Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

5 Perkara Menarik di Moon Kissed By The River

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
14 Oktober, 2024
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
3.6k 37
A A
0
Melancong-di-Moon-Kissed-By-The-River
3.8k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apa Yang menarik di Moon Kissed By The River? Trend ber’camping’ dalam kalangan rakyat Malaysia semakin mendapat sambutan hangat.

Malah ada pihak yang turut mengadakan pertandingan untuk kategori khemah paling cantik!

Aktiviti ini begitu menarik untuk anda lakukan bersama ahli keluarga atau rakan-rakan, semakin ramai yang join semakin meriah lah tapak perkhemahan anda.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tambahan lagi, aktiviti ini boleh ‘buat kawan’ apabila anda saling merisik khabar khemah masing-masing.

Seperti yang kita tahu daerah Hulu Langat begitu kaya dengan tarikan alam sekitar, jadi tidak hairanlah jika terdapat salah satu tapak perkhemahan yang digemari ramai di sini.

Berkelah-di-Moon-Kissed-By-The-River

  • Lihat Penginapan Terbaik di Hulu Langat
  • Lihat Aktiviti Menarik di Hulu Langat
  • Lihat Peta Percutian Moon Kissed By The River

Moon Kissed by The River ini terletak di Sungai Semungkis, Hulu Hangat dan mula beroperasi sejak tahun 2021.


Glamping Moon Kissed By The River

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River-Dean
Glamping Moon Kissed By The River | Imej oleh: Dean

Aktiviti glamping boleh dikatakan sebagai free and easy kerana menawarkan pengalaman berkhemah yang sama tetapi lebih mewah. Kenapa lebih mewah?

Kerana anda hanya perlu menyediakan wang untuk membayar kos penginapan anda dan akan disediakan dengan kelengkapan yang serba lengkap dan selesa! Anda tidak perlu bimbang untuk memasang khemah sendiri ye, segalanya sudah tersedia.

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River-5

Moon Kissed by The River ini menyediakan beberapa khemah glamping dengan pilihan harga bermula RM350 hingga RM650 untuk hari biasa dan RM400 hingga RM700 unti hari cuti serta mengikut saiz khemah yang sesuai dengan bilangan ahli anda.

Antara pilihan tersebut adalah Bakawali 1 & 2 & 3, Rafflesia 1 & 2 dan Chempaka 1 & 2 & 3 & 4 dan jarak dengan kawasan sungai adalah berbeza.

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River-6

Khemah yang dihiasi dengan begitu estetik ini dilengkapi dengan tilam, kipas, pendingin hawa, sambungan elektrik, bilik mandi, kelengkapan BBQ, Unggun api persendirian, Ice Cubes & Ice Box serta set sarapan pagi untuk hari pertama.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Untuk kelengkapan memasak pada waktu lain anda boleh bawa sendiri.

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River

Jika anda membuat tempahan slot glamping ini seolah-olah anda mendapat layanan kelas VVIP, di mana anda boleh meminta untuk meletakkan kenderaan dalam glampsite.

Aktiviti glamping lebih sesuai kepada mereka yang ingin merasai pengalaman berkhemah tetapi dalam suasana yang mewah dan estetik!


Camping Moon Kissed By The River

camping-Moon-Kissed-By-The-River-3

Ingin merasai pengalaman berkhemah yang lebih real atau anda seorang yang sukakan aktiviti lasak, bolehlah menempah slot untuk tapak perkhemahan!

Dengan bayaran RM50 anda boleh mendapatkan tapak untuk anda mendirikan khemah!

camping-Moon-Kissed-By-The-River-MA-AB
Imej oleh: MA-AB

Berbeza dengan Glamping, pilihan yang ini memberi keselesaan mengikut cara anda yang tersendiri dan sesuai untuk mereka yang lebih adventurous!

Kini dengan adanya berbagai rujukan dan pilihan, rata-rata khemah yang dijual begitu estetik dan tidak kurang hebatnya.

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River-2

Anda boleh melihat di media sosial pelbagai reka bentuk dan warna khemah serta peralatan berkhemah yang ditunjukkan oleh geng aktiviti berkhemah ini.

