fbpx
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

Aktiviti Menarik di Taman Eko Rimba Kanching [TERKINI]

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
9 Februari, 2023
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 2 mins read
177 1
A A
0
Taman-Eko-Rimba-Kanching-Mohd-Shahril

Imej oleh: Mohd Shahril

10.6k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO PROMO PROMO
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Apakah yang menarik ada di Taman Eko Rimba Kanching itu? Adakah benar ia memiliki air terjun tujuh tingkat?

Warga kota yang ingin lari daripada kesibukkan kota atau mencari tempat untuk melepaskan penat ketika hujung minggu bolehlah ke bahagian selatan Rawang.

Pakej Sabah Pakej Sabah Pakej Sabah
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Ada apa yang menarik di sini? Di Rawang ini mempunyai sebuah tarikan air terjun yang cukup menenangkan iaitu Taman Eko Rimba Kanching.

Taman rekreasi ini begitu terkenal dengan air terjun 7 tingkatnya dan menjadi tumpuan penduduk sekitar pada hujung minggu.

Taman ini begitu luas dengan panorama hutan hijaunya bakal memberi rasa tenang dan dingin buat anda.

Sepanjang perjalanan menuju ke kawasan air terjun, anda boleh mendengar bunyi deruan air sungai yang mengalir.

Taman-Eko-Rimba-Kanching-Ono
Taman Eko Rimba Kanching | Imej oleh: Ono
  • Lihat Penginapan Sekitar Taman Eko Rimba Kanching
  • Lihat Peta Percutian Taman Eko Rimba Kanching

Menarik di Taman Eko Rimba Kanching

Taman-Eko-Rimba-Kanching

Bagi yang membawa anak kecil, anda boleh memilih untuk mandi-manda di kawasan sungai Eko Rimba Kanching yang tidak begitu dalam buat kanak-kanak.

Setiap tingkat air terjun di sini mempunyai keunikkan yang tersendiri, sebagai contoh ada yang beraliran deras dan ada yang beraliran sederhana.

Taman-Eko-Rimba-Kanching-1

Jadi ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Tambahan lagi, ia bergantung kepada tahap stamina anda untuk terus mendaki ke puncak atau hanya bersantai di bahagian bawah sahaja.

Taman-Eko-Rimba-Kanching-Abii-Muru
Imej oleh: Abii Muru

Selain mempunyai fasiliti seperti tempat duduk dan gazebo untuk pengunjung bekelah pihak pengurusan turut menyediakan laluan konkrit sehingga ke kawasan air terjun tingkat 4.

Pakej Surabaya Pakej Surabaya Pakej Surabaya
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Jika anda ingin ke bahagian seterusnya, anda perlu melalui laluan tanah dan memerlukan anda untuk lebih berhati-hati terutamanya selepas musim hujan kerana laluannya sedikit licin.


Aktiviti di Taman Eko Rimba Kanching

Taman-Eko-Rimba-Kanching-Maurice-Fontaine
Taman-Eko-Rimba-Kanching-Maurice-Fontaine

Dah berkunjung ke kawasan air terjun, semestinya fokus utama anda nak berendam kan?

Seperti yang dimaklumkan air terjun di sini mempunyai 7 tingkat dan berbeza tahap kelajuan serta kedalamannya.

Taman-Eko-Rimba-Kanching-7

Bagi golongan yang lasak anda mungkin tiada masalah untuk menikmati mana-mana tingkat air terjun atau menikmati ke semuanya!

Bagi yang mempunyai anak kecil, anda perlu mementingkan keselamatan anak-anak anda sepanjang berseronok mandi-manda di sini ye.

Kedai-Serbaneka-Taman-Eko-Rimba-Kanching-Takayoshi-Tetsuka
Kedai Serbaneka Taman Eko Rimba Kanching | Imej oleh: Takayoshi Tetsuka

Kebiasaannya, selepas menikmati keseronokkan berendam di kawasan air, anda pasti merasa lapar?

