fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Halaman Indonesia Pakej Padang

20 Tempat Menarik Di Padang & Bukittinggi Indonesia [HOT & RARE]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
15 Februari, 2022
Kategori: Pakej Padang
Masa Bacaan: 6 mins read
677 32
A A
57
Grand Mosque of West Sumatra
23.4k
VIEWS
FacebookTwitterPin
Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini Pakej Promo Terkini

 

Padang, ibukota provinsi Sumatera Barat Indonesia, terletak di pantai barat Sumatra.

Sebahagian kawasan di bandar lamanya mempunyai bangunan kolonial Belanda dan bot nelayan di sekitar pelabuhan dan sungai Batang Arau. Padang juga adalah bandar urban Indonesia yang diapit di antara Lautan Hindi dan Bukit Minangkabau.

Padang telah menjadi pusat perdagangan sejak abad ke-16, yang telah dikendalikan oleh Kerajaan Pagaruyung dan Kesultanan Aceh.

Pada abad ke-16 dan ke-17 lada ditanam dan didagangkan dengan India, Portugal, United Kingdom dan Belanda. Oleh sebab itu juga Padang dikenali sebagai pelabuhan rempah.

Pakej Percutian Padang Indonesia

  • Lihat Pakej Percutian Padang
  • Lihat Penginapan Terbaik di Padang
  • Lihat Peta Percutian Padang

Pada tahun 1663, bandar ini dibawah kuasa Belanda dan pos perdagangan dibina pada tahun 1680. Bandar ini berada di bawah Kerajaan British sebanyak dua kali, pertama dari 1781 hingga 1784 semasa Perang Anglo-Belanda Keempat, dan sekali lagi dari 1795 hingga 1819 semasa Perang Napoleon.

Ada banyak sejarah menarik yang berlaku di Padang termasuklah kesan kemusnahan disebabkan tsunami pada 1794 dan gempa bumi 2009.

Pin

  • 1 Pulau Pasumpahan
  • 2 Muzium Adityawarman
  • 3 Pantai Carolina Bungus (Carolina Beach)
  • 4 Grand Mosque of West Sumatra
  • 5 Pantai Padang
  • 6 Sitti Nurbaya Bridge
  • 7 Jambak Sand Beach
  • 8 Nirwana Beach
  • 9 Pagaruyung Palace
  • 10 Taman Siti Nurbaya
  • 11  Air Terjun Sarasah
  • 12 Gunung Padang
  • 13 Air Terjun Lubuk Hitam
  • 14 Lubuak Tampuruang
  • 15 Air Terjun Ngungun Saok
  • 16 Pantai Sako
  • 17 Masjid Raya Ganting
  • 18 Monumen Merpati Perdamaian
  • 19 Lubuk Minturun
  • 20 Yangi Beach Cafe
Pun begitu ia menarik ramai pelancong untuk melihat sendiri tempat bersejarah dan tempat menarik di Padang.


Pulau Pasumpahan

Pulau Pasumpahan
Sebuah pulau kecil yang sunyi dan memiliki pasir putih dengan pemandangan yang sangat eksotik

Pasumpahan merupakan sebuah pulau yang terletak di kawasan Bungus, di daerah Sumatra Barat. Ia juga terletak sekitar 200m dari Pulau Sikuai yang merupakan sebuah lagi kawasan tarikan pelancong.

Antara tarikan utama Pasumpahan adalah pantainya yang mempunyai pasir putih serta terumbu karang yang meningkatkan lagi keunikan destinasi ini. Kami akui yang pulau ini agak kecil saiznya. Tapi, kecantikannya memang tak boleh disangkal.

Lautannya sangat jernih dan anda akan nampak warna-warna hijau dan biru berselang seli di permukaan air. Cuma, satu saja masalah yang perlu diperbaiki disini. Pihak berkuasa tempatan perlu mengetatkan lagi undang-undang berkenaan pembuangan sampah. The rest is awesome!


