Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Pakej Pulau Pakej Pulau Besar

Percutian Pulau Besar Mersing Johor

Panduan, Aktiviti & Tempat Paling Menarik Percutian Menyeronokkan

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
Kategori: Pakej Pulau Besar, Pakej Johor
Masa Bacaan: 2 mins read
15k 790
A A
17
Pulau Besar Mersing Johor
16.5k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Jika anda berada di Johor atau Singapore, tumpuan utama pelancong adalah Pulau Besar atau juga dikenali Pulau Babi (gelaran lain yang agak pelik).

Negeri Johor turut terkenal dengan lokasi pulau yang indah bagi tujuan percutian.

Antaranya Pulau Besar yang terletak di daerah Mersing yang mana dikelilingi oleh Pulau Rawa, Pulau Sibu, Pulau Mensirip, Pulau Hujung dan Pulau Tinggi.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Terletak 15km dari pantai timur Johor, Pulau Besar dikelilingi oleh banyak pulau lain yang berselerak. Bersih, damai dan menarik tidak cukup untuk menggambarkan pulau yang indah ini.

Pulau Besar ini telah diwartakan sebagai Taman Laut Sultan Iskandar Johor bagi memastikan ekosistem hidupan lautnya lebih terjaga untuk masa hadapan.

Pulau-Besar-Mersing

Malah terdapat beberapa buah perkampungan nelayan yang menetap di sini bagi mencari rezeki di sekitarnya.

Menariknya tentang pulau ini kerana ia mempunyai kisah legenda tentang ikan duyung! Dikatakan ikan duyung itu merupakan pasangan nelayan yang pernah tinggal disitu.

Pakej Percutian Pulau Besar

  • Lihat Pakej Percutian Pulau Besar
  • Lihat Penginapan Pulau Besar Mersing
  • Lihat Tiket Penerbangan Ke Johor 
  • Lihat Aktiviti Terbaik di Johor
  • Lihat Peta Percutian Pulau Besar

Pin

  • 1 Aktiviti Menarik di Pulau Besar Mersing
    • 1.1 Aseania Beach Resort Pulau Besar
    • 1.2 Mirage Island Resort
    • 1.3 Bayu Lestari Island Resort
    • 1.4 D’Coconut Island Resort
  • 2 Cara Untuk ke Pulau Besar
    • 2.1 Percutian Pulau Besar
  Bagi mengesahkan kesahihannya anda bolehlah berkunjung ke pulau ini.


Aktiviti Menarik di Pulau Besar Mersing

aseaniapulaubesar
Pantai di pulau Besar yang luas dan panjang

Di Pulau Besar ini terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama pasangan, ahli keluarga dan rakan-rakan bagi menghangatkan lagi percutian anda.

Malah di tempat penginapan turut menyediakan perkhidmatan untuk menyewa peralatan sukan air dan peralatan sukan darat.

Sebagai contoh, anda boleh menyewa kayak dengan harga serendah RM50 untuk satu jam, Kemungkinan anda akan menambah jam sewaan kerana begitu teruja dan seronok berkayak beramai-ramai di kawasan pantai sambil menikmati pemandangan laut yang luas berserta pokok-pokok yang menghijau.

Berkayak di Pulau Besar merupakan aktiviti popular pelancong
Berkayak di Pulau Besar merupakan aktiviti popular pelancong

Jika ingin melakukan aktiviti berhampiran tempat penginapan anda, anda boleh bermain bola tampar pantai sahaja.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Jaring bola tampar sudah sedia dipasang berhampiran tempat penginapan anda.

Seperti di kebanyakan pulau, aktiviti snorkeling merupakan tarikan utama terhadap pengunjung tanpa mengira peringkat umur.

Snorkeling di sekitar Pulau Besar sungguh luar biasa dengan keadaan airnya yang sentiasa jernih kerana tidak banyak pengangkutan air yang melintasi ruang perairannya.

Aktiviti snorkeling di Pulau Besar
Aktiviti snorkeling di Pulau Besar | Imej oleh: Moe Mvp

Tambahan lagi, pulau kecil ini tidak terlalu komersial seperti pulau-pulau di sekitarnya dan menjadikan jumlah pengunjung yang tiba juga tidak terlalu ramai.

Fenomena ini menjadikan persekitaran dan hidupan lautnya terpelihara.

Malah anda juga boleh snorkeling di kawasan pantai berdekatan dengan tempat penginapan anda. Memandangkan persekitarannya yang terjaga maka jangan lupa untuk menyaksikan keindahan matahari terbenam di sini.

Suasana senja matahari terbenam di Pulau Besar
Suasana senja matahari terbenam di Pulau Besar

Walaupun pulau ini tidak terlalu besar namun ia turut menyediakan trek atau denai untuk anda meredah hutan.

