Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Indonesia

Palembang Indonesia: 10 Aktiviti Tempat Menarik Popular

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
19 Ogos, 2025
Kategori: Indonesia, Pakej Palembang
Masa Bacaan: 2 mins read
131 5
A A
0
12.3k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Kota Palembang Indonesia adalah salah satu destinasi pelancongan yang menarik di pulau Sumatera.

Kota ini menawarkan pelbagai tarikan, baik alam semulajadi, sejarah, budaya, maupun agama.

Pelancong boleh menikmati keindahan Jambatan Ampera dan Sungai Musi, mengunjungi Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin yang megah dan bersejarah, melihat Monumen Perjuangan Rakyat Palembang yang mengingatkan peristiwa revolusi, dan mengagumi Masjid Cheng Ho yang unik dan harmonis.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Setiap pelancong juga boleh menjelajahi tempat-tempat lain yang menarik seperti Bukit Siguntang, Pulau Kemaro, Taman Kambang Iwak, Gunung Dempo, Air Terjun Lematang Indah, dan Benteng Kuto Besak.

Jambatan-Ampera-Palembang

Palembang juga terkenal dengan makanan khasnya seperti pempek, tekwan, model, dan mie celor.

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk mencuba hidangan-hidangan lazat ini. Percutian di Palembang pasti akan memberikan pengalaman yang menyeronokkan dan mengesankan bagi anda.

palembang Indonesia
Imej oleh: Amran Alie
  • Lihat Penginapan Terbaik di Palembang
  • Lihat Peta Percutian Palembang Indonesia

Pin

  • 1 Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikramo
  • 2 Jambatan Ampera
  • 3 Kuto Besak
  • 4 Masjid Al Islam Muhammad Cheng Hoo Sriwijaya Palembang
  • 5 Taman Kambang Iwak Besak
  • 6 Taman Wisata Kerajaan Sriwijaya
  • 7 Amanzi Waterpark
  • 8 Puntikayu Amusement Palembang
  • 9 Pulau Kemaro
  • 10 Bayt Al-Qur’an Palembang
  • 11 Tugu Ikan Belido
Usaha buang masa, mari kita lihat senarai aktiviti dan tempat menarik di Palembang yang popular.


Masjid Agung Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikramo

Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikramo
Sultan Mahmud Badaruddin Jayo Wikramo | Imej oleh: Devia Sari

Masjid terbesar di Palembang ini telah dibina pada abad ke 18. Senibinanya dipengaruhi oleh melayu, china dan eropah dengan bangunan utama berbentuk limas.

Great-Mosque-of-Palembang-Sandi-nopriyanto
Great Mosque of Palembang | Imej oleh: Sandi Nopriyanto

Lokasi masjid ini turut menyimpan sejarah iaitu berlakunya perang dengan Belanda yang mengakibatkan masjid lama terbakar.

Masjid yang turut dianggap sebagai masjid tertua di nusantara ini telah mengalami beberapa renovasi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Jend. Sudirman, 19 Ilir, Kec. Bukit Kecil, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30111, Indonesia

Jambatan Ampera

Jambatan-Ampera-hadi-utama
Jambatan Ampera | imej oleh: Hadi Utama

Jambatan Ampera menjadi ikon bagi Palembang ini dibina merentasi Sungai Musi sepanjang 1.177 meter.

Jambatan ini pernah berfungsi sebagai jambatan angkat bagi laluan kapal-kapal besar dan dihentikan bagi melancarkan lalu lintas.

Menariknya tentang jambatan ini kerana pernah menjadi jambatan terpanjang di Asia Tenggara!

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Berfoto di sekitar Jambatan Ampera adalah perkara wajib anda lakukan di Palembang.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Palembang City, South Sumatra, Indonesia

Kuto Besak

Kuto-Besak-Fortress-Albert-Ki
Kuto Besak Fortress | Imej oleh: Albert Ki

Kuto Besak adalah sebuah kubu lama yang dibina oleh sultan-sultan Palembang. Dikatakan masa yang diambil untuk kubu ini siap adalah tujuh belas tahun iaitu sekitar tahun 1776 hingga 1801.

