Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
PAKEJ TERKINI
LANGGAN PERCUMA
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Singapore
  • Indonesia
  • Thailand
  • Vietnam
  • China
  • Jepun
  • Korea
  • Lagi
    • Cambodia
    • India & Pakistan
    • Balkan
    • Australia
    • Turki
    • Uzbekistan
    • Maldives
    • Filipina
    • Perancis
    • Switzerland
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Melancong.my
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
Promosi Terhad Promosi Terhad Promosi Terhad
Halaman Malaysia Pakej Selangor

17 Tempat Hiking di Selangor Terkini

Hadi Ghazali Oleh: Hadi Ghazali
5 Mei, 2026
Kategori: Pakej Selangor
Masa Bacaan: 3 mins read
36.6k 1.9k
A A
0
tempat-hiking-menarik-di-selangor
40.2k
VIEWS
FacebookTwitterPin
PROMO TERHAD PROMO TERHAD PROMO TERHAD
IKLAN / PROMOSI TERHAD

 

Jika anda mencari tempat mendaki atau tempat hiking di Selangor, artikel ini adalah carian tepat untuk anda.

Kita tahu, kini hiking menjadi salah satu trend yang menyeronokkan bagi anak muda khususnya yang selalu sibuk dengan kerja seharian.

Pada hujung minggu aktiviti mendaki sambil melihat keindahan alam satu perkara yang baik untuk melunturkan penat lelah bekerja.

Promo Hotel Promo Hotel Promo Hotel
IKLAN / PROMOSI TERHAD

Disamping itu dapat menyihatkan badan dan minda dari kesibukan kota raya.

Bayangkan anda dapat menyedut udara yang segar, semakin jauh anda bergerak dan mendaki semakin kencang nafas kaki melangkah serta semakin indah pemandangan di depan.

Sehinggalah anda sampai ke puncak dakian bukit dan gunung itu, pasti anda merasakan sesuatu yang bermakna bukan? Ok cukup!

tempat hiking di selangor
Imej oleh: Alea Film
  • Lihat Penginapan Menarik di Sekitar Kuala Selangor
  • Lihat Promosi Tiket Penerbangan Terkini
  • Lihat Aktiviti Menarik Untuk Hiking & Trekking

Pin

  • 1 Hutan Pendidikan Bukit Gasing
  • 2 Taman Rimba Bukit Kerinchi
  • 3 Bukit Broga
  • 4 Bukit Jugra
  • 5 Bukit Tabur
  • 6 Bukit Saga
  • 7 Bukit Kutu
  • 8 Gunung Nuang
  • 9 Bukit Chenuang
  • 10 Bukit Batu Chondong
  • 11 Bukit Wawasan, Puchong
  • 12 Forest Skywalk – FRIM, Kepong
  • 13 Bukit Sapu Tangan, Shah Alam
  • 14 Gunung Bunga Buah, Sempadan Selangor-Pahang
  • 15 Air Terjun Lepoh, Hulu Langat
  • 16 Hutan Lipur Templer (Templer Park), Rawang
  • 17 Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu
Tanpa bermadah panjang, Kali ini kami senaraikan 10 tempat hiking paling popular di sekitar Selangor.


 

Hutan Pendidikan Bukit Gasing

Hutan-Pendidikan-Bukit-Gasing-Isaac-Chook
Hutan Pendidikan Bukit Gasing | Imej oleh: Isaac Chook

Lokasi ini pada awalnya merupakan ladang getah sebelum dibangunkan sebagai Hutan Pendidikan Bukit Gasing yang menjadi lokasi riadah bagi warga tempatan.

Lokasi yang terletak disempadan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur mempunyai keluasan sekitar 52 hektar dan berketinggian 164 meter.