Jika anda meminati aktiviti lasak, bolehlah mendapatkan khidmat pemandu arah untuk melakukan aktiviti ini bagi mengelakkan anda tersesat atau tersilap arah semasa meredah hutan.

Aktiviti hiking di pulau Besar juga sangat menyeronokkan
Aktiviti hiking di pulau Besar juga sangat menyeronokkan

Anda dinasihatkan supaya melakukan aktiviti ini secara berkumpulan bagi memudahkan perjalanan anda.

Jika ingin mempelajari perkara baru, jangan lupa luangkan waktu untuk bersantai bersama-sama penduduk setempat di kelong mereka bagi mengetahui cara-cara untuk menangkap ikan.

Bukan sahaja boleh belajar cara-cara menangkap ikan, malah anda boleh mengetahui tentang adat dan budaya masyarakat di situ.

Pernah menjadi tempat temasya kapal layar disekitar pulau Harimau dan pulau Besar
Pernah menjadi tempat temasya kapal layar disekitar pulau Harimau dan pulau Besar

Jelajah pulau turut disediakan memandangkan lokasi Pulau Besar yang dikelilingi dengan beberapa buah pulau kecil yang masih terpelihara daripada kegiatan luar seperti pencerobohan.

Antara lokasi jelajah pulau yang terkenal adalah Pulau Harimau, di sini terdapat sebuah gua yang mempunyai kolam semulajadi.

Pulau Besar sememangnya sesuai untuk percutian keluarga dan berkumpulan
Pulau Besar sememangnya sesuai untuk percutian keluarga dan berkumpulan

Pulau Harimau merupakan sebuah pulau yang tidak berpenghuni dan dijadikan salah satu lokasi untuk selam skuba dan snorkeling.

Selain melihat keindahan taburan pulau-pulau kecil di situ, anda boleh menghayati keindahan laut biru yang terbentang luas sepanjang perjalanan ke setiap lokasi jelajah pulau tersebut.

Bertemankan angin bayu dan bunyi unggas di sekitar kawasan pulau tersebut semestinya memberi ketenangan kepada anda.


Aseania Beach Resort Pulau Besar

Aseania Resort Besar
Aseania Resort Besar

Aseania Beach Resort yang terletak di Laut China Selatan ini merupakan sebuat tempat penginapan yang santai dan berada berdekatan dengan jeti Pulau Besar.

Di sini anda boleh memilih untuk menginap di bilik yang menghadap ke laut atau taman.

Aseania Resort Besar
Resotran Aseania Resort Besar

Resort ini menggunakan konsep restoran terbuka di tepi kolam renang yang mana menawarkan hidangan yang cukup enak kepada anda.

Terdapat juga tab mandi panas dan kolam renang luaran yang dihiasi dengan pokok palma, serta gelanggang bola tampar pantai, dan pondok pantai yang terpencil untuk kegunaan para tetamu.


Mirage Island Resort

Mirage Island memiliki keunikan bagi sesetengah pelancong
Mirage Island memiliki keunikan bagi sesetengah pelancong

Mirage Island Resort merupakan chalet suasana kampung yang unik dan terdapat beberapa pilihan bilik untuk anda menginap.

Antaranya pondok berbentuk huruf A, pondok setingkat dan pondok dua tingkat yang menawarkan kemudahan berbeza dan sesuai mengikut jumlah pengunjung.

Mirage Island Resort menjadi pilihan pelancong asing
Pondok A. Mirage Island Resort menjadi pilihan pelancong asing

Setibanya anda di sini, para pekerja sudah bersedia untuk menyambut kedatangan anda dan membantu membawa barangan anda sehingga ke tempat penginapan anda.

Bagi menikmati pemandangan air laut bertemankan suasana kampung anda boleh berehat di kerusi rehat yang disediakan di luar chalet anda.

Oleh kerana menggunakan konsep kampung, anda akan berpeluang untuk mendengar bunyi ayam berkokok!


Bayu Lestari Island Resort

Pantai memutih di Bayu Lestari Island Resort
Pantai memutih di Bayu Lestari Island Resort

Bayu Lestari Island Resort yang berjarak lebih kurang 8 minit dari jeti ini merupakan penginapan vila yang berkonsepkan hiasan kayu serta menyediakan beranda peribadi kepada anda.

Malah vilanya yang bersaiz besar boleh memuatkan sehingga 15 orang pengunjung!

Bayu Lestari Island Resort
Bayu Lestari Island Resort

Terdapat juga beberapa vila yang menawarkan pemandangan laut.

Selain itu, mereka turut mempunyai perkhidmatan pelanggan yang baik dalam menyampaikan maklumat dan sentiasa memastikan keselamatan pengunjung mereka terjaga.

