Destinasi anda dan keluarga semasa musim cuti amat penting supaya setiap ahli keluarga berasa sangat puas dan gembira semasa waktu percutian.
Salah satu destinasi yang paling sesuai untuk dikunjungi adalah pergi ke taman tema.
Taman tema merupakan salah satu tempat percutian yang sangat popular jika dikunjungi oleh ahli keluarga dan anda perlu memilih taman tema yang sesuai bagi semua peringkat usia.
Bagi anda yang ingin merancang percutian untuk ke taman tema menarik di seluruh dunia, di sini akan disenaraikan 15 taman tema terbaik untuk anda dan keluarga.
Pin
Terdapat taman tema yang sangat popular seperti Legoland, Disney Land serta pelbagai lagi.
Genting Skyworld Theme Park Kini Dibuka!
Genting SkyWorlds ialah taman hiburan yang baru sahaja dibuka hari ini di Resorts World Genting, Genting Highlands, Malaysia. Ia dahulunya dikenali sebagai 20th Century Fox World Malaysia, sebuah projek taman tema inspirasi filem oleh 20th Century Fox.
Untuk makluman anda, Genting Skyworld Theme Park adalah taman tema termoden dan terbesar di Asia Tenggara.
Genting Skyworld memiliki hiburan terbaik dengan bertemakan 9 dunia yang unik, Taman Tema Genting SkyWorlds merentasi 26 ekar dengan 26 riders dan tarikan yang sesuai untuk semua orang dalam keluarga.
Anda juga boleh mengambil gambar kenangan dengan Photo+ Pass, menaiki Awana SkyWay yang mempunyai pemandangan indah, atau bersantai di High Line Roof Top Market yang menawarkan makanan dan minuman yang lazat. D
engan tiket 1-Hari, anda boleh masuk ke Genting SkyWorlds tanpa had dan mendapat tiga (3) tempahan VQ secara percuma.
nda juga boleh menikmati promosi dan pakej menarik yang ditawarkan oleh Genting SkyWorlds untuk menjimatkan wang anda. Jangan lepaskan peluang untuk melawat taman tema ini yang pasti akan memberikan anda pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tour | Lihat Peta | 11:00am – 6:00pm | Genting Highlands Resort, 69000 Genting Highlands, Pahang
Studio Plaza
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 4 Studio Plaza Genting Skyworlds Outdoor](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Studio-Plaza-Genting-Skyworlds-Outdoor.jpg)
Mulakan pengembaraan hari pertama anda di Studio Plaza yang megah ini.
Sebagai menyambut kemeriahan semua perkara yang anda lihat di pawagam, temui watak filem kegemaran anda dalam semua bentuk dan fiugra.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 5 Pawagam 360° Legends](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Studio-Plaza-Genting-Skyworlds.jpg)
Ianya diukir di bahagian dalam keemasan, dipamerkan di Pawagam 360° Legends atau juga boleh dapatkan sebagai koleksi di kedai makan dan runcit yang menarik!
Eagle Mountain
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 7 Eagle Mountian Gentin SkyWorld](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Eagle-Mountian-Gentin-Skyword.jpg)
Melangkah masuk kehangatannya padang pasir California di sini di Eagle Mountain!
Semasa Torque dan Wrench bersiap sedia untuk perlumbaan terkenal dalam Mad Ramp Peak!
Dapatkan satu atau dua burger dari trak makanan berdekatan atau semak imbas di sekitar Freedom Shop bertema perindustrian!
Central Park
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 8 15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 3](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Central-Park-Genting-Skyworlds.jpg)
Berkumpul dan santai di Town Square yang menyeronokkan untuk menikmati tarikan yang menyediakan pelbagai tempat makan, kedai dan hiburan secara ‘Live’.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 9 Natural History Museum Store](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Museum-Store-Genting-SkyWorlds.jpg)
Anda juga boleh mengadakan lawatan ke Muzium Sejarah Semula Jadi (Natural History Museum) atau pertunjukan air pancut yang mengagumkan di Tasik Impian, Central Park adalah tempat bertemunya detik-detik keseronokan, keterujaan dan kenangan.
