fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
SEBUTHARGA
PAKEJ TERKINI
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
  • Malaysia
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Pulau
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Indonesia Pakej Padang

Percutian Pakej Padang Bukittinggi: 5 Aktiviti Popular Pelancongan No 1

Mohd Abd Hadi Oleh: Mohd Abd Hadi
30/03/2021
Kategori: Pakej Padang
Masa Bacaan: 2 mins read
493 5
A A
23
Jam Gadang
447
SHARES
519
VIEWS
FacebookTwitterPin
IKLAN / ADVERTISEMENT

Anai Valley

Pin

  • 1 Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan di Bukittinggi Padang?
    • 1.1 1 . Nikmati suasana dan pemandangan berbeza di Kelok 44
    • 1.2 2 . Beli belah di Pasar Aur Kuning
    • 1.3  3 . “Big Ben” Pakej Padang Bukittinggi – Jam Gadang
    • 1.4 4 . Food Hunting
    • 1.5 5 . Kedai Sulam Hajah Rosma

Pakej Padang Bukittinggi: Bagi Indonesia, Padang adalah salah satu syurga pelancongan selain Medan. Setanding itu, kami mengakui kebenarannya.

Padang membawa anda ke sebuah percutian yang cukup berbeza dan mempunyai keunikan sendiri.

Padang, Bukittinggi dan Maninjau akan memberikan anda panorama dan keindahan alam yang sangat mempesona.

Pakej Percutian Padang Indonesia

Padang juga kaya dengan kebudayaanya dan kami sendiri tidak dapat menafikan kehebatan masakan serta hidangan yang disediakan, sungguh sedap dan lazat.


Apakah Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan di Bukittinggi Padang?

Rumah Gadang Padang Panjang

Bukittinggi merupakan sebuah destinasi tumpuan pelancong apabila datang berkunjung ke Indonesia.

Bukittinggi terletak di kota Padang di Sumatera Barat. Sebutan nama tempat ini sama dengan satu destinasi percutian di Malaysia iaitu Bukit Tinggi yang terletak di Pahang.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Walaupun namanya sama, namun apa yang disajikan di Bukittinggi ini tidak sama dengan apa yang disajikan di Bukit Tinggi.

Jika di Bukit Tinggi, anda boleh temukan bangunan dan suasana seolah-olah anda berada di Perancis. Jadi, apa yang ada di Bukittinggi?

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan dengan anda apa aktiviti yang menarik di Bukittinggi Padang.


1 . Nikmati suasana dan pemandangan berbeza di Kelok 44

Kelok 44 Panorama

Untuk tiba di Keluk 44, perjalanannya seolah-olah perjalanan untuk anda ke Cameron Highlands.

Ia mempunyai jalan yang curam dan berlereng. Disini anda boleh menikmati cuaca yang sejuk dan udara yang menyegarkan.

Anda juga akan disajikan pemandangan sawah padi dan gunung berapi yang masih aktif. Di kawasan ini juga anda dapat melihat banyak pokok cinnamon atau nama lainnya iaitu pokok kulit kayu manis.

Aktiviti yang boleh anda lakukan disini lebih tertumpu kepada melihat pemandangan dan juga membeli cenderahati berasaskan bunga cengkih dan kayu manis.


2 . Beli belah di Pasar Aur Kuning

Pasar Aur Kuning

Bagi anda yang suka shopping, disini merupakan lokasi terbaik untuk anda memuaskan diri anda dengan shopping sepuas hati anda.

IKLAN / ADVERTISEMENT

Anda boleh temukan berbagai barang-barang seperti tudung, blouse, kain sulam, perhiasan rumah, baju kaftan dan berbagai lagi.

Disini jugalah tempat dimana peniaga dari Bandung memborong barang-barang untuk mereka jual kepada pengunjung.

Jika anda bukanlah seorang yang suka membeli-belah, apa salahnya jika anda singgah untuk menjamu mata kan? Mana tahu tiba-tiba ada barang yang menarik minat anda.  


 3 . “Big Ben” Pakej Padang Bukittinggi – Jam Gadang

Jam Gadang

IKLAN / ADVERTISEMENT

Kalau di London, terdapat menara jam yang dikenali sebagai Big Ben. Di sini pula, anda boleh temukan menara jam yang dikenali sebagai Jam Gadang.

Ia merupakan mercu tanda Bukittinggi. Apa yang boleh anda lakukan disini? Selain dari mengambil gambar sebagai kenangan dengan berlatar belakang Jam Gadang, anda juga boleh menyewa kereta kuda dan juga beca untuk bersiar-siar di kawasan sekitar.

Lokasi ini memang sangat meriah dan sentiasa penuh dengan pengunjung kerana ia berdekatan dengan sebuah lagi lokasi membeli belah iaitu Pasar Atas.


4 . Food Hunting

Rumah Makan Lamun Ombak

Haa.. Dah masuk bahagian paling best apabila pergi bercuti iaitu food hunting.