Dahulu kubu ini mempunyai istana sultan, kediaman bangsawan, taman dan kolam.

Kini di sekitar kubu terdapat tarikan seperti Muzium Sultan Mahmud Badaruddin II dan Plaza Benteng Kuto Besak yang menawarkan pelbagai hidangan tempatan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 9:00pm | 2Q55+FM4, Jl. Sultan Mahmud Badarudin, 19 Ilir, Kec. Bukit Kecil, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30113, Indonesia

Masjid Al Islam Muhammad Cheng Hoo Sriwijaya Palembang

Al-Islam-Muhammad-Cheng-Hoo-Sriwijaya-Palembang-Mosque-Faridilla-Ainun
Al-Islam Muhammad Cheng Hoo Sriwijaya Palembang Mosque | Imej oleh: Faridilla Ainun

Masjid Cheng Hoo ini dikhaskan buat orang Cina Muslim, di mana nama masjid ini bagi menghormati Laksamana Cina Islam iaitu Zheng He.

Masjid ini turut menjadi lambang kepelbagaian budaya dan turut berfungsi sebagai tempat pembelajaran pendidikan islam.

Masjid dua tingkat ini begitu unik dengan warna merah dan hijau jed yang digunakan.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:00am – 9:00pm | XQGJ+J6P, 15 Ulu, Seberang Ulu I, Palembang City, South Sumatra 30267, Indonesia

Taman Kambang Iwak Besak

Taman-Kambang-Iwak-Besak-Ema-Holiza
Taman Kambang Iwak Besak | Imej oleh: Ema Holiza

Taman riadah ini sudah bertapak sejak tahun 1900 lagi, iaitu hasil peninggalan Belanda yang menjadikan lokasi ini tempat olahraga.

Taman ini berkeluasan 5 hektar dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan turut mempunyai sebuah tasik.

Taman Sekanak Lambidaro pula tidak kurang menariknya dengan panorama sungai sepanjang 2 kilometer.

Taman ini semakin meriah di malam hari sehingga terdapat hari khusus yang dikenali ‘’Car Free Night’’.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jl. Tasik, Talang Semut, Kec. Bukit Kecil, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30121, Indonesia

Taman Wisata Kerajaan Sriwijaya

Taman-Wisata-Kerajaan-Sriwijaya-Ichsan-Ramadhan
Taman Wisata Kerajaan Sriwijaya | Imej oleh: Ichsan Ramadhan

Sebelum pembukaan taman ini telah dijumpai banyak peninggalan lama dan dipercayai bahawa di sini adalah pusat kerajaan Sriwijaya.

Antara barangan yang ditemui adalah manik, struktur batu bata, damar, sisa perahu dan lain-lain.

Jadi di sini anda boleh berjalan di sekitar taman, melawat muzium, mengunjungi Kampung Kedukan Bukit yang mempunyai koleksi seramik china dan tembikar.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 8:00am – 6:00pm | XPMM+XQM, Jl. Syakyakirti, Karang Anyar, Kec. Gandus, Kota Palembang, Sumatera Selatan, Indonesia

Amanzi Waterpark

Amanzi-Waterpark-Palembang
Amanzi Waterpark Palembang

Amanzi Waterpark cukup berbaloi untuk anda kunjungi pada percutian kali ini. Taman tema ini mendapat anugerah sebagai taman tema air buatan yang terbaik pada tahun 2014 dan 2015.

Terletak 17 kilometer dari pusat kota Palembang semestinya menjadikannya sebagai salah satu destinasi wajib buat pengunjung.

Antara tarikan di sini adalah The Cyclone, The Raft, The Falls, River Nile, Zimba Zone dan bermacam lagi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta |  10:00am – 6:00pm | Blok D No.38, Jl. Bypass Alang-Alang Lebar No.KM12, Talang Klp., Kec. Alang-Alang Lebar, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30154, Indonesia

Puntikayu Amusement Palembang

Puntikayu-Amusement-Palembang-Afif-Afandi
Puntikayu Amusement Palembang | Imej oleh: Afif Afandi

Puntikayu Amusement Palembang merupakan taman alam yang terbesar di Palembang dan terkenal dengan pokok pine yang menjulang tinggi.