VAMOS, DANÇAR, RIO!
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 11 Santa Teresa](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Rio-Genting-Skyworlds.jpg)
Di Rio, ia adalah parti musim panas, sepanjang masa dan sepanjang hari.
Menari di sepanjang kejiranan Santa Teresa di mana keseronokkan, keterujuaan dengan tarian serta alunan musik samba memecah ke seluruh kawasan.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 12 Rio dari pandangan atas](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Genting-SkyWorlds-5.jpg)
Anda pasti berasa terpersona dengan warna warni hiasan bangunan disini, atau ambil angin sekejap dengan melihat sekitar dari pemandangan atap bumbung bangunan ini.
Dari sini, anda boleh menikmati persembahan karnival secara langsung yang mempersembahkan parti yang pasti sukar dilupakan.
Andromeda Base
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 13 Andromeda Base](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/ANDROMED-BASE-Genting-SkyWorlds.jpg)
Perlumbaan ke ruang angkasa sudah bermula! Dalam usaha anda untuk menyelamatkan diri ke ruang galaksi yang mendebarkan, kelangsungan hidup anda teruji ketika berada di Andromeda Base termasuklah ketika menjulang di Terraform Tower!
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 14 Andromeda Menjulang!](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Genting-SkyWorlds-2.jpg)
Tetapi amaran rekrut, bahaya mengintai dalam setiap bentuk dan bentuk di dalam yang tidak diketahui. Kekal berjaga-jaga. Pertaruhannya lebih tinggi sekarang berbanding sebelum ini.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 15 Genting SkyWorlds Space Ride](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Genting-SkyWorlds-3.jpg)
Pastinya permainan disini sukar dilupakan.
Liberty Line
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 16 Liberty Line](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/LIBERTY-LANE-Skyworlds.jpg)
Diinspirasikan daripda jalan-jalan yang ada di San Francisco, kejiranan yang berkembang maju ini menjadi nyata dengan kedai-kedai yang unik, lokasi makanan dan tarikan yang menggembirakan daripada Planet of the Apes – yang pertama di dunia, direka khusus untuk Genting SkyWorlds.
Epic
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 17 Epic SkyWorlds](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Genting-SkyWorlds-Epic.jpg)
‘Bersedia untuk pengembaraan hebat di sekitar dunia Epic yang aneh bersaiz pint. Dengan sihir Ratu Marigold dan ciptaan Profesor Bomba, manusia kini akan memperolehi peluang untuk mengagumi kerajaan rahsia itu dari dekat!’
Robot Rivet Town
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 18 Robot-Rivet-Town](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Robot-Rivert-Town.jpg)
Berkumpul untuk keseronokan keluarga tanpa henti dalam dunia Robot yang meriah! Sebagai pelawat Robot City, biarkan imaginasi anda melambung tinggi sambil anda membina keseronokan dengan usaha daya anda sendiri bersama rakan-rakan dengan rekacipta!
Ice Age
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 19 Ice Age](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Ice-Age-Genting-Skyworlds.jpg)
Pengembaraan pra-sejarah dengan tarikan yang diilhamkan daripada francais yang diiktiraf di peringkat global, iaitu Ice Age. Alami keseronokan sebesar raksasa untuk semua orang dalam keluarga anda!
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 20 Ice Age Ride](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Genting-SkyWorlds-4.jpg)
Ok begitulah serba sedikit yang dapat kami kongsikan mengenai taman tema terbaru Genting SkyWorlds. Jika anda dah pernah kesini, boleh kongsikan pengalaman anda diruang komen ya.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 21 JetPack](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Genting-SkyWorlds.jpg)
Untuk makluman anda, harga tiket masuk biasa adalah RM189 bagi dewasa dan RM161 untuk kanak-kanak tetapi sempena pembukaan ini, harga ditawarkan adalah RM151 bagi dewasa dan RM128 untuk kanak-kanak.
Jangan lepaskan peluang anda.