Jangan risau jika anda tidak mempunyai peralatan untuk berkhemah, kerana di sini turut menyediakan khidmat menyewa khemah.

Tetapi anda perlu membuat tempahan awal sebelum datang ke sini kerana jumlah khemah yang tersedia adalah terhad.

Menariknya jika anda memilih untuk berkhemah di sini kerana anda boleh memilih tapak untuk mendirikan khemah sama ada berdekatan dengan sungai atau di kawasan lain.

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River-3

Antara kelengkapan yang disediakan adalah sambungan elektrik, sinki serta bilik mandi. Ingin menikmati suasana malam yang lebih asyik, pilihlah lokasi berdekatan sungai.

Pasti lebih lena tidur anda bertemankan bunyi deruan air sungai dan unggas.


Aktiviti Menarik di Moon Kissed By The River

Moon-Kissed-By-The-River-Mohd-Aliff-Mohd-Hamidi
Imej oleh: Mohd Aliff Mohd Hamidi

Ada orang apabila berkhemah mereka lebih suka bersantai menikmati kopi di khemah sahaja. Tapi ada juga yang berkhemah dan aktif melakukan aktiviti. Tambahan lagi jika anda membawa kanak-kanak pasti mereka tidak duduk diam di khemah masing-masing!

Di sini anda boleh berendam di dalam sungainya, melakukan aksi tarzan atau melakukan aksi terjunan.

Moon-Kissed-By-The-River-Waterfall

Aktiviti mandi-manda di sungai pasti tidak dilepaskan apabila berkhemah. Selain itu, anda boleh bermain bola tampar di dalam sungai, pasti lebih thrill! Bagi penggemar aktiviti lasak, anda juga boleh melakukan aktiviti jungle treking atau hiking di kawasan hutan yang berdekatan.

Moon Kissed by The River sering dipilih oleh kumpulan besar untuk berkhemah kerana mempunyai 30 tapak khemah seluas 10×9 hingga 15×17 mengikut saiz khemah. Tambahan lagi ia sesuai jika anda ingin melakukan aktiviti team building, sambutan hari keluarga atau kem motivasi.


Tips Penting di Moon Kissed By The River

camping-Moon-Kissed-By-The-River-1

Dah namanya kawasan hutan, jadi jangan mengharapkan coverage telefon yang baik di sini ye. Mengikut pihak pengurusan, sambungan Celcom sahaja yang berfungsi di kawasan ini.

Anda dibenarkan untuk check-in pada jam 2 petang dan check-out pada jam 12 petang dan akan dikenakan cas RM20 jika check-out melebihi jam 6 petang.

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River-4

Berdekatan dengan glamping Rafflesia 2 terdapat sebuah surau untuk kegunaan pengunjung dan banyak lampu-lampu kecil di setiap tapak sebagai sumber pencahayaan.

Mereka turut mempunyai sebuah kafe kecil yang beroperasi pada jam 8 pagi hingga 10 malam. Mereka turut menjual pelampung kanak-kanak dan bola untuk anda berseronok di sungai.

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River-Khiarul-Izhari
Cafe | Imej oleh: Khiarul Izhari

Memandangkan lokasi ini antara tapak perkhemahan yang popular, anda dinasihatkan untuk membuat tempahan awal sekitar 2 ke 3 minggu apabila hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah.

Untuk mengetahui tarikh yang masih available, anda boleh juga lawati laman instagram mereka.

Glamping-Moon-Kissed-By-The-River-Cooking

Pihak Moon Kissed turut menyediakan pakej Daytrip Camping pada hari isnin hingga jumaat yang bermula seawal jam 10 pagi hingga 6 petang.

Bayaran yang dikenakan adalah RM50/5pax untuk tapak dan fly sheet. Tambahan sebanyak RM5/pax untuk dewasa dan RM3/pax untuk kanak-kanak.

Bersambung…

Tags: 1.5RMoonkissed by the river campingMoonkissed By The river glampingMoonkissed By The River review
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Kuala Selangor Terkini

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.9k
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Bangi Terkini

  Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?...

Oleh: Hadi Ghazali
14 Mei, 2026
19.6k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
35.5k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
88.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
31.3k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87.8k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
25.2k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
94.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my