Pakej Osaka Pakej Osaka Pakej Osaka
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Tidak lengkaplah aktiviti hujung minggu anda di sini jika tidak mengadakan aktiviti barbeku atau sekadar membawa bekalan makanan yang sudah siap di masak.

Taman-Eko-Rimba-Kanching-Nazif-JT
Imej oleh: Nazif JT

Datang beramai-ramai ke sini pasti lebih syok apabila dapat menikmati hidangan di bertemankan bunyi air terjun serta unggas.

Jadi anda boleh merancang sama ada ingin membawa bekalan makanan yang sudah siap dimasak atau tidak.

Jika ingin melakukan barbeku, anda perlu menyediakan kelengkapan sendiri, kerana tiada perkhidmatan menyewa alatan tersebut.

Taman-Eko-Rimba-Kanching-Ibrahim-Riza
Imej oleh: Ibrahim Riza

Mandi-manda sudah, aktiviti barbeku pun sudah selesai. Tetapi anda masih ingin meluangkan hujung minggu di sini?

Apakata anda turut membawa kelengkapan untuk berkhemah juga! Bolehlah anda berehat di kawasan khemah sebelum terus sambung berendam.

James-Khor-Taman-Eko-Rimba-Kanching
Imej oleh: James Khor

Jika anda berminat untuk berkhemah, anda boleh mendirikan khemah di sekitar air terjun tingkat 2 kerana mempunyai kawasan tanah yang landai dan agak luas.

Berkhemah di sini boleh buat anda lena dengan lama ye! Tetapi anda tidak dibenarkan untuk bermalam di sini.

Hiking-Taman-Eko-Rimba-Kanching-Ariff-Solomon
Imej oleh: Ariff Solomon

Mendaki boleh dikatakan salah satu aktiviti yang anda boleh lakukan di sini kerana untuk ke setiap kawasan air terjun, laluannya adalah berbeza dan berbukit.

Laluan awal menyediakan laluan konkrit serta bertangga bagi memudahkan pendakian anda.

Seterusnya terdapat laluan denai hutan yang lebih mencabar untuk didaki.


Kemudahan di Taman Eko Rimba Kanching

Taman-Eko-Rimba-Kanching-Abi-Muru
Imej oleh: Abi Muru

Selain tarikan utamanya yang mempunyai air terjun 7 tingkat, para pengunjung pasti mengharapkan kemudahan yang selesa turut disediakan bagi menambahkan kepuasan mereka.

Serangga-Taman-Eko-Rimba-Kanching-Steven-Tan
Imej oleh: Steven Tan

Taman eko rimba yang dijaga oleh pihak Selangor Tourism ini turut menyediakan kemudahan surau, tandas, bilik persalinan, taman permainan, gerai makan, pondok istirahat, laluan perjalan kaki, penanda arah dan lain-lain.

Kebersihan taman ini sentiasa dijaga dengan baik bagi memberi keselesaan buat pengunjung.


Tips dan amaran Taman Eko Rimba Kanching

Taman-Eko-Rimba-Kanching-Hellmyz-Myzan
Imej oleh: Hellmyz Myzan
  1. Elakkan ke sini pada musim hujan kerana aliran sungai akan naik secara mendadak atau dikenali sebagai fenomena kepala air. Sekiranya hujan ketika anda sedang mandi-manda di sini, dinasihatkan untuk meninggalkan kawasan air dengan segera.
  2. Taman eko rimba ini merupakan sebahagian kawasan hutan simpan dan menjadi habitat kepada monyet. Jangan panik apabila bertemu dengan sekumpulan monyet apabila berada di sini. Anda dinasihati untuk menjaga barangan dan makanan anda dengan sebaiknya. Jangan cuba-cuba untuk memberi makan kepada mereka kerana mereka mungkin akan bertindak agresif.
  3. Memandangkan anda perlu berjalan dan terdapat laluan yang berbukit, anda dinasihatkan mengenakan pakaian sukan atau pakaian casual yang bersesuaian bagi mengelakkan sebarang kecederaan.
  4. Destinasi ini sentiasa sesak dengan pengunjung pada waktu cuti, anda dinasihatkan untuk menjaga barangan peribadi. Sebarang risiko adalah tanggungjawab sendiri.
  5. Dah syok makan dan berkhemah di sini, sisa buangan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan bagi memastikan kebersihan taman ini terpelihara.