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | South Teluk Kabung, Bungus Teluk Kabung, Padang City, West Sumatra, Indonesia

  • Tiket: Sekali lawatan termasuk bot, dan makan Rp250.000

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad. 8.00 am – 5.00 pm

Muzium Adityawarman

Muzium Adityawarman
Muzium Adityawarman secara rasmi dikenali sebagai Muzium Negeri Sumatera Barat | CC: Ikhvan

Muzium ini merupakan sebuah muzium yang terletak didalam sebuah bangunan kayu yang cantik. Ia mempunyai beberapa bilik yang memaparkan pameran yang mempunyai konsep yang berbeza.

Antara konsep atau topik pameran yang ada adalah journalism, tsunami, tradisi setempat dan beberapa lagi. Menariknya berkenaan pameran disini adalah, ia sangat mesra pelancong kerana penerangan turut disediakan dalam Bahasa Inggeris.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jalan Diponegoro No. 10, Belakang Tangsi, Padang Barat, Belakang Tangsi, Kec. Padang Bar., Kota Padang, Sumatera Barat 25114, Indonesia

  • Tiket:  Rp3.000 untuk dewasa

  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad. 8.00 am – 3.00 pm | Isnin ditutup

Pantai Carolina Bungus (Carolina Beach)

pantai carolina bungus
Pantai Caroline terletak di Teluk Bungus, sebelah Selatan Kota Padang, Provinsi Sumatera Barat

Pantai ini terletak sekitar 40 minit perjalanan dari pusat bandar Padang. Ada banyak cara untuk anda datang ke sini. Anda boleh menaiki bas berwarna biru gelap yang dikenali sebagai ankot pada harga 6000 rupiah atau menaiki teksi pada kadar 90000 rupiah.

Pantai disini sangat bersih dan anda pastinya akan menikmati kedamaian bila berada disini. Ia merupakan diantara port terbaik untuk anda menikmati pemandangan matahari terbenam. Airnya juga agak tenang.

Jadi, anda boleh berenang disini. Namun, anda perlu sediakan makanan anda sendiri kerana tiada restoran di kawasan sekitar. Lepas dah penat berenang, mesti lapar kan?


  • Lokasi: [Lihat Hotel] | [Lihat Peta] |Jl. Padang Painan, Bungus Selatan, Bungus Teluk Kabung, Bungus Sel., Bungus Tlk. Kabung, Kota Padang, Sumatera Barat 25226, Indonesia

  • Tiket:  Percuma

  • Waktu Operasi: Isnin – Ahad

Grand Mosque of West Sumatra

Grand Mosque of West Sumatra
Ia adalah masjid terbesar di Sumatera Barat, dan masjid kedua terbesar di Sumatra. Ia terletak di Kecamatan Padang Utara, Sumatera Barat | CC: Ikhvan

Grand Mosque of West Sumatra atau Masjid Raya Sumatra Barat merupakan sebuah masjid yang menjadi “landmark” di Padang. Berdasarkan fakta, ia merupakan masjid yang paling besar yang dibina di Sumatra Barat dan merupakan masjid kedua terbesar di Sumatra.

Jadi, tak hairanlah jika ia dikenali sebagai Grand Mosque. Dari segi rekaan, ia diinspirasikan oleh kain yang telah digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W didalam kisah baginda menyelesaikan masalah 4 ketua puak yang berebut untuk meletakkan semula Hajarul Aswad di Kaabah.

Selain itu, ia turut mengetengahkan rekaan Minangkabau pada binaannya. Ia merupakan diantara pilihan terbaik untuk anda menunaikan ibadah solat terutamanya jika anda berada dikawasan sekitarnya.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Khatib Sulaiman, Alai Parak Kopi, Kec. Padang Utara, Kota Padang, Sumatera Barat 25173, Indonesia

  • Tiket:  Percuma

  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad

Pantai Padang

Pantai Padang
Padang Beach atau lebih dikenali sebagai Taplau adalah pantai yang terletak di bandar Padang, Sumatera Barat, Indonesia

Padang Beach merupakan sebuah pantai yang sangat bersih dan luas. Ia mempunyai laluan pejalan kaki yang biasanya akan digunakan oleh orang ramai untuk bersiar-siar atau jogging.