Hutan-Pendidikan-Bukit-Gasing-Jacky-Chow
laluan di Hutan Pendidikan Bukit Gasing | Imej oleh: Jacky Chow

Hutan pendidikan yang kaya dengan flora dan fauna ini mempunyai satu jambatan gantung yang begitu menarik untuk anda lalui sambil menghayati suasana alam semulajadi.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Bukit Gasing, 46000 Petaling Jaya, Selangor

Taman Rimba Bukit Kerinchi

Taman-Rimba-Bukit-Kerinchi-Mina
Pokok di Taman Rimba Bukit Kerinchi | Imej oleh: Mina

Laluan daripada Hutan Pendidikan Bukit Gasing dapat menembusi ke Taman Rimba Bukit Kerinchi yang turut menarik untuk anda terokai!

Taman yang merupakan bekas tapak ladang getah ini mempunyai tinggalan rumah batu dan kolam lama yang dipercayai digunakan ketika ladang getah tersebut beroperasi.

Taman-Rimba-Bukit-Kerinchi-Honey-fuza
Taman Rimba Bukit Kerinchi | Imej oleh: Honey Fuza

Di sini turut dilengkapi dengan kemudahan awam seperti gazebo,tandas awam, tempat letak kenderaan, jambatan gantung, boardwalk dan sungai kecil.

Pakej Kundasang Pakej Kundasang Pakej Kundasang
IKLAN / PROMOSI TERHAD

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6:30am – 7:00pm | Bukit Kerinchi, 59200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Bukit Broga

Broga-Hill-Park-Sofiah-Shukor
Broga Hill Park | Imej oleh: Sofiah Shukor

Bukit Broga merupakan destinasi pendakian yang cukup popular dalam penggemar aktiviti lasak dan dikategorikan sebagai destinasi wajib dalam wishlist mereka!

Pendakian untuk ke puncaknya memerlukan masa pendakian sekitar 40-50 minit dengan trek laluan yang sesuai untuk tahap beginner.

Bukit-Broga-Raymond-Lam
Bukit Broga | Imej oleh: Raymond Lam

Bagi mendapatkan pemandangan yang indah di puncaknya anda dinasihatkan untuk mendaki seawal jam 5 pagi atau 6 petang. Bukit Broga ini terletak di Jalan Broga. Semenyih.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 4:00am – 5:00pm | Jln Broga, 43500 Semenyih, Selangor

Bukit Jugra

Pemandangan-Puncak-Bukit-Jurga-Ucool-Studio
Pemandangan Puncak Bukit Jurga | Imej oleh: Ucool Studio

Lokasi pendakian yang terletak di Banting, Kuala Langat ini tidak kurang popular dalam kalangan pendaki di Malaysia.

Bukit yang berketinggian 12 meter daripada paras laut ini turut sesuai bagi pemula yang ingin berjinak-jinak dengan dunia pendakian.

Jurga-Hill-Purerunner
Jurga Hill | Imej oleh: Purerunner

Di sini anda akan menemui Pejabat Daerah Lama yang turut disediakan info tentangnya.

Seterusnya apabila tiba ke puncak Bukit Jugra anda bakal disajikan dengan pemandangan rumah api dan aliran Sungai Langat yang begitu cantik.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor

Bukit Tabur

Tabur-Hill-Brandon-Leuangpaseuth
Puncak Tabur Hill | Imej oleh: Brandon Leuangpaseuth

Seterusnya Bukit Tabur yang terletak di Persiaran Bukit Melawati ini mempunyai ketinggian 396 meter dan merupakan kawasan permatang kuarza yang terpanjang di dunia.

Pendakian di sini bukan sahaja memberikan pemandangan Tasik Hulu Kelang dan Bandar Kuala Lumpur tetapi anda boleh melihat mineral kuarza yang terbentuk cantik di sini.

Bukit-Tabur-Loo-Sweemeng
Pemandangan Bukit Tabur | Imej oleh: Loo Sweemeng

Laluan di sini agak mencabar kerana bercerun curam dengan batuan granit yang keras.