Bayaran & Waktu Operasi Taman Eko Rimba Kanching

Hiking-Taman-Eko-Rimba-Kanching-Jason-Khoo-2
Imej oleh: Jason Khoo

Bayaran masuk adalah sebanyak RM2 seorang dan RM8 bagi pengunjung bukan warganegara dan pada hujung minggu atau cuti umum bayaran masuk adalah RM3 seorang bagi warganegara.

Untuk menyewa gazebo anda dikenakan bayaran RM250 sehari. Manakala bayaran tempat letak kenderaan bagi kereta adalah RM5, motorsikal RM2 dan bas RM15.

Hiking-Taman-Eko-Rimba-Kanching-Jason-Khoo

Bagi yang berminat untuk membuat penggambaran filem di sini, bayaran yang dikenakan adalah RM1000 dan boleh berurusan dengan pihak mereka.

Untuk menggunakan tandas dan bilik persalinan turut dikenakan bayaran RM0.50. Hal ini bagi menjamin kebersihan kawasan terjaga dan membantu urusan baikpulih taman eko rimba ini.

Bersambung…

Tags: air terjun kanchingKanching waterfallKanching Waterfall ResortTaman eko rimba kanching camping
Pakej Eropah 6 Negara Pakej Eropah 6 Negara Pakej Eropah 6 Negara
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat-menarik-di-selangor-ANMWFNV
Pakej Selangor

15 Aktiviti & Tempat Paling Menarik di Selangor [TERKINI]

  Senarai tempat menarik di Selangor: Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan mengelilingi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan...

Oleh: Hadi Ghazali
28 Mei, 2023
24.1k
Bukit Jelutong Eco Community
Pakej Selangor

8 Aktiviti Menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park

  Apa aktiviti dan tempat menarik di Bukit Jelutong Eco Community Park tawarkan? Shah Alam yang digelar sebagai Bandaraya Anggerik...

Oleh: Hadi Ghazali
19 Februari, 2023
8.2k
Selanjutnya
0 0 votes
Penilaian Artikel
Langgan
Maklumkan saya
guest
guest
0 Komen
Inline Feedbacks
View all comments

TREND PAKEJ | PROMOSI TERKINI

Pakej-Osaka

REKOMEN

Bohey-dulang-semporna

Bohey Dulang: Gunung Berapi Misteri di Semporna Sabah

30 November, 2023
10.9k
tempat-menarik-di-hatyai-songkhla-thailand-nithit-teeraworawit

10 Tempat Menarik di Hatyai Songkhla Thailand

8 Jun, 2023
64.1k
Kepentingan-Sektor-Pelancongan-Kepada-Malaysia

Kepentingan Sektor Pelancongan Kepada Malaysia

12 Julai, 2023
30k
tempat-menarik-di-janda-baik

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Janda Baik [PALING POPULAR]

28 Mac, 2023
55.8k
tempat-menarik-di-sungai-petani

12 Aktiviti & Tempat Menarik di Sungai Petani Kedah [TERKINI]

22 Ogos, 2023
42.6k
tempat-menarik-di-teluk-intan-nor-khaliza-mat-yunus-unsplash

10 Aktiviti & Tempat Menarik di Teluk Intan

24 Ogos, 2023
21.8k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR | TERKINI 2023

Pakej-Korea-Musim-Salji

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2023 Melancong.my - Powered by Hasrul & Co.

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
wpDiscuz
0
0
Ingin sertai perbincangan? Sila komen.x
()
x
| Balas