Malaysia.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 28 Masjid Hukuru Miskiy](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Masjid-Hukuru-Miskiy.jpg)
Jika masjid di negara lain kaya dengan pelbagai seni ukir yang menghiasi dinding masjid, berbeza pula di sini kerana masjid ini tiada sebarang hiasan pada bangunannnya! Ia merupakan masjid yang terbesar di Maldives yang mampu menampung sekitar 5,000 orang pada satu masa.
Satu lagi masjid yang anda patut kunjungi adalah Haruku Miskiiy yang merupakan masjid tertua di Maldives yang dibina menggunakan kayu-kayan dari luar negara dan batu karang.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Orchid Magu, Malé, Maldives
Makan Di Restoran Bawah Laut
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 29 Ithaa Undersea Restaurant](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/Ithaa-Undersea-Restaurant-Landscape.jpg)
Sungguh luar biasa tarikan yang satu ini, di mana anda berpeluang untuk menikmati hidangan makan siang dan makan malam di bawah laut dengan pemandangan bermacam spesies hidupan laut yang unik!
Restoran Ithaa Undersea menawarkan pemandangan bawah laut 180 darjah yang pertama di dunia dan memenangi Anugerah Global di Anugerah Restoran Mewah Dunia 2017.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 30 Restoran dibawah laut di Maldives yang memenangi anugerah](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/ithaa-undersea-restaurant.jpg)
Subsix pula menawarkan pemandangan sehingga 20 kaki di bawah Lautan Hindi. Seterusnya, SEA yang menawarkan wain bawah tanah yang pertama di dunia serta menghidangkan masakan gourmet antarabangsa.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 31 Terletak di pinggiran Conrad Maldives Rangali Island](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/ithaa-aerial.jpg)
Restoran 5.8 Undersea merupakan restoran bawah laut yang terbesar di dunia.
Menikmati hidangan di restoran tersebut semestinya memberikan sebuah kenangan yang kekal di ingatan sepanjang hayat anda!
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | JP8F+6H9, Conrad Rangali Island 20077, Maldives
Bersantai di Sandbank
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 32 White Sandbank](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/White-sandbank-Naseeh-Naseem.jpg)
Berkunjung ke Maldives tidak lengkap sekiranya anda tidak melawat ke White Sandbank yang begitu indah dan bersih!
White Sandbank atau lebih dikenali sebagai Sandbank ini merupakan timbunan pasir yang muncul apabila fenomena air surut berlaku di kawasan tersebut.
Keadaannya yang berpasir putih bakal memukau pandangan anda, tambahan lagi terumbu karang yang mengelilingi kawasan tersebut.
![Pulau Maldives: Percutian Honeymoon Terbaik di Dunia? [PANDUAN] 33 Pasir memutih, langit membiru, air jernis kristal](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2020/02/White-sandbank-2.jpg)
Aktiviti yang sering dilakukan di sini adalah berjemur, bersantap menu tengahari serta bergambar.
Pengalamannya begitu berbeza sekali apabila menikmati hidangan tengahari di tengah-tengah Laut Hindi ini.
Anda dinasihatkan untuk memakai losyen pelindung sinaran uv yang cukup apabila berkunjung ke sini, kerana suhu di Maldives agak tinggi.
Tahukah anda di Malaysia juga ada Sandbank iaitu Timba-Timba yang disamakan dengan White Sandbank Maldives ini. Kami kurang pasti perbandingan ini anda boleh ketahui selanjutnya dalam artikel Pulau-Pulau di Sabah.
- Lihat Penginapan | Lihat Peta | Kaafu Atoll, North Male Atoll, Maldives
Bersambung…