Anda dinasihatkan untuk memakai pakaian yang sesuai untuk memudahkan aktiviti pendakian.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6PMX+V4 Ampang Jaya, Selangor

Bukit Saga

Pemandangan-Puncak-Bukit-Saga-JT-Justin
Pemandangan Puncak Bukit Saga | Imej oleh: JT Justin

Bukit Saga merupakan antara lokasi yang agak mencabar dengan cerun curam dan agak licin. Tambahan lagi laluannya yang sempit dan memerlukan anda untuk berhenti seketika apabila berlaku pertembungan dengan pendaki lain.

Pendakian yang mengambil masa sekitar 2 jam untuk sampai ke puncaknya cukup berbaloi.

Laluan-Trekking-Bukit-Saga-Sue
Laluan Trekking Bukit Saga | Imej oleh: Sue

Menariknya di sini kerana terdapat Air Terjun Bukit Saga yang boleh anda berhenti untuk berehat atau mandi-manda sebelum meneruskan perjalanan ke kaki bukit.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 86a, Jalan Saga 28, Taman Saga, 68000 Ampang, Selangor

Bukit Kutu

Pemandangan-Puncak-Bukit-Kutu-Shinichi-Kee--Soon
Pemandangan Puncak Bukit Kutu | Imej oleh: Shinichi Kee Soon

Pagi pendaki yang mahir anda perlu menjejaki Bukit Kutu bagi menguji tahap ketahanan fizikal dan mental anda!

Bukit Kutu mempunyai ketinggian 1053 meter daripada paras laut ini memerlukan pendakian selama 4 jam. Pendakian yang bermula dari kawasan perkampungan Orang Asli Simpang ini bakal menemukan anda dengan laluan berlopak, jambatan gantung dan meredah air sungai paras lutut.

Laluan-Sungai-Hutan-Ke-Bukit-Kutu-Shinichi-Kee--Soon
Laluan Sungai Hutan Ke Bukit Kutu | Imej oleh: Shinichi- Kee Soon

Lokasi yang pernah digunakan sebagai stesen pemantauan di era penjajahan British ini mempunyai dua buah gua iaitu Gua Kambing dan Gua Air serta beberapa tinggalan sejarah.


  • LIhat Penginapan | Lihat Peta | GPV9+62 Kuala Kubu Bharu, Selangor

Gunung Nuang

Laluan-ke-Gunung-Nuang-Xiao-Xiao
Laluan ke Gunung Nuang | Imej oleh: Xiao Xiao

Gunung Nuang merupakan gunung tertinggi di Selangor yang terletak di atas sempadan negeri Selangor-Pahang.

Lokasi pendakian ini tidak sesuai bagi pemula dan orang yang tiada pengalaman dalam aktiviti ini. Jalan mendaki turut dibina bagi memudahkan proses pendakian atau anda boleh mendapatkan khidmat jurupandu daripada orang asli suku Temuan.

Pokok-Hutan-di-Gunung-Nuang-Kah-Yong-Ong
Pokok Hutan di Gunung Nuang | Imej oleh: Kah Yong Ong

Lokasi ini merupakan kawasan peliharaan buluh terbesar di Selangor. Anda boleh mendaki ke sini melalui pintu masuk Janda Baik, Pahang atau Pangsun, Selangor.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 7W82+J3 Hulu Langat, Selangor

Bukit Chenuang

Bukit-Chenuang-Samad-Talukder
Bukit Chenuang | Imej oleh: Samad Talukder

Lokasi pendakian yang diletak di kawasan Sungai Congkak ini memerlukan pendakian sekitar 3 ke 4 jam.

Jika anda ingin membawa masuk kenderaan ke kaki bukit, anda dikenakan bayaran sebanyak RM15.

Sungai-di-Bukit-Chenuang-조문숙
Sungai di Bukit Chenuang | Imej oleh: 조문숙

Pendakian di sini agak mencabar di mana terdapat laluan yang memerlukan anda untuk merangkak!