Dikatakan pokok-pokok pine ini ditanam oleh orang Belanda ketika menjajah kota Palembang. Di sini anda boleh bermain flying fox sambil menghayati keindahan pokok pine.

Taman ini turut mempunyai miniatur 7 keajaiban dunia untuk anda berfoto seperti miniatur menara Eiffel dan piramid giza.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 3:00pm | Jl. Kol. H. Burlian, Srijaya, Kec. Alang-Alang Lebar, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30151, Indonesia

Pulau Kemaro

Kemaro-Island-Sandi
Kemaro Island | Imej oleh: Sandi

Pulau Kemaro adalah sebuah tarikan yang popular di Sungai Musi iaitu sekitar 6 kilometer dari Jambatan Ampera.

Pulau Kamero mempunyai beberapa buah kuil Cina dan kuil Buddha untuk dikunjungi.

Fakta menarik tentang pulau ini adalah ia tidak pernah tenggelam walaupun sungai pasang. Penganut Buddha akan berkumpul di sini ketika sambutan festival Tahun Baru Cina. P

ulau ini turut terkenal dengan makam Tan Bu An, Siti Fatimah dan pengawalnya yang merupakan tokoh di sini.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 1 Ilir, Ilir Timur II, Palembang City, South Sumatra, Indonesia

Bayt Al-Qur’an Palembang

Bayt-Al-Qur'an-Palembang-febby-lestari
Bayt Al-Qur’an Palembang | Imej oleh: Febby Lestari

Destinasi yang terkenal dengan ‘Al quran raksasa’ ini wajib anda kunjungi. Di sini terdapat ukiran Al Quran yang diperbuat daripada kayu tembesu setinggi 15 meter!

Selain itu anda boleh menyewa pakaian tradisional Palembang untuk bergambar di pelaminnya.

Lokasi ini turut menerima pengunjung daripada pelbagai agama untuk menghayati keindahan ukiran kaligrafi tersebut.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | Jl. Moh. Amin, Gandus, Kec. Gandus, Kota Palembang, Sumatera Selatan 30149, Indonesia

Tugu Ikan Belido

Tugu-Ikan-Belido-M-Satya-Prima
Tugu Ikan Belido | Imej oleh: M Satya Prima

Tugu Ikan Belido adalah salah satu mercu tanda yang terkenal di Palembang. Tugu ini dibina oleh seniman asal Boyolai, Jawa Tengah bagi memperingati sejarah ikan Belido.

Dahulu ikan ini digunakan oleh masyarakat Palembang dalam sajian mereka ekoran mempunyai zat yang tinggi serta dagingnya yang tebal.

Kini ia sukar ditemui dan penggunaannya diganti dengan ikan Tenggiri. Tugu ini terletak di pinggir Sungai Musi sesuai dengan tempat asalnya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 2Q45+WV2, 19 Ilir, Bukit Kecil, Palembang City, South Sumatra 30113, Indonesia

Bersambung…

Tags: hotel palembang
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

Pakej Padang

5 Masakan Padang Yang Popular di Indonesia

  Masakan Padang adalah gaya unik masakan Indonesia yang berasal dari kota Padang di Sumatera Barat, Indonesia. Ia terkenal dengan...

Oleh: Hadi Ghazali
12 Mei, 2026
5.7k
Tempat Menarik Di Padang & Bukittinggi Indonesia
Pakej Padang

35 Tempat Menarik Di Padang Bukittinggi Indonesia Terkini

  Padang, ibukota provinsi Sumatera Barat Indonesia, terletak di pantai barat Sumatra. Sebahagian kawasan di bandar lamanya mempunyai bangunan kolonial...

Oleh: Hadi Ghazali
12 Mei, 2026
33k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
34k
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
87k
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
87.4k
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
93.3k
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
24.3k
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
30.2k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my