Masakan Padang atau Minang merupakan diantara masakan yang sangat enak dan menyelerakan dan sangat sesuai dengan citarasa pengunjung terutamanya yang datang dari Malaysia.

Antara lokasi yang kami ingin cadangkan kepada anda adalah:

  • Rumah Makan Lamun Ombak. Jangan lupa untuk menikmati hidangan sambal hijau disini. Memang padu!
  • Restoran Tengah Sawah. Ia menghidangkan masakan Minang yang sangat enak dan yang lebih menariknya adalah ia terletak di tengah sawah.

 


5 . Kedai Sulam Hajah Rosma

Kedai Sulam Hajah Rosma

Kedai Sulam Hajah Rosma | CC:Hijrah HatiQu


Baca Juga: Tempat Menarik Di Padang & Bukittinggi Indonesia

Bagi anda yang gemarkan kain sulam, anda wajib mengunjungi Kedai Sulam Hajah Rosma.

Kain sulam dan kain tenung disini sangat cantik dan pasti ada yang mampu untuk menarik minat anda. Harga hasil tenunan disini agak mahal sedikit namun kualitinya memang tidak dapat dinafikan.

Nampak kan perbezaannya dengan Bukit Tinggi di Pahang dengan Bukittinggi di Padang?

Nama yang sama tapi pengalaman dan suasana yang ditawarkan sangat berbeza. Bagi kami, ia sangat sesuai bagi anda yang inginkan kelainan dalam percutian anda.

Disini, anda dapat menikmati pemandangan dan masakan serta lebih menyelami budaya masyarakat disini.

Ia juga sangat sesuai buat mereka yang ingin membeli-belah hasil tenunan dan juga berbagai barang lain. Sekian sahaja artikel kali ini berkaitan dengan aktiviti yang menarik di Bukittinggi Padang.    

Pakej Percutian Padang Indonesia

Kongsi179Tweet112Pin40
Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my Telegram Melancong.my
Sebelumnya

Pulau Sipadan Malaysia: 8 Pekara Wajib Tahu Sebelum Ke Pulau Terbaik Di Dunia

Seterusnya

Pakej Honeymoon Kota Kinabalu: Cadangan 3 Hari 2 Malam

Mohd Abd Hadi

Mohd Abd Hadi

Suka meneroka perkara yang baru. Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Grand Mosque of West Sumatra
Pakej Padang

20 Tempat Menarik Di Padang & Bukittinggi Indonesia [HOT & RARE]

  Padang, ibukota provinsi Sumatera Barat Indonesia, terletak di pantai barat Sumatra. Sebahagian kawasan di bandar lamanya mempunyai bangunan kolonial...

Oleh: Mohd Abd Hadi
30/03/2021
14.3k
Rumah Gadang
Pakej Padang

10 Tempat Menarik Di Sumatera Barat Indonesia

Tempat Menarik di Sumatera Barat merupakan salah satu kawasan yang paling indah di Indonesia. Ianya merupakan kawasan bergunung-ganang dan dibahagikan...

Oleh: Mohd Abd Hadi
30/03/2021
608
Selanjutnya
Seterusnya
Faizul Hisham

Pakej Honeymoon Kota Kinabalu: Cadangan 3 Hari 2 Malam

Sabah Desa Cattle - New Zealand Malaysia

Pakej Kota Kinabalu: Percutian Popular Yang Menyeronokkan [VIRAL]

0 0 vote
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
23 Komen
Popular
Terbaru Lama
Inline Feedbacks
View all comments
IKLAN / ADVERTISEMENT

Cadangan

Suasana Malam di Kuching

Cadangan Itinerary Terbaik Percutian Pakej Kuching Sarawak 4 Hari 3 Malam

24/02/2021
2.5k
Museum-Tsunami-at-night-in-Banda-Aceh

5 Tempat Paling Menarik Banda Aceh Indonesia

26/03/2021
416
Perkampungan Klasik Korea Selatan

Pakej Korea Musim Salji: Cadangan Percutian 5 Hari 4 Malam [POPULAR]

29/03/2021
2.9k
amalfi-coast-italy

20 Aktiviti & Tempat Menarik di Itali Serta Tips Percutian Terbaik [Panduan Lengkap]

10/06/2020
1.5k
IKLAN / ADVERTISEMENT

Sertai Telegram

Dapatkan tips & promo percutian terkini dihantar terus ke Telegram anda.

Telegram

Follow

Langgan Artikel

Network

  • Kenyir Eco
  • Malaysia Cruise
  • Sabah Trans

Pautan

  • Newsletter
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

Tentang Kami

Melancong.com.my adalah sebuah jenama & laman online info panduan pelancongan. Ianya dikendalikan oleh syarikat pelancongan iaitu Hadigo Travel And Tours Sdn Bhd

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2021 Melancong.my - Direka oleh Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
23
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Reply