Apabila tiba semula ke kaki bukit jangan lupa singgah mandi-manda di Sungai Congkak sambil mengisi perut di kawasan gerai makanannya.


  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | 6RQF+49 Hulu Langat, Selangor

Bukit Batu Chondong

Bukit-Batu-Chondong-Seow-Tong
Bukit Batu Chondong | Imej oleh: Seow Tong

Bukit Batu Chondong yang berada di belakang kawasan Zoo Negara ini mempunyai dua pilihan trek laluan yang mencabar dan lebih mudah.

Trek yang mencabar memerlukan anda untuk memanjat kawasan berbatu menggunakan tali yang disediakan.

Pemandangan-Bukit-Batu-Chondong-Zul-Fadhlie
Pemandangan Bukit Batu Chondong | Imej oleh: Zul Fadhlie

Sepanjang pendakian anda bakal melihat panorama yang indah seperti kawasan pokok buluh serta pembentukan batuan yang unik dan besar.

Anda boleh meneruskan perjalanan sekitar 20 ke 30 minit untuk tiba ke kawasan Air Terjun Batu Asah yang mempunyai 7 tingkat ketinggian yang cantik.

tempat-hiking-di-selangor-hendri-sabri
Imej oleh: Hendri Sabri

  • Lihat Penginapan | Lihat Peta | Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 68000 Ampang, Selangor

Bukit Wawasan, Puchong

Bukit Wawasan merupakan lokasi pendakian yang semakin popular kerana treknya yang redup dan dikelilingi hutan simpan.

Ketinggiannya tidaklah terlalu ekstrem, menjadikannya sesuai untuk riadah hujung minggu bersama rakan-rakan.

Terdapat juga laluan yang akan membawa anda ke kawasan air terjun kecil (Blue Lagoon) yang cantik.

  • Lokasi: Pusat Bandar Puchong

Forest Skywalk – FRIM, Kepong

Jika ingin pengalaman berbeza, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) menawarkan pengalaman mendaki dalam suasana “Jungle in the City”.

Selain denai hutannya yang terpelihara dengan baik, tarikan terbaharu semestinya denai silara (Forest Skywalk) di mana anda boleh melihat panorama hutan hujan dari jambatan gantung pada aras tinggi.

  • Lokasi: Taman Botani FRIM, Kepong

Bukit Sapu Tangan, Shah Alam

Terletak di dalam Taman Botani Negara Shah Alam, bukit ini berketinggian sekitar 200 meter, sangat sesuai untuk pendaki beginner.

Walaupun ada kalanya perlu memanjat sedikit curam, trek ini sangat tenang dan lebih santai.

Terdapat sebuah menara pandang jauh di puncaknya, dan anda juga boleh singgah berehat di kawasan tasik (Mirror Lake) berhampiran.

  • Lokasi: Taman Botani Negara Shah Alam

Gunung Bunga Buah, Sempadan Selangor-Pahang

Bagi pendaki yang mahukan cabaran sedikit ekstrem tetapi menjanjikan kepuasan, gunung yang terletak berhampiran Genting Sempah ini adalah jawapannya.

Trek sepanjang kira-kira 15 kilometer (pergi dan balik) agak memenatkan, namun puncak dan kawasan Rock Garden menjanjikan pemandangan awan dan Banjaran Titiwangsa yang sangat berbaloi.

  • Lokasi: Genting Sempah

Air Terjun Lepoh, Hulu Langat

Laluan pendakian ke Air Terjun Lepoh ini memerlukan masa sekitar 1.5 hingga 2 jam meredah denai yang dikelilingi dusun, paip air lama, dan hutan tropika.

Treknya berskala sederhana dan diakhiri dengan ganjaran air terjun yang mempunyai “gelongsor batu” semula jadi serta kolam air sejuk untuk berendam.

  • Lokasi: Hulu Langat

Hutan Lipur Templer (Templer Park), Rawang

Taman rimba ini sangat dekat dengan sempadan Kuala Lumpur dan menawarkan pendakian merentasi air terjun bertingkat yang menyejukkan.