Disini anda boleh temukan sebuah pasar ikan yang menjual ikan segar yang ditangkap oleh nelayan. Selain itu, anda juga boleh temukan banyak restoran disekitar sini. Antara menu yang paling popular adalah menu yang bertemakan ikan.

Anda juga boleh menikmati hidangan makanan jalanan yang ada disini. Ia merupakan sebuah tempat yang sangat sesuai untuk anda lepak bersama kawan-kawan dan juga keluarga. Ia sangat sesak dengan pengunjung terutamanya pada hujung minggu.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Purus, West Padang, Padang City, West Sumatra 25115, Indonesia

  • Tiket:  Percuma

  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad

Sitti Nurbaya Bridge

JAMBATAN SITTI NURBAYA
Jembatan Siti Nurbaya terletak di atas sungai Batang Arau Kota Padang Sumatera Barat sepanjang +/- 156 meter

Jambatan Sitti Nurbaya ini tidaklah terlalu menarik atau mengagumkan. Namun, ada beberapa tarikan lain yang menjadikan Jambatan Siti Nurbaya ini sebagai sebuah destinasi yang kerap dikunjungi pelancong.

Menerusi jambatan ini, anda boleh menikmati pemandangan memukau Sungai Batang Arau terutamanya pada waktu matahari terbit dan juga terbenam. Selain itu, anda boleh menikmati pemandangan bot-bot pemancing berwarna merah dan biru di sepanjang sungai ini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Kp. Batu, Batang Arau, Kec. Padang Sel., Kota Padang, Sumatera Barat, Indonesia

  • Tiket:  Percuma

  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad

Jambak Sand Beach

PANTAI PASIR JAMBAK
Pantai Pasir Jambak terletak 20 Km di utara pusat bandar dengan jalan Padang-Bukittinggi

Rasanya semua akan bersetuju dengan kami jika kami nyatakan bahawa Padang mempunyai begitu banyak pantai. Salah satu destinasi yang kami sarankan anda adalah Pantai Pasir Jambak.

Ia merupakan sebuah destinasi yang sesuai buat anda yang ingin berehat dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Ia juga mempunyai banyak lokasi yang agak menarik untuk anda mengambil gambar.

Selain itu, ia juga mempunyai tarikan lain seperti pondok-pondok untuk anda berehat. Anda juga boleh temukan banyak peniaga jalanan di sekitarnya.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Teratai, Pasie Nan Tigo, Kec. Koto Tangah, Kota Padang, Sumatera Barat 25586, Indonesia

  • Tiket:  Percuma

  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad

Nirwana Beach

Nirwana Beach
Terkenal dengan pantai berpasir yang luas, pemandangan laut yang cetek dan pemandangan matahari terbenam | CC: Jeromi Mikhael

 Pantai Nirwana ini terletak sekitar 10 km daripada pusat bandar. Menariknya bila anda dalam perjalanan menuju kesini, anda akan disajikan dengan keindahan dan kesibukan Bayur Bay dan juga Lautan Hindi.

Pantai Nirwana ini sangat bersih dan merupakan antara destinasi yang sangat kami sarankan jika anda inginkan tempat untuk bersantai bersama keluarga. Disini, anda boleh lakukan banyak aktiviti atau anda boleh memilih untuk berjalan-jalan santai. Jangan lupa untuk menikmati keindahan matahari terbenam disini. Highly recommended!


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Raya Padang – Painan, Tlk. Bayur, Kec. Padang Sel., Kota Padang, Sumatera Barat 25227, Indonesia

  • Tiket:  Percuma

  • Waktu Operasi: Selasa – Ahad

Pagaruyung Palace

Pagaruyung Palace
Terletak di kecamatan Tanjung Emas dekat kota Batusangkar, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia

Pagaruyung Palace atau dalam Bahasa Minangkabau, Istano Basa Pagaruyung merupakan sebuah istana bagi sebuah kerajaan lama, iaitu Pagaruyung. Ia terletak di Tanjung Emas berdekatan dengan pekan Batusangkar.