Taman Tivoli Copenhagen Denmark
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 22 Taman Tema Trivoli](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Taman-Tema-Trivoli.jpg)
Taman Tivoli atau dikenali sebagai Tivoli Gardens merupakan salah satu taman yang tertua didunia dan masih beroperasi sehingga sekarang dan menarik lebih ramai pelawat yang datang.
Taman tema yang terletak di Copenhagen, Denmark ini telah dibuka pada 15 Ogos 1843 dan menarik lebih 4.7 juta pelawat pada tahun 2015.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 23 India In Trivoli](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/India-In-Trivoli.jpg)
Roller Coaster taman ini yang masih lagi ada sehingga ke hari ini masih lagi menjadi yang terbaik di taman ini.
Bagi anda yang sukakan permainan yang mencabar juga boleh menaiki Dæmonen (The Demon) juga sebuah roller coaster di sini tetapi ia tiada tapak dan anda akan merasa seperti terbang dengan laju di atas kenderaan ini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | Vesterbrogade 3, 1630 København V, Denmark
Nagashima Spaland Jepun
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 24 White Cyclone Nagashima Spaland](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Nagashima-Spaland-Roller-Coster-so-okamoto.jpg)
Nagashima Resort menjadi tempat percutian bagi orang ramai yang terletak di luar Nagoya.
Resort ini mempunyai lima kemudahan seperti Nagashima Spa Land, taman tema air, kompleks kolam air panas, pusat membeli belah serta taman bunga.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 25 White Cyclone Nagashima Spaland | Imej oleh: Holiday Point](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Nagashima-Spaland-Japan.jpg)
Nagashima Spa Land merupakan salah satu taman tema terbaik di Jepun dengan pelbagai permainan yang boleh dinaiki oleh semua orang.
Paling menarik adalah roller coaster yang diberi nama Steel Dragon 2000, sebuah roller coaster gergasi yang mempunyai laluan sepanjang taman tema tersebut.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:00am – 5:00pm | 333 Nagashimacho Urayasu, Kuwana, Mie 511-1192, Japan
Universal Studio Orlando, Florida
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 26 Universal Studios Orlando Florida](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/revolving-world-at-universal-studios-in-orlando-florida_t20_dr9Roo.jpg)
Taman tema yang terdiri daripada dua iaitu Universal Studio Florida dan Universal Island of Adventure.
Universal telah menarik perhatian orang ramai ke sini dengan hasil francais mereka seperti The Simpsons dan pada hari ini, orang ramai mula tertarik dengan taman Harry Potter kerana ia merupakan salah satu novel dan filem yang sangat popular.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 27 Gringotts bank in the wizarding world of harry potter](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/gringotts-bank-in-the-wizarding-world-of-harry-potter_t20_rOz0rZ.jpg)
Anda juga dapat mengalami pengalaman seperti berada di sebuah sekolah ahli sihir kerana anda juga boleh memiliki kayu sakti sendiri.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:00am – 7:00pm | 6000 Universal Blvd, Orlando, FL 32819, United States
Tokyo Disneyland Jepun
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 28 Tokyo Disneyland Cinderella Castle](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/tokyo-disneyland-cinderella-castle_t20_4Ev2Ny.jpg)
Tokyo Disneyland sudah tentu menjadi idaman setiap orang untuk sampai ke sini kerana ia mempunyai pelbagai tarikan yang bukan sahaja menarik perhatian anak-anak kecil tetapi juga orang dewasa.
Di sini anda dapat mengimbau kembali zaman kecil anda sewaktu melihat Mickey Mouse.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 29 Tokyo Disneyland Electric Parade](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/tokyo-disneyland-night-parade.jpg)
Tokyo Disneyland merupakan yang ketiga paling dikunjungi orang ramai di dunia kerana tarikan yang dibawa oleh taman ini seperti Pirates of the Caribbean, Splash Mountain dan Penerbangan Peter Pan menjadikan anda berimaginasi tanpa batasan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 8:00am – 10:00pm | 1-1 Maihama, Urayasu, Chiba 279-0031, Japan
Taman Tema Efteling Belanda
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 30 Taman Tema Efteling](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Efteling.jpg)
Efteling bukan sahaja taman tema terbesar di Netherland tetapi juga ia merupakan yang tertua di dunia.