Treknya agak mudah di awal perjalanan sebelum menjadi sedikit mencabar jika anda mahu menerokai paras air terjun yang lebih tinggi.

Ia merupakan destinasi kegemaran ramai untuk lari sekejap dari kesibukan bandar.

  • Lokasi: Templer Park, Rawang

Santuari Ikan Sungai Chiling, Kuala Kubu Bharu

Mendaki di sini sangat mencabar tetapi unik, ia melibatkan sekurang-kurangnya 6 ke 7 kali meredah sungai paras lutut (atau lebih tinggi) sebelum anda tiba di air terjun utama yang sangat cantik.

Lokasi ini juga merupakan sebuah santuari pemuliharaan ikan kelah, menjadikannya tempat yang sangat mendamaikan dan sesuai untuk lari sebentar dari skrin dan gajet.

  • Lokasi: Kuala Kubu Bharu (Hanya dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad)
Tags: tempat hiking di ampangtempat hiking di kltempat hiking di klangtempat hiking di rawang
Trip Promo Trip Promo Trip Promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
Hadi Ghazali

Hadi Ghazali

Meminati dunia pelancongan sejak kecil lagi. Seorang konsultan pelancongan berpengalaman, Follow Hadi di Facebook. Ketahui selanjutnya tentang kami. Dapatkan pakej percutian di Melancong.my. Sertai Group Saya Kaki Melancong!

Artikel+ Bersambung

tempat menarik di kuala selangor
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Kuala Selangor Terkini

  Adakah anda sedang merancang percutian ke Kuala Selangor dan apa pula aktiviti dan tempat menarik di Kuala Selangor yang...

Oleh: Hadi Ghazali
16 Mei, 2026
31.4k
Pakej Selangor

25 Aktiviti Tempat Menarik di Bangi Terkini

  Apakah tempat menarik di Bangi yang popular ketika ini? Apa pula aktiviti menyeronokkan boleh dilakukan di Bandar Baru Bangi?...

Oleh: Hadi Ghazali
14 Mei, 2026
19.4k
Selanjutnya

Tinggalkan Balasan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *


TREND PAKEJ |PROMOSI TERKINI

Pakej Scandinavia 2026

REKOMEN

edit post
Tempat Menarik di Bukit Tinggi

12 Tempat Menarik di Bukit Tinggi Paling Popular

15 Jun, 2026
32.6k
edit post
Tempat menarik di Kuantan

42 Tempat Menarik di Kuantan Terkini

28 Mac, 2026
86k
edit post
blank

43 Aktiviti Tempat Menarik di Janda Baik Terkini

2 Mac, 2026
86.5k
edit post
tempat-menarik-di-johor-bahru

30 Tempat Menarik di Johor Bahru Terkini Berserta Tentatif Percutian

9 Jun, 2026
92.6k
edit post
tempat menarik di kelantan

40 Tempat Menarik di Kelantan Terkini

23 Mac, 2026
29.6k
edit post
tempat menarik di dabong Kelantan

10 Aktiviti Tempat Menarik di Dabong Kelantan

5 Ogos, 2024
23.6k
Selanjutnya
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan

PAKEJ POPULAR |TERKINI 2026

Pakej-Kundasang-2026-FullTour

Pakej-Osaka-Jepun-Muslim

hotel promo hotel promo hotel promo
IKLAN / PROMOSI TERHAD
  • Langgan
  • Tentang Kami
  • Polisi
  • Terma dan Syarat
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Tiada Keputusan
Lihat Semua Keputusan
  • Malaysia
  • Pulau
  • Cruise
  • Indonesia
  • Singapore
  • Thailand
  • Vietnam
  • Cambodia
  • China
  • Korea
  • Jepun
  • Australia
  • India & Pakistan
  • Turki
  • Balkan
  • Uzbekistan
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami

© 2026 Melancong.my