Ia dibina dengan menggunakan konsep Rumah Gadang Minangkabau tradisional namun ditambah dengan beberapa ciri baru seperti bertingkat tiga dan mempunyai dimensi yang lebih besar berbanding dengan Rumah Gadang lain.

Sejak dari pembubarannya pada tahun 1833, ia telah rosak beberapa kali disebabkan oleh kebakaran pada tahun1804, 1966 dan juga 2007. Namun kini, ia dibina semula dan berfungsi sebagai sebuah muzium dan juga tempat tarikan pelancong.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta |Jl. Sutan Alam Bagagarsyah, Pagaruyung, Tj. Emas, Kabupaten Tanah Datar, Sumatera Barat 27281, Indonesia

  • Tiket:  Untuk dewasa adalah RP12.000

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 8.00 am – 6.00 pm

Taman Siti Nurbaya

Taman Siti Nurbaya
Pemandangan luas panorama Kota Padang dari Taman Siti Nurbaya

Taman Siti Nurbaya atau turut dikenali dengan nama Taman Gunung Padang merupakan sebuah taman yang sangat indah dan menarik. Ia terletak di kawasan tinggi dan dikelilingi oleh pepohon yang rendang dan merimbun sekaligus memberikan suasana damai buat pengunjung.

Bersesuaian dengan namanya, anda akan menemukan makam Siti Nurbaya sebelum anda sampai ke taman ini. Siti Nurbaya merupakan nama karekter utama yang ditonjolkan dalam Novel Siti Nurbaya karangan Marah Rusli yang dikatakan menjalin cinta dengan Samsulbahri namun dipaksa untuk menikahi Datuk Maringgih. Anda juga dapat menemukan Jambatan Siti Nurbaya tidak jauh dari taman ini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Batang Arau, Padang Selatan, Padang City, West Sumatra, Indonesia

  • Tiket:  Untuk dewasa adalah RP2.000

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 6.00 am – 6.00 pm

 Air Terjun Sarasah

 Air Terjun Sarasah
Air Terjun Sarasah Batimpo terletak di Desa Laing, Tanjung Harapan, berjarak kurang lebih 5 km dari pusat Kota Solok | CC: WKP

Kali ini kami akan kongsikan tarikan alam semulajadi yang ada di Padang iaitu Air Terjun Sarasah. Bila terbayang air terjun ini, pasti terasa kesegaran dan kedamaian. Itulah apa yang bakal anda rasai bila anda sampai ke sini.

Air Terjun Sarasah ini merupakan sebuah air terjun yang terletak di kaki Bukit Sarasah. Lokasinya agak tersembunyi kerana ia dikelilingi hutan. Ia juga tidak begitu jauh dari perkampungan penduduk.

Setibanya anda disini, anda akan disambut dengan bunyi deruan air terjun yang pastinya mempersona. Anda pastinya akan berasa kagum dengan bentuknya yang seolah-olah piramid dan mempunyai 7 tingkat.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Koto Baru, Indarung, Kec. Pauh, Kota Padang, Sumatera Barat 25157, Indonesia

  • Tiket:  Untuk dewasa adalah RP10.000

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 6.00 am – 6.00 pm

Gunung Padang

Gunung Padang
Gunung Padang adalah tapak megalitik yang terletak di Desa Karyamukti, Kabupaten Cianjur, Provinsi Jawa Barat | CC: Hans Hansson

Walaupun namanya adalah Gunung Padang, namun rata-rata pengunjung tahu bahawa ia adalah sebuah bukit. Tak kisahlah samada ia gunung atau bukit, yang paling penting apa yang bakal anda temukan di puncaknya sangat berbaloi untuk anda berkunjung ke sini.