Terletak di bandar Kaatsheuvel di Loon op Zand, taman ini menerima lebih 100 juta pengunjung yang datang sepanjang waktu ia beroperasi.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 31 sprook Jesboom Efteling](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/sprookjesboom-Efteling.jpg)
Taman tema ini memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja untuk kanak-kanak malah orang dewasa juga.
Taman tema yang bertemakan fantasi ini memberikan pengalaman yang unik kepada semua pengunjung yang datang kerana mereka akan merasa seperti berada dalam sebuah cerita dongeng.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 11:00am – 7:00pm | Europalaan 1, 5171 KW Kaatsheuvel, Netherlands
Lotte World Korea Selatan
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 32 Amusement](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/lotte-world-amusement.jpg)
Taman tema yang terletak di Korea Selatan ini mempunyai taman tema tertutup terbesar di dunia dan juga taman tema di luar yang dinamakan Pulau Sihir.
Lotte World telah melaburkan wang yang banyak untuk mencipta beberapa tarikan Disneyland yang popular dan menarik perhatian ramai pengunjung.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 33 15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 5](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/lotte-world-seoul-south-korea.jpg)
Sebagai contoh tarikan Pharaoh Fury yang menyerupai Indiana Jones di Disneyland serta Pengembaraan Sinbad yang juga menyerupai Pirates of the Caribbean.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:30am – 10:00pm | 240 Olympic-ro, Songpa-gu, Seoul, South Korea
Legoland Malaysia
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 34 Legoland Malaysia](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Legoland-Malaysia-2.jpg)
Legoland Malaysia adalah taman tema antarabangsa yang pertama dibuka di Asia dan terletak di Nusajaya, Johor.
Taman tema yang sangat unik ini kerana kebanyakan binaan diperbuat daripada permainan kanak-kanak menarik minat pelbagai peringkat usia.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 35 Legoland Malaysia](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/legoland-malaysia.jpg)
Di dalam taman tema ini juga terdapat taman tema air bagi sesiapa sahaja yang meminati aktiviti air.
Jika anda bercadang ingin ke sini, anda boleh menginap di Hotel Legoland di mana bilik di hotel ini juga berkonsepkan lego.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 5:00pm | 7, Persiaran Medini Utara 3, 79100 Nusajaya, Johor
Ocean Park Hong Kong
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 36 Ocean Park Theme Park](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Ocean-Park-theme-park-in-hong-kong.jpg)
Ocean Park mempunyai tiga tarikan utama yang perlu dikunjungi iaitu taman hiburan, taman laut dan zoo yang berkeluasan 225 ekar di selatan pulau Hong Kong.
Empat roller coaster dan dua tunggangan air menjadi tarikan daripada kebih 80 tarikan yang ada.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 37 Ocean Park Hong Kong David Tang](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Ocean-Park-Hong-Kong-david-tang.jpg)
Taman tema yang dibuka pada tahun 1977 ini mempunyai banyak hidupan laut dan jika anda ingin merasa berada di Australia, sila datang ke taman tema ini kerana ia mempunyai hampir semua haiwan yang datang dari Australia seperti Koala dan Kangaroo.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 6:00pm | 65WG+M7 Aberdeen, Hong Kong
Taman Tema Wonderla
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 38 Roller Coast Wonderla](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/roller-coast-in-wonderla-at-hyderabad.jpg)
Taman tema yang terletak di antara lebuh raya Bangalore-Mysore ini merupakan taman tema yang sangat popular dan menjadi tarikan orang ramai yang datang.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 39 Wonderla water splash](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Wonderla-water-splash-in-amusement-park_t20_nXZem6.jpg)
Taman tema yang penuh dengan aktiviti air ini menjadikan ia sangat seronok bukan sahaja bagi kanak-kanak, tetapi juga orang dewasa.