Jeti Bayu Lestari Pulau Besar
Jeti Bayu Lestari Pulau Besar

Bukan sahaja layanan mereka yang mesra malah hidangan yang disediakan begitu lazat dan segar bagi memenuhi citarasa para pengunjung. Lokasinya begitu strategik kerana mempunyai kawasan pantai peribadi untuk pengunjung mereka mandi-manda.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba lompat dari jeti, kerana itu adalah salah satu aktiviti wajib di sini!


D’Coconut Island Resort

D'Coconut Island Resort
D’Coconut Island Resort

D’Coconut Island Resort merupakan penginapan yang paling dekat dengan jeti di mana anda hanya perlu berjalan kaki selama 3 minit.

Tambahan lagi, ia turut terletak berdekatan dengan Pulau Rawa iaitu 10km.

Menjadi pilihan pasangan berbulan madu di Pulau Besar
Menjadi pilihan pasangan berbulan madu di Pulau Besar

Penginapan yang menggunakan konsep vila kayu dan lanskap pokok palma ini menjadikan kawasan penginapan ini kelihatan begitu indah.

Di sini turut terdapat restoran terbuka yang menyajikan masakan tempatan dan antarabangsa. Terdapat beberapa pilihan vila yang berbeza saiz dan disertakan kemudahan asas bagi memberi keselesaan kepada anda.

Kolam Renang D'Coconut Island Resort
Kolam Renang D’Coconut Island Resort

Antaranya bilik berhawa dingin, peti ais bersaiz mini dan air pancuran panas.

Jika menginap di sini, anda akan dimaklumkan tentang gangguan bekalan kuasa elektrik pada waktu tertentu pada bulan Februari, Mac dan Oktober bagi menjimatkan tenaga.


Cara Untuk ke Pulau Besar

Menaiki bot laju adalah pilihan utama untuk ke Pulau Besar
Menaiki bot laju adalah pilihan utama untuk ke Pulau Besar

Bagi ke Pulau Besar, anda perlu menaiki feri di Jeti Mersing yang mana mengambil masa selama 30 minit untuk tiba ke Pulau Besar.

Waktu perjalanan mungkin berubah berdasarkan cuaca di situ bagi memastikan keselamatan pengunjung terjaga.

Untuk ke Jeti Mersing pula anda boleh menggunakan pengangkutan darat iaitu bas atau menggunakan kenderaan sendiri.


Percutian Pulau Besar

Pantai memutih air laut membiru di Pulau Besar Mersing
Pantai memutih air laut membiru di Pulau Besar Mersing

Pulau Besar atau turut dikenali sebagai Pulau Babi Besar ini bukan sahaja menarik untuk dijadikan sebagai lokasi untuk anda bersuka ria, malah ia turut menyimpan pelbagai kisah legenda tentang asal-usul pulau tersebut.

Di sini anda bukan sahaja seronok dengan aktiviti yang disediakan, tetapi anda akan teruja untuk mengetahui tentang kehidupan penduduk di situ.

Ekoran daripada keadaannya yang tidak terlalu sesak, ia sesuai bagi anda yang mencari destinasi percutian yang tenang dan ingin lari daripada kesibukan kota.

Bersambung…

Pakej Percutian Pulau Besar

Tags: ke pulau besarmersing resortpulau besar homestaypulau besar johorpulau besar johor resort
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-johor-bahru
Pakej Johor

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

  Apa tempat menarik di Johor Bahru yang terkini? Anda ada tempat atau aktiviti yang boleh anda syorkan untuk pelancong...

Oleh: Hadi Ghazali
9 Jun, 2026
92.7k
Tempat menarik di Desaru
Pakej Johor

20 Aktiviti Tempat Menarik di Desaru

  Apakah aktiviti dan tempat menarik di Desaru yang popular dikunjungi pelancong? Adakah berbaloi merancang percutian di Desaru? Desaru ialah...

Oleh: Hadi Ghazali
5 Mac, 2026
21k
Selanjutnya

Komen 17

  1. blank zul says:
    + -

    Nak tanya 3h2m fullboard rm430 pakej dia untuk berapa orang..tq

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Harga RM430 seorang untuk minimum 6orang.

  2. blank tasha says:
    + -

    nk tau yg pakej rm310 tu utk per person or berapa org??
    kalau pakej honeymoon ada x??

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Per Person untuk jumlah group tertentu. Untuk pakej honeymoon minta isikan borang sebutharga

  3. blank eyda says:
    + -

    boleh sy tahu ade pakej utk homeymoon x

    Reply
    • blank Hadi Ghazali says:
      + -

      Cik Eyda isikan borang

Sebeleum

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my