Dari puncaknya, anda boleh temukan pemandangan menarik Pantai Padang dan juga Pantai Air Manis. Sekalipun jika anda berkunjung ke sini pada waktu tengahari, ia sedikit pun akan menimbulkan ketidakselesaan buat anda. Anda juga boleh temukan sebuah jalan untuk ke Pantai Air Manis dari sini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Bukit Gado-gado, Padang Selatan, Padang City, West Sumatra, Indonesia

  • Tiket:  Untuk dewasa adalah RP10.000

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 9.00 am – 6.00 pm

Air Terjun Lubuk Hitam

Air Terjun Lubuk Hitam
Air Terjun Lubuk Hitam terletak di Kelurahan Teluk Kabung Utara, sekitar 25 kilometer arah selatan Kota Padang | CC: Desrian

Sebuah lagi destinasi menarik yang boleh kami cadangkan untuk anda adalah Air Terjun Lubuk Hitam. Ia terletak di Painan, Teluk Kabung, Kota Padang. Kalau Air Terjun Sarahan adalah setinggi 7 tingkat, Air Terjun Lubuk Hitam pula adalah setinggi 3 tingkat. Airnya jernih dan alirannya tidak terlalu deras. Jadi, ia selamat untuk anda.

Kalau anda dah sampai ke sini, anda pastinya akan terpukau dengan keindahan panorama yang disajikannya. Air terjun yang mengalir deras ini menghasilkan satu bentuk fenomena seakan-akan pelangi yang akan meningkatkan lagi keindahannya. Namun, bukan setiap masa ia akan berlaku. Ada waktu-waktunya.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | North Teluk Kabung, Bungus Teluk Kabung, Padang City, West Sumatra 25237, Indonesia

  • Tiket:  Untuk dewasa adalah RP5.000

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

Lubuak Tampuruang

Lubuak Tampuruang
Air Terjun Lubuak Tempurung mempunyai air yang sangat sejuk dan menyegarkan | CC: KMST

Kalau anda nak tahu, Lubuak Tempurung adalah sebuah lagi destinasi air terjun yang menjadi tumpuan di Padang. Sakitnya untuk menuju kesini adalah, lokasinya yang agak jauh dan tidak ada penunjuk arah untuk kesini.

Untuk kesini, anda perlu berjalan kaki dan mendaki sekitar 20 minit namun anda tidak perlu risau tersesat atau apa-apa kerana pendakiannya bukanlah terlalu ekstrim. Apabila anda sudah hampir sampai ke destinasi, anda akan disambut dengan bunyi air terjun yang pastinya akan membuatkan anda semakin tidak sabar untuk segera sampai.

Air terjun setinggi 20 meter ini pasti akan membuatkan anda terpegun dan kolamnya yang berbentuk seperti tempurung ini juga agak mencuri perhatian. Jadi, anda dah tahu dari mana datangnya nama Lubuak Tempurung kan?


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | North Teluk Kabung, Bungus Teluk Kabung, Padang City, West Sumatra 25237, Indonesia

  • Tiket:  Untuk dewasa adalah RP5.000

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

Air Terjun Ngungun Saok

Air Terjun Ngungun Saok
Air Terjun Ngungun Saok Lubuk Minturun terletak di sebuah bukit yang berada di Lubuk Minturun agak tersembunyi | CC: Denny Pedia

Kalau anda pernah berkunjung ke Air Terjun Lembah Anai, anda pastinya merasakan Air Terjun Ngungun Saok ini seakan-akan mirip dengannya. Cantik tu jangan cerita lah. Memang cantik!

Kalau anda ingin mandi sambil mengambil gambar dibawah air terjun, anda perlu menyeberangi sungai menggunakan tali yang disediakan terlebih dahulu. Aliran airnya juga tidak terlalu deras namun kami ingin pesan siap-siap kepada anda untuk elakkan dari berkunjung ke sini pada hari hujan atau selepas hujan. Jalannya akan menjadi sangat licin dan aliran airnya akan menjadi sangat deras.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | North Teluk Kabung, Bungus Teluk Kabung, Padang City, West Sumatra 25237, Indonesia

  • Tiket:  Untuk dewasa adalah RP5.000

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

Pantai Sako

Pantai Sako
Pantai Sako adalah tempat riadah yang terpelihara dan sentiasa cantik dan menghijau | CC: Maosngebolang

Kalau anda nak tahu, Pantai Sako ini merupakan diantara destinasi yang baru saja dikenali ramai. Jadi, tempatnya boleh dikatakan lebih bersih berbanding dengan pantai lain yang ada.