Taman tema yang berkeluasan 84 ekar ini menarik lebih 13 juta orang ramai.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 11:00am – 6:00pm | 28th Km, Mysore Rd, Bengaluru, Karnataka 562109, India
Universal Studio Singapore
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 40 Disney Park USS](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/travel-fountain-amusement-park-castle-vacation-disney-roller-coaster-universal-studios-singapore.jpg)
Universal Studio Singapore yang telah dibuka pada tahun 2010 ini mempunyai tujuh seksyen dan penuh dengan permainan dan pertunjukkan.
Anda akan merasa seperti berada di New York atau Amerika Syarikat kerana seni bina yang tidak melambangkan seperti berada di negara asia.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 41 Roller Coaster Ride USS](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/roller-coaster-ride-universal-singapore.jpg)
Anda akan dapat menaiki roller coaster yang sangat tinggi dan berada di kawasan Mesir purba yang memberikan anda tunggangan ‘Revenge of the Mummy’ di mana anda dapat melihat dua patung Mesir yang sangat besar.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 12:00pm – 7:00pm | 8 Sentosa Gateway, Singapore 098269
Everland, South Korea
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 42 Everland pada musim salji](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Everland-South-Korea.jpg)
Everland yang terletak di Seoul pinggir bandar Yongin mempunyai lima taman tema yang unik di namakan Global Fair, American Adventure, Magic Land, European Adventure & Zootopia.
Golbal Fair memberikan anda pengalaman pelbagai budaya dan makanan dari seluruh dunia.
American Adventure pula memberikan anda tunggangan yang menyeronokkan serta mempelajari sejarah America.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 43 Everland South Korea](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/Everland-South-Korea-2.jpg)
Magic Land sangat sesuai bagi sesiapa yang meminati alam fantasi dan mempunyai imaginasi yang tinggi.
European Adventure menawarkan pemandangan padang bunga yang sangat cantik dan Zootopia pula menerima kunjungan para pencinta haiwan untuk melihat pelbagai spesis haiwan.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 10:00am – 10:00pm | 199 Everland-ro, Pogog-eup, Cheoin-gu, Yongin-si, Gyeonggi-do, South Korea
Disney California Adventure
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 44 Disney California Adventure Carsland](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/disney-california-adventure-carsland.jpg)
Taman tema ini menawarkan pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh kaum dewasa yang datang ke sini.
Kebanyakan permainan yang ada di sini dikhaskan kepada orang dewasa sahaja supaya mereka dapat menghilangkan stress dari dunia luar.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 45 Pengembaraan Disney California pada waktu malam](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/disney-california.jpg)
Dibuka pada 2001, memberikan pengalaman kepada sangat berharga bagi pasangan yang baru sahaja berkahwin dan ingin berbulan madu ke sini.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 8:00am – 8:00pm | 1313 Disneyland Dr, Anaheim, CA 92802, United States
Walt Disney World
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 46 Mickey Mouse dan Minnie Mouse meraikan percutian di The Magic Kingdom di Walt Disney World](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/mickey-mouse-and-minnie-mouse-celebrate-the-holidays-at-the-magic-kingdom-in-the-walt-disney-world.jpg)
Tiada tempat di dunia ini yang boleh menyaingi pengalaman berada di taman tema ini.
Taman yang menarik lebih 52 juta orang setiap tahun menjadikan ia sebagai sebuah resort popular di dunia.
![15 Taman Tema Terbaik Di Dunia [SENARAI POPULAR] 47 Istana Cinderella di The Magic Kingdom di Walt Disney World Resort](https://www.melancong.com.my/wp-content/uploads/2021/08/cinderellas-castle-in-the-magic-kingdom-in-the-walt-disney-world-resort-glows-with-magical-frost.jpg)
Tarikan utama yang menjadikan taman tema ini popular adalah kerana ia mempunyai beberapa kawasan yang baru seperti Frozen: the ride, Taman Star Wars dan kawasan Avatar.
- Lihat Penginapan | Lihat Tiket | Lihat Peta | 9:00am – 9:00pm | Lake Buena Vista, FL 32836, United States
Bersambung…