Disini, anda boleh luangkan masa yang berkualiti bersama-sama dengan keluarga atau meluangkan masa untuk anda bersendiri. Anda boleh temukan pokok pine yang tumbuh melata disini sekitar kawasan pantai ini sekaligus menjadikannya sebagai sebuah destinasi yang agak menarik untuk anda berkelah.

Disebabkan oleh tempat ini masih baru, mungkin dari segi kemudahan asasnya agak tidak mencapai standard dan masih kurang. Apapun, pemadangan yang anda boleh nikmati disini sangat mengagumkan.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | West Bungus, Bungus Teluk Kabung, Padang City, West Sumatra 25237, Indonesia

  • Tiket:  Untuk dewasa adalah RP10.000

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 5.oo am – 7.30 pm

Masjid Raya Ganting

Masjid Raya Ganting
Masjid Raya Ganting (juga ditulis dan dilafzakan Gantiang dalam bahasa Minangkabau) terletak di Kelurahan Ganting | CC: Rahmat Irfan Denas

Masjid Raya Ganting merupakan sebuah masjid buat mereka yang beraliran Sunni. Lokasinya adalah di Ganting, Padang, Sumatra Barat.

Masjid Raya Ganting ini telah dibina pada 1805. Sekaligus menjadikan ia sebagai sebuah masjid yang tertua di Padang dan salah sebuah masjid yang tertua di Indonesia. Masjid ini telah diwartakan sebagai Hak Kebudayaan Indonesia.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Jl. Ganting No.Kelurahan, Ganting Parak Gadang, Kec. Padang Tim., Kota Padang, Sumatera Barat 25132, Indonesia

  • Tiket:  Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari

Monumen Merpati Perdamaian

Monumen Merpati Perdamaian
Monumen ini dirasmikan oleh Presiden Joko Widodo pada tarikh 12 April 2016 | CC: RMH

Dalam banyak-banyak destinasi yang ada di Padang, anda pastinya inginkan sebuah lokasi yang sesuai untuk anda berehat santai bersama keluarga atau melepak bersama-sama dengan kawan-kawan.

Jadi, kami sangat-sangat recommend untuk anda datang ke Monumen Merpati Perdamaian. Disini, anda boleh duduk di meja dan kerusi yang disediakan secara percuma dan pesan apa-apa makanan dan juga minuman daripada penjual-penjual yang ada disini. Boleh lah anda menikmati juadah-juadah tempatan.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | Pantai Muaro Lasak, Rimbo Kaluang, West Padang, Padang City, West Sumatra, Indonesia

  • Tiket:  Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 24 jam

Lubuk Minturun

Lubuk Minturun
Lubuk Minturun sebenarnya adalah sebuah kampung yang memiliki alamsemulajadi dan pemandangan yang indah

 Sebuah lagi lokasi untuk anda mandi-manda adalah di Lubuk Minturun. Airnya bersih dan tiada masalah untuk anda mandi atau bermain air.

Namun, ia bergantung kepada musim anda berkunjung ke sini. Pada musim panas dan kering, airnya sangat cetek. Jadi, tak puas untuk anda berenang. Jika pada musim biasa, anda perlu berhati-hati kerana risau anda tak perasan yang anda sedang ke bahagian yang lebih dalam dari bahagian yang cetek.

Satu lagi pesanan kami adalah, hati-hati dengan batu-batu yang ada disini kerana ia agak licin disebabkan oleh lumut yang memenuhi batu-batu tersebut.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta |Lubuk Minturun, Koto Tangah, Padang City, West Sumatra

  • Tiket:  Masuk adalah percuma

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 24 jam

Yangi Beach Cafe

Yangi Beach Cafe
Teluk Bungus yang tenang dan damai

Jika anda ke Teluk Bungus, agak susah untuk anda menemukan tempat untuk anda menikmati hidangan yang menyelerakan. Tapi, ada sebuah kafe yang mungkin akan memenuhi citarasa anda.

Walaupun kecil, Yangi Beach Cafe ternyata menjadi pilihan ramai pengunjung untuk menikmati hidangan tempatan. Disini, anda akan terpukau oleh dua perkara. Yang pertama, anda akan terpukau dengan dekorasi kafe ini sendiri dan yang kedua pula, anda akan terpersona dengan pemandangan yang anda boleh lihat dari sini.


  • Lokasi: Lihat Hotel | Lihat Peta | km.21 Bungus, Jl. Raya Padang – Painan, Bungus Sel., Bungus Tlk. Kabung, Kota Padang, Sumatera Barat 25242, Indonesia

  • Tiket:  Masuk adalah percuma | Harga hidangan berpatutan

  • Waktu Operasi: Dibuka setiap hari | 9.00 am – 11.00 pm

Tempat Menarik Di Padang

Jika anda berminat ingin mendapatkan tentatif percutian percuma sila lihat artikel ini: Percutian Pakej Padang Bukittinggi: 5 Aktiviti Popular Pelancongan No 1

Kita akan bersambung lagi di masa akan datang dengan tempat-tempat yang menarik boleh dikunjungi di Padang Indonesia. Jika anda ada sebarang cadangan tentang destinasi menarik di Padang, sila kongsikan di ruang komen.

Tags: bukit tinggi padangpercutian padangtrip ke padang indonesia
Promosi Diskaun Promosi Diskaun Promosi Diskaun
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

5 Masakan Padang Yang Popular di Indonesia [WAJIB CUBA] 1
Pakej Padang

5 Masakan Padang Yang Popular di Indonesia [WAJIB CUBA]

  Masakan Padang adalah gaya unik masakan Indonesia yang berasal dari kota Padang di Sumatera Barat, Indonesia. Ia terkenal dengan...

Oleh: Hadi Ghazali
7 Mac, 2023
10k
tempat-menarik-di-sumatera-barat-ibadah-mimpi
Pakej Padang

10 Tempat Paling Menarik Di Sumatera Barat Indonesia

  Apakah Tempat Menarik di Sumatera Barat yang popular untuk percutian anda? Tahukah anda, Sumatera di sebelah barat merupakan salah...

Oleh: Hadi Ghazali
13 September, 2022
11.3k
Selanjutnya
4.5 2 votes
Penilaian Artikel
57 Komen
Inline Feedbacks
View all comments
Offer Limited Offer Limited Offer Limited
IKLAN / ADVERTISEMENT

LANGGAN PROMOSI

10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular 2
Pakej Sarawak

10 Hotel Kuching Sarawak Yang Paling Popular

Oleh: Hasrul Wayne
28 Mei, 2023
57
15.9k

  Hotel Kuching Sarawak Top 10: Kuching adalah ibu negeri Sarawak yang terkenal dengan keindahan alam semulajadi, kepelbagaian budaya dan...

Baca Selanjutnya
Pulau Pulau di Sabah Popular

50+ Senarai Pulau di Sabah Yang Paling Popular Untuk Percutian Menyeronokkan

16 Disember, 2022
10.1k
10 Aktiviti Menarik di The Acre By Farm Fresh 3

10 Aktiviti Menarik di The Acre By Farm Fresh

8 Februari, 2023
12.9k
Puncak Gunung Merapi

Melancong Ke Yogyakarta: 10 Fakta Misteri Borobudur & Gunung Merapi

20 Ogos, 2022
7.7k
Musim bunga di Montenegro

7 Tempat Paling Cantik Untuk Dilawati di Montenegro

9 Ogos, 2022
6.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
hotel promo hotel promo hotel promo
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz